Anda di halaman 1dari 39

AHLI KUMPULAN:

Wan Nor Amira Fateen binti Wan Ahmad Fu-ad


Faten Nadiah binti Mohd Fauzi
Fatin Izzati binti Hussin Pakri
Siti Nur Athirah binti Mazlan
Norsyuhada binti Suhaime
Siti Suraya binti Ismail

PISMP SEMESTER 6, PSV (2013)
NAMA PENSYARAH: TUAN HJ. NAZLI BIN HAMZAH
1
LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI - PSV3112
Pendekatan dan Olahan Teknik
LUKISAN
Tamadun Islam, China, India
STAIL DAN FALSAFAH
&
CONTOH
LUKISAN
TAMADUN ISLAM

GAYA (STYLE) & FALSAFAH
PENGENALAN LUKISAN
TAMADUN ISLAM
Dalam budaya islam, penghasilan hasil seni
yang bermotifkan haiwan atau sebarang
motif lain adalah dibenarkan. Tetapi hasil
seni yang bermotifkan agama adalah amat
dilarang.

Gambaran yang melibatkan penghasilan
lakaran berunsur geometri yang abstrak
atau motif bunga-bungaan sering
digunakan.

Penghasilan motif ini digunakan dalam
bidang pembinaan dan kaligrafi yang
terdapat pada binaan masjid dan buku-
buku agama termasuk kitab suci al-Quran.


Lakaran-lakaran abstrak ini
bukanlah suatu yang
dianggap baru, tetapi ianya
sudah lama digunapakai
sejak zaman Pra-Klasik dan
juga zaman Barbarian.

Seorang illustrator, M. C.
Escher telah
memperkenalkan lukisan
geometri islam ini ke dalam
dunia barat yang
bermotifkan bunga-bungaan.
Dalam seni islam, pelukis diharamkan
membentuk dan melukis makhluk yang
bernyawa, namun lukisan ini dibolehkan
hanya dengan bertujuan kerana
keperluan yang diiktiraf seperti untuk
kegunaan pendidikan.

Seni lukis Islam biasanya terhad kepada
lukisan keindahan alam dan tidak
termasuk benda-benda bernyawa yan
boleh menjadi pujaan seperti haiwan,
dewa atau patung.




PENDEKATAN
Hasil penggalian yang dilakukan arkeologi
telah menemukan adanya lukisan dinding,
lukisan kecil di atas kertas yang berfungsi
sebagai gambar ilustrasi pada buku.

OLAHAN TEKNIK LUKISAN
Lukisan Persia
Lukisan Persia sangat termasyhur dengan penggunaan
geometri dan warna-warna penuh semangat.

Yang lebih penting lagi, lukisan Persia dikenal mata ilustratif.

Lukisannya mampu digabungkan antara puisi dengan seni lukis.

Apabila kita melihat lukisan Persia, seakan-akan kita diajak
untuk membaca sebuah kisah puitis yang mampu
menumbuhkan rasa kepahlawanan. Ini kerana, lukisan-lukisan
itu diciptakan dan terinspirasi oleh syair-syair yang begitu
luar biasa.
Seni Lukis Mughal
lebih bernilai humanistik
dibandingkan hiasan.

Gambar yang dilukiskan lebih
ke dalam bentuk realistik,
dibandingkan dalam bentuk
fantasi.
CONTOH KARYA LUKISAN
TAMADUN ISLAM
Lukisan manuskrip zaman pertengahan
oleh Qutb al-Din al-Shirazi (12361311),
seorang ahli falak Parsi. Imej ini
menggambarkan model planet.
Manuskrip Seljuk dari abad ke-13 yang menggambarkan
Socrates (Soqrt) berbincang dengan murid-muridnya.
Pendekatan dan Olahan Teknik
LUKISAN
Tamadun China
STAIL DAN FALSAFAH
&
CONTOH
Penghujung Dinasti Zhou telah dikenalpasti sebagai
suatu tempoh kegemilangan sejarah kesenian Tamadun
China.

Pada zaman inilah teknik dan pengetahuan orang Cina
tentang bahan mentah telah berkembang dengan
pesatnya.

Pelbagai motif dan stail baru dicipta dan teknik dan
material baru diperkenalkan. Perubahan ini turut
dipengaruhi orang Barat.
Bidang kesenian Tamadun China yang berkait rapat iaitu
seni lukisan dan kaligrafi. Kedua-dua bidang ini
mempunyai perkaitan dari segi penggunaan peralatan
dan material yang sama.

