Anda di halaman 1dari 18

PENGENALAN

Seni merupakan satu cabang yang berharga dan merupakan salah satu cara
untuk berkomunikasi yang amat tinggi nilainya. Penghubungkaitan dan pautan
di dalam mata pelajaran ini boleh disamakan dengan program-program antara
disiplin-disiplin yang terdapat di dalam mata pelajaran yang lain. Ia berperanan
sebagai satu strategi dan kaedah pendidikan untuk membantu melahirkan
pembelajaran dan persekitaran yang menyelitkan unsur-unsur sosial agar dapat
membentuk setiap insan yang terus dihormati. Ia juga menggalakkan sikap
kepimpinan yang terpuji, berinisiatif dalam menjalankan tugasan yang diberi
oleh guru dan bersikap inovasi dalam melaksanakan satu-satu aktiviti dan
kemahiran serta dapat merangsang setiap pelajar untuk mencapai
kecemerlangan dari segala sudut baik akademik mahupun kokurikulum. Ia
secara tidak langsung akan mengaitkan mata pelajaran seperti sejarah, sains dan
teknologi, kajian sosial, bahasa dan fizikal dan pembangunan sosial, meletakkan
keseluruhan kurikulum ke dalam konteks kehidupan yang sebenar. Setiap
T
T
o
o
p
p
i
i
k
k

Penghubungkaitan
8
8

2. Menyatakan kelebihan penghubungkaitan dalam pengajaran dan
pembelajaran;
3. Menjelaskan tujuan penghubungkaitan dan kaitannya dengan
berbagai aspek pengajaran dan pembelajaran;
4. Membincangkan peranan penghubungkaitan dalam pengajaran dan
pembelajaran; dan
5. Mengenalpasti peranan motivasi sebagai alat untuk pengajaran dan
pembelajaran.
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengenalpasti pengertian penghubungkaitan;
HASIL PEMBELAJARAN
TOPIK 8 PENGHUBUNGKAITAN 153
pelajar berhak memperolehi pengalaman berasaskan pendidikan yang pelbagai
bentuk, walaupun mereka datang dari pelbagai latar belakang dan taraf sosio
ekonomi yang berbeza dan mempunyai sebarang kekurangan. Untuk itu, seni
visual memainkan peranan yang penting dalam pendidikan keseluruhan dan
pembangunan minda pelajar.

PENGHUBUNGKAITAN
8.1
Setiap insan yang hidup, tidak boleh hidup bersendirian tanpa adanya rakan.
Dia akan sentiasa mencuba untuk berinteraksi atau mencari idea-idea baru untuk
menyelesaikan segala masalah yang dihadapinya. Kebiasaannya masalah itu
akan diselesaikan dengan pelbagai cara. Antara lain, seseorang itu akan mencuba
mengenal pasti masalah, langkah-langkah membaik pulih atau penambahbaikan
masalah yang dihadapi dan seterusnya akan membuat kesimpulan sama ada
masalah itu telah diselesaikan atau tidak.
8.1.1 Pengertian Penghubungkaitan Semua Benda
Penghubungkaitan bilik darjah boleh diibaratkan seperti tangan dengan jejarinya
yang dianggap sebagai para pelajar, manakala ibu jarinya sebagai guru. Semua
jejari pelajar ini dibolehkan bergerak dan berfungsi dengan bebas tanpa had
mahupun sekatan untuk meneroka seberapa banyak mungkin idea-idea yang
baru yang boleh didapati di persekitarannya. Sementara ibu jari pula berperanan
sebagai penyokong, pembimbing dan pembantu. Walaupun seseorang itu tidak
mempunyai ibu jari, tetapi ia masih lagi boleh bergerak. Akan tetapi
pergerakannya itu akan menghadapi masalah semasa menggenggam sesuatu
benda dengan erat. Pada masa inilah ibu jari (guru) ke hadapan untuk
membantu jari jemari menggenggam sesuatu objek atau dari satu sudut
pandangan, guru pelajar memberi pemahaman sesuatu idea atau konsep. Jari
jemari ini akan tetap bekerjasama untuk mencapai tugasan yang diberi. Oleh itu
prinsip perpaduan adalah penting. Ini adalah disebabkan penghubungkaitan
merupakan satu cara untuk menyelesaikan masalah dan ia sentiasa berkait rapat
antara satu sama lain tanpa ada yang menimbulkan masalah.
8.1.2 Kelebihan Penghubungkaitan
Apabila keperluan asas manusia untuk kesepaduan kepunyaan dan kepercayaan
dilengkapi, barulah dapat kita mulakan pengajaran dan pembelajaran. Sebagai
guru, kita perlulah membantu sekolah untuk mewujudkan pengalaman-
pengalaman umum yang akan melahirkan perasaan penghubungkaitan.

