Anda di halaman 1dari 4

Hikayat Cendawan Putih

Raja Indera Kemala Putera gering setelah berperang dengan musuh. Raden Kesuma Wati
menangis mengenangkan nasib ayahandanya. Menurut nujum, penyakit baginda itu hanya dapat
disembuhkan setelah mendapat telur merpati putih yang bersarang di telinga naga di atas Gunung
Meraksa Dewa. Raden Kesuma Wati menyuruh orang mencari telur itu namun tidak berjaya.

Raja Shah Dewa Alam di Melaka Pura pula mempunyai seorang puteri yang bernama Puteri
Pelinggam Cahaya. Pada suatu malam, puteri bermimpi makan telur merpati putih. Baginda pun
menyuruh orang-orangnya mencari telur tersebut. Malamnya baginda bermimpi didatangi oleh
seorang nenek tua yang memberitahu tentang tempat telur itu berada. Puteri terbangun daripada
tidur dan memerintahkan Mangkubumi mencari telur tersebut. Mangkubumi memerintahkan
seluruh rakyat mencarinya tetapi tidak berjumpa.

Mereka telah kembali ke istana dan mengkhabarkan bahawa telur itu gagal ditemui. Puteri
Pelinggam Cahaya begitu sedih dan berazam untuk mencari telur itu sendiri. Sepanjang
pemergiannya baginda memerintahkan Mangkubumi menjaga ayahandanya. Baginda membawa
sebahagian daripada rakyatnya. Sepanjang perjalanannya, ramai yang mati kelaparan dan
kesakitan akibat perjalanan yang jauh. Puteri memerintahkan rakyat yang mengikutnya itu
kembali sahaja ke negeri sedangkan dia sendiri yang akan meneruskan perjalanan seorang diri.

Tuan Puteri meneruskan perjalanannya, tiba-tiba dia ternampak sebatang pohon beringin. Di situ
dia terlihat seorang pahlawan sedang tidur di atas batu lengkap dengan keris dan seekor kuda
yang menunggu. Tuan Puteri mencabut keris dan membunuh hulubalang itu. Pakaiannya diambil
dan dipakai lantas Puteri Pelinggam Cahaya meneruskan perjalanan dengan menunggang kuda
yang dirampas itu.

Setelah empat hari empat malam, akhirnya Tuan Puteri sampai ke sebuah negeri iaitu Kesambi
Pura. Menteri menegurnya dan dia memperkenalkan diri sebagai Bangbang Gajah Merta dari
negeri Melaka Pura. Dia menyatakan tujuannya untuk mencari telur burung merpati putih.
Menteri pun mempersembahkan hal itu kepada raja. Raja memerintahkan Bangbang Gajah Merta
tinggal di situ sementara waktu.

Suatu hari, raja memerintahkan rakyatnya mengeluarkan sebiji buah limau nipis yang
dimasukkan ke dalam lubang yang sempit tanpa menggunakan bilah atau kayu melainkan
menggunakan tiga jari sahaja. Barang siapa yang berjaya akan dikahwinkan dengan anakanda
baginda, iaitu Puteri Ratna Melur. Sekalian rakyat mencuba nasib tetapi tidak berjaya keran
mereka dilarang memasukkan tangan ke dalam lubang tanah itu. Gajah Merta mencuba nasibnya
dengan menuang kendi berisi air. Apabila limau itu timbul, dia mengambilnya dengan mudah.
Sebagai memenuhi janji, Gajah Merta dinikahkan dengan anakanda baginda. Puteri Ratna Melur
mencurigai suaminya yang bersikap seperti perempuan. Bambang Gajah Merta memohon izin
baginda untuk meneruskan perjalanannya mencari telur burung itu.

