Anda di halaman 1dari 226

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

1
Terbitan Klinik Muallij Islamiah


Panduan
Merawat Sihir
Untuk
Muallij Muda



Klinik Muallij Islamiah
http://klinik-muallij.blogspot.com/
oleh: Muallij Mustakim bin Mohd Najib Al-Kelantani
Diterbitkan pada: 17 Jun 2010 (4 Rejab 1431)
Tiada hakcipta Perkongsian Ilmu Sesama Mukminin



Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
2
Terbitan Klinik Muallij Islamiah


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Pertama-tama marilah kita memanjatkan rasa syukur kita ke hadrat Allah s.w.t. atas
limpah rahmat dan inayah-Nya, kita diberikan nikmat kesihatan, dan dengan izin-Nya,
setiap kita dapat berkongsi ilmu yang cukup bermakna ini. Lafaz Al-Fatihah buat Allah,
Para Nabi, Para Sahabat Anbiya, Para Syahidin, Para Tokoh Islam, Para Ulama, Para
Guru-guru, Ibubapa dan muslimin dan muslimat sekalian sama ada yang masih hidup
ataupun yang telah kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah..
`., < -9 >9 >9 < U =-9 -9 >9 7= $!
!| ,- !| -.`. ! 1.9 ).`.9 1. %! - =s s
U.-9 `=. 9!.9
Ayam hutan terbang ke hutan
Tali tersangkut pagar berduri
Adik bukan saudara bukan
Hati tersangkut kerana budi.

Baik bergalas baik tidak
Buli-buli bertali benang
Baik berbalas baik tidak
Asal budi sama dikenang.

2. Buku ini diilhamkan sebagai tanda menghargai jasa dan sumbangan mereka yang
bergelar perawat islam yang tidak pernah jemu menabur budi kepada insan. Mereka miliki
azam dan meletakkan upaya diri dalam pelbagai rupa bakti. Penghargaan kepada guru-
guru, sahabat-handai dan para muallij ini adalah cuma secebis tanda, ditinta bukan dengan
wang ringgit tetapi dengan sebuah mesra rasa. Mereka itu mungkin telah menerima
aneka pengiktirafan dan penghargaan dari luar sana, organisasi dan institusi. Ana
terpanggil mahu menghargai sama, suatu ingatan kepada individu-individu yang berjasa
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
3
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

dalam bidang ini. Budi ditabur bagaikan urutan mutiara atau permata tersusun, kemilau
cahaya menyinari kota dan dusun, bakti terasa dorongan rakyat melangkah, Islam mara
dengan kejayaan datang dari segala arah.
3. Pada hemat ana, jasa bakti seseorang memang perlu dikenang. Kenangan itu bermakna
pengiktirafan dan boleh dibuat dalam pelbagai rupa penghargaan. Ana hanya melakukan
salah satu daripada banyak cara pengiktirafan dan penghargaan. Ana merasakan, selain
memberi penghargaan kepada tokoh yang terpilih, buku ini tidak syak lagi adalah jua
suatu landasan peringatan. Ya, landasan peringatan kepada generasi islam, angkatan
muallij dan muslimin dan muslimat.
4. Banyak tugas lagi yang belum selesai. Sesungguhnya hari ini kita mengenangi dan
meraikan mereka yang tidak pernah bersara dari menabur jasa! Mereka itu terus mara
tanpa mengira masa, menabur bakti kepada Islam!
5. Akhir kata, terima kasih ana kepada para pembaca sekalian yang dapat meluangkan
masa mentelaah buku yang serba kekurangan ini.

Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan.
Akar keladi melilit selasih
Selasih tumbuh dihujung taman
Kalungan budi junjungan kasih
Mesra kenangan sepanjang zaman.

6. Syukran Jazillan, Wabillahittaufik walhidayah, Wassalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh wa ilalliqa.




Mohd Nur Syaitul Mustakim bin Mohd Najib
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
4
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

Perawat Islam Klinik Muallij

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda


BAB SATU

BERSAHABAT
DENGAN
JIN







Klinik Muallij Islamiah
http://klinik-muallij.blogspot.com/
oleh: Muallij Mustakim bin Mohd Najib Al-Kelantani
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
5
Terbitan Klinik Muallij Islamiah


BERSAHABAT DENGAN JIN

adakah ianya dibenarkan dalam Syariat Islam, jika boleh adakah ianya mendatangkan
manfaat? Bersahabat dengan sesama manusiapun terkadang wujud masalah, apatah
lagi bersahabat dengan jin, yang sememangnya berlainan kejadiannya.

Ada sebahagian orang yang tersesat kerana pemikiran yang salah tentang jin,
sehubungan dengan kewujudan, asal-usul, perkahwinan, kemampuan, tempat tinggal
mereka dan pelbagai masalah yang bersifat khusus tentang Jin, Iblis, Ifrit dan Syaitan.

Pastinya kita harus melihat dan menyedari pada beberapa hakikat nyata, iaitu:

- Tidak ada tempat untuk mendustakan kewujudan jin.

- Jin diciptakan sebelum penciptaan manusia.

- Jin berkahwin sesamanya dan beranak-pinak.

- Jin meninggal dunia seperti manusia.

- Jin menetap di rumah manusia, rumah kosong, bukit, gunung, gaung, hutan, laut,
tanjung, perkuburan, tempat-tempat sampah-sarap, tempat najis dan jamban.

- Jin tidak berada di tempat-tempat yang di dalamnya biasa disebut nama Allah dan
dibacakan Al-Quran.

- Jin memiliki kemampuan untuk membentuk dirinya dalam pelbagai bentuk.

- Sebenarnya jin merupakan makhluk yang lemah.

- Jin dibebani kewajipan (mukallaf) seperti manusia.

- Setiap manusia memiliki pendamping daripada golongan jin.

- Tujuan dan matlamat jin (syaitan) ialah menjerumuskan manusia dalam kemusyrikan.

- Jin merayau-rayau pada waktu maghrib

CARA BERSAHABAT DENGAN JIN
Bagaimanakah cara bersahabat dengan jin? Ada orang yang mengatakan, cara untuk
bersahabat dengan jin ialah melalui pertapaan 40 hari 40 malam tidak makan dan tidak
minum. Sebahagian lagi ada yang mengatakan naik ke puncak bukit ataupun masuk ke
tengah hutan seorang diri sambil menyebut-nyebut nama jin. Ada pula yang
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
6
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

mengatakan dengan cara mem-bakar kemenyan dan melalui upacara jampi serapah.
Kesemua cara ini ada dilakukan orang sama ada berjaya ataupun tidak.
Bagaimanapun Islam tidak membenarkan cara-cara tersebut, kerana ia akan
memesongkan akal fikiran manusia di samping tidak ada manfaatnya sedikit pun. Lagi
pun, jin itu sebenarnya yang lebih takut kepada manusia berbanding takutnya manusia
kepada jin sebagaimana yang dijelas-kan oleh Imam Mujahid:
"Sesungguhnya jin-jin itu sama takut kepada manusia sebagaimana manusia itu takut kepada
jin." Imam Harun bin Abdullah Al-Bazar pernah meriwayatkan suatu kisah yang dialami Abu
Syura'ah, katanya:
"Pada suatu malam Syeikh Yahya bin Al-Jazzat melihat aku sedang ketakutan, sehingga aku
tidak berani memasuki lorong. Maka beliau berkata, "Sesungguhnya sesuatu yang kamu takuti
itu lebih takut kepadamu." Ada riwayat lain oleh Ishak bin Ibrahim dari Muhammad bin Jabir dan
Hamad dari Mujahid, katanya:
"Jin itu lebih takut kepada manusia berbanding takutmu kepada jin. Oleh itu bila kamu diganggu
jin, maka janganlah kamu lari. Sebab bila engkau lari ketakutan, maka jin itu akan menjadikan
dirimu sebagai kenderaan-nya."
Oleh itu jelaslah bahawa jin sebenarnya takut kepada manusia. Untuk lebih jelasnya
berikut adalah beberapa keterangan Al-Qur'an berhubung dengan tunduknya jin kepada
manusia.
"Dan Kami telah tunduk-kan (kepada Sulaiman) sego-longan syaitan-syaitan yang menyelam
(ke dasar laut) untuk mengerjakan perintahnya; dan adalah Kami memelihara mereka iiu. " (Al-
Anbiya': 82).
"Dan dihimpunkan untuk Sulaiman tenteranya dari jin, manusia dan burung, lalu mereka itu
berbaris dengan tertib." (An-Naml: 7).
"Dan sebahagian dari jin ada yang bekerja di bawah kekuasaan (Sulaiman) dengan izin
Tuhannya. Dan sesiapa yang menyimpang di antara mereka dari perintah Kami, Kami rasakan
kepadanya azab neraka yang apinya menyala-nyala. Jin-jin itu membuat untuk Sulaiman apa
\ang dikehendakinya dari bangunan-bangunan yang tinggi danpatung-patung dan periuk yang
tetap (berada di atas tungku). Bekerjalah hai keluarga Daud untuk bersyukur." (Saba: 12-13).
Setelah dibuka, ternyata isinya adalah jin yang terus menyatakan taubatnya kepada
Nabi Sulaiman yang menghukumnya

FATWA MALAYSIA TENTANG BOMOH DAN SIHIR

Amalan Ilmu Hitam/sihir

Tarikh Keputusan : 11 Oct, 1993
Tarikh Mula Muzakarah : 11 Oct, 1993
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
7
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

Tarikh Akhir Muzakarah : 11 Oct, 1993
Oleh : Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-33

Keputusan
a) Perbuatan sihir adalah dosa besar dan boleh
membawa kepada syirik dan hukum mempelajarinya adalah haram.

b) Pengamal sihir yang mendatangkan mudharat kepada manusia adalah berdosa
besar dan pelaku jenayah, maka wajib dihukum qisas/hudud.

c) Pihak berkaitan hendaklah menyediakan peruntukan undang-undang bagi
menghukum pengamal-pengamal yang sabit melakukan sihir.

Bersahabat Dengan Jin

Akidah
Huraian Tajuk/Isu:
Fatwa berikut yang dibuat oleh Mufti Negeri di bawah subseksyen 36 (1) Enakmen
Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa
Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 39 (6) Enakmen itu adalah disiarkan
menurut subseksyen 36(2) Enakmen itu:

Keputusan:
1. Bersahabat dengan jin untuk tujuan mendapatkan pertolongan dalam perkara yang
ditegah oleh syarak adalah haram.

2. Meminta pertolongan jin dalam rawatan perubatan sehingga membawa kepada syirik
adalah haram.

3. Meminta pertolongan jin untuk mencari kekuatan dan kehebatan adalah haram.

4. Meminta dan menggunakan khidmat jin untuk ilmu sihir dan nujum adalah haram.

Status Penwartaan: Diwartakan
Nombor Rujukan: M.U.I.Phg. 2/116/2.
Akta/Enakmen: Enakmen 3/91

Penggunaan Jin Menurut Islam

Tarikh Keputusan : 21 Aug, 1995
Tarikh Mula Muzakarah : 21 Aug, 1995
Tarikh Akhir Muzakarah : 21 Aug, 1995
Oleh : Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Ke 39

Keputusan
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
8
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah mengambil keputusan seperti
berikut:


i. Bersahabat dengan jin dengan tujuan mendapatkan pertolongan dalam perkara yang
ditegah oleh syarak adalah haram.


ii. Meminta pertolongan jin dalam rawatan perubatan sehingga membawa kepada syirik
adalah haram.

iii.Meminta pertolongan jin untuk mencari kekuatan dan kehebatan adalah haram.

iv. Meminta dan menggunakan khidmat jin untuk ilmu sihir atau nujum adalah haram.

Khurafat Dan Azimat Menurut Perspektif Islam

Tarikh Keputusan : 9 Aug, 1996
Tarikh Mula Muzakarah : 9 Aug, 1996
Tarikh Akhir Muzakarah : 9 Aug, 1996
Oleh : Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-
40

Keputusan
Muzakarah bersetuju dengan garis panduan yang
telah disediakan untuk dijadikan panduan kepada orang ramai :

a. Khurafat ialah semua cerita atau rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang
larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang
dari ajaran Islam. Khurafat juga merangkumi cerita dan perbuatan yang direka dan
bersifat karut atau dusta.

b. Azimat ialah satu bentuk permohonan untuk mendapatkan pertolongan atau bantuan
bagi manfaat diri sendiri atau untuk memudharatkan orang lain dengan menggunakan
objek-objek dan ayat-ayat tertentu yang dianggap mempunyai kesaktian dan kuasa
ghaib yang melampaui kekuatan semula jadi apabila dijampi atau dipuja.

c. Islam sangat menitikberatkan soal akidah dan syariat. Segala amalan dan
kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber-sumber yang asal seperti al-
Quran, hadith, ijmak dan qias adalah ditolak oleh Islam.

d. Amalan memuja dan memohon pertolongan darinya seperti yang selalu dilakukan
oleh setengah bomoh dan dukun adalah syirik dan menyesatkan orang-orang yang
bersahabat dan menggunakan jin dan tukang sihir dan tukang tenung adalah tergolong
di dalam golongan orang-orang yang bodoh dan menzalimi diri sendiri.

