Anda di halaman 1dari 106

1

1.0 PENDAHULUAN

Pendidikan Aqidah amat dititik beratkan dalam kalangan umat Islam. Sumber rujukan
utama Pendidikan Aqidah sentiasa berpandukan al-Quran dan al-Hadith. Sebagai umat
Islam adalah perlu dan wajar menjaga aqidah daripada terpesong dengan fahaman-
fahaman yang menyesatkan.

Aqidah adalah berasal dari kata kerja Aqada yang bermaksud simpul atau ikat. Ia
sering dikaitkan dengan jual beli seperti aqada al bayt yang bermaksud perjanjian jual
beli. al-Quran seringkali menyebut perkataan ini dengan maksud ikatan perjanjian.
Menurut Sayyid Sabiq (2000), aqidah ialah kepercayaan dan keyakinan yang pasti dan
tidak berbelah bagi serta tanpa keraguan dan syak wasangka kepada Allah dan segala
sifatNya.

Selain itu, aqidah atau iman juga disebut sebagai keyakinan bersungguh-sungguh
bahawa sesungguhnya Allah adalah Tuhan bagi segala sesuatu, Maha Kuasa dan Maha
Pencipta. Di samping itu, iman juga merujuk kepada pengakuan yang teguh bahawa
Allah s.w.t. sahaja yang berhak disembah dan dirujuk segala amalan (Muhammad
Nuaim, 1991).

2

Hal ini diperkuatkan dengan hujah daripada Wahbah al-Zuhaily (2000), iaitu
perkara pertama yang perlu ditanam ke dalam diri dan jiwa orang Islam semasa kanak-
kanak ialah mengisbatkan kewujudan Allah dan mengesakanNya. Diikuti dengan
kasihkan Allah dan mensyukuri segala kurniaanNya kepada manusia. Kanak-kanak
mesti dididik untuk memahami dan mempraktikkan kepercayaan bahawa Allah s.w.t.
sahajalah yang berkuasa menjadikan segala yang ada di alam ini dan Dialah juga yang
berkuasa terhadap persoalan-persoalan hisab dan balasan terhadap segala amalan yang
telah dilakukan oleh makhlukNya.

Tambahan lagi, Abdullah Nasih Ulwan (1995) menyatakan Pendidikan Aqidah
dalam Islam adalah pendidikan yang berterusan dan harus bermula daripada usia tamyiz.
Pendapat ini adalah berdasarkan firman Allah dalam surah al-Araf ayat 172 dan surah
Luqman ayat 13 hingga 15. Kanak-kanak tersebut diperkenalkan kepada kuasa Allah
yang luar biasa dalam penciptaan alam ini. Selain itu, anak-anak hendaklah secara
berterusan dididik mengingati Allah dalam apa jua suasana dan keadaan.

Bukan itu sahaja, Abdullah Bukhari Abdul Rahim (2012) menyatakan pengajaran
aqidah perlu dimudahkan untuk orang awam lebih-lebih lagi kanak-kanak. Hal ini
kerana, kanak-kanak yang mengenal Allah sejak kecil akan membesar dengan kekuatan
aqidah yang utuh. Kesimpulannya dalam konteks pendidikan di sekolah rendah
mahupun menengah, bidang aqidah merupakan satu komponen utama bagi mata
pelajaran Pendidikan Islam. Sehubungan itu, semua murid sewajarnya mampu untuk
menguasai dengan baik dan berkesan serta boleh menunaikan ibadah khusus dengan
sempurna.
3

1.1 Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu

Sekolah Kebangsaan Pagar Besi (SKPBe) Kuala Terengganu merupakan sekolah ketiga
pengkaji menjalani sesi praktikum selepas Sekolah Kebangsaan (S.K.) LKTP Jerangau
dan Sekolah Kebangsaan (S.K.) Maras. Sekolah ini terletak di kawasan perkampungan
dan dikategorikan sebagai sekolah luar bandar.

Semasa pengkaji berpraktikum di SKPBe, pengkaji telah diminta mengajar mata
pelajaran Pendidikan Islam tahun 3 Akrab. Pengkaji diberitahu oleh guru agama yang
mengajar kelas ini bahawa murid dalam kelas ini turut terdiri daripada murid yang lemah
serta bersifat agak pasif ketika proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Beberapa
latih tubi atau lembaran kerja yang pernah diberikan oleh guru ini memperlihatkan
pencapaian yang rendah dan tidak memuaskan. Guru agama kelas ini seterusnya
mencadangkan saya untuk memberikan tunjuk ajar, perhatian lebih serta method
pengajaran terbaik kepada golongan sasaran yang dilihat lemah dalam kelas tersebut.

Pada minggu ketiga berpraktikum di sini, pengkaji telah mengajar Pendidikan Islam
dalam bidang Ulum Syariyyah (Aqidah), yang bertajuk Beriman kepada Hari Akhirat.
Murid di dalam kelas ini adalah seramai 28 orang murid yang terdiri daripada 13 orang
murid lelaki dan 14 orang murid perempuan.

Semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran tersebut, pengkaji mendapati
terdapat sebilangan besar murid dalam kelas ini sukar mengingat serta tidak mampu
menghafal fakta nama-nama Hari Akhirat beserta maksudnya dengan betul. Pengkaji
4

hanya menggunakan kaedah penerangan kepada murid dan meminta murid sekadar
menghafal isi-isi pengajaran dalam tajuk ini. Namun hanya segelintir murid yang dapat
menguasai tajuk ini dengan baik. Soalan-soalan secara lisan telah diajukan kepada
mereka, namun mereka masih tidak dapat menjawab dengan betul dan tepat. Bahkan
semasa menjawab soalan, murid cuba berfikir dan mengambil masa yang lama untuk
menjawab soalan serta meminta bantuan daripada rakan lain untuk memberikan
jawapan.

Selain itu, keadaan sama juga berlaku semasa murid melaksanakan aktiviti pada
lembaran kerja berkenaan tajuk Beriman kepada Hari Akhirat yang telah diedarkan oleh
pengkaji semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Murid-murid dilihat
termenung dan cuba mengingat kembali isi pelajaran yang telah diajar kepada mereka.
Murid cuba berbincang dengan rakan untuk mendapatkan jawapan. Melalui pemerhatian
yang dibuat oleh pengkaji, murid tidak dapat menjawab soalan yang diberikan dengan
betul. Di samping itu juga, murid-murid kelihatan keliru antara nama-nama hari akhirat
dengan maksud setiap nama tersebut.

Apabila melihat situasi sebegini berlaku, pengkaji merasa bertanggungjawab serta
mendorong pengkaji untuk mencari punca dan alternatif lain yang boleh diguna pakai
nagi memperbaiki tahap penguasaan murid berkenaan tajuk ini. Hal ini kerana tajuk
Beriman kepada Hari Akhirat merupakan salah satu daripada cabang keimanan seorang
Muslim. Bagi meningkatkan keupayaan mengingat dan menghafal fakta murid-murid,
pengkaji telah cuba merancang membentuk satu kaedah baru yang dirasakan sesuai
5

dengan kecerdasan murid-murid, merujuk kepada beberapa keadah lama yang tersedia
ada.

Pengkaji mendapati terdapat beberapa sebab yang menyumbang kepada berlakunya
perkara ini. Antaranya disebabkan oleh murid itu sendiri dan kaedah yang digunapakai
oleh guru semasa mengajar. Sebagai contoh kaedah penerangan yang digunakan oleh
guru menjadi kurang berkesan kerana murid tidak mampu memahami penerangan yang
disampaikan dengan baik.

Hal ini semuanya diperkuatkan berdasarkan beberapa bukti berupa temu bual secara
lisan kepada murid dan lembaran kerja yang pernah diberikan kepada 28 orang murid
tahun 3 Akrab ini. Secara umumnya, keputusan mendapati hampir seramai 17 orang
murid mendapat markah 7 dan ke bawah dan 11 orang murid lagi mendapat markah 9
dan ke atas. Walau bagaimanapun, apa yang mendukacitakan hanya seorang yang dapat
mencapai markah penuh daripada ujian lembaran kerja yang telah diedarkan ini

Jadual 1 : Analisis Pemarkahan Dokumen Lembaran Kerja
Markah Bilangan Murid
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
0
0
2
0
8
3
3
4
3
1
1
1
6

1.2 Latar Belakang Kajian

Dalam sistem pendidikan negara, terdapat pelbagai kaedah dan pendekatan yang dapat
digunakan oleh seseorang pendidik dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka.
Penggunaan kaedah dan pendekatan yang pelbagai oleh seseorang guru dapat
mempengaruhi minat dan motivasi murid untuk belajar. Antara kaedah dan teknik yang
dapat digunakan antaranya ialah melalui kaedah latih tubi, nyanyian, permainan dan
lain-lain.

Kaedah pengajaran menurut Mohd Yusuf (2000), Ahmad (1997), Mok Soon Sang
dan Lee (1991), Sharifah Alwiah Alsagof (1984) serta Hasan (1981) ialah siri tindakan
yang sistematik yang bertujuan untuk mencapai objektif pelajaran dengan langkah dan
penyampaian yang tersusun. Justeru apa sahaja cara yang guru Pendidikan Islam
lakukan untuk memberi kefahaman kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran
dinamakan sebagai kaedah.

Berdasarkan pengalaman pengkaji, terdapat perbezaan tahap keupayaan berfikir dan
mengingat fakta pada setiap kanak-kanak. Ia dapat dikaitkan dengan proses
perkembangan intelektual mereka dalam menjalani kehidupan harian. Ada di antara
murid yang mempunyai ingatan yang baik serta dapat menyimpannya dalam tempoh
masa yang lama, manakala ada juga murid yang mengalami kesukaran untuk mengingat
serta hanya dapat bertahan dalam tempoh yang pendek sahaja.

7

Pembaharuan dalam pendekatan pengajaran amatlah diperlukan. Menurut Ariffudin
Dzulkifli (2011) pendekatan pengajaran seharusnya merangkumi aspek rangsangan yang
mampu memberikan ketekalan ingatan dengan baik terhadap penghafalan fakta-fakta.
Justeru pembaharuan dalam pendekatan pengajaran yang pengkaji harapkan mampu
memberikan ketekalan ingatan dengan baik terhadap penghafalan murid-murid kepada
fakta-fakta dalam bidang Aqidah ini. Bertitik tolak daripada ini, pengkaji telah
bercadang untuk merancang suatu kaedah yang mampu meningkatkan penguasaan
kemahiran menghafal sesuatu fakta dengan kadar tempoh masa yang panjang.

Selain itu, apabila menyentuh mengenai motivasi, kebanyakan murid-murid kurang
berminat untuk mempelajari Aqidah dan mungkin sikap negatif terhadap pelajaran ini
seringkali lupa dan tidak yakin untuk mencuba kerana takut membuat kesilapan.
Tambahan pula, suasana di rumah yang tidak banyak mendorong kepada kecenderungan
menghayati Aqidah telah menyebabkan masalah ini bertambah runcing. Maka, keunikan
kaedah pengajaran yang dibuat ini dapat menarik kecenderungan minat murid untuk
terus mempelajari Aqidah.

1.3 Pernyataan Masalah

Silibus dalam Pendidikan Islam sebenarnya tidaklah begitu membebankan dan
menyusahkan murid untuk mengingat, namun pengkaji telah menemui masalah hasil
daripada refleksi pengajaran dan pembelajaran yang lalu. Masalah yang sering dihadapi
oleh murid-murid tahun 3 Akrab ialah sukar untuk mengingat atau menghafal fakta
mengenai pengertian Beriman kepada Hari Akhirat dan nama-nama Hari Akhirat beserta
8

maksudnya bagi tajuk Beriman Kepada Hari Akhirat. Tahun 3 Akrab merupakan kelas
kedua dan rata-rata murid sudah boleh menguasai kemahiran membaca dan menulis Jawi
dengan baik. Perkara ini diperolehi hasil daripada pemerhatian semasa proses PdP
berlansung.

Murid juga kurang berminat untuk mengingat kesemua fakta mengenai pengertian
Beriman kepada Hari Akhirat dan nama-nama Hari Akhirat beserta maksudnya setelah
pengkaji menggunakan cara tradisional dalam kelas. Faktor pemilihan sampel adalah
murid yang lemah dalam mengingat dan menghafal kesemua fakta ini berpandukan
markah terendah dalam lembaran kerja yang diedar oleh pengkaji.

Menurut Robert M.Gangne (1970) seorang profesor dan ahli psikologi dalam Model
Pemprosesan Maklumat beliau mengemukakan sebanyak 8 jenis fasa dan fasa yang
kelima adalah mengingat kembali. Fasa mengingat kembali ini merupakan tindakan
mencari maklumat atau pengalaman yang disimpan dalam stor ingatan jangka panjang.
Isyarat daripada rangsangan luaran atau motif dalaman yang menggerakkan seseorang
individu itu untuk cuba mengingat kembali maklumat.

Justeru kajian ini menfokuskan untuk meningkatkan penguasaan menghafal fakta
bagi tajuk Beriman kepada Hari Akhirat Tahun 3 Akrab.




9

1.4 Tinjauan Awal

Pada dasarnya, kajian ini akan memfokuskan kepada masalah yang berkaitan dengan
kelemahan murid tahun 3 Akrab menguasai kemahiran menghafal fakta dalam bidang
Aqidah. Justeru itu, kajian ini akan mengetengahkan hasil berkaitan perkara yang
dibincangkan. Walau bagaimanapun, pengkaji telah menjalankan tinjauan literatur
berkaitan tajuk yang telah dipilih iaitu Kaedah Selang: Peningkatan Penguasaan
Menghafal Fakta Bagi Tajuk Beriman kepada Hari Akhirat Tahun 3 Akrab. Tinjauan
literatur tersebut akan melibatkan tiga pembahagian iaitu konsep dan teori-teori
berkaitan dengan ingatan dan strategi meningkatkan daya ingatan, konsep Beriman
kepada Hari Akhirat dan kajian-kajian lepas berkaitan keberkesanan kaedah latih tubi
dan kaedah pengulangan dalam pembelajaran murid.

Pengkaji juga turut menggunakan beberapa instrumen semasa membuat tinjauan
awal dalam kajian ini. Instrumen yang digunakan pengkaji adalah analisis dokumen,
pemerhatian dan borang senarai semak.

Berdasarkan pemerhatian umum yang dilakukan terhadap murid-murid tahun 3
Akrab dalam bidang Aqidah berkaitan tajuk Beriman kepada Hari Akhirat semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran, didapati terdapat sebilangan besar murid dalam kelas ini
sukar mengingat serta tidak mampu menghafal fakta nama-nama Hari Akhirat dan
maksudnya dengan betul.

10

Semasa melaksanakan proses borang senarai semak pula, soalan-soalan yang
disenaraikan dalam borang senarai semak telah dijawab, namun keputusan menunjukkan
bahawa masalah utama yang dihadapi oleh murid ialah sukar menghafal fakta.

Akhir sekali, pengkaji juga turut mengedarkan lembaran kerja di akhir PdP, namun
keputusan menunjukkan hanya seorang sahaja yang dapat mencapai markah penuh
daripada lembaran kerja yang telah diedarkan ini.

1.5 Refleksi Sorotan Literatur

Menurut Chua Yan Piaw (2006), refleksi sorotan literatur ialah perbincangan mengenai
beberapa perkara berkaitan dengan kajiannya dengan meninjau kajian-kajian lepas untuk
memperoleh maklumat. Oleh kerana kajian tindakan yang dilaksanakan oleh pengkaji ini
telah menggunakan satu kaedah baru, maka tinjauan terhadap maklumat berkaitan
keberkesanan kaedah ini tidak dapat dinyatakan. Namun disebabkan kaedah Selang ini
berorientasikan latih tubi dan pengulangan, maka pengkaji telah membuat keputusan
untuk membuat tinjauan umum sahaja berkaitan keberkesanan kaedah latih tubi dan
kaedah pengulangan serta turut menyatakan serba sedikit gambaran mengenai kaedah
Selang ini beserta kebaikannya terhadap murid. Berikut adalah perkara-perkara yang
dibincangkan dalam refleksi sorotan literatur ini:

1.5.1 Konsep dan teori-teori berkaitan dengan ingatan dan strategi meningkatkan daya
ingatan
1.5.2 Konsep Beriman kepada Hari Akhirat
11


1.5.3 Kajian-kajian lepas berkaitan keberkesanan kaedah latih tubi dan pengulangan
dalam pembelajaran murid.


1.5.1 Konsep dan Teori-Teori Berkaitan Dengan Ingatan dan Strategi
Meningkatkan Daya Ingatan

Sepanjang mengendalikan sesi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas, pengkaji
melihat guru sangat berperanan sebagai ibu bapa yang kedua bagi murid-murid di
sekolah dalam mendekati mereka serta menyelesaikan masalah yang dihadapi. Hal ini
dikuatkan lagi oleh kenyataan Syazwani Zakaria (2012) yang berpandangan; Masa
pengajaran yang berkualiti sepanjang sesi pembelajaran bersama-sama murid membuka
peluang untuk guru mendekati murid bukan sahaja daripada aspek pembangunan sosial,
tetapi juga meliputi aspek perkembangan murid yang menyeluruh. Kenyataan ini
sejajar dengan penyataan yang dikeluarkan oleh Frank, et.al (1988) yang berpendapat;
Guru harus dapat mengesan dan mengenalpasti dengan tepat kesilapan-kesilapan yang
dilakukan murid, seterusnya membantu murid untuk mengatasinya.

