Anda di halaman 1dari 14

Industri desa yang juga dikenali sebagai industri kecil ataupun industri tradisional merupakan antara industri yang

berperanan ke arah penjana pertumbuhan ekonomi negara dan berpotensi tinggi untuk dimajukan. Dengan perkataan lain,
industri desa merupakan wadah bagi menghasilkan pengeluaran atau kerja tangan yang dihasilkan oleh masyarakat
kampung yang nmasih menggunakan teknik industri tempatan yang diwarisi daripada nenek moyang kita. Memang tidak
dinafikan bahawa suatu ketika dahulu permintaan dan pengeluaran hasil daripada industri desa semakin berkurangan
disebabkan oleh perubahan zaman yang ketara. hal ini demikian kerana fenomena peralihan terhadap kemajuan teknologi
yang menyebabkan industri desa kurang menonjol. Persoalannya, apakah usaha-usaha yang dilakukan dalam memajukan
industri desa?

Usaha yang boleh dilakukan termasuklah kerajaan memberikan bantuan dan galakan kepada mereka yang berminat. Hal
ini demikian kerana bantuan dan galakan yang berterusan penting terutama kepada pengusaha yang baru sahaja
menjalankan sesuatu industri desa. Kerajaan haruslah memberikan bantuan modal dan khidmat nasihat secara berterusan
supaya industri desa seperti batik, kraftangan dan makanan tradisional. Taraf kehidupan penduduk desa melalui sokongan
kerajaan juga dapat dipertingkat. Oleh itu, peranan kerajaan penting agar industri desa terus diusahakan secara
berterusan di negara kita.

Seterusnya, langkah yang boleh dilakukan dalam memajukan industri desa adalah dengan menggunakan alat-alat
berteknologi moden. Dengan mengaplikasikan teknologi moden dalam pengeluaran produk tradisional, secara tidak
langsung dapat meningkatkan kualiti dan kuantiti produk. Secara tidak langsung penduduk desa dapat mengksport produk
desa ke luar negara dan tidak hanya dipasarkan di dalam daerah sendiri sahaja. Melalui penggunaan alat-alat teknologi
moden juga, industri desa dapat memberi peluang pekerjaan dan peluang perniagaan kepada anak-anak kampung itu
sendiri lantaran permintaan yang semakin meningkat seiring dengan perubahan masa.Jelaslah, industri desa yang telah
dimajukan mampu menjadi teras pertumbuhan ekonomi yang mantap kepada pengusahanya.

Selain itu, kerajaan boleh juga memperkenalkan konsep "Satu Daerah Satu Produk". Dengan mengimplimentasikan konsep
tersebut secara berkesan, industri desa itu akan maju, mempunyai identiti tersendiri serta melahirkan pengeluaran
produk yang mencerminkan keistimewaan daerah tersebut. Sebagai contoh di negeri Melaka, terkenal dengan pasaran
gula Melaka yang digunakan dalam pelbagai masakan. Kerajaan negeri Melaka haruslah melatih penduduk tempatan
menghasilkan produk gula Melaka yang lebih enak dan berkualiti dengan cara memberi bantuan khidmat nasihat serta
modal. Hasil daripada usaha sedemikian, dapatlah ditingkatkan pendapatan penduduk tempatan yang mengusahakan
produk tersebut seterusnya menonjolkan keistimewaan daerah tersebut kerana menjadi sebutan ramai. Keistimewaan
daerah tersebut juga bakal menggamit pengunjung melawat dan mampu meningkatkan kunjungan pelancong. Oleh itu,
kerajaan haruslah bekerjasama bagai aur dengan tebing bagi menjayakan konsep "Satu Daerah Satu Produk".

Tidak ketinggalan juga, kerjasama antara semua pihak dalam usaha memasarkan produk industri desa ke seluruh pelosok
negara. Rakyat perlu yakin dengan kemampuan dan keupayaan sendiri untuk mencapai kemajuan dan seterusnya
membantu negara untuk menjadi sebuah negara maju. Misalnya pada setiap hari Khamis akan kelihatan semua kakitangan
kerajaan sama ada lelaki atau perempuan mengenakan baju batik yang merupakan produk industri desa yang tak lapuk
dek hujan dan tak lekang dek panas.Dengan memakai baju batik, rakyat telah mempromosikan produk tempatan dan
pada masa yang sama mereka telah menyumbang kepada pendapatan negara kerana membeli produk buatan Malaysia.
Impaknya industri desa dapat berkembang maju dan dapat mengekalkan nilai-nilai seni tradisi yang diwarisi sejak turun-
temurun secara zaman- berzaman. Tuntasnya, kerjasama erat telah dipupuk dalam kalangan rakyat dengan adanya usaha
berterusan daripada kerajaan memartabatkan produk industri desa.

Secara komprehensifnya, masyarakat yang menjalankan industri desa perlulah merebut peluang sepenuhnya yang
disediakan oleh kerajaan. Mereka perlulah meningkatkan ilmu serta kemahiran bagi menghasilkan produk tempatan yang
berkualiti antarabangsa agar dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan produk berjenama antarabangsa.





