Anda di halaman 1dari 13

Teori Kecerdasan Pelbagai

Labels: Rekabentuk dan teori pengajaran


1. Konsep
Teori Kecerdasan Pelbagai adalah berdasarkan pada pemikiran bahawa kemampuan intelektual yang
diukur melalui ukuran ujian IQ adalah sangat terbatas. Ini kerana ukuran ujian IQ menekankan pada
kemampuan logikal-matematik dan bahasa sahaja. Sebenarnya, setiap orang mempunyai caranya
yang tersendiri dan unik untuk menyelesaikan persoalan atau masalah yang dihadapi mereka.
Tambahan lagi, kecerdasan bukan hanya dilihat dari nilai yang diperolehi seseorang. Hal ini kerana
kecerdasan merupakan kemampuan yang dimiliki oleh seseorang untuk melihat sesuatu masalah dan
seterusnya berupaya menyelesaikan masalah tersebut atau membuat sesuatu yang berguna kepada
orang lain. Definisi kecerdasan pelbagai yang diberikan oleh Gardner (1983) adalah kepakaran
kecerdasan manusia seharusnya mempunyai kemahiran untuk menyelesaikan masalah, menangani
masalah sesuai dengan masa dan tempat dan menghasilkan output yang efektif.
An intelligence is the ability to solve problems, or to create products that are valued within one
or more cultural setting
(Gardner 1983)

Kecerdasan Pelbagai yang mencakupi sembilan kecerdasan pada dasarnya merupakan
pengembangan dari kecerdasan otak (IQ), kecerdasan emosional (EQ) dan kecerdasan spiritual (SQ).

Teori Kecerdasan Pelbagai mempunyai pengaruh signifikan dalm pendidikan serta membawa kesan
penting pembelajaran organisasi. Gardner mengatakan bahawa pendidikan tradisional dengan
proses pengujian tradisional (ujian IQ) telah mengabaikan kecerdasan pelbagai manusia. Menurut
beliau, kebanyakan ujian IQ hanya mengukur kebolehan verbal atau bahasa dan pemikiran logical
atau matematik. Kemahiran lain seperti sosial, interpersonal dan emosi yang membolehkan manusia
berfungsi dengan berkesan telah dikecualikan daripada ujian IQ tradisional.

Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Gardner (2000) mendasari dua prinsip asas iaitu manusia
mempunyai kecerdasan yang pelbagai dan semua orang dapat mengembangkan kesemua kecerdasan
ini ke satu tahap yang kompeten. Teori ini hasil daripada kajian beliau yang dijalankan terhadap
pelbagai lapisan masyarakat yang mempunyai pelbagai kriteria tersendiri dalam kalangan kanak-
kanak biasa dan kanak-kanak istimewa. Menurut Howard Gardner, kecerdasan tidak boleh diwarisi
semata-mata dan kecerdasan boleh dipengaruhi oleh budaya, persekitaran, peluang pendidikan,
makanan, suasana pembelajaran dan lain-lain. Teori Kecerdasan Pelbagai yang diperkenalkan oleh
Howard Gardner lebih kepada aspek kognitif dan perkembangan psikologi, antrapologi dan sosiologi
dalam menjelaskan kecerdasan manusia. Pada mulanya teori ini terdiri daripada tujuh kecerdasan
tetapi pada tahun 1999, dua lagi kecerdasan dimasukkan ke dalam teori ini.

Pendapat yang dikemukakan oleh Howard Gardner menunjukkan bahawa kecerdasan seseorang
dapat ditingkatkan melalui pendidikan dan latihan. Menurut Gardner, setiap individu mempunyai
tahap kecerdasan yang berbeza kecerdasan dan kecerdasan tersebut boleh ditingkatkan dengan
pendidikan melalui aktiviti yang bersesuian. Dalam konteks pendidikan guru memainkan peranan
penting untuk merancang aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran supaya dapat memenuhi
keperluan kecerdasan iaitu yang terdiri daripada sembilan kecerdasan yang diperkenalkan oleh
Gardner.

2. Pelopor


Howard Gardner
Howard Gardner seorang ahli psikologi perkembangan yang terkenal mendapat pendidikan di
Universiti Harvard. Beliau telah menulis banyak buku berkenaan dengan psikologi perkembangan
yang mengetengahkan kerja-kerjanya dalam bidang perkembangan kreativiti di kalangan kanak-
kanak dan orang dewasa. Gardner juga sangat dikenali melalui hubungannya dengan kerja-kerja
yang berkaitan dengan perkembangan artistik. Minatnya dalam kreativiti bermula pada awal tahun
1970-an semasa beliau mengkaji perhubungan seni dan perkembangan manusia. Bukunya Artful
Scribbles yang dihasilkan dalam tahun 1980 mengkaji kehebatan kreativiti di kalangan kanak-kanak
dan kreativiti ini berkurangan apabila kanak-kanak itu menjadi semakin matang. Gardner membuat
kesimpulan bahawa pada peringkat akhir permulaan kanak-kanak tersebut, mereka lebih memberi
perhatian kepada kemahiran linguistik mereka yang kian berkembang dan tidak lagi berminat untuk
berkomunikasi dalam bentuk nonverbal seperti melukis.

Sebagai seorang ahli psikologi pendidikan, Gardner adalah lebih dikenali melalui sumbangannya
dalam bidang perkembangan intelektual dengan teorinya yang diberi nama Kecerdasan Pelbagai
(Multiple Intelligence). Penyelidikan Gardner berkisar di sekitar kemahuannya untuk melepaskan
diri daripada ujian-ujian dan kolerasi antara ujian-ujian dan memandang di sebalik sumber
informasi semulajadi tentang bagaimana manusia di dunia memperkembangkan kemahiran-
kemahiran yang penting untuk kehidupan mereka.

