Anda di halaman 1dari 25

PENGENALAN

Muzik adalah sebahagian daripada alam kehidupan pelajar yang tidak boleh
dipisahkan. Tanpa muzik, dunia bagi pelajar adalah kosong. Selain daripada itu,
muzik juga merupakan satu budaya kepada masyarakat. Pelajar sentiasa
memberi respon kepada muzik dan akan merasa senang hati apabila dapat
melahirkan ekspresi diri apabila mendengar muzik. Asas muzik iaitu irama dan
ton juga terdapat dalam amalan pertuturan dan interaksi harian. Sifat cenderung
T
T
o
o
p
p
i
i
k
k
Pengetahuan
Asasdalam
Muzik

5
5

6. Merancang aktiviti-aktiviti muzikal yang bersesuaian mengikut tahap
kemampuan pelajar.
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Memperkenalkan asas-asas muzik kepada pelajar dan membolehkan
pelajar memahami prinsip-prinsip muzik;
2. Menjelaskan maksud muzik serta memahami matlamat dan objektif
muzik;
3. Menyatakan konsep muzik dan kemahiran muzikal yang perlu ada
pada setiap pelajar;
4. Menjelaskan faedah Seni dalam Pendidikan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran;
5. Menjelaskan kepada peserta tentang aktiviti-aktiviti muzikal yang
perlu ada pada setiap pelajar seperti nyanyian, pergerakan dan
permainan alat; dan
TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK

86
kepada muzik yang sedia ada pada pelajar mempunyai peranan tertentu dalam
proses perkembangan diri dari segi kualiti diri dan sahsiahnya.
Peranan guru adalah ke arah memperkembangkan sifat-sifat yang merangkumi
aspek emosi, kreativiti, nilai estetika dan etika tertentu. Penglibatan pelajar
secara aktif dalam kegiatan muzik akan dapat membina pertumbuhan dan
perkembangan fizikal, mental, emosi dan sosial pelajar itu sendiri. Selain itu,
pengalaman muzik yang menarik akan membantu meningkatkan minat pelajar
terhadap mata pelajaran lain.
PENGENALAN ASAS MUZIK 5.1
Biasanya apabila disebut muzik, kita akan membayangkan lagu-lagu nyanyian,
mainan alat-alat muzik seperti gitar, dram, piano dan sebagainya, atau
mendengar lagu-lagu dari radio, televisyen, kaset, cakera padat dan lain-lain.

Muzik mempunyai hubungan yang rapat dengan kehidupan kita. Oleh itu, pada
hakikatnya tiada orang yang sepatutnya berkata: Saya tidak suka muzik.
Melalui muzik, seseorang itu akan dapat melahirkan dan menyatakan
kegembiraan, keriangan, kesedihan, kemarahan, kedamaian, kemenangan,
kekalahan, kekuatan dan lain-lain fenomena kehidupan. Muzik boleh
menggambarkan emosi seseorang, malahan ia mampu menggantikan
pernyataan melalui pertuturan atau tingkah laku.

Kegiatan muzik merupakan satu saluran komunikasi yang sangat penting.
Fahaman dan penglibatan pelajar dalam kegiatan muzik yang meluas dan sejagat
akan dapat membantu mengeratkan perhubungan dan persefahaman
kemanusiaan.
5.1.1 Definisi Muzik
Hampir semua orang pernah mendengar perkataan muzik dan mungkin ramai
juga yang mengatakan yang ia tahu maksud perkataan muzik. Tetapi untuk
mendapatkan persetujuan tentang definisi muzik mungkin tidak begitu
mudah. Pada amnya, muzik diakui sebagai satu cabang seni dan juga sains yang
menggabungkan bunyi-bunyi vokal dan/atau instrumental termasuk bunyi-
bunyi semula jadi dari persekitaran atau rekaan dengan satu cara yang dianggap
memuaskan mengikut estetika, corak pemikiran dan emosi manusia yang juga
boleh mencerminkan sesuatu budaya tertentu.

Bunyi burung, semboyan keretapi, azan dari masjid, bacaan quran, bunyi kipas
dan bunyi-bunyi lain yang didengar di persekitaran boleh didefinisikan sebagai
muzik juga.
TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK
87
Dalam bahasa Arab, pengertian muzik adalah sebagai handasah alsawt yang
bermaksud kejuruteraan bunyi secara artistik. Sebenarnya, muzik ialah satu
perkataan yang telah diwarisi daripada cerita-cerita dongeng zaman purba
Yunani. Perkataan Yunani Muses bermaksud semua bentuk seni halus
termasuk muzik. Tetapi pada hari ini, perkataan muzik ini digunakan secara
universal dan bermaksud seni bunyi-bunyian.
5.1.2 Matlamat dan Objektif
(a) Matlamat
Pendidikan muzik adalah bertujuan untuk memperkembangkan potensi
dan kualiti diri individu dari segi nilai estetika muzik dan etika melalui
pelbagai pengalaman muzik ke arah meningkatkan kesejahteraan hidup
dalam konteks budaya dan aspirasi negara.

