Anda di halaman 1dari 15

1

PENDAHULUAN

Negara Malaysia mempamerkan keunikan masyarakatnya yang terdiri
daripada pelbagai kaum yang mengamalkan pelbagai budaya dan menganuti
pelbagai agama. Walaupun wujud kepelbagaian budaya dan agama, penduduk
Malaysia hidup dalam suasana harmoni.

Pelbagai kaum menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan
kepelbagaian budaya dan warisan bangsa. Tarian tradisional merangkumi
beberapa tarian yang mengikut etnik dan ada juga yang mewakili kenegerian.
Antara daya penarik ialah tarian tradisional pelbagai kaum. Tarian-tarian ini
bukan sahaja dijadikan sebagai hiburan tetapi turut mencerminkan budaya
sesuatu bangsa.













2

TARIAN TRADISIONAL DI MALAYSIA

Tarian Melayu
Masyarakat Melayu yang terdiri daripada pelbagai etnik mempunyai pelbagai tarian mengikut
negeri. Antara tarian tradisional yang sangat popular ialah :

1. Tarian Asyik
2. Tarian Zapin
3. Tarian Kuda Kepang

Tarian Cina

1. Tarian Singa
2. Tarian Naga
3. Tarian Kipas

Tarian India

1. Tarian Bharata Natyam
2. Tarian Kathak
3. Tarian Bhangra






3

TARIAN ASYIK




Tarian Asyik adalah sejenis tarian klasik (daerah) Kelantan yang pada asalnya
dipersembahkan di istana (Raja-Raja Kelantan). Barisan penarinya ialah kalangan dayang istana.
Tarian Asyik selalunya dipersembahkan pada hari perkahwinan, iaitu malam berinai dan malam
berinai besar di istana.
Kini, Tarian Asyik dipersembahkan juga pada hari temasya negeri dan negara. Dari segi
sejarah (Hikayat Pattani), Raja Kuning iaitu Raja Perempuan, yang memerintah Pattani pada
1644, ada menyimpan 12 penari istana yang menyanyi dan menari dipanggil Asyik.
Menurut maklumat daripada Wikipedia Bahasa Melayu, Asyik bererti kekasih, oleh itu
tarian ini bersesuaian dengan gerak-geri bersifat lemah lembut dan penuh dengan ketertiban.
Tarian ini dimulai dengan 10 penari masuk ke dewan tarian terlebih dulu, lalu duduk bersimpuh
dengan tertibnya. Kemudian tampillah Puteri Asyik dan mereka pun mula menari.

Asal usul

Tarian ini dihikayatkan daripada seorang raja yang memelihara seekor burung
kesayangannya di istana. Suatu hari beliau mendapati burungnya terlepas dari sangkar, lalu
diikut burung itu ke hutan belantara dengan harapan untuk mendapatkannya semula. Selepas
bertahun-tahun burung kesayangannya masih tidak dapat diambil kembali, lalu raja berkenaan
kembali ke istana dengan penuh kekecewaan.
4

Bagi menghilangkan rindunya terhadap burung itu, raja terbabit memerintahkan supaya
mencipta satu tarian yang meniru gerak-geri burung kesayangannya. Untuk tujuan berkenaan,
maka kumpulan dayang istana terpaksa menari di depan baginda dan ternyata baginda begitu
asyik dengan persembahan berkenaan meskipun ketika itu raja masih terkenangkan burungnya.

Alat Muzik & Pakaian

Alat muzik yang mengiringi Tarian Asyik ialah gedombak asyik sebanyak 11 jenis, selain
gambang dan rebab. Tiga alat muzik utama ini mesti ada untuk mengiringi tarian berkenaan. Di
samping gerak-geri dan pakaian berseri, Tarian Asyik menarik minat masyarakat seluruhnya.
Pakaiannya adalah serupa dengan Mak Yong iaitu berbaju pendek (warna merah), kain sarong
dan satu kain panjang digantung pada bahu dan dilepaskan hingga ke pinggang. Pada bahagian
pinggang penari memakai pending (sejenis tali pinggang) dan Puteri Asyik pula dimestikan
memakai canggar di sanggulnya.