Jika diteliti dalam skop Pendidikan Khas pula, Sharani Ahmad (2006) dalam
penulisan bukunya yang bertajuk Mengurus Kanak-Kanak Yang Susah Belajar
menyatakan ; Bimbingan sebagai pertolongan asas yang boleh diberikan kepada kanak-
kanak bermasalah pembelajaran. Hal ini dirumuskan olehnya sebagai kefahaman
mengenai kanak-kanak akan membantu seseorang guru atau ibu bapa dalam
12

memberikan bantuan atau pertolongan yang direka bentuk dengan betul bagi membantu
kanak-kanak menyesuaikan diri dengan persekitarannya.

Bertepatan dengan kenyataan di atas, pengkaji telah meneliti dan melihat kepada
masalah yang dihadapi oleh murid 3 Akrab untuk dibantu iaitu melibatkan masalah
mengingat dan menghafal fakta. Berkenaan dengan proses mengingat ini, Allah telah
berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 286 yang bermaksud: Allah tidak membebani
seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. Ayat al-Quran ini sesuai dengan
proses mengingat bagi seseorang individu. Setiap individu dikurniakan oleh Allah
kemampuan dan kecerdasan minda yang berbeza-beza. Justeru, bagi mengingat sesuatu
perkara, seseorang itu perlu untuk menggunakan kaedah tertentu supaya ingatan itu
berkekalan.

Menurut Khalid Mohamad Nor (2005), daya ingatan mempunyai kesan penting
prestasi pelajar. Pengkaji telah berhadapan dengan murid yang tidak dapat menjawab
soalan lembaran kerja yang telah diberikan dengan tepat dan betul kerana mereka kurang
menguasai kemahiran menghafal dan mengingat. Setelah melalui beberapa sesi
pembacaan bahan yang berkaitan, pengkaji mengambil keputusan untuk mencipta dan
menggunakan satu kaedah yang baru iaitu kaedah Selang berbantukan bahan sumber
pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini akan cuba digunakan dalam kajian ini untuk
menyelesaikan masalah kurangnya penguasaan murid dalam menghafal atau mengingat
fakta. Kaedah Selang ini adalah satu kaedah yang berunsur dan berorientasikan latih
tubi, merupakan gabungan dua perkataan menjadi satu iaitu sebut dan ulang, maka
menjadi Selang. Ia tercetus dan bertitik tolak hasil inovasi daripada kaedah yang
13

pernah dan biasa digunakan oleh guru bagi mata pelajaran Pendidikan Islam iaitu
Kaedah Tikrar. Kaedah Tikrar atau kaedah ulangan ini bolehlah kita samakan dengan
kaedah latih tubi, iaitu pendekatan kaedah ini adalah melakukan pembacaan atau
mengingat secara berulang kali.

Apa yang membezakan kaedah Selang ini dengan kaedah tradisional yang lain,
kaedah ini tidak hanya tertumpu pada kemahiran sebut dan ulang semata-mata, namun
pelaksanaan kaedah ini mempunyai satu inovasi dan penambahbaikan berbantukan
teknologi maklumat iaitu slaid Powerpoint yang menarik. Ianya sesuai dengan
pandangan Howard Gardner (1983) yang mengatakan bahawa ketidakserasian antara
kaedah mengajar dengan profil kecerdasan pelajar boleh menyebabkan seseorang pelajar
itu gagal atau hilang minat terhadap sesuatu subjek. Kenyataan ini dikuatkan lagi dengan
pandangan Ragbir Kaur (2006), setiap murid mempunyai aras kognitif yang berlainan
antara satu sama lain. Justeru pengkaji melihat pelaksanaan kaedah ini sangat sesuai dan
akan menyeronokkan murid yang berlainan aras kognitif untuk belajar serta dapat
meningkatkan minat murid, seterusnya meningkatkan penguasaan menghafal fakta.

Selain itu, apa yang biasa berlaku, guru yang mengajar murid-murid dengan kaedah
tradisional, iaitu kaedah kapur dan cakap (chalk and talk), dan arahan serta pendekatan
berpusatkan guru hanya menekankan pada informasi untuk dipelajari dan untuk diingat
semata-mata.

Menurut model teori pembelajaran Carl Rogers (2003) iaitu di bawah mazhab
humanis yang menekankan bahawa pembelajaran manusia itu bergantung kepada emosi
14

dan perasaannya dan setiap individu mempunyai cara belajar yang berbeza. Dalam
proses mengingat, emosi memainkan peranan penting. Emosi mempengaruhi keupayaan
seseorang itu mengingat dan menghafal sesuatu fakta dengan jelas. Jika berlakunya
gangguan emosi, maka proses menghafal dan mengingat akan terjejas.

Namun begitu, kaedah Selang ini juga merupakan kaedah yang cuba menerapkan
pendekatan berpusatkan murid iaitu sedikit berlainan dengan kaedah yang lain kerana
dengan berbantukan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran iaitu slaid Powerpoint
yang menarik. Murid perlu melihat terlebih dahulu sesuatu perkataan dengan jelas
kemudian menyebut perkataan itu dengan betul mengikut dan berpandukan cara sebutan
dan bacaan guru. Seterusnya murid akan mengulangi sebutan tersebut berulang-ulang
kali sehingga dapat mengingatinya dengan sempurna.

Kaedah yang cuba diterapkan ini bertepatan dengan pandangan Murugiah
Velayutham (1997) yang melihat pembelajaran ialah suatu proses yang cergas dan perlu
diransang serta dibimbing ke arah matlamat yang diingini. Rangsangan luaran yang
mendorong pembelajaran termasuklah pengaruh guru melalui tugasan yang dibuat,
soalan yang ditanya, alat bantu mengajar yang digunakan dan semua prosedur yang
digunakan untuk membangkitkan kegiatan belajar.

Selain itu, pengkaji berpendapat kaedah ini sangat boleh diaplikasikan bukan sahaja
dalam mata pelajaran Pendidikan Islam sahaja, malah meliputi kesemua mata pelajaran
yang ada di sekolah khususnya yang melibatkan kepada kaedah mengingat dan
menghafal fakta. Bukan itu sahaja, pengkaji juga sangat yakin dengan kaedah ini mampu
15

membantu menarik minat murid untuk terus mempelajari subjek Pendidikan Islam di
sekolah.

Menurut Woolfolk. A (1998), pembelajaran adalah aktiviti proses mental yang aktif
termasuk mendapatkan, menyimpan dan menyampaikan pengetahuan. Pakar psikologi
kognitif menyatakan bahawa semua pengetahuan yang kita perolehi adalah produk
pembelajaran dan keinginan orang untuk belajar.

Menurut Zulkifli Ismail (1993) pula, ingatan ialah kebolehan memanggil balik atau
menyebut dan menulis fakta atau kejadian yang telah berlaku setelah beberapa lama.
Kemahiran mengingat mempunyai fungsi yang sangat penting dan mustahak kepada
pemikiran dan tindakan. Seandainya manusia tidak boleh mengingat fakta dan kejadian-
kejadian yang penting, aktiviti-aktiviti harian tidak dapat berjalan dengan baik, teratur
atau sistematik. Jika seseorang itu lupa ingatan, sudah tentu dia tidak boleh bercakap,
membaca, mengenal benda atau rakan-rakannya yang lain.

Justeru, apabila murid mulai mencapai minat dalam pembelajaran ia akan
mewujudkan motivasi mereka untuk belajar. Pada masa ini, pengkaji harus
mempertimbangkan teknik pengajaran yang dapat meningkatkan minat murid. Shirey
dan Reynolds (1998) dalam Robert E. Salvin (1994) berkata, The intrinsic motivation
to learn something is enchanced by the use of interesting material as well as by variety
in mode of presentation

16

Tuntasnya, kaedah ini secara keseluruhan menekankan kepada teori berunsur
kognitif. Pengkaji menjelaskan bahawa dalam kajian ini, pengkaji ingin melihat
peningkatan penguasaan menghafal fakta dalam tajuk Beriman kepada Hari Akhirat
khususnya melibatkan pengertian Hari Akhirat dan lima nama Hari Akhirat beserta
maksudnya. Oleh yang demikian, penggunaan bahan sumber pengajaran dan
pembelajaran yang menekankan aspek kognitif ini adalah sangat penting dalam
menyelesaikan masalah ini.

1.5.2 Konsep Beriman kepada Hari Akhirat

Menurut Abdullah Jusoh (1990), Pendidikan Islam adalah satu proses mendidik akal,
jasmani dan roh manusia berasaskan nilai-nilai insaniah yang bersumberkan al-Quran
dan al-Hadith bagi melahirkan manusia yang bertakwa.

Dalam ilmu Pendidikan Islam ini terdapat cabang ilmu dalam bidang Aqidah yang
sangat berkait dengan Rukun Iman iaitu Beriman kepada Hari Akhirat. Menurut Abdul
Aziz (1993), Qiamat atau Hari Akhirat ialah hari akhir dunia yang mana akan berlaku
kehancuran seluruh alam dan matinya semua yang hidup, selepas itu Allah yang Maha
Berkuasa menggantikan pula dengan alam baru dan menghidupkan semula semua
manusia yang telah mati untuk dihisabkan segala amalan yang mereka telah kerjakan
semasa hidup di dunia ini untuk ditempatkan sama ada ada ke syurga atau ke neraka.

Sebagai umat Islam kita wajib beriman kepada Rukun Iman yang enam yang salah
satu daripadanya ialah Beriman kepada Hari Akhirat. Hari Akhirat yang disebut juga
17

hari kebangkitan itu tetap akan berlaku, hanya manusia tidak mengetahui bilakah
berlakunya kecuali Allah. Pada hari tersebut seluruh umat manusia akan dihimpunkan
untuk dihisab oleh Allah segala amal perbuatan mereka yang telah dilakukan ketika
berada di dunia dan akan menerima pembalasan yang setimpal dari amal yang mereka
telah dikerjakan dengan seadil-adilnya.

Apabila datangnya Hari Akhirat, ketika itulah sangkakala ditiup dan seluruh
makhluk yang hidup di dunia ini akan mati. Ketika kejadian dahsyat itu menimpa dunia,
berlakulah goncangan bumi yang amat menggerikan, langit-langit beserta isinya
menjadi kacau-bilau, bumi digoncangkan dengan dahsyatnya, gunung-ganang
berterbangan dan hancur luluh dengan sehancurnya, bintang-bintang berguguran,
matahari telah digulung sehingga tidak bercahaya lagi, lautan yang besar meluap-luap
dengan gelombang yang bergulung-gulung menghancurkan dan menelan setiap yang ada
di permukaan. Firman Allah dalam Surah Al-Haaqqah ayat 13-15 yang bermaksud :

"Kemudian ketahuilah bahawa apabila ditiup sangakakala dengan sekali tiup dan bumi
serta gunung-ganang diangkat dari tempatnya lalu dihancurkan keduanya dengan sekali
hancur, maka pada saat itu berlakulah Hari Akhirat".

Setelah itu manusia akan dibangkitkan kesemuanya di padang Mahsyar. Pada ketika
itu manusia akan mengetahui amal kebaikan atau keburukan yang mereka lakukan ketika
berada di dunia. Di saat itu tiada siapa yang dapat mengubah catatan berkenaan. Masing-
masing akan menerima hasil perbuatan mereka dalam bentuk buku catatan amalan
18

mereka. Jika diberi dan diterima dengan tangan kanan, berbahagialah si penerimanya
kerana itulah tanda bahawa kenikmatan hidup di syurga bakal menantinya.

Syurga merupakan balasan dan ganjaran yang penuh kenikmatan dan kebahagiaan
bagi mereka yang beriman dan bertakwa kepada Allah. Tetapi amat malang bagi mereka
yang menerima buku catatan amalan mereka dengan tangan kiri kerana balasan ke atas
mereka adalah neraka yang disediakan bagi mereka yang ingkar kepada Allah. Maka
pada ketika itu barulah mereka menyesal. Hal ini jelas disebut dalam Surah Al-Haaqqah
ayat 27-29 yang bermaksud:

"Alangkah baiknya kalau kematianku di dunia dahulu menjadi kematian pemutus (yang
menamatkan kesudahannya, tidak dibangkitkan lagi). Harta kekayaanku tidak dapat
menolongku sedikit pun, telah hilang kekuasaanku daripadaku"

Begitu dahsyat suasana yang berlaku pada Hari Akhirat. Justeru mempelajari dan
memahami semua yang berkaitan dengan perkara ini sangat perlu supaya kita sentiasa
tergolong dalam golongan yang dijanjikan syurga di Akhirat kelak.

1.5.3 Kajian-kajian lepas berkaitan keberkesanan kaedah latih tubi dan
pengulangan dalam pembelajaran murid

Kaedah latih tubi bertujuan untuk menyediakan latihan dan peneguhan secukupnya
kepada murid tentang sesuatu pembelajaran spesifik supaya mereka secara automatik
boleh menyebut atau memperingati semula maklumat apabila disuruh berbuat demikian,
19

manakala kaedah pengulangan merupakan satu aktiviti bacaan berulang-ulang kali
untuk menguatkan ingatan dan mengingati sesuatu bacaan secara berulangkali.

Menurut kajian Robiah dan Siti Hajar Husna (2009) dalam kajian mereka
Meningkatkan Minat Murid Dalam Pendidikan Islam Dengan Gubahan Lagu, apabila
diteliti kajian ini, pengkaji tersebut cuba membantu murid mengingat fakta yang
dipelajari dengan berbantukan lagu dan muzik. Namun perlu diingat lagu dan muzik
semata-mata tidak akan dapat membantu murid mengingat sekiranya tidak ada unsur
pengulangan atau latih tubi semasa proses tersebut dijalankan. Justeru, kajian ini secara
lansung mengukuhkan kaedah Selang sebagai satu kaedah baru yang berorientasikan
latih tubi, dapat membantu meningkatkan proses mengingat atau menghafal dalam
kalangan murid.

Rasyiqah Yaacob dan Idrul Hisham (2012) dalam kajiannya yang bertajuk
Keberkesanan Kaedah Latih Tubi Dan Salin Jalin Dapat Meningkatkan Kemahiran
Menulis Murid Pemulihan SK Bari Pantai, Merang, Setiu, Terengganu., mendapati
bahawa kaedah latih tubi dapat meningkatkan kemahiran menulis berdasarkan gambar
murid pemulihan melalui peningkatan tahap pencapaian murid selepas diberi rawatan.
Dapat dirumuskan, kaedah latih tubi merupakan antara kaedah yang dapat meningkatkan
kemahiran murid disamping menarik minat murid untuk fokus pada proses pengajaran
dan pembelajaran.

Tambahan lagi, kajian Dayang Norhafizah (2009) yang bertajuk Latih Tubi Bacaan
Dalam Membantu Murid Pemulihan Menguasai Kemahiran Huruf Vokal Awalan , setelah
20

menjalankan bimbingan selama 3 bulan, hasil analisis data mendapati teknik latih tubi
yang digunakan dapat meningkatkan penguasaan kemahiran membaca seorang murid
pemulihan khas yang bernama Jeff. Kajian ini telah memberi impak positif kepadanya,
murid pemulihan dan sekolah. Kaedah membaca secara latih tubi juga membantunya
menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran selaku guru pemulihan.

Bukan itu sahaja, kajian Cathy John (2009) yang bertajuk Kaedah Sebut, Eja dan
Bunyikan, setelah menjalankan kajian selama 2 minggu kepada seorang responden
bernama Mark untuk belajar dan mengingati suku kata yang diberikan. Kaedah yang
dijalankan secara berulang-ulang ini membuahkan hasil iaitu mendapati terdapat
perubahan yang positif dalam perkembangan penguasaan dan pengetahuan Mark dalam
kemahiran membaca.

Hasil penelitian pengkaji kepada keempat-empat kajian ini memperlihatkan
sekiranya ada unsur pengulangan atau latih tubi semasa proses sesuatu kajian itu
dijalankan, maka ianya dapat secara lansung membantu murid menyelesaikan masalah
yang dihadapi yang melibatkan masalah mengingat, membaca dan menulis.Justeru,
kajian ini secara lansung mengukuhkan kaedah Selang sebagai satu kaedah baru yang
berorientasikan latih tubi, dapat membantu meningkatkan proses mengingat atau
menghafal fakta dalam kalangan murid.




21

1.6 Rumusan

Guru pada masa kini hendaklah melangkah setapak ke hadapan untuk lebih kreatif
dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang sedang dan bakal timbul. Oleh itu guru
hendaklah memperbanyakkan pembacaan pelbagai jenis buku dan bahan ilmiah yang
dapat membantu guru untuk menyelesaikan segala masalah dengan berkesan dan efektif.
Hasilnya, apa sahaja masalah yang timbul akan dapat diselesaikan dengan cara yang
betul dan tepat.
















22




2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN
Bahagian ini menghuraikan tentang tinjauan masalah yang berkait dengan pengalaman
pengkaji dan relevan kepada keperluan murid. Instrumen yang digunakan untuk
meninjau masalah beserta analisis kepada tinjauan masalah tersebut turut dihuraikan
dalam bahagian ini. Kajian ini berfokus kepada meningkatkan penguasaan menghafal
fakta bagi murid tahun 3 Akrab. Pengkaji telah memilih tajuk Beriman kepada Hari
Akhirat dan menfokuskan kepada pengertian Hari Akhirat, nama-nama bagi Hari
Akhirat dan maksudnya kerana masih kurang diingat oleh murid kelas ini.

