Anda di halaman 1dari 1

PENUTUP

Melaui tugasan ini dapat kita lihat bahawa, di dalam proses kaunseling kelompok
terdapat juga fasa-fasa dan kemahiran pemudahcaraan yang penting untuk memastikan proses
kaunseling kelompok berjalan lancar dan mencapai matlamat sesi. Melalui porses
membincangkan fasa-fasa yang terdapat di dalam kaunseling kelompok, kita dapat mengenal
pasti bagaimanakah emosi klien pada ketika itu dan gambaran suasana sesi yang berlaku.
Justeru itu, fasa-fasa ini perlu dikuasai oleh kaunselor agar kaunselor dapat satu perspektif
awal sebelum memulakan sesi dan menjadi lebih bersedia.
Tambahan lagi, kemahiran pemudahcaraan juga penting untuk kaunselor bagi
memudahkan kaunselor untuk meneroka isu ahli dengan lebih baik dan melayani kesemua ahli
dengan sistematik dan efektif. Selain itu, pendedahan berkenaan halangan-halangan dalam
kaunseling kelompok dapat mempersediakan kaunselor untuk menghadapi sebarang
kemungkinan dan memberi kaunselor persediaan awal untuk menyelesaikan permasalahan
yang dialami. Contohnya kaunselor dapat menghadapi dengan baik apabila berhadapan
dengan klien berlatar belakang bangsa yang berbeza.