Anda di halaman 1dari 27

TEKNOLOGI AUTOMOTIF

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA UJIAN AKHIR 2014




NAMA : FUAD BIN RAMLI

KURSUS : SPH

NO. I/C : 721025086251

NO METRIK : SX101374 PHJ04




























BAHAGIAN A

1. Apakah yang dimaksudkan dengan singkatan perkatan berikut ;

S.A.E 40
Merupakan Indeks ukuran bagi kadar kelikatan minyak pelincir. SAE merujuk
kepada singkatan Society of Automotive Engineering. Angka 40 pula merujuk
kepada kadar kelikatan bendalir minyak pelincir.


D.O.H.C
Adalah singkatan kepada Double Over Head Cam iaitu system enjin yang
menggunakan dua silinder.

Sudut cam/Dwell angle




2. Terangkan fungsi komponen berikut ;

kekasut brek

Ianya berfungsi sebagai tapak kepada lining yang bertindak dalam menukarkan
kuasa tekanan daripada wheel silinder ke drum.


gegelong penyalaan/ignition oil

Berfungsi untuk meningkatkan voltan sehingga lebih kurang 20000 V. Voltan
yang tinggi diperlukan bagi mengeluarkan bunga api yang secukupnya pada
celahan palam pencucuh.


Radiator

Berfungsi untuk menyejukkan air yang melalui jaket air di enjin selain
menampung air yang panas dari enjin.



Water pump

Bertindak untuk menghasilkan tekanankepada bendalir agar dapat bergerak
masuk semula ke dalam radiator.



Selinder induk brek

Mempunyai dua bahagian utama takungan dan satu badan silinder induk. Spring
dipasangkan pada hujung piston bagi membolehkan piston kembali ke asal
selepas pedal brek di tekan.



3. Nyatakan 5 fungsi sistem yang penting bagi sesebuah kenderaan;

Sistem penyejukan.
Sistem pelinciran.
Sistem penyerap hentakan.
Sistem brek.
Sistem penghantaran.



BAHAGIAN B

1. Berdasarkan bantuan gambarajah jelaskan kitaran 4 lejang?

























2. Huraikan kendalian sistem penyejukan dengan bantuan gambarajah ketika;

a. Termostat terbuka

b. Termostat tertutup











































KOMPONEN
SISTEM ENJIN
Pam Air
Mengedarkan bahan
penyejuk mengeliling
sistem penyejukan
enjin
Tangki
Pengembangan
Tempat untuk bahan
penyejuk yang
mengembang
disebabkan suhu enjin
bertambah
Kipas
Mengedarkan udara
supaya melalui
radiator
Tudung tekanan
Mengawal tekanan di
dalam sistem supaya
sentiasa tetap
Laras Suhu/
Thermostat

Mengawal aliran bahan
penyejuk dalam sistem.
Enjin sejuk thermostat
tertutup. Enjin panas
thermostat terbuka.
Penunjuk Suhu
Memberi amaran atau
petunjuk pada
pemandu tentang
suhu enjin
Radiator
Tempat untuk
penukaran haba
bagi bahan
penyejuk
3. Huraikan langkah-langkah menservis asas kenderaan dan pemeriksaan yang akan
dilakukan selepas menservis kenderaan
Jawapan :

langkah-langkah menjaga kenderaan :

Periksa Kenderaan sebelu memandu
Tayar kereta
Periksa secara visual tayar kenderaan anda.Pastikan tayar kenderaan anda tidak
Terdapat bendasing atau benda yang tidak sepatutnya pada tayar anda seperti paku
Dan sebagainya.Sekiranya terdapat paku,jangan cabut paku tersebut.Seeloknya bawalah
kenderaan anda ke kedai yang menyediakan perkhidmatan menampal tayar.

Periksa angin tayar kenderaan anda mengikut spefikasi yang ditetapkan oleh pihak pengeluar
tayar atau kenderaan anda

Periksa ketebalan bunga tayar kenderaan anda.Ketebalan bunga tayar mempengaruhi
kecekapan anda memberhentikan kenderaan serta mengawal kenderaan dalam apa jua
keadaan.Tayar kenderaan juga mestilah tahan lasak untuk menangani tekanan serta
permukaan jalan yang tidak rata.Tayar juga member keselesaan kepada pemandu dan
penumpang.

Berikut adalah antara beberapa panduan berguna:

Segera tukar tayar jika bunganya sudah haus .Tayar begini mudah tergelincir,terjejas
akibat kesan membrek dan kurang sensetif dari segi kecengkaman.Dalam keadaan basah
kenderaan mungkin terbabas dan menyukarkan kawalan pemandu.



Pemilihan tayar memang penting untuk keselamatan ,keselesaan ,kawalan dan
ekonomi.Membrek dengan mengejut juga boleh menyebabkan tayar tergelincir.Periksa
tekanan tayar sekurangnya dua kali sebulan,ketika tayar dalam keadaan sejuk.Pengeluar juga
menekankan tekanan tayar kepada pemandu.

