Anda di halaman 1dari 1

CHOCOLATE ECLAIR

130 gm tepung gandum - diayak


300 ml air
100 gm butter
4 biji telur - di kocok
secubit garam
secubit gula

Sediakan tray, gris tray dengan butter
Panaskan oven pada suhu 200 C
Satukan air dan butter ke dalam periuk dan masak atas api yang kecil sehingga
butter dan air larut
Biarkan hingga air hampir mendidih
Kecilkan api dan masukkan tepung bersama garam dan gula
Kacau cepat-cepat sehingga ia bergentel-gentel
Teruskan mengacau sehingga ia menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di
periuk.
Matikan api dan biarkan adunan sejuk.
Setelah sejuk, masukkan telur sebutir-demi sebutir dan terus memukul dengan
kelajuan sederhana sehingga menjadi adunan yang lembut dan berkilat.
Masukkan nozel dalam piping bag.
Masukkan adunan dalam piping bag.
Paipkan atas tray yang dah di gris dengan butter.
Garis- gariskan dengan lidi atas adunan tadi.
Bakar dalam oven pada suhu 200 C selama 25 minit
Kemudia ita tukar pada api atas bawah dan bakar lagi selama 10 minit
Ita guna suhu 180C
Setelah masak, susun atas redai dan biarkan eclair benar2 sejuk

TOPING COKLAT
100 gm coklat masakan


Cairkan coklat masakan secara double boiler
Kemudia celupkan permukaan atas eclair
Biarkan atas redai sehingga coklat mengeras.