Bangbang Gajah Merta meneruskan perjalanannya sehingga sampai ke sebuah gunung.
Bangbang Gajah Merta pun mendaki gunung itu. Dia terjumpa dengan seekor singa yang besar
dan di sisinya terdapat seekor landak hitam dan seekor landak putih. Singa itu menegurnya dan
meminta agar tidak takut. Tuan Puteri Pelinggam Cahaya (Bangbang Gajah Merta) pun
memperkenalkan diri dan menyatakan tujuannya iaitu mencari telur merpati putih. Singa itu
berkata, dia akan memperoleh juga telur itu dengan berkat Raden Kesuma Ningrat. Tuan Puteri
hairan kerana dia tidak mengenali Raden Kesuma Ningrat. Singa itu memintanya tinggal di situ
sepuluh hari kerana orang yang dapat mengambil telur itu hanyalah Raden Kesuma Ningrat anak
Raja Kemala Putera. Singa itu menyuruh dia menunggu kedatangan Raden Kesuma Ningrat
untuk bersama-sama pergi mengambil telur itu. Tuan Puteri Pelinggam Cahaya menyalin pakaian
perempuan dan duduk menanti kedatangan Raden Kesuma Ningrat di dalam telinga singa itu.

Raden Kesuma Wati yang sudah memerintahkan orang-orangnya mencari telur burung merpati
itu kecewa kerana mereka masih gagal mendapatkannya. Dia memberitahu mangkubumi bahawa
dia ingin mencari telur itu sendiri. Setelah dua puluh hari perjalanan dalam keletihan dia sampai
ke negeri Indera Buangan. Dia memasuki negeri itu dan terlihat sebuah gerai yang menjual
pelbagai juadah yang tidak ditunggu orang kerana pemiliknya pergi ke sungai mengambil air
ketika itu. Disebabkan kelaparan, dia pun makan juadah yang ada di kedai itu dengan lahap
sekali. Setelah pemiliknya sampai, Raden Kesuma Wati ditangkap dan diikat tangannya. Pemilik
kedai itu membawanya bertemu Raden Kesuma Ningrat untuk mengadukan hal itu. Pemilik
kedai itu mendakwa Raden Kesuma Wati mencuri jualannya, sedangkan dia sendiri mendapat
upah menjual juadah kepunyaan orang lain.

Raden Kesuma Wati menyatakan bahawa dia tidak berniat untuk mencuri juadah tersebut,
namun dia terlalu lapar. Raden Kesuma Wati menyatakan bahawa datang dari negeri Indera
Kemala Putera, dia sudah tidak makan empat puluh hari. Setelah melihat kedai makanan yang
tidak ada penjual, dia duduk menanti. Sagun yang menjadi bekalnya juga telah hilang. Dia
bersedia menerima hukuman daripada Raden Kesuma Ningrat. Raden Kesuma Wati bertanya
jumlah kerugiannya dan menyuruh pemilik kedai itu pulang. Dia bersedia menggantikan
kerugiannya sebanyak sepuluh sen itu. Raden Kesuma Wati dihukum menjaga kambing. Pemilik
kedai itu dibayar dua puluh sen atas kerugiannya.

Setelah beberapa lama duduk memelihara kambing di negeri Indera Buangan, Raden Kesuma
Wati terlihat burung bayan dan merbah putih yang asyik berpantun seolah-olah sedang
menyindirnya. Dia turut berpantun dan terkenangkan nasib malangnya. Sedang ia memandikan
kambing, dia ditegur oleh Tuan Puteri Indera Maya, bonda Raden Kesuma Ningrat. Dia
menceritakan asal usulnya dan tujuan perjalanannya itu untuk mencari penawar bagi penyakit
ayahandanya. Tuan Puteri Indera Maya memberitahu Tuan Puteri Kesuma Ningrat bahawa,
sebenarnya Raden Kesuma Wati ialah saudaranya, anak isteri pertama ayahandanya. Raden
Kesuma Ningrat memohon ampun kepada bondanya kerana telah menghukum saudaranya
sendiri. Raden Kesuma Ningrat mengatakan bahawa telur yang dicarinya itu sukar didapati.
Raden Kesuma Wati berharap agak adindanya itu dapat membantunya.

