Anda di halaman 1dari 8

KERTAS KERJA PROGRAM BIMBINGAN

AMALAN MENABUNG
MURID PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)

1.0 PENGENALAN
Menabung merupakan amalan yang bijak. Amalan ini merupakan langkah yang proaktif yang
berpaksikan kesedaran seseorang dalam membuat persediaan bagi menjamin masa depan
yang cerah. Sejajar dengan zaman pascaglobalisasi ini, amalan menabung merupakan salah
satu langkah yang efektif untuk jaminan jangka masa panjang.Di samping itu juga, amalan
menabung perlu dipupuk sejak dari kecil lagi sebagaimana yang ditekankan dalam pepatah
Melayu iaitu lenturlah buluh dari rebungnya. Hal ini adalah supaya amalan tersebut menjadi
kebiasaan kepada seseorang. Amalan mulia ini tidak terhad kepada suatu kelompok individu
sahaja seperti kanak-kanak, remaja dan dewasa, tetapi amalan tersebut juga perlu dipupuk
dalam kalangan murid khas.
Berdasarkan kepada kesedaran tersebut, guru pelatih Semester 7 yang mengambil
kursus EDU3107 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak dengan usahama Program
Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Kebangsaan Lelaki Jalan Batu, Kuala Lumpur akan
mengadakan Program Bimbingan Amalan Menabung dalam Kalangan Murid Program
Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Program ini merupakan inisiatif untuk menerapkan sikap
yang murni di samping membantu murid, ibu bapa serta guru-guru mengetahui cara yang betul
untuk mengaplikasikan amalan menabung. Selain itu juga, program ini dapat memberi
kesedaran kepada murid Program Pendidikan Khas Integrasi tentang kebaikan amalan
menabung dalam kehidupan seharian mereka.

2.0 RASIONAL
Kertas kerja ini merupakan salah satu penilaian terhadap guru pelatih Semester 7 Ambilan
Januari, Institut Pendidikan Guru Ilmu Khas yang sedang mengikuti kursus EDU3107
Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak.

3.0 MATLAMAT
Matlamat utama program ini dilaksanakan adalah membantu murid dan ibu bapa dalam
Program Pendidikan Khas Integrasi merancang masa depan yang baik melalui amalan
menabung.
4.0 OBJEKTIF
Objektif program ini dilaksanakan adalah bagi :
4.1 Memupuk sikap menabung dalam kalangan murid khas
4.2 Merancang perbelanjaan untuk tujuan peribadi dan pendidikan dengan
baik
4.3 Menggalakkan sikap berjimat-cermat dalam kalangan murid dan ibu bapa
4.4 Memberi kesedaran tentang kepentingan amalan menabung serta
pengurusan perbelanjaan yang baik
4.5 Merapatkan hubungan silaturrahim antara murid dan guru
melalui aktiviti yang dianjurkan

5.0 BUTIRAN PROGRAM
Program ini akan dilaksanakan seperti yang berikut:
5.1 Tarikh : 21 Februari 2014
5.2 Hari : Jumaat
5.3 Tempat: Bilik Rekreasi, Sekolah Kebangsaan Lelaki Jalan Batu, Jalan
Raja Laut, Kuala Lumpur
5.4 Tema : Sedikit-sedikit, Lama-lama Jadi Bukit

6.0 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran bagi program ini adalah :
6.1 Murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi
6.2 Guru Program Pendidikan Khas Integrasi
6.3 Pembantu Pengurusan Murid (PPM)
6.4 Ibu bapa









7.0 BUTIRAN AKTIVITI
Berikut merupakan justifikasi aktiviti yang akan diadakan bagi menjayakan program tersebut:
7.1 Pameran
Pameran ini adalah berkaitan dengan amalan menabung. Maklumat dan informasi akan
dipamerkan bagi menarik minat murid untuk menabung.

7.2 Ceramah
Ceramah yang berkaitan dengan amalan menabung. Penceramah akan membimbing
murid dan ibu bapa tentang cara-cara untuk menabung dengan bijak, langkah berjimat-
cermat dan pengurusan perbelanjaan yang berkesan untuk murid. Di samping itu juga,
murid dan ibu bapa juga akan didedahkan tentang kelebihan amalan menabung dalam
kehidupan.

7.3 Mewarna (Tahap Rendah)
Aktiviti ini terbuka kepada murid tahap berkefungsian rendah sahaja. Aktiviti ini adalah
untuk mencungkil bakat-bakat muri serta merangsang murid melalui terapi seni untuk
meningkatkan minta dalam aktiviti menabung

7.4 Menonton Cerita
Aktiviti ini juga melibatkan murid berkefungsian rendah. Aktiviti ini bertujuan untuk
menyampaikan pengajaran dan teladan melalui cerita. Cerita yang dicadangkan adalah
cerita Upin dan Ipin.