TOPIK 8 PENGHUBUNGKAITAN

154
Keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran secara
penghubungkaitan ialah bergantung kepada tujuh kriteria asas yang boleh
dihuraikan seperti:
(a) Mempunyai semangat saling bergantung setiap pelajar perlulah
mempercayai antara satu sama lain. Mereka perlu mempunyai semangat
saling bergantung ke arah mencapai prestasi yang cemerlang, bukan sahaja
bagi diri sendiri malahan bagi semua anggota dalam kumpulannya.
(b) Kemahiran sosial yang penting untuk berkomunikasi. Pelajar perlu
mempunyai kemahiran sosialisasi yang baik dengan tidak mengira agama,
bangsa, jantina dan budaya. Berkongsi kemahiran kepimpinan, membina
kepercayaan di antara satu sama lain dan menguruskan konflik.
(c) Kesedaran akauntabiliti individu setiap anggota dalam kumpulan akan
sedar tanggungjawabnya terhadap prestasi semua anggotanya.
(d) Penilaian kumpulan dijalankan dari semasa ke semasa untuk memastikan
kelancaran aktiviti.
(e) Perkara-perkara kecil yang terpencil dan terasing tetapi penting dapat
digabungkan dalam proses pembelajaran.
(f) Dapat mewujudkan suasana yang dinamik dan interaktif dalam sesuatu
proses pembelajaran pelajar.
(g) Menyerapkan pengetahuan serta kemahiran dan aktiviti yang tidak dapat
wujud sebagai satu mata pelajaran.


AKTIVITI 8.1
Apakah tujuan penghubungkaitan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran?
TOPIK 8 PENGHUBUNGKAITAN 155
8.1.3 Tujuan Penghubungkaitan dalam Berbagai
Aspek Pengajaran dan Pembelajaran
Tujuan penghubungkaitan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah seperti
berikut:

(a) Penghubungkaitan Merupakan Satu Jaringan yang Saling Berkait antara
Satu Sama Lain
Demi meningkatkan tahap kefahaman sesuatu mata pelajaran, satu
jaringan yang khusus perlu diadakan terutamanya dari segi
penghubungkaitan kemahiran-kemahiran pada setiap mata pelajaran.
Contohnya seperti pada Rajah 8.1.


Rajah 8.1: Penghubungkaitan antara mata pelajaran

(b) Memudahkan Pelajar untuk Mengingat
Dengan menggunakan konsep penghubungkaitkan ini, pelajar akan lebih
mudah mengingati sesuatu mata pelajaran. Untuk itu, konsep yang
terdapat di dalam kemahiran berfikir boleh diaplikasikan seperti
penggunaan pengurusan grafik (lihat Rajah 8.2).