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
9
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

e. Amalan penggunaan azimat atau tangkal sebagai pelindung diri seperti ilmu kebal,
ilmu pengasih, ilmu pelemah hati, ilmu penjauh jin dan sebagainya yang
dicampuradukkan dengan sihir adalah syirik dan menyeleweng dari ajaran Islam.

Kesan Perbomohan Meragukan Di Gunung Ledang Tangkak Muar

Akidah
Huraian Tajuk/Isu:
Adakah upacara perbomohan tersebut di atas bertentangan dengan akidah, syariat,
serta akhlak perubatan Islam yang sebenar atau sebaliknya?

Keputusan:
Keputusan Fatwa :

Setelah diteliti dari setiap sudut dan aspek, Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang
bersidang pada 12 Rabiul Akhir 1422 bersamaan 4 Julai 2001 telah membuat
keputusan seperti berikut:

Alhamdulillah fatwanya,

"Upacara pembomohan yang dilakukan di Gunung Ledang oleh bomoh tersebut adalah
jelas bertentangan dengan akidah dan akhlak perubatan Islam." Ini berdasarkan kepada
perkara-perkara berikut:

a) Penyelewengan akidah

i. Proses memanggil roh-roh, jin-jin, atau perewang bagi mengubati pesakitnya. Ini
bercanggah dengan Al-Quran surah Al-Jin ayat 6 yang bermaksud:

'Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari
manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-
ketua golongan Jin. Kerana dengan permintaan itu menjadikan golongan Jin bertambah
sombong dan jahat'

Amalan ini juga bercanggah dengan A-quran surah Al-Fatihah ayat 5 yang bermaksud:

" Engkau sahaja ( Ya allah ) yang kami sembah, dan kepada engkau sahaja kami
memohon pertolongan."

ii. Peresapan makhluk halus ke dalam tubuh tersebut atau dikenali dengan istilah
sebagai "menurun". Perbuatan ini berasal dari pengaruh animisme mempercayai
wujudnya "super power" lain selain dari Allah S.W.T. Perbuatan ini adalah syirik. Ia
bercanggah dengan Al-Quran surah yusof ayat 106 yang bermaksud:

'Dan janganlah engkau ( wahai Muhammad ) menyembah atau memuja yang lain selain
dari Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
10
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

mendatangkan mudarat kepadamu. Oleh yang demikian jika engkau mengerjakan yang
demikian, maka pada saat itu menjadilah engkau dari orang yang berlaku zalim (
terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu ).'

b) Bertentangan dengan Akhlak perubatan Islam.

i. Ada unsur khurafat serta tahyul seperti mempercayai sebuah kolam yang bergelar
"kolam nenek" yang boleh memulihkan segala jenis penyakit.

ii. Ada unsur dakwaan palsu dengan mengistiharkan bahawa beliau mengetahui
peristiwa atau perkara di luar pengetahuan manusia seperti kolam nenek dijaga oleh
Nabi Khidir, kesemua perbuatan yang yang mendampingi beliau adalah para nabi dan
orang soleh yang hidup di alam ghaib dan belum mati lagi, begitu juga mengatakan
bahawa nenek kebayan adalah Siti Hawa isteri Nabi Adam a.s.

c) Upacara perbomohan yang diketuai oleh bomoh tersebut adalah sesat dan
menyesatkan.

Oleh yang demikian, sesiapa yang mengamal atau mengajar atau menghurai atau Oleh
yang demikian, sesiapa yang mengamalkan atau mengajar atau menghurai atau
menyeru atau menyebar atau bersubahat dengan apa-apa cara jua pun akan upacara
pembomohan, bomoh tersebut adalah melakukan kesalahan.

Status Penwartaan: Tidak Diwartakan

MEMBUNUH JIN

"Membunuh jin tanpa sebab adalah haram sebagaimana haramnya membunuh
manusia"

Bagaimanakah hukumnya membunuhjin, dan dapatkah ia dilakukan sedangkan jin tidak
kelihatan? Berhubungan dengan soalan ini, Abu Syaih menjawabnya dalam satu
riwayat yang bersumberkan Ibnu Abi Malaikah:
"Bahawa ada jin yang selalu menampakkan dirinya kepada Siti Aisyah r.a. Jin itu
menye-rupai seekor ular. Aku (Ibnu Malaikah) diperintahkan untuk membunuh ular
tersebut. Pada satu malam harinya aku tertidur dan terdengarlah olehku suara yang
mengatakan,"Engkau telah membunuh hamba Allah yang muslim." Maka pada pagi
harinya, aku diperintahkan untuk membahagikan 12,000 dirham kepada simiskin."

Dengan itu jelaslah bahawa membunuhjin termasuk dianggap salah dan dikenakan
hukuman (denda) yang harus dibayar kepada fakir miskin.

Soalnya ialah, bagaimanakah kita mengetahui bahawa kita membunuh jin sedangkan
jin itu tidak nampak. Ataupun kalau jin itu nampak dalam rupa seekor ular,
bagaimanakah kita mengetahui bahawa ia adalah ular? Sehubungan dengan ini, ada
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
11
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

satu riwayat yang berasal dari At-Tirmizi dan An-Nasa'i bahawa Rasulullah s.a.w.
bersabda:

"Sesungguhnya di Madinah terdapat sekelompok jin yang telah masuk Islam. Maka bila
kamu melihat sesuatu dari aiwan, berilah ia peringatan tiga kali, kalau masih nampak
juga, maka bunuhlah."
Hadis ini mem-beri pengertian, kalau haiwan tersebut masih nampak juga selepas
diberi amaran sebanyak tiga kali, bererti ia bukan jin dan boleh dibunuh.

Syeikh Ibnu Taimiyah berkata, "Membunuh jin tanpa sebab adalah haram sebagaimana
haramnya membunuh manusia, sebab yang demikian itu adalah zalim."

Oleh kerana jin boleh menyamar dengan berbagai rupa bentuk, maka bila rumah kita
dimasuki ular atau binatang lain, maka berilah peringatan sebanyak tiga kali, untuk
memastikan sama ada ia jin atau haiwan. Apabila ia haiwan, maka tidak berdosa kita
membunuhnya

NASIHAT JIN KEPADA MANUSIA

Ada beberapa kisah benar yang menceritakan bahawa jin memberikan nasihat dan
fatwa kepada manusia. Abu Abdurrahman bin Syukri meriwayatkan suatu kejadian pelik
yang dialami oleh Yahya bin Tsabit, katanya:

"Pada suatu hari aku berjalan menuju Mina bersama Imam Hafas Al-Tha'ifiy. Tiba-tiba
kami melihat seorang laki-laki tua yang jangut dan rambutnya telah memutih sedang
memberikan nasihat di hadapan orang ramai."
Imam Hafas berkata kepadaku, "Hai Abu Ayub, tahukah engkau siapa laki-laki itu? Dia
adalah jin."
Kemudian Imam Hafas mendekati orang tua itu dan aku mengikutinya. Setelah orang
tua itu melihat Imam Hafas, dia segera pergi meninggalkan ternpat itu, sedang orang
ramai mengikuti Imam Hafas. Kemudian beliau menjelaskan kepada mereka bahawa
laki-laki yang memberikan nasihat tadi adalah jin.

Ibnu Abi Dunya juga menceritakan suatu riwayat yang berasal dari Khalifah Al-Abidy,
katanya: "Kisah ini bermula ketika aku sedang dalam kesedihan kerana kematian
anakku yang kecil. Demi Allah pada suatu malam aku berdiri di bilik rumahku tanpa
seorang pun yang mendampingiku. Sungguh pada saat itu aku sedang merenungi
kematian anakku. Tiba-tiba terdengar suara dari sudut rumahku yang memanggil
namaku sambil memberi salam. Aku sangat takut dengan suara itu.
Suara: Hai Khalifah!
Khalifah: Ya.
Suara: Mengapa engkau sentiasa memikirkan anak yang telah meninggal dunia,
sehingga engkau lupa kepada manusia yang justeru sedang menunggu pertolonganmu.
Ingatlah, pada saat anak Rasululllah wafat, baginda hanya menitikkan air mata dan
bersabar. Wahai Khalifah, apakah engkau menolak keputusan Allah terhadap makhluk-
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
12
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

Nya? Demi Allah, seandainya tidak ada kematian, maka bumi ini tidak akan sanggup
menampung kelahiran manusia yang selalu muncul setiap saat.
Khalifah: Siapakah engkau sebenarnya?
Suara: Saya adalah salah seorang jiranmu dari golongan jin.

JIN MENGAJARKAN HIKMAH

Di kalangan jin terdapat juga mereka yang ahli ilmu hikmah sebagaimana di kalangan
manusia. Abi Dunya meriwayatkan suatu kisah yang diterimanya dari Muhammad bin
Abi Ma'syar dari ayahnya dari Ishak bin Ubaidillah bin Farwah, katanya, "Sesungguhnya
ada segolongan jin yang menyamar seperti manusia.
Kemudian mereka bersama-sama mendatangi seorang laki-laki di kalangan manusia.
Terjadi percakapan:

Jin: Apakah yang paling kamu senangi bila kamu memiliki sesuatu?
Manusia: Yang paling saya senangi adalah unta.
Jin: Kalau begitu, bererti engkau lebih suka derita, engkau akan memperolehi
malapetaka sepanjang masa dan akan jauh dari kekasih.
Kemudian jin itu pergi meninggalkan lelaki itu. Mereka pergi pula menjumpai orang lain.
Terjadi lagi percakapan:
Jin: Harta apakah yang paling engkau senangi?
Manusia: Biri-biri.
Jin: Kambing itu hanyalah jamuan orang-orang yang suka makan, dan ia tidak kuat
engkau tunggangi untuk berperang dan tidak dapat menolongmu di kala susah.
Jin itu pergi meninggalkan lelaki berkenaan dan mencari orang lain untuk disoal. Maka
rombongan jin berjumpa dengan lelaki lain. Terjadi lagi percakapan:
Jin: Apa yang paling engkau sukai?
Manusia: Pokok kurma.
Jin: 360 pokok kurma cukup menyusahkan engkau sepanjang tahun dengan
menjaganya setiap hari, sehingga engkau berada di panas terik matahari sepanjang
tahun.Jin itu pergi lagi meninggalkan lelaki berkenaan dan mencari orang lain pula.
Setelah berjumpa dengan seseorang, terjadi lagi percakapan:
Jin: Engkau ingin memiliki apa?
Manusia: Aku ingin memiliki tanaman padi.
Jin: Engkau bererti hidup separuh umur. Bila engkau bekerja, engkau akan
mendapatkan harta itu.Tetapi bila engkau rehat, engkau pun tidak akan memperolehi
hasilnya.
Jin itu segera pergi, dan mereka menjumpai lagi seorang lelaki lain. Jin itu bertanya
kepada lelaki itu, tetapi lelaki itu mempelawa mereka untuk makan bersama. Selesai
makan terjadi percakapan:
Manusia: Benda apakah yang paling tajam, indah dan harum?
Jin: Sesuatu yang paling tajam adalah gigi orang yang lapar yang mengunyah untuk
usus yang lapar pula. Adapun sesuatu yang paling indah ialah awan yang membawa
hujan dari langit lalu menyirami yang subur. Dan sesuatu yang paling harum adalah bau
bunga setelah hujan turun padanya.
Manusia: Sekarang, apakah yang paling engkau cintai?
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
13
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

Jin: Aku suka mati.
Manusia: Sungguh engkau mengharapkan sesuatu yang belum pernah diminta oleh
seseorang pun sebelum engkau.
Jin: Aku suka mati, sebab bila aku termasuk golongan yang baik, maka kebaikan itu
akan menyelamatkan aku. Bila aku termasuk golongan yang jahat, maka kejahatan itu
akan terhenti dan tidak bertambah lagi. Kemudian jika aku kaya, maka dengan mati
itulah aku tidak menjadi fakir. Dan bila aku fakir, maka kefakiran itu akan
menyelamatkan aku di hadapan Allah.
Manusia: Berilah aku wasiat dan berilah aku bekal.
Jin: Ini ada satu wadah mengandungi susu untuk bekalan kamu.
Manusia: Wasiatnya?
Jin: Bacalah olehmu kalimat "La Ilaaha Illallaah." Maka kalimat itu akan mencukupi
sama ada dari depan mahupun dari belakang.