5

TARIAN ZAPIN



Zapin merupakan tarian Melayu yang berasaskan kesenian ArabParsi yang telah
disesuaikan dengan kesenian Melayu. Zapin bermaksud gerak kaki daripada perkataan al
Zafn. Tarian Zapin bercorak persembahan atau pertunjukkan. Gerak tarinya berasaskan
langkah kaki penarinya. Banyak tarian Melayu ciptaan baru mengambil rentak zapin sebagai
irama tarian. Pada permulaan hanya golongan lelaki yang menyertai tarian ini. Tapi kini ia telah
dimodifikasi dengan penyertaan golongan wanita.
Zapin menumpukan pada langkahan kaki dengan posisi kaki selalu tertutup dan tidak
merendah. Kebanyakan posisi badan selalu bergerak seperti ombak mengalun. Posisi tangan
tidak diperlihatkan secara jelas misalnya motif memetik bunga, tangan kanan mahupun kiri
berada di bawah bahu. Kebiasaannya, senikata yang dinyanyikan dalam lagu untuk tarian ini
diselitkan dengan kalimat berunsur keagamaan seperti salam dan assalamualaikum, kata
kata nasihat dan pujian kepada kebesaran agama dan kesempurnaan budi pekerti.

Pakaian & Alat Muzik dalam Tarian Zapin

Sungguhpun Zapin mempunyai pengaruh ArabParsi, tetapi dari segi pakaian, penari
penari memakai pakaian Melayu selengkapnya iaitu bagi lelaki berkain samping dan bersongkok
dan wanita memakai kurung beserta kain sarong.Alat muzik utama yang digunakan bagi
mengiringi tarian zapin ialah gambus, rebana, gendang dan marakas. Petikan gambus untuk
membawakan lagu, sementara rentak gendang atau rebana menentukan rentak dan pecahan
tari. Antara lagu zapin ialah Lancang Kuning, Zapin Asli, Gendang Rebana dan lainlain.
6

TARIAN KUDA KEPANG



Tarian Kuda Kepang merupakan sejenis tarian rakyat Melayu traditional. Tarian ini ialah
tarian warisan budaya Jawa dengan pengaruh Islam. Ciri Jawa itu jelas pada pakaian penari-
penari dan unsur Islam jelas pada jalan cerita itu semasa ditarikan iaitu mengisahkan
peperangan Rasulullah dan para sahabat. Dikatakan bahawa tarian ini diperkenalkan oleh
pendakwah Islam sebagai cara menarik penduduk setempat agar datang beramai-ramai
menyaksikan persembahan mereka. Pendakwah akan menyampaikan dakwah mereka sebelum
atau selepas persembahan.
Tarian Kuda kepang amat digemari oleh penduduk Johor, terutamanya dari keturunan
Jawa. Kuda kepang ini biasanya dibuat dari anyaman yang dibentuk seperti seekor kuda tanpa
kaki. Ia diperbuat daripada buluh yang dianyam atau kulit binatang yang diwarnakan untuk
menjadi lebih menarik.
Lazimnya terdapat 10 hingga 15 orang penari bagi setiap kumpulan penari kuda kepang
yang biasanya akan mempunyai seorang ketua. Pada peringkat awalnya, semua gerak geri
penari adalah atas arahan dayang yang menggunakan tali untuk mengawal permainan. Tarian
ini biasanya dipertunjukkan di majlis-majlis keramaian untuk memeriahkan lagi suasana seperti
sewaktu menyambut orang-orang kenamaan, meraikan majlis perkahwinan dan di hari-hari
perayaan. Pada masa dahulu terdapat banyak pantang larang bagi mereka yang menonton
persembahan kuda kepang seperti tidak mencaci penarinya atau akan menimpa musibah.


7

Asal usul

Terdapat berbagai pendapat mengenai asal usul tarian ini. Ada pendapat yang
mengaitkan asal usulnya dengan Wali Songo yang hidup di Tanah Jawa pada abad ke-15. Dalam
usaha mengembangkan Islam di kawasan pedalaman di Jawa, Wali Songo menghadapi kesulitan
untuk mendekati orang-orang di sana. Beliau mendapat idea untuk menari-nari sambil
menunggang kuda. Setelah waktu berlalu, kuda-kuda itu ditukar dengan kulit binatang atau
buluh bagi menggantikan kuda sebenar. Ada pula yang berpendapat asal usul tarian ini ada
kaitan dengan Saidina Ali. Untuk meniru gerak langkah bala tentera Saidina Ali maka lahirlah
tarian kuda kepang.

