7.4 Latihan Dalam Kumpulan : Mencipta Tabung Menggunakan Bahan Terpakai
Murid dibahagikan kepada kumpulan. Setiap kumpulan akan dibekalkan dengan bahan-
bahan seperti botol terpakai, kertas warna, gam, gunting dan sebagainya. Bahan-bahan
tersebut akan digunakan untuk mencipta tabung secara kreatif. Murid diberikan masa
lebih kurang satu jam untuk menyiapkan tabung tersebut.






8.0 AHLI JAWATANKUASA
Berikut merupakan ahli jawatankuasa bagi program yang akan dilaksanakan :
8.1 Ahli Jawatankuasa Pelaksana

PENASIHAT
Encik Jamaludin bin Mohd Hashim
Guru Besar

PENGERUSI
Cik Haszanarita binti Hashim
Penolong Kanan Pendidikan Khas Integrasi

NAIB PENGERUSI
Puan Hjh. Rosnah binti Dato Haji Salleh
Penyelaras Pendidikan Khas Integrasi

SETIAUSAHA
Cik Nurul Imani binti Abd Halim

BENDAHARI
Cik Siti Shafinaz binti Mohd Zakariah











8.2 Ahli Jawatankuasa Kecil


AJK AKTIVITI
Cik Nurul Imani binti Abd Halim
Cik Lalitha a/p Hariram

AJK MAKANAN
Puan Hazila binti Mohd Makhtar
Puan Zailawati binti Husin

AJK DOKUMENTASI
Puan Rozita binti Abdullah
Puan Rohayu binti Sulong

AJK PERALATAN DAN PERSIAPAN TEMPAT
Puan Noorhafizah binti Ramli
Puan Suriati binti Mohamad

AJK CENDERAMATA
Puan Che Sapinah binti Che Othman
Puan Norsohana binti Othman

AJK KESELAMATAN DAN KECEMASAN
Cik Rosnita binti Osman
Puan Norfatin binti Satar
Semua Pembantu Pengurusan Murid

AJK PROTOKOL
Cik Siti Noor Baien binti Abdul Latif
Puan Norfaizah binti Mat Diah




9.0 TENTATIF PROGRAM
Jadual di bawah menunjukkan agenda bagi program yang akan dilaksanakan:

MASA AGENDA
7.30 pagi Pendaftaran peserta
Sarapan pagi

8.00 pagi Ceramah Amalan Menabung

8.30 pagi Rehat

9.00 pagi Kefungsian Tinggi - LDK 1 : Menguruskan perbelanjaan
Kefungsian Rendah Mewarna dan Menonton Cerita

10.00 pagi Mencipta tabung

11.30 pagi Penyampaian hadiah dan cenderamata
12.00 tengahari Majlis Bersurai














10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Jadual di bawah menunjukkan anggaran perbelajanjaan bagi menjayakan program ini:
Bil Perkara Harga Seunit
(RM)
Kuantiti
(unit)
Jumlah
(RM)
1. Cenderamata Penceramah 10.00 1 10.00
2. Hadiah Mencipta Tabung
Pertama
Kedua
Ketiga

15.00
12.00
8.00

1
1
1
35.00
3. Hadiah Mewarna
Pertama
Kedua
Ketiga
15.00
12.00
8.00
1
1
1
35.00
4.
Percetakan

10.00 1 10.00
JUMLAH (RM) 90.00

11.0 IMPLIKASI KEWANGAN
Memohon sumber kewangan dan barangan daripada pihak pengurusan sekolah, sumbangan
persendirian dan juga syarikat-syarikat perniagaan.














12.0 PENUTUP
Dengan ini, kami ahli jawatankuasa Program Bimbingan Amalan Menabung Murid Pendidikan
Khas Integrasi, Sekolah Kebangsaan Lelaki Jalan Batu meminta baik jasa pihak yang
berkenaan untuk meluluskan kertas kerja yang telah disediakan serta menyalurkan sumbangan
yang diperlukan. Usaha murni ini memerlukan sokongan dan penglibatan aktif pelbagai pihak
agar program yang dirancang mencapai matlamat dan objektif.

Disediakan oleh :


(NURUL IMANI BINTI ABD HALIM)
Setiausaha,
Program Bimbingan Amalan Menabung.


Disemak oleh :


(HASZANARITA BINTI HASHIM)
Pengerusi,
Program Bimbingan Amalan Menabung.


Diperakukan oleh :


(HJH. ROSNAH BINTI DATO HJ. SALLEH)
Naib Pengerusi,
Program Bimbingan Amalan Menabung.


Diluluskan oleh :


(JAMALUDIN BIN MOHD HASHIM)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Lelaki Jalan Batu.

Anda mungkin juga menyukai