Rajah 8.2: Contoh pengurusan grafik untuk memudahkan pelajar mengingat
TOPIK 8 PENGHUBUNGKAITAN

156
(c) Melatih Minda Pelajar Supaya Sentiasa Kreatif dan Aktif
Dengan adanya penghubungkaitan minda, pelajar akan digerakkan secara
aktif dan akan bertindak dengan lebih kreatif.
(d) Pembelajaran Berkesan
Sesuatu pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan apabila
pendekatan penghubungkaitan dilaksanakan berdasarkan aspek-aspek berikut:
Pengajaran lebih terancang apabila ianya disusun rapi dengan
penetapan objektif, isi pelajaran, strategi, kaedah-kaedah yang jelas
serta penggunaan bahan-bahan pembelajaran yang relevan.
Kepelbagaian kaedah digunakan kerana pelajarnya terdiri daripada
pelbagai individu yang berbeza antara satu dengan lain dari segi tahap
mental, fizikal, emosi dan sebagainya.
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar adalah
fokus utamanya.
Aktiviti serta isi pelajaran adalah bersifat kontekstual iaitu ada hubung
kait dengan kehidupan harian.
Berlaku aktiviti pembelajaran yang menerapkan nilai-nilai secara
merentasi kurikulum.


SEMAK KENDIRI 8.1
1. Apakah penghubungkaitan?
2. Nyatakan faedah penghubungkaitan dengan pelbagai mata
pelajaran.
3. Jelaskan peranan guru untuk mempertingkatkan
penghubungkaitan.
PENGHUBUNGKAITAN SENI VISUAL,
MUZIK DAN PERGERAKAN DENGAN
MATA PELAJARAN LAIN
8.2
Penghubungkaitan di antara mata pelajaran lain dengan mata pelajaran seni
visual, muzik dan pergerakan dapat dihuraikan seperti berikut di dalam Rajah 8.3.

TOPIK 8 PENGHUBUNGKAITAN 157

MSP: Muzik,
Seni,
Pergerakan
Rajah 8.3: Penghubungkaitan antara seni visual, muzik dan pergerakan

Berdasarkan huraian di atas, dapat disimpulkan bahawa muzik, seni visual dan
pergerakan dapat dihubungkaitkan dengan mata pelajaran lain, iaitu dengan
berdasarkan kepada pelbagai disiplin ilmu yang terdapat di dalamnya.
8.2.1 Menghubung Kait Pengetahuan dalam
Berbagai Mata Pelajaran
Proses penghubungkaitan pengetahuan dalam berbagai mata pelajaran adalah
berfokuskan kepada matlamat terakhirnya. Untuk itu, proses ini akan berbentuk
satu lingkaran atau bulatan dan antara setiap mata pelajaran itu saling berkait
untuk mencapai satu matlamat (rujuk Rajah 8.4).


Rajah 8.4: Menghubung kait pengetahuan dalam berbagai mata pelajaran
TOPIK 8 PENGHUBUNGKAITAN

158
8.2.2 Menghubung Kait Kemahiran dalam Berbagai
Mata Pelajaran
Dengan adanya penghubungkaitan kemahiran dalam berbagai mata pelajaran
akan dapat mengbungkaitkan sesuatu yang dipelajari dengan keadaan
kehidupan yang sebenar.
8.2.3 Hasil Pembelajaran
Hasil pembelajaran boleh diertikan sebagai matlamat pembelajaran atau objektif
yang perlu diperoleh secara eksplisit dan implisit. Hasil pembelajaran akibat
daripada penghubungkaitan itu membuatkan sesuatu pembelajaran itu akan
menjadi lebih efektif (Contoh seperti di Jadual 8.1).

Jadual 8.1: Contoh Sedutan Ringkasan Mengajar Pendidikan Seni Visual
Tahun : 4 jingga
Bilangan pelajar : 28 orang
Umur : 10 tahun
Tarikh/ Hari : 15/05/2006 (Isnin)
Masa : 11.00 12.00 tgh
Pelajaran : Seni Visual
Perkara : Membentuk dan membuat binaan.
Tajuk : Binaan berbagai-bagai bentuk dan penggunaan ruang.
: 1. Membuat bentuk-bentuk daripada kertas
2. Menyusun bentuk-bentuk
Penggabung jalinan
kemahiran