Dalam penerbitannya pada tahun 1983, bukunya Frames of Mind menjadi titik permulaan kejutan
bagi pendidik. Dalam buku yang berpengaruh ini Gardner melayari pelbagai sifat kecerdasan
manusia. Beliau menunjukkan terdapatnya tujuh kecerdasan manusia yang boleh dibahagikan dalam
tiga kumpulan iaitu kecerdasan berdasarkan perkaitan objek yang melibatkan matematik dan logik,
kecerdasan tanpa objek yang melibatkan muzik dan bahasa dan kecerdasan personal atau persepsi
psikologikal yang kita dan orang lain miliki. Masalah yang diketengahkan oleh Gardner ialah sistem
pendidikan kita tidak bersedia untuk memenuhi keperluan semua kecerdasan manusia dan
mengenepikan keperluan perkembangan beberapa perkara yang berkaitan dengannya.

Gardner berjuang untuk membuktikan bahawa kecerdasan yang berasaskan aras kesatuan bukan
merupakan satu ukuran keupayaan intelektual seseorang yang sempurna. Gardner mendakwa
bahawa teori Kecerdasan Pelbagai mengetengahkan fakta bahawa manusia wujud dalam satu
konteks yang pelbagai dan konteks ini digunakan untuk membajai kelainan-kelainan susunan dan
himpunan kecerdasan. Gardner seterusnya menggunakan teori Kecerdasan Pelbagai dalam bukunya
The Unschooled Mind: How Children Think and How Schools Should Teach (1991). Dalam buku ini
beliau membincangkan pelbagai gaya pembelajaran dan menyarankan supaya meninggalkan
pendekatan pintas dalam bidang pendidikan untuk mendidik semua kanak-kanak dan melihatnya
mudah untuk belajar secara tradisional.

Dr. Howard Gardner menerima MacArthur Prize Fellowship pada tahun 1981 di Harvard Universiti.
Beliau merupakan murid kepada Piaget. Beliau tidak bersetuju dengan pendapat Piaget yang
dianggapnya mempunyai pandangan yang sempit terhadap kecerdasan manusia. Gardner menilai
semula teori-teori yang dikemukan oleh Piaget sebagai too narrow a notion of how the human
mind works. Beliau tidak mempercayai kewujudan satu bentuk kognitif yang menguasai semua
bentuk pemikiran manusia. Gardner memerhatikan bahawa terdapat sekurang-kurangnya tujuh
kecerdasan manusia dan setiap satu kecerdasan itu mempunyai keupayaan intelektual yang
tersendiri.

Seterusnya, Gardner menulis tentang pemerhatiannya terhadap kepelbagaian kecerdasan yang
kemudiannya telah dijadikan buku seminar dalam komuniti pendidikan, Rangka Minda yang telah
diterbitkan dalam tahun 1983. Teori Kecerdasan Pelbagai yang dicadangkan dalm bukunya telah
menjadi pusat perbincangan dan sebagai rangka kerja bagi strategi pendidikan kini yang menjana
kejayaan dalam mempertingkatkan pencapaian para pelajar. Gardner menyebut walaupun ia tidak
semestinya bergantung sesame sendiri, namun kecerdasan tersebut kerap beroperasi secara
berasingan. Setiap individu yang normal memiliki kadar yang berbeza-beza terhadap setiap satu
daripada kecerdasan ini, tetapi cara-cara bagaimana kecerdasan itu bergabung dan bercampur
adalah berbagai-bagai sama seperti bagaimana muka dan personaliti individu tersebut berbeza-
beza.

Dr. Gardner ialah Pengarah bersama Project Zero dan Pofesor Pendidikan di Sekolah Pendidikan
Siswazah Harvard. Beliau juga adalah Profesor Pendidikan Tetamu di Jabatan Neorologi di Universiti
Boston di bahagian Sekolah Perubatan dan pakar penyelidik psikologi Pusat Perubatan Pentadbiran
Vateran Boston. Dr. Gardner telah menghasilkan pelbagai penulisan yang berkaitan dengan minda
manusia seperti The Minds New Science, To Open Minds, The Unshooled Mind, Multiple
Intelligences, Creating Minds dan Leading Minds.

Bagi Gardner (1993), kecerdasan melibatkan kebolehan menyelesaikan masalah atau fesyen produk
yang merupakan kesan dalam budaya atau komuniti tertentu. Beliau menolak pendapat yang
mengatakan bahawa kita boleh mempelajari tentang kecerdasan dengan mengkaji bagaimana
manusia menjawab soalan-soalan ujian. Bagi Gardner, kita hanya boleh belajar tentang kecerdasan
dengan mengkaji proses kognitif yang digunakan oleh manusia apabila mereka menyelesaikan
masalah budaya yang penting atau mencipta produk budaya yang penting.

Gardner telah mengenalpasti tujuh kecerdasan yang terlibat dalam penyelesaian masalah dan
beliau mempercayai kesemua tujuh kecerdasan ini boleh diajarkan di sekolah. Bagi Gardner,
penyelesaian masalah adalah penting untuk kecerdasan. Ini adalah konsisten dengan kebanyakkan
pengetahuan tradisional terhadap kecerdasan. Bagaimanapun, Gardner menekankan bahawa
penyelesaian masalah boleh dipelajari dengan memerhatikan manusia menyelesaikan masalah atau
mencipta produk yang penting kepada mereka dan bukan dengan memberikan ujian-ujian yang
telah distandardkan. Namun pada 1997, Gardner telah menambah satu lagi kecerdasan iaitu
kecerdasan naturalis. Menurut Gardner, setiap insan mempunyai bukan satu tetapi lapan
kecerdasan yang berbeza. Pada 1999, Gardner menambahkan Existential Intelligence yang
berkaitan dengan keadaan kerohanian manusia. Beliau belum bersedia menerima Spiritual
Intelligence sebagai kecerdasan kesembilan dalm teorinya.