Darsawarsa ini, pelancongan desa merupakan industri perkhidmatan yang kian berkembang pesat di
negara kita .Pada tahun 2000, purata pelancongan yang berkunjung ke Malaysia dianggarkan seramai
10.2 juta orang. Senario ini, menjadikan Malaysia sebagai negara ketiga paling ramai menerima
pelancong Asia Timur selepas China dan Hong Kong. Lantaran itu, pelancongan desa telah juga
mendapat tempat di mata pelancong asing. Pelancongan desa dapat memberikan pengalaman kepada
pelancong supaya menghargai kehidupan dikampung dan merasai budaya dan adat resam ini sesuai
dengan peribahasa masuk kandang kambing mengembek, masauk kandang kerbau menguak.
Pelancongan desa akan bertambah maju sekiranya pelbagai pihak memainkan peranan penting untuk
memajukan industri ini. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk memajukan
industri ini agar terus berkembang maju?
Minhaj pertama yang perlu dilaksanakan untuk memajukan pelancongan desa ialah pihak kerajaan perlu
mengadakan kempen melalui media massa dan media elektronik. Melalui kempen yang dilaksanakan,
keunikan dan kelebihan sesebuah desa dapat disebarkan kepada masyarakat tempatan dan pelancong
asing dengan cepat. Dengan memanfaatkan kecanggihan teknologi yang ada pada masa kini, kerajaan
boleh membina laman sesawang yang mengandungi pelbagai informasi tentang keistimewaan sesebuah
desa di negara kita untuk disebarkan kepada masyarakat luar. Sekiranya pihak kerajaan memandang
enteng dan bersikap lepas tangan dalam usaha untuk memajukan sector pelancongan desa, maka
industri ini akan terus hilang ditelan zaman justeru dapat mengurangkan pendapatan penduduk
kampung. Oleh itu, mengadakan kempen merupakan langkah progmatik dalam usaha memajukan
pelancongan desa agar industri ini tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas ditelan arus kemodenan
Minhaj seterusnya untuk memajukan Pelancongan Desa agar terus berkembang ialah pihak kerajaan
melalui Kementeriaan Pelancongan di bawah pimpinan Dato Sri Dr. Ng Yen Yen haruslah menyediakan
dan mencekapkan infrastruktur di negara kita. Dengan adanya kelengkapan infrastruktur yang sempurna
dan kondusif, sudah pasti negara kita akan menjadi destinasi utama kepada pelancong-pelancong asing.
Selain itu, kemasukan pelancong asing akan dapat meningkatkan ekonomi industri desa di negara kita
melalui pengaliran mata wang asing. Pihak kerajaan juga seharusnya mengeluarkan dana untuk
diagihkan kepada wakil-wakil di setiap negeri bagi menaik taraf infrastuktur seperti rumah penginapan,
siber kafe, bekalan air bersih, kafe dan kemudahan asas yang lain. Cuba kita bayangkan bagaimana
reaksi pelancong asing yang melancong ke negara kita jika kerajaan tidak mengambil berat terhadap
kemudahan infrastruktur? Seandainya pihak kerajaan menjalankan tanggungjawab seperti mele[askan
batuk di tangga, maka industry desa akan terus berada pada takuk yang sama. Tegasnya, pihak
Kementeriaan Pelancongan perlulah menyediakan dan mencekapkan infrastruktur agar industri desa di
negara kita terus berkembang maju.
Selain itu, pihak pengurusan homestay perlu menyediakan pelbagai aktivit rekreasi sebagai satu minhaj
untuk memajukan industri pelancongan desa di negara kita. Aktiviti-altiviti rekreasi perlu dilaksanakan
dengan lebih efektif kerana aktiviti tersebut merupakan daya tarikan utama kepada pelancong asing
mahupun pelancong tempatan untuk menyertai aktiviti yang dijalankan sekaligus meningkatkan industri
pelancongan desa. Pihak pengurusan homestay boleh menyediakan pelbagai aktiviti rekreasi. Sebagai
contoh,mereka boleh memperkenalkan permainan tradisional masyarakat Melayu seperti
gasing,congkak,wau,dan sebagainya. Mereka juga boleh mengadakan pertandingan tarian,aktiviti
menuai padi,dan pertandingan membuat kraftangan. Di samping dapat memperkenalkan budaya
tempatan kepada pelancing asing, aktiviti ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dalam
kalangan mereka. Melalui aktiviti ini, banyak nilai murni dapat diserap dalam jiwa pelancong-pelancong
kerana ketika menyertai aktiviti-aktiviti tersebut mereka diasuh untuk saling membantu ibarat hati gajah
sama dilapah,hati kuman sama dicecah. Seandainya aktiviti rekreasi tidak dilaksanakan dengan penuh
komitmen,sudah pasti industry pelancongan desa akan terus mundur dan berada di takuk lama.
Tegasnya,pihak pengurusan homestay perlu menyediakan pelbagai aktiviti rekreasi sebagai uslub
penting untuk memajukan industri pelancongan desa di negara kita.
Di samping itu, pihak kerajaan melalui Kementerian Pelancongan juga haruslah memainkan peranan
mereka dengan mempromosikan kawasan pelancongan di desa kepada pelancong dalam dan luar negeri.
Selain itu, untuk meningkatkan lagi keberkesanan promosi ini, pihak kerajaan juga haruslah bekerjasama
dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta untuk meningkatkan lagi kehadiran pelancong dalam negara
kita ini. Pihak Kementerian Pelancongan haruslah menitikberatkan perkara ini kerana tidak ramai rakyat
Malaysia dan pelancong asing mengenali kawasan-kawasan yang strategik untuk melancong dan
melawat kawasan desa di negara kita. Tambahan lagi, ekonomi negara Malaysia juga bergantung kepada
sektor pelancongan, dengan pertambahan pelancong dari luar dan dalam negara, secara tidak langsung
dapat meningkatkan lagi sumber ekonomi negara kita. Antara langkah-langkah yang dapat diambil untuk
mempromosikan kawasan pelancongan di desa adalah dengan mengadakan kempen. Pihak media
massa dan media elektronik juga haruslah memainkan peranan mereka dalam menjayakan kempen
pelancongan ini dengan menyiarkan dan memaparkan lokasi-lokasi di desa yang strategik untuk
dijadikan kawasan pelancongan. Pihak kerajaan juga haruslah campur tangan dalam hal ini dengan
mengadakan festival-festival seni dan kebudayaan di kaswasan-kawasan desa yang terpilih untuk
menambah lagi minat pelancong untuk mengenali dengan lebih mendalam lagi tentang kebudayaan dan
adat resam sesebuah masyarakat di desa itu. Secara tidak lansung, pelancong akan mengunjungi
kawasan itu untuk mengetahui dengan lebih mendalam lagi tentang kebudayaan di situ, bak kata
pepatah, tak kenal maka tak cinta. Sebagai contoh, untuk menarik minat kedatangan pelancong dari
dalam dan luar negara adalah dengan mengadakan pesta wau, pesta mencanting batik dan pesta
kebudayaan masyarakat di kawasan desa itu. Seandainya langkah untuk mempromosikan kawasan
pelancongan di desa tidak diambil serius oleh pihak kerajaan, kempen cuti-cuti Malaysia dan Tahun
Melawat Malaysia tidak dapat dijayakan, seterusnya menjatuhkan kekukuhan sektor pelancongan di
negara kita. Tegasnya, peranan pihak kerajaan mempromosikan kawasan pelancongan di desa kepada
pelancong dalam dan luar negeri dapat menambahkan lagi kehadiran pelancong di negara ini.
Seterusnya kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan perlu membangunkan kawasan desa
sebagai langkah untuk memajukan industri pelancongan desa.Berdasarkan kajian yang telah dibuat
menunjukkan bahawa masih terdapat banyak tempat menarik di Malaysia yang mampu dieksploitasi
sebagai tempat pelancongan khususnya di kawasan-kawasan desa.Sehubungan itu,pihak berkuasa
tempatan seharusnya mengambil langkah proaktif dengan membangunkan sesebuah desa menjadi
sebuah pusat pelancongan.Pihak kerajaan bolehlah mendirikan sekurang-kurangnya satu industri dalam
sesebuah desa seperti industri pemprosesan makanan,batik dan kraftangan.Industri desa haruslah
diperkembangkan supaya tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas serta dapat memberi pulangan yang
lumayan dalam industri pelancongan.Andainya kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan
mengambil langkah sebegini,maka industri pelancongan desa di negara kita dapat terus berkembang
maju.Tegasnya,untuk memajukan industri desa,kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan
hendaklah membangunkan kawasan desa sebagai salah satu pusat pelancongan desa.
Intihanya, semua pihak haruslah memainkan peranan dan bekerjasama bagai aur dan tebing dalam
merealisasikan modus operandi untuk memajukan pelancongan desa di negara kita. Pelancongan
menjadi suatu bidang pelaburan bijak yang dapat memacu pertumbuhan industri-industri berkaitan
yang lain yang kesemuanya berperanan sebagai wahana dalam pembangunan mega Malaysia menuju
negara maju dalam abad ini. Selain dari sudut komersial pelancongan, peningkatan kunjungan
pendatang luar ke negara ini dengan sendirinya dapat memakmurkan Malaysia di mata dunia luar.
Senario ini secara tidak langsung dapat menangkis pandangan negatif negara-negara barat yang suatu
ketika dahulu pernah mengatakan negara kita sebagai sebuah negara yang penduduknya tinggal di atas
pokok dan bercawat. Industri pelancongan secara tidak langsung dapat menaikkan nama negara di
mata dunia walaupun negara kita merupakan satu titik kecil di atas peta. Oleh itu, kita sepatutnya
mengusahakan industri pelancongan desa di negara kita dengan sebaik-baiknya.





