3. Menggunting
Pengetahuan sedia ada : Pelajar pernah melihat susunan bentuk-bentuk tiga matra
sama ada melalui pameran atau televisyen
: Pada akhir pelajaran pelajar akan dapat:
1. Menggunting dan melipat kertas untuk membuat
bentuk- bentuk tiga matra
2. Menyusun bentuk-bentuk untuk mencipta satu
binaan dengan kemas dan menarik
Objektif eksplisit
3. Menimbulkan sikap kerjasama untuk menghasilkan
ciptaan antara rakan sedarjah
Objektif implisit : Menikmati hasil karya sebagai hiasan daripada bentuk-
bentuk tiga matra.

TOPIK 8 PENGHUBUNGKAITAN 159

AKTIVITI 8.2
PERANAN GURU DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN
8.3
Nyatakan peranan guru dalam melaksanakan satu pengajaran yang
berkesan.
Sebagai seorang guru, peranan yang perlu dilaksanakan dalam pengajaran dan
pembelajaran adalah untuk merancang sesuatu pengajaran dan pembelajaran
menjadi lebih sistematik. Untuk itu beberapa persoalan perlulah dijawab
sebelum membuat sesuatu perancangan, di antaranya:
(i) Mengapakah pelajar bosan?
(ii) Mengapakan sesetengah bahan yang disampaikan tidak relevan kepada
mereka?
(iii) Bagaimanakah saya sebagai guru dapat menyampaikan bahan-bahan yang
memenuhi keperluan pelajar?
(iv) Apakah peranan saya dalam mengendalikan pengajaran berkesan?
(v) Apakah strategi yang boleh mendorong dan menimbulkan minat pelajar
untuk belajar?
(vi) Bagaimanakah saya dapat merancang pengajaran saya dengan baik?
(vii) Apakah aktiviti-aktiviti yang perlu diadakan agar pendekatan pengajaran
pembelajaran saya berpusatkan pelajar?

Berdasarkan persoalan di atas didapati bahawa proses pengajaran adalah
sesuatu yang kompleks kerana ia merangkumi pelbagai perkara, fungsi dan
kemahiran yang saling berhubung kait dan hendaklah bertindak serentak agar
dapat memperoleh kejayaan. Untuk itu, satu pengajaran yang menarik serta
berkesan merupakan pengajaran yang boleh menghasilkan pembelajaran pelajar
sebagaimana yang dikehendaki oleh masyarakat.

Untuk mencapai matlamat ini, guru perlulah merancang topik, objektif, isi, cara
penyampaian dan penilaian yang bersesuaian dengan kebolehan sedia ada serta
minat pelajar. Berdasarkan model pendekatan sistematik pada Rajah 8.5 terdapat
penghubungkaitan pengajaran yang hendak dijalankan.

TOPIK 8 PENGHUBUNGKAITAN

160

Rajah 8.5: Pengajaran - model pendekatan sistematik
8.3.1 Motivasi, Fasilitasi, Penyampaian Pengukuhan,
Pelanjutan, Penglibatan
Seterusnya, kita akan lihat pada aspek-aspek yang boleh membantu aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di kelas.
(a) Motivasi
Motivasi bermakna seni praktik menggunakan insentif dan membangkitkan
minat untuk tujuan membuatkan pelajar menunjukkan prestasi dalam cara
yang diingini. Motivasi dapat dibahagikan kepada dua, iaitu;
(i) Motivasi ekstrinsik
Penggunaan insentif yang dirangsangkan dari luar.
(ii) Motivasi intrinsik
Didorong oleh keinginan yang terbit dari dalam diri individu itu
sendiri yang selalunya tidak dipengaruhi sebarang insentif luaran.
Motivasi ekstrinsik merupakan sebagai pendorong untuk
menggerakkan individu-individu menuju kejayaan. Motivasi jenis ini
terdapat dalam pelbagai bentuk. Kelemahan motivasi jenis ini ialah ia
TOPIK 8 PENGHUBUNGKAITAN 161
mempunyai kecenderungan mempengaruhi tumpuan seseorang
individu itu lebih kepada ganjaran daripada tumpuan kepada usaha
mempelajari, melaksanakan dan memperbaiki prestasi atau tugas
yang diberikan.
Pelajar akan berasa terangsang apabila menyedari adanya sesuatu
yang menarik yang bakal diperolehinya. Akibatnya, pelajar akan
melakukan apa sahaja mengikut kehendak program itu.
Dalam Seni dalam Pendidikan, motivasi boleh diklasifikasikan
kepada tiga aspek motivasi:
Motivasi dan hubungannya dengan minat;
Motivasi dan hubungannya dengan keputusan; dan
Motivasi dan hubungannya dengan pertandingan.