Gardner juga menekankan perkara-perkara yang berkaitan dengan konteks budaya kecerdasan
pelbagai. Umpamanya, Gardner (1983) membincangkan keupayaan spatial yang tinggi orang-orang
Puluwat yang tinggal di pulau-pulau Caroline yang menggunakan kemahiran-kemahiran ini untuk
menjelajahi lautan dengan kenu-kenu mereka. Gardner juga membincangkan keseimbangan
kecerdasan personal yang diperlukan dalam masyarakat jepun. Teori Kecerdasan Pelbagai ini
berkongsi beberapa idea umum dengan teori-teori lain yang menyentuh kelainan-kelainan individu
seperti yang terdapat dalam saranan Carnbach & Snow, Guilford dan Sternberg.

3. Sembilan Teori Kecerdasan Pelbagai
3.1. Logikal Matematik
Kecerdasan ini mempunyai kaitan dengan logik, abstrak, penaakulan, dan nombor. Kebolehan
dominan di bahagian kiri otak membolehkan individu menaakul secara deduktif dan induktif serta
berfikir secara konseptual. Walaupun ia sering dianggap bahawa mereka yang mempunyai
kecerdasan ini secara semula jadi cemerlang dalam bidang matematik, catur, pengaturcaraan
komputer dan aktiviti lain yang logik atau berangka, tempat takrif yang lebih tepat kurang
penekanan kepada keupayaan matematik tradisional dan lanjut mengenai keupayaan penaakulan,
mengenal pasti pola abstrak, pemikiran saintifik dan penyiasatan dan keupayaan untuk
melaksanakan penaakulan kiraan. Logikal kompleks berkait rapat kepada kepintaran bendalir dan
keupayaan umum.
Individu yang mempunyai kecerdasan logikal matematik yang tinggi memperlihatkan minat yang
besar terhadap kegiatan yang berbentuk eksplorasi. Individu ini sering bertanya tentang berbagai-
bagai fenomena yang dilihat yang berlaku di sekeliling. Individu ini suka menuntut penjelasan logik
dari setiap pertanyaan. Selain itu, individu ini suka mengklasifikasikan benda untuk mudah mengira.
Contohnya, saintis, jurutera, arkitek dan doctor lazimnya memiliki kecerdasan ini.

3.2. Spatial / Visual Ruang
Kecerdasan ini memperkatakan tentang penghakiman ruang dan keupayaan untuk menggambarkan
dengan mata minda. Kerjaya yang sesuai dengan mereka dengan kepintaran jenis ini termasuk artis,
pereka dan arkitek. Individu yang mempunyai ciri-ciri ruang visual ini juga baik dalam puzzle.
Keupayaan spatial merupakan salah satu daripada tiga faktor di bawahnya dalam model hierarki
kepintaran. Individu ini berkebolehan menceritakan dan menggambarkan pengalaman yang pernah
dilalui serta bijak menghubungkaitkan antara objek-objek dalam ruang. Kecerdasan ruang visual
membolehkan individu mempersembahkan idea-idea visual dan ruang berkecenderungan dalam
aspek imaginatif dan kreatif.

Kecerdasan ini juga mampu membuat individu selalu sedar akan posisi relatifnya dalam koordinat
ruang dan waktu. Individu yang ruang tingkat kecerdasan ruang visual rendah akan selalu berasa
bingung untuk mengingat jalan dan tempat di mana dia tinggal meskipun sudah tinggal di tempat
tersebut dalam jangka masa yang agak lama. Individu yang tersesat di dalam perjalanan adalah
individu yang mengalami gangguan orientasi ruang. Individu ini termasuk dalam golongan tidak
cerdas ruang. Manakala individu yang cerdas ruang mampu menggunakan warna secara sempurna,
membaca peta dengan baik serta mempunyai daya imaginasi yang kuat.
Individu yang mahir dalam bidang ini seperti juruterbang, ahli pelayaran, angkasawan dan juga
termasuk pelukis, arkitek, dan perancang bandar. Contohnya, Azhar Mansor dan Yuri Gagarin.

3.3. Linguistik
Kecerdasan ini mempunyai kaitan dengan kata-kata, lisan atau bertulis. Orang dengan kecerdasan
verbal-linguistik tinggi memaparkan kemudahan dengan kata-kata dan bahasa. Individu ini biasanya
yang baik untuk membaca, menulis, bercerita dan menghafal kata-kata bersama-sama dengan
tarikh. Individu ini sensitif terhadap makna perkataan dan mahir untuk memanipulasikannya.
Mereka cenderung untuk belajar dengan lebih baik dengan membaca, mengambil nota, mendengar
kuliah, dan dengan berbincang dan berdebat mengenai apa yang mereka pelajari. Individu yang
mempunyai kecerdasan verbal-linguistik mempelajari bahasa asing dengan mudah kerana mereka
mempunyai ingatan yang tinggi lisan dan ingatan, dan kebolehan untuk memahami dan
memanipulasi sintaks dan keupayaan struktur. Verbal adalah salah satu kebolehan yang paling
tinggi dalam diri kebanyakan individu.
Individu ini pandai berbicara, gemar bercerita dan tekun mendengar cerita atau membaca.
Kecerdasan jenis ini membolehkan individu tersebut menyimpan pelbagai informasi yang bererti
dan berkaitan dengan pemikirannya.
Individu yang mahir dalam bidang ini adalah seperti pengarang, pensyarah, wartawan, penyunting,
penyair, penulis skrip dan novelis. Contoh di Malaysia seperti Munshi Abdullah, A.Samad Said dan di
luar negara seperti William Shakespeare, dan Enid Blyton.