(b) Objektif
Dengan memahami muzik, pelajar akan dapat:
(i) menikmati pelbagai pengalaman muzik;
(ii) memperkembangkan nilai estetika, kreativiti dan ekspresi diri;
(iii) merasai dan mengenal konsep muzik;
(iv) meningkatkan kemahiran mendengar muzik secara aktif;
(v) mengenal dan memahami sistem notasi muzik yang asas;
(vi) memperkembangkan kemahiran asas dalam kegiatan nyanyian,
muzik dengan gerakan dan permainan alat;
(vii) memupuk semangat berusaha, disiplin diri dan yakin diri;
(viii) mengamalkan semangat toleransi dan kerjasama;
(ix) mengenal dan menghargai pelbagai jenis muzik tanah air, tradisional
dan semasa yang sesuai;
(x) mengenal muzik yang sesuai dari beberapa negara lain; dan
(xi) menjadi pengguna muzik yang berpengetahuan dan berdiskriminasi.
TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK

88
5.1.3 Prinsip Pengajaran dan Pembelajaran Muzik
Principles of the Pestalozzian System of Music mengenai prinsip pengajaran dan
pembelajaran muzik adalah seperti berikut:
(a) Mengajar bunyi-bunyian dahulu sebelum tanda-tanda atau simbologi
(kaedah hafalan sebelum catatan) dan biarlah pelajar menyanyi dahulu
sebelum mempelajari notasi muzik.
(b) Mendidik pelajar dengan memberikan galakan kepada mereka supaya
memerhati, mendengar, meniru, serta membezakan bunyi-bunyi yang
didengarnya itu dan menentukan dengan pengalaman atau usaha mereka
sendiri sama ada bunyi-bunyi itu sama atau berlainan, dan seronok untuk
didengar atau tidak. Perkara ini dilakukan dengan penerangan atau
panduan yang paling minimum daripada guru. Ini bererti pembelajaran
yang aktif dan bukan yang berbentuk pasif (kaedah penemuan kendiri).
(c) Mengajar satu unsur muzik sahaja (melodi, harmoni, irama, ekspresi,
bentuk, warna ton atau jalinan) pada satu ketika. Perkara ini harus
dijalankan dengan teliti sebelum melakukan aktiviti gabungan dengan
unsur muzik yang lain. Setiap pelajar harus mahir dan cekap dengan setiap
unsur muzik tersebut melalui latihan yang mencukupi, sistematik dan
berperingkat sebelum beredar kepada aspek yang berikut (pembelajaran
mengikut urutan).
(d) Prinsip-psinsip dan segala teori harus diberi hanya selepas amalan praktik
dijalankan. Dengan itu, pelajar akan dapat mengaitkan amalan praktik dan
teori dengan usaha sendiri (pembelajaran heuristik).
(e) Pelajar harus diberi peluang yang mencukupi untuk mengkaji muzik dan
membuat latihan-latihan dengan elemen-elemen muzik melalui usaha
sendiri supaya dapat dipraktikkan dalam seni muzik (kaedah pendekatan
berkonsep).
(f) Nama-nama not untuk nyanyian dan muzik instrumental harus
diselaraskan. Nyanyian solfa tidak digalakkan.
TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK
89
Kaedah-kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Muzik
Rajah 5.1 di bawah menunjukkan kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran
muzik serta pengasasnya:


Rajah 5.1: Pendekatan pengajaran Pembelajaran Muzik serta pengasasnya

Kebanyakan pendekatan-pendekatan pengajaran dan pembelajaran muzik telah
diasaskan berdasarkan kepada Emile Jacques Dalcroze, Carl Orff, Shinuchi
Suzuki, Zoltan Kodaly dan Edwin Gordon. Walaupun setiap pengkaedah muzik
mempunyai latar belakang yang berbeza, tetapi setiap daripada mereka banyak
memberi perhatian kepada bagaimana konsep-konsep muzik seharusnya
diperkenalkan kepada pelajar-pelajar. Di antara kelima-lima pendekatan itu,
pendekatan Edwin Gordon boleh dikatakan lebih diberi keutamaan kerana
menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara berperingkat
atau sequential.

Pendekatan Dalcroze, Orff, Kodaly dan Gordon lebih memberikan penumpuan
kepada pembelajaran untuk pengajaran muzik di sekolah rendah. Manakala
Suzuki lebih menumpukan kepada pembelajaran muzik instrumental dan
berkait dengan pembelajaran muzik untuk pelajar prasekolah.