Industri desa sememangnya tidak boleh dipinggirkan kerana mempunyai potensi yang begitu besar dan
penghasilannya juga dapat membantu dalam meningkatkan ekonomi penduduk dan negara ini.
Ulaskan pernyataan tersebut dan jelaskan cara-cara memajukan industri desa.
[ 100 markah ]

Pada alaf baharu ini, sektor perindustrian diberikan tumpuan yang sepenuhmya untuk menjana ekonomi negara. Namun,
kebanyakan pihak tidak sedar bahawa industri desa yang juga mampu meningkatkan ekonomi negara semakin dipinggirkan.
Sebenarnya, industri ini berpotensi tinggi untuk dimajukan dan dijangka akan memberi banyak sumbangan dalam ekonomi
negara. Industri desa merupakan wadah bagi menghasilkan kerja tangan yang dibuat oleh penduduk desa yang masih
menggunakan teknik tradisional yang diwarisi sejak zaman nenek moyang mereka.

Memang tidak dapat disangkal bahawa industri desa merupakan salah satu industri yang berperanan penting di Malaysia.
Kebanyakan penduduk di luar bandar tidak mempunyai pekerjaan yang tetap dan ada dalam kalangan mereka terpaksa
bekerja dari siang malam semata-mata untuk menyara keluarga mereka. Mereka hidup dalam keadaan yang serba
kekurangan dan ada kalanya mereka hanya mengisi perut dengan ubi kayu. Kehidupan mereka di kawasan pedalaman
diibaratkan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Jika industri desa ini dimajukan, maka peluang pekerjaan
akan bertambah dan seterusnya taraf kehidupan penduduk desa dapat ditingkatkan kerana di mana ada gula, di situ ada
semut. Selain itu, indusri desa yang kaya dengan budaya Malaysia yang tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan juga
dapat membantu dalam usaha menarik pelancong asing berkunjung ke negara kita.

Peribahasa Melayu ada mengatakan bahawa di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya. Industri desa di negara kita
sememangnya dapat dimajukan jika pihak kerajaan dan pihak yang terlibat mengambil inisiatif untuk mengusahakannya.
Pihak kerajaan harus sentiasa memberi sokongan dan bantuan kewangan bagi merealisasikan industri desa sebagai
penggerak perkembangan dan pertumbuhan ekonomi yang mantap. Industri ini harus diberikan nafas baharu melalui
suntikan teknologi moden untuk meningkatkan produktiviti supaya industri ini mampu menembusi pasaran dunia sekali
gus meningkatkan pendapatan negara kita. Masyarakat kita juga harus mengiktiraf industri desa sebagai satu industri yang
mampu memberi sumbangan dalam pembangunan negara. Industri ini dijangka akan mendatangkan pulangan yang
lumayan dalam masa lima tahun jika kerajaan sanggup peruntukan yang lebih besar kepada industri ini.

