Anda di halaman 1dari 8

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 4 (KSSR)

Mata Pelajaran : Pendidikan Jasmani


Modul : Kecergasan
Standard Kandungan : 3.3 Berkebolehan melakukan senaman meningkatkan kelenturan.
Tarikh : 1 April 2014 (Selasa)
Masa : 7.30 pagi 8.00 pagi (30 minit)
Tahun/ Kelas : 4 Uranus
Bil. Pelajar : 26 orang (16 lelaki, 10 perempuan)

Standard Pembelajaran :
3.3.1 Melakukan pelbagai senaman regangan pada otot paha, bahu, tangan dan bahagian atas badan dengan lakuan yang betul.
4.3.1 Menamakan otot-otot yang terlibat semasa melakukan regangan.
5.3.2 Mengikhtiraf kebolehan dan menerima kekurangan rakan sebaya.


Objektif : Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat :

Psikomotor
a. Melakukan sekurang-kurangnya 2 daripada 3 aktiviti kelenturan seperti melentik, berjalan melalui gelung
dan limbo-rock dengan teknik yang betul dan selamat.

Kognitif
a. Menyatakan secara lisan sekurang-kurangnya 2 jenis otot yang terlibat semasa aktiviti kelenturan.



Afektif
a. Memberikan sokongan dengan menyebut nama rakan dalam kumpulan ketika melakukan aktiviti gelung
pengimbas.

Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah didedahkan dengan aktiviti berunsurkan kelenturan pada setiap P&P semasa melakukan
regangan.

Bahan Bantu Mengajar :







Elemen Merentas kurikulum : Kreativiti dan inovasi.
Penerapan Nilai : Menerima cabaran, bertolak ansur, keyakinan diri dan bekerjasama.
Kesepaduan : Bahasa Melayu (komunikasi dan membentuk huruf), Matematik (mengira semasa meregang),
dan Sains (meniru pergerakan pengangkutan dan mengetahui nama otot yang terlibat)
Penggabungjalinan : Kecergasan-Koordinasi.
Teori Kecerdasan Pelbagai : Kinestetik dan Interpersonal
KBKK : Menjana idea (menjawab soalan guru), mengingat (penerangan guru), membuat gambaran
mental (bayangkan mendayung sampan semasa sesi penutup)




Bil. Alatan/ Bahan Spesifikasi Kuantiti
1. Kad huruf Huruf K, Y dan X 3 keping
2. Kon kecil - 4
3. Puding jeli - 2 biji
4. Gelung Rotan 26
G


Masa/ Fasa Aktiviti/ Strategi Fokus Pembelajaran Organisasi Catatan
Permulaan
(5 Minit)
Penerangan
konsep
kelenturan


Memanaskan Badan
Mobiliti &
regangan
Huruf Saya

















1. Kelenturan bermaksud keupayaan
pergerakan meregang otot beserta
kebebasan sendi bergerak dengan
sepenuhnya.



i. Huruf Saya
Dalam kawasan yang ditanda, murid
bergerak bebas dengan meniru jenis
pengangkutan yang disebut oleh guru.
Apabila mendengar bunyi wisel, pandang
guru dan lihat kad huruf yang ditunjuk.
Buat bentuk huruf tersebut menggunakan
seluruh tubuh badan dan regang selama
8 saat.

Jenis kenderaan dan perlakuan:
Kereta
- Fleksi kedua-dua siku di hadapan
pada paras dada seperti memegang
stereng kereta.
- Sambil berjalan, pusingkan tangan
dalam bentuk bulatan ke kanan dan
kiri.
- Bunyikan hon kereta.








Kesepaduan:
Sains, Matematik
& Bahasa Melayu
TKP: Kinestetik
Alatan: Kon kecil,
kad huruf







Gambar 1:
Memegang
stereng kereta

















Regangan







Motosikal
- Fleksikan lutut seluas bahu.
- Fleksi kedua-dua siku di hadapan
pada paras dada seperti memegang
pemegang motosikal.
- Bunyikan Vroom seperti motosikal
dan bergerak bebas.

Kapal terbang
- Depakan kedua-dua tangan.
- Berlari anak di dalam kawasan yang
ditanda.
- Condongkan badan ke kanan dan kiri.


i. Huruf K
Berdiri di atas kaki kanan dan angkat kaki
kiri.
Luruskan tangan kanan ke atas.
Angkat tangan kiri 45 darjah ke sisi.
Imbangkan badan dan regang selama 8
saat.