Kisah tersebut menunjukkan di kalangan jin juga terdapat ahli hikmah yang suka
mengajarkan hikmah kebaikan kepada manusia.

JANGAN BELAJAR ILMU AGAMA DARI JIN

Abu Hurairah pernah meriwayatkan: Rasulullah s.a.w. penah mewakilkan kepadaku
agar menjaga zakat Ramadan, maka suatu ketika aku telah didatangi oleh seseorang.
Orang itu kemudiannya cuba mencuri, tapi aku sempat menangkapnya lalu berkata:

Demi Allah! Aku akan laporkan kejadian dan kelakuan engkau ini kepada Rasulullah.

Tapi orang itu kemudiannya menjawab:
Tolonglah! Sebenarnya aku benar-benar berhajat kepada makanan ini kerana aku
mempunyai ahli keluarga yang besar. Tolonglah!

Aku kemudiannya berasa kasihan lalu melepaskannya pergi. Keesokan harinya
Rasulullah telah bertanya kepadaku:
Wahai Abu Hurairah! Apakah yang telah engkau lakukan terhadap pelanggan engkau
kelmarin?

Aku kemudiannya menjawab:
Wahai Rasulullah, dia telah mengadu kepada saya bahawa dia benar-benar berhajat
kepada makanan itu untuk keperluan keluarganya. Saya sangat kasihan melihat
keadaannya, lalu saya lepaskan dengan kehendaknya itu.

Kemudian Rasulullah bersabda: Sebenarnya dia telah membohongi kamu, nanti dia
akan datang semula.

Ucapan Rasulullah itu benar sekali, seperti biasa dia datang lagi melakukan kerja yang
sama. Sekali lagi aku dapat menangkapnya dan berkata:
Aku akan laporkan kejadian dan kelakuan engkau ini kepada Rasulullah.

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
14
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

Tolonglah! Lepaskanlah aku dengan makanan ini! Aku sebenarnya mempunyai
keluarga yang besar! Aku sekali-kali tidak akan pulang tanpa makanan ini! Tolonglah!
Rayunya lagi. Aku sungguh kasihan dengan keadaannya itu dan akhirnya aku lepaskan
lagi.

Keesokan harinya, seperti biasa Rasulullah bertanyakan keadaan yang sama dan aku
pun menjawab seperti sebelum ini, lalu Rasulullah bersabda: Sesungguhnya dia itu
penipu, nanti dia akan datang lagi.

Untuk kali ketiga, dia datang lagi dengan sikap yang serupa dan kali ini aku
menangkapnya sambil berkata: Kali ini aku betul-betul akan membawa engkau kepada
Rasulullah! Ini adalah kali terakhir. Sudahlah! Dulu engkau katakan engkau tak mahu
datang lagi tapi kau datang juga.

Lepaskanlah aku! Nanti aku ajarkan kepada engkau satu ilmu yang Allah akan
memberi manfaat kepadamu.

Apa dia? tanyaku. Lalu ia menjawab: Apabila engkau mula labuhkan badanmu di atas
tilam bacalah ayat al Kursi dari awalnya sehingga habis kerana apabila engkau
membaca ayat tersebut, engkau akan sentiasa berada di dalam lindungan Allah, dan
syaitan tidak akan mendekati engkau sehinggalah menjelang pagi.

Akhir sekali aku pun melepaskannya pergi. Keesokan harinya, seperti biasa Rasulullah
bertanyakan perkara yang sama. Lalu aku pun menjawab: Wahai Rasulullah! Kelmarin
dia mendakwa telah mengajarkan kepadaku satu ilmu yang Allah akan memberi
manfaat kepadaku, jika sekali lagi aku melepaskannya pergi.

Ilmu apa itu? tanya Rasulullah. Katanya kepada saya: Sekiranya kamu mula
membaringkan tubuhmu di atas tilam bacalah ayat Kursi dari awalnya sehingga habis,
nescaya engkau sentiasa akan berada di dalam lindunganNya dan syaitan tidak akan
mendekatimu sehinggalah menjelang pagi.

Lalu Rasulullah bersabda: Ia sebenarnya telah bercakap benar terhadapmu padahal ia
itu adalah penipu. Tahukah engkau siapa yang bercakap denganmu selama tiga kali
berturut-turut?

Tidak! jawabku.

Sebenarnya itulah dia syaitan, dan jangan kau ambil ilmu itu kecuali dari aku ujar
Rasulullah s.a.w. Lalu Rasullullah mengajarkan ayat kursi.

Dalam peristiwa ini, jelaslah bahawa segala ilmu walaupun yang baik, tidak wajib
dipelajari dari jin kerana taraf manusia lebih tinggi dari jin.


Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
15
Terbitan Klinik Muallij Islamiah




Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

BAB DUA
MUALLIJ
DAN
BOMOH








Klinik Muallij Islamiah
http://klinik-muallij.blogspot.com/
oleh: Muallij Mustakim bin Mohd Najib Al-Kelantani




Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
16
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

PERBEZAAN MUALLIJ DAN BOMOH DALAM MERAWAT

Bomoh, pawang, tok batin atau bidang perawatan tradisional seperti sudah lazim
dengan kemenyan. Kalau tiada kemenyan, bukanlah tok bomoh namanya.

Muallij pula bermaksud perawat yang merawat sihir (Wizard) dan apabila disebut muallij
bermakna ianya individu atau kumpulan perawat yang menggunakan teknik yang tidak
bercanggah dengan syarak dan bergantung kesembuhan dan pertolongan dari Allah
Azza Wajalla sahaja.

Dalam Islam sekiranya tidak 'pasti' dengan sesuatu perkara sama ada halal atau haram
maka ia tergolong dalam perkara 'syubhah' atau 'samar-samar'. Persoalannya ialah
bagi manusia biasa atau orang kebanyakan yang tidak mengetahui sama ada
kemenyan tersebut diseru dengan nama-nama tertentu (sudah tentunya nama-nama
jin) atau tidak. Perkara-perkara ini disarankan agar kita meninggalkannya untuk
mengelakkan dari terjerumus ke dalam perbuatan dosa. Hal ini samalah dengan
persoalan sama ada kita boleh mengkhadamkan jin atau tidak, atau pun bersahabat
dengan jin Islam. Hukum asalnya ialah harus sekiranya jin tersebut benar-benar Islam.
Tetapi oleh kerana untuk memastikan sama ada jin tersebut benar-benar Islam atau
tidak (jin adalah makhluk yang paling kuat sifat bohongnya) maka para ulamak
menyimpulkan agar kita menjauhi dari bersahabat dengan jin. Ini adalah jalan yang
paling selamat! terutamanya bagi orang kebanyakan yang sedikit ilmu agamanya.

Selain itu, saya tidak pernah menemui kaedah rawatan Islam yang menggunakan
kemenyan untuk merawat. Guru-guru saya seperti Tuan Guru Harun Din dan Tuan
Guru Pak Su Noor tidak pernah menyarankan penggunaan kemenyan ketika sesi
rawatan. Begitu juga tokoh perubatan Islam tersohor dari Mesir seperti Sheikh Wahid
Abdul Salam Bali juga tidak pernah menulis dalam buku-bukunya tentang penggunaan
kemenyan. *Kalau tanya bomoh-bomoh atau dukun-dukun pasti mereka tidak bersetuju
dengan pendapat ini.

Dalam kaedah rawatan Islam juga tiada konsep 'menolak' untuk merawat pesakit
disebabkan sihir yang dikenakan terhadap seseorang itu amat kuat. Kaedah rawatan
Islam adalah kaedah doa dengan memohon kepada Allah SWT untuk mengatasi
sesuatu masalah atau penyakit. Tidak kiralah berapa kuat jin sihir yang digunakan jika
Allah SWT menghendaki ia sembuh maka sembuhlah ia. Jika tidak maka tidak
sembuhlah ia. Konsep tawakal amat ditekankan di sini. Jika sesuatu sihir itu berjaya
mencapai matlamatnya di dunia ini ia sebenarnya bukanlah kejayaan yang sebenar,
kerana Allah SWT sebenarnya ingin menurunkan lagi darjat si pensihir tersebut ke
dalam jurang yang lebih dalam di neraka dan ingin mengangkat darjat mangsa sihir
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
17
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

tersebut ke makam yang lebih tinggi di dalam syurga dengan syarat ia tetap kekal
bertawakal kepada Allah SWT.

Seterusnya ialah tentang penggunaan ayat-ayat Al-Quran dan 'Rukyah'. Memang benar
ayat-ayat Al-Quran adalah rahmat, bukan sahaja terhadap jin dan manusia bahkan
terhadap seluruh makhluk yang terdapat di alam maya ini. Sekiranya kita yakin dan
patuh terhadap ayat-ayat tersebut maka ia akan memberi kebahagiaan dan ketenangan
kepada kita. Tetapi sekiranya kita bersikap menentang dan melawan maka ayat-ayat ini
akan terasa menyusahkan dan merimaskan. Iblis, syaitan dan jin kafir amat benci
dengan ayat-ayat Al-Quran lantaran sikap mereka yang kufur, justeru Allah Taala
menjadikan ayat-ayat ini sebagai 'sebab' kepada 'musabab'nya syaitan-syaitan dan jin-
jin ini untuk merasa 'kepanasan' dan 'kegelisahan'. Konsep 'sebab musabab' ini ada
dihuraikan dalam ilmu Mantiq, sebagaimana api adalah 'sebab' kepada 'musabab'
kepanasan. Sebab musabab adalah fitrah alam semula jadi. Semuanya berlaku adalah
dengan kehendak Allah. Dalam keadaan-keadaan tertentu fitrah ini boleh jadi tidak
berlaku, contohnya ialah api yang tidak membakar Nabi Ibrahim dan pisau yang tidak
lut terhadap Nabi Ismail.

Bagi jin-jin yang beragama Islam, ayat-ayat ini tidak menyebabkan mereka kepanasan
bahkan ia boleh menjadi senjata terhadap jin-jin kafir. Pengalaman dari sahabat-
sahabat saya yang telah mengislamkan jin yang telah merasuk seseorang, mereka
telah mengajarkan 'manzil-manzil' tertentu iaitu ayat-ayat Al-Quran tertentu kepada jin-
jin Islam ini untuk menentang kembali jin kafir yang telah memperalatkan mereka.
Kaedah ini juga turut digunakan oleh Sheikh Wahid Abdul Salam Bali. Dalam hal ini,
tidak timbul persoalan kita menganggap ayat-ayat tersebut berkuasa tetapi ia
merupakan sebab yang dijadikan oleh Allah untuk mendatangkan kesan kesakitan
terhadap jin-jin kafir ini, sebagaimana Allah menjadikan pisau sebab yang
membolehkan kita memotong sesuatu benda.

SEJARAH SIHIR

Sihir telah difirmankan oleh Allah s. w. t. di dalam kitab suci Al Quran di mana ia wujud
sejak zaman Nabi Musa a.s dan Nabi Sulaiman a.s. Sihir juga ada diriwayatkan di
zaman Nabi s. a. w.

ADAKAH NABI PERNAH TERKENA SIHIR

Persoalan ini telah menjadi pertikaian para ulama Islam. Maka dalam hal ini kita
merujuk kepada Hadis Sahih riwayat Bukhari dan Muslim yang bermaksud:

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
18
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

Dari Aisyah: Nabi pernah disihirkan sehinggalah Baginda menyangkakan bahawa ia
telah mendatangi mereka (isteri-isteri) sedangkan ia tidak mendatangi mereka (Bukhari
dan Muslim)

Ulama-ulama yang menafikan hal ini memberi alasan bahawa ini merupakan sesuatu
yang mengaibkan martabat Ar-Rasul s. a. w., akan tetapi menurut Qadhi Iyadh,
katanya(kejadian sihir) ini tidak mencacatkan kebenaran Baginda kerana telah jimak
bahawaNabi dipelihara dari sudut itu. Cuma yang berlaku hanyalah di bidang yang
harus berlaku di atasnya, di bidang duniawi semata-mata. Juga Qadhi Iyadh
menegaskan: Dan sihir adalah merupakan satu daripada penyakitpenyakit. Dengan ini
jelas bahawa adalah tidak mustahil bagi seseorang itu ditimpa penyakit yang
disebabkan oleh sihir, akan tetapi hendaklah diingat bahawa ia berlaku atas keizinan
Allah s. w. t. Sihir adalah sejenis ilmu yang dikuasai oleh golongan jin dan syaitan. Oleh
itu bagi manusia yang mengamalkan ilmu bererti mereka akan memperalatkan dan
bekerjasamadengan syaitan bagi tujuan-tujuan tersebut

TANDA-TANDA TERKENA SIHIR

Tanda-tanda gejala sihir begitu banyak, antaranya:-
1. Seseorang yang baru berkahwin tidak mempunyai nafsu terhadap isterinya.
2. Seseorang itu merasa kadangkala terlalu panas dan kadangkala terlalu sejuk
sehingga ia sanggup meminum air yang mendidih.
3. Suami dan isteri yang tiba-tiba sahaja merasa tidak aman, benci-membenci antara
satu dengan lain walaupun sebelumnya mereka sangat berkasih-sayang.
4. Kebiasaannya gejala penyakit yang disebabkan oleh sihir lebih menonjol sewaktu
senja.
5. Juga banyak dari penyakit-penyakit baik fizikal atau kejiwaan yang tidak dapat
disahkan puncanya oleh doktor-doktor yang pakar.