3.4. Kinestetik
Unsur-unsur utama badan-kinestetik mengawal gerakan badan seseorang dan kapasiti untuk
mengendalikan objek mahir. Gardner memberikan secara terperinci untuk mengatakan bahawa
kecerdasan ini juga termasuk rasa masa, rasa yang jelas matlamat tindakan fizikal, bersama-sama
dengan keupayaan untuk melatih jawapan supaya mereka menjadi seperti refleks.
Secara teori, orang-orang yang mempunyai kecerdasan badan-kinestetik perlu belajar lebih baik
dengan melibatkan pergerakan otot (contohnya bangun dan bergerak ke dalam pengalaman
pembelajaran), dan secara amnya baik pada aktiviti-aktiviti fizikal seperti sukan atau tarian.
Mereka boleh menikmati bertindak atau membuat persembahan, dan secara umumnya mereka baik
di bangunan dan membuat perkara-perkara. Mereka sering belajar dengan lebih baik dengan
melakukan sesuatu secara fizikal, dan bukannya dengan membaca atau mendengar tentang hal itu.
Mereka yang mempunyai kuat badan-kinestetik perisikan seolah-olah menggunakan apa yang
mungkin diistilahkan sebagai memori otot mereka ingat perkara melalui badan mereka seperti
memori lisan.
Kerjaya yang sesuai dengan mereka yang mempunyai kecerdasan ini termasuk atlit, juruterbang,
penari, pemuzik, pelakon, pakar bedah, doktor, pembina, pegawai polis dan askar. Walaupun
kerjaya ini boleh disalin melalui simulasi maya, mereka tidak akan menghasilkan pembelajaran
sebenar fizikal yang diperlukan dalam badan perisikan ini. Contohnya, Shalin Zulkifli, Nicole David,
dan Lim Chong Wei.

3.5. Muzik
Kecerdasan ini berkaitan dengan kemampuan untuk menggemari, mendiskriminasi dan meluahkan
perasaan melalui muzik. Hal ini kerana kecerdasan muzik yang terdapat dalam diri seseorang
individu membolehkannya mengesan bunyi tanpa lisan, muzik serta irama yang terdapat di
persekitarannya. Individu yang mempunyai kelebihan ini sangat sensitif kepada bunyi-bunyian atau
suara yang wujud dan timbul di dunia ini, baik yang berasal daripada suara alat muzik ataupun yang
timbul dalam daripada gejala alamiah seperti suara manusia, binatang, guruh serta suara-suara
yang lain. Individu ini berupaya menggunakan set asas atau elemen-elemen muzik serta dapat
bermain alat muzik dan menghafal lirik muzik dengan baik. Selain itu, individu yang cenderung
dalam kecerdasan ini boleh menggubah rentak dan tempo muzik dan mudah mengenali dan
mengingati nada-nada bunyi atau muzik.
Individu ini juga mampu untuk menggubah kata-kata menjadi lagu dan boleh mencipta berbagai-
bagai alat dan permainan muzik. Individu ini pintar melantunkan nada lagu dengan baik, pandai
menggunakan kosa kata muzikal dan peka terhadap ritma, ketukan, melodi atau warna suara dalam
sebuah komposisi muzik. Semua orang mempunyai kecerdasan untuk menikmati dan menghayati
pengalaman muzik yang ada berdasarkan tahap yang berbeza-beza. Contohnya, kehebatan
P.Ramlee dengan ciptaanya yangevergreen, Manan Ngah, Habsah Hassan, Beethovan, Kitaro, dan
Kenny G.

3.6. Interpersonal
Kecerdasan ini merupakan kemampuan individu dalam mendiskriminasi antara pelbagai
petandainterpersonal dan kebolehan untuk berkomunikasi dengan berkesan secara pragmatik
terhadap petanda tersebut. Kecerdasan interpersonal membolehkan seseorang itu memahami
perasaan, motivasi, tabiat dan hasrat orang lain. Seterusnya, mereka dapat berinteraksi dengan
mudah dan boleh bekerjasama dengan orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang
berfaedah. Mereka yang mempunyai kecerdasan interpersonal yang menonjol biasanya memiliki
interaksi yang baik dengan orang lain.
Selain itu, mereka juga mampu berasa sensitif dan memahami emosi, perasaan, fikiran, tingkah
laku dan harapan orang lain. Pada tahap yang mudah, kecerdasan ini termasuk kemampuan
seseorang anak mengenal dan sensitif terhadap perasaan orang dewasa di sekitarnya. Murid-murid
yang mempunyai kecerdasan ini akan belajar dengan berkesan melalui pembelajaran, bekerjasama
dengan rakan sebaya dan mudah terlibat dengan sebuah pergaulan.
Individu yang mahir dalam bidang ini adalah seperti pendakwah, kaunselor, jururunding dan imam.
Contohnya, Dato Dr. Fadzilah Kamsah.

3.7. Intrapersonal
Kecerdasan intrapersonal merupakan kesedaran tentang diri sendiri, berfikiran metakognitif dan
berkebolehan untuk menilai diri sendriri. Orang yang memiliki kecerdasan intrapersonal yang tinggi
selalunya dapat mengenali diri sendiri. Orang yang memiliki kecerdasan intrapersonal yang tinggi
selalunya dapat mengenali diri sendiri secara mendalam dan mempunyai tanggapan tentang
kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Kebolehan ini memberi keyakinan diri yang tinggi kepada
mereka tentang kebolehan yang terdapat dalam diri mereka sendiri. Selain itu, mereka pandai
menentukan hala tuju kehidupan serta mempunyai pegangan, prinsip dan azam yang kuat serta
boleh berdikari.
Secara keseluruhannya, orang yang mempunyai kecerdasan intrapersonal yang tinggi biasanya
kelihatan murung dan suka mengelamun, tetapi pada masa yang sama mereka juga sentiasa
berwaspada dan berwawasan dalam melakukan sesuatu. Orang yang seperti ini akan lebih menyukai
belajar secara bersendirian di perpustakaan dan gemar melakukan renungan yang mendalam dan
termenung di persekitaran yang sangat sepi. Biasanya individu dengan tingkat kecerdasan ini
mempunyai peribadi yang tertutup.
Disamping itu, mereka juga memiliki kepekaan terhadap perasaan dalam situasi yang sedang
berlangsung, memahami diri sendiri dan seterusnya mampu mengendalikan diri dalam situasi
konflik. Mereka mengetahui apa yang dapat dilakukan dan apa yang tidak dapat dilakukan dalam
persekitaran sosial serta mengetahui kepada siapa harus mereka meminta bantuan pada saat-saat
yang diperlukan. Contohnya, pemimpin, ahli falsafah, pendeta dan pemikir.

