Anda di halaman 1dari 1

Semua negara di dunia pastinya mengalami masalah yang sama berkenaan inflasi dan pengangguran.

Dalam situasi ini, keadaan guna tenaga penuh merupakan keadaan yang sesuai bagi mencapai sifar
inflasi dan pengangguran. Walau bagaimanapun bagi mencapai matlamat tersebut adalah mustahil
kerana terlalu banyak rintangan yang perlu di lalui untuk mencapai matlamat tersebut. Bagi
mewujudkan keadaan tersebut kerajaan Malaysia menggunakan dasar fiskal dan dasar kewangan bagi
mengimbangi keadaan inflasi dan pengangguran di Malaysia. Dari satu sudut kerajaan beranggapan
pengangguran boleh dikurangkan akan tetapi kebarangkalian kadar inflasi akan terus meningkat
semakin tinggi.
Inflasi adalah perkara yang berlaku apabila kenaikan tingkat harga umum yang secara terus menerus dan
serentak dalam ekonomi. Dalam maksud yang lain, apabila berlakunya kenaikan harga yang bersifat
sementara, maka kenaikan harga yang sementara tersebut tidak dikategorikan sebagai inflasi. Semua
negara di dunia selalu menghadapi masalah inflasi ini. Di sebabkan itu , tingkat inflasi yang terjadi dalam
suatu negara merupakan salah satu ukuran menentukan baik buruknya ekonomi yang di hadapi
sesebuah negara. Bagi negara yang struktur ekonomi baik, tingkat inflasi yang terjadi di antara 2
sehingga 4 peratus setahun dan sebaliknya bagi negara yang mengalami ekonomi yang tidak stabil
tingkat inflasi mungkin melebihi 10 peratus. Namun demikian ada negara-negara yang menghadapi
tingkat inflasi yang lebih serius atau sangat tinggi. Sebagai contoh negara jiran kita Indonesia pernah
mengalami tingkat inflasi yang sangat tinggi iaitu 650 peratus pada tahun 1966. Inflasi yang sangat tinggi
ini jarang-jarang berlaku dan inflasi ini disebut hiper inflasi (hyper inflation).
Ketika krisis ekonomi yang melanda dunia pada tahun 1998 dan 2007, kuasa- kuasa besar ekonomi
seperti amerika syarikat telah mengalami kesulitan dalam mengatasi pengangguran akibat daripada
kemelesetan ekonomi terutamanya dari sektor- sektor industri utama. Ia terbukti apabila syarikat
permotoran dan insurans no satu amerika syarikat General Motor dan AIA Insurans telah mengalami
kerugian dan menyebakkan berlakunya pengurangan tenaga kerja. Menurut data yang diperoleh dari
Bureau of Labor Statistic USA (2009), hingga julai 2009 pengangguran di amerika syarikat telah mencapai
14.5 juta orang dengan tingkat pengangguran sebesar 4.9 peratus dan dijangka terus meningkat.
(a.w.philips).
Dalam teori keluk Philips, inflasi yang rendah ternyata mempengaruhi tingkat pengangguran yang tinggi
dan sebaliknya. Oleh itu, pendekatan keluk Philips amat sesuai digunakan bagi menganalisis hubungan
antara inflasi dengan tingkat pengangguran bagi memperoleh pemboleh ubah yang sesuai. Penggunaan
teori keluk Philip sedikit sebanyak membantu memberikan penjelasan yang baik mengenai hubungan di
antara inflasi dan pengangguran di Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai