Anda di halaman 1dari 21

PENGENALAN

Untuk mendapat satu pembelajaran dan pengajaran yang sangat berkesan, satu
penegasan kepada pengajaran perlu diberi perhatian yang serius. Untuk itu,
dalam pelaksanaan pengajaran kurikulum, pembelajaran yang ada perlulah
diintegrasikan agar beberapa aspek penegasan dan cara pelaksanaannya akan
dapat untuk membuat penerokaan dalam mendapatkan pengetahuan,
kemahiran serta penghayatan nilai.

Untuk itu pelajar harus diberi banyak peluang dan ruang untuk mengalami
proses pertumbuhan dan perkembangan dengan cara yang sihat. Antara lain
pelajar boleh diberi peluang untuk mencari dan melahirkan idea melalui
percakapan, tulisan, lukisan, muzik, nyanyian, lakonan dan sebagainya.
Pelaksanaan aktiviti-aktiviti ini mampu membina dan menyuburkan sikap dan
pemikiran kreatif selain daripada menjadi aktif dan progresif.
T
T
o
o
p
p
i
i
k
k
1
Integrasi

1
0
0

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan pelbagai jenis integrasi yang digunakan di dalam
pengajaran dan pembelajaran;
2. Menyatakan kelebihan integrasi semasa pengajaran dan pembelajaran
dilaksanakan;
3. Mengenalpasti isu-isu dan cabaran-cabaran integrasi;
4. Menjelaskan bagaimana melaksanakan integrasi seni visual, muzik dan
pergerakan dengan mata pelajaran lain; dan
5. Membuat perancangan dan penilaian menggunakan pendekatan
integrasi.
HASIL PEMBELAJARAN
TOPIK 10 INTEGRASI
193
PENGENALAN 10.1
Program Pendidikan Intergrasi merupakan satu program yang amat popular di
luar negara khususnya di Amerika Syarikat di mana program ini telah bermula
sejak tahun 1900an. Pada ketika itu, penekanan pada mata pelajaran sains telah
mula diintegrasikan dengan mata pelajaran lain. Ini adalah disebabkan kerana
dia telah menganggap sains adalah asas dalam kehidupan seharian rakyatnya.
Kemudian daripada itu terdapat juga perkara-perkara dan mata pelajaran lain
diintegrasikan ke dalam kurikulum di sekolah-sekolah. Kesimpulan konsep
integrasi dalam kurikulum telah diamalkan secara meluas oleh kebanyakan
pelajar di negara-negara maju.
10.1.1 Pelbagai Pengertian Integrasi
Kebanyakan pendidik menggunakan konsep dan makna pengintegrasian dari
pelbagai sudut, antaranya sudut psikologi, sosiologi dan pedagogi.

Integrasi dari sudut psikologi sentiasa berkait rapat dengan personaliti total di
mana ini bermaksud bahawa individu itu adalah insan total dan segala unsur
perkembangan pelajar yang mengandungi aspek-aspek jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial sentiasa berkait rapat dan saling bergantung antara satu sama
lain.

Dari sudut sosiologi, integrasi mempunyai lebih daripada satu makna. Pertama,
ia boleh dilihat dari sudut perhubungan di antara personaliti dengan personaliti
seperti antara seseorang pelajar dengan seseorang pelajar, dan di antara pelajar
dengan guru. Kedua, perlu ada rasa keinginan yang terjalin dalam perhubungan
di antara individu dengan pelbagai agensi masyarakat dan akhir sekali harus ada
pengiktirafan terhadap perhubungan di antara pelbagai institusi masyarakat itu.

Manakala dari sudut pedagogi, integrasi melibatkan kaedah dan teknik mengajar
yang meliputi pelbagai isi pelajaran dan kemahiran melalui unit pembelajaran
dan bidang pelajaran yang khusus untuk tujuan membantu dalam pendekatan
menyelesaikan masalah sebagai satu cara belajar.
10.1.2 Pelbagai Jenis Integrasi
Terdapat pelbagai cara integrasi dijalankan dalam pengajaran dalam Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Dalam KBSR, penegasan yang berkesan
sangat dititik beratkan bagi memastikan kejayaan proses pembelajaran pelajar.
Bagi mencapai hasrat dalam falsafah, matlamat dan objektif Pendidikan
Kebangsaan, beberapa kaedah perlu diguna pakai dalam proses pengajaran
TOPIK 10 INTEGRASI
194
antaranya ialah konsep integrasi. Dalam KBSR juga konsep integrasi lebih
dikenali sebagai kesepaduan. Untuk itu, konsep bersepadu dalam KBSR
membawa maksud bahawa penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran, bahasa
dan pemupukan nilai-nilai murni dilakukan secara berintegrasi dan menyeluruh.
Ini kerana dalam KBSR, pendidikan adalah bagi pembangunan individu insan
yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Untuk
itu beberapa konsep perlu ditegaskan sebagai asas dalam proses pengajaran dan
pembelajaran KBSR yang mengandungi aspek:

(a) Penggabungjalinan
Bermaksud sebagai proses mengintegrasikan pelbagai bidang kemahiran
bagi mewujudkan suatu pelajaran yang integratif dan menyeluruh. Melalui
strategi penggabungjalinan ini berbagai-bagai kemahiran dalam sesuatu
pelajaran disampaikan secara harmoni dan bersepadu, sama ada dalam
satu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran.
Strategi penggabungjalinan kemahiran ini akan melahirkan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan bermakna serta
menimbulkan suasana proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih
berkesan. Penggunaan strategi ini membolehkan pelajar berpeluang
menguasai beberapa kemahiran yang berkaitan dengan cara bersepadu.
Jenis-jenis Penggabungjalinan
Penggabungjalinan sebagai yang berlangsung dalam aktiviti pengajaran
dan pembelajaran boleh dilihat dari tiga sudut seperti:
(i) Penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran;
(ii) Penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain ke dalam
sesuatu mata pelajaran; dan
(iii) Penggabungjalinan kemahiran secara merentas kurikulum.


Rajah 10.1: Contoh integrasi kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam mata
pelajaran bahasa

TOPIK 10 INTEGRASI
195

AKTIVITI 10.1

1. Apakah itu integrasi?
2. Nyatakan kemahiran-kemahiran yang boleh diperoleh berdasarkan
penggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum?

(b) Penyerapan
Penyerapan ialah proses menyebati dan menyatupadukan pengetahuan
atau unsur isi pengetahuan daripada suatu mata pelajaran lain ke dalam isi
pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar. Proses penyerapan lebih
kepada unsur pengetahuan. Penyerapan merupakan proses
mengintegrasikan unsur-unsur isi kandungan daripada dua atau lebih
mata pelajaran dalam sesuatu pelajaran. Contohnya, daripada mata
pelajaran sains, guru akan mengambil petikan atau artikel sains bagi
aktiviti bacaan dan kefahaman dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Dengan ini, pelajar akan memperoleh ilmu pengetahuan sains semasa
mempelajari kemahiran mata pelajaran Bahasa Melayu. (rujuk Rajah 10.2)


Rajah 10.2: Penyerapan unsur-unsur Sains dan Kajian Tempatan (KT) dalam Bahasa
Melayu