3.8. Naturalis
Kecerdasan ini mempunyai kaitan dengan memupuk maklumat berkaitan persekitaran semulajadi.
Individu yang mempunyai kecerdasan naturalistik yang tinggi biasanya merupakan seseorang
pencinta alam yang dapat mengenali dan mengklasifikasikan flora, fauna, dan galian dengan
mudah. Mereka akan lebih banyak menghabiskan masa di luar dan gemar mendengar bunyi-bunyian
yang terdapat dalam alam sekitar. Mereka mempunyai tarikan yang besar terhadap alam sekitar
termasuk binatang. Dengan itu, mereka merupakan individu yang sensitif terhadap alam sekitar dan
dapat menghubungkait antara kehidupan flora dan fauna.
Contohnya termasuk mengklasifikasikan bentuk-bentuk semula jadi seperti haiwan dan spesis
tumbuhan dan batu-batu dan jenis gunung dan pengetahuan yang digunakan semula jadi dalam
perladangan, perlombongan, dan lain-lain Kerjaya mereka dengan kecerdasan ini termasuk alamiah,
petani dan tukang kebun.
Pelajar yang mempunyai kecerdasan naturalistik akan lebih berkesan kecerdasanya dengan
mengadakan aktiviti luar kelas. Ahli biologi, zoology, petani, nelayan, ahli botani, perancang
bandar, ahli geologi, dan pendaki gunung adalah kerjaya yang sesuai bagi mereka yang mempunyai
kecerdasan naturalistik yang tinggi.

3.9. Spiritual / Eksistensialisme
Individu yang mempunyai kecerdasan ini memiliki ciri-ciri yang lebih cenderung untuk bertanya
mengenai segala kejadian kewujudan manusia, erti kehidupan, mengapa manusia mengalami
kematian dan juga realiti yang dihadapi oleh manusia dalam hidup. Kecerdasan ini telah diperkenal
dan dikembangkan oleh Gardner pada tahun 1999.
Individu ini mampu menelaah nilai-nilai yang berkembang di tengah-tengah kehidupan masyarakat,
sama ada nilai-nilai tradisional ataupun nilai-nilai baru yang sedang berkembang. Untuk
meningkatkan kecerdasan ini seseorang boleh membaca banyak buku falsafah dan menyoal diri
sendiri tentang pertanyaan yang membolehkannya menelaah jawapan secara mendalam.

4. Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran
Teori kecerdasan banyak membantu para guru melaksanaakn tanggungjawab bagi mendidik anak
bangsa bagi mendapatkan ilmu pengetahuan.

Terdapat tiga peringkat dalam melaksanakan teori kecerdasan pelbagai dalam pengajaran dan
pembelajaran. Antara peringkat-peringkat tersebut ialah peringkat padanan, percubaan dan
peningkatan.

Pada peringkat pertama, guru perlu memadankan pengajaran dan pembelajaran dengan kecerdasan
pelbagai murid. Guru perlu mengenalpasti kecerdasan pelajar-pelajarnya bagi memudahkan proses
pembelajaran. Sebagai contohnya, jika majoriti pelajar dalam sesebuah kelas mempunyai
kecerdasan kinestetik, maka guru tersebut, perlu melakukan aktiviti yang melibatkan pergerakan
seperti melakukan ujikaji, senaman dan sebagainya bagi menarik minat pelajar, walau
bagaimanapun aktiviti-aktiviti lain juga perlu bagi mengasah kecerdasan yang dimiliki oleh pelajar.
Hal ini di sebabkan pelajar mempunyai kebolehan yang berbeza.
Pada peringkat pertama ini, guru mengenal pasti kekuatan sendiri dalam kecerdasan pelbagai dan
juga kekuatan murid. Melalui mengenal pasti ini, guru dapat memilih strategi pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai dan memadankan dengan kecerdasan murid. Dengan ini guru boleh
memperkembangkan potensi murid dalam kecerdasan lain yang belum menyerlah.

Peringkat kedua bagi melaksanakan atau mengaplikasikan teori kecerdasn pelbagai dalam
pengajaran ialah percubaan. Pada peringkat ini, guru perlu memikirkan bagaimana teori kecerdasan
pelbagai boleh di aplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran seharian. Terdapat persoalan-
persoalan yang membantu para guru bagi meyediakan rancangan pengajaran, melalui verbal-
linguistik, melibatkan persoalan bagaimanakah saya boleh menggunakan bahasa lisan , bacaan dan
penulisan?. Selain itu, persoalan logik-matematik ialah bagaimanakah saya boleh memasukkan
nombor, pengiraan, pengelasan atau menggalakkan pemikiran kritis?. Melalui visual-ruang
melibatkan soalan bagaimanakah saya boleh menggunakan alat bantu mengajar visualisasi, warna,
seni, metafora atau penyusun grafik?. Seterusnya elemen muzik, bagaimanakah saya boleh
menggunakan muzik, bunyi-bunyian persekitaran atau unsur ritma dan melodi?, elemen kinestetik
pula bagaimanakah saya boleh melibatkan pengalaman pergerakan seluruh badan atau
aktiviti hands-on?. Di samping itu, elemen interpersonal melibatkan persoalan bagaimanakah saya
boleh melibatkan pelajar dalam perkongsian rakan sebaya, pembelajaran kerjasama atau simulasi
kumpulan?, elemen intrapersonal pula bagaimanakah saya boleh memberi pilihan kepada pelajar
merangsang perasaan kendiri?. Akhir sekali elemen naturalis ialah bagaimanakah saya boleh
membawa alam semula jadi ke dalam bilik darjah atau membawa murid ke luar ke alam semula
jadi?