Jangan memandu dalam keadaan tayar rosak.Tukar atau perbaiki secepat mungkin

Segera baiki tayar yang tidak normal.Biasakan memeriksa tekanan tayar ,penjajaran roda
dan pusingan roda.Elakkan tabiat buruk ketika memandu seperti memandu terlalu
laju,membrek sengaja mengejut,dan mengambil selekoh secara berbahaya.
Pastikan tayar gantian sentiasa dalam keadaaan baik dan boleh digunakan serta memiliki
tekanan angin mencukupi.

Sentiasa pastikan skru tayar dipasang dengan betul dan tidak terlalu ketat.Sekiranya ingin
membuka atau melonggarkan nat tayar pastikan membukanya dan mengetatkan secara
bersilang bg memastikan ikatan yang sama rata pada rim kenderaan.

Jangan biarkan tayar terlebih muatan.Carta berat dan tekanan angin tayar biasanya terpapar
di tempat mengisi angin di mana-mana stesen minyak.Tayar hanya mampu menampung
muatan maksimum jika ia memiliki tekanan angin maksimum

Jangan memakai tayar terpakai sekiranya anda tidak tahu sejarahnya.

Pastikan segala peralatan untuk menukar tayar seperti apanar tayar bersaiz 19 atau 21 serta
jack sentiasa dalam keadaan baik



Keadaan luaran badan kenderaan

Periksa samada badan kenderaan dalam keadaan baik atau tidak.Pastikan semua cermin
dalam keadaan baik.Jangan memandu sekiranya cermin kenderaan anda retak kerana ia boleh
pecah pada bila-bila masa sahaja
Periksa setiap lampu kenderaan anda samada dalam keadaan baik atau tidak.
Periksa samada pengelap(wiper)anda berada dalam keadaan baik atau tidak
Periksa bahagian bawah kenderaan(undercarriage).pastikan tidak terdapat lelehan minyak
atau air dari mana-mana bahagian enjin serta tangki kenderaan
Jika terdapat kebocoran,pastikan jenis kebocoran seperti kebocoran minyak
pelincir,minyak petrol,minyak gearbox,minyak stering kuasa,minyak brek ataupun cecair
radiator
Pergi ke bengkel berdekatan sekiranya anda dapat mengenalpasti masalah dan dapatkan
nasihat dari bengkel yang bertauliah
Sentiasa membasuh kenderaan anda seminggu sekali bagi memanjangkan jangka hayat
badan kenderaan
Seeloknya anda diminta melilin(wex) badan kenderaan anda setiap 6 bulan sekali bagi
memanjangkan jangka hayat cat kenderaan
Cara yang betul untuk mencuci kenderaan ialah


Untuk membersihkan enjin,
Jangan menggunakan air kerana pada permukaan enjin ada banyak kesan minyak yang tidak
dapat dihilangkan dengan air.

Penggunaan air juga boleh menyebabkan litar pintas dan kereta akan meragam. Seelok-
eloknya gunakanlah minyak tanah untuk hilangkan minyak dan gris pada permukaan enjin.

Tetapi lebih mudah lagi sekarang ada banyak bahan pencucian yang dijual di kedai aksesori
untuk menghilang gris dan tar. Semburkan bahan berkenaan di tempat yang perlu, biarkan ia
meresap kemudian lap dengan kain kering.

Gris dan sisa minyak pelincir perlu dibersihkan segera daripada bahagian luaran enjin kerana
boleh merosakkan
i. tali kipas
ii. paip getah
iii. kabel elektrik.

Selain gris, debu atau lumpur yang melekat pada komponen elektrik seperti
i. alternator (motor penghidup)
ii. generator
iii. gegelung penghidup
iv. pengagih dan lampu
boleh menyerap wap air dan boleh menyebabkan litar pintas.

Pada terminal bateri pula jika terlihat ada endapan berwarna putih, siramlah dengan air panas
kemudian bersihkan dengan kain. Endapan itu dapat dihilangkan dengan mudah tetapi jaga
jangan sampai air masuk ke dalam bateri. Lubang pengudaraan pada penutup bateri juga
perlu dipastikan sentiasa terbuka.

Ketika mencuci bahagian enjin, pemilik kenderaan dapat memastikan jika ada kebocoran
minyak pelincir, elemen penting bagi menjamin kesinambungan kerja setiap bahagian yang
bergerak.

Oleh itu, jika tahu ada kebocoran minyak pelincir, cari segera puncanya dan tambahkan
minyak pelincir jika kurang.

Dalam keadaan biasa, selepas beberapa tahun, gasket kebuk enjin akan bocor sedikit dan
minyak pelincir akan menitis. Ini dapat dilihat pada lantai tempat kereta diletakkan. Jika
jumlah titisan itu banyak, mungkin gasket di oil sum yang rosak.

Dalam keadaan biasa minyak pelincir akan berkurang menerusi pemeluwapan dan
pembakaran. Tapi jumlahnya tidak banyak kira-kira 1/300-1/500 daripada jumlah
penggunaan petrol.

Jumlah minyak pelincir boleh dipastikan dengan memeriksa tolok sukat. Baik periksa sendiri
kerana jika dibiarkan juruteknik stesen minyak memeriksanya, dalam banyak keadaan anda
sebenarnya membantu memajukan perniagaan mereka.

Namun jika anda mahu membasuh sendiri, anda perlu menggunakan sabun yang sesuai untuk
pencucian kereta. Sabun basuh tidak sesuai dan kelorok tidak sesuai.