8

TARIAN SINGA



Tarian Singa adalah sebahagian daripada tarian tradisional dalam adat warisan
masyarakat Cina, yang mana penari akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan
kostum singa. Kostum singa itu dimainkan oleh dua penari iaitu seorang memainkan di
bahagian hadapan dengan menggerakan kepala kostum, manakala pasangan penari akan
memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut. Kedua-dua penari itu akan bergerak
seakan-akan singa di atas pentas yang disediakan. Tarian singa ini akan diiringi oleh gong, dram,
dan dentuman mercun yang dikatakan akan membawa tuah.
Sejarah singa dianggap sebagai pelindung dalam kebanyakan adat orang Asia,
terutamanya bagi mereka yang berketurunan orang Cina. Namun tarian ini lebih terkenal
sebagai warisan orang Cina, kerana dikatakan sejarahnya bermula lebih 1,000 tahun lalu. Dua
tarian singa yang amat popular ialah "Tarian Singa Utara" dan "Tarian Singa Selatan".
Tarian singa Utara adalah berasal dari bahagian utara China yang menggunakan tarian
ini sebagai hiburan diraja. Kostum singa tersebut menggunakan warna merah, jingga,(hijau dan
kuning bagi kostum singa betina. Tarian Singa Utara ini mempunyai lebih banyak pergerakan
akrobatik dan bertujuan sebagai hiburan.Tarian Singa Selatan menjadi lambang yang
mempunyai ciri-ciri yang berkaitan dengan alam sekitar. Tarian ini selalu dipersembahkan
sebagai istiadat ataupun upacara untuk membuang semangat jahat dan dipersembahkan
sebagai upacara meminta tuah. Tarian Singa Selatan menggunakan pelbagai warna. Kepala
kostum mempunyai mata yang lebih besar daripada Singa Utara, dan mempunyai cermin serta
sebatang tanduk di hadapan kepalanya.Mata singa itu pula berwarna hitam bersama-sama
warna putih atau merah bersama-sama warna putih. Hal ini bertujuan untuk menunjukkan sifat
singa yang garang.
9

TARIAN NAGA



Tarian naga ialah tarian dan persembahan tradisional dalam budaya Cina. Sepertilah
tarian singa, tarian naga sering dipersembahkan pada musim perayaan. Orang Cina selalu
menyebut "Keturunan Naga" sebagai lambang identiti etnik.
Pada fikiran orang Cina, naga adalah sejenis hidupan yang menguntungkan. Naga
mewakili kekuatan yang tiada bandingan yang boleh menghilangkan nasib buruk dan mencegah
jenayah. Oleh sebab itu, sejak zaman nenek moyang semasa mereka merayakan Tahun Baru
Cina, atau memimpin prosesi untuk menyambut seorang dewa, bahkan ketika ada bencana
alam atau bencana peribadi berlaku, mereka akan mengadakan tarian naga untuk berdoa
supaya mendapat berkat dari syurga.
Dalam tarian ini, sepasukan orang Cina memegang sebatang "naga" iaitu imej naga
Cina dengan tiang. Penari-penari hadapan mengangkat, mencelup, membidas, dan menyapu
kepala naga, yang boleh memiliki ciri-ciri animasi yang dikawal oleh seorang penari dan kadang-
kala dikawal untuk mengeluarkan asap dari alat-alat piroteknik. Pasukan tarian meniru apa yang
dipercayai sebagai gerakan semangat sungai ini secara berbelok-belok dan beralun-
alun.Gerakan-gerakan dalam persembahan ini secara tradisinya melambangkan peranan-
peranan naga yang menunjukkan kuasa dan maruah. Tarian naga ialah satu acara utama
sambutan Tahun Baru Cina.
Tung Chung Shu, seorang ilmuwan terkenal pada tahun-tahun awal Dinasti Han Barat,
menulis sebuah buku "Ch'un-Ch'iu Fan-lu". Di dalam buku itu terdapat maklumat tentang tarian
hujan selama musim semi kekeringan. Tarian itu menglibatkan sejumlah besar daripada anak
laki-laki, pemuda, laki-laki setengah baya, duda dan orang tua. Setelah tiga hari mengikhlaskan
pantang, Warna kostum naga menutupi mereka, dan menghadap ke empat arah, mereka
10