Di samping itu, konsep jualan hasil industri desa melalui orang tengah harus digantikan dengan konsep jualan langsung
kerana kebanyakan sikap orang tengah diibaratkan enau di dalam belukar melapaskan pucuk masing-masing. Mereka
mengaut keuntungan yang banyak dengan menjual hasil industri desa dengan harga yang tinggi kepada pengusaha-
pengusaha di bandar. Oleh itu, industri desa haruslah bekerjasama dengan badan kerajaan bagai aur dengan tebing bagi
menghidupkan industri desa ini. Sebaik-baiknya, industri ini harus diuruskan oleh anak-anak kampung yang berpendidikan
supaya mereka berpeluang berbakti kepada tempat kelahiran mereka tanpa perlunya berpindah ke bandar untuk mencari
nafkah hidup. Oleh hal yang demikian, pihak kerajaan berperanan penting dalam usaha menggalakkan generasi muda
masa ini untuk menceburi industri desa supaya industri ini dapat berkembang ke seluruh pelosok dunia dan Malaysia
mampu duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain.

Dalam usaha memajukan industri desa, para pengusaha perlulah menimba ilmu pengetahuan serta kemahiran dari negara-
negara jiran, seperti Indonesia dan Thailand yang banyak menghasilkan produk tempatan yang berkualiti. Negara kita
haruslah bertukar-tukar pendapat dengan negara yang maju dalam industri desa dan mendapat khidmat nasihat daripada
golongan profesional dalam bidang ini untuk meningkatkan produktiviti industri luar bandar di negara kita. Selain itu,kita
harus pandai mengambil yang jernih dan buang yang keruh dengan menjadikan kejayaan negara-negara lain dalam
industri desa sebagai rujukan untuk menjayakan industri ini di negara kita sendiri. Industri desa hendaklah ditransformasi
kepada pelbagai perusahaan daripada berbentuk tradisional kepada jenis penghasilan produk yang lebih kreatif dan
inovatif untuk menarik hati dan mengagumkan para pembeli. JIka usaha memajukan industri desa dilakukan secara
sistematik mengikuti prosedur-prosedur yang disediakan, maka suatu hari nanti industri desa akan mendahului segala
industri yang bertaraf antarabangsa.

Bukan itu sahaja, pihak kerajaan haruslah bekerjasama dengan sektor swasta untuk memaksimumkan hasil pengeluaran
industri desa. Kita tidak boleh bergantung sepenuhnya pada pihak kerajaan untuk menghidupkan industri desa
kerana bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Kedua-dua pihak ini haruslah berganding bahu untuk
memperkenalkan produk tradisional secara komersial kepada dunia luar. Mesin yang lebih canggih harus dibekalkan
kepada pengusaha industri desa supaya produk industri desa seperti kraf tangan yang dihasilkan lebih berkualiti. Bekalan
produk yang bermutu tinggi sememangnya akan mendapat sambutan yang baik daripada para pembeli di negara kita
mahupun pembeli dari negara asing. Penggunaan mesin juga dapat mempercepat proses pengeluaran produk dan
meningkatkan kuantiti barangan industri desa yang dihasilkan. Dengan ini, hasil-hasil industri desa dapat dibekalkan
kepada pembeli ataupun para pengusaha secara berterusan.

Konklusinya, industri desa sememangnya dapat memberi nafas baharu kepada masyarakat luar bandar dan seterusnya
meningkatkan pendapatan per kapita negara. Oleh itu, pihak yang terbabit harus sentiasa memastikan bahawa penduduk
di kawasan luar bandar diberikan bantuan dan kemudahan yang secukupnya untuk meningkatkan hasil industri desa. Para
pengusaha industri ini juga harus melakukan anjakan paradigma selaras dengan keadaan semasa supaya industri desa di
negara kita dapat dimajukan ke tahap yang maksimum dan mampu mengharumkan nama Malaysia di arena antarabangsa.
Malaysia Boleh!



















Mutakhir ini, arus globalisasi yang menerjah dunia telah memberi impak dan perubahan yang besar
kepada negara sama ada dari segi politik, ekonomi dan sosial. Dalam menongkah dan mengejar arus
modenisasi ini, kerajaan kita telah menggagaskan konsep 1 Malaysia yang berpaksikan slogan Rakyat
Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Hal ini juga merupakan rentetan kepada Dasar Ekonomi Baru supaya
semua lapisan masyarakat dapat menikmati kemakmuran negara secara adil dan saksama. Menyedari hakikat
inilah kerajaan telah memperuntukkan sejumlah dana yang besar bagi memajukan Industri Kecil dan
Sederhana (IKS). Hal ini bertepatan dengan peribahasa Melayu hati kuman sama di cecah, hati gajah sama
dilapah. IKS telah dibangunkan dengan pesatnya umpamacendawan tumbuh selepas hujan. Contoh
Industri Kecil dan Sederhana (IKS) ialah kilang kraf tangan, kilang keropok, perusahaan batik, kilang mi dan
lain-lain lagi. Terdapat banyak kepentingan IKS kepada masyarakat dan negara.