Raden Kesuma Ningrat tersenyum dan meminta agar Raden Kesuma Wati tidak terlalu
mengharapkannya. Dia menyuruh kakandanya itu tinggal di situ tiga lagi. Setelah genap tiga
hari, mereka meneruskan perjalanan dengan diringi burung merbah putih. Apabila sampai di
tengah hutan, mereka begitu dahaya kerana air tidak dijumpai. Burung merbah itu mematuk
puncak dahan pohon beringin sehingga keluar air yang mencurah-curah. Perjalanan diteruskan,
mereka berjumpa pula dengan harimau dan raksasa. Raden Kesuma Wati gementar dan
berlindung di belakang adindanya. Raden Kesuma Ningrat menyuruh harimau dan raksasa itu
berundur kerana saudaranya takut melihat mereka. Kata harimau dan raksasa, dia tidak perlu
takut kerana haiwan itu akan turut mengiring mereka mencari telur merpati putih.

Setelah itu mereka pun sampai ke gunung itu. Raden Kesuma Ningrat meminta kakandanya
tunggu di kaki gunung sementara dia mendaki gunung itu. Apabila tiba di puncak gunung,
kelihatan Tuan Puteri Pelinggam Cahaya yang amat cantik sedang menunggu. Tuan Puteri
Pelinggam Cahaya tunduk malu melihat Raden Kesuma Ningrat. Raden Kesuma Ningrat
bertanya Tuan Puteri Pelinggam Cahaya asal usulnya. Singa yang menemaninya pun
menceritakan asal usul dan tujuannya berada di atas gunung itu. Tuan Puteri Pelinggam Cahaya
menangis apabila singa itu bercerita. Singa itu juga memberitahu bahawa pemuda yang datang
itu merupakan Raden Kesuma Ningrat anak Raja Indera Kemala Putera.

Raden Kesuma Ningrat terasa dicabar kerana perempuan seperti Tuan Puteri Pelinggam Cahaya
sanggup mencari telur itu, inikan pula mereka yang lelaki. Dia berazam untuk membantu Tuan
Puteri Pelinggam Cahaya mencari telur bersama-sama. Mereka berjalan beriringan dan turun dari
gunung itu. Raden Kesuma Wati hairan melihat kakandanya diiring seorang perempuan cantik.
Dia jatuh cinta melihat paras cantik Tuan Puteri Pelinggam Cahaya. Apabila malam, Tuan Puteri
mengeluarkan cembul yang diberi oleh singa lantas keluarlah makanan yang lazat-lazat. Setelah
makan, Tuan Puteri Pelinggam Cahaya beradu di sebelah kanan Raden Kesuma Ningrat, tetapi
Raden Kesuma Wati meminta izin untuk tidur di sebelah kanannya kerana konon di tempatnya
banyak semut. Landak yang melihat kelakuan Raden Kesuma Wati pun mengaum seperti
harimau.

Raden Kesuma Wati amat terkejut mendengar ngauman landak, manakala Tuan Puteri memeluk
Raden Kesuma Ningrat kerana amat takut. Menurut Raden Kesuma Ningrat, landak itu
mengawal tuan puteri sekiranya ada sesiapa yang ingin berbuat jahat kepadanya. Setelah siang
hari mereka meneruskan perjalanannya. Puas Raden Kesuma Ningrat cuba memanjat gunung
namun gagal. Dia memuja nama singa, seketika itu juga muncul singa yang amat besar sehingga
landak boleh memasuki telinganya. Raden Kesuma Wati ketakutan melihat singa yang amat
besar. Mulut singa itu menganga luas sehingga mampu sampai ke puncak gunung Meraksa Dewa
manakala yang sebelah bawah mencecah kaki gunung. Raden Kesuma Ningrat meminta
kakandanya jangan takut kerana singa itulah yang akan membantu mereka untuk tiba ke puncak
gunung. Setelah menaikkan mereka ke puncak gunung, singa itu berpesan kepada landak agar
memberitahunya jika hendak turun.