CARA MENGHADAPI SIHIR

Orang-orang yang beriman dengan Allah mempunyai banyak kelebihan di dalam
menghadapi sihir. Pertamanya mereka mempunyai tempat pergantungan dan tempat
berlindung yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa iaitu Allah Azza Wajalla. Imam Ibnu
Qaiyim telah berkata, Ubat yang paling bermanfaat untuk penyakit sihir ialah Al
Adahihiyah Al Ailahiyah (penawar Ketuhanan) iaitu dengan banyak berzikir, membaca
Al-Quran dan berdoa.
Seseorang yang beriman itu menganggap bahawa sihir yang menimpanya sebagai satu
ujian dari Allah. Sekiranya ia melalui ujian ini dengan cara yang betul sepertimana yang
dikehendaki oleh Allah maka Insya Allah bertambahlah imannya. Kaifiat penghadang
sihir ini seperti yang diamalkan oleh Rasulullah s. a. w. telahpun dijelaskan di dalam
tajuk Tibb Nabawi.
Orang-orang yang beriman hendaklah meyakini bahawa kuasa Allah s. w. t. mengatasi
segala-galanya baik yang ada di langit mahupun yang ada di bumi dan bahawa
interaksi dengan Ayat-Ayat Allah (Al-Quran) itu sebesar-besar penawar; oleh itu mereka
tidak perlu berubat dengan cara-cara yang memudaratkan aqidah seseorang seperti
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
19
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

dengan berlindung dengan jin dan syaitan melalui perantaraan bomoh atau dukun dan
jin-jin yang tidak beramal dengan petunjuk Allah s. w. t.
Imam As Syafie mengharuskan penggunaan jin (Jin Islam-pen) di dalam perkara
melawan sihir sahaja. Manakala Imam Hanafi, Hambali dan Maliki tidak
mengharuskannya sama sekali. Oleh yang demikian kita dapati di Nusantara Melayu
yang rata-rata bermazhab Syafie ramai sekali kedapatan amalan ini. Akan tetapi perlu
diingatkan seperti yang dijelaskan dalam tajuk yang terdahulu (Masalah Berubat
Dengan Perantaraan Jin), terdapat bahaya-bahaya yang banyak terutama bagi mereka
yang jahil apabila meminta pertolongan dengan jin seperti pandangan Syeikhul Islam
Ibnu Taymiyah.

MEMAHAMI PERSOALAN SIHIR

Menurut ulama, sihir adalah perkara yang dihasilkan dengan cara mendampingi syaitan
yang tidak mampu dilakukan manusia. Ibnu Khaldun dalam kitab mukadimahnya
mentakrifkan sihir sebagai ilmu mengenai cara melakukan persediaan yang
membolehkan jiwa manusia memberi kesan terhadap anasir alam tanpa pedoman atau
dengan pedoman sumber langit. Tanpa pedoman itu ialah ilmu sihir dan yang keduanya
ilmu mengenai tilsim atau rajah.

Sihir adalah perbuatan yang mengelirukan pancaindera. Menyihirkan bererti
membohongi dan membunuh kewarasan. Apabila berasa dua matanya disihirkan, itu
tandanya orang berkenaan dikhayalkan dengan perkara yang salah. Perkataan sihir
bermaksud menyadur sesuatu dengan helah dan khyalan, iaitu seseorang ahli sihir
melakukan beberapa perkara dan pengertian hingga orang yang disihir merasai apa
yang dihadapannya berbeza.

Menurut golongan Muktazilah, sihir hanya satu pembohongan tidak berasas.
Imam as-Syafie pula mengatakan sihir ialah was-was (keraguan) dan satu penyakit.
Katanya punca sebenar sihir ialah tilsim yang digunakan untuk menimbulkan kesan cirri
bintang.
Menurut Imam al-Qurtubi, sihir ada kebenarannya dan reality kerana Allah menjadikan
apa saja perkara atau kejadian yang dikehendaki-Nya.

Sewaktu Rasulullah SAW disembuhkan daripada sihir yang menimpanya, baginda
bersabda,Sesungguhnya Allah telah menyembuhkan aku. Penyembuhan hanya
berlaku dengancara menarik semula kesakitan dan menghilangkan penyakit.

Ertinya, sihir adalah benar dan satu kenyataan. Ini keyakinan yang jelas menerusi
pemberitahuan Allah dan Rasul-Nya mengenai kewujudan serta kejadian sihir.
Pandangan ini dipegang oleh Ahlu al-Halli Wal Aqdi yang menjadi rujukan berlakunya
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
20
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

Ijma dikalangan umat. Jadi ia tidak diambil kira jika ada perbezaan pendapat oleh
Muktazilah dan orang yang tidak sehaluan dengan mereka.

Menurut Farid Wajdi, orang yang berakal tidak meragui kewujudan sihir dalam aspek
keberkesanannya. Al-Quran sendiri menyebut perkara ini (al-Baqarah: 102). Hanya
syaitan itulah yang kafir (mengerjakan sihir) mereka mengajar sihir kepada manusia.

Golongan Muktazilah dan sebahagian ahli sunnah menolak kewujudan sihir. Kata
mereka, ia hanya sebentuk pembohongan, pengkaburan dan penyakit. Mereka
menggangapnya sebagai ilmu silap mata saja. Antara dalil mereka ialah firman Allah
(al-AAraf : 116), Maka tatkala mereka melemparkan, mereka menyulap mata orang dan
menjadikan orang ramai itu takut. Tegas mereka, mukjizat dan sihir akan bercampur
aduk jika mengatakan sihir satu realiti.

Abbu Haiyyan dan al-Razi membahagikan sihir kepada lima, iaitu;

1. Berbentuk mengubah benda dan menciptanya menjadi seperti mukjizat dan karamah
pada zahirnya seperti boleh terbang, melalui perjalanan jauh pada satu malam saja dan
mengubah sesuatu menjadi emas atau sebaliknya. Bentuk sihir ini pada hakikatnya
boleh berlaku menerusi penggunaan jin.

2. Berbentuk penipuan, pengkaburan dan silap mata yang tiada hakikat baginya. Ini
pendapat golongan Muktazilah. Antara bentuk sihir ini termasuk pengkhayalan dan silap
mata yang biasa dilakukan oleh pemain silap mata.

3. Berbentuk menggunakan perkhimatan jin dan memohon bantuan mereka untuk
menggerakkan sesuatu atau memindahkannya. Jin terbahagi kepada dua jenis iaitu jin
mukmin dan jin kafir (syaitan). Orang yang meminta bantuan syaitan dan menggunakan
khidmatnya adalah ahli sihir (orang kafir). Jin mukmin menolak memberi bantuan
kecuali untuk tujuan yang baik sahaja. Orang yang mahu bantuan jin selain tujuan itu
tidak akan dilayan, sebaliknya mungkin mereka akan disakiti pula. Biasanya orang yang
menggunakan syaitan memang menyembah syaitan dan bukan Allah ataupun mereka
telah kufur sejak mula lagi. Inilah yang disyaratkan oleh syaitan kepada mereka
sebelum memberi bantuan dan mentaati mereka.

4. Berbentuk susunan benda yang dikumpulkan. Diatas benda tersebut dibakar
beberapa jisim, azimat dan nama bintang. Kemudian ia dijadikan peralatan sihir.
Peralatan ini disusun merangkumi ungkapan yang bercampur aduk diantara ucapan
kufur dan rajah.

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
21
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

5. Dengan cara ahli sihir mendakwa dia mengetahui sebuah nama yang teragung dan
jin mengikut perintahnya dalam banyak perkara. Dengan cara itu dia dapat menguasai
akal manusia dan melakukan kepada mereka sekehendak hatinya. Dia juga dapat
mempengaruhi jiwa yang lemah menerusi sangkaan dan khyalan.

Al-Syaukani dalam tafsirnya menyebut sihir boleh memberi kesan pada hati, iaitu
menimbulkan rasa cinta dan benci, mengumpul dan memisahkan serta mendekat dan
menjauhkan. Allah berfirman (al-Baqarah : 102). Dan mereka itu (ahli sihir) tidak
memberi mudharat dengan sihirnya kepada seorang pun kecuali dengan izin Allah.

Telah terbukti sihir boleh berkesan dengan sendirinya. Hakikatnya diterima kecuali oleh
golongan Muktazilah dan Abu Hanifah.

Sufian meriwayatkan daripada Ammar al-Zahabi bahawa seorang ahli sihir pernah
berada disisi al-Walid bin Uqbah lantas menunjukkan kebolehannya berjalan diatas tali,
masuk menerusi dubur keldai dan keluar menerusi mulut binatang itu. Jundub lantas
menghunus pedang dan membunuhnya. Lantaran itu Jundub digelar sebagai
pembunuh ahli sihir.

Rasulullah SAW pernah menyebut mengenainya menerusi sabda: Akan ada
dikalangan umatku seorang lelaki yang dipanggil Jundub menghunus pedang dan
menetak untuk membezakan diantara kebenaran dan kebatilan.

Al-Bukhari menyebut berita yang diperoleh daripada Abu Uthman an-Nahdi yang
mengatakan : Adalah disisi al-Walid seorang lelaki yang bermain (melakukan sihir)
dengan cara menyembelih seorang manusia dan mempamerkan kepalanya. Kami
kagum, tiba-tiba datang Jundub al-Azdi terus membunuhnya.

Menurut Ibnu Khudamah, sihir ialah simpulan, jampi dan ungkapan yang diucap atau
ditulis ataupun diamalkan. Ia memberi kesan pada tubuh orang yang disihir atau hati
ataupun akalnya.

Sihir adalah realiti. Menurut Imam as-Syafie ia boleh membunuh, menyebabkan
penyakit, menghalang suami menyetubuhi isterinya, memisahkan suami dan isteri serta
menimbulkan rasa benci dan rasa kasih saying salah seorang daripada mereka.

Menurut al-Allamah al-Qurtubi,tiada siapa menolak perkara luar biasa menerusi ahli
sihir yang diluar kemampuan manusia seperti sakit, pemisahan, menghilangkan akal
dan membengkokkan anggota tubuh yang mustahil dapat dilakukan dengan keupayaan
biasa. Kata mereka semua perlakuan luar biasa dilakukan sihir bukan perkara aneh.
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
22
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

Namun yang menjadikan semua itu bukan sihir. Sihir bukan sebab berlakunya
sebagaimana tukang sihir tidak berperanan dengan sendirinya.


Allah yang menjadikan semua perkara tersebut, mentakdirkan dan mewujudkannya
ketika sihir itu wujud. Hal ini sama seperti Allah mentakdirkan dan menjadikan kenyang
ketika menelan makanan dan hilang dahaga sewaktu meneguk air.

Al-Qurtubi mengatakan lagi bahawa ulama Islam telah sepakat bahawa dalam sihir
tiada perkara yang Allah lakukan seperti menurunkan belalang, kutu, katak,
pembelahan laut, menukar tongkat menjadi ular, menghidupkan orang mati,
menuturkan binatang ternakan dan contoh lain termasuk dalam mukjizat rasul. Perkara
sebegini wajib kita yakini bahawa Allah tidak melakukan dan ia tidak terjadi ketika
tukang sihir mahukan ia terjadi.

Sesetengah ulama mengatakan harus mempelajari ilmu sihir kerana malaikat
mengajarnya kepada manusia seperti disebut al-Quran. Pendapat ini dipegang al-
Fakhrurazzi daripada kalangan ulama ahli sunnah.