Lazimnya, kereta baru dicat dengan cat bermutu tinggi. Jika permukaan itu tidak dibersihkan
dengan baik, cat akan cepat rosak.

Debu dan lumpur yang melekat pada badan kenderaan akan menyerap wap air dengan cepat
dan merosakkan permukaan cat. Selain nampak comot, cat akan luntur dan mudah menjadi
retak-retak.

Langkah pertama membersihkan kenderaan ialah menghilang debu dengan membuat
semburan tanpa menggunakan sabun.

Apabila permukaan badan kenderaan berada dalam keadaan kering dan tidak terlalu kotor,
debu yang melekat dapat dihilangkan dengan bulu ayam. Tetapi, jika kotoran tidak dapat
dihilangkan, gunakan kain bersih basah.

Penggunaan kain kering akan menyebabkan calar atau gurisan pada permukaan cat. Ini
disebabkan kotoran berkenaan mempunyai butir debu keras dan pasir.

Apabila membasuh kenderaan menggunakan sabun, jangan biarkan sabun melekat terlalu
lama di badan kenderaan kerana ia akan meningkatkan partikel bintik-bintik putih serta bahan
kimia sabun boleh memakan cat.

Setelah dibasuh, keringkan badan kereta dengan kain bersih. Untuk hasil yang lebih baik
setelah kereta kering sapulah wax (lilin). Selain menambahkan kilat kereta, wax bertindak
melindungi permukaan supaya tetap menarik dan hidup.


Di dalam ruangan enjin

Sebelum menghidupkan enjin,pastikan enjin berada didalam keadaan baik.Periksa secara
kasar pada enjin anda sekiranya terdapat kesan lelehan minyak atau cecair radiator
Jika terdapat kebocoran,lakukan pemeriksaan menyeluruh keatas enjin anda dan segera
menghantar kenderaan anda ke bengkel yang berdekatan
Sentiasa memeriksa paras minyak pelincir anda.Tarik dipstick dan periksa paras minyak
pelincir anda.Pastikan minyak anda sentiasa berada dalam paras high.Jika minyak pelincir
anda terlebih dari paras high yang ditetapkan,kemungkinan minyak pelincir tersebut akan
keluar melalui pcv valve ataupun salur dipstick itu sendiri.Bagi kenderaan yang
menggunakan Carburetor pula,kemungkinan minyak pelincir yang berlebihan akan disedut
masuk ke dalam karburetor dan menyebabkan karburetor tersumbat dan kotor
Jika paras minyak pelincir anda berada dalam keadaan low,tambahkan minyak pelincir
keparas high yang ditetapkan.selepas itu anda diminta untuk menghidupkan enjin untuk
beberapa minit dan matikan enjin kenderaan anda.Sila periksa lagi paras minyak pelincir
anda.Ini kerana apabila enjin berada dalam keadaan sejuk,(enjin tidak dihidupkan)minyak
pelincir biasanya akan berkumpul di dalam takungan yang dipanggil oil sump.Apabila enjin
telah hidup dan telah mencapai suhu kendalian,minyak pelincir tadi akan bergerak keseluruh
system pelinciran dan kelikatan akan menjadi cair kerana enjin berada dalam keadaan
panas.Sekiranya minyak pelincir anda masih lagi tidak mencukupi apabila enjin panas,sila
tambah semula sehingga paras yang ditetapkan.
Tujuan minyak pelincir ialah melincirkan komponen-komponen yang bergerak didalam
enjin dan hendaklah menukar minyak pelincir anda setiap 5,000km bg yang menggunakan
jenis mineral dan semi senthetic dan tukar setiap 10,000km bagi yang menggunakan jenis
fully senthetic.

Cara menukar minyak pelincir

1. Hidupkan enjin selama 10 minit sebelum membuang minyak enjin terpakai.Minyak yang
panas lebih senang dibersihkan daripada minyak yang sejuk
2. Letakkan kenderaan di permukaan yang rata dan matikan enjin
3. J ika kereta anda rendah,tinggikan sedikit dengan menggunakan bicudan sokongnya
dengan stabil
4. Buka hud kereta
5. Masuk kebawah kereta apabila ia sudah disokong dengan kuat
6. Kenalpasti lokasi taking pengering minyak dan dibahagian bawah enjin
7. Longgarkan palam salir dengan menggunakan perengkuh dan letakkan taking pengering
minyak di bawahnya
8. Tanggalkan palam salir dengan tangan untuk mengalirkan minyak panas
9. Salirkan minyak ke dalam taking minyak
10. Pasang semula palam salir
11. Ketatkan ia menggunakan perengkuh tetapi jangan terlalu ketat
12. Tanggalkan tukup pengisi minyak
13. Letakkan corong di permukaannya dan masukkan minyak baru
14. Tutup pengisi minyak apabila penuh
15. Hidupkan enjin dan periksa batang celup.Tambah minyak apabila perlu


