1 Take Home Test 1 1. Takrifkan a. Litar Pengguna Ianya berada di antara talian pengagihan dengan beban pengguna. Litar utama pemasangan pengguna mengandungi unit kawalan dan perlindungan yang berfungsi melindungi dari arus lebihan seperti litar pintas dan beban lampau dan kebocoran arus ke bumi bagi mengelakkan dari terkena kejutan elektrik. b. Litar Kawalan Pengguna Ia berfungsi sebagai alat pengawalan dan perlindungan yang terdapat pada litar utama pemasangan pengguna. Ia terdiri dari alat-alat pengasingan dan pensuisan, alat perlindungan arus lebihan dan perlindungan arus bocor ke bumi. c. Litar Akhir Litar akhir ialah litar yang keluar dari papan agihan untuk membekalkan tenaga elektrik terus kepada peralatan elektrik.
A Unit Pemotong (Cut Out) B Jangka Kilowattjam (Kilowatt-hourmeter) C Suis Utama (Main Switch) D Pemutus Litar Bocor Ke Bumi (Earth Leakage Circuit Breaker) E Kotak Fius Agihan (Distribution Fuse Board) Teknologi Elektrik dan Elektronik (BBR21803)
Mohamed Hazwan Bin Ruslim DB100292
2
Fungsi Peralatan Pemasangan
a. Fius Pemutus sebagai pelindung arus lebihan dan menghadkan arus pengguna. b. Meter kWj mengukur jumlah tenaga yang telah digunakan untuk menetapkan kadar bayaran tarif. c. Papan Agihan pengagih litar kecil akhir dan pelindung arus lebihan.
Maksud Litar Pintas Litar pintas adalah sambungan berintangan sangat rendah antara dua titik yang berbeza voltannya di dalam litar elektrik secara tidak sengaja. Ia mengakibatkan lebihan arus elektrik mengalir melaluinya yang hanya dihadkan oleh rintangan setara Thevenin bagi sebahagian baki rangkaian pendawaian serta berpotensi mengakibatkan kerosakan litar, lampau panas, kebakaran atau letupan.
Teknologi Elektrik dan Elektronik (BBR21803)
Mohamed Hazwan Bin Ruslim DB100292
3
2. Komponen Elektrik i) Diod Pemancar Cahaya Diod pemancar cahaya atau LED sejenis merupakan diod semikonduktor yang menghasilkan cahaya tidak koheren berspektrum sempit apabila dikenakan voltan elektrik secara ke hadapan melalui simpang p-n. Prinsip tersebut dikenali sebagai elektroluminesasi. LED dikeluarkan dalam pelbagai jenis warna cahaya, bergantung kepada jenis semikonduktor yang digunakan.
Simbol komponen LED
ii) Perintang
Perintang merupakan komponen yang paling biasa terdapat dalam suatu litar elektronik. Kegunaan utama nya ialah menghadkan aliran arus dalam litar kerana adanya rintangan. Perintang juga digunakan sebagai pembahagi voltan. Komponen ini melesapkan tenaga elektrik dalam bentuk haba. Unit untuk menyukat rintangan ialah ohm ().
Simbol komponen Perintang Teknologi Elektrik dan Elektronik (BBR21803)
Mohamed Hazwan Bin Ruslim DB100292
4
iii) Perintang Boleh Laras
Perintang boleh laras ialah sejenis perintang yang mempunyai nilai rintangan yang boleh diubah. Nilai rintangan perintang boleh laras boleh diubah dengan memutarkan tombol pelaras. Nilai rintangan maksimum sesuatu perintang boleh laras dilabelkan pada bahagian bawah badannya.
Simbol komponen Perintang boleh laras
iv) Suis Tekan
Dalam bidang elektronik, suis merupakan sejenis alat yang boleh memutuskan litar elektrik, menghentikan aliran arus elektrik ataupun mengalihkan arah aliran dari satu pengali ke pengalir yang lain.
Terdapat dua jenis , suis tekan tutup, dan suis tekan hidup Suis tekan tutup tidak membenarkan arus mengalir ketika butang (punat) ditekan.Suis tekan hidup hanya akan membenarkan arus mengalis ketika butang (punat) ditekan.
Teknologi Elektrik dan Elektronik (BBR21803)
Mohamed Hazwan Bin Ruslim DB100292
5
Simbol komponen Suis Tekan
v) Pemuat
Dalam sains komputer, pemaut atau penyunting pautan ialah atur cara komputer yang menerima satu atau lebih fail objek yang dijanakan oleh pengkompil lalu menggabungkannya ke dalam satu atur cara boleh laksana. Dalam persekiranan kerangka utama IBM seperti OS/360, program sebegini dipanggil penyunting pautan.