Sesetengah pengikut Abu Hanifah pula mengatakan tidak kufur jika mempelajari ilmu
sihir untuk mengelak daripadanya. Satu kumpulan pula mengatakan seseorang yang
mempelajari ilmu sihir hendaklah meminta si pengajar menceritakan bentuk sihirnya.
Jika bentuknya boleh menyebabkan kufur seperti akidah penduduk Babylon yang
bertaqarub kepada bintang tujuh dan mempercayai bintang itu boleh menunaikan
permintaan mereka, jangan belajar kerana boleh menjadi kafir.


Jika bentuk sihir itu tidak menyebabkan kufur tetapi ahli sihir beriktiqad bahawa sihir itu
harus, maka dia kafir. Ini pendapat Imam as-Syafie.

Imam Malik, Abu Hanifah dan Ahmad mengatakan semua cara sihir diatas
menyebabkan kafir.

Al-Alusi pula mengatakan sihir adalah haram sejajar dengan pandangan yang disebut
oleh ulama kecuali ada faktor yang dibenarkan oleh syarak.

PERBOMOHAN MENURUT ISLAM

Menurut Islam, hukum menggunakan khidmat bomoh atau seumpamanya dalam
perubatan tradisional terbahagi kepada dua iaitu harus dan haram.
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
23
Terbitan Klinik Muallij Islamiah


Keharusan menggunakan khidmat bomoh dalam perubatan tradisional tidak bersifat
mutlak. Ia dibatasi dengan syarat tertentu seperti;

Perubatan bomoh itu menyebut nama Allah atau salah satu namanya.

Menggunakan ayat Al-Quran dan doa yang diamalkan oleh nabi dan rasul.

Menyakini bahawa perkara itu tidak dapat memberi kesan secara tersendiri, bahkan
adalah dengan ketentuan Allah SWT.

Perubatan bomoh menjadi haram jika;

Cara rawatannya itu bertentangan dengan syarak. Misalnya, menggunakan khidmat jin,
pemujaan, jampi, mentera dan sebagainya yang tidak mengikut cara rawatan yang
diharuskan oleh Islam.
Orang yang berubat benar-benar beriktikad bahawa bomoh itulah menyembuhkan
pesakitnya tanpa bergantung kepada Allah.

Kesan daripada amalan mempercayai bomoh ini sangat besar. Ia telah menyekutukan
Allah dengan sesuatu yang lain. Jika ia terus diamalkan, akan mendatangkan imej
buruk kepada Islam dari pandangan agama lain.

Akidah adalah penentu kaitan seseorang dengan Islam, manakala syariah pula sebagai
pengukur keteguhan dan kekuatan akidah. Akidah Islam adalah akidah yang bebas
daripada sebarang unsur syirik dan khurafat. Syirik adalah pencemaran terhadap
akidah, sementara khurafat adalah pencemaran terhadap kewarasan berfikir.

Menggunakan khidmat bomoh yang mengubati dengan cara yang salah seperti
menggunakan khidmat jin, jampi mantera dan pemujaan bukanlah jalan penyelesaian
yang hakiki bagi semua penyakit dan masaalah yang dihadapi. Usaha untuk
menyelesaikan sesuatu masaalah digalakkan oleh Islam. Tetapi, biar bertepatan
dengan fitrah kemanusiaan dan selari dengan ajaran Al-Quran dan Sunnah.

Setiap bomoh hendaklah merasakan bahawa setiap sesuatu yang dilakukannya itu
kerana takut kepada Allah. Pada masa yang sama, orang yang menerima rawatan
daripada bomoh pula harus memastikan rawatannya tidak bercanggah dengan Islam.

JAMPI BOLEH GUNA AYAT AL-QURAN, BAHASA DIFAHAMI DAN TIDAK
MENSYIRIKKAN ALLAH
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
24
Terbitan Klinik Muallij Islamiah


Perbomohan tidak boleh dikaitkan dengan zat Allah SWT dan sifat-Nya atau maksud
disebalik kalimah atau nama Allah atau sifat-Nya. Contohnya, mengatakan ilmu bomoh
itu diterima terus daripada Allah atau kudratnya adalah kudrat Allah atau melalui mimpi
berjumpa wali, malaikat atau lainnya. Pengamalan bomoh tidak boleh diertikan sebagai
maksud yang tersirat daripada diri atau jasad dan roh Rasulullah SAW, malaikat, nabi
dan orang soleh seperti Nur Muhammad menjelma ke dalam diri dan sebagainya.

Mengikut Garis Panduan Perbomohan Menurut Islam yang di keluarkan Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia;

Tidak boleh memuja dan memperhambakan diri kepada sesuatu kuasa atau peribadi
yang dipercayai boleh mendatangkan nasib baik atau buruk kepada seseorang.
Contohnya seperti wali syeikh, rijalul ghaib, roh datuk nenek, sahabat, hantu, dewa,
keramat, kubur, keris, busur, batu, kayu, cincin, kain kuning atau putih.
Tidak boleh menggunakan tangkal dan azimat yang mengandungi rajah atau tulisan
yang tidak difahami seperti objek tertentu dan bercampur aduk dengan ayat Al-Quran.
Jangan menganggapkan tangkal mempunyai kuasa.

Penggunaan Jampi Dibolehkan Dan Digunakan Dengan Syarat

1. Menggunakan ayat Al-Quran.
2. Menggunakan bahasa yang difahami.
3. Jangan mengiktikadkan bahawa jampi itu yang memberi kesan sehingga si pesakit
menjadi sembuh, sebaliknya Allah yang berkuasa.

Mengikut garis panduan itu, tidak boleh mengamalkan bacaan tertentu yang tidak
difahami maknanya. Ia dikhuatiri mengandungi kata-kata pemujaan kepada berhala,
iblis syaitan atau nama berhala orang kafir serta bercampur aduk dengan Al-Quran.
Selain itu, tidak boleh membaca mana-mana ayat Al-Quran secara songsang seperti
Qul Huwallah.

Dalam perbomohan Islam, tidak boleh menggunakan Al-Quran secara tidak wajar
menurut syarat. Contohnya, menggantung Al-Quran dan tunggu berpusing atau tidak
untuk dijadikan alas an tertentu. Jika berpusing begini, dan jika tidak, begini pula
maksudnya. Semuanya ini ttermasuk menghina Al-Quran ( Istihza ).

Perkara lain yang dilarang adalah;

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
25
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

Meninggalkan ibadat wajib yang dituntut Islam seperti sembahyang lima waktu dan
puasa Ramadhan ketika melakukan amalan perbomohan.
Tidak boleh menggunakan perbuatan menurun, memanggil roh orang mati atau
sebagainya dalam kaedah perbomohan.
Perkara lain yang perlu diberi perhatian mengikut garis panduan itu adalah mengenai
bayaran perkhidmatan atau pengeras. Sebarang pengeras tidak boleh digunakan dalam
perbomohan jika ia dikaitkan dengan untung nasib, buruk atau baik.
Bayaran perkhidmatan hanya dibolehkan mengikut kesesuaian perubatan dengan tidak
terlampau tinggi hingga boleh memberatkan atau menindas dan tidak membawa
maksud tolong menolong.
Perbomohan mengikut Islam juga melarang upacara yang mengandungi penyembahan,
pemujaan, memohon bantuan atau memperhambakan diri kepada kuasa atau tenaga
ghaib seperti mempersembahkan sedulang makanan dan menyembelih ayam.

RASUKAN
Satu lagi cirri-ciri sihir ini ialah yang menyebabkan si penghidap dirasuk oleh satu kuasa
hingga tidak sedarkan diri, mungkin menjerit-jerit, meronta-ronta dan lain-lain. Kuasa di
sebalik kejadian itu ialah daripada golongan jin dan syaitan. Imam At-Tabrani telah
meriwayatkan hadis dengan asnad yang Hassan bahawa Nabi s. a. w. bersabda yang
maksudnya:
Jin itu tiga golongan, satu golongan yang mempunyai sayap yang boleh terbang di
angkasa, satu golongan berupa ular dan satu lagi golongan yang bertempat dan
berpindah.
Di dalam Al-Quran juga disebut jin dalam bangsa-bangsa yang disebut jin, ifrit dan
syaitan. Bangsa-bangsa jin yang memegang peranan penting itu amatlah banyak,
antaranya:-
1. Iblis - bapa segala jin
2. As Syaitan - syaitan
3. Al Muraddah - peragu (pewas-was)
4. Al Afariit - Ifrit (penipu-penipu)
5. Al Awan - penolong-penolong (khadam)
6. Al-Ghawasuum- penyelam-penyelam
7. Atthiaruun - penerbang-penerbang
8. Attawabi - pengikut-pengikut
9. Al Qarna - pengawan-pengawan
10. Al Ammar - pemaamur-pemaamur

SEBAB-SEBAB DIRASUKI JIN

Banyak sebab yang membolehkan jin merasuki dalam tubuh manusia. Cara rasukan ini
berbeza juga mengikut manusia tersebut. Berikut adalah diantara beberapa sebab
manusia dirasuki jin.
1. Meninggalkan solat atau jauh daripada mentaati Allah.
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
26
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

2. Menyanyi atau mengangkat suara dalam bilik air atau tidak membaca doa masuk
tandas.
3. Memang kerja jin bersumpah untuk menyesatkan manusia.
4. Membuang air panas ke dalam bilik air.
5. Terdapat di rumahnya alat-alat musik yang melalaikan seperti kaset-kaset nyanyian
dan alat-alat musik.
6. Menangis dan merintih sebelum tidur.
7. Suka bergaduh suami isteri.
8. Suka marah tak tentu pasal.
9. Terlalu takut.
10. Suka ikut syahwat atau nafsu.
11. Terdapat gambar-gambar/patung di dalam rumah.
12. Masuk rumah yang kosong atau sudah lama terbiar.
13. Terdapat salib di rumah sama ada yang terlukis di lantai, atap, sejadah atau langsir.
14. Suka duduk dalam gelap.
15. Duduk lama dalam tandas.
16. Adanya majlis yang tidak menyebut nama Allah.
17. Perempuan yang suka bersolek dan membuka aurat.
18. Suka ketawa terbahak-bahak.
19. Kencing di dalam lubang / tengah jalan dan sebagainya.
20. Berlakunya sihir iaitu adanya perjanjian diantara tukang sihir dan jin supaya jin itu
masuk ke dalam badan seseorang.
21. Membaca kitab sihir dan sering mengulanginya.
22. Membunah ular hitam (mungkin jin) di dalam rumah sebelum bertanyakan sama
ada ia ular atau jin.
23. Ada amalan ilmu yang diragui dalam ilmu kebatinan mempertahankan diri,
menurun, ilmu kebal dan susuk yang dipakai.
24. Manusia menyakiti jin menyebabkan jin merasuki manusia terbebut.
25. Melalui saka iaitu proses mewarisi jin kepada waris berikutnya apabila pengamalnya
mati.
26. Memuja jin melalui mentera.
27. Berubat atau pergi mengurut dengan pengamal yang menggunaka khidmat jin.
28. Jin disakiti oleh manusia dan ingin membalas dendam.
29. Sedih yang amat bersangatan.
30. Sebab ada ruang dalam tubuh manusia yang boleh dimasuki oleh jin akibat antara
sebab-sebab yang di atas.
31. Pernah dialami jin lelaki jatuh cinta kepada orang perempuan atau jin perempuan
jatuh cinta kepada manusia lelaki.

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
27
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

Tanda-tanda yang menunjukkan seseorang itu dirsuki jin adalah banyak dan tidak sama
dialami oleh setiap orang. Namun begitu senarai tanda-tanda yang dilampirkan di
bawah ini adalah berdasarkan pengalaman umum dan sendiri yang telah melalui
pengalaman dalam usaha mengubati pesakit,digabungkan juga dengan ilmu dalam
nota pengubatan islam serta pengalaman oleh perawat-perawat yang lain.