Mereka bertiga pun sampai ke tempat naga lalu naga itu pun menegur Raden Kesuma Ningrat.
Raden Kesuma Ningrat pun menyatakan tujuannya. Naga itu menyuruh Raden Kesuma Ningrat
mengambi telur yang terdapat di dalam sarang di telinganya. Dia mengambil dua biji telur, satu
diberinya kepada Raden Kesuma Wati manakala sebiji lagi diberi kepada Tuan Puteri Pelinggam
Cahaya. Raden Kesuma Ningrat memerintahkan landak putih memanggil singa kerana mereka
bertiga hendak turun ke kaki gunung. Raden Kesuma Wati mengajak kekanda ke tepi gunung,
konon untuk melihat keindahan alam, namun apabila berada di tepi gunung, dia menolak
kekanda sehingga jatuh ke laut. Mujur sempat Raden Kesuma Ningrat berpaut pada daun selasih
hitam. Raden Kesuma Ningrat pun dibawa arus ke sana sini.

Tuan Puteri Pelinggam Cahaya menangis melihat Raden Kesuma Ningrat telah jatuh ke laut.
Raden Kesuma Wati cuba memujuknya dan merayunya, tetapi dia Tuan Puteri Pelinggam
Cahaya menasihatinya agar tidak menderhaka kepada adidindanya. Raden Kesuma Ningrat
merancang untuk meminta telur merpati putih yang dimiliki oleh Tuan Puteri Pelinggam Cahaya.
Jika wanita itu enggan memberi, dia akan merampasnya sahaka. Oleh sebab enggan
menyerahkan telur itu, Raden Kesuma Wati menikam Tuan Puteri Pelinggam Cahaya sehingga
mati. Telur itu dibawa terbang oleh merbah putih dan dibawa pulang ke negeri Indera Buangan.
Raden Kesuma Wati meneruskan perjalanannya dan terjumpa seekor kera yang kemudiannya
dijadikan haiwan peliharaan.

Burung merbah putih terserempak dengan landak dan singa gergasi yang dalam perjalanan untuk
menjemput Raden Kesuma Ningrat turun daripada gunung. Merbah itu menceritakan segala
perbuatan Raden Kesuma Wati terhadap Raden Kesuma Ningrat dan Tuan Puteri Pelinggam
Cahaya. Singa menjadi marah dan terus mencari mayat Tuan Puteri Pelinggam Cahaya untuk
dibawa pulang.

Merbah putih sampai ke negeri Indera Buangan dan menceritakan perkara yang terjadi ke atas
Raden Kesuma Ningrat kepada Tuan Puteri Indera Maya dan Tuan Puteri Ratna Sari. Tuan
Puteri Ratna Sari memerintahkan merbah memanggil para hulubalang dan menteri untuk masuk
ke istana. Mereka diperintahkan mencari Raden Kesuma Ningrat yang terjatuh di laut pinggir
Gunung Meraksa Dewa.

Ada sebuah negeri yang dikenali sebagai Agung Sari yang diperintah oleh Raja Paksi Dewa yang
gagah perkasa. Mereka merancang untuk menyerang negeri Indera Buangan kerana khabarnya
terdapat dua orang puteri yang cantik. Tuan Puteri Ratna Sari segera menyiapkan kelengkapan
untuk berperang dengan tentera yang dipimpin oleh Raja Paksi Dewa. Mereka bertempur dengan
sengit. Raja Paksi Dewa mengeluarkan naga berkepala sembilan untuk menelan tuan puteri.
Tuan Puteri pula mengeluarkan serigala yang besar dan mengusir naga berkepala sembilan itu.
Raja Paksi Dewa memanah ke udara dan turunlah hujan yang terlalu lebat. Tuan Puteri Ratna
Sari kemudian menjelmakan dirinya sebagai burung rajawali lantas Raja Paksi Dewan ditangkap
dan dipenjarakan.

Tuan Puteri Ratna Sari memerintahkan Demang Wira Jaya ke negeri Agung Sari untuk
merampas segala harta dan rakyat di negeri tersebut. Segala harta rampasan itu kemudiannya
dibahagikan kepada sekalian rakyat di negeri Indera Buangan.

Anda mungkin juga menyukai