Anda di halaman 1dari 9

1

SEKOLAH KEBANGSAAN SELAYANG


BARU (2), JALAN 42, SELAYANG BARU
68100 BATU CAVES, SELANGOR















KERTAS KERJA PERTANDINGAN BOLA SEPAK
ANTARA KELAS
TAHUN 3



TEMPAT:

PADANG SK SELAYANG BARU (2)



TARIKH:


13-15 Mei 2014



ANJURAN:

KELAB BOLA SEPAK

SK SELAYANG BARU (2)





2

MENGADAKAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK ANTARA KELAS
TAHUN 3 ANJURAN KELAB BOLA SEPAK SK SELAYANG BARU (2)

1.0 PENDAHULUAN
Sukan Bola Sepak adalah satu permainan yang sangat popular dan diberikan perhatian oleh
peminat sukan di negara kita. Pencapaian pasukan kebangsaan kita yang telah menjuarai
pertandingan AAF Suzuki dan mendapat pingat emas di Sukan Sea baru-baru ini telah
membuka mata banyak pihak dan memulihkan kembali zaman suram bola sepak negara.
Dalam usaha mempertingkatkan lagi pembangunan akar umbi diperingkat sekolah, kerajaan
telah memberikan peruntukkan yang besar dalam sukan bola sepak. Pertandingan ini adalah
salah satu aktiviti yang dianjurkan oleh kelab bola sepak, SK Selayang Baru (2) bagi
merealisasikan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia bagi membantu Persatuan Bola Sepak
Malaysia (FAM). Pertandingan ini disertai oleh murid-murid tahun tiga SK Selayang Baru
(2). Setiap kelas wajib menghantar dua pasukan. Pertandingan ini akan diadakan di padang
bola sepak SK Selayang Baru (2). Aktiviti ini juga diadakan selaras dengan kehendak
Kementerian Pelajaran Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari
segi intelek, rohani, jasmani dan emosi melalui penyertaan dalam kokorikulum.

2.0 MATLAMAT
Matlamat program ini adalah untuk memberi pendedahan awal untuk murid-murid tahun tiga
dengan pertandingan dan peraturan permainan bola sepak. Matlamat utama adalah untuk
menjayakan Skuad Projek 2016 dengan harapan menjuarai peringkat daerah Gombak pada
tahun 2016 nanti. Pertandingan ini adalah untuk mengenal pasti bakat-bakat baru yang
berpotensi untuk diserapkan ke pasukan Skuad Projek 2016 tersebut. Murid-murid yang
dipilih akan diberikan latihan dan pendedahan yang secukupnya bagi mencapai sasaran pada
2016 nanti. Pertandingan ini juga adalah untuk memberi peluang kepada murid-murid
menunjukkan kebolehan mereka dalam permainan bola sepak yang merupakan sukan teras
dan wajib dilaksanakan di peringkat sekolah.

3

3.0 OBJEKTIF
a) Mengenal pasti murid-murid yang berkebolehan dan berpontensi dalam permainan
bola sepak untuk diserapkan dalam Skuad Projek 2016
b) Memberi peluang kepada murid merasai pengalaman dalam menyertai
sesebuah pertandingan.
c) Meningkatkan keyakinan diri murid semasa menyertai pertandingan ini dan
bagi menghadapi pertandingan yang akan datang.
d) Memupuk semangat bekerjasama antara pasukan serta mengikis sikap mementingkan
diri sendiri.
e) Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, sukan. emosi dan sosial.
f) Menggalakkan murid mengamalkan cara hidup yang sihat.

4.0 TARIKH DAN TEMPOH PELAKSANAAN
a) Tarikh yang dirancang ialah 13-15 Mei 2014 iaitu pada hari Selasa sehingga hari
Khamis.
b) Dilaksanakan selama 3 hari.
c) Masa pelaksanaan melibatkan waktu petang.
d) Tentatif program seperti di Lampiran 1.

5.0 TEMPAT
Pertandingan akan di adakan di padang SK Selayang Baru (2) yang boleh menampung
dua padang bersaiz futsal. Rasional memilih padang tersebut adalah kerana :
a) Kawasan padang adalah tidak jauh dari kawasan tempat tinggal murid.
b) Tidak dikenakan bayaran kerana padang adalah kepunyaan sekolah.
c) Bebas dari sebarang gangguan luar dan memberikan tumpuan sepenuhnya
pada peserta dalam aktiviti mereka.