Ciri-ciri penyerapan:
(i) Ia mengandungi beberapa unsur ilmu pengetahuan daripada
berbagai-bagai pelajaran;
(ii) Unsur-unsur ilmu pengetahuan ini diserapkan secara bersepadu
dalam satu mata pelajaran;
(iii) Bilangan mata pelajaran yang digunakan dalam proses penyerapan
adalah fleksibel;
TOPIK 10 INTEGRASI
196
(iv) Organisasi unsur-unsur isi kandungan bergantung kepada unsur
utama dan unsur sampingan. Walau bagaimanapun, unsur utama
tetap diberi penekanan yang lebih; dan
(v) Proses penyerapan berlaku secara serentak dengan proses
penggabungjalinan. Unsur-unsur isi kandungan boleh diserapkan ke
dalam aktiviti penggabungjalinan berbagai-bagai kemahiran seperti
membaca, menulis dan mengira.
(c) Penerapan
Konsep penerapan membawa maksud sebagai satu proses menerapkan nilai-
nilai dalam pelaksanaan kurikulum dan gerak kerja kokurikulum. Nilai-nilai
yang dimaksudkan ialah nilai-nilai murni, nilai kewarganegaraan, nilai
kemasyarakatan, nilai alam sekitar, nilai kemanusiaan, ketuhanan dan
sebagainya. Penerapan nilai akan berlangsung melalui dua pendekatan iaitu:
(i) Pendekatan implisit
Guru secara tidak langsung menerapkan sesuatu nilai. Contohnya
apabila guru bercakap benar, berpakaian kemas dan datang ke bilik
darjah tepat pada waktunya secara tidak langsung perlakuannya ini
diperhatikan oleh para pelajar dan akan dihayati serta akan menjadi
ikutan oleh mereka. Tindakan guru menyokong dan memberi pujian
kepada pelajar secara tidak langsung menyedarkan pelajar untuk
menerima sesuatu nilai yang positif itu.
(ii) Pendekatan eksplisit
Penerapan nilai secara eksplisit ialah dengan mengadakan suatu
peraturan, arahan, pekeliling dan sebagainya yang bertulis tentang
sesuatu perkara yang diharapkan dan yang tidak diharapkan.
Program atau aktiviti yang khusus juga adakalanya diadakan untuk
menerapkan sesuatu nilai seperti program motivasi, sambut Hari
Guru, Hari Kemerdekaan, kempen kebersihan, kempen anti rokok
dan sebagainya. Di dalam bilik darjah, guru pendidikan moral dan
pendidikan Islam akan mengajar sesuatu topik berkaitan dengan
sesuatu nilai; ini juga dianggap sebagai eksplisit. Untuk itu penerapan
secara eksplisit adalah lebih terancang, bermatlamat dan cara
pelaksanaannya serta penilaiannya jelas.
(d) Pemulihan
Pemulihan merupakan satu aktiviti yang secara khusus bertujuan untuk
membantu pelajar yang mengalami masalah pembelajaran yang tertentu
khususnya dalam kemahiran asas 3M. Aktiviti pemulihan pula merupakan
aktiviti yang dirancangkan untuk membantu murid mengatasi masalah
TOPIK 10 INTEGRASI
197
pembelajaran dari segi pengetahuan dan kemahiran. Dalam merancangkan
aktiviti pemulihan, beberapa perkara perlu diambil kira termasuk:
(i) Tumpuan kepada kelemahan murid yang telah dikesan;
(ii) Pengajaran dan pembelajaran perlu diubah suai dan dipelbagaikan
mengikut keperluan kognisi murid;
(iii) Penggunaan pelbagai jenis bahan bantu mengajar termasuk bahan
bercetak dan bahan elektronik untuk membantu murid memahami
dan menguasai hasil pembelajaran; dan
(iv) Selepas aktiviti pemulihan, pascaujian dijalankan secara pemerhatian,
lisan atau bertulis. Pascaujian ini haruslah menekankan penguasaan
konsep atau kemahiran yang perlu dikuasai.
(e) Pengayaan
Aktiviti pemulihan adalah difokuskan kepada pelajar yang berpencapaian
rendah atau lambat kadar penerimaannya. Oleh itu pengayaan adalah
untuk pelajar yang pencapaiannya melebihi sederhana atau pintar cerdas.
Guru perlu mengorganisasikan semula kelas untuk menempatkan murid
dengan aktiviti pengayaan. Aktiviti pengayaan dirancang bagi murid yang
mencapai aras masteri 80% dalam praujian. Pencapaian sedemikian
menunjukkan bahawa murid telah menguasai unit pembelajaran tertentu
dan kumpulan murid ini akan terus menjalani aktiviti pengayaan tanpa
melalui proses pengajaran dan pembelajaran unit pembelajaran tersebut.
Aktiviti pengayaan juga dirancang bagi murid yang mencapai aras masteri
80% dalam pascaujian selepas melalui proses pengajaran dan pembelajaran
unit pembelajaran tersebut
(i) Pengayaan Berbentuk Pengukuhan
Aktiviti ini menumpukan kepada pengukuhan pengetahuan dan
kemahiran yang telah dikuasai dalam unit pembelajaran yang sama
dan bukan sesuatu yang baru. Sebagai contoh di HSP Sains Tahun 4,
Tema: 'Menyiasat Alam Fizikal', di bawah Hasil Pembelajaran
'Memahami Konsep Isipadu'; murid mempelajari konsep isipadu dan
mengukur isipadu. Dalam aktiviti pengayaan berbentuk pengukuhan,
murid diberi pelbagai masalah berkaitan dengan konsep isipadu yang
biasa ditemui dalam kehidupan harian. Antaranya, ialah mengukur
isipadu air yang diminum oleh murid setiap hari dan mencari isipadu
beg sekolah murid untuk memuatkan buku sekolah. Melalui aktiviti
sedemikian, murid dapat mengaplikasikan konsep isipadu dalam
konteks yang lebih relevan dan seterusnya dapat mengukuhkan
pemahaman tentang konsep isipadu.
TOPIK 10 INTEGRASI
198
(ii) Pengayaan Berbentuk Perkembangan
Aktiviti ini merupakan aktiviti yang lebih kompleks, serta mencabar
pada peringkat kognisi yang lebih tinggi dalam unit pembelajaran
yang berkait rapat dengan unit pembelajaran yang dipelajari.
Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh melalui aktiviti ini boleh
meliputi bidang yang lebih luas dan lebih mendalam. Aktiviti ini
boleh dijalankan secara kadar kendiri dan terarah kendiri.
(iii) Pendekatan Integrasi
Menurut Passe (1999) terdapat dua pendekatan bagi pelaksanaan
integrasi dalam kurikulum iaitu:
Adaptasi ke dalam kurikulum yang ada
Sesuatu perkara yang diintegrasikan ke dalam mata pelajaran
yang sedia ada. Pendekatan ini melihat hubungan antara mata
pelajaran dan seterusnya menggalakkan rentasan disiplin. Sebagai
contoh antara mata pelajaran seni visual dengan muzik dan
pergerakan, mata pelajaran kemahiran hidup dengan matematik
serta antara sains dengan pendidikan jasmani dan kesihatan.
Adaptasi adalah melalui konsep penggabungjalinan, penyerapan
dan penerapan. Selain itu unsur-unsur nilai murni, KBKK, unsur
patriotisme, unsur-unsur kebersihan dan penjagaan alam sekitar
boleh diintegrasikan melalui pendekatan adaptasi ini.
Membina kurikulum baru
Mata pelajaran yang baru akan diwujudkan dengan di dalamnya
mengandungi unsur-unsur yang hendak diintegrasikan.
Contohnya disiplin kesihatan telah dimasukkan ke dalam mata
pelajaran pendidikan jasmani sehingga menjadi mata pelajaran
pendidikan jasmani dan kesihatan. Gabungan unsur sejarah,
geografi dan hal ehwal tempatan telah mewujudkan mata
pelajaran kajian tempatan.