Tanda-Tanda Dirasuki jin ialah :-

1. Pesakit menjadi malas, badan cepat letih,kurang tenaga, rasa tak bermaya sama ada
untuk bersolat, ke masjid atau surau, pergi pejabat untuk bekerja atau sebagainya.
2. Pesakit cepat mengantuk tidak kira berada di mana sekalipun, dan apabila tidur akan
terasa seperti ditindih,sukar bernafas, rasa terkejut, selalu terbangun di waktu malam
dan sebagainya.
3. Akan mengalami mimpi yang buruk seperti mimpi ular,kala jengkin,anjing yang
semuanya berwarna hitam, kadangkala mimpi tersebut akan berlaku berulangkali. Juga
bermimpi jatuh dari tempat yang tinggi atau mimpi diiring ke kubur,tempat sampah atau
jalan yang mengerikan.
4. Pesakit akan hilang selera makan menyebabkan berat badan yang menurun.
5. Batuk atau selsema yang berpanjangan,kadang-kadang selama berbulan-bulan.
6. Dada atau jantung akan jadi berdebar-debar secara kerap.
7. Pesakit suka termenung, bersendirian, sedih, rasa gelisah dan rasa kosong.
8. Selalu pening kepala, sakit perut umpama gastrik dan seumpamanya.
9. Terdapat kesan-kesan lebam dibadan seperti dipeha,betis dan lengan.
10. Terasa sesuatu yang bergerak-gerak dalam badan.
11.Malas berzikir dan malas sembahyang.
12. Sakit pada sesetengah anggota badan sehingga doktor tidak boleh mengubatinya.
13. Tidak sedarkan diri atau hilang kawalan diri pada masa tertentu.
14. Melihat binatang berbisa didalam rumah seperti lipan,kala jengking atau ular.
15. Gangguan ketika beribadah seperti lupa baca ayat al-Quran/doa yang telah dihafal.
16. Kerap was-was sehinggakan terpaksa ambil wuduk berulang-ulangkali atau
takbirratul ikhram dalam masa yang lama diulang
17. Terdengar bunyi suara yang menakutkan atau ternampak sesuatu yang pelik.
18. Terhidu bau yang busuk di dalam rumah seperti darah, nanah, bangkai, kemenyan
dan sebagainya.
19. Mudah menjadi marah, suami isetri cepat bertengkar walau pada perkara yang kecil
secara tiba-tiba.
20. Ulat bulu, langau, lalat hijau, kupu-kupu banyak dalam rumah.
21. Sangat susah tidur di waktu malam, jika dapat tidurpun dalam keadaan yang sudah
lama bersusah payah untuk melelapkan mata.
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
28
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

22. Apabila tidur akan berlaku gesera antara gigi geraham sehingga menimbulkan bunyi
yang boleh didengari ahli rumah yang lain.
23. Berjalan sendiri semasa tidur tanpa sedar.
24. Bermimpi melihat hantu.

Kesemua ini adalah tanda-tanda biasa jika ada gangguan jin dalam tubuh seseorang.
Kemungkinan seseorang akan mengalami salah satu tanda atau dua tanda atau
beberapa tanda atau tiada yang tercatat di atas. Ini adalah sekadar panduan umum
yang biasa berlaku dalam pengubatan Islam. Moga mendapat manafaat darinya.

GANGGUAN JIN

Gangguan jin ini melibatkan beberapa jenis penyakit seperti sihir, histeria, saka dan
lain-lain. Sihir merupakan perbuatan hasad dengki yang dilakukan oleh tukang sihir
dengan bantuan jin yang bertujuan untuk mengenakan seseorang dengan niat yang
tertentu. Antara sihir yang biasa diamalkan ialah Sihir Pemisahan, Sihir Pengasih, Sihir
Pukauan, Sihir Gila atau Sasau, Sihir Ilmu Pelemah, Sihir Histeria, Sihir Penderitaan
(Sakit), Sihir Pendarahan dan Sihir untuk Menggagalkan Perkahwinan.

Simptom-Simptom Gangguan Jin
1. Sakit kepala selepas waktu asar keatas.
2. Badan terasa berat dan malas.
3. Sukar mendapat jodoh.
4. Badan terasa bisa-bisa.
5. Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6. Sukar tidur malam.
7. Sakit pinggang tanpa sebab.
8. Sakit dada bila waktu asar keatas.
9. Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
10. Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
11. Bermimpi di tempat tinggi.
12. Bermimpi di tempat yang kotor.
13. Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14. Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15. Bayi kerap menangis.
16. Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17. Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18. Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19. Malas beribadat.
20. Nyanyuk ketika usia lanjut.
21. Panas baran.
22. Sikap berubah secara mendadak.
23. Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24. Suka melakukan tabiat buruk.
25. Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
29
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

26. Kerap keguguran.
27. Gagal melakukan hubungan kelamin.
28. Mengantuk bila dengar al-quran.
29. Bermimpi seram yang menakutkan.
30. Darah haid turun lebih 15 hari.
31. Batuk yang berpanjangan.
32. Selalu ditindih ketika tidur.
33. Kuat berangan.
34. Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35. Nafsu seksual yang melampau.
36. Selalu melihat kelibat dirumah.
37. Terasa diri selalu diperhatikan.
38. Mandul.
39. Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40. Melihat jin secara terus.
41. Sakit mental atau gila.

3 simptom semasa jaga + 2 simptom semasa tidur = gangguan jin

PENGALAMAN MUJAHIDIN AFGHAN

Diriwayatkan dalam kisah perjuangan Muhahidin Afghan bahawa pernah berlaku salah
Seorang daripada Mujahidin telah dirasuki jin. Kemudian sahabat-sahabatnya telah
Membacakan ayat-ayat suci Al-Quran kepada sahabat mereka yang sedang dirasuk itu.
Akan tetapi bahawa jin yang merasuknya menjawab bahawa ia juga beragama Islam
dan bahawa ayat-ayat Al Quran itu tidak akan memberi kesan apa-apa kepadanya.
Maka apabila tiba Amir Muhahidin yang lebih arif, beliau lalu melaungkan azan dan
seketika itu juga jin tadi telah gentar dan mengaku kesalahannya. Barulah jin itu
menjawab ia sebenarnya beragama Nasrani dan bahawa ia adalah salah seorang
daripda 5,000 jin yang dihantar oleh Pope untuk merosakkan bumi Mesir dan
memporak-perandakan hubungan suami isteri. (Sejauh mana benar dakwaan jin ini
wallahualam).
Dari peristiwa ini dapat diambil kesimpulan bahawa tindakan yang paling berkesan
terhadap mereka yang dirasuki jin kafir ialah dengan melaungkan azan.


BERUBAT HANYA KERANA ALLAH SWT

Islam menitikberatkan soal akidah, syariah dan akhlak. Segala amalan dan
kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber asal Al-Quran, hadis, ijmak dan
qias adalah ditolak. Dalam urusan perubatan kepada pesakit, satu perkara perlu di ingat
oleh semua pihak, bahawa hanya Allah berkuasa mutlak menentukan sesuatu dan
menjadikannya, lebih-lebih lagi sakit and sembuh adalah haknya. Manusia hanya
disuruh berusaha dan berikhtiar.

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
30
Terbitan Klinik Muallij Islamiah


Islam juga tidak membenarkan umatnya menggunakan sihir kerana Rasulullah SAW
bersabda bermaksud: Jauhilah tujuh perkara yang merosakkan. Sahabat bertanya:
Apakah tujuh perkara itu?. Baginda menjawab: Menyekutukan Allah, sihir,
membunuh orang tanpa hak, makan riba, makan harta anak yatim, lari dari medan
perang dan menuduh perempuan baik melakukan maksiat terkutuk. Hadis riwayat Al-
Bukhari, Kitab Sahih Al-Bukhari, Kitabul Hudud, Bab 44 mukasurat 33.


Bagaimana pun umat Islam tidak dilarang untuk menggunakan jampi. Rasulullah SAW
bersabda bermaksud: Berkat Abu Zubair, aku dengar Jabir Bin Abdullah berkata,
seorang lelaki daripada kami telah disengat kala jengking. Ketika itu kami duduk
bersama Rasulullah. Maka, berkata seorang lelaki wahai Rasulullah! Bolehkah aku
jampi?. Baginda bersabda, Barang siapa yang mampu diantara kamu untuk memberi
manfaat kepada saudaranya maka hendaklah dilakukan.- Hadis riwayat muslim- Bab
Istihbab Al-Ruqyah min Al-Ain wa An Namlah wal Hummah wal An Naqrah, jilid 9,
mukasurat 5905.

MASUKNYA JIN KEDALAM TUBUH MANUSIA

Jin boleh merasuk dan masuk ke dalam diri manusia dengan berbagai-bagai cara dan
manusia yang mengunakan khidmat Jin untuk melakukan pengkhianatan kepada
manusia lain pun melalui berbagai cara.

Sebagaimana sebuah Hadis Rasulullah s.a.w yang telah diriwayatkan oleh Sayidah
Syafiyyah binti Huyay , bahawa Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya :

" Sesungguhnya Syaitan ( Jin ) itu berjalan dalam tubuh anak Adam sebagaimana
darah yang mengalir dalam tubuhnya ".

Dari Hadis di atas jelaslah bahawa Jin dapat masuk kedalam tubuh badan manusia dan
terus sampai ke urat nadi dan darah manusia. Jin dapat berjalan dalam tubuh manusia
seperti arus eletrik mengalir dalam kabel penyalurnya. Jin juga dapat menguasai
manusia sehingga ia dapat menimbulkan perkelahian sesama manusia, manusia
kehilangan ingatan, hilang daya kemahuan dan kesedaran dan lain-lain lagi.

Jin boleh memasuki badan manusia samada di pinta sendiri oleh manusia atau tanpa di
sedari oleh manusia itu sendiri. Jin mendampingi dan memasuki manusia melalui salah
satu cara yang berikut.

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
31
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

1. Melalui Khadam atau manusia itu sendiri menjadikan Jin sebagai sahabatnya.
2. Melalui " saka Baka "
3. Melalui Sihir yang di lakukan oleh manusia lain ke atasnya.
4. Kerana manusia itu sendiri lalai dari mengingati Allah atau melakukan perkara-
perkara yang di larang oleh Allah, bererti mendekatkan diri untuk di kuasai oleh Jin dan
Iffrit.

5. Melakukan kejahatan terhadap Jin tertentu seperti menjatuhkan sesuatu benda berat
di sesuatu tempat yang ada Jin, tanpa menyebut nama Allah sehingga menyebabkan
kematian anak Jin.
6. Kerana adanya Jin lelaki yang jatuh cinta kepada seorang perempuan yang suka
bersolek atau wanita-wanita yang suka keluar rumah untuk memperlihatkan
kecantikkannya dan tidak memakai tudung serta suka mendedahkan aurat.
7. Melalui pengamalan jampi serapah, doa dan ayat-ayat tertentu yang boleh
mendatangkan Jin.

Apabila telah memasuki badan manusia, walau dengan apa cara sekali pun Jin tersebut
akan mendiami salah satu tempat berikut di anggota tubuh badan manusia. (walaupun
mereka bebas bergerak-gerak dalam badan manusia). ANTARA TEMPAT-TEMPAT
TERSEBUT IALAH :

1. Mereka berkumpul di mata kanan dan kiri. Sebab itulah jika seseorang itu membela
atau telah dimasuki Jin dalam badan mereka, mereka tidak berani bertentang mata
dengan orang lain.

2. Berada di telinga kanan dan kiri, dengan itu manusia yang telah terasuk Jin tidak
suka mendengar nasihat dan teguran yang baik serta amat suka mendengar perkara-
perkara maksiat seperti muzik yang melalaikan dan sebagainya.

3. Berada di mulut manusia, dengan itu manusia yang telah di masuki Jin amat suka
bercakap benda-benda yang tidak berfaedah dan mendatangkan dosa seperti
mengumpat, melaga-lagakan manusia lain dan sebagainya.

4. Berada di hidung manusia, menyebabkan manusia suka menghidu benda-benda
yang tidak elok dan boleh merosakkan diri manusia sendiri.

5. Berada di ari-ari ( pusat ), menyebabkan orang tersebut sentiasa mengalami sakit
dalam perut dan pelbagai penyakit yang tidak boleh di kesan oleh doktor.

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
32
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

6. Berada di kemaluan manusia, menyebabkan manusia suka melakukan perkara-
perkara maksiat seperti berzina dan sebagainya.

Manusia yang selamat dari ganguaan Jin , Iblis dan Syaitan adalah manusia yang
sentiasa berada dalam Tauhid (mengesakan) Allah, melalui lidah, anggota dan hati,
mereka juga berakhlak dengan akhlak Rasulullah serta beramal dengan syariat Islam.

Jalan paling dekat untuk berada dalam tauhid Allah ialah dengan kita mengambil contoh
perbuatan dan kelakuan mereka yang setiap waktu dan masa berada dalam tauhid
Allah, seperti Nabi Muhammad, sahabat-sahabat baginda, para ulama dan sebagainya.

Dengan itu Insyaalah akan menyampaikan diri kita zahir dan batin berada dalam tauhid
Allah di semua tempat, waktu dan masa melalui anggota, lidah dan hati sebagaimana
mereka, iaitu selamat daripada gangguan para Jin, Iblis dan Syaitan atau
seumpamanya.