Pada peringkat kedua ini juga, guru memikirkan cara memaksimumkan potensi persekitaran
terutama sekali keadaan di dalam bilik darjah. Menghias bilik darjah dengan maklumat yang boleh
dihargai oleh setiap kecerdasan, contohnya, murid yang cenderung kepada verbal-linguistik
menyediakan poster beberapa orang penulis terkenal. Membawa murid keluar dari bilik darjah juga
merupakan aktiviti yang dapat menarik minat pelajar, supaya guru dapat memerhati dan
memahami bagaimana setiap individu mempunyai dan menggunakan kecerdasan pelbagai masing-
masing.

Pada peringkat ketiga, iaitu peningkatan, guru perlu mengaitkan teori kecerdasan pelbagai dengan
kemahiran berfikir untuk perkembangan murid. Melalui peningkatan ini, murid dapat
mengaplikasikan apa yang di ajar dalam hal tertentu. Dalam visual-ruang, murid dapat melakar,
membuat peta minda, membayangkan masalah dan penyelesaiannya. Melalui kinestetik pula, murid
boleh memanipulasi alat, bahan untuk menyelesiakan masalah. Melalui muzik. murid memahami
ritma, harmoni, mengenal pasti masalah dan penyelesaiannya. Peningkatn dari segi interpersonal
pula, murid mendapat pelbagai idea melalui interaksi dengan orang lain mengenai masalah dan
penyelesaiannya. Peningkatan intrapersonal, murid membuat refleksi secara mendalam berasaskan
pengalaman, perasaan diri mengenai masalah dan penyelesaiannya. Akhir sekali, naturalis, murid
menggunakan contoh daripada alam semula jadi untuk mengkaji masalah dan penyelesaiannya.

Melalui peningkatan kecerdasan pelajar. Kreatviti dan inovasi dapat di cungkil daripada pelajar.
Pelajar juga dapat memperoleh pelbagai perspektif mengenai sesuatu perkara serta mengaplikasi
pengetahuan yang sedia ada dalam situasi dan konteks yang baru dan berlainan. Aktiviti bilik darjah
boleh dipelbagaikan dengan menggunakan strategi Teori Kecerdasan Pelbagai untuk peningkatan
perkembangan kognitif mengikut Taksonomi Bloom.

5. Kelebihan-Kelebihan Menggunakan Teori Kecerdasan Pelbagai .
Teori kecerdasan pelbagai adalah salah satu konsep yang baru diperkenalkan. Teori ini dilihat
adalah sangat baik untuk diaplikasikan dalam psikologi pendidikan. Teori kecerdasan pelbagai ini
adalah sangat fleksibel dimana ia boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran untuk
kesemua mata pelajaran yang terdapat di sekolah kerana ia tidak terhad atau menjerumus kepada
satu-satu mata pelajaran sahaja contohnya terhad kepada mata pelajaran matematik.

Teori kecerdasan ini mengiktiraf kesemua kecerdasan yang terdapat pada manusia,dan ia
mempunyai kelebihan apabila diaplikasikan dalam pendidikan. Antara kelebihan dan kepentingan
penggunaan kecerdasan pelbagai ini adalah seseorang guru itu dapat melihat potensi yang ada pada
pelajar itu sendiri. Ini kerana kecerdasan pelbagai ini bertindak sebagai petunjuk kepada potensi
pelajar. Apabila guru dapat mengenalpasti potensi yang ada pada murid itu, maka ia dapat
membantu guru untuk memperkembangkan lagi potensi yang ada pada pelajar.

Teori kecerdasan pelbagai ini membolehkan guru memberi tunjuk ajar sepenuhnya tentang
kekuatan dan kelemahan yang ada pada pelajar. Dengan itu pelajar dapat mengukuhkan lagi
kekuatan mereka dan dapat memperbaiki kelemahan yang ada pada diri mereka. Maka modal insan
yang lengkap dengan segala kecerdasan yang ada dapat dilahirkan.
Pengaplikasian teori kecerdasan pelbagai ini dapat membantu guru untuk merancang
pengajarannya. Guru dapat merancang apa yang patut diberikan kepada pelajar tentang cara
pengajaran, penekanan dan pemfokusan sewaktu dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Ini
kerana guru dapat mengenalpasti potensi yang ada dalam diri pelajar dan membolehkan guru
menjalankan pengajaran mengikut kecerdasan pelbagai ini.

Dengan adanya kecerdasan pelbagai ini, maka guru dapat membangunkan bukan sahaja kesemua
bidang akademik malah membangunkan ko-kurikulum pelajar. Ini kerana,sebagaimana yang kita
tahu, kecerdasan pelbagai bukan sahaja tertumpu kepada bidang akademik tetapi juga
mencangkumi bidang ko-kurikulum seperti kecerdasan kinestetik,kecerdasan muzik dan beberapa
kecerdasan lain.

Teori kecerdasan pelbagai Gardner juga membolehkan guru untuk mempelbagaikan teknik
pengajaran. Ia membolehkan guru itu untuk menjadi lebih kreatif dalam mengembangkan
kecerdasan dan potensi murid. Kecerdasan pelbagai ini tidak menghadkan guru ke atas cara
pengajaran tertentu tetapi ia membolehkan guru mengaplikasikan pendekatan yang pelbagai. Ini
akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran itu satu proses yang seronok untuk dilalui oleh guru
dan diikuti oleh pelajar.