Seni lukis Cina sememangnya dipandang tinggi oleh
masyarakat Cina. Ia dikatakan berkait rapat dengan
falsafah, nilai-nilai dan citarasa masyarakat Cina.

Kesenian ini telah mendapat perhatian daripada pihak
istana terutamanya pada zaman Dinasti Tang dan Sung di
mana golongan pemerintah dan kelas elit bertindak
sebagai penaung kepada seni lukis Cina ini.

Dinasti Tang dikenali sebagai era lukisan bercorak agama
terutamanya agama Buddha yang berasal dari India. Ini
adalah kerana ia bersifat terbuka dan bersedia untuk
menerima kemasukan 7 pengaruh agama di dunia pada
ketika itu:
Buddha, Hindu, Islam, Kristian, Zoroastrian,
Manichaean dan Yahudi.



Empayar Dinasti Tang pada awal abad ke-8
adalah merangkumi Laut Kaspia ke Laut China
dan dari Korea ke Annam.

Hubungan perdagangan yang erat dengan Asia
Tengah menjadi salah satu faktor perkembangan
kesenian tamadun China pada ketika itu.


Lukisan-lukisan yang dihasilkan pada zaman Dinasti
Tang ini memperlihatkan kuasa dan kehebatan
empayar Tang.

Salah satu hasil lukisan hidup yang terbaik ialah
'Scroll of the Emperors' oleh Yan Liben yang
digelar sebagai hero artis lukisan. Ia dihasilkan dalam
dekad-dekad terawal Dinasti Tang.

Corak lakaran dan komposisi lukisan yang dihasilkan
memperlihatkan perubahan kepada seni lukisan
Cina. Aspek 3-dimensi yang diimplikasikan adalah
berbeza sama sekali dengan stail linear pada lukisan-
lukisan era sebelumnya. Teknik yang digunakan lebih
sistematik dengan penggunaan bayangan yang
dipercayai dipengaruhi dari Asia Tengah dan lukisan
India.
Pada zaman Dinasti Tang juga, selain munculnya
era lukisan bercorak agama, ia juga menjadi
penyumbang besar kepada lukisan lanskap.

Wang Wei adalah merupakan salah seorang
pelukis lanskap yang hebat dan juga pengasas
kepada lukisam lanskap monokrom. Lanskap Cina
yang pertama dihasilkan olehnya ialah lanskap
kampung halamannya sendiri iaitu 'Wangchuan
Villa'.

Lukisan lanskap ini memberikan gambaran lanskap
yang sebenarnya dengan suasana perkampungan,
beberapa buah bangunan, para petani yang
bekerja dan perahu memancing di sungai. Selain
mempunyai cerita yang tersirat, lukisan ini juga
dihasilkan dengan topografi semulajadi.
Kemuncak perkembangan bidang
seni lukis Cina boleh dikatakan
berlaku pada zaman Dinasti Sung di
mana telah tertubuhnya akademi
seni lukis yang pertama di Asia
Timur dan disusuli dengan beberapa
yang lain untuk melatih artis-artis
lukisan. Salah ditubuhkan dan
dinaungi oleh Maharaja Hui Zong.
Beliau sendiri seorang pelukis dan
amat mencintai kesenian dan
lukisan.
Pada zaman ini, lukisan mural
diteruskan di samping tiga format
utama lukisan Cina diperkenalkan
iaitu
skrol gantung ('hanging scroll'),
skrol tangan ('handscroll') dan
helaian ('single sheet)'.
Ketiga-tiga format lukisan tersebut
amat penting kepada tradisi lukisan
professional dan formal. Di samping
itu, cara-cara tradisi lukisan dinding
di atas permukaaan kayu, plaster
atau sebagainya diteruskan sehingga
kegunaan ini akhirnya merosot.
Dalam abad ke-10 dan 11, perkembangan lukisan lanskap adalah begitu
pesat sekali. Bagi masyarakat Cina, lanskap bukan sahaja sekadar satu
gambaran yang cantik dan menarik, tetapi ia juga mempunyai falsafah
dan pengertian yang mendalam. Stail lukisan lanskap Dinasti Sung
terbahagi kepada 5 stail atau 'mode' berikut:

1) 'Courtly mode' - Mod ini adalah kesinambungantradisi ceritera dan
seni istana Dinasti Tang dan ia selalunya berwarna.
2) 'Monumental mode' - Pada zaman Dinasti Sung Utara dan
meliputi beberapa sekolah lukisan lanskap yang terawal.
3) 'Literal mode' (mod formal) - Mod ini adalah satu
peralihan daripada 2 mod yang pertama kepada 2 mod yang akhir atau
dengan kata lain peralihan daripada zaman Dinasti Sung Utara kepada
zaman Sung Selatan.
4) 'Lyric mode' (mod berlirik) - Mod ini diadaptasikan daripada
beberapa ciri mod ke-2 dan ke -3 untuk menghasilkan lukisan yang lebih
berkesan.
5) 'Spontaneous mode' (mod spontan) - Mod ini
menghasilkan lakaran yang lebih radikal dan spontan.

*Seorang pelukis mungkin menggunakan satu, dua, atau tiga mod pada
satu masa untuk menghasilkan sesebuah lukisan lanskap.
Karya-karya Cina amat kuat dipengaruhi fahaman Taoisme yang
mengajar kehidupan ringkas dan spontan, serta mengikut
kehendak alam semulajadi. Oleh yang demikian, lukisan Cina
dilukis ringkas dengan tidak menggunakan banyak warna.

Peralatan yang digunakan juga agak mudah seperti dakwat hitam
dan berus yang diperbuat dari buluh berbulu kambing.

Lukisan-lukisan dihasilkan pada kain sutera atau kertas serap yang
diperbuat dari pulpa buluh. Pada zaman klasik, lukisan-lukisan
Cina boleh didapati di dinding-dinding istana.

Dakwat hitam yang berair membolehkan tangan bergerak dengan
bebas dan pantas menghasilkan lukisan secara spontan.

Lukisan Cina biasanya mempunyai satu subjek sahaja.
Pelukis-pelukis Cina akan terlebih dahulu menghayati
semangat subjek sebelum melukis.

Pemandangan semulajadi, binatang seperti ikan,
bunga dan manusia adalah di antara tema-tema
utama dalam lukisan Cina.

Kuda, contohnya, selain berperanan penting di dalam
ketenteraan Dinasti Tang dan sukan-sukan rekreasi
seperti polo dan memburu, ia juga popular sebagai
salah satu subjek lukisan.
http://psv07kdri.blogspot.com/2009/11/kese
nian-tamadun-cina.html
India
lukisan dihasilkan untuk golongan pemerintah dan
pembesar.

Lukisan miniatur paling sering dilakukan.

Lukisan menggambarkan keperibadian pelukisa dan apa
yang tergambar di fikiran.
sejarah
perkembangan lukisan mengikut empayar pemerintahan.

aliran lukisan seperti lukisan Mughal, dan Lukisan Pahari,
lukisan Rajpur.
Aliran
motif lukisan berdasarkan situasi sekeliling.

Biasanya seperti burung, pokok,haiwan, dan potret
pembesar, serta apa sahaja yang terlintas di fikiran
Motif dan subjek
masyarakat awal lebih selesa menggunakan mata pena dan
pen daripada buluh.

lukisan dilakar dengan menggunakan batu atau kapur
terlebih dahulu.

penggunaan berus, diperbuat daripada bulu ekor tupai.
Penggunaan alat
lukisan dilukis atas kertas dan biasanyamenggunakan
kedua-dua belah kertas kerana kekurangan kertas.
Media
makna dan ekspresi lukisan tidak ditonjolkan melalui ekspresi
pada wajah subjek.

Tapi penceritaan adalah melalui pergerakan dan aksi subjek
dalam lukisan.
Makna lukisan
lukisan pada awalnya, hanya untuk golongan pembesar.
pelukis dijemput untuk melukis potre pembesar.

kemudian berkembang bila muncul sekolah-sekolah yang
mengajar lukisan.
Perkembangan
http://www.islamgrid.gov.my/articles/seniislam/penge
nalan.php
http://electro-rk86.blogspot.com/2012/04/seni-dalam-
pengertian-islam.html
https://sites.google.com/site/khazalii/8udi3052kesenia
ndalamislam%28bab8%29
http://ms.wikipedia.org/wiki/Zaman_Kegemilangan
_Islam
http://www.ieyzartdsyahieyr92.my/2012/04/sejarah-
lukisan.html
http://076115tamadun.blogspot.com/2008/04/tamadu
n-india-masyarakat-dan-budaya.html