2.1 Tinjauan Masalah

Kebanyakan murid menganggap mata pelajaran Pendidikan Islam itu sesuatu yang sukar
dan rumit. Keadaan ini telah menyebabkan mereka menghadapi masalah untuk
menjawab soalan latihan mahupun soalan dalam lembaran kerja. Sebelum langkah
seterusnya diambil dalam proses melaksanakan kajian ini, pengkaji telah membuat
tinjauan masalah dengan lebih mendalam yang bertujuan untuk memahami masalah
yang dihadapi oleh murid. Tinjauan telah dilakukan melalui tiga jenis instrumen iaitu
analisis dokumen, pemerhatian dan borang senarai semak, berdasarkan tiga objektif
yang ingin pengkaji sasarkan iaitu:


23

a) Analisis dokumen
Dokumen yang dipilih untuk dianalisis adalah lembaran kerja bagi tajuk
Beriman kepada Hari Akhirat (Lampiran A). Pengkaji mengedarkan lembaran
kerja di akhir sesi PdP bagi tajuk ini. Pengkaji menganalisis lembaran kerja
tersebut untuk menilai tahap penguasaan dan ingatan murid terhadap tajuk yang
diajar. Pengkaji mula mengenalpasti masalah apabila melihat ramai murid tidak
berjaya menjawab soalan lembaran kerja dengan betul.

b) Pemerhatian
Pemerhatian dilakukan oleh pengkaji terhadap murid semasa sesi PdP
Pendidikan Islam bagi tajuk Beriman kepada Hari Akhirat. Respon murid
terhadap soalan guru serta tingkah laku murid sepanjang sesi PdP berlangsung
juga diperhatikan dan dicatatkan. Pemerhatian yang dilakukan adalah secara
tidak berstruktur yang berupa catatan bebas (Lampiran B).

c) Borang Senarai Semak
Untuk lebih mendalami masalah utama yang dihadapi murid serta mengenalpasti
tanggapan mereka terhadap proses PdP Pendidikan Islam, pengkaji
menggunakan borang senarai semak yang perlu dijawab oleh setiap murid
(Lampiran C). Terdapat 12 item yang perlu dijawab oleh murid dengan menanda
jawapan di ruangan yang disediakan. Pengkaji memberi penjelasan bagi setiap
item agar murid betul-betul faham kehendak soalan serta mengingatkan mereka
untuk menjawab dengan jujur. Pengkaji juga memastikan suasana pada waktu
24

tersebut adalah selesa supaya responden boleh menjawab senarai semak dengan
telus. Hasil daripada senarai semak tersebut seterusnya dianalisis oleh pengkaji.

Justeru dalam pemerhatian awal semasa menjalankan kajian ini, pengkaji telah
mengenalpasti beberapa masalah. Antaranya ialah :

2.1.1. kaedah sedia ada yang telah digunakan oleh guru tidak dapat
meningkatkan penguasaan menghafal fakta

2.1.2. sebahagian kecil murid lemah dalam mengingati sesuatu fakta dalam
masa yang singkat, dan

2.1.3. hampir keseluruhan murid merasakan bahawa menghafal adalah satu
perkara yang tidak penting dan tidak memberi sebarang faedah.

2.2 Analisis Tinjauan Masalah

Pengkaji telah mengenal pasti beberapa masalah yang dihadapi oleh murid Tahun 3
Akrab di S.K. Pagar Besi, Kuala Terengganu. Untuk kajian ini pengkaji telah
menfokuskan kepada satu masalah sahaja iaitu masalah menghafal fakta yang
melibatkan pengertian Hari Akhirat, nama-nama Hari Akhirat serta maksudnya bagi
murid Tahun 3 Akrab untuk bidang Aqidah dalam tajuk Beriman kepada Hari Akhirat.
25

Selain itu, pengkaji telah memilih dan menfokuskan pengertian Hari Akhirat, nama-
nama Hari Akhirat serta maksudnya sebagai perkara yang ingin dikaji berdasarkan
kepada pengajaran dan pembelajaran yang lalu. Pengkaji mendapati beberapa murid
tahun 3 Akrab amat lemah dalam menghafal fakta tersebut. Hal ini kerana murid kurang
diberikan pendedahan terhadap kemahiran menghafal dan perkara yang amat
membimbangkan adalah murid masih belum menguasai tajuk tersebut dengan baik.

Berikut merupakan analisis bagi tinjauan masalah yang dilakukan oleh pengkaji
terhadap murid Tahun 3 Akrab:
a) Analisis dokumen

Berikut merupakan analisis keputusan berdasarkan pencapaian 28 orang murid
tahun 3 Akrab dalam lembaran kerja seperti di lampiran A :


Jadual 2: Analisis keputusan lembaran kerja murid

MARKAH / GRED

(%)
JUMLAH MURID

BIL. MURID

(%)
E (0-19)

0 0
D (20-39)

2 7
C (40-59)

15 53
B (60-79)

7 25
A (80-100)

4 14


26

Daripada analisis keputusan lembaran kerja di atas, pengkaji dapat
mengenal pasti bahawa ramai murid menghadapi masalah untuk menjawab
soalan lembaran kerja tersebut. Seramai 43% daripada jumlah keseluruhan murid
mendapat markah dari 20% hingga 39% dan 54% daripada jumlah keseluruhan
murid mendapat markah dari 40% hingga 59%. Seterusnya, 25% daripada
jumlah keseluruhan murid berjaya memperolehi markah dari 60% hingga 79%,
manakala hanya 14% murid yang mendapat markah 80% hingga 100%.

Berdasarkan analisis yang dilakukan secara teliti, 7% daripada jumlah
keseluruhan murid gagal melepasi tahap peratus lulus iaitu melebihi markah
40%. Selebihnya iaitu sebanyak 92% daripada jumlah keseluruhan murid lagi
berada melebihi peratus lulus iaitu 40% dan ke atas. Namun begitu, fakta yang
tidak boleh dinafikan 53% iaitu separuh dari jumlah keseluruhan murid ini telah
memperoleh markah 40% hingga 59%. Kewujudan peratusan murid yang gagal
beserta separuh daripada mereka yang hanya memperoleh markah 40% hingga
59%, menunjukkan bahawa ramai murid masih tidak boleh menguasai tajuk ini
dengan baik. Hal ini disebabkan oleh kegagalan murid mengingat fakta. Justeru,
pengkaji akan menggunakan kaedah Selang dalam membantu murid mengingat
dan menghafal fakta sekali gus dapat meningkatkan penguasaan mereka dalam
mata pelajaran Pendidikan Islam ini.




27

b) Pemerhatian
Berdasarkan pemerhatian menggunakan catatan bebas seperti di Lampiran B,
pengkaji mendapati murid Tahun 3 Akrab ini mempunyai minat untuk belajar,
tetapi mereka sukar untuk menghafal fakta-fakta dalam mata pelajaran
Pendidikan Islam ini. Murid dilihat memberi perhatian semasa sesi PdP
berlangsung. Mereka juga menunjukkan tingkah laku yang positif di dalam kelas.
Tetapi apabila berada di pertengahan sesi, sebahagian murid kelihatan bosan
untuk meneruskan pembelajaran. Murid dikesan menghadapi masalah dalam
mengingat fakta yang telah lama diajar. Berikut merupakan catatan bebas
pengkaji terhadap tingkah laku murid sepanjang sesi PdP. Lajur catatan
digunakan untuk merekod tahap ingatan murid terhadap fakta dalam bidang
Aqidah yang telah dipelajari berdasarkan soalan yang diajukan oleh guru :












28

Jadual 3 : Catatan bebas berdasarkan pemerhatian


Tarikh : 17 Julai 2013
Kelas : 3 Akrab
PERISTIWA CATATAN
Guru masuk ke kelas. Murid-murid bangun,
member salam dan kemudian duduk. Murid-
murid senyap.

Guru bertanya murid tentang apa yang telah
mereka pelajari pada kelas sebelum ini.
Murid-murid diam dan berfikir. Kemudian,
ramai murid mengangkat tangan.

Masing-masing ingin menjawab. Guru tunjuk
seorang murid untuk jawab. Dia bangun dan
memberi jawapan yang salah. Guru tunjuk
pula murid lain. Murid tersebut juga jawab
salah. Murid seorang lagi angkat tangan dan
cuba menjawab. Jawapan tetap salah.

Guru bertanya soalan yang lebih spesifik.
Kali ini ramai yang angkat tangan. Guru
tunjuk seorang murid untuk menjawab.
Jawapan diberi hampir tepat. Murid lain pula
mengangkat tangan untuk menjawab tetapi
masih tidak berapa tepat.

Guru mengingatkan murid tentang satu fakta
yang telah diajar. Kemudian, guru bertanya
soalan. Murid berebut-rebut ingin menjawab.
Murid terus menjawab tanpa mengangkat
tangan. Guru menyuruh murid angkat tangan
jika ingin menjawab. Guru tunjuk seorang
murid. Murid tersebut menjawab dengan
tepat. Begitu juga dengan tiga orang murid
lain.

Guru meneruskan sesi PdP seperti yang
dirancang.Murid-murid kelihatan berminat.
Guru memberi penerangan satu persatu.
Sejurus selepas guru member penerangan
terhadap sesuatu perkara, guru terus bertanya
soalan. Ramai murid boleh menjawab dengan



Berfikir dan cuba mengingat
semula fakta tetapi gagal



Hampir boleh mengingat
sebahagian fakta tetapi masih
tidak tepat





Boleh mengingat fakta selepas
diberi klu





Boleh mengingat fakta yang
baru sahaja diajar











Tidak boleh mengingat fakta
yang telah lama diajar

29

betul. Guru teruskan mengajar dan bertanya
soalan. Murid memberi respon positif. Murid
boleh menjawab soalan dengan baik. Namun
tiba di pertengahan sesi, sebahagian murid
menunjukkan reaksi bosan seperti tidak
berminat untuk meneruskan
pembelajaran.

Selesai mengajar, guru mengedarkan
lembaran kerja dan semua murid cuba
menjawab. Guru berjalan ke sekeliling kelas
untuk memantau murid manjawab lembaran
kerja. Guru berhenti di meja seorang murid.
Murid itu masih tidak dapat menulis apa-apa
jawapan. Guru bertanya murid itu apakah
masalah yang dihadapi. Murid itu
memberitahu dia tak ingat.

Guru bergerak ke meja seorang murid lain.
Murid ini baru menjawab dua soalan.
Selebihnya dibiarkan kosong. Guru
menyuruh dia melengkapkan lembaran kerja
tersebut. Dia kemudiannya menjawab tak
tahu dan tak ingat.

Masa tamat. Guru menyuruh murid
menyiapkan lembaran kerja di rumah. Guru
keluar kelas.










Tidak boleh mengingat fakta
yang telah lama diajar



c) Borang Senarai Semak

Pengkaji menggunakan 12 item bagi tujuan menjalankan senarai semak ini
seperti di Lampiran C. Berikut merupakan analisis data bagi setiap item dalam
borang senarai semak yang dijalankan:




30

Jadual 4: Analisis Borang Senarai Semak
%
BIL ITEM YA TIDAK
1 Saya minat mata pelajaran
Pendidikan Islam
100 -
2 Pengajaran cikgu
membosankan

- 100
3 Bimbingan yang ustaz beri
mencukupi

100 -
4 Aktiviti yang dijalankan sangat
menarik
100 -
5 Ustaz memberi tumpuan
terhadap saya

93 7
6 Penerangan ustaz mudah
difahami


100 -
7 Saya berasa sukar untuk
menghafal fakta

39 61
8 Saya tidak faham soalan
Pendidikan Islam
18 82
9 Saya selalu lupa apa yang ustaz
ajar

18 82
10 Belajar Pendidikan Islam itu
menyeronokkan

100 -
11 Saya selalu mengulangkaji
pelajaran di rumah

96 4
12 Latihan yang diberikan sangat
mudah
100 -

Analisis borang soal selidik menunjukkan ke semua responden iaitu
100% murid mengatakan YA bagi item 1 (Saya minat mata pelajaran
Pendidikan Islam), item 3 (Bimbingan yang cikgu beri mencukupi), item 4
(Aktiviti yang dijalankan sangat menarik), item 6 (Penerangan ustaz mudah
31

difahami), item 10 (Belajar Pendidikan Islam menyeronokkan), dan item 12
(Latihan yang diberikan sangat mudah). Selain itu, bagi item 2 iaitu Pengajaran
cikgu membosankan, 100% murid menjawab TIDAK. Sebanyak 39% murid
menjawab YA dan selebihnya iaitu 61% menjawab TIDAK bagi item 7
(Saya berasa sukar untuk menghafal fakta ). Bagi item 5 (Ustaz memberi
tumpuan terhadap saya) pula, 93% murid menjawab YA manakala 7% murid
lagi menjawab TIDAK.

Seterusnya bagi item 8 (Saya tidak faham soalan Pendidikan Islam) dan
item 9 (Saya selalu lupa apa yang ustaz ajar) pula, masing-masing 18% murid
menjawab YA manakala 82% murid lagi menjawab TIDAK. Akhir sekali,
96% murid menjawab YA bagi item 11 (Saya selalu mengulangkaji pelajaran
di rumah) manakala 4% lagi menjawab TIDAK.

Berdasarkan analisis senarai semak di atas, jelas menunjukkan bahawa
antara masalah utama yang dihadapi oleh murid ialah sukar menghafal fakta
Pendidikan Islam (merujuk kepada item 7) dan selalu lupa apa yang diajar
(merujuk kepada item 9). Kedua-dua masalah ini menjadi punca utama murid
tidak dapat menguasai tajuk yang diajar dengan baik. Punca-punca lain yang
turut diambil kira ialah tidak mendapat tumpuan daripada guru dan tidak faham
soalan. Untuk kajian ini, pengkaji hanya akan menumpukan kepada dua masalah
utama yang dihadapi murid iaitu kesukaran menghafal fakta Pendidikan Islam
dan selalu lupa apa yang diajar oleh guru.

32




3.0 OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN
Bahagian ini menyatakan dengan terperinci tentang objektif kajian, soalan kajian,
kepentingan kajian, definisi operational dan batasan kajian.

3.1 Objektif Kajian
Pengkaji telah merangka tiga objektif utama agar masalah tersebut boleh diatasi. Melalui
kajian ini, pengkaji berharap dapat :
3.1.1 Meningkatkan penguasaan menghafal fakta bagi tajuk beriman kepada Hari
Akhirat dengan menggunakan kaedah Selang.
3.1.2 Melihat perbezaan min skor murid antara kumpulan rawatan dan kumpulan
kawalan dalam ujian pra dan ujian pos.
3.1.3 Meningkatkan minat murid mempelajari tajuk Beriman kepada Hari
Akhirat menggunakan kaedah Selang.

3.2 Soalan Kajian
Kajian ini akan menfokuskan kepada permasalahan berikut :

33

3.2.1 Adakah penggunaan kaedah Selang dapat meningkatkan penguasaan
menghafal fakta bagi tajuk Beriman kepada Hari Akhirat ?
3.2.2 Adakah terdapat perbezaan min skor terhadap pencapaian murid bagi
kumpulan rawatan dan kumpulan ujian pra dan ujian pos ?
3.2.3 Adakah penggunaan kaedah Selang dapat meningkatkan minat murid
mempelajari tajuk Beriman kepada Hari Akhirat?

3.3 Kepentingan Kajian

Kajian ini penting untuk membantu murid khususnya murid-murid Tahun 3 Akrab
dalam menguasai mata pelajaran Pendidikan Islam dalam bidang Aqidah iaitu dengan
mengingat fakta secara mudah, berkesan, menyeronokkan dan secara tidak langsung
dapat meningkatkan minat murid untuk belajar. Di samping itu, dapatan kajian ini
diharap dapat dikongsi bersama dan menjadi panduan berguna kepada pihak-pihak
tertentu seperti guru-guru sekolah dan juga guru-guru pelatih dalam menghasilkan satu
kaedah pengajaran Pendidikan Islam yang menyeronokkan serta dapat meningkatkan
kualiti guru ke tahap yang lebih profesional. Secara tidak langsung, kajian ini juga
diharapkan dapat mengatasi masalah menghafal fakta dalam kalangan murid khususnya
bagi mata pelajaran Pendidikan Islam dalam bidang Aqidah, seterusnya dapat
meningkatkan prestasi murid dalam peperiksaan. Diharap dapatan kajian ini juga dapat
memberi manfaat kepada semua masyarakat khususnya pihak pengurusan sekolah, guru-
34

guru serta murid-murid dalam membawa inovasi terhadap dunia pendidikan di zaman
moden ini.