Melalui kecerdasan pelbagai, pelajar juga akan mendapat kebaikan dari aplikasi kecerdasan
pelbagai ini dimana pelajar dapat memahami potensi yang ada pada diri mereka sendiri dan mereka
akan merasa diri mereka dihargai kerana kecerdasan yang ada pada diri diiktiraf. Selain itu, pelajar
juga akan dapat memahami kecerdasan yang ada pada individu disekeliling mereka yang dapat
membantu lagi untuk mengembangkan potensi dalam diri mereka.
Pelajar tidak akan rasa terasing dan rendah diri dengan kecerdasan pelbagai. Ini kerana, sesetengah
kecerdasan hanya mengiktiraf kecerdasan dalam logikal-matematik dan apabila seseorang pelajar
itu tidak dapat menguasai kecerdasan logikal-matematik maka pelajar dikategorikan sebagai lemah.
Sedangkan banyak lagi kecerdasan dan kekuatan lain yang ada pada diri pelajar tidak diberi
perhatian. Sebaliknya, kecerdasan pelbagai memberI perhatian terhadap kecerdasan selain logikal-
matematik disamping kecerdasan logikal-matematik itu sendiri. Maka pelajar akan rasa lebih
bersemangat untuk belajar. Kecerdasan pelbagai ini dapat memberi keyakinan yang jitu kepada
pelajar. Ini kerana kekuatan mereka dalam kecerdasan tertentu diberikan perhatian dan begitu
juga kelemahan mereka akan diperbaiki. Ini dapat menaikkan lagi semangat dan keyakinan mereka
untuk memperkembangkan lagi kecerdasan mereka dan untuk memperbaiki kelemahan yang ada
pada diri mereka.

Kecerdasan pelbagai ini juga mempunyai kelebihan dimana ia dapat mengenal pasti kecerdasan
secara kontekstual. Kegagalan untuk mengenalpasti kecerdasan ini boleh memberi impak ke atas
pengurusan modal insan dalam pendidikan negara. Dalam erti kata lain, kegagalan ini oleh
mengakibatkan pembaziran sumber manusia. Pengurusan modal insan yang sempurna adalah amat
penting untuk masa depan negara. Kegagalan pengurusan modal insan ini akan memberi kesan ke
atas Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 yang memfokuskan untuk membangunkan
modal insan.
Kecerdasan pelbagai ini, memandangkan ia memfokuskan hampir kesemua kecedasan pada
manusia, maka ia membolehkan pelajar-pelajar yang dikategorikan sebagai pelajar corot untuk
merealisasikan kebolehan mereka. Dengan menambahkan lagi penilaian disamping penekanan
terhadap verbal-linguistik dan logikal-matematik yang diorientasi oleh sistem pendidikan pada hari
ini, maka pelajar ini akan mendapat peluang untuk menonjolkan kecerdasan mereka masing-
masing. Mereka mungkin mempunyai kecerdasan lain yang lebih tinggi berbanding rakan lain yang
berada dalam kelas yang lebih baik.

Kecerdasan pelbagai, oleh kerana ia memfokus lebih banyak kecerdasan dan memberi peluang
kepada semua individu untuk menonjolkan kecerdasan yang ada pada diri mereka dilihat sebagai
satu bentuk penilaian kecerdasan yang adil. Ini membolehkan semua pelajar mendapat layanan
yang sama rata dan dapat merasakan diri mereka mempunyai nilai dan berkepentingan. Maka,
semua pelajar akan berpeluang untuk bersama-sama berjuang untuk mambagunkan diri dan negara.

Perlaksanaan teori kecerdasan pelbagai Gardner ini juga mempunyai kelebihan kerana ia juga dapat
mengatasi masalah seperti gejala ponteng kelas dan ponteng sekolah. Bagaimana teori kecerdasan
pelbagai ini dapat membantu mengatasi masalah ini? Teori kecerdasan pelbagai dapat mengatasi
masalah ini kerana ia memberi ruang untuk pelajar mengembangkan potensi dalam diri mereka.
Dengan itu minat untuk belajar dapat ditingkatkan kerana apa yang mereka pelajari dapat mereka
kembangkan berdasarkan apa yang ada dan sesuai dengan diri mereka.Dengan adanya minat,
pelajar akan sanggup untuk melaui apa jua kesukaran demi mengembangkan potensi yang ada
dalam diri mereka kerana telah timbul minat untuk menguasainya.

Kecerdasan pelbagai ini dikatakan dapat mengatasi masalah bosan dengan sistem pembelajaran
sedia ada di sekolah. Minat untuk belajar memainkan peranan yang amat penting dalam
pembelajaran. Ini kerana jika pelajar merasa pembelajaran yang mereka sedang lalui tidak
membawa apa-apa manfaat, maka mereka akan merasa bosan untuk mengikuti kelas terbabit.
Dengan adanya kecerdasan yang sesuai dengan diri pelajar, maka perasaan bosan untuk belajar
dapat diatasi. Pelajar tentunya tidak akan bosan lagi untuk belajar sebaliknya akan lebih berminat
untuk dating ke sekolah kerana beranggapan bahawa pelajaran itu menyeronokkan, berfaedah
untuk masa hadapan mereka dan bukannya sebagai satu bebanan.