AKTIVITI 10.2
1. Nyatakan kebaikan integrasi dalam pengajaran dan pembelajaran
seni dalam pendidikan.
2. Nyatakan dengan menggunakan idea grafik, integrasi antara Seni
dalam Pendidikan dan satu mata pelajaran sekolah.
TOPIK 10 INTEGRASI
199
10.1.3 Kelebihan Integrasi
Saranan mengintegrasikan Seni dalam Pendidikan ke dalam bidang-bidang
kurikulum yang lain mempunyai kebaikan dan kelebihan. Antara kelebihan-
kelebihannya adalah seperti berikut:
(a) Mempunyai kepelbagaian dan keseragaman aktiviti dalam bentuk unit-unit
kerja. Apabila seni dalam pendidikan diintegrasikan di dalam unit-unit
kerja, maka bertambahlah peluang pelajar untuk menceburi aktiviti-aktiviti
pembelajaran. Dengan ini tahap kebolehan mereka untuk menyelesaikan
sesuatu masalah dalam sesuatu unit kerja akan meningkat kerana mereka
telah mempunyai kelebihan media yang boleh dijadikan sebagai alat bantu
dalam menyelesaikan masalah.

Contoh, jika sesebuah kelas sedang mempelajari satu unit pelajaran
berhubung dengan tajuk Cara Kehidupan Masyarakat Iban di Rumah
Panjang, guru atau pelajar dalam bilik darjah itu akan menubuhkan unit-
unit kumpulan kecil dan setiap unit itu akan mengkaji satu aspek
masyarakat orang Iban seperti apa yang dilakukan oleh orang Iban untuk
hidup, permainan dan rekreasi mereka, upacara dan tarian-tarian adat
resam mereka seperti ketika menyambut Hari Gawai, perkahwinan dan
pelbagai aspek lain lagi. Apa sahaja bahan dan maklumat yang diperoleh
oleh setiap kumpulan itu boleh dipersembahkan baik dalam bentuk
penerangan lisan, pergerakan atau bentuk aksi. Secara tidak langsung
aktiviti seperti ini akan memperkayakan dan menambahkan lagi
kefahaman pelajar terhadap pelajaran yang disampaikan.

(b) Mempunyai ruang untuk menampung kepelbagaian akitiviti Seni dalam
Pendidikan. Apabila setiap aspek kurikulum dimanfaatkan dengan sebaik
mungkin untuk tujuan meleraikan proses penyelesaian masalah, secara
tidak langsung akan dapat mewujudkan peluang yang baik bagi menerap
dan melaksanakan aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan.

(c) Mempunyai ruang untuk menampung skop perpaduan yang luas.
Apabila Seni dalam Pendidikan diintegrasikan dengan bidang kurikulum
yang lain, akan terbit suatu tanggapan, baik di kalangan guru mahupun
pelajar, bahawa integrasi itu merupakan sebahagian daripada program
aktiviti sekolah dan bukannya sesuatu yang bersifat terasing dan terpisah.
TOPIK 10 INTEGRASI
200
10.1.4 Isu dan Cabaran Integrasi
Masalah berhubung dengan peruntukan masa untuk slot pergerakan, seni visual
atau musik bukanlah satu alasan yang baru. Dengan keadaan jadual waktu yang
padat, sesetengah sekolah agak berasa keberatan untuk menambahkan lagi
jumlah mata pelajaran. Oleh yang demikian, apabila sesuatu bidang baru
diperkenalkan, beberapa langkah-langkah terpaksa diambil oleh pihak sekolah
untuk memuatkan mata pelajaran baru itu ke dalam jadual pembelajaran yang
sedia ada. Ianya dilakukan dengan cara mengeluarkan mata pelajaran tertentu
yang dianggap kurang penting dari segi akademiknya.