Pergerakan secara berirama dan tarian dengan aktiviti eurhythmic adalah
merupakan pendekatan Dalcroze. Dengan itu, gerakan, improvisasi dan
nyanyian solfa diberikan keutamaan dalam pendidikan muzik oleh Dalcroze.
Bagi Dalcroze, perkembangan kebolehan muzik di kalangan pelajar boleh
berlaku dengan baik tanpa tumpuan yang mengongkong dan formal kepada
TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK

90
aktiviti-aktiviti muzik pada peringkat awal pelajar. Bagi Dalcroze, aktiviti-
aktiviti formal seperti latihan teori dan pembacaan notasi lebih melibatkan
intelek sahaja. Oleh itu, Dalcroze telah banyak menggunakan gerak-geri tubuh
badan untuk menanam kefahaman dan menimbulkan kepekaan atau sensitiviti
terhadap aspek-aspek muzik seperti irama, rangkai lagu, melodi dan bentuk atau
struktur muzik di kalangan pelajar. Beliau berpendapat bahawa tubuh badan
manusia mempunyai hubungan yang rapat dengan otak melalui satu sistem urat
saraf atau otot-otot yang begitu kompleks. Kajian dan penyelidikan dalam
bidang neurologi telah banyak memberi bukti kepada pendapat Dalcroze
mengenai kaedah kinestetik yang dinamakan eurhythmics.

Pendekatan Carl Orff memberi penekanan kepada beraneka jenis pengalaman
muzikal. Satu unsur yang tersendiri dalam pendekatan Orff adalah kegunaan
peralatan muzik yang direka atau dipilih khas untuk pendidikan muzik bagi
pelajar. Sifat semulajadi kanak-kanak untuk bermain diberi makna sepenuhnya
dalam pendekatan Orff. Idea-idea Dalcroze telah mempengaruhi Orff. Beliau
telah mengaitkan muzik dengan gerakan dan pertuturan pelajar yang berirama
(chants) dalam bukunya Orff Schulwerk. Orff berpendapat bahawa irama
bahasa/lagu dan pergerakan secara spontan kesemuanya boleh banyak
membantu pelajar supaya mempelajari dan memahami dengan lebih berkesan
konsep-konsep muzikal. Pelajar yang mempelajari muzik melalui pendekatan
Orff diberi peluang yang mencukupi untuk mempelajari muzik dan melakukan
improvisasi dengan muzik dengan cara penemuan sendiri.

Pendekatan Orff boleh dibahagikan kepada lima komponen utama:
(a) Imitasi (Mengajuk Balik)
Berkait dengan perkembangan kemahiran-kemahiran asas dengan
menggunakan pertuturan berirama dan juga irama badan. Irama badan
yang dimaksudkan adalah melalui aktiviti-aktiviti bertepuk tangan, petik
jari, menampar peha, hentak kaki dan sebagainya. Kesemua aktiviti ini
boleh dilakukan bersama pembelajaran nyanyian dan bermain alat muzik.
Alat-alat genderang yang tidak berpic dan yang berpic (glockenspiel,
xilofon, metalofon, simbal, dram, kerincing, loceng) banyak digunakan.
Manakala alat melodi yang utama ialah rekoder.
(b) Eksplorasi (Fasa Cari Sendiri)
Pelajar digalakkan supaya membuat eksperimen dengan bunyi-bunyi
muzikal dan membuat gerakan dengan usaha sendiri.
(c) Improvisasi
Pelajar digalakkan supaya melakukan improvisasi secara individu atau
kumpulan dengan kesemua peralatan Orff. Pada mulanya, hanya skel
TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK
91
pentatonik disyorkan. Ia dilakukan dengan mengeluarkan not-not tertentu
pada peralatan genderang Orff yang berpic seperti xilofon dan metalofon.
Cuma not tonik do dan not yang kelima soh dimainkan; kesemua not-not
lain ditanggalkan. Alat xilofon yang lain pula hanya menggunakan skel
pentatonik iaitu mengeluarkan not ke tujuh ti dan not keempat fah.

Skel pentatonik ialah skel yang mempunya lima ton.



(d) Mencipta
Pada tahap ini, pelajar akan melakukan penciptaan dengan menggunakan
bahan asas dari fasa-fasa di atas. Bahan itu digunakan untuk mencipta
rondos, mini suites dan theme and variation. Di peringkat ini, cerita pelajar
dan puisi digunakan sebagai bahan muzikal untuk penciptaan muzik
dengan menggunakan pertuturan berirama, gerakan, nyanyian dan
permainan alat-alat muzik Orff.
(e) Literasi
Pada tahap ini, pelajar akan belajar menulis dan membaca notasi muzik
seperti sight singing, menulis corak irama dan skor muzik.

Kodaly telah mengasaskan satu pendekatan yang begitu terkenal di seluruh
dunia. Beliau telah merancang satu kurikulum muzik untuk kegunaan sekolah
di mana pembelajaran muzik diadakan sebanyak empat hingga enam kali
seminggu dari peringkat prasekolah hinggalah ke peringkat sekolah menengah.
Program muzik ini diaturkan secara berperingkat atau sequential dalam
beberapa aspek pembelajaran muzik seperti nyanyian, latihan aural, notasi
muzik dan permainan alat muzik. Kodaly telah memberi penekanan yang jelas
kepada aktiviti membaca dan menulis notasi muzik dari peringkat awal lagi
melalui aktiviti nyanyian semerta dan menurunkan melodi dengan notasi.
Kaedah Kodaly banyak menggunakan isyarat tangan, latihan solfa tangga nada
pentatonik dan nyanyian lagu rakyat secara a capella (nyanyian tanpa iringan
alat muzik).
TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK

92


Pendekatan Suzuki pernah digelar pendekatan bahasa ibunda. Suzuki
menamakan kaedahnya talent education atau pendekatan bakat. Seperti
pendekatan Orff, pendekatan Suzuki juga memerlukan alat-alat khas iaitu
violin kecil. Ciri-ciri yang istimewa dalam pendekatan Suzuki termasuk
penglibatan ibu bapa dalam proses pengajaran dan pembelajaran muzik
secara individu. Suzuki juga berpendapat bahawa pendidikan muzik harus
bermula dari peringkat awal kanak-kanak dan pengajaran muzik perlu
dimulakan dengan bermain secara menghafal rote playing sebelum
menerima pembelajaran notasi formal. Mendengar muzik secara berulang
kali atau berkali-kali atau secara bertubi-tubi dianggap amat penting di
dalam pendekatan Suzuki. Kebanyakan dari ciri-ciri asas dalam pendekatan
Suzuki masih dikekalkan sehingga kini dalam situasi pengajaran dan
pembelajaran muzik.

Latihan Solfa Isyarat Tangan Curwen


Pendekatan Kodaly menekankan kepentingan belajar menyanyi mengikut pic
yang betul. Pada kurun ke-18, John Spencer Curwen dari England mencipta
isyarat-isyarat tangan (Rajah 5.2) untuk mengiringi suku kata solfa (do re mi).
Kodaly menyerapkan isyarat-isyarat tangan ini ke dalam metod
pengajarannya.

Isyarat-isyarat tangan merupakan cara mewakili pic vokal menggunakan
kedudukan fizikal. Do rendah bermula pada paras tengah (midsection). Setiap
pic yang kemudiannya seharusnya di atas pic yang sebelumnya. Maka, isyarat
tangan akan sentiasa menaik apabila pic menaik. Do tinggi adalah pada paras
mata.

TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK
93

Rajah 5.2: Isyarat tangan Curwen

Pendekatan Edwin Gordon adalah berasaskan kepada hasil penyelidikan jangka
panjang mengenai kandungan muzik dan turutan pembelajaran di peringkat
sekolah rendah. Pendekatannya adalah bercorak formal berbanding pendekatan
Dalcroze, Orff, Suzuki atau Kodaly yang lebih berdasarkan kepada falsafah
masing-masing. Gordon mengutamakan prinsip sound before symbol di mana
keutamaan diberikan kepada pembelajaran permainan muzik tanpa notasi
dahulu sebelum simbol-simbol muzik diperkenalkan. Bagi Gordon,
pembelajaran muzik boleh berlaku dengan baik jika setiap pelajar dapat
menguasai satu kebolehan yang dipanggil audiation iaitu satu proses mental
yang membolehkan seorang manusia mendengar muzik dalam akal fikiran tanpa
rujukan mana-mana bunyi yang diakibatkan secara fizikal (sound vibration).
Dengan itu, punca bunyi dalam audiation adalah dari akal fikiran sendiri dan
bukan dari persekitaran fizikal. Bahan dan strategi dalam pendekatan Gordon
juga diatur secara berperingkat mengikut teori-teori pembelajaran semasa.
Aspek-aspek kognitif juga diberi keutamaan yang sama dengan aspek-aspek
pembelajaran muzik yang lain. Dengan itu, pelajar boleh membezakan irama,
meter dan juga tonaliti selain dari menyanyi, bermain alat muzik, membaca
notasi atau menghayati muzik.
TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK

94

AKTIVITI 5.1
Berdasarkan pengetahuan anda, bincangkan pendekatan Kodaly
dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran muzik di sekolah.
KONSEP MUZIK 5.2
Muzik ialah bunyian yang disusun secara sistematik dan mempunyai kualiti
tersendiri. Penghasilan muzik yang berkualiti mempunyai penyusunan konsep
muzik yang betul dan terperinci. Konsep muzik merangkumi irama, melodi,
harmoni, warna ton, tekstur, bentuk dan ekspresi.

Unsur-unsur Muzik
(a) Melodi
Rajah 5.3 menunjukkan elemen-elemen yang terdapat dalam melodi:


Rajah 5.3: Elemen-elemen dalam melodi

Melodi mengandungi pic rendah, sederhana dan tinggi, contohnya lagu
Rasa Sayang.
TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK
95

Pic adalah sesuatu bunyi yang tinggi atau rendah.

Jeda ialah jarak pic di antara dua not. Contoh jeda iaitu do re mi (jeda
tiga).

Skel ialah susunan lapan not dalam satu tanda nada dimainkan mengikut
langkah tertentu, contohnya skel C major.

Solfa ialah nyanyian pic menggunakan sebutan not C.