Simbol komponen Pemuat
Teknologi Elektrik dan Elektronik (BBR21803)
Mohamed Hazwan Bin Ruslim DB100292
6
vi) Transistor
Transistor berfungsi sebagai suis elektronik. Komponen ini juga berfungsi sebagai penguat untuk menggandakan arus, voltan atau kuasa. Antara sumbangan transistor kepada bidang elektronik ialah : litar menjadi lebih kecil litar beroperasi tanpa kuasa pemanas menjimatkan tenaga menggandakan isyarat dengan sumber voltan rendah peralatan elektronik lebih tahan lasak
Transistor
Simbol komponen Transistor
LITAR SKEMATIK
Teknologi Elektrik dan Elektronik (BBR21803)
Mohamed Hazwan Bin Ruslim DB100292
7 3. Asas Teknologi Komputer dan Rangkaian a) Definisi Rangkaian Komputer Sistem yang menyambungkan pc dengan peranti luaran. Peranti penyambungan komunikasi boleh berinteraksi antara satu sama lain dengan menggunakan perkakasan dan perisian yang telah ditetapkan cara dan peraturannya. Boleh beroperasi samada secara wayar atau tanpa wayar. Komunikasi Adalah berkenaan menghantar maklumat atau data daripada penghantar kepada penerima. Ia menggunakan elektrik, gelombang radio atau cahaya. Maklumat atau data boleh berupa teks, video, grafik, imej atau kombinasi ke semuanya. Penghantaran data menggunakan dua jenis signal iaitu analog dan digital. b) Kepentingan Rangkaian Komputer dan Komunikasi Data Perkakasan Maklumat Fail Perisian c) Jenis-Jenis Rangkaian Komputer dan 3 Jenis Topologi Rangkaian Komputer Rangkaian Kawasan Setempat (LAN) Dalam lingkungan kawasan yang kecil seperti dalam makmal computer.
Rangkaian Kawasan Metropolitan (MAN) Koleksi kepada beberapa LAN tetapi dalam kawasan gegorafi yang besar seperti bandar.
Rangkaian Kawasan Luas (WAN) Merupakan koleksi kepada LAN dan MAN atau kedua-duanya tetapi dalam geografi yang sangat besar iaitu satu dunia. Teknologi Elektrik dan Elektronik (BBR21803)
Mohamed Hazwan Bin Ruslim DB100292
8 Topologi 1. Bas
2. Gelang
3. Bintang
Teknologi Elektrik dan Elektronik (BBR21803)
Mohamed Hazwan Bin Ruslim DB100292
9 d) Kelebihan dan Kekurangan Setiap Jenis Topologi Rangkaian Kelebihan Kekurangan
Bas Mudah diurus. Kegagalan satu PC tidak mengganggu rangkaian, tiada gangguan jika membuat hubungan atau mengganti peranti Jika kabel rosak, rangkaian tergganggu, kelajuan berkurang jika PC bertambah. Sukar buat pembaikan jika satu PC bermasalah
Gelang
Mudah untuk membetulkan rangkaian. Pembetulan dan mengganti peranti rangkaian masih berjalan Sukar diurus. Kelajuan berkurang jika pc bertambah. Sukar buat pembaikan dan gantian. Satu pc rosak mengganggu rangkaian.
Bintang
Mudah diurus. Kegagalan satu pc tidak mengganggu rangkaian. Membetul dan mengganti host semudah ganti atau betulkan sahaja. Host rosak ganggu rangkaian. Kelajuan berkurang jika pc bertambah. Host mesti dipasang dalam rangkaian
Teknologi Elektrik dan Elektronik (BBR21803)
Mohamed Hazwan Bin Ruslim DB100292
10 e) Jenis Teknologi Rangkaian Komunikasi Secara Lengkap Internet Adalah rangkaian beberapa komputer yang berlainan yang disambungkan melalui rantaian menggunakan wayar tembaga, gentian optik dan sambungan tanpa wayar terkini. Rangkaian komputer yang saling berkait di seluruh dunia, yang boleh diakses oleh orang awam. Bekerja berdasarkan penghantaran data melalui satu jenis pensuisan paket yang dikenali sebagai IP atau protokol internet.
Intranet Adalah istilah untuk koleksi rangkaian komputer dalam sesebuah organisasi. Intranet menggunakan teknologi rangkaian sebagai alat untuk memudahkan komunikasi di antara kumpulan kerja untuk meningkatkan keupayaan perkongsian data. Menggunakan perkakasan rangkaian standard dan teknologi perisian seperti Ethernet, WiFi, TCP / IP, pelayar web dan pelayan web. Intranet sesebuah organisasi biasanya termasuk akses internet tetapi perlu melalui tembokapi (firewall) yang tidak boleh dicapai terus dari luar dan dalam.
Ekstranet Adalah rangkaian persendirian yang menggunakan teknologi Internet dan sistem telekomunikasi awam untuk berkongsi sebahagian daripada maklumat atau operasi perniagaan dengan pembekal, vendor, rakan kongsi, pelanggan, atau perniagaan lain. Ekstranet itu boleh dilihat sebagai sebahagian daripada intranet syarikat yang diberikan kepada pengguna di luar syarikat.