Salah satu kepentingan IKS ialah dapat meningkatkan ekonomi masyarakat terutamanya penduduk
di luar bandar. Kita sedia maklum bahawa industri ini banyak didirikan di kawasan luar bandar selaras dengan
konsep Satu Kampung Satu Produk. Sebagai contoh kilang membuat kerepek, kilang membuat sos
tomato, kilang kraf tangan dan lain-lain lagi. Pengusaha kilang dapat menjual hasil keluaran mereka kepada
penduduk-penduduk kampung serta pengunjung-pengunjung yang lain. Selain itu, mereka juga boleh
memasarkan hasil IKS ini di pasar malam, pasar tani serta di karnival-karnival jualan. Meskipun keuntungan
penjualannya tidaklah seberapa, namun sikap gigih dan istiqamah pengusaha IKS menyebabkan produk
mereka akhirnya mendapat perhatian para pengguna. Dalam usaha untuk mempromosi produk IKS ini,
peribahasa yang pipih tidak datang melayang, yang bulat tidak datang bergolekharuslah dijadikan
pegangan. Prinsip membujur lalu, melintang patah iaitu berani menghadapi cabaran dan dugaan dalam
perniagaan merupakan resipi kejayaan ramai pengusaha IKS pada hari ini. Oleh hal yang demikian, jelaslah
bahawa IKS ini sangat penting untuk meningkatkan pendapatan penduduk di luar bandar dan seterusnya
meningkatkan ekonomi negara.

Selain itu, IKS juga dapat membuka dan memberi peluang pekerjaan kepada
masyarakat terutamanya penduduk kampung. Kita sedia maklum bahawa untuk menjana dan meningkatkan
hasil pengeluarannya pengusaha IKS ini memerlukan pekerja yang ramai. Sebagai contoh, kilang membuat
kerepek memerlukan pekerja untuk menyediakan bahan, memasak, membungkus serta memasarkan produk
mereka. Sekurang-kurangnya kilang IKS tersebut memerlukan antara 15 hingga 20 orang pekerja untuk
menjalankan operasinya. Dalam usaha untuk meminimumkan kos serta meningkatkan produktiviti, sudah tentu
pengusaha IKS akan memilih para pekerja dalam kalangan masyarakat setempat . Hal ini telah akan membuka
peluang kepada suri rumah, ibu tunggal atau orang kurang upaya (OKU) untuk bekerja di situ. Sikap
pengusaha IKS yang prihatin serta mengutamakan khidmat sosial kepada masyarakat setempat, akan
mewujudkan perasaan kekitaan terhadap IKS yang diwujudkan di sesuatu kawasan itu. Peribahasa Melayu
ada mengatakan orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa,ironinya, para pekerja tersebut
akan berusaha dengan gigih untuk meningkatkan mutu serta kualiti produk kilang tersebut. Jelaslah bahawa
IKS ini bukan sahaja dapat membuka peluang pekerjaan kepada penduduk kampung malah dapat membantu
negara mengurangkan masalah pengangguran.

Di samping itu, pembinaan IKS di kawasan-kawasan luar bandar juga dapat membantu
meningkatkan sektor pertanian dan perikanan. Kita sedia maklum bahawa IKS memerlukan bahan-bahan
mentah untuk proses pengeluaran kilang mereka. Biasanya bahan-bahan mentah ini adalah daripada
hasil pertanian, perikanan atau perhutanan. Tamsilnya kilang membuat keropok memerlukan hasil tangkapan
laut, manakala kilang kerepek pula memerlukan hasil pertanian seperti ubi, keladi, pisang, jagung dan lain-lain.
Secara tidak langsung aktiviti pertanian dan perikanan turut meningkat di kawasan tersebut. Hasil pertanian
sara diri penduduk kampung yang selama ini sukar untuk dipasarkan, kini telah menjadi rebutan para
pengusaha IKS. Hukum ekonomi menjelaskan bahawa kadar permintaan mempengaruhi penawaran dan
harga barangan. Implikasinya harga barang mentah pertanian seperti ubi, pisang, keledek, keladi akan
meningkat. Secara tidak langsung sektor pertanian akan meningkat. Hal ini, diperkukuhkan lagi dengan dasar
kerajaan yang memberi perhatian serius untuk membantu meningkatkan pendapatan petani dan nelayan. Oleh
hal yang demikian, dalam usaha memenuhi permintaan IKS terhadap bahan mentah yang semakin meningkat
kerajaan melalui agensi-agensi pertanian seperti FAMA, MARDI, PELADANG dan sebagainya telah memberi
khidmat kepakaran dan subsidi kewangan kepada para petani dan nelayan. Tuntasnya, IKS ini
merupakan serampang dua mata kerana kewujudannya bukan sahaja dapat meningkatkan ekonomi malahan
dapat membasmi kadar kemiskinan rakyat di negara kita yang tercinta ini.

Ada pendapat yang mengatakan bahawa melancong ke Malaysia umpama telah melancong ke
separuh dunia. Hal ini kerana, di Malaysia terdapat pelbagai kesenian dan budaya daripada penduduk pelbagai
bangsa dan agama. Apakah kaitan penyataan ini dengan IKS? Kolerasinya ialah kewujudan IKS dapat
meningkatkan sektor pelancongan di negara kita. Kita sedia maklum bahawa para pelancong suka
membeli kraftangan untuk dibawa pulang. Sebenarnya di Malaysia terdapat banyak barangan kraftangan
daripada pelbagai etnik dan kaum yang menjadi warganegara Malaysia. Sebagai contoh perusahaan membuat
tembikar, pasu bunga, ukiran, labu sayong, batik, songket, tikar, bakul barangan hutan dan lain-lain lagi. Hasil
kraf tangan melambangkan identiti serta jati diri negara. Para pelancong membelanjakan berjuta-juta ringgit
untuk membeli kraftangan ini sebagai cenderamata kenang-kenangan atau hadiah kepada rakan-rakan
apabila pulang kelak. Dalam hal ini peribahasa Melayu ada menyebut bahawa tak tumbuh, tak melata, tak
sungguh orang tak kata. Hal ini menjelaskan bahawa kualiti serta keunikan kraftangan Malaysia akan
menarik lebih ramai pelancong ke negara kita. Ironinya perkara ini bukan sahaja akan meningkatkan imej
Malaysia sebagai negara berbilang bangsa malahan dapat meningkatkan ekonomi negara menerusi sektor
pelancongan.