3.4 Definisi Operational / Istilah

Definisi bagi istilah-istilah yang digunapakai dalam kajian ini ialah :

3.4.1 Kaedah
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), kaedah mempunyai dua maksud; (i) cara
atau peraturan membuat sesuatu (terutamanya yang bersistem atau yang biasa) dan (ii)
mengajar cara mengajar (berdasarkan prinsip-prinsip tertentu). Dalam buku Siri
Pendidikan Perguruan: Pedagogi Untuk Kursus Diploma Perguruan semester 3 karya
Mok (2002), kaedah didefinisikan sebagai cara atau peraturan membuat sesuatu. Kaedah
juga merujuk kepada satu siri tindakan guru yang sistematik dengan tujuan mencapai
objektif pelajaran spesifik dalam jangka pendek. Selain itu, kaedah juga bermaksud cara
mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah-langkah penyampaian yang
tersusun. Kaedah yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah tindakan yang dijalankan
oleh guru dengan tujuan untuk mencapai objektif kajian iaitu peningkatan penguasaan
menghafal fakta bagi tajuk Beriman kepada Hari Akhirat, dengan menggunakan kaedah
Selang.

3.4.2 Selang
Selang merupakan satu kaedah baru yang direka khas oleh pengkaji untuk
meningkatkan kemahiran menghafal fakta responden di samping dapat membangkitkan
35

minat responden dan memberikan keseronokan dalam belajar serta memahami isi
pelajaran dengan cepat dan mudah. Ia terhasil dari gabungan dua perkataan menjadi satu
iaitu sebut dan ulang, maka menjadi Selang. Ia tercetus daripada kaedah sedia ada yang
pernah dan biasa digunakan oleh guru bagi mata pelajaran Pendidikan Islam iaitu
Kaedah Tikrar. Kaedah Tikrar atau kaedah ulangan ini juga sinonim dengan kaedah latih
tubi dan hafalan, iaitu pendekatan kaedah ini adalah melakukan pembacaan atau
mengingat secara berulangkali. Apa yang membezakan kaedah Selang ini dengan
kaedah tradisional yang lain, kaedah ini tidak hanya tertumpu pada kemahiran sebut dan
ulang semata-mata, namun pelaksanaan kaedah ini mempunyai satu inovasi dan
penambahbaikan berbantukan teknologi maklumat iaitu slaid Powerpoint yang menarik.

3.4.3 Peningkatan
Perkataan peningkatan menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010) yang berasal dari
perkataan tingkat bermaksud perbuatan atau usaha meningkatkan atau
mempertingkatkan. Dalam kajian ini, perkataan peningkatan merujuk kepada proses
meningkatkan atau mempertingkatkan tahap penguasaan dan kemahiran menghafal fakta
bagi murid Tahun 3 Akrab bagi tajuk Beriman kepada Hari Akhirat.

3.4.4 Penguasaan
Kata dasar bagi penguasaan ialah kuasa. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat (2010),
penguasaan bermaksud perihal menguasai atau menguasakan. Ianya memberi makna
bahawa penguasaan ialah kebolehan atau kemampuan seseorang menguasai sesuatu
perkara. Dalam kajian ini, pengkaji mengharapkan agar responden mampu menguasai
kemahiran menghafal fakta dengan baik
36

3.4.5 Menghafal
Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), menghafal bermaksud membaca dan
mempelajari berulang-ulang supaya hafal. Merujuk dalam kajian ini, pengkaji
mengharapkan responden mengusai kemahiran menghafal dengan baik yang hanya
berkisar mengenai fakta-fakta dalam bidang Aqidah tajuk Beriman kepada Hari Akhirat
mengenai maksud hari akhirat dan nama-nama hari akhirat beserta maksudnya.

3.4.6 Fakta
Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), fakta bermaksud sesuatu yang benar-
benar berlaku atau sesuatu yang benar dan boleh dibuktikan. Fakta dalam kajian ini ialah
berkaitan fakta-fakta dalam bidang Aqidah tajuk Beriman kepada Hari Akhirat
mengenai maksud hari akhirat dan nama-nama hari akhirat beserta maksudnya.

3.5 Batasan Kajian
Kajian ini dijalankan ke atas 10 orang responden yang terdiri daripada murid-murid
Tahun 3 Akrab di SKPBe, Kuala Terengganu. Responden kumpulan rawatan terdiri
daripada 5 orang murid lelaki dan kumpulan kawalan terdiri daripada seorang murid
lelaki dan 4 orang murid perempuan yang berbeza tahap pencapaiannya iaitu lemah dan
sederhana. Responden juga mempunyai latar belakang status sosio ekonomi yang
rendah. Kajian dilaksanakan pada waktu mata pelajaran Pendidikan Islam bagi Tahun 3
Akrab dan bertempat di bilik darjah SKPBe. Kajian ini hanya bertumpu kepada tajuk
dalam mata pelajaran Pendidikan Islam Tahun 3 KSSR, Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) dalam bidang Aqidah iaitu Beriman kepada Hari Akhirat yang
berfokus kepada penggunaan kaedah Selang dalam PdP.
37




4.0 KUMPULAN SASARAN
Bahagian ini memerihalkan populasi dan sampel kajian beserta latar belakang responden
yang digunakan dalam perlaksanakan kajian ini yang melibatkan ciri-ciri responden
dijelaskan dengan terperinci merangkumi bilangan, umur, jantina, nama kelas dan lain-
lain.

4.1 Populasi Kajian
Pengkaji telah memilih murid-murid tahun 3 Akrab SKPBe, Kuala Terengganu sebagai
kumpulan sasaran bagi kajian ini. Hasil analisis lembaran kerja yang diberikan, murid
yang terpilih kemudiannya diasingkan kepada kumpulan kawalan dan kumpulan
rawatan.

4.2 Sampel Kajian
Pengkaji memilih seramai 10 orang murid terpilih yang terdiri daripada 6 orang murid
lelaki dan 4 orang murid perempuan. Kumpulan rawatan seramai 5 orang murid iaitu
keseluruhannya ialah 5 orang murid lelaki manakala kumpulan kawalan seramai 5 orang
murid iaitu seorang murid lelaki dan 4 orang murid perempuan. Sampel kajian yang
terlibat dengan intervensi pengkaji hanya melibatkan 5 orang murid dari kumpulan
rawatan sahaja.
38

4.3 Latar Belakang Murid
Seramai 5 orang murid lelaki dari kelas 3 Akrab telah dipilih sebagai responden kajian
ini. Responden berumur dalam lingkungan 9 tahun. Kesemua responden berketurunan
Melayu, beragama Islam dan juga dilahirkan di Kuala Terengganu. Mereka juga berasal
dari keluarga yang berpendapatan rendah dimana terdapat dalam kalangan mereka
menerima bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT). Kebanyakan ibu bapa
responden bekerja sebagai petani, buruh, nelayan dan juga peniaga kecil-kecilan. Tahap
pencapaian responden di dalam pelajaran adalah berbeza-beza.

4.4 Rumusan
Sasaran kajian adalah 5 orang murid lelaki daripada tahun 3 Akrab di SKPBe, Kuala
Terengganu yang menjadi kumpulan rawatan telah dikenalpasti mengalami masalah
kurang menguasai kemahiran menghafal fakta bagi tajuk Beriman kepada Hari Akhirat
dengan baik. Kajian ini menfokuskan kepada pengertian Hari Akhirat, nama-nama bagi
Hari Akhirat dan maksudnya sahaja. Pengkaji membahagikan kepada dua kumpulan
iaitu kumpulan kawalan dan rawatan berdasarkan keputusan dan analisis lembaran kerja.
Rasional pengkaji meletakkan satu kumpulan rawatan untuk menguji dan membuktikan
keberkesanan kaedah ini dengan membandingkan terhadap kumpulan kawalan yang
menggunakan kaedah tradisional dalam pengajaran dan pembelajaran.



39




5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN
Bahagian ini memperincikan tentang prosedur tindakan dan prosedur pengumpulan data
yang dijalankan bagi melengkapkan kajian ini. Kajian ini dilaksanakan dengan
berpandukan kepada satu model Kajian Tindakan. Jadual di bawah menunjukkan
pelaksanaan aktiviti yang dirancang dalam kajian tindakan ini.

Jadual 5 : Pelaksanaan Kajian Tindakan
Bil Perkara Tarikh
1 Mengenalpasti masalah dan objektif kajian 1 Februari 2013
3 Pengumpulan data awal 12 Februari 2013
4 Perjumpaan dan perbincangan dengan penyelia 14 Februari 2013
5 Menulis proposal kajian 20 Februari 2013
6 Perjumpaan ke-2 dan perbincangan dengan
penyelia

23 Mac 2013
7 Merancang tindakan 31 Mac 2013
8 Menghantar proposal kajian dan perbincangan
dengan penyelia
14 April 2013
9 Menghantar proposal kajian 28 April 2013
10 Membincangkan masalah yang timbul dalam
tindakan 1
15 Mei 2013
11 Perjumpaan ke-3 dan perbincangan dengan
penyelia
11 Jun 2013

12 Melaksanakan tindakan 2 29 Jun 2013
13 Membincangkan masalah yang timbul dalam
tindakan 2
1 Julai 2013

15 Ujian untuk mengesan pencapaian murid dan
mengumpul data
6 Julai 2013
17 Menganalisis data selepas tindakan 4 September
18 Pembentangan dalam seminar penyelidikan 17 September 2013
40


5.1 Prosedur Tindakan
Pengkaji pergi ke sekolah untuk memohon kebenaran untuk membuat kajian yang
berkaitan daripada guru besar sekolah. Selain itu, ujian pra telah diedarkan kepada 10
orang murid tahun 3 Akrab yang terpilih utnuk menjadi responden bagi mendapatkan
maklumat yang dikehendaki. Responden akan diberi masa yang secukupnya untuk
menjawab semua soalan berpandukan arahan pada kertas soalan.

Pengkaji sendiri akan bertindak mengedarkan soalan ujian pra secara lansung
kepada responden. Dengan cara ini pengkaji akan berjaya mendapatkan semula kertas
jawapan sebaik sahaja selesai dijawab oleh responden.

Beberapa kaedah yang akan digunakan bagi memastikan kajian ini dapat dijalankan
dengan tepat dan sempurna. Hal ini bertujuan bagi mendapatkan data-data tersebut untuk
memperolehi keputusan kajian. Kaedah kajian ini perlu sentiasa tetap dan tidak tersasar
agar hala tuju kajian berada pada landasan yang betul. Berdasarkan model kajian
tindakan Kemmis & Mc Taggart (1988), terdapat 4 peringkat utama dalam menjalankan
sesebuah kajian :




41

Mereflek
Merancang
Bertindak
Memerhati
Mereflek
Merancang
Bertindak
Memerhati
Rajah 1 : Model Kajian Kemmis dan Mc Taggart (1988)
















GELUNG
KE-2
GELUNG
1
42

5.1.1 Mereflek
Kajian ini bertitik tolak daripada proses refleksi yang dilakukan oleh pengkaji
dalam mengenalpasti kekuatan, kelemahan serta masalah yang dihadapi dalam
sesi PdP. Pengkaji mereflek mengenai masalah utama yang dihadapi oleh murid
ketika sesi pengajaran dan pembelajaran iaitu sukar dan lambat mengingat fakta
serta mudah lupa apa yang diajar. Hal ini sangat ketara apabila dilakukan soalan
ulangkaji selepas pembelajaran, kerana ramai murid yang tidak dapat
menjawabnya.

Selain itu, pengkaji juga telah melaksanakan tinjauan awal untuk
mengumpul data bagi memperoleh dapatan yang tepat mengenai punca masalah
yang dihadapi. Tambahan lagi dalam kajian ini pengkaji menggunakan instrumen
analisis data, pemerhatian dan senarai semak bagi mengumpul segala maklumat
yang berkaitan dengan kajian.

5.1.2 Merancang
Proses merancang berlaku setelah peringkat refleksi dijalankan. Hal ini tidak lain
bertujuan memastikan punca masalah dapat dikenalpasti. Pengkaji mula
menyediakan kerangka kajian iaitu objektif kajian, membentuk soalan kajian,
kepentingan kajian, membuat rujukan literatur, menentukan kumpulan sasaran
kajian, alat-alat kajian serta merancang tindakan. Fokus utama kajian ini ialah
43

untuk meningkatkan penguasaan murid menghafal fakta menggunakan kaedah
Selang.

Oleh yang demikian, pengkaji telah membina satu pelan tindakan bagi
menangani masalah tersebut. Keutamaan objektif adalah untuk meningkatkan
penguasaan kemahiran menghafal fakta bagi satu tempoh masa yang lama.
Dalam kajian ini juga, pengkaji akan menggunakan kaedah Selang sebagai
kaedah untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Penggunaan perisian slaid
Powerpoint yang menarik turut digunakan oleh pengkaji sebagai bahan bantu
mengajar kepada tajuk ini.

Justeru, permulaan pelan tindakan bagi memperkenalkan kaedah ini,
pengkaji telah berbincang dengan beberapa pihak bagi mendapatkan pandangan
serta tunjuk ajar untuk melaksanakan kaedah ini.

Selain itu, untuk melaksanakan kajian ini, pengkaji juga telah
membahagikan murid kelas 3 Akrab kepada dua kumpulan iaitu kumpulan
kawalan dan kumpulan rawatan. Pembahagian ini dilakukan berdasarkan
keputusan lembaran kerja yang pernah diberikan oleh pengkaji selepas PdP
subjek Pendidikan Islam bagi bidang Aqidah tajuk Beriman kepada Hari Akhirat,
dimana setiap kumpulan mempunyai jumlah murid berpencapaian baik,
sederhana dan lemah yang setara. Kumpulan rawatan yang merupakan responden
bagi kajian ini terdiri daripada 3 orang murid berpencapaian sederhana dan 2
44

orang murid berpencapaian lemah. Manakala kumpulan kawalan terdiri daripada
5 orang murid berpencapaian sederhana.

Dalam kajian ini juga , pengkaji menjalankan empat sesi PdP iaitu dua sesi
bagi setiap kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Pengasingan dilakukan
terhadap kedua-dua kumpulan bagi setiap sesi PdP tersebut. Kedua-dua
kumpulan ini diajar tajuk yang sama iaitu tajuk Beriman kepada Hari Akhirat
tetapi dengan menggunakan kaedah yang berbeza. Kumpulan kawalan diajar
dengan menggunakan kaedah konvensional manakala kumpulan rawatan pula
diajar dengan menggunakan kaedah Selang. Alat kajian yang digunakan ialah
Ujian Pra dan Ujian Pos yang bertujuan untuk menilai tahap ingatan murid
terhadap tajuk yang diajar. Pemerhatian berstruktur dan temu bual juga
digunakan sebagai alat kajian untuk melihat minat murid sepanjang sesi PdP
yang dijalankan. Alat kajian terakhir ialah borang soal selidik yang perlu dijawab
oleh responden untuk mengetahui sama ada kaedah yang digunapakai dapat
mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan menghiburkan.
Kesemua instrumen ini dihasilkan dengan bimbingan dan pemantauan daripada 2
orang guru Pendidikan Islam (GPI) yang salah seorangnya merupakan Ketua
Panitia Pendidikan Islam SKPBe.

5.1.3 Bertindak
Setelah rangka kajian dihasilkan, langkah seterusnya yang perlu dilakukan oleh
pengkaji ialah proses bertindak. Untuk prosedur ini, pengkaji telah mengadakan
beberapa perbincangan bersama rakan serta pensyarah untuk mendapatkan
45

pandangan dan persetujuan untuk menggunakan kaedah Selang bagi
meningkatkan penguasaan kemahiran menghafal pengertian Hari Akhirat, nama-
nama Hari Akhirat dan maksudnya. Sebagaimana yang diterangkan sebelumnya,
pengkaji akan menggunakan kaedah Selang dan kaedah ini akan dilaksanakan
berbantukan kepada perisian slaid powerpoint yang menarik.

Dalam proses perlaksanaan kajian tindakan ini, pengkaji telah
menggunakan tiga jenis instrumen iaitu:
i. Ujian Pra (Lampiran D) dan Ujian Pos (Lampiran E)
ii. Temu bual (Lampiran F)
iii. Borang Soal Selidik (Lampiran G)

Sebelum memulakan sesi PdP pertama bagi kedua-dua kumpulan
kawalan dan rawatan, pengkaji mengedarkan satu set soalan Ujian Pra (Lampiran
D) untuk dijawab oleh kesemua responden. Ini bertujuan untuk menilai
pengetahuan sedia ada murid terhadap tajuk Beriman kepada Hari Akhirat.
Pengkaji menjalankan dua kali sesi PdP yang berbeza bagi setiap kumpulan.
Bagi setiap sesi PdP yang dijalankan, murid kumpulan kawalan dan kumpulan
rawatan diasingkan. Kumpulan kawalan menjalani proses PdP menggunakan
kaedah konvensional sebanyak dua kali. Manakala kumpulan rawatan pula
menjalani proses PdP menggunakan kaedah Selang, juga sebanyak dua kali.