Teori kecerdasan pelbagai ini mempunyai pelbagai cara untuk diaplikasikan. Dengan kepelbagaian
ini, kita dapat memupuk dan mencungkil mana-mana kecerdasan yang diingini malah jika kena
dengan cara pengajarannya, seseorang pelajar itu tidak mustahil untuk dapat menguasai kesemua
kecerdasan yang diutarakan oleh Howard Gardner ini.
Antara lainnya, dengan teori kecerdasan pelbagai ini, kita tentunya tidak perlu menghadapi
kemelut yang melanda sistem pendidikan negara baru-baru ini iaitu masalah pengajaran dan
pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Jika dari dulu kita memahami
dan melaksanakan teori kecerdasan pelbagai, kita tentunya tidak akan menukar sistem pengajaran
dan pembelajaran Sains dan Matematik ke dalam Bahasa Inggeris. Ini kerana, dalam sistem itu,
adalah sangat jelas dimana ia hanya menekankan kecerdasan verbal-linguistik dan kecerdasan
logikal-matematik. Sedangkan terdapat ramai pelajar yang tidak dapat menguasai kecerdasan itu
dan penekanan terhadap hanya dua jenis asas kecerdasan itu sebenarnya boleh memudaratkan anak
bangsa dan tentunya Negara pada masa hadapan. Maka langkah yang diambil untuk tidak
meneruskan PPSMI adalah satu langkah yang bijak kerana ia adalah adil untuk semua yang sejajar
dengan kecerdasan pelbagai Gardner.

Di sini, kita dapat lihat dengan jelas betapa kecerdasan pelbagai ini adalah sangat adil kerana ia
tidak menekankan pada kecerdasan tertentu yang mungkin tidak dapat dikuasai oleh pelajar atau
individu yang lain. Ia juga tidak bermaksud bahawa pelajar yang mempunyai kecerdasan tertentu
contohnya di sini kecerdasan verbal-linguistik dan logikal-matematikdibiarkan maju sendiri tanpa
perhatian malah mereka ini masih mempunyai peluang yangsama untuk mereka memgembangkan
potensi dalam asas-asas kecerdasan ini disampingpeluang untuk mengenalpasti kecerdasan lain yang
ada dalam diri yang tidak mungkin ditemuitanpa perhatian yang diberi melalui kecerdasan pelbagai.

6. Kelemahan-Kelemahan Teori Kecerdasan Pelbagai
Terdapat kekangan atau masalah bagi mengaplikasikan teori ini dalam pengajaran dan
pembelajaran.
Antara masalah yang dihadapi bagi mengaplikasikan teori ini ialah guru perlu mengenalpasti
kecerdasan yang di hadapi oleh para pelajarmya. Oleh yang demikian guru perlu melakukan kaji
selidik terhadap kemampuan para pelajar, supaya proses pembelajaran dapat berjalan dengan
lancar.

Selain itu, cara pembelajaran yang tidak menyeluruh iaitu berfokus kepada kecerdasan tertentu
juga merupakan salah satu masalah dalam mengaplikasikan teori ini dalam pembelajaran. Jika guru
menggunakan pendekatan secara tradisional seperti linguistik atau logikal sahaja, maka
pembelajaran tidak berkesan kerana pelajar merasa bosan. Hal ini di sebabkan pelajar terdiri
daripada tahap kecerdasan yang berbeza serta mempunyai potensi yang berbeza, sekiranya guru
hanya menekankan kepada sesuatu aspek sahaja dengan tidak mempelbagaikan aktiviti pengajaran,
maka ianya menimbulkan perasaan kurang minat kepada pelajar untuk belajar.

Di samping itu juga, boleh menimbulkan ketidakadilan sekiranya guru mengamalkan dasar pilih
kasih. Sebagai contohnya, jika guru tertarik dengan kepetahan pelajarnya bercakap serta sering
memberi peluang kepada pelajar tersebut untuk menguasai pengajaran dan mengabaikan pelajar
lain, maka hal ini menimbulkan diskriminasi kerana potensi pelajar lain tidak dapat digilap. Guru
yang mudah tertarik kepada potensi seseorang pelajar akan mengganggu proses pembelajaran.
Guru tidak kreatif bagi wujudkan suasana yang berkesan dalam menyampaikan ilmu, merupakan
salah satu faktor bakat pelajar tidak dapat berkembang. Bagi menyampaikan sesuatu ilmu dengan
berkesan serta mengasah potensi atau bakat pelajar, kaedah pengajaran yang pelbagai juga perlu
dilakaukan. Sekiranya guru tidak kreatif bagi menyampaikan pembelajaran, sebagai contohnya,
hanya bercakap di dalam kelas, tanpa menggaplikasikan peralatan yang sedia ada pada masa kini,
seperti penggunaan power point, video dan lain-lain dalam pengajaran, maka tahap kecerdasan
pelajar tidak dapat berkembang.

7. Kesimpulan
Bidang pendidikan adalah sangat penting untuk sesebuah negara. Ia akan menentukan jatuh bangun
sesebuah negara itu pada masa hadapan. Oleh itu, wajarlah kita memberi penekanan yang sesuai
untuk setiap individu bagi memastikan setiap individu itu dapat menguasai kecerdasan yang ada
pada diri mereka dengan baik bagi membolehkan mereka meneraju masa depan negara dengan
baik.
Pendidikan yang adil dilihat dapat memberi jaminan untuk keutuhan sesebuah tamadun manusia
dan dapat menjamin kejayaan dalam sesuatu sistem pendidikan. Teori kecerdasan pelbagai yang
diperkenalkan oleh Howard Gardner adalah merupakan satu bentuk teori yang memperjuangkan
keadilan dalam pendidikan. Ini kerana kita dapat melihat dengan jelas betapa teori ini
memperjuangkan agar setiap individu diberi ruang dan peluang untuk berjaya dalam bidang-bidang
tertentu.
Mengaplikasikan teori kecerdasan pelbagai adalah lebih berkesan berbanding pendidikan yang
menekankan kecerdasan asas iaitu kecerdasan verbal-linguistik dan kecerdasan logkal-matematik.
Jika selama ini kita hanya mementingkan kefahaman tentang teori tersebut di dalam dewan-dewan
kuliah untuk tujuan peperiksaan semata-mata, maka kini telah sampai masanya kita beralih kepada
aspek pelaksanaannya pula. Walaupun belanja yang diperlukan adalah besar, namun kejayaan
projek ini berpotensi menghasilkan insan yang berkualiti tinggi yang dapat menyumbang kepada
pembangunan negara.

Anda mungkin juga menyukai