Konklusinya, terdapat banyak kemaslahatan Indutri Kecil dan Sederhana (IKS) kepada masyarakat
dan negara kita. Sebagai rakyat Malaysia kita tidak seharusnya membiarkan peluang ini berlalu begitu sahaja.
Kita perlu gigih meningkatkan kualiti IKS kerana industri ini sebenarnya merupakan sebahagian daripada
barangan keluaran tempatan yang berperanan meningkatkan imej negara di mata dunia. Apabila masyarakat
sama ada di dalam atau di luar negara menggunakan sahaja barangan IKS, maka secara tidak langsung jati
diri negara telah terserlah. Oleh hal yang demikian, semua pihak iaitu pihak kerajaan, swasta, masyarakat
serta individu perlulah bekerjasama untuk meningkatkan industri ini. Dana yang besar telah diperuntukkan oleh
kerajaan perlu digunakan sebaik-baiknya bagi tujuan memajukan IKS. Diharapkan barangan keluaran IKS
mampu bersaing dalam pasaran di peringkat tempatan dan juga persada antarabangsa. Hal ini juga selaras
dengan gagasan 1 Malaysia iaitu, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.










LANGKAH-LANGKAH MEMAJUKAN INDUSTRI PELANCONGAN DESA

Sedasawarsa ini, pelancongan desa merupakan industri perkhidmatan yang kian
berkembang pesat di negara kita. Pada tahun 2000, purata pelancongan yang
berkunjung ke Malaysia dianggarkan sebanyak 10.2 juta orang. Senario ini menjadikan
Malaysia sebagai negara ketiga paling banyak menerima pelancong Asia Timur selepas
China dan Hong Kong. Lantaran itu, pelancongan desa telah juga mendapat tempat di
mata pelancong asing. Pelancongan desa dapat memberikan pengalaman kepada
pelancong supaya menghargai kehidupan di kampung dan menikmati kebudayaan dan
adat resam sesuai dengan peribahasa masuk kandang kambing mengembek,
masuk kandang kerbau menguak. Pelancongan desa akan bertambah maju
sekiranya pelbagai pihak memainkan peranan penting untuk memajukan industri ini.
Persoalannya, apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk memajukan industri ini
agar terus berkembang maju?

Minhaj pertama yang perlu dilaksanakan untuk memajukan pelancongan desa
ialah pihak kerajaan perlu mengadakan kempen melalui media massa dan media
elektronik. Melalui kempen yang dilaksanakan, keunikan dan kelebihan sesebuah desa
dapat disebarkan kepada masyarakat tempatan dan pelancong asing dengan cepat.
Dengan memanfaatkan kecanggihan teknologi yang ada pada masa kini, kerajaan
boleh membina laman sesawang yang mengandungi pelbagai informasi tentang
keistimewaan sesebuah desa di negara kita untuk disebarkan kepada masyarakat luar.
Sekiranya pihak kerajaan memandang enteng dan bersikap lepas tangan dalam usaha
untuk memajukan sektor pelancongan desa, maka industri ini akan terus hilang ditelan
zaman justeru dapat mengurangkan pendapatan penduduk kampung. Oleh itu,
pelaksanaan kempen merupakan langkah pragmatik dalam usaha memajukan
pelancongan desa agar industri ini tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas ditelan
arus kemodenan.

Minhaj seterusnya untuk memajukan pelancongan desa agar terus berkembang
ialah pihak kerajaan melalui Kementeriaan Pelancongan di bawah pimpinan Dato Sri
Dr. Ng Yen Yen haruslah menyediakan dan mencekapkan infrastruktur di negara kita.
Dengan adanya kelengkapan infrastruktur yang sempurna dan kondusif, sudah pasti
negara kita akan menjadi destinasi utama kepada pelancong-pelancong asing. Selain
itu, kemasukan pelancong asing akan dapat meningkatkan ekonomi industri desa di
negara kita melalui pengaliran mata wang asing. Pihak kerajaan juga seharusnya
mengeluarkan dana untuk diagihkan kepada wakil-wakil di setiap negeri bagi menaik
taraf infrastuktur seperti rumah penginapan, siber kafe, bekalan air bersih, kafe dan
kemudahan asas yang lain. Cuba kita bayangkan bagaimana reaksi pelancong asing
yang melancong ke negara kita jika kerajaan tidak mengambil berat terhadap
kemudahan infrastruktur? Seandainya pihak kerajaan menjalankan tanggungjawab
seperti melepaskan batuk di tangga, maka industri desa akan terus berada pada
takuk yang sama. Tegasnya, pihak Kementeriaan Pelancongan perlulah menyediakan
dan mencekapkan infrastruktur agar industri desa di negara kita terus berkembang
maju.