(b) Fasilitasi
Pelajar adalah digalakkan untuk melibatkan diri dengan sepenuhnya
dalam segala aktiviti yang diadakan di sekolah tanpa ada sebarang
pengecualian. Dengan melibatkan diri secara aktif, ianya secara tidak
langsung dapat meningkatkan konsep kendiri iaitu dapat membuat
penilaian, pandangan, tanggapan dan kepercayaan termasuk memahami
kekuatan dan kelemahan diri sendiri.
Kesemuanya ini terbentuk hasil daripada penglibatan secara total ibu bapa,
guru di sekolah, rakan sebaya dan masyarakat serta pengalaman dan
penyesuaian diri dengan persekitarannya.
Oleh yang demikian, sekolah perlu disediakan dengan kemudahan-
kemudahan yang membolehkan pelajar belajar dengan lebih selesa tanpa
sebarang gangguan. Antara lain sekolah perlu mempunyai
(i) Bilik yang selesa;
(ii) Terdapat peredaran cahaya dan udara yang sesuai;
(iii) Bahan dan peralatan yang mencukupi;
(iv) Kakitangan pembantu yang terlatih; dan
(v) Bilik yang dapat merangsang minda pelajar.

(c) Penyampaian Pengukuhan
Pengukuhan merupakan satu cara guru untuk merangsang minda pelajar
supaya akan menyebabkan pembelajaran pelajar meningkat maju atau
terdapat peningkatan dalam tingkah laku yang positif.
TOPIK 8 PENGHUBUNGKAITAN

162
Penyampaian pengukuhan ini juga dapat membentuk pelajar memperoleh
pelbagai pengalaman serta pengetahuan berdasarkan aktiviti-aktiviti yang
dirancangkan itu menarik dan mencabar mereka.
Terdapat pelbagai teknik yang digunakan oleh guru untuk membantu
pelajar supaya pengukuhan pada setiap mata pelajaran itu dapat
dilaksanakan. Antaranya:

(i) Bahan pembelajaran yang menarik minat pelajar
Bahan pembelajaran perlulah yang menarik minat pelajar serta mesra
pengguna. Guru perlu membantu pelajar untuk menggunakan bahan-
bahan yang diguna pakai. Guru juga perlu memastikan bahan-bahan
pembelajaran adalah mencukupi.

(ii) Mempelbagaikan pendekatan dan strategi pengajaran
Terdapat pelbagai pendekatan dan strategi pengajaran antaranya
ialah:
Perbincangan;
Tunjuk cara;
Penyelesaian masalah;
Simulasi;
Projek; dan
Bermain.

(iii) Penggunaan media (cetak dan elekronik)
Media cetak seperti:
Kertas edaran;
Pamplet;
Akhbar;
Majalah;
Risalah;
Komik, dan sebagainya.

(iv) Media elektronik pula adalah
Radio;
Video;
TOPIK 8 PENGHUBUNGKAITAN 163
Televisyen; dan
Bahan pelajaran dihasilkan oleh komputer.
8.3.2 Meta Kognisi, Refleksi, Pembelajaran Bestari
Meta kognisi, refleksi dan pembelajaran bestari akan dibincangkan seterusnya.
(a) Meta Kognisi
Merupakan aktiviti mental yang digunakan untuk memantau, mengawal
dan merancang untuk penyelesaian masalah, kefahaman, ingatan dan
proses kognitif yang lain. Borich dan Tombari pula menyatakan bahawa
meta kognisi merupakan satu cara individu menggunakan strategi kognitif
untuk mencari dan mengumpul maklumat dan tahu bila dan di mana
untuk menggunakan strategi kognitif tersebut.