KATA ULAMA :

" Kun MaAllah fain lam takun maAllah, fakun Maa man maAllah fainnahu yusiluka
illallaah "

Maksudnya :
" Hendaklah jadikan diri kamu bersama Allah, maka jika kamu tidak boleh jadikan diri
kamu bersama Allah hendaklah kamu jadikan diri kamu bersama dengan mereka yang
telah beserta dengan Allah, maka sesungguhnya yang demikian itu akan
menyampaikan diri kamu kepada Allah "

Diri manusia mukmin yang menjadi kekasih Allah itu adalah seumpama kalbu Alam
atau jantung alam atau pusat alam yang dikurniakan oleh Allah daya atau kuasa graviti
mengikut darjah ketinggian imam, ilmu dan amalan mereka di sisi Allah. Diri-diri yang
lain hanyalah di bawah atau di dalam kuasa atau graviti mereka.

WANITA MANDUL AKIBAT GANGGUAN JIN

Kemandulan itu terbahagi kepada dua iaitu kemandulan yang berlaku secara tabii yang
boleh diorawat oleh para doktor, sebagaimana lazimnya dan kemandulan yang berlaku
akibat gangguan jin yang boleh dirawat menggunakan ayat-ayat Al-Quran, doa-doa dan
zikir. Kemandulan Yang Berlaku Akibat Gangguan Jin Mempunyai Tanda-Tanda
Tertentu, Antaranya;

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
33
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

1. Rasa sesak dada terutamanya selepas waktu asar, yang mungkin berlarutan hingga
tengah malam.
2. Kusut fikiran.
3. Sakit dibahagian tulang-tulang belakang.
4. Mengigau ketika tidur.
5. Bermimpi dengan mimpi yang menakutkan.

Kemandulan yang berlaku pada kaum wanita dimana jin itu akan tinggal dalam rahim
dan merosakkan benih menyebabkan benih-benih itu rosak dan tidak subur ataupun ia
dibiarkan subur dan sempurna tetapi diganggu selepas beberapa bulan hamil
menyebabkan turun darah, lalu keguguran. Keguguran yang berlaku berulangkali boleh
terjadi akibat daripada gangguan seperti ini.

Dalam hadis Safiyah Binti Huyay bahawa Rasulullah bersabda :

Sesunggguhnya syaitan itu berjalan dalam tubuh anak Adam melalui pembuluh darah.
- Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.

Satu hadis riwayat oleh Abu Daud, Imam Ahmad dan At-Tarmizi yang menyatakan
tentang seorang perempuan bernama Hamnah Binti Jahah yang mengadu meminta
petua kepada Rasulullah kerana mengalami masaalah turun haid yang begitu lama.
Baginda menyuruhnya agar menggunakan kapas. Hamnah menjawab mengatakan
yang dia telah berbuat demikian. Baginda menyuruhnya agar menggunakan kain yang
agak tebal. Apa yang disuruh oleh baginda juga telah dilakukan oleh nya.

Akhirnya baginda bersabda : Bahawa darah istihadah itu adalah sepakan daripada
sepakan-sepakan syaitan . - Riwayat At-Tarmizi.

Perempuan yang menghadapi masaalah keluar darah akibat gangguan yang boleh
menyebabkan mandul hendaklah dirawat menggunakan doa-doa berkaitan dengan sihir
disamping berusaha mendapatkan nasihat daripada doktor pakar. Ada Dua Punca
Utama Terjadinya Masalah Yang Dihadapi Oleh Kaum Wanita Yang Terlibat Selain
Daripada Sebab-Sebab Fizikal:

1. Akibat sihir
2. Kecenderungan jin ketika memandang perempuan yang berkenaan.
3. Jin-jin suka mendatangi perempuan yang suka bersolek berlebih-lebihan, yang tidak
menjaga sembahyangnya, tidak membaca Al-Quran tetapi gemar mendengar nyanyian
ataupun muzik keterlaluan, suka membuka aurat, juga gemar duduk bersolek
dihadapan cermin. Mereka tidak menyedari bahawa perbuatan seperti ini menjadi
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
34
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

tarikan jin-jin. Mereka masuk dalam bilik air, lalu menyanyi dan mandi dalam keadaan
telanjang, padahal bilik air adalah di antara tempat kegemaran jin-jin jantan dan betina
menyebabkan salah satu daripada makhluk-makhluk tadi tertarik pada jasadnya lalu ia
meresap dalam tubuh dan mengganggunya.

CARA MENGUSIR GANGGUAN JIN

1. Cara yang digunakan oleh Rasulullah SAW untuk mengusir gangguan Jin

a. Melaknat Iblis dengan Laknat Allah SWT.
Ditepuk pesakit dan berdoa yang ertinya " Keluarlah kau wahai musuh Allah dan Aku
Melaknat-mu dengan Laknat Allah"

b. Membaca Ayat2 Ruqyah :
Al-Fatihah, Al-Baqarah 1-4, Al-Baqarah 163-164, Al-Imran 18, Al-Hasyr 1-3,Ash-Shaffat
1-10, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas.

2. Cara selepas Zaman Rasullulah SAW iaitu di zaman Imam Ahmad:

a. Membaca Al-Fatihah, Al-Hasyr 1-3, Ash-Shaffat 1-10, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-
Naas. Dituliskan, dicelupkan serta diminumkan airnya.

b. Membacakan Ruqyah pada orang yg terkena gangguan jin.

Hal dalam menangani gangguan Jin

Langkah-langkah Pencegahan Mengikuti Perintah dan Menjauhi larangan Allah SWT
serta mengikuti Sunnah Rasulullah SAW. Contohnya:

- Solat Berjamaah 5 waktu di masjid & Solat Sunnat
- Tilawah Qur'an
- Ta'alim
- dsb

Langkah-langkah Bertahan/Defensif

1. Berdo'a surah Al-Mu'minun 97-98
, `s 7, , L:9 `s , , .>
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
35
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

"Wahai Tuhanku, Aku berlindung kepadamu dari hasutan syaitan-syaitan, dan Aku
berlindung kepadaMu, Wahai Tuhanku, supaya syaitan-syaitan itu tidak
menghampiriku".


Rasulullah SAW membaca do'a diatas pada saat hendak solat, selesai solat dan
hendak tidur

2. Membaca do'a Al-ma'tsurat Rasulullah pagi dan petang.

Langkah-langkah Melawan Gangguan/Offensif

1. Surat Fathir: 6
| L:9 /39 s ! s !| `s ,> 39 >
-.9
6. Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka Jadikanlah Dia musuh (yang
mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya Dia hanyalah mengajak golongannya supaya
menjadi dari penduduk neraka.

2. Tanamkan sikap permusuhan dan rasa benci dengan Syaitan dengan meninggalkan
maksiat dan dosa. Laknat Syaitan tersebut dengan Laknat Allah dengan kalimah
auzubillahiminassyaitonirrajim.

KAEDAH RAWATAN

Perawat merawat pesakit dengan menggunakan bacaan ayat-ayat suci Al Quran yang
dikenali sebagai Ruqyah Syariah di mana ia merupakan cara perubatan Rasulullah
SAW. Berikut adalah langkah-langkah yang digunakan semasa rawatan:

1. Qiraatul Qur'an bil jahriah (bacaan al-qur'an dengan jelas di hadapan pesakit)
2. Sama'atul Qur'an (pesakit wajib mendengar bacaan al-Qur'an setiap hari)
3. Al-Ightisal bil Qur'an (mandian al-Qur'an)
4. Al-Syarab bil Qur'an (minuman al-Qur'an)
5. Al-Khutbah (bacaan khutbah)

Untuk setiap sesi rawatan Ruqyah Syariah, Pesakit diminta untuk menyediakan 2 botol
air mineral 1.5 liter dan 21 biji limau nipis.

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
36
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

TATATERTIB MUALLIJ

Pada peringkat awalnya aduan-aduan adalah bersifat peribadi tetapi sejak
kebelakangan ini tidak lagi bersifat peribadi, malah jika tidak diawasi akan meruntuhkan
sistem pengubatan islam. Beberapa sesi perbincangan tetang aduan-aduan tersebut
dan telah secara peribadi menasihati perawat terbabit. Kuliah-kuliah dan kursus-kursus
perawat islam telah menganjurkan perawat-perawat tentang perlunya menjaga disiplin
dan merawat pesakit secara betul, tetapi perawat masih lagi tidak mengendahkan
nasihat-nasihat tersebut. Antara aduan-aduan yang diteriama adalah:

1. Rawatan yang berbeza daripada amalan rawatan al-quran, as-sunnah dan ruqyah
syariah

a) Telah dimaklumkan bahawa terdapat beberapa perawat yang menggunakan besi
kuning, duri landak, sembelih ayam, pulut kuning dan mengasap kemenyen/kayu
cendana untuk tujuan rawatan. Perkara tersebut jelas bertentangan dengan akidah
islam. Kini kaedah rawatan yang berbentuk kekerasan telah dilakukan kepada pesakit
gangguan sehingga melibatkan tubuh fizikal pesakit.

b) Pesakit mengadu bahawa beliau sedar ketika dirawat, tetapi oleh kerana kesakitan
fizikal yang dialami adalah kuat, maka pesakit akan meronta-ronta.

c) Terdapat juga aduan perawat menuduh pesakit telah diganggu oleh makhluk halus
tetapi meminta pesakit jangan mempercayainya seratus peratus. Tuduhan para pesakit
diganggu atau buatan orang adalah satu perkara yang tidak boleh dipastikan secara
mutlak dan tidak wajar dimaklumkan kepada pesakit. Walupun pesakit diberitahu
supaya jangan mempercayai seratus peratus, namun dakwaan tersebut datangnya
daripada perawat itu sendiri.

d) Meletakkan tangan kepada kawasan-kawasan yang dilarang oleh syarak

e) Perubatan secara tidur masih juga diamalkan.

2. Hubungan Intim Antara Perawat Dengan Pesakit

a) Hubungan intim antara perawat dengan pesakit berlaku di kalangan perawat selepas
tamat rawatan. Akibatnya keharmonian keluarga perawat telah terjejas. Wujudnya
hubungan tersebut antara lain berpunca daripada pesakit dirawat berdua-duaan tanpa
ditemani oleh mahram, terutama sekali dibilik tertutup.

b) Disamping itu terdapat dikalangan perawat merawat pesakit wanita di rumah perawat
pada waktu-waktu tertentu (seperti ditengah malam) ataupun di rumah pesakit dengan
alasan untuk memberikan rawatan rapi dan khusus. Perubatan seumpama ini bukan
sahaja tidak disenangi oleh keluarga perawat, malah keluarga pesakit pun mencurigai
keikhlasan perawat.

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
37
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

c) Perawat perlu diingatkan supaya mengelakkan daripada mengamalkan kaedah
perubatan yang boleh menimbulkan fitnah dan perlakuan yang melibatkan kepentingan
peribadi. Hubungan antara perawat dengan pesakit perlu amanah dan semata-mata
untuk kepentingan rawatan sahaja.

3. Sumbangan Terlalu Komersial

a) Salah satu sifat utama yang perlu dimiliki oleh perawat pengubatan Islam ialah
ikhlas. Oleh kerana masyarakat Melayu lazimnya memberikan sedikit ganjaran apabila
rawatan dilakukan, maka terdapat beberapa orang perawat yang secara tak langsung
meletakkan sumbangan sebagai kriteria utama dalam melakukan rawatan. Gejala
seperti ini berlaku apabila seorang perawat meletakkan "bayaran" yang tinggi bagi
mendoakan kelarisan perniagaan.

b) Satu insiden di mana dua orang perawat berebut seorang pesakit dengan alasan
bahawa pesakit tersebut adalah pesakitnya. Dari kaca mata pesakit perbuatan ini
adalah kurang manis. Perilaku sedemikian menunjukkan bahawa amalan mengubat
merupakan satu perniagaan yang memberi ganjaran kewangan kepada perawat.

4. Semangan Berpasukan Semasa Rawatan

a) Mempelekeh kewibawaan perawat lain dengan menyatakan bahawa doa perawat
tersebut tidak mustajab.

5. Tingkahlaku Perawat Perlu Diawasi.

a) Pesakit adalah orang yang berada dalam kesusahan dan memerlukan pertolongan
daripada perawat. Mungkin terdapat pesakit yang telah berikhtiar sekian lama dengan
cara perubatan konvensional dan bebelanja ribuan RM tetapi masih belum dapat
menyelesaikan masalah penyakit yang dihadapi. Oleh itu, tingkah laku perawat perlu
diawasi oleh kerana ditakuti apabila suatu insiden yang tidak diingini berlaku
keseluruhan sistem pengubatan Islam terjejas. Oleh itu perlu kita mematuhi etika
pengubatan islam yang telah dibentuk pada suatu ketika dahulu.