Selain itu, pihak pengurusan inap desa perlu menyediakan pelbagai aktiviti
rekreasi sebagai satu minhaj untuk memajukan industri pelancongan desa di negara
kita. Aktiviti-akitiviti rekreasi perlu dilaksanakan dengan lebih efektif kerana aktiviti
tersebut merupakan daya tarikan utama kepada pelancong asing mahupun pelancong
tempatan untuk menyertai aktiviti yang dijalankan sekaligus meningkatkan industri
pelancongan desa. Pihak pengurusan inap desa boleh menyediakan pelbagai aktiviti
rekreasi. Sebagai contoh, mereka boleh memperkenalkan permainan tradisional
masyarakat Melayu seperti gasing, congkak, wau, dan sebagainya. Mereka juga boleh
mengadakan pertandingan tarian, aktiviti menuai padi, dan pertandingan membuat kraf
tangan. Di samping dapat memperkenalkan budaya tempatan kepada pelancong asing,
aktiviti ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan mereka.
Melalui aktiviti ini, banyak nilai murni dapat diserap dalam jiwa pelancong-pelancong
kerana ketika menyertai aktiviti-aktiviti tersebut mereka diasuh untuk saling membantu
ibarat hati gajah sama dilapah,hati kuman sama dicecah. Seandainya aktiviti
rekreasi tidak dilaksanakan dengan penuh komitmen, sudah pasti industri pelancongan
desa akan terus mundur dan berada di takuk lama. Tegasnya, pihak pengurusan inap
desa perlu menyediakan pelbagai aktiviti rekreasi sebagai uslub penting untuk
memajukan industri pelancongan desa di negara kita.

Di samping itu, pihak kerajaan melalui Kementerian Pelancongan juga haruslah
memainkan peranan mereka dengan mempromosikan kawasan pelancongan di desa
kepada pelancong dalam dan luar negeri. Selain itu, untuk meningkatkan keberkesanan
promosi ini lagi, pihak kerajaan juga haruslah bekerjasama dengan agensi-agensi
kerajaan dan swasta untuk meningkatkan kehadiran pelancong dalam negara kita ini
lagi. Pihak Kementerian Pelancongan haruslah menitikberatkan perkara ini kerana tidak
banyak rakyat Malaysia dan pelancong asing mengenali kawasan-kawasan yang
strategik untuk melancong dan melawat kawasan desa di negara kita. Lebih-lebih lagi,
ekonomi negara Malaysia juga bergantung kepada sektor pelancongan dengan
pertambahan pelancong dari luar dan dalam negara dan secara tidak langsung dapat
meningkatkan sumber ekonomi negara kita lagi.

Minhaj yang lain adalah dengan mengadakan kempen secara giat dan efektif.
Pihak media massa dan media elektronik juga haruslah memainkan peranan mereka
dalam menjayakan kempen pelancongan ini dengan menyiarkan dan memaparkan
lokasi-lokasi di desa yang strategik untuk dijadikan kawasan pelancongan. Pihak
kerajaan juga haruslah campur tangan dalam hal ini dengan mengadakan festival-
festival seni dan kebudayaan di kawasan-kawasan desa yang terpilih untuk menambah
minat pelancong lagi untuk mengenali dengan lebih mendalam tentang kebudayaan
dan adat resam sesebuah masyarakat di desa itu. Secara tidak langsung, pelancong
akan mengunjungi kawasan itu untuk mengetahui dengan lebih mendalam lagi tentang
kebudayaan di situ bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Sebagai contoh, untuk
menarik minat kedatangan pelancong dari dalam dan luar negara adalah dengan
mengadakan pesta wau, pesta mencanting batik dan pesta kebudayaan masyarakat di
kawasan desa itu. Seandainya langkah untuk mempromosikan kawasan pelancongan
di desa tidak diambil serius oleh pihak kerajaan, kempen Cuti-cuti Malaysia dan Tahun
Melawat Malaysia tidak dapat dijayakan, seterusnya menjatuhkan kekukuhan sektor
pelancongan di negara kita. Tegasnya, peranan pihak kerajaan mempromosikan
kawasan pelancongan di desa kepada pelancong dalam dan luar negeri dapat
menambahkan kehadiran pelancong di negara ini.

Minhaj seterusnya, kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan perlu
membangunkan kawasan desa sebagai langkah untuk memajukan industri
pelancongan desa. Berdasarkan kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa masih
terdapat banyak tempat menarik di Malaysia yang mampu dieksploitasi sebagai tempat
pelancongan khususnya di kawasan-kawasan desa. Sehubungan dengan itu, pihak
berkuasa tempatan seharusnya mengambil langkah proaktif dengan membangunkan
sesebuah desa menjadi sebuah pusat pelancongan. Pihak kerajaan bolehlah
mendirikan sekurang-kurangnya satu industri dalam sesebuah desa seperti industri
pemprosesan makanan, batik dan kraf tangan. Industri desa haruslah diperkembangkan
supaya tak lapuk dek hujan tak lekang dek panasserta dapat memberi pulangan
yang lumayan dalam industri pelancongan. Andainya kerajaan negeri melalui pihak
berkuasa tempatan mengambil langkah sebegini, maka industri pelancongan desa di
negara kita dapat terus berkembang maju. Tegasnya, untuk memajukan industri desa,
kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan hendaklah membangunkan kawasan
desa sebagai salah satu pusat pelancongan desa.

Intihanya, peranan semua pihak sangat signifikan dalam memajukan industrI
pelancongan desa di negara kita. Oleh itu, semua pihak haruslah memainkan peranan
dan bekerjasama bagai aur dan tebing dalam merealisasikan modus operandi untuk
memajukan pelancongan desa di negara kita. Pelancongan menjadi suatu bidang
pelaburan bijak yang dapat memacu pertumbuhan industri-industri berkaitan yang lain
yang kesemuanya berperanan sebagai wahana dalam pembangunan mega Malaysia
menuju negara maju dalam abad ini. Selain sudut komersial pelancongan, peningkatan
kunjungan pendatang luar ke negara ini dengan sendirinya dapat memakmurkan
Malaysia di mata dunia luar. Senario ini secara tidak langsung dapat menangkis
pandangan negatif negara-negara Barat yang suatu ketika dahulu pernah mengatakan
negara kita sebagai sebuah negara yang penduduknya tinggal di atas pokok dan
bercawat. Industri pelancongan secara tidak langsung dapat menaikkan nama negara
di mata dunia walaupun negara kita merupakan satu titik kecil di atas peta. Oleh itu, kita
sepatutnya mengusahakan industri pelancongan desa di negara kita dengan sebaik-
baiknya.