Berikut adalah antara contoh-contoh skor muzik:

TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK

96


(b) Harmoni
Rajah 5.4 di bawah menunjukkan elemen-elemen yang terdapat dalam
harmoni:

Rajah 5.4: Elemen-elemen harmoni

Harmoni ialah gabungan dua atau lebih not yang dibunyikan bersama atau
serentak. Gabungan not-not ini akan membentukkan kod. Kegunaan kod
adalah untuk mengiringi melodi.

Tiga elemen dalam harmoni ialah:

(i) Triad: Gabungan tiga not maka terjadilah kod. Untuk membentuk
triad, not yang digunakan adalah not asas, not ketiga dan not kelima
dari satu skel.


TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK
97
(ii) Arpeggio: Not-not dalam sesuatu kod boleh dimainkan secara satu
persatu, menaik atau menurun. Susunan not secara ini dinamakan
arpeggio atau kod curai.

(iii) Pergerakan kod: Apabila satu kod bergerak ke satu kod yang lain,
ianya disebut sebagai pergerakan kod. Di antara pergerakan kod yang
lazim digunakan adalah pergerakan kod IIVV. Kod-kod ini
dinamakan sebagai kod primer.

(c) Irama
Rajah 5.5 di bawah menunjukkan elemen-elemen yang terdapat dalam
irama:

Rajah 5.5: Elemen-elemen irama

Irama adalah gabungan pelbagai jenis nilai not muzik yang berbeza yang
menghasilkan irama yang berbeza.

Lima elemen dalam irama ialah:
(i) Detik: Rentak yang konsisten, contohnya denyutan jantung.
(ii) Meter: Masa bagi muzik dikawal oleh meter yang ditulis seperti beriku

2 3 4 2 6
4 4 4 2 8
Angka di atas menunjukkan bilangan detik dan angka di bawah
menentukan jenis detik.
(iii) Corak Irama: Gabungan nilai not yang berbeza akan menghasilkan
corak irama yang berbeza.
(iv) Rentak: Corak irama tertentu yang digunakan untuk mengiringi
nyanyian atau permainan alat, contohnya rentak masri.
(v) Tempo: Kelajuan sesebuah lagu atau muzik, contohnya allegro (cepat)
dan moderato (sederhana).
TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK

98
(d) Ekspresi
Rajah 5.6 di bawah menunjukkan elemen-elemen yang terdapat dalam
ekspresi:

Rajah 5.6: Elemen-elemen ekspresi

Ekspresi merupakan ciri muzikal yang mempengaruhi sesuatu
persembahan vokal atau instrumental. Ciri muzikal ini ialah dinamiks,
istilah dan tanda isyarat. Gabungan aplikasi ciri muzikal boleh
menghasilkan interpretasi tersendiri.

Tiga elemen ekspresi ialah:

(i) Dinamiks: Simbol-simbol yang berkaitan dengan bunyi kuat atau
lembut dalam muzik.

P (piano) Lembut (soft)
F (forte) Kuat (loud)

(ii) Istilah Dinamiks: Tempo - berkaitan dengan kelajuan
dalam muzik
Alla marcia - rentak march
Andante - sederhana cepat
Allegro - rancak dan cepat
Coda ( ) - bahagian tambahan dalam
sesuatu ciptaan
Da capo (D.C) - dari permulaan
Dal/segno (D.S) - dari tanda segno
Fine - tamat
Moderato - sederhana
Segno - tanda



TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK
99
(iii) Tanda Isyarat : Simbol-simbol yang digunakan dalam notasi muzik dengan
maksud khusus. Contohnya:








TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK

100
(e) Bentuk
Karya muzik mempunyai susunan struktur tersendiri. Karya yang
mempunyai struktur dua bahagian dinamakan binari atau bentuk AB.
Contohnya:
Penyusunan idea muzik dalam bentuk berikut:
Bentuk dua bahagian
Bentuk tiga bahagian
Bentuk rondo
Bentuk strofik
Bentuk tradisional

(f) Warna Ton
Bunyi mempunyai sifat dan kualiti tersendiri dan ini dinamakan warna ton
dalam muzik. Contoh bunyi yang mempunyai warna ton yang berbeza
ialah:
(i) Suara lelaki dengan suara perempuan;
(ii) Suara perempuan dengan suara pelajar;
(iii) Suara orang menjerit dengan suara berbisik;
(iv) Tepukan tangan dengan petikan jari;
(v) Ketukan batu dengan ketukan kayu;
(vi) Kicauan burung dengan salakan anjing;
(vii) Geseran gelas dengan ketukan kayu;
(viii) Paluan gong dengan gesekan biola; dan
(ix) Petikan gitar dengan tiupan trumpet

Warna ton bagi bunyi berbeza berdasarkan bahan pembuatan alat tersebut
serta cara ianya dimainkan. Warna ton dalam sesuatu muzik adalah
seakan-akan sama seperti warna ton dalam sesebuah lukisan. Perkataan
yang digunakan untuk menerangkan warna ton bunyi ialah seperti lembut,
kasar, nyaring, garau, halus, terang, ringan dan berat.