46

Secara terperinci terdapat beberapa langkah dan tindakan yang dijalankan
oleh pengkaji untuk berlakunya proses ini. Langkah dan tindakan tersebut telah
dilakukan mengikut urutan agar setiap perancangan yang dilakukan berjalan
dengan lancar dan teratur. Langkah dan tindakan yang telah dilaksanakan ialah:
i. Pengkaji memilih kelas untuk dijadikan sampel kajian.
ii. Bagi mengetahui tahap pencapaian awal murid bagi membuat dua
kumpulan iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan, kesemua
murid telah menjawab soalan lembaran kerja yang disediakan oleh
pengkaji.
iii. Setelah membahagikan murid kepada dua kumpulan tersebut, satu set
soalan Ujian Pra diedarkan untuk dijawab bagi menilai pengetahuan sedia
ada murid terhadap tajuk Beriman kepada Hari Akhirat
iv. Kumpulan kawalan diberikan pengajaran secara tradisional.
v. Kumpulan kawalan diajar tanpa menggunakan kaedah Selang. Hanya
pengajaran tradisional yang akan digunakan.
vi. Pengkaji berpindah kepada kumpulan rawatan.
vii. Kumpulan rawatan diberikan pengajaran menggunakan kaedah Selang.
viii. Kumpulan rawatan diberikan rawatan secara berikut:

a. Berbantukan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran iaitu
slaid powerpoint yang menarik ,setiap responden perlu melihat
terlebih dahulu kotak pengertian Hari Akhirat beserta dua lajur
47

iaitu nama-nama Hari Akhirat beserta maksudnya dengan jelas
sepertimana yang dipaparkan menerusi slaid.

b. Setiap responden perlu menyebut pengertian Hari Akhirat terlebih
dahulu kemudian menyebut nama-nama Hari Akhirat beserta
maksudnya itu dengan betul dan berulang-ulang sebanyak 5 kali
dan ke atas mengikut dan berpandukan cara sebutan dan bacaan
pengkaji.

c. Pengajaran pengkaji hanya berkisar dan berfokus kepada
pengertian Hari Akhirat dan lima nama-nama Hari Akhirat
berserta maksudnya sepertimana yang terdapat di dalam buku teks
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Tahun 3.

d. Seterusnya responden diminta mengulangi sebutan tersebut
berulang-ulang kali dengan bilangan ganjil sebanyak 5,7 atau 9
kali sehingga dapat mengingatinya dengan sempurna.

e. Setelah responden dapat mengingat pengertian Hari Akhirat
dengan betul dan tepat, pengkaji menutup slaid powerpoint nama-
nama Hari Akhirat beserta maksudnya itu dan bertukar kepada
slaid yang mempunyai ruangan kosong pada lajur nama-nama
Hari Akhirat dan maksudnya sahaja.

48

f. Responden diminta mengulang kembali satu persatu nama-nama
Hari Akhirat dan maksudnya yang telah dihafal tadi.

g. Responden akan mengulang fakta tersebut secara individu,
berkumpulan dan beramai-ramai.


ix. Ujian pos diberikan kepada kedua-dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan
dan kumpulan rawatan.
x. Data kedua-dua kumpulan diambil sebagai rekod.
xi. Segala dapatan kajian dikumpul dan dianalisis dan diterjemahkan ke
dalam bentuk penulisan ilmiah.

Setelah keempat-empat sesi PdP tamat, pengkaji menjalankan temu bual
berdasarkan kepada aspek-aspek yang terdapat di dalam borang temu bual
(Lampiran F). Hal ini bertujuan untuk melihat minat belajar murid sepanjang sesi
hasil PdP yang sudah berlangsung. Seterusnya pengkaji mengedarkan Ujian Pos
(Lampiran E) kepada kedua-dua kumpulan kawalan dan rawatan untuk dijawab
oleh responden. Soalan bagi Ujian Pos adalah setara dengan Ujian Pra. Ia
bertujuan untuk melihat kemampuan responden meningkatkan penguasaan
mengingat fakta yang dapat ditentukan melalui peningkatan markah ujian para
responden.

49

Langkah terakhir ialah mengedarkan borang soal selidik (Lampiran G).
Setelah selesai kedua-dua sesi PdP, pengkaji mengedarkan borang soal selidik
kepada setiap responden bagi kedua-dua kumpulan. Tujuannya untuk melihat
sama ada murid berasa seronok dan terhibur terhadap kaedah PdP yang
dijalankan. Borang soal selidik yang dibina mempunyai lima skala bagi setiap
item yang setiap satunya telah dijelaskan secara terperinci di dalam borang soal
selidik tersebut.

5.1.4 Memerhati
Pada peringkat ini, pengkaji merekod dan menganalisis segala data yang
diperolehi. Bagi Ujian Pra dan Ujian Pos, analisis dilakukan secara manual
memandangkan jumlah responden yang sedikit. Perbandingan keputusan Ujian
Pra dan Ujian Pos direkod dalam bentuk jadual dan graf. Perbezaan nilai min
ujian bagi kedua-dua kumpulan turut dipaparkan.

Bagi soal selidik pula, data dikutip dan direkodkan untuk melihat
perbandingan antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Dapatan soal
selidik bagi setiap item diinterpretasi mengikut nilai min dan dianalisis di dalam
bentuk jadual dan graf. Kesimpulannya, segala data yang diperolehi daripada
setiap alat kajian dianalisis dan diterjemahkan ke dalam bentuk yang lebih
ringkas seperti jadual dan graf supaya ianya dapat dilihat dengan jelas.

50

Proses terakhir ialah pemantauan. Ia bertujuan untuk melihat peningkatan
setelah menggunakan kaedah Selang dan tindakan yang telah dijalankan serta
memantau sejauh mana ia dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Sekiranya keputusan tidak memberangsangkan, maka pengkaji boleh memulakan
gelung ke-2 sebagai kitaran sekali lagi Sekiranya keputusan tidak
memberangsangkan, maka pengkaji boleh memulakan gelung ke-2 sebagai
kitaran sekali lagi dengan membuat penambah baikan terhadap kaedah atau
aktiviti yang dijalankan.


5.2 Prosedur Pengumpulan Data
Sebelum mengaplikasikan kaedah atau tindakan yang telah dicadangkan, pengkaji telah
meninjau masalah yang dikenal pasti bagi tujuan mengesan tahap ketidakupayaan murid
dalam mengingati fakta bagi mata pelajaran Pendidikan Islam dalam bidang Aqidah
bawah tajuk Beriman kepada Hari Akhirat. Pengkaji membuat kesimpulan bahawa
ketidakupayaan mengingati fakta menjadi faktor utama yang perlu diatasi dalam usaha
untuk membantu murid memahami bidang Aqidah dengan baik. Tiga jenis instrumen
digunakan oleh pengkaji bagi mendapatkan data kajian iaitu Ujian (Ujian Pra dan Ujian
Pos), Temu Bual dan Soal Selidik di mana setiap instrumen mengukur objektif yang
berbeza.



51

5.2.1 Ujian Pra dan Pos
Ujian merupakan salah satu instrumen yang digunakan bagi mengutip data untuk
tujuan penilaian dan pengesanan kefahaman murid terhadap sesuatu pelajaran
yang telah dipelajari. Terdapat dua jenis iaitu Ujian Pra dan Ujian Pos. Melalui
ujian ini, perbandingan dapat dibuat sebelum dan selepas sesuatu rawatan
dilaksanakan. Jika keputusan Ujian Pos menunjukkan peningkatan berbanding
Ujian Pra, maka objektif kajian tercapai.

Menurut Shuttleworth (2009), ujian pra dan ujian pos adalah kaedah yang
paling disarankan untuk membandingkan kumpulan sasaran dan mengukur tahap
perubahan yang berlaku sebagai akibat daripada layanan atau campur tangan.
Di awal kajian, pengkaji telah menjalankan Ujian Pra (Lampiran D) untuk
mengetahui pencapaian awal murid dalam penguasaan mengingat fakta Aqidah
iaitu pengertian Hari Akhirat, nama-nama Hari Akhirat beserta maksudnya.
Manakala Ujian Pos pula dijalankan untuk menguji tahap keberkesanan kaedah
ini untuk kumpulan sasaran selepas rawatan dijalankan. Ujian Pra dan Ujian Pos
mestilah setara dan suasana selepas peperiksaan kedua-duanya juga mestilah
tidak jauh berbeza.

Tambahan lagi, pengkaji menggunakan dua set soalan ujian (setara) yang
diberikan kepada kadua-dua kumpulan kawalan dan rawatan iaitu Ujian Pra
(Lampiran D) dan Ujian Pos (Lampiran E). Soalan ujian adalah berdasarkan
tajuk Beriman kepada Hari Akhirat. Ujian Pra diberikan sebelum sesi PdP
52

dimulakan yang bertujuan untuk mendapatkan gambaran tentang pengetahuan
sedia ada murid mengenai tajuk yang dikaji.

Untuk melihat peningkatan tahap penguasaan mengingat fakta Aqidah,
Ujian Pos diberikan kepada kedua-dua kumpulan setelah selesai kesemua empat
sesi PdP. Soalan yang setara dengan Ujian Pra sebelum ini diberikan bertujuan
untuk menilai tahap ingatan murid bagi tajuk yang diajar. Seterusnya pengkaji
melakukan analisis terhadap data ujian untuk melihat perubahan markah bagi
kedua-dua kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan yang menjalani proses PdP
menggunakan dua kaedah yang berbeza iaitu kaedah tradisional dan kaedah
Selang. Peningkatan markah murid yang tinggi menunjukkan bahawa murid
berupaya mengingat fakta Aqidah dengan baik. Pengkaji membuat perbandingan
perningkatan markah di antara kedua-dua keputusan ujian tersebut bagi
kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan.

5.2.2 Sesi Temu bual
Dalam kajian ini, pengkaji juga akan menggunakan instrumen temu bual kepada
responden. Kaedah temu bual akan dijalankan untuk mengumpul maklumat
secara lansung mengenai minat kumpulan sasaran. Temu bual dijalankan secara
formal. Hasil maklumat daripada temu bual akan dijadikan panduan asas bagi
merangka kaedah instrumentasi bagi kajian ini.

53

Fontana dan Frey (1994) serta Merriem (1998) menyatakan terdapat tiga
jenis kaedah temu bual iaitu temu bual berstruktur, temu bual separa berstruktur
dan temu bual tidak berstruktur. Patton (1990) juga telah menyatakan terdapat
tiga jenis temu bual iaitu temu bual formal, temu bual tidak formal dan temu bual
terbuka.

Lazimnya juga, temu bual dilaksanakan melalui dua cara iaitu sama ada
secara lansung kepada kumpulan sasaran yang ingin dikaji ataupun terhadap
faktor-faktor persekitaran yang berkaitan seperti guru yang mengajar, ibu bapa
atau rakan-rakan. Keberkesanan sesebuah tinjauan adalah lebih tulen melalui
instrumen ini kerana ianya merupakan penyataan dan pengakuan sebenar dari
mereka yang terlibat secara lansung dalam proses pengajaran dan pembelajaran
itu sendiri.

Justeru, dalam kajian yang akan dijalankan ini, pengkaji menggunakan
kaedah temu bual separa berstruktur bagi meneroka minat dan kefahaman
responden terhadap tajuk Beriman kepada Hari Akhirat yang dipelajari melalui
kaedah Selang yang digunakan sepanjang proses rawatan. Pengkaji akan
menemubual kesemua responden dan merekodkannya serta menterjemahkannya
ke dalam bentuk transkripsi. (Lampiran F)



54

5.2.3 Soal Selidik
Pengkaji juga mengedarkan borang soal selidik (Lampiran G) untuk
mendapatkan reaksi responden berkaitan kaedah PdP yang dijalankan yang
berfokus kepada keseronokan. Borang soal selidik diberikan kepada responden
berbentuk soalan tertutup Dichotomous telah digunakan oleh pengkaji. Soal
selidik berskala ini mempunyai dua pilihan jawapan sahaja sama ada YA atau
TIDAK. Responden perlu memilih jawapan yang dirasakan sesuai dengan
mereka. Soalan bagi soal selidik yang dibina adalah menjurus kepada objektif
kajian iaitu mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan
menghiburkan, menggunakan laras bahasa yang sesuai, jelas, mudah difahami,
soalan tidak terlalu panjang serta tiada diskriminasi jantina mahupun agama.

Semasa sesi soal selidik dijalankan, pengkaji terlebih dahulu membaca dan
menjelaskan setiap item soal selidik beserta skala kepada responden. Pengkaji
memberi penerangan yang teliti bagi setiap item bagi mengelakkan kekeliruan di
kalangan responden. Pengkaji juga mengingatkan responden supaya menjawab
soalan selidik tersebut dengan jujur dan telus. Berdasarkan dapatan daripada soal
selidik tersebut, pengkaji dapat membuat kesimpulan sama ada penggunaan
kaedah nyanyian dalam PdP dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang
menyeronokkan dan menghiburkan.



55

5.2.4 Kebolehpercayaan dan Kesahan
Bell (1999) menyatakan bahawa kebolehpercayaan ialah satu perhubungan
kepada sesuatu ujian atau prosedur untuk menghasilkan keputusan yang sama di
bawah tahap yang sama. Ini bermaksud, kaedah pengumpulan data yang
dilakukan akan menghasilkan keputusan yang sama walaupun dilakukan
berulang kali. Walau bagaimanapun, kenyataan di atas adalah merujuk kepada
fakta yang tetap dan tidak berubah.

Memandangkan kesahan adalah penting dalam setiap kajian yang
dijalankan, segala instrumen yang digunakan telah disahkan terlebih dahulu.
Soalan dan bentuk borang soal selidik serta borang pemerhatian yang digunakan
dalam kajian ini telah pun disahkan terlebih dahulu oleh penyelia sebelum
digunakan di lapangan. Begitu juga dengan soalan Ujian Pra dan Ujian Pos,
kedua-duanya telah disemak oleh Ketua Panitia Pendidikan Islam sekolah tempat
kajian dijalankan oleh pengkaji.

Selain itu, sepanjang proses pengumpulan data bagi kajian ini, pengkaji
memastikan bahawa murid berada dalam keadaan baik, stabil dan selesa supaya
mereka tidak dipengaruhi oleh faktor sekeliling yang boleh mengganggu hasil
dapatan kajian. Sebagai langkah berjaga-jaga, pengkaji turut mengelakkan
kelakuan yang boleh menimbulkan kerisauan, kebimbangan atau ketakuatan di
kalangan responden. Oleh itu, pengkaji membantu responden untuk berada dalam
keadaan tenang dan bersedia sebelum ujian dijalankan.
56

Tambahan lagi, pengkaji juga memastikan bahawa responden benar-benar
faham akan soalan ujian dan soalan soal selidik dengan memberi penerangan
yang jelas dan terperinci bagi setiap item yang digunakan. Pengkaji sentiasa
mengingatkan responden agar menjawab soalan soal selidik dengan jujur dan
telus. Rasional bagi semua tindakan ini adalah bagi memastikan data kajian yang
diperolehi mempunyai tahap kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi.
















57




6.0 ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA
Bahagian ini membincangkan tentang cara data-data dianalisis dan diinterpretasi.
Dengan menganalisis data-data yang diperolehi, pengkaji dapat melaporkan hasil kajian,
seterusnya membuat ulasan mengenai data-data yang dianalisis tersebut. Analisis data
adalah berdasarkan kepada objektif kajian.

6.1 Meningkatkan penguasaan menghafal fakta bagi tajuk Beriman kepada
Hari Akhirat dengan menggunakan kaedah Selang
Objektif pertama ialah untuk melihat peningkatan penguasaan menghafal fakta bagi
tajuk beriman kepada Hari Akhirat dengan menggunakan kaedah Selang. Ia diukur
berdasarkan instrumen ujian bertulis Ujian Pra (Lampiran D) dan Ujian Pos
(Lampiran E) mengenai tajuk yang diajar iaitu Beriman kepada Hari Akhirat yang
telah dilaksanakan ke atas sampel kajian. Selain itu, pengkaji turut menggunakan
instrumen soal selidik dan hanya menganalisis item nombor 3 bagi mengukuhkan
dapatan ujian bertulis iaitu Ujian Pos.