Usaha-usaha memajukan industri desa

Pada masa ini industri desa semakin berkembang di negara kita. Pelbagai produk industri desa te
lah dipasarkan untuk keperluan masyarakat. Untuk memajukan lagi industri desa, pelbagai usaha perl
u dijalankan dengan kerjasama semua pihak.

Usaha pertama yang boleh dilakukan ialah kerajaan memberikan bantuan dan galakan kepada
mereka yang berminat. Bantuan dan galakan yang berterusan penting terutama kepada pengusaha y
ang baru sahaja menjalankan sesuatu industri desa. Kerajaan boleh memberikan bantuan modal dan k
hidmat nasihat secara berterusan.

Sebagai contoh, kerajaan perlu banyak mengadakan kursus yang berkaitan industri desa seperti b
atik, kraftangan dan makanan tradisional. Peranan kerajaan penting agar industri desa terus berkemba
ng maju di negara kita.

Selain itu, penggunaan alat-
alat teknologi moden penting untuk meningkatkan keluaran dan kualiti industri desa. Penghasilan pr
oduk industri desa yang semakin meningkat dan berkualiti penting untuk mewujudkan daya saing. Pi
hak yang terlibat perlu mengadakan kursus tentang cara menggunakan peralatan mesin dan jentera. S
ebagai contoh, penggunaan mesin penting untuk menghasilkan produk industri desa yang berkaitan d
engan pembuatan makanan tradisional. Jelas bahawa penggunaan alat teknologi moden, akan menari
k lebih ramai lagi mereka yang berminat menceburkan diri dalam industri desa.

Untuk memajukan lagi industri desa kerajaan boleh memperkenalkan konsepSatu Daerah Sat
u Produk. Melalui cara ini, setiap kampung perlu menghasilkan sesuatu produk dan memasarkan se
ndiri barangan mereka. Dalam hal ini, mereka perlu diberikan bimbingan,latihan dan cara-
cara untuk memulakan sesuatu industri desa. Sebagai contoh, kerajaan negeri Melaka telah memperk
enalkan rancangan Satu Daerah, Satu Industri. Sesungguhnya, setiap kerajaan negeri boleh menc
ontohi usaha tersebut untuk mengembangkan ekonomi masyarakat khususnya di luar bandar.

Seterusnya, kerjasama semua pihak penting untuk memasarkan keluaran industri desa. Keluar
an industri desa yang unik serta berkualiti mampu menarik perhatian masyarakat luar. Pameran-
pameran perlu diadakan dengan lebih kerap untuk memperkenalkan lagi keluaran industri desa kepad
a masyarakat. Sebagai contoh, pihak swasta seperti TV3 boleh membantu memperkenalkan industri d
esa melalui program Jom Heboh.

Kesimpulannya, masyarakat yang menjalankan industri desa perlulah merebut peluang sepenuhn
ya yang disediakan oleh kerajaan. Mereka perlulah meningkatkan ilmu serta kemahiran bagi mengha
silkan produk tempatan yang berkualiti. Kita amat berharap agar industri desa yang dijalankan di neg
ara kita terus seiring dengan kemajuan Negara.





Tajuk: Industri desa memainkan peranan yang tersendiri dalam pembangunan negara kita.
Huraikan kepentingan industri desa dan cara-cara memajukan industri berkenaan.
Takrifan: Industri luar bandar ataupun industri tradisional yang mengeluarkan
kerja tangan dan dihasilkan oleh masyarakat kampung yang masih
menggunakan teknik tradisi tempatan yang diwarisi daripada nenek moyang.
Kepentingan industri desa:
Membuka peluang pekerjaan dan perniagaan kepada anak-anak kampung
itu sendiri.
Membantu menarik lebih ramai pelancong asing datang ke Malaysia.
Sesebuah kampung mempunyai identiti hasil pengeluaran produknya
sendiri.
Penduduk kampung memperoleh pendapatan tambahan.
Dapat meningkatkan pendapatan negara.
Mampu mengekalkan nilai-nilai seni tradisi dan kebudayaan yang diwarisi
sejak zaman berzaman.
Cara-cara memajukan industri desa:
Galakan dan dorongan kerajaan serta perkhidmatan sokongan.
Diberi nafas baru melalui suntikan teknologi terkini bagi menjadikannya
berdaya saing tinggi, meningkatkan produktiviti dan menembusi pasaran
global.
Agensi kerajaan seperti SIRIM, MARDI dan institusi penyelidikan yang
lain mencipta pelbagai mesin untuk menghasilkan pelbagai produk.
Sektor swasta, terutamanya industri harus memperkenalkan produk
tradisional secara komersial.
Lebih banyak penyelidikan dan pembangunan (R&D) harus dilakukan
agar dapat meningkatkan nilai tambah untuk produk-produk industri
tradisional dan kraftangan.
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi melancarkan program
satu daerah satu industri.
Sekat peranan orang tengah dengan mengadakan jualan langsung.
Melahirkan kakitangan terlatih tanpa mengorbankan nilai-nilai tradisi.
Perlu menambah dan menimba ilmu serta kemahiran dari negara-negara
jiran yang banyak menghasilkan produk-produk tempatan yang berkualiti.
Kesimpulan:
Industri desa memberi nafas baru kepada mereka yang terlibat dalam
bidang ini khususnya penduduk di luar bandar. Mereka tidak sepatutnya
terlalu bergantung kepada bantuan dan subsidi kerajaan semata-mata.
Mereka perlu melakukan perubahan yang sesuai dengan keadaan semasa
dari segi berfikir, budaya kerja, kualiti produk dan sebagainya.
Peribahasa:
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah.
Hangat-hangat tahi ayam.
Bukit sama didaki dan lurah sama dituruni.
Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.