Penapis Udara

Periksa penapis udara anda setiap 3000km bagi memastikan ianya sentiasa dalam keadaan
baik.Sekiranya anda selalu menggunakan jalan yang berdebu,anda diminta selalu
menukarkan penapis udara anda bagi memastikan karburetor anda tidak tersumbat.
Tukar penapis udara anda setiap 10,000km atau lebih mengikut yang ditetapkan pengeluar
Cara membersihkan penapis udara ialah dengan ketuk atau menghempaskan penapis udara
anda ke bahagian yang rata seperti permukaan jalan atau simen bagi mengeluarkan habuk
yang kasar.Sekiranya dirumah anda terdapat air compressor ,anda boleh menggunakan
tekanan angin keatas penapis udara anda.
Tujuan penapis udara ialah memastikan udara yang memasuki karburetor ditapis bagi
mengelakkan dari tersumbat.Penapis yang kotor akan menyebabkan kerosakan pada
karburetor dan menyebabkan kandungan udara yang disedut masuk berkurangan dan
menyebabkan penggunaan minyak petrol yang berlebihan(fuel comsumption)
Kebanyakan kenderaan masa kini lebih gemar menggunakan penapis udara racing dimana
kita tidak perlu menukarnya tetapi kita hendaklah sentiasa membersihkannya menggunakan
cecair khas yang dibenarkan.

Cecair Radiator

Periksa system penyejukan anda sekiranya terdapat kebocoran.Buka tudung
radiator(radiator cap) untuk melihat sekiranya terdapat cecair atau tidak.
Amaran:Jangan membuka radiator cap atau menambah air apabila enjin panas.Ini kerana
apabila suhu enjin mencapai suhu kendalian,tekanan didalam enjin akan menjadi tinggi,Ini
akan menyebabkan anda melecur teruk sekiranya anda tidak berhati-hati.Sekiranya anda
terkena air panas dari radiator,cucur bahagian yang terkena air panas tadi dengan air sejuk
dan segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.
Periksa tangki simpanan radiator(reservoir).Pastikan paras cecair mencukupi.Sekiranya
tidak mencukupi ,tambahkan air mengikut paras yang ditetapkan.Jangan mengisi air
berlebihan kerana ia akan menyebabkan tekanan di dalam radiator akan menjadi tinggi dan
menyebabkan enjin terlampau panas(overheat).
Sekiranya kenderaan anda menggunakan radiator coolant atau cecair antibeku,sila tambah
mengikut spefikasi yang ditetapkan pengeluar.
Sekiranya kenderaan anda tidak menggunakan radiator coolant,anda dinasihatkan jangan
meletakkan radiator coolant didalam radiator anda kerana ia
akan menyebabkan radiator dan system penyejukan tersumbat.
Tujuan system penyejukan ialah memastikan enjin mencapai suhu kendalian dan enjin
tidak terlampau panas.
Manakala tujuan radiator coolant ialah memastikan cecair tidak beku dan tahan mendidih.

Cecair penggelap(wiper)

Pastikan takungan cecair penggelap tidak bocor dan berada dalam keadaan baik.isikan air
sehingga penuh dan tutupkan penutupnya.
Untuk mendapat kesan yang baik,anda dinasihatkan menggunakan windshield untuk
memastikan wiper anda dapat berfungsi dalam keadaan baik apabila hujan.
Pastikan wiper anda berada dalam keadaan baik dan tidak rosak.Tukar segera sekiranya
wiper anda rosak kerana ia akan menyebabkan kesukaran anda memandu ketika keadaan
hujan.
Uji dan pastikan corong air berada dalam keadaan baik.

Bendalir brek

Buka tudung tangki brek dan pastikan bendalir brek mencukupi.Sekiranya bendalir brek
tidak mencukupi,tambahkan bendalir brek sehingga paras yang ditetapkan.
Amaran:Sila perhatikan pada tudung bendalir brek jenis bendalir brek anda.Jangan
mencampurkan bendalir brek anda.
Sekiranya kenderaan anda menggunakan bendalir brek jenis DOT3 anda diminta
menggunakan jenis yang sama
Sekiranya kenderaan anda menggunakan bendalir brek jenis DOT4,anda diminta
menggunakan jenis yang sama.
Perbezaan antara DOT3 dan DOT4 ialah Ketajaman bendalir tersebut terhadap komponen
system brek.Sekiranya kenderaan anda menggunakan bendalir DOT3 dan anda terletak
DOT4.dikuatiri akan berlaku kebocoran pada system brek anda kerana bendalir DOT 4 akan
menyebabkan kehausan pada getah-getah(oilseal)system brek.
Sekiranya kenderaan anda menggunakan bendalir DOT4,anda boleh menggunakan
DOT3,tetapi tidak digalakkan kerana kekurangan sifat ketajamannya.
Pastikan Brekpad anda berada dalam keadaan baik.Sekiranya brek pad anda telah haus
atau habis,dinasihatkan anda segera menukarnya di bengkel yang bertauliah.
Gunakan brek pad yang tulen sahaja.Brek pad tiruan tidak akan beroperasi dengan baik
apabila cuaca panas dan menyebabkan brek anda tidak mencengkam dengan baik.
Sekiranya bendalir brek terkena pada badan kenderaan,simbahkan air ketempat yang
berkenaan,Ini kerana ia akan mengaratkan badan kenderaan .
Sekiranya terkena mata atau anggota badan yang lain,cucur dengan air dan segera
dapatkan rawatan.