6.1.1 Ujian Bertulis Pra dan Ujian Pos
Ujian Pra telah dijalankan ke atas kedua-dua kumpulan rawatan dan kawalan
sebelum sesi PdP bermula yang bertujuan untuk mendapatkan gambaran tentang
pengetahuan sedia ada murid mengenai tajuk yang dikaji. Manakala Ujian Pos pula
58

dijalankan ke atas kedua-dua kumpulan setelah selesai kesemua sesi PdP untuk
menilai peningkatan penguasaan menghafal fakta menggunakan kaedah ini yang
telah dilaksanakan dalam membantu murid mengingat fakta. Hasil analisis untuk
membuktikan sama ada kaedah Selang dalam PdP mampu menghasilkan perbezaan
ujian pra dan pos bagi tajuk Beriman kepada Hari Akhirat, dengan melihat kepada
peningkatan markah dan gred ujian sebelum dan selepas rawatan dilakukan. Jadual 4
di bawah menunjukkan gred dan markah yang digunapakai di dalam kedua-dua ujian
yang dijalankan.
Jadual 6: Gred dan Markah Ujian
Gred Markah
A 80 100
B 60 79
C 40 59
D 20 39
E 0 19

Jadual 7: Perbandingan Gred Markah Bagi Kumpulan Rawatan dan Kumpulan
Kawalan

Kumpulan Ujian Gred
A B C D
Rawatan Pra - - 3 2
Pos 1 2 2 1 -
Pos 2 5 - - -
Kawalan Pra - 4 1 -
Pos 1 3 2 - -
Pos 2 3 2 - -

59

Rajah 2 : Graf Perbandingan Gred Markah Ujian Bagi Kumpulan Rawatan

Rajah 3 : Graf Perbandingan Gred Markah Ujian Bagi Kumpulan Kawalan


A B C D
Ujian Pra 0 0 3 2
Ujian Pos 1 2 2 1 0
Ujian Pos 2 5 0 0 0
0
1
2
3
4
5
6
B
i
l
a
n
g
a
n

M
u
r
i
d

Graf Perbandingan Gred Markah
Ujian Bagi Kumpulan Rawatan
A B C D
Ujian Pra 0 4 1 0
Ujian Pos 1 3 2 0 0
Ujian Pos 2 3 2 0 0
0
0.5
1
1.5
2
2.5
3
3.5
4
4.5
B
i
l
a
n
g
a
n

M
u
r
i
d
Graf Perbandingan Gred Markah Ujian
Bagi Kumpulan Kawalan
60

Berdasarkan Jadual 7 yang telah diterjemahkan dalam bentuk graf seperti
Rajah 2 dan Rajah 3 dapat dilihat dengan jelas perubahan yang berlaku pada gred
ujian bagi kedua-dua kumpulan rawatan dan kawalan. Bagi kumpulan rawatan
(merujuk kepada Rajah 1), tiada seorang pun murid yang mendapat gred A dan B
di dalam Ujian Pra, tiga orang murid mendapat gred C manakala selebihnya iaitu
2 orang murid mendapat gred D. Namun selepas rawatan menggunakan kaedah
Selang yang dijalankan sebanyak dua kali (2 gelung), pencapaian murid di
dalam Ujian Pos yang ke-2 menunjukan peningkatan gred yang ketara. Daripada
tiada (0) murid yang mendapat gred A dan B di dalam Ujian Pra, kini
keseluruhan murid berjaya memperoleh gred A dalam Ujian Pos. Meneliti ujian
Pos 1 murid yang memperoleh gred D pada ujian Pra tiada sama sekali pada
ujian Pos 1 kerana telah bertukar 2 orang murid tersebut telah meningkat kepada
gred C dan gred A. Jumlah gred C seramai 3 orang murid pada ujian Pra tiada
sama sekali pada ujian Pos 1 apabila 3 orang murid tersebut masing-masing 2
orang memperoleh gred B seorang memperoleh gred A. Hasil analisis gred
markah ujian terhadap kumpulan rawatan menunjukkan tindak balas yang positif.
Hal ini bermakna, penggunaan kaedah Selang dalam PdP bagi tajuk Beriman
kepada Hari Akhirat mempunyai perbezaan pada ujian pra dan pos.

Bagi kumpulan kawalan pula (merujuk kepada Rajah 2), seramai seorang
sahaja murid yang memperoleh gred C manakala 4 orang murid lagi memperoleh
gred B dalam Ujian Pra. Selepas kumpulan kawalan menjalani proses PdP
menggunakan kaedah konvensional sebanyak dua kali, terdapat perubahan
terhadap gred pencapaian murid. Jumlah murid yang berjaya memperoleh gred A
61

meningkat seramai 3 orang daripada 0, manakala jumlah murid yang
memperoleh gred B pula menurun seramai 2 orang daripada 4 orang murid
sebelum ini. Daripada seorang murid yang memperoleh gred C di dalam Ujian
Pra, kini sudah tiada kerana telah memperoleh gred A dalam Ujian Pos.
Peningkatan gred pencapaian murid yang dicatatkan ini menunjukkan bahawa
kumpulan kawalan juga menunjukkan perubahan yang positif dalam menghafal
dan mengingat fakta bagi tajuk Beriman kepada Hari Akhirat. Namun,
peningkatan yang ditunjukkan oleh kumpulan kawalan tidaklah sebaik
peningkatan kumpulan rawatan.

Jadual 8: Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Kumpulan Rawatan dan

Kumpulan Kawalan

Responden Markah (%)

Kumpulan Rawatan Kumpulan Kawalan

Ujian Pra Ujian
Pos 1
Ujian
Pos 2
Ujian Pra Ujian
Pos 1
Ujian
Pos 2
R1 55 87 100 60 60 65
R2 50 73 100 60 73 75
R3 38 40 85 73 100 100
R4 50 60 87 47 93 95
R5 39 80 83 60 93 95

62

Bagi melihat dengan lebih teliti lagi mengenai perbezaan ujian pra dan
pos melalui kaedah Selang dalam pengajaran dan pembelajaran tajuk Beriman
kepada Hari Akhirat, perbandingan keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos bagi
kedua-dua kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dipaparkan di dalam Jadual
7 seperti di atas. Untuk memudahkan proses menganalisis data, perbandingan
keputusan bagi kedua-dua kumpulan juga turut diterjemahkan di dalam bentuk
graf yang berasingan seperti dalam Rajah 4 dan Rajah 5 di bawah. Perbandingan
keputusan diukur hanya melibatkan ujian Pra dan ujian Pos 2 setiap kumpulan.

Rajah 4 : Graf Perbandingan Markah Ujian Pra dan Pos 2 Bagi Kumpulan Rawatan


55
50
38
50
39
100 100
85
87
83
0
20
40
60
80
100
120
R1 R2 R3 R4 R5
M
A
R
K
A
H

(
%
)
RESPONDEN
Perbandingan Markah Ujian Pra dan Pos 2
Bagi Kumpulan Rawatan
Ujian Pra
Ujian Pos 2
63

Rajah 5 : Graf Perbandingan Markah Ujian Pra dan Pos 2 Bagi Kumpulan Kawalan



Kedua-dua graf seperti dalam Rajah 4 dan Rajah 5 telah dianalisis oleh
pengkaji bagi melihat peningkatan penguasaan menghafal fakta bagi tajuk
Beriman kepada Hari Akhirat menggunakan kaedah Selang. Terdapat
perbezaan peningkatan markah yang ketara dalam Ujian Pra dan Ujian Pos 2
bagi kumpulan rawatan berbanding kumpulan kawalan. Hal ini merupakan satu
petanda yang baik yang mana peningkatan markah tersebut menunjukkan
keberkesanan kaedah Selang dalam meningkatkan penguasaan menghafal fakta
bagi tajuk Beriman kepada Hari Akhirat.

60 60
73
47
60
65
75
100
95 95
0
20
40
60
80
100
120
R1 R2 R3 R4 R5
M
A
R
K
A
H

(
%
)
RESPONDEN
Graf Perbandingan Markah Ujian Pra dan Pos
Bagi Kumpulan Kawalan
Ujian Pra
Ujian Pos 2
64

Berdasarkan Rajah 3, dapat dilihat dengan jelas kesemua murid kumpulan
rawatan berjaya mencatatkan peningkatan markah di dalam Ujian Pos 2
berbanding Ujian Pra. Peningkatan markah yang paling ketara ditunjukkan oleh
Responden 3 (R3). Dalam Ujian Pra iaitu sebelum rawatan dilakukan, responden
ini hanya memperoleh markah sebanyak 38%. Akan tetapi, selepas menjalani
rawatan dengan menggunakan kaedah Selang, markah Ujian Pos 2 responden
ini meningkat secara mendadak iaitu sebanyak 47% menjadikan markah Ujian
Pos 2 sebanyak 85%. Peningkatan markah tertinggi dicatatkan oleh R2 sebanyak
50%. Peningkatan markah terendah pula dicatatkan oleh R4 iaitu sebanyak 37%
dimana markah Ujian Pra adalah sebanyak 50% dan meningkat kepada 87%
dalam Ujian Pos 2.

Selain itu, R1, R2 dan R5 juga menunjukkan peningkatan markah ujian yang
memberansangkan iaitu 45% ke atas. Secara keseluruhannya, kesemua
responden bagi kumpulan rawatan yang menjalani proses PdP menggunakan
kaedah Selang berjaya menunjukkan peningkatan markah dalam Ujian Pos 2
berbanding Ujian Pra. Markah tertinggi yang dicatatkan adalah 100% manakala
yang terendah adalah 83%. Hal ini bermakna, kesemua responden kumpulan
kawalan berjaya melepasi tahap peratus lulus iaitu 40% ke atas.

Melihat kepada Rajah 4, peningkatan markah ujian yang dicatatkan oleh
kumpulan kawalan tidaklah terlalu ketara jika dibandingkan dengan kumpulan
rawatan. Peningkatan markah ujian tertinggi kumpulan kawalan dicatatkan oleh
R4 iaitu sebanyak 48% berbanding 50% oleh kumpulan rawatan. Sebelum
65

menjalani proses PdP dengan kaedah konvensional, R4 mencatat markah Ujian
Pra sebanyak 47%, namun selepas dua kali proses PdP melalui intervensi kaedah
Selang, markah Ujian Pos 2 R1 meningkat kepada 95%. Dalam kumpulan
kawalan, R1 hanya mencatatkan peningkatan markah sebanyak 5% dalam
daripada ujian Pra ke ujian Pos. Responden ini mencatatkan markah sebanyak
60% bagi Ujian Pra dan 65% bagi Ujian Pos 2.

Seterusnya, R5 turut menunjukkan peningkatan markah ujian yang
memberansangkan iaitu sebanyak 35%. Selebihnya, iaitu R2 dan R3 yang
masing-masing menunjukkan peningkatan sebanyak 15% dan 27% sahaja dalam
Ujian Pos. Peningkatan yang dicatatkan adalah kurang memberansangkan.
Secara keseluruhannya, 5 orang responden bagi kumpulan kawalan berjaya
memperoleh peratus lulus 40% ke atas. Peningkatan markah tertinggi bagi
kumpulan kawalan (48%) sedikit rendah berbanding peningkatan markah bagi
kumpulan rawatan (50%). Kesemua responden bagi kumpulan rawatan dan
kumpulan kawalan memperoleh markah lulus di dalam Ujian Pos 1 dan 2. Oleh
yang demikian, dapatlah disimpulkan bahawa proses PdP bagi tajuk Beriman
kepada Hari Akhirat yang menggunakan kaedah Selang (kumpulan rawatan)
dapat meningkatkan penguasaan menghafal fakta berbanding dengan proses PdP
menggunakan kaedah konvensional (kumpulan kawalan) setelah diukur
berdasarkan pencapaian Ujian Pra dan Ujian Pos 1 dan 2 yang telah
dilaksanakan. Hal ini dapat dilihat melalui peningkatan markah ujian yang ketara
bagi kumpulan rawatan berbanding kumpulan kawalan.

66

6.1.2 Temu Bual
Bagi melihat sama ada kaedah Selang dapat meningkatkan penguasaan
menghafal fakta bagi tajuk Beriman kepada Hari Akhirat, selepas lingkaran
pertama dan lingkaran kedua dilaksanakan, pengkaji turut menggunakan
instrumen temu bual (Lampiran F). Instrumen ini bertujuan melihat sama ada
penggunaan kaedah Selang dapat meningkatkan penguasaan menghafal fakta
bagi tajuk Beriman kepada Hari Akhirat?

Perbualan dan setiap perkataan yang dituturkan antara pengkaji dengan
kesemua responden dicatatkan oleh pengkaji dan ditranskripkan dalam baris-
baris ayat. Dua tema utama dengan kod-kod yang dikenal pasti dipamerkan
seperti dalam Jadual 9 sepertimana yang ditunjukkan tersebut.

Jadual 9 : Tema-tema Kod Temu bual Responden

Kod-kod Bagi Tema KOD
INGATAN MURID
Murid menyatakan dapat menghafal dan mengingat tajuk yang
dipelajari

1
MINAT MURID
Pernyataan minat dan seronok mempelajari Pendidikan Islam
selepas menggunakan kaedah Selang

2

Antara soalan-soalan yang ditanya dalam sesi temu bual antara pengkaji
dan responden ialah seperti dalam jadual 4 di bawah :

67

Jadual 10 : Soalan-soalan Temu bual Separa Berstruktur Responden
Bil Soalan
1



2
Adakah kamu dapat menghafal fakta pengertian Hari Akhirat dan
nama-nama Hari Akhirat beserta maksudnya dengan baik setelah
belajar dengan ustaz?

Adakah kamu merasa seronok mempelajari mempelajari tajuk
Beriman kepada Hari Akhirat setelah belajar dengan ustaz?

Dalam sesi temu bual ini, bagi menjawab persoalan untuk objektif ini,
pengkaji menfokuskan temu bual kepada tema ingatan murid sebagaimana
jadual di bawah.
Jadual 11: Kod 1 Soalan Temu bual
Tema Kod Item

Ingatan Murid
Adakah kamu dapat menghafal fakta
pengertian Hari Akhirat dan nama-nama
Hari Akhirat beserta maksudnya dengan
baik setelah belajar dengan ustaz?

Pengkaji membahagikan jawapan temu bual responden kepada 2 kategori
bagi memudahkan analisis iaitu Ya atau Tidak. Hasil temu bual dengan
responden telah ditanskripkan (Lampiran F). Berikut merupakan analisis
instrumen temu bual.



68

Jadual 12: Analisis temu bual soalan 1
Soalan Lingkaran 1 Lingkaran 2

1
Ya Tidak Ya Tidak
2 3 5 -

Rajah 6: Analisis temu bual soalan 1 pada lingkaran pertama



Berdasarkan rajah 6 di atas, pada lingkaran pertama pengkaji mendapati hanya 2
responden yang bersetuju dapat menghafal fakta pengertian Hari Akhirat dan nama-
nama Hari Akhirat beserta maksudnya dengan baik setelah belajar dengan ustaz,
manakala 3 responden lain menyatakan tidak bersetuju. Hasil daripada temu bual ini,
pengkaji mendapati masalah ini disebabkan kerana :

Ya, 2
orang
Tidak, 3
orang
Lingkaran Pertama
Ya
Tidak
69

a) Responden yang lemah masih tidak mendapat bimbingan secara intensif daripada
pengkaji dan ahli kumpulan.
b) Bahan bantu mengajar yang digunakan contohnya slaid Powerpoint tidak bersifat
mesra pengguna kerana tidak ada permainan interaktif padanya.
c) Pelaksanaan kaedah Selang masih kurang berkesan kerana responden masih
keliru dengan nama-nama Hari Akhirat yang semuanya dimulakan dengan
kalimah yang sama pada satu slaid.

Pada lingkaran kedua, terdapat perubahan jawapan responden setelah pengkaji
membuat penambahbaikan pada kaedah, bahan bantu mengajar dan cara bimbingan
pengkaji kepada murid. Hasil analisis temu bual ini, pengkaji mendapati bahawa
semua responden (lima orang) bersetuju dapat menghafal fakta pengertian Hari
Akhirat dan nama-nama Hari Akhirat beserta maksudnya dengan baik setelah belajar
dengan ustaz. Hal ini menunjukkan bahawa kaedah Selang dapat meningkatkan
penguasaan menghafal fakta pengertian Hari Akhirat dan nama-nama Hari Akhirat
beserta maksudnya dengan baik.

6.2 Melihat perbezaan min skor murid antara kumpulan rawatan dan kumpulan
kawalan dalam ujian pra dan ujian pos.

Objektif kajian yang kedua iaitu melihat adakah terdapat perbezaan min skor murid
antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dalam ujian pra dan ujian pos. Bagi
memperkukuh hasil dapatan peningkatan markah ujian yang telah dinyatakan,
pengkaji telah membentuk satu jadual dan rajah yang memaparkan nilai min skor
70

bagi kedua-dua kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan seperti yang ditunjukkan
di dalam Jadual 13 di bawah.

Jadual 13: Perbandingan Nilai Min Skor Kumpulan Rawatan dan Kumpulan Kawalan
Ujian Pra Ujian Pos Perbezaan
Kumpulan
Rawatan

46.4 92.2 45.8
Kumpulan
Kawalan
55.0 86.0 31.0

Rajah 7: Graf Perbandingan Nilai Min Skor Kumpulan Rawatan dan
Kumpulan Kawalan




45.8
31
0
5
10
15
20
25
30
35
40
45
50
Kumpulan Rawatan Kumpulan Kawalan
Perbezaan Nilai Min Skor
Perbezaan
71

Merujuk kepada Jadual 13 dan Rajah 6, perbezaan nilai min antara Ujian Pra
dan Ujian Pos yang dicatatkan oleh kumpulan rawatan ialah sebanyak 45.8 iaitu dari
46.4 kepada 92.2. Bagi kumpulan kawalan pula, perbezaan nilai min antara Ujian
Pra dan Ujian Pos yang dicatatkan ialah sebanyak 31.0 iaitu dari 55.0 kepada 86.0.
Dapatan ini membuktikan dengan jelas bahawa terdapat perbezaan pada min skor
antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dalam ujian pra dan ujian pos.
Justeru setelah responden kumpulan rawatan menjalani proses PdP dengan
menggunakan kaedah Selang terdapat perbezaan nilai min setelah dibandingkan
dengan responden bagi kumpulan kawalan. Berbeza dengan kumpulan kawalan yang
menjalani proses PdP secara konvensional bagi tajuk yang sama, peningkatan nilai
min skor yang dicatatkan tidak begitu memberansangkan. Oleh itu, objektif kajian
ini untuk melihat perbezaan min skor murid antara kumpulan rawatan dan kumpulan
kawalan bagi tajuk Beriman kepada Hari Akhirat menggunakan kaedah Selang
telah tercapai.

6.3 Meningkatkan minat murid mempelajari tajuk Beriman kepada Hari Akhirat
menggunakan kaedah Selang.

Objektif kajian yang ketiga iaitu untuk meningkatkan minat murid mempelajari
tajuk Beriman kepada Hari Akhirat menggunakan kaedah Selang. Pengkaji telah
menggunakan instrumen soal selidik dan temu bual responden bagi menjawab
persoalan kajian ini.