Gambar 2: Meniru
pergerakan
menaiki motosikal


Gambar 3:
Lari seperti kapal
terbang


Gambar 4: Huruf K

ii. Huruf X
Buka kaki seluas yang boleh.
Luruskan kedua-dua tangan di atas pada
sudut 45 darjah.
Regangkan badan selama 8 saat.


iii. Huruf Y
Rapatkan kedua-dua kaki.
Luruskan kedua-dua tangan di atas
kepala pada sudut 45 darjah.
Regangkan kedua-dua tangan selama 8
saat.










Gambar 5: Huruf X

Gambar 5: Huruf Y
Perkembangan
(15 minit)

Aktiviti 1
(3 minit)












Aktiviti 1
i. Lunjur dan
jangkau
(individu)










i. Lunjur dan jangkau (individu)
Duduk dan luruskan kedua-dua kaki
dalam keadaan berlunjur.
Kedua-dua tangan ditindih.
Jari kaki lurus menghala ke atas.
Bongkokkan badan dan cuba sentuh
hujung kaki.
Rapatkan dagu ke dada.
Tahan selama 8 saat.
Ulang 3 kali.
Nilai: Keyakinan
diri & bertolak
ansur
Otot terlibat:
Trisep, Bisep,
Obliques,
Hamstring
BBM: Gelung

Gambar 6: Lunjur
dan jangkau
Aktiviti 2
(7 minit)











Aktiviti 3
(5 minit)









Aktiviti 2
i. Berjalan Melalui
Gelung
(Berkumpulan)










Aktiviti 3
i. Limbo-rock
(individu)


i. Berjalan Melalui Gelung (Berkumpulan)
Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan
iaitu A, B, C dan D.
Kumpulan A dan B akan memegang
gelung dalam barisan.
Gelung dipegang di sisi pada paras lutut
dan pinggang berselang-seli.
Kumpulan C dan D akan berjalan melalui
gelung tanpa melepaskan tangan rakan
dan menyentuh gelung.
Tukar kumpulan untuk memegang gelung
setelah selesai.


i. Limbo-rock
Dalam kumpulan yang sama, Kumpulan
A dan B akan memegang gelung dalam
barisan.
Gelung dipegang pada paras bahu dan
dada secara berselang seli.
Kumpulan C dan D berjalan ke gelung
dengan melentik ke belakang tanpa
menyentuh gelung.
Tukar pemegang gelung setelah selesai.















Gambar 7:
Berjalan melepasi
gelung






Gambar 8: Limbo
rock

Petunjuk:
G - Guru
- Murid
- Kon
- Arah pergerakan
- Gelung



G
15 m
8 m
Kemuncak
(5 minit)

Permainan kecil
Gelung
Pengimbas
(Berkumpulan)


i. Gelung Pengimbas
Dalam kumpulan yang sama, berdiri
tegak sambil kaki dibuka seluas bahu.
Pegang tangan rakan sekumpulan.
Berdiri dalam barisan memanjang.
Masukkan badan melalui gelung tanpa
melepaskan tangan.
Gelung yang paling cepat tiba pada ahli
yang terakhir dikira sebagai pemenang.
Permainan boleh diulang jika terdapat
masa.










TKP: Kinestetik
Penerapan nilai:
Menerima cabaran
& bekerjasama
Otot terlibat:
Trisep, Bisep,
Obliques
BBM: Gelung
Petunjuk:
G - Guru
- Murid
- Kon
- Arah menghantar
gelung
- Gelung
15 m
8 m





Penutup
(5 minit)
Pernafasan &
Regangan









i. Perbincangan
Soal Jawab
i. Mengayuh sampan
a. Duduk melunjurkan kaki.
b. Bayangkan kedua-dua tangan memegang
pendayung.
c. Tarik nafas sedalam yang mungkin dan
angkat kedua-dua tangan ke sisi kanan.
d. Hembus nafas, rapatkan badan dengan
paha dan kayuh sekuat hati sambil
menyebut HAH!.
e. Ulang 3 kali.


Soalan:
1. Nyatakan 2 nama otot yang terlibat
semasa aktiviti kelenturan.

Jawapan:
i. Trisep
ii. Hamstring
iii. Bisep

KBKK: Menjana
idea dan
gambaran mental


Gambar 9:
Mengayuh sampan

Anda mungkin juga menyukai