Bendalir clutch

Biasanya yang menggunakan bendalir clutch ialah kenderaan yang menggunakan clutch
pump bg menggantikan kabel clutch.
Jika bendalir cluch telah kurang,hendaklah anda menambahkannya sehingga penuh.Bg
kenderaan yang menggunakan kabel clutch,pemeriksaan terhadap kualiti kabel clutch boleh
diperiksa,
Clutch pump menggunakan bendalir DOT4.

Power Steering Oil

Biasanya kenderaan yang menggunakan minyak power steering ialah kenderaan yang
menggunakan power steering.
Minyak yang digunakan adalah sama dengan minyak automatic gearbox iaitu ATF
DEXTRON 2.
Sekiranya berkurangan ,tambah minyak power steering sehingga mencapai paras yang
dibenarkan.
Anda disarankan menukar minyak power steering setiap 30,000km bg memastikan minyak
power steering tidak kotor dan tersumbat


Air bateri

Buka penutup bateri dan periksa paras cecair bateri.
Sekiranya tidak mencukupi,sila tambahkan dengan air suling.
Aras elektrolit mestilah inci daripada paras had atas
Bg memastikan bateri sentiasa dalam keadaan baik,sentiasa memeriksa kandungan air
bateri setiap kali servis dilakukan
Terdapat 2 jenis bateri yang biasa digunakan pada masa kini iaitu sel basah dan sel
kering(free maintanance)
Sentiasa bersihkan terminal bateri dengan air panas dan ketatkan kepala bateri
Anda dinasihatkan untuk sentiasa memeriksa tahun bateri serta berapa jumlah voltage
bateri sebelum enjin dihidupkan serta selepas enjin dihidupkan bg mengetahui keadaan bateri
serta alternator


Minyak automatic gearbox


Bagi yang menggunakan kenderaan automatic,cara memeriksa minyak automatic gearbox
ialah dengan cara 2 kaedah
Ketika enjin sejuk,tarik Dipstick minyak autimatik dan perhatikan paras cool level pada
dipstick.
Hidupkan enjin dan biarkan enjin mencapai suhu kendalian
Ketika enjin hidup,tarik dipstick minyak automatic dan periksa pada paras hot
pula.pastikan parasnya mencukupi.
Minyak yang digunakan adalah jenis ATF Dextron2








Minyak Gearbox Manual

Bagi yang menggunakan kenderaan manual,minyaknya tidak sama dengan minyak
automatic gearbox.
Minyak yang digunakan adalah SAE80 ataupun SAE90.
Cara melihat paras minyak gearbox manual ialah dengan cara membuka filler plug pada
gearbox.Sekiranya filler plug sudah dibuka dan minyak gearbox manual keluar melalui
lubang filler,maknanya minyak adalah mencukupi.
Sekiranya setelah Filler plug sudah dibuka tetapi tiada minyak keluar melalui filler
plug,tambahkannya sehingga meleleh keluar
Tutup filler plug dan start enjin,Pastikan tiada kebocoran yang berlaku.


Minyak Transaxle(gandar belakang)

Bg kenderaan yang menggunakan pacuan belakang seperti van dan kenderaan
perdagangan berat,terdapat gandar dibelakang yang perlu ditukarkan minyak setiap
40,000km.
Jenis yang digunakan ialah SAE140.Ini berbeza dengan minyak gearbox manual dimana ia
menggunakan SAE80 ataupun SAE90
Cara menukar minyak gandar belakang ialah sama seperti cara menukar minyak gearbox
manual

Tali sawat pemacu

Talisawat pemacu perlu diperiksa selalu(sekali sebulan).Jika ia kelihatan haus,nipis atau
merekah,tukar kepada yang baru.
Jika talisawat pemacu longgar,anda diminta mengetatkannya sehingga 0.5mm
Jangan ikat terlalu ketat dan terlalu longgar kerana jika ia terlalu ketat akan menyebabkan
komponen cepat rosak dan jika ia terlalu longgar akan menyebabkan belt akan terlepas dan
berbunyi bising.
Seeloknya tukarlah belt kereta anda setiap 30,000km
Anda juga boleh melihat kerosakan pada talisawat kenderaan anda seperti
retak,terkoyak,dan merekah
Jika anda dapati semua tanda ini terdapat pada talisawat anda,sila tukar talisawat anda.
Cara pemasangan tali sawat ialah tulisan mestilah berada di hadapan anda dan anda boleh
membaca tulisan itu
Pada tali sawat tersebut,terdapat saiz dan ukuran tertulis pada talisawat tersebut bg
memudahkan pengeluar serta pembekal mengetahui saiznya tanpa perlu mengukurnya



Palam pencucuh(spark plug)

Biasanya anda perlu menukar palam pencucuh anda setiap 10,000km ataupun bergantung
kepada jenis pengeluar kenderaan tersebut
Palam pencucuh yang sudah lama tidak di tukarkan akan memberi kesan kepada prestasi
enjin dan akan menyebabkan penggunaan bahan api yang tinggi.
Sentiasa periksa selaan ataupun kelegaan palam pencucuh anda bagi memastikan ianya
berada pada prestasi yang terbaik
Cara menukar palam pencucuh ialah