72

6.3.1 Soal Selidik
Objektif ini diukur berdasarkan kepada borang soal selidik (Lampiran G) yang
dijawab oleh ke semua responden kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan selepas
kedua-dua sesi PdP berakhir. Soalan yang dibina adalah mengikut aras kefahaman
responden iaitu soalan yang mudah difahami bagi peringkat umur responden. Soalan
yang dibina mengandungi lapan soalan yang menjurus kepada minat responden
terhadap kajian yang dilakukan terhadap mereka. Pilihan jawapan diberikan adalah
berdasarkan Ya atau Tidak.

Data yang diperolehi daripada borang soal selidik tersebut telah dianalisis dan
diterjemahkan dalam bentuk jadual bagi memudahkan pemahaman dan penafsiran
data. Jadual 14 menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan analisis soal selidik
selepas rawatan.











73

Jadual 14 : Taburan Kekerapan Dan Peratusan Analisis Soal Selidik
ITEM PERNYATAAN YA

TIDAK
Bil (%) Bil (%)
1 Saya minat pada subjek
Pendidikan Islam

4

(80) 1 (20)
2 Saya berasa terhibur sepanjang
aktiviti
hari ini.

5

(100) - -
3 Saya berasa mudah untuk
menghafal
fakta.

5

(100) - -
4 Saya suka mengingat sesuatu
perkara

4

(80) 1 (20)
5 Saya dapat mengingat pengertian
Hari Akhirat dan nama-nama Hari
Akhirat beserta maksudnya
Melalui kaedah Selang

5

(100) - -
6 Saya berasa bersemangat untuk
belajar
Pendidikan Islam.

4

(80) 1 (20)
7 Pengertian Hari Akhirat dan
nama-nama Hari Akhirat beserta
maksudnya susah untuk diingati

- - 5

(100)
8 Saya gembira dapat mengingat
pengertian Hari Akhirat dan
nama-nama Hari Akhirat beserta
maksudnya

5 (100) - -

Berdasarkan Jadual 14 di atas, menunjukkan jadual taburan kekerapan dan
peratusan analisis soal selidik khususnya untuk mengetahui minat responden
terhadap kaedah Selang yang diperkenalkan oleh pengkaji. Analisis soal selidik
74

ini dilakukan terhadap responden setelah melalui proses rawatan menggunakan
kaedah Selang untuk melihat peningkatan penguasaan menghafal fakta bagi
tajuk Beriman kepada Hari Akhirat.

Bagi item 1 iaitu merujuk pernyataan Saya minat pada subjek Pendidikan
Islam, seramai 4 orang responden menyatakan Ya dan hanya seorang sahaja
yang menyatakan Tidak. Item ini disoal bertujuan untuk mengetahui bilangan
responden yang meminati bidang Pendidikan Islam.

Item 2 pula merujuk pernyataan Saya berasa terhibur sepanjang aktiviti hari
ini.Keseluruhan murid iaitu 5 orang responden suka mendengar lagu dengan
menjawab Ya. Pengkaji ingin mengetahui sama ada responden berasa terhibur
sepanjang aktiviti hari ini.

Item 3 mengandungi pernyataan Saya berasa mudah untuk menghafal
fakta. Kesemua rsponden iaitu seramai 5 orang murid menyatakan Ya bagi item
ketiga ini. Maka tiada seorang pun responden yang menyatakan Tidak bagi item
ini. Item ini bertujuan untuk mengetahui sama ada responden berasa mudah
untuk menghafal fakta setelah menggunakan kaedah Selang.

Manakala item 4 menyatakan Saya suka mengingat sesuatu perkara. Item
ini bertujuan untuk mengetahui sama ada wujudnya minat responden untuk
mengingat sesuatu perkara. Seramai 4 orang responden menyatakan Ya dan
hanya seorang yang menyatakan Tidak.
75

Saya dapat mengingat pengertian Hari Akhirat dan nama-nama Hari
Akhirat beserta maksudnya melalui kaedah Selang. Item 5 lebih menjurus
kepada ingin mengetahui adakah responden dapat mengingat kesemua fakta yang
melibatkan pengertian Hari Akhirat dan nama-nama Hari Akhirat beserta
maksudnya setelah kaedah Selang dijalankan ke atas mereka. Seramai 5 orang
menyatakan Ya bagi pernyataan item ini dan tiada mana-mana responden
menjawab Tidak bagi pernyataan ini.

Seterusnya item 6 pula iaitu Saya berasa bersemangat untuk belajar
Pendidikan Islam, lebih kepada ingin mengetahui adakah setelah melalui PdP
menggunakan kaedah Selang dapat membangkitkan semangat untuk belajar
Pendidikan Islam. Seramai 4 orang responden menyatakan Ya bagi pernyataan
item dan hanya seorang responden menjawab Tidak bagi pernyataan ini. Ia
melihat hampir keseluruhan responden bersemangat untuk belajar Pendidikan
Islam dan ini menunjukkan kepada minat yang semakin bangkit melebihi
sebelum ini.

Pengertian Hari Akhirat dan nama-nama Hari Akhirat beserta maksudnya
susah untuk diingati adalah item ke-7 dari senarai item-item pernyataan dalam
borang soal selidik. Seramai 2 orang responden menyatakan Ya bagi pernyataan
ini dan 3 orang responden menyatakan Tidak. Item ini dirangka bertujuan untuk
mengetahui adakah selepas rawatan terdapat perubahan yang berlaku bagi
mengingat pengertian Hari Akhirat dan nama-nama Hari Akhirat beserta
maksudnya.
76

Item 8 iaitu Saya gembira dapat mengingat pengertian Hari Akhirat dan
nama-nama Hari Akhirat beserta maksudnya dengan betul. Kesemua responden
menyatakan Ya bagi pernyataan item ini iaitu seramai 5 orang responden dan
tiada seorang responden pun menyatakan Tidak bagi pernyataan item ini. Item
ini bertujuan untuk mengetahui sama ada murid gembira atau tidak setelah
mampu mengingat pengertian Hari Akhirat dan nama-nama Hari Akhirat beserta
maksudnya dengan betul. Dapatan-dapatan ini disokong oleh temu bual yang
telah direkod oleh pengkaji selepas selesai PdP.

Secara keseluruhannya, soal selidik yang telah dijalankan ini menunjukkan
kaedah Selang dapat membangkitkan minat murid mempelajari tajuk Beriman
kepada Hari Akhirat serta mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang
menyeronokkan dan menghiburkan.

6.3.2 Temu bual

Dalam sesi temu bual ini, bagi menjawab persoalan untuk objektif ini,
pengkaji telah turut melaksanakan sesi temu bual kepada kesemua responden
kumpulan rawatan ini serta menfokuskan temu bual kepada tema minat murid
sebagaimana jadual di bawah.




77

Jadual 15: Kod 2 Soalan Temu bual
Tema Kod Item

Minat Murid
Adakah kamu merasa seronok
mempelajari tajuk Beriman kepada Hari
Akhirat dengan baik setelah belajar
dengan ustaz?

Pengkaji membahagikan jawapan temu bual responden kepada 2 kategori
bagi memudahkan analisis iaitu Ya atau Tidak. Hasil temu bual dengan
responden telah ditanskripkan (Lampiran G). Berikut merupakan analisis
instrumen temu bual.

Jadual 16: Analisis temu bual soalan 2
Soalan Lingkaran 1 Lingkaran 2

2
Ya Tidak Ya Tidak
1 4 5 -

Dapatan yang telah dianalisis telah membuktikan bahawa responden telah
menunjukkan minat mereka dalam mempelajari tajuk Beriman kepada Hari Akhirat
yang merupakan satu tajuk kajian yang dikaji kerana mereka masing-masing merasa
seronok serta memahami apa yang dipelajari apabila menggunakan kaedah Selang
yang telah diperkenalkan oleh pengkaji. Hal ini demikian kerana pengkaji mendapat
maklum balas dan respon yang positif daripada setiap responden daripada hasil
temu bual yang ditadbir ke atas mereka.
78

Hasil dapatan temu bual dalam soalan 2 telah menunjukkan kesemua
responden memberikan pandangan yang positif. Hal ini secara lansung
menunjukkan keseronokan murid terhadap penggunaan kaedah Selang. Melihat
pada jadual analisis temu bual lingkaran 2, kelima-lima responden menyatakan
bahawa mereka merasa seronok mempelajari tajuk Beriman kepada Hari Akhirat
dengan ustaz.

Oleh yang demikian, daripada kajian tersebut, pengkaji mendapati bahawa
kaedah Selang yang diperkenalkan oleh pengkaji telah dapat membangkitkan
minat responden mempelajari tajuk Beriman kepada Hari Akhirat dengan mudah
kerana mereka merasa terhibur dan seronok mempelajarinya.

6.4 Rumusan
Kesimpulannya kaedah Selang ini telah dapat menunjukkan peningkatan
penguasaan murid dalam menghafal fakta bagi tajuk Beriman kepada Hari Akhirat
setelah diaplikasikannya dalam PdP. Bukan itu sahaja minat responden untuk
mempelajari tajuk ini juga telah dapat dibangkitkan daripada kajian yang telah
dijalankan.





79




7.0 DAPATAN DAN PERBINCANGAN KAJIAN

7.1 Pengenalan
Bahagian ini akan menjelaskan dengan lebih terperinci mengenai aspek dapatan dan
perbincangan kajian. Perbincangan lebih berfokus kepada hasil dapatan yang telah
diperoleh daripada analisis data yang telah dilaporkan pada bahagian sebelum ini. Ia
juga akan turut disertakan bersama dengan hasil dapatan kajian oleh para pengkaji yang
terdahulu. Perbincangan pada bahagian ini akan dibincangkan mengikut urutan objektif
kajian yang telah ditentukan pengkaji.

7.2 Meningkatkan penguasaan menghafal fakta bagi tajuk Beriman kepada Hari
Akhirat menggunakan kaedah Selang
Sering kali murid yang lemah dianggap murid yang bermasalah, dipandang rendah
dan diberi pelbagai label negatif baik daripada diri sendiri, rakan sebaya mahupun
daripada guru sendiri. Namun setelah dianalisis dan diinterpretasikan data-data
melalui ujian pra dan ujian pos bertulis yang ditadbir, telah jelas sekali menunjukkan
bahawa berlakunya perubahan yang sangat ketara dalam pencapaian markah bagi
setiap responden bagi kumpulan rawatan selepas pengunaaan kaedah
Selangdiperkenalkan kepada mereka.

80

Daripada data tersebut, semua responden telah menunjukkan perubahan dan
peningkatan yang sangat positif dari segi pencapaian mereka di dalam ujian pos
berbanding ujian pra yang ditadbir. Dua orang responden yang asalnya mendapat
gred D dan tiga orang responden lain yang mendapat gred C dalam ujian pra rata-
ratanya telah melonjakkan prestasi mereka sehingga mendapat gred A dalam ujian
pos pada gelung yang ke-2 selepas pengkaji mengaplikasikan kaedah Selang
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Meneliti instrumen temu bual pula (rujuk rajah 5) pada lingkaran pertama
pengkaji mendapati hanya 2 responden yang bersetuju dapat menghafal fakta
pengertian Hari Akhirat dan nama-nama Hari Akhirat beserta maksudnya dengan
baik setelah menggunakan kaedah Selang. Manakala 3 responden lain menyatakan
tidak bersetuju dapat menghafal fakta pengertian Hari Akhirat dan nama-nama Hari
Akhirat beserta maksudnya dengan baik setelah menggunakan kaedah Selang.

Namun apa yang menarik, pada lingkaran kedua, terdapat perubahan jawapan
responden setelah pengkaji membuat penambahbaikan pada kaedah, bahan bantu
mengajar dan cara bimbingan pengkaji kepada murid. Hasil analisis temu bual ini,
pengkaji mendapati bahawa semua responden (lima orang) bersetuju bahawa kaedah
Selang dapat meningkatkan penguasaan menghafal fakta pengertian Hari Akhirat
dan nama-nama Hari Akhirat beserta maksudnya dengan baik.

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa hasil yang ditunjukkan ialah bersifat
positif di mana semua respondennya telah menujukkan peningkatan penguasaan
81

menghafal fakta dengan baik selepas pengajaran diaplikasikan dengan
menggunakan pendekatan intervensi kaedah Selang. Dapatan ini juga
membuktikan bahawa responden yang permulaannya sangat lemah dalam
penguasaan menghafal fakta dalam tajuk Beriman kepada Hari Akhirat ini juga
telah dapat menunjukkan peningkatan penguasaannya menghafal fakta melalui
intervensi kaedah Selang selepas rawatan diberikan.

Berdasarkan kajian ini, pengkaji berpendapat kejayaan responden daripada
kumpulan rawatan terutama kategori lemah berlaku disebabkan faktor responden
mendapatkan bimbingan berterusan sama ada daripada guru atau ahli kumpulan
serta kaedah yang bersesuaian dengan keupayaan mereka untuk menghafal fakta
dalam bidang Aqidah ini. Pengkaji melaksanakan intervensi menggunakan kaedah
Selang yang berpusatkan murid secara berkumpulan dan individu yang melibatkan
sesi pengajaran yang menarik.

Dapatan ini menyokong kajian oleh Amyrudin (2011) yang menyatakan
bahawa apabila murid yang lemah dan mahir belajar secara koperatif di dalam satu
kumpulan kecil, maka akan berlaku peningkatan. Hal ini dibuktikan dengan
peningkatan sebanyak 54.8% pada Ujian Pos 2 berbanding Ujian Pra. Suasana
pembelajaran juga telah menjadi lebih interaktif dan kondusif.

Dapatan ini disokong oleh Haliza hamzah & Joy Nesamalar Samuel (2008).
Rakan sebaya merupakan perkara penting dalam hidup seseorang selepas keluarga.
Mereka saling bergantung dan mempunyai kuasa atau daya untuk menggerakkan
82

ahli-ahli dalam kumpulan. Kuasa ini boleh mendorong ahli-ahli kumpulan untuk
berkelakuan mengikut nilai atau kepercayaan yang telah ditetapkan oleh ahli-ahli
kumpulan. Sekiranya ahli tersebut berbentuk positif, sudah pasti nilai itu akan
memajukan ahli-ahli kumpulan dalam dinamika kumpulan untuk membuat kebaikan
dan sebaliknya.

Memandangkan kurikulum Pendidikan Islam di sekolah-sekolah di Malaysia
adalah berpandukan kepada sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran
Pendidikan Islam yang telah ditetapkan, ia tidak mewujudkan masalah kepada guru-
guru untuk melaksanakannya di peringkat sekolah cuma apa yang perlu ditinjau
semula ialah daripada segi aspek pedagogi, iaitu daripada sudut pengkaedahan
pengajaran dan pembelajaran.

Menurut kajian Halim Tamuri (2004), penggunaan metodologi hafazan yang
berkesan ialah latih tubi menghafal (pengulangan) iaitu dengan nilai min
keberkesanan 3.60. Malah, dalam proses PdP khususnya hafazan al-Quran sendiri,
terdapat tiga komponen penting yang memberi kesan kepada murid, iaitu:

1) Aspek individu yang merangkumi kekuatan dalaman, motivasi, kestabilan emosi,
ketenangan jiwa, kekuatan fizikal dan juga kekuatan mental.
2) Aspek guru yang mencakupi kaedah pengajaran, motivasi guru dan bahan yang
digunakan dalam pengajaran.
3) Sistem sokongan pendidikan termasuklah kelas, kemudahan fizikal, infrastruktur
bangunan, lokasi dan BBM.
83

7.3 Melihat perbezaan min skor murid antara kumpulan rawatan dan kumpulan
kawalan bagi tajuk Beriman kepada Hari Akhirat
Dengan berlakunya peningkatan daripada ujian pra kepada ujian pos, maka
berlakulah perubahan peningkatan min yang dapat dilihat daripada kajian.
Perbezaan nilai min antara Ujian Pra dan Ujian Pos yang dicatatkan oleh kumpulan
rawatan ialah sebanyak 45.8 iaitu dari 46.4 kepada 92.2. Bagi kumpulan kawalan
pula, perbezaan nilai min antara Ujian Pra dan Ujian Pos yang dicatatkan ialah
sebanyak 31.0 iaitu dari 55.0 kepada 86.0. Perbezaan min boleh merujuk kepada
jadual 13 dan rajah 7 yang sudah dinyatakan.

Sebelum kaedah Selang diperkenalkan, keseluruhan responden sangat sukar
dan tidak tahu untuk menghafal dan mengingat fakta bagi pengertian Hari Akhirat,
nama-nama Hari Akhirat dan maksudnya dengan baik. Apabila disoal oleh pengkaji
untuk memastikan sama ada responden dapat mengenal pasti setiap fakta bagi
pengertian Hari Akhirat, nama-nama Hari Akhirat dan maksudnya yang sudah ada
dan pernah dipelajari dalam buku teks sebelum menjalankan intervensi, mereka
hanya menunjukkan muka yang menggambarkan mereka tidak ingat kepada fakta-
fakta tersebut.

Menurut pandangan pengkaji, objektif kedua kajian ini iaitu melihat perbezaan
min skor murid antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan bagi tajuk
Beriman kepada Hari Akhirat telah dapat dicapai. Hal ini demikian kerana telah
berlaku peningkatan pencapaian bagi setiap responden kumpulan rawatan dalam
84

menguasai dari aspek penguasaan menghafal fakta selepas diperkenalkan kaedah
Selang kepada mereka.