Apa yang berlaku kepada mata pelajaran pendidikan jasmani di negara ini
merupakan satu contoh yang baik. Daripada tiga waktu seminggu, kini telah
dikurangkan kepada dua dan daripada peruntukkan masa 45 minit sesetiap
waktu telah dikurangkan kepada 40 minit. Jalan penyelesaian terbaik dalam
menangani masalah ini ialah pihak pengurusan sekolah dan guru-guru perlulah
melaksanakan perancangan yang lebih berdaya cipta di mana mata pelajaran
pendidikan jasmani digabungkan dengan mata pelajaran teras yang lain ataupun
kepada mata pelajaran yang sudah kukuh kedudukannya dalam kurikulum.
10.1.5 Integrasi Seni Visual, Muzik dan Pergerakan
Kesemua mata pelajaran seni visual, muzik dan pergerakan boleh diintegrasikan
kerana ketiga-tiga subjek ini mempunyai motif dan tujuan yang sama. Malahan
dengan diadakan pengintegrasian mata pelajaran ini akan memperkukuhkan
dan memantapkan lagi kefahaman pelajar tentang tajuk-tajuk yang hendak
diajar.
(a) Aspek Psikologi
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, integrasi dari sudut psikologi
merangkumi personaliti secara menyeluruh pelajar. Ini secara tidak
langsung akan memberi kesan yang memberi impak kepada minda dan
tubuh pelajar. Terdapat teori metafizik berhubung dengan fungsi-fungsi
tubuh dan mental yang menyokong pernyataan ini. Pada dasarnya, teori-
teori ini terjelma daripada kepercayaan tentang wujudnya persemadian di
antara tubuh dan minda. Berdasarkan hakikat ini, sudut psikologi,
mempunyai kesan pengaruh yang ketara terhadap pelajar.
Pergerakan, pada dasarnya merujuk kepada pembelajaran melalui aktiviti
pendidikan jasmani. Ramai di kalangan pendidik, malahan termasuk ahli-
ahli falsafah kontemporari, memperakui hakikat prinsip perhubungan
minda-tubuh atau istilah lain kepaduan psikomotor. Namun, pelaksanaan
prinsip ini masih jauh dari kebenarannya. Ada juga dalam kes-kes tertentu,
TOPIK 10 INTEGRASI
201
guru-guru pendidikan jasmani terlalu menekankan aspek bukan fizikal
sehingga mengabaikan aspek fizikal seperti yang diperlukan. Kedua-dua
keadaan yang melampau ini boleh memberi kesan sampingan kepada
pelajar terhadap pertumbuhan dan perkembangan menyeluruh pelajar
sehingga boleh menjejaskan personalitinya.
(b) Aspek Sosiologi
Dari segi sosiologi terdapat tiga kategori integrasi, iaitu:
(i) Integrasi antara personaliti;
(ii) Integrasi antara individu dengan agensi-agensi masyarakat; dan
(iii) Integrasi di kalangan pelbagai institusi masyarakat.
Perhatian utamanya ialah mengenai aspek integrasi sosiologi yang
memberi tumpuan kepada hubungan di antara personaliti dengan
personaliti. Dalam hubungan ini, Seni dalam Pendidikan mempunyai
peranan sebagai agen integrasi.
Manusia, pada dasarnya, adalah mahkluk sosial. Menerusi Seni dalam
Pendidikan, faktor ini dapat dieksploitasikan dengan sebaik mungkin
kerana kebanyakan aktivitinya secara semula jadi tidak dapat mengelak
daripada terlibat dalam kegiatan yang berunsur kerjasama. Aktiviti-aktiviti
berkelompok menuntut setiap individu bergerak dan berinteraksi secara
bekerjasama untuk mencapai kejayaan bersama. Oleh yang demikian,
aktiviti Seni dalam Pendidikan dengan sifatnya yang berkelompok,
mempunyai ciri-ciri yang berteraskan demokrasi. Dalam hubungan ini,
aksi-aksi yang terdapat dalam seni dalam pendidikan yang merangkumi
aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan itu mempunyai satu titik tolak
interaksi sosial yang terjalin menerusi perhubungan deria sentuh.
Komunikasi deria sentuh ini mempunyai asas yang boleh menjalin
perhubungan sesama manusia yang membawa kepada konsep perpaduan.
Program yang terdapat dalam Seni dalam Pendidikan bukan sahaja
menyumbang kepada pertumbuhan dan perkembangan pelajar tetapi juga
berupaya memenuhi keperluan-keperluan sosial yang asas. Apabila semua
pelajar berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan minat
dan kebolehan mereka, maka akan terbentuklah satu situasi ideal yang
dapat memenuhi kedua-dua matlamat sosial iaitu rasa ketermilikan dan
keinginan diterima sebagai anggota kelompok.
Keperluan untuk belaian berkait rapat dengan keperluan untuk
ketermilikan. Pelajar mahukan dirinya diterima sebagai anggota sesebuah
kelompok dan pada masa yang sama mereka juga memerlukan kasih
sayang. Dalam kegiatan Seni dalam Pendidikan, keperluan untuk belaian
sekurang-kurangnya dipenuhi melalui pujian dan galakan yang diberi
TOPIK 10 INTEGRASI
202
kepada pelajar sebaik sahaja merreka mempersembahkan aktiviti yang
menarik. Perhubungan di antara pelajar dengan pelajar, guru dengan
pelajar yang mesra mewujudkan suasana yang harmonis dan ini akan
menyebabakan pelajar merasakan bahawa guru dan rakan-rakan mereka
prihatin terhadap diri dan menghargai bakat yang mereka miliki. Suasana
yang sedemikian rupa yang akan mencetuskan perhubungan mesra boleh
diwujudkan menerusi program yang terdapat dalam Seni dalam
Pendidikan.

(c) Aspek Pedagogi
Integrasi dari sudut pedagogi boleh berlaku dengan dua cara, iaitu
(i) Berkait dengan prosedur mengajar
Yang menggabungkan pelbagai bidang pelajaran melalui unit-unit
kerja, dan bidang-bidang pelajaran itu akan membantu
mengembangkan konsep-konsep dan pemahaman terhadap unit-unit
itu.
(ii) Melibatkan perhubungan antara dua atau lebih bidang pelajaran
Perhubungan terjalin dengan sebegitu rupa membuatkan isi atau
kandungan setiap bidang bertambah mapan dalam usaha untuk
mempertingkatkan kefahaman dalam bidang-bidang lain yang
bersangkutan. Dalam kebanyakan program di sekolah rendah, kedua-
dua pendekatan ini dianggap sangat praktikal dan memberi makna
kepadanya.
Dalam banyak hal pelajaran, Seni dalam Pendidikan belum diiktiraf
sebagai satu subjek yang sah dalam kurikulum kerana penekanan
terhadapnya berbeza berbanding dengan penekanan yang diberikan
kepada bidang-bidang akademik yang lain.
TOPIK 10 INTEGRASI
203
INTEGRASI SENI VISUAL, MUZIK DAN
PERGERAKAN DENGAN MATA
PELAJARAN LAIN
10.2
Mari kita lihat contoh integrasi kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam mata
pelajaran seni visual, muzik dan pergerakan dalam Rajah 10.3 dan 10.4.