menari-nari dan berdoa kepada Tuhan. Menurut falsafah lima elemen (logam, kayu, air, api dan
tanah) popular selama Dinasti Han, banyak objek yang berpadanan dengan ekspresi daripada
lima elemen. Untuk alasan ini, dansa naga datang dalam lima warna: hijau, merah, kuning, putih
dan hitam. Yang membezakan naga dengan lima warna ialah tradisi rakyat pada tahun-tahun
awal dinasti Han. Bagaimanapun, pada hari ini kita hanya dapat melihat naga emas dan naga
hijau.
Sekarang, sebagai hasil daripada usaha-usaha orang Cina di luar negeri China bagi
mengekalkan dan mempromosikan budaya tarian naga, persembahan ini telah menjadi terkenal
di seluruh dunia. Dalam masa beberapa dekad, oleh sebab kombinasi daripada rakyat
popularisasi adat dan promosi oleh tentera korps hiburan, tarian naga telah menjadi
persembahan secara terbuka yang penting bagi kumpulan persembahan tradisional yang
disajikan dalam sambutan Tahun Baru Cina.
















11

TARIAN KIPAS



Tarian ini pula merupakan satu jenis tarian yang memerlukan 9 orang ahli, di mana 7
wanita dan 2 lelaki. Jenis tarian ini menunjukkan bahawa kipas cina mempunyai erti yang sebati
dalam masyarakat cina di mana dewa-dewi pada masa lalu sentiasa menjadikan kipas sebagai
alat keperluan. Tarian ini juga sebagai simbolik kerana angin juga merupakan elemen penting
dalam masyarakat cina yang mempercayai Fung shui iaitu suatu kepercayaan masayarakat
cina umumnya tentang suatu pentanda yang baik dan buruk terhadap sesuatu kehidupan di
tempat mereka. Oleh itu, jenis tarian ini dimainkan supaya tarian ini boleh membawa kebaikan
atau Fung Shui yang baik kepada seluruh anggota masyarakat.

Peralatan & Pakaian Tarian Kipas

Alat muzik tradisional China ialah seruling buluh kerana buluh banyak di negara China.
Kedatangan orang Mongol membawa satu lagi alat muzik iaitu hu-Chin atau kecapi Mongol
yang dmainkan secara menggesek (seperti menggesek biola). Dinasti Yuan telah memberi satu
sumbangan kepada perkembangan muzik China iaitu sumbangan irama lagu yang baru dengan
gabungan lagu dan kecapi. Peralatan yang digunakan ialah kipas yang bewarna terang. Kipas
tersebut mempunyai banyak jenis, ada yang berkain panjang,berbulu-bulu, ada yang diperbuat
daripada buluh dan kertas juga.
Kostum yang dipakai oleh penari Tarian Kipas Cina ialah Ceongsam, Samfu dan pakaian
tradisional Cina yang lain.
12

TARIAN BHARATA NATYAM


Tarian Bharata Natyam merupakan salah satu gaya tarian klasik India. Tarian klasik
Bharata Natyam merupakan salah satu tarian yang penuh dengan tradisi, yang memerlukan
penarinya untuk menguasai tarian ini. Tarian ini perlu mengambil masa bertahun-tahun kerana
terdapat pelbagai gerakan tangan, kaki dan mata yang harus dipelajari untuk
mempersembahkan tarian warisan lama yang dihormati ini secara lengkap dan penuh dengan
kegemilangan.
Tarian ini berasal daripada wilayah Tamil Naidu di bahagian Selatan India. Secara
tradisionalnya, tarian ini dipersembahkan secara solo oleh seorang penari wanita. Bharata
Natyam dikatakan merupakan perwujudan muzik dalam bentuk visual, upacara, dan sesuatu
tindakan ketaatan. Tarian Bharata Natyam dan muzik Carnatic tidak dapat dipisahkan dalam
sesuatu persembahan kerana tarian ini adalah salah satu dari lima gaya besar yang merangkumi
Odissi iaitu unsur air, dan Mohiniattam iaitu unsur udara. Gerakan penari Bharata Natyam yang
asli menyerupai gerakan api.
Suatu persembahan yang lengkap dalam tarian ini merangkumi enam peringkat,
dikenali sebagai Alarippu (persembahan daripada Tala dengan ucapan ringkas oleh penari,
merupakan seruan kepada tuhan untuk memberkati persembahan), Jatiswaram(tarian abstrak,
gendang mengatur rentak. Di sini, penari menampilkan kemahiran pergerakan kaki yang rumit
dan gerak-geri tubuh yang sopan), Sabdam (tarian diiringi oleh puisi atau lagu yang bersifat
kebaktian atau tema cinta kasih), Varnam (pusat bahagian persembahan, merupakan bahagian
persembahan yang paling lama dan melibatkan pergerakan yang kompleks serta rumit. Posisi
tangan dan tubuh mengatakan cerita, biasanya cinta dan kerinduan untuk kasih sayang), Padam
(bahagian persembahan yang paling seksi yang memerlukan penari meluahkan beberapa aspek
cinta: kecintaan kepada Maha Kuasa; atau kasih ibu untuk anak, atau kasih dan cinta bagi
kekasih) dan Thillana (b Bahagian terakhir adalah tarian tulen (nritta) yang merupakan
kemahiran luar biasa muzik dicerminkan dalam pergerakan kaki yang kompleks dan pergerakan
penari yang menawan). Peringkat-peringkat ini menggabungkan elemen Nritta atau tarian tulen
dan Nritya iaitu tarian ekspresi.
13