1. Matikan enjin kenderaan
2. Cabut kabel palam pencucuh dengan berhati-hati bagi memastikan kabel tersebut tidak putus
dan rosak
3. Tandakan setiap palam pencucuh mengikut aturannya
4. Gunakan peralatan yang sesuai untuk membuka palam pencucuh
5. Buka dan keluarkan palam pencucuh yang lama
6. Engkol(crank) engine anda bagi memastikan pengeluaran karbon lama yang berada didalam
silinder selama beberapa saat
7. Pastikan sebelum memasang palam pencucuh yang baru,anda dikehendaki melihat dahulu
kelegaan pada palam tersebut
8. Pasang dan ikat palam pencucuh mengikut kekuatan yang sama rata dan ditetapkan oleh
pengeluar
9. Pasang semula kesemua kabel palam pencucuh mengikut aturannya
10. Hidupkan enjin dan perhatikan perubahannya


Ruangan Dalam kenderaan

Sentiasa vakum kenderaan anda daripada habuk bagi mengelakkan sistem penyaman udara
anda cepat rosak
Sentiasa meletakkan gris pada ensel pintu kenderaan
Sentiasa meletakkan gris getah pada getah tingkap kenderaan bagi memastikan ianya tidak
tersangkut
Periksa Getah-getah pintu anda samada berada dalam keadaan baik ataupun tidak.Ini
kerana getah pintu bertindak sebagai komponen yang menyingkirkan air daripada masuk
kedalam badan kenderaan
Jika kenderaan anda mengunakan center lock,pastikan ianya berfungsi dengan baik
Periksa kesemua suis yang berada didalam kenderaan berfungsi dengan baik dan elok
Anda diminta untuk menservis sistem penyaman udara kenderaan 2 tahun sekali bagi
memastikan jangka hayatnya bertambah


















4. Huraikan langkah-langkah menservis sistem brek dan jelaskan contoh-contoh
kerosakan pada sistem brek.
Jawapan:
4.0 Langkah-langkah menservis system brek.



Rajah 1 : Saluran aliran brek

Brek yang dipasang pada kenderaan adalah bertujuan untuk memberhentikan atau
memperlahankan kenderaan daripada terus bergerak apabila diperlukan. Operasi
sistem brek biasanya menjadi satu aspek yang paling penting bagi setiap pemandu
untuk diambil perhatian serius. Oleh itu, keupayaan pembrekkan memainkan peranan
penting dalam pemanduan kenderaan bermotor. Umumnya terdapat dua jenis sistem
brek yang digunakan pada kenderaan masa kini, iaitu sistem brek hidraulik dan sistem
brek mekanikal. Walaubagaimana pun kebanyakan kenderaan masa kini
menggunakan teknologi sistem brek hidraulik kerana kuasa pemberhentiannya lebih
baik daripada brek mekanikal.

Brek hidraulik menggunakan kuasa bendalir hidraulik untuk beroperasi. Bagi brek
hidraulik masa kini, ia dipasang dengan gabungan brek cakera dan brek gelendong.
Brek cakera dipasang pada roda hadapan manakala brek gelendong dipasang pada
roda belakang. Brek merupakan peranti yang menggunakan kuasa geseran untuk
memperlahankan atau memberhentikan mekanisme brek daripada terus bergerak.
Dalam sistem tersebut terdapat berbagai-bagai kerumitan berlaku, yang boleh
menggagalkan kenderaan daripad berhenti seperti yang dikehendaki pemandu. Antara
kerumitan atau masaalah yang sering berlaku ialah :-

4.1 Brek hilang kuasa memberhentikan kenderaan.
4.2 Kereta hanya berhenti selepas injak brek ditekan jauh ke bawah.
4.3 Brek menyebabkan kereta tertarik ke sebelah.
4.4 Brek mencengkam.
4.5 Brek menyeret.
4.6 Brek mampung.
4.7 Brek tangan tidak berfungsi.


Brek hilang kuasa memberhentikan kenderaan.

Kerosakan berlaku pada pam induk brek ( master pump).

5.

6.


7.
8. Rajah 10.1 : Master pump

Keadaan ini berlaku disebabkan oleh kerosakan getah penebat, dinding silinder, pam
induk bercalar, saluran hidraulik tersumbat atau kebocoran pada pam induk brek. Jika
ini berlaku, cara mengatasinya adalah dengan membaik pulih pam induk brek. Periksa
dengan teliti setiap bahagian komponen seperti penebat getah, dinding silinder, dan
saluran hidraulik. Gantikan komponen yang rosak dan pasangkan semula pada
kenderaan. Lakukan kerja penjujusan bleeding semasa enjin dihidupkan.

Getah penebat pada silinder roda bocor atau haus.

Kebiasaannya ternampak kebocoran atau cecair brek terkeluar daripada silinder roda yang
rosak. Letakkan kenderaan diatas pendorong dan atas tempat yang

rata. Tanggalkan roda yang mengeluarkan silinder roda. Rombak silinder roda yang
bocor, dan gantikan komponen yang rosak (biasanya penebat rosak). Pasangkan
semula semua komponen pada kenderaan, hidupkan enjin dan jujuskan sistem brek
bermula daripada roda yang paling jauh dan berakhir dengan roda yang terdekat
dengan pam induk brek.