Meta kognisi dikenali juga sebagai berfikir tentang berfikir bila mana
apabila kita berfikir tentang berfikir, kita sebenarnya sedang menguruskan
apa yang kita perlu fikirkan. Pengetahuan meta kognisi ini dapat
dibahagikan kepada tiga jenis pengetahuan. Ketiga-tiga pengetahuan ini
penting untuk menggalakkan pelajar membuat meta kognisi. Pengetahuan
tersebut adalah seperti:
(i) Pengetahuan personal
Pengetahuan tentang kekuatan dan kelemahan diri. Contohnya,
individu tahu dia lebih suka membaca pelajaran pada waktu pagi
daripada waktu malam.
(ii) Pengetahuan tugas
Pengetahuan tentang variasi cara tersendiri dalam melaksanakan
tugas. Contohnya cara menyelesaikan masalah matematik berlainan
daripada cara membuat karangan.
(iii) Pengetahuan strategi
Pengetahuan tentang strategi tertentu yang lebih berkesan daripada
strategi lain dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

(b) Refleksi
Refleksi bermaksud sesuatu proses seseorang yang berusaha untuk
mengingat dan merenung kembali aktiviti pendidikan yang telah difikirkan
atau dialaminya, menganalisis dan menilai kesannya, termasuk juga
memikirkan cara untuk memperbaiki dan merancang dengan membuat
pengubahsuaian supaya dapat digunakan dengan lebih efektif.

TOPIK 8 PENGHUBUNGKAITAN

164
Proses refleksi merangkumi enam peringkat seperti pada Rajah 8.6 berikut:


Rajah 8.6: Enam peringkat proses refleksi

Berdasarkan rajah di atas, proses refleksi adalah seperti berikut:
(i) Kefahaman
Merupakan cetusan asas untuk mengenal pasti dan menjelaskan isu,
fenomena dan masalah pedagogi.
(ii) Tranformasi
Peringkat transformasi pula merupakan peringkat untuk merancang
membuat tindakan seterusnya iaitu dengan mengambil kira segala
faktor yang diperlukan.


TOPIK 8 PENGHUBUNGKAITAN 165
(iii) Pelaksanaan
Pada peringkat ini, guru akan melaksanakan apa yang telah dirancang,
menguji atau mengkaji segala aspek dengan menggunakan instrumen
yang telah ditetapkan.
(iv) Penilaian
Pelaksanaan ini berterusan sehingga ke peringkat penilaian, iaitu
akan menilai segala tindakan yang telah diambil.
(v) Refleksi
Membuat segala refleksi iaitu mengingat dan merenung kembali
segala aktiviti yang telah dialaminya, menganalisa dan menilai
kesannya serta memikirkan cara untuk membaikinya untuk
digunakan pada masa depan.
(vi) Kefahaman baru
Membuat satu perancangan pengubahsuaian, peningkatan atau
membuat tindakan susulan dan menjadi cetusan idea yang asas untuk
membuat satu transformasi yang baru dan tindakan-tindakan yang
berikutnya hingga menjadi satu bentuk lingkaran secara terus
menerus demi mempertingkatkan ilmu pengetahuan, pengalaman
dan kemahiran pedagogi seseorang pendidik.