Rajah 10.3: Contoh integrasi kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam mata pelajaran
seni visual, muzik dan pergerakan



Rajah 10.4: Contoh integrasi kemahiran-kemahiran di antara mata pelajaran misalnya
Matematik dan Bahasa Melayu
10.2.1 Matematik
Dalam mengajar matematik, konsep integrasi yang ditekankan adalah
berdasarkan cara penyampaian guru, kaedah dan strategi pelaksanaannya iaitu
dengan berdasarkan kepada kemahiran-kemahiran yang akan diperoleh oleh
pelajar. Jika menggunakan proses penyerapan ianya dapat dirumuskan seperti
Rajah 10.5 dengan berdasarkan kepada Seni dalam Pendidikan.

Rajah 10.5 : Integrasi seni dalam pendidikan dengan matematik
TOPIK 10 INTEGRASI
204
10.2.2 Sains
Dalam subtopik, kita akan berbincang tentang integrasi antara mata pelajaran
Seni dalam Pendidikan dengan mata pelajaran Sains. Dalam mata pelajaran sains
banyak didapati aktiviti seni visual iaitu melukis. Dengan ini secara tidak
langsung pelajar akan melukis gambar-gambar yang terdapat di dalam mata
pelajaran sains dan diintegrasikan dengan seni visual. Integrasi mata pelajaran
ini juga dapat membolehkan dan meningkatkan lagi pemahaman dan
pengekalan ingatan mata pelajaran tersebut ke dalam ingatan minda pelajar
dengan melukis peta minda. Di samping itu, muzik boleh diintegrasikan dengan
mata pelajaran sains apabila guru dapat membantu pelajar mengingati mata
pelajaran tersebut dengan menyanyikan lagu berdasarkan tajuk mata pelajaran
dengan menggunakan melodi lagu-lagu masa kini. Contoh untuk lagu Deria.

Lirik lagu Deria (Ciptaan Zulkiply Yaakob)

Saya lihat dengan mata,
macam-macam warna
Biru, kuning, merah, unggu,
Indah mata ku.

Saya dengar dengan telinga,
Macam-macam benda,
Tip tap, tum tam, cak-cak, bum-bam
Riuh bunyinya.
Saya rasa dengan lidah,
Macam-macam rasa,
Pahit, masin, manis, kelat
Enak rasanya.

Saya sentuh dengan jari,
Macam-macam benda,
Kasar, kesat, lembut, nipis
Itu rasanya.
10.2.3 Kajian Sosial
Guru juga boleh menggunakan kemahiran nyanyian daripada mata pelajaran muzik
ke dalam mata pelajaran kajian sosial. Banyak lagu-lagu patriotik yang boleh
dinyanyikan untuk penghayatan semangat patriotisme di kalangan pelajar seperti
Jalur Gemilang, Lagu Rukun Negara, Bahtera Merdeka, Tanjung Puteri sebagainya.
Lagu-lagu bertemakan motivasi diri, semangat kekeluargaan, keamanan dan
TOPIK 10 INTEGRASI
205
kemakmuran juga boleh diperoleh dengan banyak untuk disesuaikan dengan tajuk-
tajuk pengajaran guru dalam mata pelajaran kajian sosial.

Kemahiran daripada pendidikan seni visual juga boleh diintegrasikan dalam
mata pelajaran kajian sosial seperti melukis bendera Jalur Gemilang, poster Hari
Kebangsaan/ Merdeka dan sebagainya.
PERANCANGAN DAN PENILAIAN 10.3
Bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran berjaya dilaksanakan, pelbagai
aktiviti perlulah diadakan untuk membantu proses pembelajaran dapat
dilaksanakannya dengan lancar dan berkesan. Untuk itu sesuatu proses
pengajaran tidak dapat lari daripada perkara-perkara asas yang melibatakan
guru, pelajar, isi pelajaran, bahan-bahan pembelajaran, bilik darjah serta
kemudahan-kemudahan yang lain. Untuk itu sebelum melaksanakan pengajaran
guru perlulah menyediakan satu perancangan yang rapi agar pembelajaran
dapat disampaikan dengan lebih teratur.
10.3.1 Pengurusan (Tenaga Kepakaran, Jadual,
Komunikasi antara Berbagai Pihak)
Pengurusan atau pengelolaan adalah penting dalam sesebuah organisasi, tidak
kira sama ada organisasi itu kecil ataupun besar, swasta atau badan kerajaan.
Fungsi pengurusan bukan saja merupakan tanggungjawab seorang pengurus
besar, atau pengarah atau guru besar tetapi juga tanggungjawab penyelia atau
guru yang berada di dalam organisasi tersebut.

