Anda di halaman 1dari 11

Dengar sini!

1. Aku sejuta kali lebih


bernasib baik berbanding
mereka yang buta, cacat
anggota, terencat akal dan
terlantar di katil hospital.

2. Aku lebih bernasib baik


berbanding dengan begitu
banyak remaja di negara-
negara yang lebih miskin.
Jadi, bersyukurlah dan
belajarlah besungguh-
sungguh kerana aku diberi
peluang.

3. Aku istimewa dan unik,


buatlah yang terbaik. Allah
telah menjadikan aku
sangat bijak berbanding
binatang.

4. Aku sangat berguna


kepada keluarga, kawan-
kawan, masyarakat dan
diri sendiri.

5. Aku akan membuat diri


aku melakukan yang
terbaik sepanjang masa.

6. Aku mesti berkongsi


apa-apa yang aku ketahui
dengan orang lain yang
memerlukan pertolongan.
Aku akan belajar daripada
mereka yang lebih pandai
dalam bidang mereka
dengan rendah diri dan
minda yang terbuka.

7. Aku akan menggunakan


masa, tenaga dan sumber-
sumber kewangan dengan
bijak kerana aku perlu
sedar dan bersyukur ada
orang yang tak berjaya
sebelum ini dan mereka
menyesal.

8. Aku akan memberikan


hadiah yang terbaik
kepada mak dan abah iaitu
pelajar yang terbaik dan
anak yang terbaik antara
yang terbaik.
9. Aku akan mendapat
keputusan yang
cemerlang, gemilang dan
terbilang dalam SPM 2009,
Insya Allah.

10. Aku cukup tak suka


buat latihan, tapi ingatlah,
banyak-banyak bersabar
dan jangan berputus asa,
biarlah susah sekarang
daripada bersusah di
kemudian hari kerana satu
hari nanti aku akan jadi
seorang yang cemerlang
sepanjang hayat.
Perkara “lebih” yang perlu
aku buat untuk memecut
dengan pantas menuju
SPM bagi menjamin
markah yang “lebih” nanti
adalah:
i. bersungguh-sungguh
dalam nak capai kejayaan

ii. tumpuan sepenuhnya


kepada matlamat SPM

iii. bersemangat ada


percubaan kedua, ketiga
dan seterusnya lagi dalam
menempuh cabaran SPM
iv. yakin ke atas
kebolehan diri untuk
berjaya

v. merujuk matlamat
peperiksaan setiap hari
agar berminat nak belajar

vi. memaksa diri belajar


walaupun tak berminat
atau malas belajar

Mulai sekarang sebelum


membuat apa-apa yang
melibatkan banyak masa
dan tenaga, aku mesti tau
sama ada apa yang aku
buat ini boleh bantu aku
dalam SPM? Jika “Ya”,
buat cepat-cepat. Jika
“Tidak”, biarkan dulu.
Kalau tak pasti, fikir dan
fikir supaya aku tak buang
masa yang ada ini
membuat benda yang tak
membantu aku dalam
SPM.
Kata-kata semangat SPM
1. Aku tak lupa, cuma aku
tak cukup usaha supaya
aku tak lupa.

2. Aku tak payah takut


dengan SPM. Sebab sama
ada aku bersedia atau tak,
masa nak berdepan
dengannya tetap akan
sampai. Jadi, lebih baik
tumpukan kepada
persediaan untuk aku
berjuang.

3. Tak perlu bimbang apa


keputusan yang akan
dapat, tapi aku perlu
bimbang kalau-kalau tak
gunakan masa yang ada
ini utk berusaha
sepenuhnya.

4. Sedikit pencapaian itu


lebih baik daripada tak
ada pencapaian langsung.

5. Lebih baik fikir


sekarang nak buat apa
untuk SPM, daripada lepas
SPM nanti nak buat apa.

6. Jangan fikir apa orang


akan kata apa, fikirkan
lebih baik cakap daripada
tak kata apa-apa
langsung. (rajin bertanya)
7. SPM dah dekat! Masa
tak boleh ditambah, yang
boleh ditambah hanyalah
usaha dan kesungguhan.

8. Tumpukan 100% masa,


tenaga dan fikiran untuk
menjamin kecemerlangan
SPM

9. Sebelum aku dapat A


dalam mana-mana subjek,
aku mesti dapat A dalam
fikiran dulu. Aku mesti
percaya yang aku boleh
berjaya kalau aku mau
berjaya.
10. Perbezaan antara
pelajar biasa dengan
pelajar luar biasa adalah
sifat luar biasanya.

11. Kegagalan atau


kemenangan adalah
sementara, yang di
hadapan belum menang,
jadi jangan leka. Yang di
belakang belum kalah, jadi
jangan kecewa selagi SPM
tidak berakhir.