Anda di halaman 1dari 2

Laporan Pembentangan Minggu 2

Satu pembentangan berkenaan dengan Teori Perkembangan kognitif oleh


Lev Vygotsky dan Pembelajaran Awal Matematik di Prasekolah telah dilakukan
oleh Chua Hooi Ling dan Lee Kah Chian pada 12 Januari 2014 bertempat di bilik
darjah Prasekolah 3 .
Pembinaan slaid dan pencarian maklumat telah dilakukan seminggu awal
sebagai persediaan permbentangan tersebut . Kebanyakkan maklumat adalah
diperoleh daripada internet dan sehari sebelum permbentangan satu latihan telah
dilakukan terlebih dahulu bertujuan supaya pembentangan dapat dijalankan dengan
lancar .
Teori Perkembangan Kogniti Lev Vygotsky ini adalah bertumpu kepada peran
lingkungan terutama lingkungan sosial dan budaya anak yang mendorong
pertumbuhan kognitif . Satu teori yang terkenal dalam teori Vygotsky ini adalah Zon
Perkembangan Proksimal ( ZPD ) yang banyak diaplikasikan dalam P&P oleh guru .
Menurut Vygotsky , idea Zon Perkembangan Prokimal ialah prestasi murid , di
bawah bantuan orang dewasa atau kerjasama rakannya , menunjukkan kebolehan
penyelesaian masalah melebihi daripada kebolehan diri sendiri dan dengan ini ,
mencapai perkembangan peringkat potensi yang lebih tinggi . Maklumat ini
disampaikan oleh pembentang dalam gambar carta , dimana guru pelatih Pra3 dapat
telitinya dengan lebih mudah dan jelas . Sebenarnya , info ini telah dipelajari semasa
PISMP semester satu bagi subjek Perkembangan Kanak- kanak , oleh itu
pembentangan ini dipercayai sekadar ulang kaji kepada para guru pelatih .
Dalam pembentangan turut diselitkan tayangan video yang menunjukkan guru
yang mengaplikasikan teknik Scaffolding iaitu peringkat bimbingan dan sokongan
yang dilakukan mengikut keperluan pelajar . Bimbingan akan dikurangkan apabila
pelajar telah menguasai peringkat demi peringkat . Akhirnya , bimbingan dilepaskan
apabila pelajar telah dapat melakukannya sendiri . Dalam video tersebut , guru
pelatih dapat menilai keberkesanan Scaffolding dan tekniknya .
Seterusnya untuk bahagian Pembelajaran Awal Matematik di Prasekolah ,
dimana lebih kepada pengenalan sahaja , ini kerana maklumat selanjutnya akan
dibentang oleh kumpulan seterusnya . Pembentangan diteruskan dengan mengenali
pengertian Matematik menurut tokoh- tokoh . Matematik amat penting kepada
Pendidikan Awal Kanak- kanak , konsep pembelajaran matematik kini dikonsepkan
sebagai sesuatu proses dimana kanak-kanak membina dan membentuk ilmu
didalam bidang metematik dengan memperkaitkan ilmu atau konsep yang baru
diperolehi dengan ilmu atau konsep yang sedia ada pada mereka. Maka seseorang
guru perlu memahami kepentingan Matematik kepada murid prasekolah .
Pada akhir sesi , pembentang membuka peluang kepada mereka yang ingin
bertanya dan juga sesi berbincang mengenai cara- cara lain mengaplikasikan teknik
Lev Vygotsky dalam P&P serta dalam Pengajaran Awal Matematik .

Anda mungkin juga menyukai