Pengurusan yang cekap mempunyai tugas dan tanggungjawab yang tertentu,
antaranya:
(a) Pengelola ialah pengurus dan pengarah di dalam organisasi yang
mengawasi aliran kerja serta menyatupadukan semua unsur organisasi.
Mereka mempunyai kuasa yang diberikan untuk mengarah orang lain yang
berada di bawah tanggungjawabnya.
(b) Pengelola bertanggungjawab menggunakan sumber dengan efisien untuk
mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
(c) Pengelola juga tidak boleh lari daripada bertanggungjawab ke atas
kegagalan dan kejayaan orang di bawah jagaannya. Kegagalan dan
kejayaan itu mencerminkan prestasi pengelola berkenaan.
(d) Pengelola mengimbangkan matlamat dan menetapkan prioriti seperti
menjalankan kerja yang penting dahulu atau dengan serta-merta.
TOPIK 10 INTEGRASI
206
(e) Pengelola mewujudkan matlamat, perancangan, dasar dan
mengimplementasikan strategi.

Apabila seseorang pengelola berada di dalam organisasi, beliau dikehendaki
mengetahui perlakuan yang diharapkan oleh ketua, rakan sekerja, kakitangan
bawahan serta mengetahui juga tugas dan tanggungjawabnya. Ini disebabkan
keberkesanan perjalanan organisasi itu dipengaruhi dan dikawal oleh faktor-
faktor persekitaran organisasi itu sendiri.

Manakala organisasi merujuk kepada satu unit sosial yang terdiri daripada
manusia yang bekerjasama dan saling bergantung di antara satu sama lain bagi
mencapai matlamat individu, kumpulan atau organisasi. Definisi ini menjelaskan
unsur-unsur yang perlu ada di dalam sesebuah organisasi: Organisasi sebagai
satu unit sosial, perlu ada penyatuan usaha dan ada hubungan yang erat dan
akrab pada hubungan di antara seorang individu dengan individu yang lain.
10.3.2 Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran
Untuk melaksanakan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang berjaya,
guru perlulah menyediakan satu perancangan yang rapi. Untuk itu penglibatan
serta penyertaan pelajar amat diperlukan. Salah satu tujuan pengajaran adalah
untuk memastikan pelajar berpeluang menjalani kehidupan di masa akan datang
dan dapat membawa perubahan ke atas seseorang individu. Perubahan ini boleh
melibatkan beberapa faktor antaranya tingkah laku, daya kognitif, afektif dan
psikomotor ke arah yang lebih positif.

Perancangan pengajaran dapat dibahagikan kepada tiga fasa seperti yang
dihuraikan dalam Rajah 10.6 iaitu;
(i) Fasa sebelum pengajaran;
(ii) Fasa semasa pengajaran; dan
(iii) Fasa selepas pengajaran.

TOPIK 10 INTEGRASI
207

Rajah 10.6: Urutan fasa-fasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Mengikut Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999, hanya dua perancangan sahaja yang
perlu ditulis iaitu:
(i) Rancangan Pelajaran Tahunan
Rancangan Pelajaran Tahunan mengandungi secara ringkas isi pengajaran
dan pembelajaran berdasarkan Sukatan Pelajaran Kebangsaan yang
dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
(ii) Rancangan Pelajaran Harian
Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran
Tahunan yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti
objektif, cara bagaimana hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh
mana objektif tercapai.
TOPIK 10 INTEGRASI
208
10.3.3 Penilaian Pendekatan Integrasi
Penilaian ialah proses menguji, mengumpul maklumat dan membuat justifikasi
tentang penguasaan, kefahaman, kebolehan atau kemahiran pelajar berdasarkan
objektif pengajaran dan pembelajaran yang telah ditetapkan.

Penilaian secara umumnya dapat dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu
penilaian formatif dan penilaian sumatif.
(a) Penilaian Formatif
Penilaian ini berlaku secara berterusan semasa pengajaran dan
pembelajaran sedang berjalan. Ini kerana perkembangan pembelajaran
pelajar perlu dikesan dari semasa ke semasa pada kadar yang segera dalam
masa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dan juga setiap kali
selepas pembelajaran. Hasilan penilaian ini akan diguna pakai untuk
memperbaiki kelemahan dan kekurangan yang dialami oleh pelajar.
Berdasarkan maklumat ini, guru dapat memikirkan pelaksanaan strategi
pengajaran yang lebih baik dan berkesan di dalam bilik darjah sewaktu
proses pengajaran pembelajaran sedang berlaku.
Kaedah pelaksanaan penilaian formatif biasanya melibatkan perkara-
perkara berikut iaitu;
(i) Aktiviti pemerhatian atau pengamatan oleh guru;
(ii) Soal jawab secara lisan;
(iii) Perbincangan;
(iv) Pelaksanaan aktiviti; dan
(v) Pentaksiran hasil kerja.

(b) Penilaian Sumatif
Setelah satu tempoh pembelajaran tertentu, contohnya setelah satu
semester, satu penggal, setengah tahun atau satu tahun, penilaian akan
dilakukan. Penilaian ini akan mengukur pencapaian terhadap objektif yang
lebih luas meliputi keseluruhan tajuk yang diajar dalam satu jangka waktu
tertentu yang lebih panjang.
Objektif penilaian sumatif ini adalah untuk melihat tahap pencapaian
pelajar secara keseluruhan. Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum
(2001), penilaian sumatif memberikan nilai yang membezakan pencapaian
seseorang pelajar dengan pelajar yang lain. Penilaian ini juga seringkali
digunakan untuk membuat pemilihan bagi tujuan pengaliran,
penganugerahan dan sebagainya. Penilaian dilaksanakan secara rasmi di
TOPIK 10 INTEGRASI
209
peringkat sekolah dan kadangkala setara bagi seluruh daerah. Untuk Seni
dalam Pendidikan, penilaian dijalankan di dalam pelbagai bentuk iaitu
mengikut kesesuaian mata pelajaran seni visual, muzik dan pergerakan.