Kereta hanya berhenti selepas injak brek ditekan jauh ke bawah.

Lapik brek atau pad brek haus berlebihan.

Kehausan terjadi selepas pelapik brek atau pad brek digunakan dengan lama kerana
setiap kali pengguna kenderaan memandu, tentunya brek amat diperlukan. Setiap kali
injak brek ditekan, pelapik atau pad bergeser dengan gelendong brek atau cakera brek.
Lama-kelamaan pelapik atau pad tersebut akan semakin nipis. Jika ini berlaku,
tarikkan brek tangan dan naikkan kereta ke atas penyokong. Keluarkan roda dan
tanggalkan pelapik atau pad brek daripada kedudukannya. Ganti keratan lapik pad
brek dan pasangkan semula seperti sediakala.

Hidupkan enjin dan jujus sistem brek hidraulik sehingga tiada udara terkandung
dalam sistem hidraulik. Sekiranya pelapik atau pad didapati masih licin dan tebal.
Gosokkan pelapik dengan kertas pasir halus untuk membuang lapisan yang licin,
kemudiannya pasangkan semula.


Rajah 2 : Brake disk


Rajah 3 : Cara brek beroperasi


Brek menyebabkan kereta tertarik ke sebelah.

Pelapik atau pad berminyak pada sebelah roda.

Pelapik atau pad yang berminyak ini menyebabkan brek sebelah roda tergelincir dan
tidak dapat berfungsi seperti roda-roda yang lain. Jika ini berlaku, cara mengatasinya
adalah dengan membaraikan komponen brek pada sebelah roda berkenaan, dan
memeriksa komponen yang rosak. Gantikan pelapik brek, penebat getah atau penutup
habuk jika perlu.


Brek mencengkam.

Brek cakera atau brek gelendong berpiuh atau piring belakang longgar.

Jika ini berlaku, baik pulih brek cakera atau brek gelendong dan lakukan servis ke
atasnya. Jika terdapat kerosakan pada mana-mana komponen brek, gantikan dengan
alat ganti yang baru. Tukarkan pegas atau spring yang lemah atau patah.

Tiada jarak antara gelendong dengan pelapik brek.

Jika ini berlaku, baik pulih komponen brek pada roda berkenaan dan gantikan
komponen-komponen yang didapati telah rosak. Sebarang kerosakan akan jelas dilihat
dengan mata kasar.


Brek menyeret.

Brek tangan tidak dilepaskan sepenuhnya, pelarasan brek tidak seimbang, pegas
kasut patah.

Jika ini berlaku, baik pulih komponen brek pada roda berkenaan dan gantikan
komponen-komponen yang dilihat telah rosak. Sebarang kerosakan akan jelas dilihat
dengan mata kasar.

Omboh melekat di dalam silinder.

Keadaan ini disebabkan oleh keadaan silinder yang telah berkarat dengan teruk, dan
kerana itu omboh tidak dapat ditolak keluar daripada kedudukannya untuk menekan
pelapik dan memberhentikan kenderaan. Jika ini berlaku, buat kerja baik pulih
terhadap angkup atau gelendong brek dan tukarkan penebat getah, servis silinder serta
bersihkan atau gantikan penutup habuk. Basuh pam brek pada silinder, bekas dan
penutup minyak dengan air bersih. Setelah selesai, isi minyak dan lakukan penjujusan.


Brek mampung

Udara dalam saluran hidraulik atau kebocoran pada silinder induk.

Keadaan ini berlaku apabila terdapat udara dalam saluran hidraulik atau kebocoran
pada atau dalam silinder induk. Lakukan jujusan terlebih dahulu. Sebelum memasang
semula silinder pada kenderaan. Ini untuk mengeluarkan udara berlebihan


dalam silinder induk. Setelah memasangnya pada kenderaan, lakukan pula jujusan
pada setiap roda mengikut susunan jujusan.

Brek tangan tidak berfungsi.

Keadaan ini adalah biasanya disebabkan oleh kabel tangan yang terlalu panjang yang
menyebabkan pelarasan menjadi kendur. Pastikan kabel digunakan sesuai dengan atau
sama dengan alat ganti yang tulen. Jika tidak, saiz dan panjangnya akan memberi
masaalah apabila memasang dan melakukan pelarasan. Letakkan kenderaan diatas
tempat yang rata. Lepaskan brek tangan sepenuhnya dan laraskan melalui nat
pelarasan dengan kabel ke tahap yang sesuai. Selepas itu tarik brek tangan dengan
perlahan sehingga 5 bunyi klik kedengaran. Hidupkan enjin, masukkan gear satu
dan cuba gerakkan kenderaan dengan perlahan dan tarik brek tangan. Kereta akan
terhenti sejurus sahaja brek tangan di tarik. Jika sebaliknya laraskan semula sehingga
ia dapat berfungsi sepenuhnya.

Berikut adalah beberapa ciri-ciri sistem brek yang baik.:-

- Kenderaan dapat berhenti seperti yang dijangka oleh pemandu.
- Cengkaman brek yang baik dan tidak menyeret.
- Keadaan injak brek dalam keadaan lembut dan selesa ketika memijak brek.