Dalam nyanyian, suara perempuan boleh dikategorikan kepada dua jenis
iaitu soprano dan alto. Manakala suara lelaki boleh dikategorikan kepada
tiga jenis iaitu bariton, tenor dan bes. Setiap jenis suara ini mempunyai
warna ton tertentu. Dalam nyanyian koir yang mempunyai pelbagai jenis
suara, hasilan warna tonnya adalah menarik dan harmonis.
TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK
101

Dalam permainan gabungan alat muzik seperti permainan orkestra,
terdapat pelbagai jenis alatan muzik seperti alat tali, alat tiup bras, alat tiap
kayu dan perkusi. Setiap alat mempunyai pembuatan dan cara mainan
tersendiri yang boleh menghasilkan pelbagai warna ton. Begitu juga
keadaannya dalam permainan ensembel alat tradisional di mana terdapat
gabungan warna ton alat ketukan logam, alat ketukan kayu dan alat tiupan
buluh. Permainan yang mempunyai gabungan alat-alat seperti ini boleh
menghasilkan warna ton yang menarik dan indah didengar.

(g) Jalinan
Jalinan muzik merupakan cara pemuzik mengadunkan bunyi muzik agar
menjadi lebih menarik dan diminati ramai.

Jalinan boleh dibahagikan kepada:
(i) Monofoni
(ii) Homofoni
(iii) Polifoni

Jalinan Monofoni: Apabila muzik itu hanya pada melodi sahaja iaitu tanpa
ada alat iringan atau hanya mempunyai satu bunyi sahaja. Tiada iringan
(no accompaniment). Penggunaan satu alat muzik sahaja.

Jalinan Homofoni: Apabila melodi diringi oleh alat muzik yang berharmoni
yang mempunyai kod seperti gitar, piano, organ dan sebagainya.

Jalinan Polifoni: Apabila satu atau dua melodi dibunyikan berterusan
dengan menggunakan alat iringan.

TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK

102

AKTIVITI 5.2
1. Nyatakan 5 contoh warna ton yang berbeza.
2. Cuba hasilkan bunyi warna ton yang berbeza dengan
menggunakan anggota badan seperti:

Bibir Gigi
Lidah Suara
Jari Tangan
Kaki
5.2.2 Kemahiran Muzikal
Untuk membina kemahiran menyanyi dan bermain alat muzik secara solo dan
ensembel dengan teknik yang betul, kita haruslah mengadakan aktiviti nyanyian
dan bermain alat muzik bagi membolehkan pelajar mengalami, menikmati dan
menilai persembahan muzik serta mengamalkan nilai-nilai murni. Di bawah ini
ia telah dibahagikan kepada tiga komponen besar dalam pendidikan muzik:
(i) Kemahiran Muzikal Nyanyian
(ii) Kemahiran Muzikal Muzik dengan Gerakan
(iii) Kemahiran Muzikal Permainan alat muzik

(a) Kemahiran Muzikal Nyanyian
(i) Mengetahui dan membina teknik menyanyi berasaskan elemen-
elemen berikut:
postur
pernafasan
sebutan
artikulasi
ekspresi
penghasilan ton (register)
rangkaian (phrasing)
TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK
103
(ii) Membina kemahiran menyanyi
Kemahiran Individu
menyanyi pelbagai jenis lagu secara solo
menyanyikan skel: jeda, arpeggio menaik dan menurun
menyanyikan semula keratan lagu yang didengarkan
menyanyi serta-merta mengikut skor muzik
Kemahiran Ensembel
menyanyi dalam ensembel vokal secara senada (unison)
menyanyi secara ensembel vokal secara berharmoni dalam
lapisan suara (soprano, alto dan tenor)
Mendengar secara aktif dan selektif
(b) Kemahiran Muzikal Muzik dengan Gerakan
(i) Bergembira bergerak dengan muzik.
(ii) Melibatkan diri secara aktif.
(iii) Mendengar secara aktif dan selektif.
(iv) Melahirkan ekspresi diri melalui pergerakan.
(v) Memahami konsep muzik melalui pergerakan.
(vi) Mengenali aspek budaya yang berkaitan pergerakan dengan muzik.
(vii) Meneroka dan menginterpretasi muzik melalui gerakan.
(viii) Memupuk nilai yakin diri, disiplin diri dan daya estetika muzik.
(c) Kemahiran Muzikal Permainan Alat Muzik
(i) Bergembira bermain alat muzik.
(ii) Melibatkan diri secara aktif.
(iii) Mendengar secara aktif dan selektif.
(iv) Bermain alat muzik secara muzikal dan terkawal.
(v) Memahami dan mengaplikasi konsep muzik dalam permainan alat.
(vi) Mengenali alat muzik tradisional.
(vii) Membuat improvisasi secara meneroka konsep muzik melalui aktiviti
alat permainan.
(viii) Memupuk nilai yakin diri, disiplin diri dan daya estetika muzik.
TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK

104
PENYAMPAIAN KONSEP MUZIK DALAM
AKTIVITI MUZIKAL
5.3
5.3.1 Nyanyian
Bidang nyanyian memberi penumpuan dan penegasan kepada aspek postur,
pendengaran, sebutan, pernafasan dan teknik pengeluaran suara. Kegiatan
ensembel vokal diadakan bagi memastikan penglibatan semua pelajar secara
harmonis dan seimbang. Amalan nilai-nilai murni yang berkaitan dengan
disiplin diri dan kerjasama diutamakan dalam kegiatan ensembel. Penerapan
nilai-nilai murni juga dipupuk melalui lirik lagu terutamanya melalui lagu yang
berunsur budaya tanah air masyarakat Malaysia. Konsep muzik yang ditegaskan
dalam bidang nyanyian ialah melodi dan irama.