(i) Penilaian dalam Perkembangan Proses Pembelajaran
Rajah 10.7 merumuskan penilaian dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.


Rajah 10.7: Penilaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran
(ii) Penilaian Serta-Merta
Penilaian ini dijalankan semasa proses pengajaran berlangsung iaitu
melalui pemerhatian, tindak balas serta kerja harian pelajar. Guru
dapat menilai pelajar, sama ada pelajar dapat memahami pelajaran
yang disampaikan atau tidak. Jika pelajar tidak dapat mencapai
objektif guru, maka guru perlu memikirkan perancangan lain yang
lebih berkesan agar kemahiran atau pengetahuan dapat disampaikan.
Penilaian ini berbentuk formatif dan berjalan secara berterusan di
sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.
(iii) Penilaian Kemajuan
Penilaian jenis ini dilakukan oleh guru setelah pelajar melalui satu-
satu unit pembelajaran, kemahiran atau tajuk yang diajar. Penilaian
ini juga bertujuan untuk mengesan penguasaan pelajar terhadap
kemahiran-kemahiran yang telah didedahkan. Proses penilaian
dilakukan secara formal iaitu secara terancang, bertulis dan
didokumentasikan mengikut format tertentu; atau secara informal itu
TOPIK 10 INTEGRASI
210
tiada kaedah khusus, namun maklum balas pencapaian akan dicatat
untuk dibuat penganalisisan untuk tujuan penyimpanan rekod.
(iv) Penilaian Pencapaian
Penilaian jenis ini diadakan selepas beberapa unit pembelajaran
disampaikan oleh guru. Markah akan diberi dan ditukar kepada gred
untuk dicatatkan dalam rekod profil. Penilaian pencapaian biasanya
dijalankan pada setiap hujung semester.
(v) Penilaian Kerja Amali
Penilaian kerja amali dilakukan keatas kerja-kerja amali pelajar seperti
dalam seni visual, muzik dan pergerakan. Ciri-cirinya ialah:
Secara formatif dan berterusan;
Dikendalikan oleh guru sekolah;
Dapat mengesan perkembangan pembelajaran;
Berasaskan kriteria;
Memberi fokus kepada perkembangan individu;
Menggalakkan refleksi kendiri;
Membolehkan tindakan susulan dibuat; dan
Mempunyai pelbagai kaedah.


AKTIVITI 10.3
1. Nyatakan fasa-fasa urutan sesuatu proses pengajaran dan
pembelajaran.
2. Nyatakan empat bentuk penilaian proses pengajaran dan
pembelajaran untuk Seni dalam Pendidikan.
TOPIK 10 INTEGRASI
211

Konsep integrasi pada Seni dalam Pendidikan adalah ke arah pembangunan
individu insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani.
Dalam KBSR, konsep ini membawa maksud bahawa penguasaan ilmu
penegetahuan, kemahiran, bahasa dan pemupukan nilai-nilai murni
dilakukan secara bersepadu dan menyeluruh. Ini adalah disebabkan untuk
membolehkan setiap pelajar memperolehi kemahiran, mengembangkan
bakat, nilai, pengetahuan, sikap dan amalan yang dikehendaki.
Pelaksanaan konsep kesepaduan atau integrasi dalam proses pengajaran
pembelajaran adalah melalui penggabungjalinan, penyerapan dan
penerapan.
Antara lain, manfaatnya ialah dapat memperlihatkan kepada pelajar
gambaran keseluruhan serta hubung kait atara satu perkara dengan perkara
yang lain membentuk satu kerangka ilmu.
Manakala pemulihan dan pengayaan pula untuk menjamin setiap pelajar
tidak ketinggalan daripada memperoleh apa yang sepatutnya mereka
perolehi selaras dengan pendemokrasiaan dalam mendapatkan pendidikan.

Adaptasi ke dalam kurikulum yang ada
Membina kurikulum baru
Rancangan Pelajaran Harian
Rancangan Pelajaran Tahunan

Curriculum Development Centre, Ministry of Education Malaysia. (2002). Integrated
curriculum for primary schools: curriculum specifications Mathematics Year 1
Curriculum Development Centre, Ministry of Education Malaysia. (2002). Integrated
curriculum for primary schools: curriculum specifications Science Year 4.
Eisner, E. (1992). The misunderstood role of the arts in human development.
TOPIK 10 INTEGRASI
212
Hermann, N. (1991). The creative brain, Journal of Creative Behaviour. 25(4): pp.
275- 295.
Isbell, R., & Raines, S. (2002). Creativity and the arts with young children. New
York: Thomson Delmar learning.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2001). Penilaian kendalian sekolah. Kuala
Lumpur: PPK.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2002). Pengajaran berasaskan kajian masa
depan. Kuala Lumpur: PPK.
Mackey, S. (1993). Emotion and cognition in arts educations. Curriculum Studies
Vol. 1, No.2 pp. 245-256