Dapatan ini disokong oleh Rasidah (2007) dalam kajian Hubungan Antara Gaya
Pembelajaran Dengan Motivasi Dalam Kalangan Pelajar Di Sebuah Sekolah
Menengah Luar Bandar, Sabah. Dapatan kajian beliau menunjukkan bahawa
motivasi pencapaian boleh berlaku disebabkan dua motif iaitu motif untuk mencapai
kejayaan dan motif untuk mengelak kegagalan. Motivasi yang hendak dicapai adalah
fungsi keinginan individu bagi mencapai dan mengharapkan kejayaan. Hasil kajian
ini telah membuktikan bahawa wujud perbezaan pada peratusan min antara kedua-
dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Apa yang penting
peratusan min pada kumpulan rawatan telah menunjukkan satu peningkatan
peratusan yang sangat baik.

7.4 Meningkatkan minat murid mempelajari tajuk Beriman kepada Hari Akhirat
menggunakan kaedah Selang
Minat sangat mempengaruhi kebolehan seseorang untuk mencapai sesuatu perkara
yang dihasratkan. Oleh itu, sebagai seorang guru perlu memilih kaedah yang
bersesuaian dengan keadaan murid bagi membantu meningkatkan minat dan
kesungguhan mereka mempelajari tajuk Beriman kepada Hari Akhirat ini. Pengkaji
telah menggunakan instrumen soal selidik dan temu bual responden bagi menjawab
persoalan kajian berkaitan sejauh manakah keberkesanan penggunaan kaedah
85

Selang dapat meningkatkan minat murid mempelajari tajuk Beriman kepada Hari
Akhirat?

Dapatan yang telah dianalisis telah membuktikan bahawa responden telah
menunjukkan minat mereka dalam mempelajari tajuk Beriman kepada Hari Akhirat
yang merupakan satu tajuk kajian yang dikaji kerana mereka masing-masing merasa
seronok serta memahami apa yang dipelajari apabila menggunakan kaedah Selang
yang telah diperkenalkan oleh pengkaji. Hal ini demikian kerana pengkaji mendapat
maklum balas dan respon yang positif daripada setiap responden daripada hasil
temu bual yang ditadbir ke atas mereka.

Menurut Mohd Norma (2004), beliau telah memilih reka bentuk tinjauan
dengan menggunakan kaedah soal selidik di dalam proses kajian yang dijalankan.
Menurut beliau, kaedah tinjauan didapati sesuai dalam pengurusan kajian seperti ini
kerana ia mengkaji tentang minat responden terhadap tajuk persoalan yang
dikemukakan.

Daripada temu bual yang dianalisis, pengkaji mendapati bahawa 100%
responden telah mengatakan mereka suka dan seronok mempelajari tajuk Beriman
kepada Hari Akhirat menggunakan kaedah Selang. Dapatan ini telah menunjukkan
bahawa kaedah Selang yang diperkenalkan kepada kesemua responden kumpulan
rawatan ini telah dapat membangkitkan minat mereka untuk mempelajari tajuk
Beriman kepada Hari Akhirat seterusnya secara tidak lansung dapat meningkatkan
penguasaan menghafal fakta.
86


Dapatan ini disokong oleh Moyles (2005) yang menyatakan apabila kanak-
kanak seronok belajar sesuatu perkara, mereka akan terus berminat untuk
mengambil bahagian dalam pembelajaran. Justifikasinya, tumpuan kepada sesuatu
perkara akan menjadi semakin baik.

Dapatan ini dikukuhkan lagi oleh kajian yang dijalankan oleh Hadiah Senin
(1999) di dalam kajiannya mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi
pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sejarah yang dilakukan ke atas 250 orang
pelajar dari lima buah sekolah di daerah Batu Pahat, Johor yang mendapati pelajar-
pelajar yang baik pencapaiannya dalam bidang Sejarah adalah kerana pelajar
mempunyai minat terhadap mata pelajaran tersebut.

7.5 Rumusan
Kesimpulannya, dapatan kajian ini telah membuktikan peningkatan kepada penguasaan
menghafal fakta murid dengan dibuktikan oleh sokongan dapatan kajian-kajian lepas
berkaitan kaedah yang berunsur latih tubi dan minat yang cuba untuk dibangkitkan.
Justeru itu, permainan kaedah Selang ini telah dapat menunjukkan hasil peningkatan
pencapaian responden yang sangat memberansangkan. Kesemua responden telah
menunjukkan peningkatan penguasaan mereka dalam menghafal fakta bagi tajuk
Beriman kepada Hari Akhirat setelah diaplikasikan intervensi kaedah Selang dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran. Minat responden untuk mempelajari tajuk ini juga
telah dapat dibangkitkan daripada kajian yang telah dijalankan.
87




8.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Kajian ke atas penggunaan kaedah Selang berbantukan slaid Powerpoint ini telah
menunjukkan keberkesanan kaedah yang digunakan. Hasil dapatan yang diperoleh
adalah positif di mana ianya telah dapat menunjukkan peningkatan penguasaan
menghafal fakta bagi tajuk Beriman kepada Hari Akhirat dalam kalangan responden
Tahun 3 Akrab S.K. Pagar Besi seterusnya dapat meningkatkan minat responden untuk
mempelajari tajuk tersebut dengan lebih jelas.

Walau bagaimanapun, pengkaji ingin mencadangkan beberapa cadangan bagi
kajian lanjutan kepada para pengkaji pada masa akan datang yang berkeinginan untuk
meneruskan kesinambungan kajian ke atas penggunaan kaedah Selang berbantukan
slaid Powerpoint ini dalam mata pelajaran Pendidikan Islam khususnya dan bidang
Aqidah umumnya.

Pengkaji mencadangkan agar kajian seterusnya bukan sahaja menekankan aspek
penguasaan menghafal fakta sahaja, malah aspek menyebut dan membaca dengan
sebutan dan bacaan yang betul pada sesuatu perkataan itu juga perlu diberi perhatian.
Hal ini bertujuan untuk menjamin kelansungan kejayaan yang dicapai daripada kajian.

88

Pengkaji juga mencadangkan agar kajian akan datang akan cuba diluaskan skop
kajian penggunaan kaedah Selang berbantukan slaid Powerpoint ini yang bukan sahaja
mengkaji dalam bidang Aqidah semata-mata tetapi boleh cuba diaplikasikan dalam
bidang Tilawah al-Quran yang melibatkan hukum tajwid seperti idgham maalghunnah,
idgham bilaghunnah, ikhfa hakiki, izhar halqi, iqlab dan sebagainya.

Selain itu juga, pengkaji mencadangkan agar kajian seterusnya dapat
menggunakan sampel kajian yang lebih ramai bagi mendapatkan kesahan kajian yang
tinggi dalam keberkesanan kaedah yang digunakan ini. Pengkaji juga mencadangkan
kepada pengkaji seterusnya untuk cuba menambahkan nilai dalam kaedah Selang
berbantukan slaid Powerpoint ini dengan cuba memasukkan kepelbagaian aktiviti
permainan dalam pengajaran dan pembelajaran yang ingin dikaji seperti permainan
kotak beracun, dam, teka teki dan sebagainya.

Diharapkan kajian ini dapat membuka minda dan memberi inisiatif kepada
pihak-pihak lain khususnya guru Pendidikan Islam dalam menghasilkan pengajaran yang
lebih berkesan serta menyeronokkan bagi mempertingkatkan mutu dan kualiti
pendidikan negara ini pada masa akan datang.






89

SENARAI RUJUKAN

Al-Quran al-Karim.

Buku :
Abdul Halim El-Muhammady. (1991). Pendidikan Islam, Falsafah dan Peranan
Pendidik. Kuala Lumpur : Dewan Pustaka Salam.
Ahmad Nawawi Haji Yaakob. (2003). Persepsi Pelajar Terhadap Amalan Pengajaran
dan Pembelajaran di Sekolah Agama. Kuala Lumpur : Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Abdul Aziz Umar Bin Ahmad. (1993). Asas Aqidah Islam. Kelantan : Majlis Agama
Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

Abdul Hamid. Haji. @ Yusuff Bin Yunus. (2005). Asas Rujukan Dalam Bidang Aqidah
Islam. Putrajaya : Bahagian Penyelidikan , Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM).
Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. (2010). Kamus Dewan (Edisi Keempat).
Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kemmis & McTaggart. (1988). dalam Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan. Manual Kajian Tindakan. Kuala Lumpur: Penerbit BPPDP,KPM.

Khalid Mohamad Nor. Prof. (2005). Belajar Teknik Belajar Di Sekolah Dan Di
Universiti. Pahang Darul Makmur: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd
Murugiah Velayutham. (1997). Psikologi Pendidikan 1: Psikologi Perkembangan.
Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Ragbir Kaur A/P Joginder Sigh, Dr. (2007). Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan Untuk
Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) Sekolah Rendah Dan Menengah.
Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Rosinah Edinin. (2012). Penyelidikan Tindakan Kaedah dan Penulisan. Kuala Lumpur :
Freemind Advanco Sdn. Bhd.
Zulkifli Ismail, Sharifah Mazlina Syed A. Kadir, Mazlan Mohd Yusoff (1993). Menjadi
Pelajar Cemerlang. Kuala Lumpur. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.


90

Tesis :

Ariffudin Bin Dzulkifli (2011). Keberkesanan Penggunaan Kaedah Peta Konsep Dalam
Meningkatkan Hafalan Fakta-fakta Sirah Di Kalangan Murid Tahun 4. Kuala
Terengganu. Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail.
Cathy John (2009). Kaedah Sebut, Eja dan Bunyikan. Kuching. Institut Pendidikan Guru
Kampus Batu Lintang.
Dayang Norhafizah Binti Abang Shamat (2009). Latih Tubi Bacaan Dalam Membantu
Murid Pemulihan Menguasai Kemahiran Huruf Vokal Awalan. Kota Bharu. Institut
Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu.
Mohd Izzuddin Akmal Bin Rusmin (2011). Keberkesanan Nyanyian Melodi Ria Untuk
Meningkatkan Kemahiran Mengingat Nama 10 Malaikat Bagi Murid Tahun 2
Delima SK Kampung Gemuroh. Kuala Terengganu. Institut Pendidikan Guru
Kampus Dato Razali Ismail.
Mohd Zabani Bin Jalil (2010). Keberkesanan Kaedah Permainan Loncatan Ilmu
Dalam Meningkatkan Kemahiran Mengingat Dan Mebezakan Perkara
Membatalkan Solat Dan Wuduk. Kuala Terengganu. Institut Pendidikan Guru
Kampus Dato Razali Ismail.
Nur Syazwani Binti Zakaria (2012). Aplikasi Roda Warna Untuk Meningkatkan
Kemahiran Membatangkan Suku Kata Murid Pendidikan Khas Bermasalah
Pembelajaran (PKBP). Kuala Terengganu. Institut Pendidikan Guru Kampus
Dato Razali Ismail.
Rasyiqah Binti Yaacob dan Idrul Bin Hisham Ismail (2012). Keberkesanan Kaedah
Latih Tubi Dan Salin Jalin Dapat Meningkatkan Kemahiran Menulis Murid
Pemulihan SK Bari Pantai, Merang, Setiu, Terengganu. Kuala Terengganu.
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail.
Robiah binti Muhammad dan Siti Hajar Husna (2009). Meningkatkan Minat Murid
Dalam Pendidikan Islam Dengan Gubahan Lagu. Kuala Terengganu. Institut
Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail.

Jurnal :
Carl R Rogers (2003). Client-Centered Therapy: Its Current Practice, Implications and
Theory. London. Costable.



91

Majalah :
Abdullah Bukhari Abdul Rahim (2012). Bijaksana Mengajar Akidah. Kuala Lumpur.
Majalah al-Ustaz isu no. 4. Telaga Biru Sdn. Bhd
Internet :
http://pomizipedagogy.wordpress.com/kaedah/latih-tubi/ diakses pada 29 Julai 2013
http://www.scribd.com/doc/14163802/Kaedah-Pengulangan-TIKRAR diakses pada 27 Ogos
2013

















92

Lampiran A
LEMBARAN KERJA
93



94


Lampiran B

PEMERHATIAN TIDAK BERSTRUKTUR (CATATAN BEBAS)
Tarikh : ____________________
Kelas : ___________________

Peristiwa Catatan
















Sumber: Diadaptasi daripada BPPDP (2008).
95


Lampiran C
BORANG SENARAI SEMAK


Nama : __________________________________ Kelas : __________


BACA KENYATAAN DI BAWAH DAN TANDAKAN (/) PADA PILIHAN
JAWAPAN ANDA. SILA JAWAB DENGAN JUJUR.
ITEM PERNYATAAN YA TIDAK
1 Saya minat pada subjek
Pendidikan Islam


2 Saya berasa terhibur sepanjang
aktiviti
hari ini.


3 Saya berasa mudah untuk
menghafal
fakta.


4 Saya suka mengingat sesuatu
perkara


5 Saya dapat mengingat pengertian
Hari Akhirat dan nama-nama Hari
Akhirat beserta maksudnya
Melalui kaedah Selang


6 Saya berasa bersemangat untuk
belajar
Pendidikan Islam.


7 Pengertian Hari Akhirat dan nama-
nama Hari Akhirat beserta
maksudnya susah untuk diingati


8 Saya gembira dapat mengingat
pengertian Hari Akhirat dan nama-
nama Hari Akhirat beserta
maksudnya


Sumber : Diadaptasi daripada Munirah (2010)

96


SEK. KEB. PAGAR BESI,
21020 KUALA TERENGGANU,
TERENGGANU DARUL IMAN


Lampiran D









UJIAN PRA

NAMA :
TAHUN:.

Arahan: Jangan Buka Kertas Soalan Ini Sebelum Diberitahu
97


: A
Bulatkan jawapan yang betul.






4) a.
b.
c.
d.

5) a.
b.
c.
d.
1) a.
b.
c.
d.

2) a.
b.
c.
d.


3) a.
b.
c.
d.
..... 1 : ......

..... 2 ..... ... 3 ... .... 4 ....
..... 5 .....

98


: B 2
Senaraikan nama-nama bagi Hari Akhirat.












2
Nama-nama bagi Hari Akhirat



Pilihan Jawapan


99

: C - 2
Senaraikan kelima-lima maksud nama-nama bagi Hari Akhirat.

1 )

......................
2 )

...................... ......................
3 )

...................... .....................
4 )

...................... .....................
5 )

.....................









Lampiran E

,

,
,
,




Pilihan
Jawapan

100


SEK. KEB. PAGAR BESI,
21020 KUALA TERENGGANU,
TERENGGANU DARUL IMAN








UJIAN POS
NAMA :
TAHUN:.

Arahan: Jangan Buka Kertas Soalan Ini Sebelum Diberitahu
: A
Garis dan tuliskan jawapan yang betul.
101



............ ( / / )

................ ( /
/ ) ......... ..... ( / / )
............. ) / / (
............ ) / /
(









102

: B - 2
Senaraikan kelima-lima maksud nama-nama bagi Hari Akhirat.

1 )

......................
2 )

...................... ......................
3 )

.....................
4 )

...................... .....................
5 )

.................... .....................









,

,




Pilihan
Jawapan



103


: C 2
Senaraikan nama-nama bagi Hari Akhirat.












2
Nama-nama bagi Hari Akhirat



Pilihan Jawapan


1
2
3
4
5
104


Lampiran F

Transkrip Temu bual Minat dan Kefahaman Responden
















































Soalan 1 : Adakah kamu dapat menghafal fakta pengertian Hari
Akhirat dan nama-nama Hari Akhirat beserta maksudnya dengan
baik setelah belajar dengan ustaz?
Kod
R1 :
R2 :.
R3 :
R4 :
R5 :

Soalan 2 : Adakah kamu merasa seronok mempelajari tajuk
Beriman kepada Hari Akhirat setelah belajar dengan ustaz?
Kod
R1 :
R2 :
R3 :
R4 :
R5 :

105

Lampiran G

BORANG SOAL SELIDIK


Nama : _______________________ Kelas : ________________

Tandakan (/) berdasarkan tahap persetujuan anda mengikut skala berikut:

BIL. SOALAN

YA

TIDAK
1 Saya berasa seronok selepas mengikuti pelajaran
hari ini.


2 Saya berasa terhibur sepanjang aktiviti hari ini.


3 Saya berasa mudah untuk menghafal fakta.


4 Pengajaran guru membosankan.


5 Saya berasa teruja untuk menunggu aktiviti yang
akan diperkenalkan seterusnya.


6 Saya berasa bersemangat untuk belajar Pendidikan
Islam.


7 Saya sangat suka dengan kaedah pembelajaran
yang digunakan.


8 Saya boleh menggunakan kaedah yang guru
perkenalkan pada hari ini untuk tajuk lain.



Sumber : Diadaptasi daripada Izzuddin Akmal (2011)




106

Lampiran H
GAMBAR PERLAKSANAAN INTERVENSI
























Foto 1: Responden menjawab soalan
dalam lembaran kerja
Foto 2: Guru melaksanakan kaedah
Selang di makmal computer sekolah
Foto 3: Salah satu slaid Powerpoint
menarik yang digunakan bersama
intervensi
Foto 4: Suasana semasa pelaksanaan
Ujian Pra dan Ujian Pos di dalam
kelas.

Anda mungkin juga menyukai