5. Cadangkan satu bentuk kemahiran automotif untuk pelajar yang memenuhi keperluan
sepuluh tahun akan datang.
Jawapan:

Peranan sumber manusia adalah penting bagi menjayakan usaha menjadikan Malaysia
sebagai hab industri pengeluaran kenderaan cekap tenaga, atau Energy Efficient Vehicle
(EEV), seperti direncanakan oleh Dasar Automotif National (DAN 2014). Pengeluaran EEV
memerlukan tenaga kerja yang berkebolehan serta mempunyai pengetahuan dan kemahiran
teknikal yang tinggi.

Keupayaan semasa kalangan industri automotif tempatan seperti alat kelengkapan,
pengetahuan, pengalaman dan kemahiran masih relevan bagi perusahaan EEV. Namun
teknologi baharu, keupayaan mereka bentuk yang lebih tinggi adalah di antara sokongan yang
perlu dibangunkan segera bagi melancarkan usaha mengeluarkan EEV.
Satu dokumen Hala Tuju Sumber Manusia Automotif Malaysia atau Malaysia Automotif
Human Capital Roadmap (MAHR), telah dibentangkan berikutan pengumuman DAN 2014
baru-baru ini menjelaskan perangcangan yang berterusan bagi membangunkan sumber
manusia yang berkebolehan di semua peringkat kerja di bidang industri automotif. Adalah
dianggarkan sejumlah 187,000 pekerja mahir EEV diperlukan menjelang tahun 2020.

MAHR telah mengenal pasti lima teras pembangunan sumber manusia penting bagi industri
automotif tempatan untuk terus bergerak ke hadapan. Teras pertama akan menumpukan usaha
untuk mempertingkatkan kegunaan teknologi kejuruteraan digital dalam keseluruhan
ekosistem automotif tempatan bagi pengeluar kenderaan dan perkhidmatan, konvensional
mahupun EEV.

Kejuruteraan digital adalah teknologi bantuan komputer dalam menghasilkan kerja- kerja
mereka bentuk kenderaan, termasuk mereka bentuk proses dan peralatan pengeluaran, dalam
masa yang singkat di peringkat pembangunan kenderaan.
Malaysia Automotif Institute (MAI), telah mengorak langkah ke arah mempertingkatkan
kegunaan teknologi dengan memperkenalkan program Digital Engineering and Prototyping
(DEP), satu projek kerjasama di antara MAI, Pengeluar kenderaan tempatan dan vendor-
vendor yang berkenaan. Kejayaan program ini adalah bukti kemampuan para jurutera
tempatan untuk menerokai teknologi ini pada masa hadapan.

Teras kedua MAHR bertujuan menyusun semula kursus kejuruteraan di universiti- universiti
tempatan supaya asas utama korikulum pembelajaran diterajui industri, atau industy driven.
Empat ahli kepada Malaysian Technical University Network (MTUN), iaitu; University
Malaysia Perlis (UniMAP), University Malaysia Pahang (UMP), University Teknikal
Malaysia Melaka (UTem) dan University Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), telah dikenal
pasti sesuai bagi melaksanakan program- program pembelajaran dan latihan diterajui industri
ini, yang bakal menghasilkan para graduan yang cemerlang akademi dengan mempunyai
pendedahan industri yang meluas supaya mereka ini lebih releven kepada industri automotif
tempatan.

Penglibatan negara dalam industri EEV akan memerlukan sejumlah 55,500 tenaga kerja
teknikal, mahir dan separa mahir, menjelang tahun 2020. Bidang khusus yang diperlukan
ialah; autonomi, proses pengeluaran kawalan komputer dan kerja-kerja pemastian kualiti.
Bagi mencapai keperluan ini, sebagai teras ketiga MAHR, perhatian akan diberikan untuk
menarik lebih ramai graduan dari kursus-kursus teknikal dan latihan vokasional untuk
menyertai program-program peningkatan kemahiran di bawah MAHR. Program Industry Led
Professional Certification (IPC) yang telah diperkenalkan oleh MAI adalah salah satu usaha
bagi memenuhi teras ketiga ini. IPC memberi fokus ke arah mengeluarkan tenaga kerja
spesifik untuk mengisi keperluan kemahiran yang luas dalam industri automotif.
Memandangkan ramai tenaga kerja yang bakal diperlukan dalam sektor automotif bagi
menampung keperluan khusus untuk perusahaan EEV, teras keempat MAHR ialah mengkaji
semula dan memperkenalkan kurikulum tambahan supaya pembangunan tenaga kerja dalam
bidang kemahiran lebih bersesuaian untuk industri automotif.

Dua program giat dilaksanakan di seluruh negara iaitu Pertauliahan Pencapaian Terdahulu
(PPT) dan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN). MAI sebagai Badan Peneraju Industri bagi
sektor automotif dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di bawah
Kementerian Sumber Manusia diberi tanggungjawab menyelaras program pembangunan
kurikulum dan piawaian latihan sektor automotif bersama pihak industri dan institusi-institusi
latihan.
MAHR akan menjadi satu dokumen panduan yang akan berterusan dikemas kini di mana
strategi dan program-program pembangunan sumber manusia akan sentiasa releven kepada
perkembangan industri automotif negara agar hasrat menjadikan Malaysia sebagai hab
perusahaan EEV tercapai.

Anda mungkin juga menyukai