Anda di halaman 1dari 1

LAPORAN BERTUGAS MINGGUAN

Tarikh : 13 April 2014


Masa : 7.15 8.00 pagi
Tempat : Astaka A

Guru Bertugas : a) Nor Hafizah Binti Abdullah Kassim
b) Sakuntala Devi a/p Govindaraju
c) Nor Liza Binti Omar
d) Mohamad Hafizul Bin Mohd

1.1 Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (Encik Hairi)
1.1.1 Murid-murid dikehendaki memastikan kelas bersih.
1.1.2 Murid-murid didapati mengasah pensel di bawah meja dan
mengakibatkan sampah selepas pensel diasah bertaburan di bawah
meja. Ini mengakibatkan kelas kotor.
1.1.3 Murid-murid diminta memastikan sampah-sarap tidak bertaburan
di sekeliling tong sampah sebaliknya disapu sehingga bersih dan
dibuang ke dalam tong sampah.

1.2 Nilai Murni ( Keberanian) Cik Nor Hafizah
1.2.1 Berani Tidak gentar melakukan sesuatu
1.2.2 Berani dapat dipraktikkan di sekolah dengan cara melakukan
sesuatu perkara yang baik seperti berani berucap di khalayak
ramai, berani bertanya apabila tidak memahami sesuatu, berani
melaporkan sesuatu perkara yang berlaku (bercakap jujur).

1.3 Pelancaran Program Nilam
1.3.1 Puan Loke merasmikan Program NILAM 2014.
1.3.2 Persembahan nyanyian lagu NILAM (Tahun 6 Kuning dan 6 Hijau)
1.3.3 Deklamasi sajak oleh Mohammad Lyzimi dan Amir Kabir dari
kelas 6
Hijau.
1.3.4 Pidato oleh Mohd Jasim (4 Kuning)
1.3.5 Persembahan Choral Speaking Bahasa Inggeris

1.4 Penyampaian Piala dan Sijil
1.4.1 Piala Naib Johan Choral Speaking Peringkat Zon Bandar 2014.
1.4.2 Piala dan sijil The Best Conductor Tong Ee Son (6 Kuning)
1.4.3 Piala tempat ketiga Pidato Piala Diraja Karnival Bahasa Malaysia
Peringkat Daerah Johor Bahru 2014 Mohd Jasim (4 Kuning)


Laporan disediakan oleh, Disemak dan disahkan oleh,