Antara kegiatan yang diadakan adalah seperti berikut:

(a) Mari Menyanyi
(i) Menyanyi lagu yang digemari:
lagu beraksi
lagu berentak tradisional
lagu pusingan
lagu suara berlapis
(ii) Menyanyi secara spontan dan hafalan
(iii) Menyanyi dengan menggunakan skor muzik

(b) Menyanyi Secara Muzikal
(i) Menyanyi lagu dalam pelbagai meter dengan memberi penegasan
kepada tekanan dan latihan sebutan berirama
(ii) Menyanyi pelbagai jenis lagu dengan memberi tumpuan kepada:
pic, tempo, corak irama, melodi; dan
ekspresi mengikut mud dan dinamik.

(c) Teknik dan Cara Menyanyi
(i) Membuat latihan vokal dengan memberi tumpuan kepada latihan skel
dan warna ton.
TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK
105
(ii) Membuat latihan teknik menyanyi untuk mengenal bentuk kontur,
urutan dan rangkai lagu dengan tumpuan kepada:
pernafasan
pengeluaran suara
artikulasi
sebutan
postur

(d) Meneroka dan Mengenal Muzik Nyanyian
(i) Mendengar dan menyanyi dalam beberapa jenis jalinan suara seperti
monofoni dan polifoni.
(ii) Membuat pelbagai improvisasi dengan mengolah konsep muzik
seperti pic, irama dan lirik seperti cara nyanyiannya.
(iii) Mendengar dan menilai pelbagai jenis lagu dan nyanyian dari aspek:
Lirik;
Melodi;
Cara menyanyi; dan
Cara persembahan.
(iv) Mendengar secara bebas dan berpandu dengan memberi perhatian
kepada konsep muzik dan jenis muzik vokal.
(v) Berbual mengenai sesuatu lagu dari segi cara hidup, alam sekitar,
lagenda dan tokoh.
(vi) Memberi respon mengikut lagu dari segi perasaan dan pengalaman
diri.
(vii) Mendengar dan mengenali pelbagai jenis lagu yang berunsur
tradisional dan lagu dari negara lain.

AKTIVITI 5.3
Anda akan mengajar konsep tempo cepat dan lambat dalam bidang
permainan alat muzik kepada pelajar tahun 2. Nyatakan langkah-
langkah yang akan anda ambil dalam penyampaian konsep tersebut.
TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK

106
5.3.2 Muzik dengan Gerakan
Muzik dengan pergerakan memberi peluang kepada pelajar menggunakan
tubuh badan sebagai respon kepada muzik. Kegiatan dalam bidang ini
mementingkan kesedaran penggunaan semua anggota badan untuk melahirkan
ekspresi diri melalui rangsangan muzik yang didengar sambil memahami
konsep muzik, khususnya irama dan ekspresi. Terdapat lima jenis kegiatan
pergerakan dengan muzik yang disusun mengikut perkembangan dari yang
mudah kepada yang kompleks. Kegiatannya adalah seperti berikut:
(a) Gerakan mengikut lirik lagu
(b) Gerakan mengikut konsep muzik
(c) Interpretasi muzik dengan gerakan
(d) Gerakan bebas dengan muzik
(e) Gerakan yang menunjukkan cerita atau tema dengan muzik

Pergerakan ialah interpretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang
dilahirkan secara simbolik. Terdapat empat unsur pergerakan iaitu:
Imbangan berat badan
Ruang
Masa
Daya/aliran

(a) Imbangan Berat Badan
Faktor ini ada kaitannya dengan tenaga bila bergerak, ketegangan dalam
otot dan pegangan. Bahagian anggota bawah badan (paras pusat ke bawah)
mencerminkan tenaga kekuatan manakala bahagian anggota atas badan
(paras pusat ke atas) mencerminkan keringanan. Pergerakan yang kuat
memerlukan tenaga otot dan ketegangan otot tetapi pergerakan yang ringan
memerlukan sedikit sahaja tenaga otot.
(b) Ruang
Pastikan ada ruang di sekeliling anggota badan. Dari satu tempat yang
tetap, kita boleh menggerakkan badan ke merata-rata arah dan aras
tertentu. Ruang ini dinamakan lingkungan pergerakan. Pergerakan ini
boleh dibuat mengikut cara-cara berikut:
Dari jauh menuju ke pusat badan
Dalam ruang yang mengelilingi badan, bergerak mengikut aras
TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK
107
Dengan kaki, tangan, dekat atau jauh dari badan. Apabila sesuatu
pergerakan badan boleh dibuat dalam ruang, badan boleh membuat
pelbagai bentuk seperti panjang, bulat, luas dan sebagainya