4

6.0 PERASMIAN
Pertandingan ini akan dirasmikan oleh Pn. Marsilah Binti Ibram, Guru Besar Sk
Selayang Baru (2). Ia akan berlangsung di padang sekolah. Upacara ini akan
dilangsungkan selama sekitar 20 minit kerana Pn. Marsilah Binti Ibram akan diberi
peluang memberi ucapan ringkas sekaligus merasmikan program ini.

7.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN
a) Jumlah murid : 72 orang (6 x 12 pasukan)
b) Jumlah AJK Pertandingan : 10 orang

8.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN
Penasihat : Pn Marsilah Binti Ibram (Guru Besar SKSBD)
Penasihat Kelab : Pn Goh Hon Lee
(GPK Kokurikulum SKSBD)

9.0 JAWATANKUASA PELAKSANA
Pengerusi : En Muhamad Jeffri Bin Abdul Rahman
Naib Pengerusi : En Abdullah Fadel Bin Mohd Saidi
Setiausaha : En Syahrizan Bin Ibrahim
Bendahari : En Alexson Bin Lubini

10.0 AHLI JAWATANKUASA
AJK Pertandingan : En Mohamed Hazwan Bin Ruslim
AJK Hadiah dan Sijil : Cik Tuan Faizah Asmira Binti Zulkifli
AJK Dokumentasi : En Abdul Rahman Bin Haron
AJK Kebersihan : En Rostam Bin Hassan
AJK Peralatan dan Kelengkapan : En Mohd Hafizuddin Bin Zuhaidi
: En Muhamad Jeffri Abdul Rahman

5

11.0 FORMAT PERTANDINGAN
a) Pusingan pertama perlawanan ini akan dijalankan secara LIGA SATU
PUSINGAN
b) Johan dan Naib Johan setiap kumpulan akan layak ke pusingan seterusnya yang
akan dijalankan secara KALAH MATI.
c) Setelah selesai perlawanan liga, jika terdapat dua atau lebih memperolehi mata
yang sama maka;
Jumlah perbezaan gol akan menjadi penentu iaitu pasukan yang
memperolehi perbezaan gol yang besar akan dikira pemenang.
Jika perbezaan golnya sama, pasukan yang telah menjaringkan gol yang
paling banyak akan dikira pemenang.
Jika masih seri lagi, pasukan yang pernah menewaskannya akan dikira
pemenang.
Jika kedudukan masih seri lagi, ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa
Pertandingan yang mana keputusannya adalah muktamad.
d) Bagi perlawanan kalah mati, jika perlawanan berkesudahan dengan keputusan
seri, tambahan masa 2 minit setiap separuh masa akan diberikan. Jika kedudukan
masih lagi seri, maka tiga(3) tendangan dari tanda penalti akan diberikan
kepada setiap pasukan.
e) Sistem mata: Menang 3 mata, Seri 1 Mata dan Kalah 0 mata

Undang-Undang Dan Peraturan Pertandingan
1) Kelayakan Pemain
Pemain-pemain yang layak menyertai pertandingan ini adalah murid SK
Selayang Baru (2) yang berumur 9 tahun ke bawah yang lahir pada tahun
2002.
2) Bilangan Pemain
Setiap pasukan perlu mendaftar 6 orang pemain dan hanya 6 pemain yang
boleh diturunkan dalam sesuatu perlawanan.