TARIAN KATHAK



Tarian Kathak merupakan satu jenis tarian klasik India yang berasal dari utara India.
Pada asalnya tarian ini ditarikan oleh masyarakat Khataras atau tukang cerita (penglipur lara).
Perkataan Kathak berasal daripada perkataan India katha yang bermaksud seni bercerita.
Dari sifat asalnya yang merupakan ekspresi menghambakan diri kepada dewa-dewi Hindu,
kemudian, Kathak berkembang ke istana-istana pemerintah.Tarian Kathak adalah bersifat
naratif dan dicirikan dengan gerakan kaki yang cepat dan berputar. Bentuk tarian kathak ini
adalah bentuk yang berasal daripada banyak pengaruh pada masa lalu seperti pengaruh
mitologi kathakas, tarian kuil dan gerakan bhakti. Selain itu,tarian ini diadakan selepas berdoa
kepada Tuhan Ganesha Vandana.Tarian Kathak ini dipersembahkan oleh penari lelaki dan
wanita. Muziknya digubah berasaskan lirik seperti Thumri,Ghazal,Dadra dan Kavita.
Pada kurun ke-11 dan 12, diwaktu pemerintahan era mogul di India persembahan
tarian Kathak telah berpindah dari kuil ke istana-istana Mogul. Seni tarian Kathak ketika itu juga
telah dicampuri dengan tarian budaya Turki dan Parsi. Ketika era inilah teknik chakkar iaitu
pusing diperkenalkan dan dipercayai dari Tarian Sufi dari Turki.





14



TARIAN BHANGRA



Bhangra adalah merupakan suatu bentuk tarian yang mana ianya untuk meraikan
penglibatan dan kejayaan dalam tuaian yang baik dan berasal daripada wilayah Punjab di
India.Tarian ini lebih memaparkan komuniti Sikh di Malaysia.
Setiap pergerakan di dalam tarian ini mambawa maksud yang tersendiri dalam usaha
untuk memaparkan suatu pergerakan yang artistik.Penari bagi tarian ini yang biasanya terdiri
daripada kalangan lelaki dan wanita akan mengenakan pakaian yang pelbagai serta berwarna
cerah.
Terdapat penekanan yang banyak terhadap skil dan kebolehan serta ketahanan
seseorang penari itu.Suatu ciri utama adalah pergabungan di antara ciri-ciri stunt melangkaui
daripada keupayaan artistik dan keupayaan fizikal.Lagu yang di gunakan untuk tarian ini adalah
gabungan lagu asli dengan di iringi instumen tradisional seperti tholl ( drum ), harmonika,
tamborin dan klapper muzik.
Kepopularitian Bhangra di Malaysia berdasarkan ianya seringkali dipersembahkan pada
majlis seperti perkahwinan, harijadi dan perayaan kekeluargaan yang lain.


15



KESIMPULAN

Sebagai rakyat Malaysia, kita harus berasa bangga kerana kepelbagaian
budaya yang terdapat di negara kita. Kepelbagaian inilah menjadikan negara kita
sebuah negara yang unik dan menarik. Sebagai contoh, kepelbagaian tarian di
Malaysia telah menarik minat para pelancong untuk berkunjung ke Malaysia
kerana keunikan tarian tersebut. Oleh itu, kita perlu menghormati budaya setiap
bangsa di negara kita supaya keamanan dapat dikekalkan.

Anda mungkin juga menyukai