Bila sahaja badan digerakkan, ia bergerak ke kawasan umum. Beberapa
pergerakan boleh dibuat dalam beberapa arah seperti ke depan, belakang,
sisi, atas dan bawah. Aras tinggi boleh dicapai dengan menghulur, melonjak
dan berguling di atas lantai.
(c) Masa
Faktor ini melibatkan pergerakan yang cerdas dan banyak apabila membuat
sesuatu pergerakan. Tiap-tiap pergerakan menggunakan masa. Pergerakan
yang cepat menggunakan sedikit masa dan pergerakan yang lambat
menggunakan banyak masa.

Kederasan pergerakan itu atau penurutan pergerakan tidak semestinya
berterusan. Had kederasan boleh dibentuk menjadi rentak. Kualiti masa
boleh ditunjukkan dengan pergerakan kawal lambat atau serta-merta.

Mengawal kederasan pergerakan amat penting untuk mengelakkan
kemalangan. Kebolehan mempercepat / melambat dan memberhenti /
memulakan sesuatu pergerakan serta-merta sangat perlu untuk kawalan
dan kemahiran dalam pergerakan.
(d) Aliran
Aliran pergerakan boleh dikawal atau bebas. Pergerakan terkawal ialah
pergerakan yang boleh diberhentikan dengan mudah pada bila-bila masa
sahaja.

Pergerakan bebas susah hendak diberhentikan dengan serta-merta. Aliran
pergerakan dalam satu gerakan atau beberapa gerakan boleh berpanjangan
atau terputus. Pergerakan yang berpanjangan boleh melicinkan pergerakan
itu.

TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK

108

AKTIVITI 5.4
Muzik dengan pergerakan merupakan satu cabang pendidikan muzik
yang sangat diminati oleh setiap pelajar.
(a) Nyatakan dua unsur pergerakan yang diberi keutamaan
dalam pengajaran dan pembelajaran muzik dengan
pergerakan.
(b) Bincangkan tiga jenis kegiatan muzik dengan pergerakan
untuk pelajar sekolah rendah.
5.3.3 Permainan Alat
Permainan alat muzik melatih pelajar dalam pelbagai aspek (koordinasi mata,
pendengaran dan psikomotor) melalui penglibatan pelajar dalam kegiatan
permainan alat muzik. Bidang ini menggalakkan pelajar meneroka dan
bereksperimen dengan pelbagai alat muzik termasuk penggunaan anggota tubuh
badan mereka. Seterusnya, kegiatan dalam bahagian ini memberi latihan asas untuk
pendengaran secara selektif, teknik permainan alat dan kreativiti melalui
improvisasi susunan bunyi. Pelajar berpeluang merasai hasilan bunyi melalui
penglibatan mereka bermain alat muzik.

Terkandung di dalam bidang permainan alat muzik ialah amalan bekerjasama
yang berlaku di dalam kegiatan permainan alat secara ensembel. Konsep muzik
yang ditegaskan di dalam permainan alat ialah corak irama, warna ton, melodi
dan ekspresi. Kebanyakan alat muzik yang digunakan di dalam permainan alat
secara ensembel ini ialah alat perkusi, melodian, rekoder dan pilihan beberapa
alat tradisional tempatan yang difikirkan sesuai.

Topik ini memberi tumpuan kepada pengetahuan asas dalam muzik. Ianya
merangkumi pengertian muzik, matlamat dan objektif pendidikan muzik di
Malaysia.
Beberapa pendekatan muzik yang menjadi panduan kepada guru untuk
mengajar pendidikan muzik dikembangkan oleh tokoh-tokoh muzik seperti
Carl Orff, Dalcroze, Suzuki, Kodaly dan Gordon.
TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK
109
Di samping itu, penekanan terhadap konsep muzik yang hendak
disampaikan juga diberi penerangan secara teliti berserta dengan aktiviti-
aktiviti yang biasa dijalankan semasa berinteraksi dalam pengajaran dan
pembelajaran.
Terdapat tiga komponen penting yang diberi tumpuan di dalam mengajar
pendidikan muzik iaitu bidang nyanyian, muzik dengan pergerakan dan
permainan alat muzik.


Homofoni
Kemahiran ensembel
Komposisi
Monofoni
Polifoni

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Sukatan pelajaran pendidikan muzik
sekolah rendah (semakan). Kuala Lumpur: PPK.
Loh, P. K. (1991). A handbook of music theory. Kuala Lumpur: Penerbit
Muzikal.
Taylor, E. (1989). The AB guide to music theory (Part 1). Great Britain:
Associated Board.
Hargreaves, D. J. & Zimmerman, M. P. (1992). Development theories of music
learning. In R. Colwell (Ed.), Handbook of research on music teaching and
learning. New York: Schirmer Books.