Anda di halaman 1dari 10

Bimbingan dan

Kaunseling
Bimbingan
Guidance : memberi panduan atau nasihat
kepada seseorang.

Crow and Crow (1983);
Konteks pendidikan bantuan atau pertolongan
yang diberikan dengan betul kepada murid yang
berkenaan.
Profesor Dr. Othman Mohamed (2000) ;

Merupakan sebahagian daripada proses
menolong. Melibatkan usaha memberi arahan secara
teratur serta mengandungi maklumat yang sesuai
bagi menentukan agar sesuatu matlamat tercapai
oleh orang yang menerimanya. Lazimnya bagi
penentuan kebajikan dan perkembangan dirinya.
Kaunseling
Shertzer and Stone (1968) ;
Proses interaksi yang membolehkan
individu memahami diri dan situasinya.

Arbuckle (1965) ;
kaunseling bukan bertujuan menolong
klien menyesuaikan diri dengan alam sosial,
tetapi menolong individu memahami
kelebihan, kelemahan dan potensi diri.
Patterson and Eisenberg (1983) ;
proses pertemuan secara bersemuka
antara seorang kaunselor dengan kliennya
yang membawa perubahan kepada kliennya.


Blocher (1974)
mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses untuk
menolong individu supaya ia menjadi lebih sedar tentang
dirinya dan bagaimana ia dapat bertindak balas dalam alam
persekitarannya.

Corey (1977)
menekankan tentang proses di mana seorang klien diberi
peluang untuk menerokai aspek diri dan kehidupannya yang
menimbulakn masalah pada dirinya.

James (1982)
proses pembelajaran yang lebih menekankan kepada
proses membantu individu untuk mencapai kehendaknya,
membimbing dan menilai potensi yang ada pada diri individu.
Konsep Bimbingan dan Kaunseling
Guru biasa Guru bimbingan &
kaunseling
tidak mendapat latihan
khusus dalam bimbingan
dan kaunseling.
mendapat latihan khusus
dalam bimbingan dan
kaunseling.
Perbezaan Bimbingan dan Kaunseling
Bimbingan Kaunseling
Semua orang boleh
memberi bimbingan.
Dalam bimbingan ada
kaunseling.
Bimbingan untuk semua.
Berlaku di mana-mana
sahaja.
Aplikasi teori dan
pengetahuan.
Ada bilik khas.
Pertemuan secara
bersemuka antara
kaunselor dengan klien.
Kaunselor
bertauliah/lesen/menghad
iri kursus B & K.
Garis panduan kod etika
B & K
Rumusan Bimbingan
Suatu usaha untuk membantu seseorang
melakukan sesuatu, diberikan oleh sesiapa
sahaja, berbentuk arahan bukan saranan
dengan pengawasan dan pengajaran yang
berterusan. Individu terlibat biasanya tidak
mengenali dan menilai potensi diri.
Rumusan Kaunseling
Proses menolong yang profesional, bertujuan
membantu individu memahami diri dan alam
persekitarannya. Dilakukan oleh kaunselor
terlatih yang telah menjalani latihan khusus.
Klien diberi alternatif dan saranan-saranan.
Klien dapat meneroka dan mengenalpasti
potensi diri.

Anda mungkin juga menyukai