(c) Pembelajaran Bestari
Bestari bermaksud cerdas, pandai, berpendidikan, berpengetahuan dan berbudi
pekerti yang baik. Oleh itu, pembelajaran bestari ialah pembelajaran yang
membolehkan seseorang pelajar menjadi cerdas dan pandai, berpendidikan,
berilmu pengetahuan yang tinggi dan mempunyai budi pekerti yang baik.
Untuk melaksanakan pembelajaran bestari yang berjaya, beberapa pendekatan
telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran. Antaranya:
(i) Sekolah Bestari
Mewujudkan sekolah bestari supaya dapat membina pelajar menjadi
seorang yang cerdas dan pandai menggunakan teknologi-teknologi terkini
dalam aktiviti pembelajaran mereka. Manakala matlamat
pembentukannya ialah untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat
kecemerlangan pendidikan bertaraf dunia dan boleh melahirkan generasi
yang mampu untuk menghadapi segala cabaran-cabaran Wawasan 2020.
(ii) Penggunaan Komputer
Komputer memainkan alat pembelajaran yang penting, utama untuk
memperolehi segala maklumat dan ilmu pengetahuan. Oleh yang
demikian, komputer digunakan secara meluas di dalam segala aktiviti
pembelajaran, pentadbiran dan membuat penilaian. Manakala buku teks
hanya digunakan sebagai bahan rujukan sahaja.
TOPIK 8 PENGHUBUNGKAITAN

166
(iii) Peranan Guru
Peranan guru menjadi lebih luas iaitu bukan sahaja sebagai pengajar
tetapi juga sebagai seorang pemudahcara, penasihat, fasilitator, model
sesuatu bentuk pengajaran dan pembelajaran. Guru perlulah mahir
menggunakan alat bantuan mengajar terkini terutamanya komputer
dan pelbagai alat multimedia yang lain.
(iv) Peranan Pentadbir
Pentadbir perlu menyediakan makmal teknologi maklumat
supaya memudahkan guru dan pelajar mencari bahan-bahan yang
berkaitan dengan alat audio visual.
Menyediakan makmal komputer supaya mudah bagi pelajar
mengakses bahan-bahan pembelajaran melalui Internet, membuat
e-mel dan lain-lain lagi.
Bilik guru dilengkapi dengan prasarana pengurusan maklumat
dan sumber, e-mel dan pangkalan data.
Pejabat pentadbiran pula akan dilengkapi dengan pangkalan data
untuk pengurusan guru, pelajar dan inventori, sumber serta
pengedaran maklumat dan notis.
Memudahkan pihak sekolah berinteraksi dan berkomunikasi
dengan cepat dan pantas dengan Pejabat Pelajaran Daerah,
Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran melalui
Jaringan (network).

Untuk merealisasikan matlamat pembelajaran bestari ini tercapai dengan
jayanya. Kementerian Pelajaran perlulah membuat tindakan segera dengan
menggalakkan guru supaya bersedia untuk memperlengkapkan diri mereka
dengan kemudahan-kemudahan teknologi maklumat terkini seperti penggunaan
komputer.