6

3) Pemain Gantian
Pemain gentian hendaklah berada di tepi tengah padang di mana tempat
gantian pemain dibuat.
Gantian pemain boleh dibuat pada bila-bila masa tanpa had.
Gantian pemain hendaklah dibuat dengan cara sentuhan tangan
4) Ukuran Padang Dan Latihan
Saiz Padang : 30 Meter X 50 Meter
Tiang Gol : Gol Bola Baling (2 X 3 Meter)
Saiz Bola : Saiz 4
5) Memulakan Permainan
Semua permulaan permainan termasuk selepas jaringan gol, selepas separuh
masa dimulakan di bahagian tengah padang.
Jaringan gol secara terus boleh dibuat dari sepak mula.
Semua pemain lawan hendaklah berada di luar bulatan.
6) Lontaran Ke Dalam
Lontaran ke dalam akan dikuatkuasakan.
Jaringan gol secara terus tidak boleh dibuat dari lontaran ke dalam.
7) Masa Perlawanan
6 minit separuh masa pertama.
6 minit separuh masa kedua.
Tiada waktu rehat diantaranya.
8) Sepakan Gol
Sepakan gol boleh dibuat di dalam kawasan penjaga gol.
Jaringan secara terus boleh dibuat dari sepakan gol.
9) Offside
Tiada offside dalam pertandingan ini.
10) Tendangan Penalti
Tendangan penalti dilakukan dari tanda penalti.



7

11) Penjaga Gol
Salah seorang pemain akan bertindak sebagai penjaga gol. Pemain ini juga
mestilah memakai pakaian yang lengkap sebagai penjaga gol.
Penjaga gol boleh menangkap bola dalam kawasan yang telah ditetapkan
kecuali hantaran ke belakang dengan kaki oleh rakan sepasukan. Sepakan
percuma tidak terus akan diberikan kepada pihak lawan sekiranya penjaga gol
tidak mematuhi peraturan di atas.
Bola yang ditangkap oleh penjaga gol tidak boleh ditendang. Hanya lontaran
sahaja dibenarkan.
12) Hal-Hal Yang Tidak Diperuntukkan
Segala yang tidak diperuntukkan di dalam peraturan ini hendaklah diputuskan
oleh Jawatankuasa Pertandingan yang mana keputusannya muktamad.


12.0 PERBELANJAAN
Berikut merupakan perbelanjaan yang diperlukan untuk pertandingan ini:
Bil Perkara Kuantiti Jumlah (RM)
1 Hadiah 36 orang X RM 3.50 126.00
2 Makanan dan Minuman 72 orang X RM 3.00 216.00
3 Bayaran Pengadil (Luar) 4 orang X RM 5.00 20.00
4 Cat Minyak (Putih) 2 Tin (10L) X RM 70.00 140.00
5 Thinner 2 Botol X RM 6.00 12.00

JUMLAH RM514.00

Tiada bayaran dikenakan kepada setiap kelas yang menyertai pertandingan ini.




8

13.0 PENUTUP
Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan
berkesan. Semoga pertandingan ini dapat menarik minat murid dalam bidang sukan
sekaligus menyahut saranan Kementerian Pelajaran Malaysia 1 Murid 1 Sukan. Oleh
itu, kerjasama daripada pihak Tuan/Puan amat kami hargai dan didahului dengan
ucapan terima kasih.



____________________________ ____________________________
Disediakan Oleh: Disahkan Oleh:
Mohamed Hazwan Bin Ruslim Pn Marsilah Binti Ibram
Pengerusi, Guru Besar,
Kelab Bola Sepak, SK Selayang Baru (2). SK Selayang Baru (2),
Gombak, Selangor Gombak, Selangor


____________________________
Disemak Oleh:
Pn Goh Hon Lee
Penolong Kanan Kokurikulum,
SK Selayang Baru (2)
Gombak, Selangor


9

LAMPIRAN 1
TENTATIF PERTANDINGAN BOLA SEPAK
ANTARA KELAS TAHUN 3 ANJURAN KELAB
BOLA SEPAK SK SELAYANG BARU (2)

Selasa, 13 Mei 2014
Masa
Hari
3.00-3.30
PM
3.30 4.00
PM
4.00-4.30
PM
4.45-6.00
PM
Rabu
Upacara
Perasmian
Perlawanan
Peringkat
Kumpualan
Rehat
Perlawanan
Peringkat
Kumpulan

Rabu, 14 Mei 2014
Masa
Hari
3.30 4.00
PM
4.00-4.30
PM
4.45-6.00
PM
Khamis
Perlawanan
Peringkat
Kumpulan
Rehat
Perlawanan
Peringkat
Kumpulan

Khamis, 15 Mei 2014
Masa
Hari
3.30 4.30
PM
4.00-4.30
PM
4.45-5.00
PM
Khamis
Peringkat
Separuh
Akhir
Peringkat
Akhir
Penyampaian
Hadiah