Tindakan yang perlu diambil oleh guru ialah:
(a) Peka Terhadap Persekitaran Sekolah
(b) Meningkatkan Pengetahuan Kerja/Tugas
Guru perlu mempertingkatkan pengetahuan tentang tugas dan kerja yang
telah diamanahkan kepadanya dengan menghadiri kursus-kursus dalam
perkhidmatan, melanjutkan pelajaran serta menghadiri kursus-kursus
jangka pendek.
TOPIK 8 PENGHUBUNGKAITAN 167
Tugas utama guru adalah untuk memupuk budaya ilmu di kalangan
pelajar. Nilai-nilai budaya ilmu yang hendak dipupuk dalam diri pelajar di
sekolah ialah budaya membaca, budaya belajar, budaya berfikir, budaya
berwacana, budaya menulis dan budaya berkarya.
(c) Meningkatkan Hubungan Interpersonal
Hubungan interpersonal dijalinkan melalui komunikasi. Tujuan
berkomunikasi adalah untuk menyampaikan khabar, berita, mesej,
pendapat atau maklumat kepada pendengar.
Pelajar juga digalakkan untuk mempertingkatkan hubungan interpersonal
dengan rakan, pelajar-pelajar, serta ibu bapa mereka.
Ciri-ciri guru yang positif ialah:
Mempunyai sifat yang positif dan mempunyai pandangan
Berperibadi baik tidak ego, sombong dan menunjuk-nunjuk
Mempunyai kefahaman tentang pertumbuhan dan perkembangan
pelajar
Mempunyai keadaan fizikal, mental dan kerohanian yang sempurna
Sabar, ramah, tidak mudah jemu, pandai menarik hati pelajar
Sensitif terhadap sikap dan tindak tanduk orang lain
Ada keyakinan diri sendiri terhadap tugas yang diberi
Peka terhadap persekitaran
Bertolak ansur dan bertimbang rasa
Dapat menyimpan rahsia orang lain.
(d) Membuat Refleksi Melalui Penyelidikan Tindakan
Membuat refleksi melalui penyelidikan tindakan dapat membantu dan
mempertingkatkan tahap pengajaran serta pembelajaran guru serta dapat
membuat pengubahsuaian dan membaiki kaedah, teknik serta rancangan
mengajar supaya pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan.
(e) Merebut Peluang Pendidikan Terbuka
Guru perlu merebut peluang yang sedia ada untuk mempertingkatkan
tahap akademiknya kerana pemerolehan ilmu tidak hanya terhad di
sekolah sahaja malahan kini telah merentasi sempadan negara. Pendidikan
bukan sahaja boleh didapati dengan mudah tetapi memerlukan
pengorbanan tinggi daripada guru-guru.

TOPIK 8 PENGHUBUNGKAITAN

168
Terdapat pelbagai bentuk jenis Pendidikan Terbuka yang dikelolakan oleh
kerajaan, badan berkanun atau swasta antaranya ialah Pendidikan Jarak
Jauh, Pendidikan Universiti Virtual dan Pendidikan Universiti Terbuka.
Malaysia, menjelang tahun 2000 telah berjaya menubuhkan sebuah
Universiti Terbuka (UNITEM/OUM) dan sebuah universiti virtual
(UNITAR) yang menggunakan teknologi terkini seperti videoconferencing
dan Internet untuk tujuan kuliah.


SEMAK KENDIRI 8.2
1. Apakah itu refleksi?
2. Huraikan enam peringkat refleksi di dalam pengajaran dan
pembelajaran pelajar.

Topik ini menegaskan tentang kepentingan penghubungkaitan pada setiap
mata pelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran serta dapat memahami
pengertian, tujuan dan peranan penghubungkaitan dalam aktiviti pengajaran
dan pembelajaran di sekolah.

Diharapkan dengan menggunakan penghubungkaitan dapat membina atau
membentuk sahsiah, emosi, jasmani dan fizikal pelajar supaya menjadi
masyarakat yang berpekerti mulia.


Bestari
Meta kognisi
Motivasi
Pengukuhan
Refleksi



TOPIK 8 PENGHUBUNGKAITAN 169

Amabile, T. M (1987). The motivation to be creative. In S.G. Isaksen (Ed.)
Frontiers of Creativity Research, pp 223-254.
Ayob, S. (1992). Pergerakan kreatif dan pendidikan. Petaling Jaya: Flo Enterprise
Sdn. Bhd.
Beetlestone, F. (1998). Creative children, imaginative teacher. Buckingham: Open
University Press.
Choksy, L. (1991). Teaching music effectively In the elementary school. Prentice
New Jersey: Hall Inc.
Choksy, L., Abramson, R. M., Gillespie A. E., & Woods, D. (1986). Teaching
music in the 20th Century. Englewood Cliffs, U.S.A.
Gallahue, D. A. (1982). Developmental movement experiences for young
children.
New York: Wiley.
Pautz, M. P. (1988). Creating the need for music inservices. Design for Arts in
Education, 89 (3), 28-30.
Swanwick, K., & Tillman, J. (1986). The sequence of musical development: A study of
childrens composition. British Journal of Music Education, 3, 305-339.