Semoga perawat-perawat akan mengambil langkah pembaikan masing-masing bagi
menjamin kebaikan pengubatan Islam. Semoga Allah merestui usaha murni kita.

ETIKA PENGUBATAN ISLAM

1. Setiap penyakit ada ubat. Usaha adalah ikhtiar manusia, manakala kesembuhan
adalah hak Allah
2. Setiap pesakit berhak mendapatkan rawatan tanpa batasan waktu.
3. Ikhlas adalah sifat utama yang mesti dimiliki, manakala kesabaran, keyakinan,
kejujuran, berakhlak mulia dan amanah memantapkan kemustajaban doa.
4. Usaha rawatan adalah ibadah. Segala perlaksanaaan mesti selaras dengan hukum
syarak.
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
38
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

5. Elakkan fitnah ketika melakukan rawatan dan berinteraksi. Pesakit perempuan mesti
menutup aurat dan ditemani oleh waris.
6. Konsep dan pemahaman kaedah rawatan perlu dihayati dengan jujur dan yakin.
Sandarkan segala harapan kepada Ihsan Ilahi semata-mata.
7. Penonjolan diri adalah dilarang, manaka rawatan hanya diberi ketika diminta.
8. Perawat mesti amanah memelihara kepercayaan pesakit, keluarga dan masyarakat.
Elakkan perlakuan yang melibatkan kepentingan peribadi manaka rawatan dilakukan
tanpa perbezaan ja
9. Rahsia pesakit adalah satu amanah dan sulit dan hanya perlu untuk kepentingan
rawatan sahaja. Jauhkan penerangan yang tidak jelas/samar bagi mengelakkan
kekeliruan.ntina dan martabat diri.

Petikan Tataertib Muallij telah digarap dan diubahsuai dari surat Hj Abdul Rahman
Ahmad, Pengerusi Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia, Darussyifa.



















Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
39
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda



BAB TIGA

KONSEP
PENGUBATAN
ISLAM







Klinik Muallij Islamiah
http://klinik-muallij.blogspot.com/
oleh: Muallij Mustakim bin Mohd Najib Al-Kelantani

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
40
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

KONSEP PERUBATAN ISLAM

Konsep Perubatan Islam mempunyai sebab musabab. Pencipta sebab itu ialah Allah, al-Khaliq, yang
berkuasa melakukan sesuatu. Apabila ia hendak menjadikan sesuatu dan berkata:
!| ` | !: ) 9 . `3
Yasin: 82. Sesungguhnya keadaan kekuasaannya apabila ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah ia
berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". maka ia terus menjadi.

ASAS PERUBATAN

Asas Perubatan Asas perubatan ada dua, iaitu penjagaan diri dan rawatan. Penjagaan diri lebih baik
daripada merawatnya. Allah s.w.t. melarang orang yang beriman daripada membinasakan dirinya
) , < )=. /3!, <| 3=.9 `.> | < > .`>9
Al-Baqarah: 195. dan belanjakanlah (Apa Yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) ugama Allah, dan
janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke Dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap
bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya Segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana Sesungguhnya
Allah mengasihi orang-orang Yang berusaha memperbaiki amalannya.

tidak kira sama ada pembinasaan itu melibatkan pemakanan yang memberi mudarat, yang terlarang,
berlebihan dan sebagainya. Allah s.w.t. menyuruh setiap orang itu makan dan minum, tetapi melarang
daripada mengambilnya berlebihan .
%! !: > :- s :'- 9 _9 !=. `&#2
.9 !9 !,:.` s ,:.` =2 . | . . )>
!.> . | > .9
Al-Anam: 141. dan Dia lah (Allah) Yang menjadikan (untuk kamu) kebun-kebun Yang menjalar
tanamannya dan Yang tidak menjalar; dan pohon-pohon tamar (kurma) dan tanaman-tanaman Yang
berlainan (bentuk, rupa dan) rasanya; dan buah zaiton dan delima, Yang bersamaan (warnanya atau
daunnya) dan tidak bersamaan (rasanya). makanlah dari buahnya ketika ia berbuah, dan keluarkanlah
haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya; dan janganlah kamu melampau (pada apa-apa
jua Yang kamu makan atau belanjakan); Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang Yang
melampau.

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
41
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

Rasulullah s.a.w. ada bersabda: (Perut itu ialah tempat penyakit. Keperluan pada makanan itu ada tiga
tahap iaitu semata-mata untuk keperluan, mencukupi dan berlebihan. Rasulullah s.w.t. memberitahu
bahawa makanan itu mencukupi dengan suapan kecil yang menguatkan tulang belakang, ataupun
makan memenuhi satu pertiga daripada ruang perut, satu pertiga lain untuk air manakala yang bakinya
untuk bernafas. Inilah kaedah utama yang paling memberi manfaat pada penjagaan badan, kerana perut
itu tumpuan penyakit.

Penyakit selalunya berdasarkan perkara berikut:

1. Perut
2. Kebersihan
3. Penyakit Berjangkit
4. Penyakit Jasmani - dalam quran ada sebut tentang sopak, buta, demam dan lain-lain.
5. Penyakit Rohani - 43 kali disebut dlm quran tentang penyakit hati
6. Gangguan makhluk halus

Sesetengah ahli tafsir menyatakan bahawa yang dimaksudkan dengan kalimah yang tersebut dalam ayat
al-Quran yang akan ditanya oleh Allah terhadap hambanya pada hari kiamat kelak ialah kesihatan.
. =`..9 s -9
at-Takathur: 8. selain dari itu, Sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang Segala nikmat
(yang kamu telah menikmatinya)!

KIFARAH

Kifarah adalah balasan Allah di dunia akibat dosa yang dilakukan oleh seorang hambanya, juga ujian-
ujian Allah itu boleh berlaku, yang mungkin melibatkan kematian orang yang dikasihi, kehilangan harta
benda ataupun penyakit, tidak kira sama ada penyakit tersebut berlaku dalam tempoh masa yang lama
ataupun sekejap bergantung kepada ketentuan (qada') Ilahi atau buat selama-lamanya sehingga mati.
Selagi ketentuan (qada') bagi sakit itu belum menepati qada' Allah, maka sakit (kifarah) tadi tidak akan
sembuh biarpun pelbagai usaha dilakukan oleh manusia jelas di.sini membuktikan bahawa ada di antara
penyakit itu akan sembuh dengan sendiri biarpun tanpa usaha manusia untuk mendapatkan
kesembuhan ataupun tidak akan sembuh biarpun banyak usaha untuk menyembuhkannya telah
dilakukan. Sesungguhnya, apabila Allah s.w.t. itu mengaishi seseorang hamba Ia akan mengujinya. Dan
apabila Ia mengujinya, sama ada dengan menurunkan penyakit dan sebagainya, Allah akan memberikan
kesabaran. Dalam menghadapi cubaan seperti ini, kesabaran adalah paling utama.
!| ` .9 > -, ,!.>
Az-Zumar: 10. Sesungguhnya orang-orang Yang Bersabarlah sahaja Yang akan disempurnakan pahala
mereka Dengan tidak dihisab".
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
42
Terbitan Klinik Muallij Islamiah


AJAL DITENTUKAN OLEH ALLAH

Allah s.w.t. yang menentukan ajal. Apabila tiba masa, Allah akan memerintahkan malaikat maut
mencabut nyawa seseorang, menepati masa yang telah ditetapkan. Ketika itu malaikat akan tahu
ketentuan ajal seseorang, dan tidak mengetahui sebelum itu. Hujah ini membuktikan bahawa ramalan-
ramalan ahli-ahli nujum yang memperkatakan tentang ketentuan ajal, adalah bertentangan dengan
ajaran Islam. Begitu juga dengan mereka yang terlibat dengan rawatan, jangkaan hayat itu boleh diagak,
sembuh atau tidak sembuh berdasarkan pengalaman dan kajian kepakaran, namun ketentuan ajal tetap
di tangan Tuhan.

KISAH SAHABAT NABI MERAWAT DENGAN SURAH AL-FATIHAH

Dalam sebuah hadis daripada Abu Said al-Khudri r.a. ia menjelaskan adanya satu kumpulan sahabat
Rasulullah s.a.w. yang keluar pergi musafir. Di tengah perjalanan mereka telah singgah di sebuah
perkampungan Badwi. Mereka telah meminta makanan, tetapi penduduk kampung tersebut enggan
memberinya. Dengan takdir Allah s.w.t., tidak lama setelah itu, ketua kampung berkenaan telah
disengat binatang. Mereka telah berusaha untuk mengubatinya tetapi gagal. Sesetengah daripada
mereka mencadangkan agar mereka meminta pertolongan daripada kumpulan orang Islam yang singgah
di kampung tadi. Mungkin mereka boleh membuat sesuatu untuk merawat.

Mendengarkan harapan yang begitu tinggi terhadap mereka, sebahagian daripada orang Islam tadi
memberitahu bahawa mereka boleh menolongnya, tetapi oleh kerana penduduk tersebut pernah
menolak permintaan mereka sebelum itu, mereka tidak akan menolongnya kecuali setelah berjanji
memberi upah. Rombongan itu bersetuju atas permintaan tadi untuk memberi beberapa ekor kambing.
Orang Islam yang berkenaan datang menemui ketua kaum yang sedang sakit, lalu dihembusnya dengan
air ludah pada tempat yang sakit tadi sambil membaca: "AlhamdulilLah". Dalam satu riwayat lain
disebutkan bahawa doa yang dibaca ialah Surah al-Fatihah lalu perawat tadi mengumpulkan air
ludahnya dan dihembuskan, menyebabkan pesakit beransur sembuh.

Dalam satu riwayat lain, dijelaskan bahawa upah yang diberi ialah tiga puluh ekor kambing. Keterangan
hadis ini memperlihatkan bahawa Surah al-Fatihah itu amat besar fadilatnya, di antaranya ialah untuk
merawat pesakit akibat terkena racun, seperti disengat kala jengking, lipan dan sebagainya. Dijelaskan
juga dalam keterangan hadis ini bahawa perawat, dengan izin Allah berjaya melakukan rawatan dengan
membaca Ummu al-Qur'an (Surah al-Fatihah). Kalau difikiri dari segi logiknya, terlalu sukar untuk
menerima hakikat, bahawa pesakit boleh sembuh hanya dengan bacaan Surah al-Fatihah dan sedikit
hembusan air ludah. Setiap orang Islam boleh dikatakan tahu membaca Surah al-Fatihah, tetapi untuk
meyakinkan bahawa bacaan yang dituturkan membolehkan seorang pesakit, seperti sakit terkena gigit
kala jenking ataupun lipan boleh sembuh, sering dirasakan seupama sesuatu yang sukar diterima. Malah
kita sendiri mungkin tidak yakin bahawa usaha seperti ini boleh berjaya. Tetapi, kesembuhan seperti ini
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
43
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

bukan sesuatu yang mustahil, kerana Allah s.w.t. itu maha berkuasa, tidak digagahi oleh sesuatu, apabila
Ia menghendaki sesuatu, Ia berkata: jadilah maka jadilah (Surah Yasin: 82).

APAKAH DIA RAWATAN ISLAM DAN APAKAH ASAS-ASASNYA?

Rawatan Islam adalah suatu ikhtiar penyembuhan penyakit, jasmani dan rohani yang diasaskan diatas
hukum syarak oleh orang yang ahli (mahir) dengan kaedah-kaedah rawatan yang diluluskan oleh hukum
syarak yang dilakukan semata-mata kerana Allah s.w.t.

Manusia adalah makhluk Allah yang di ciptakanNya dalam keadaan lemah (Ar Rum : 54) amat
memerlukan pertolongan terutama dari Allah (Fathir : 15), bagi mengatasi segala permasalahan
kehidupan yang ditempuhi sepanjang hidup, baik didunia mahupun di akhirat.

Diantara permasaalahan yang dihadapi oleh manusia adalah masalah penyakit. Sama ada yang bersifat
tabii (NATURAL) atau diluar tabii (SUPER NATURAL). Kedua-duanya wujud dan berlaku didalam
kehidupan manusia. Apabila berlaku maka usaha mengatasinya perlu untuk kesejahteraan manusia itu.

Umat Islam mendapat anugerah Allah yang tidak ternilai, iaitu Al Quranul Karim. Sebagai panduan dalam
semua aspek penghidupan untuk kebaikan dunianya mahupun akhiratnya. Al Quran adalah petunjuk
(hidayah) dalam segala-galanya. Allah berfirman dalam surah Al Anaam ayat 38 bermaksud :
! , _{ L L >!> | ' 39!: ! !L .39 `:
. <| , :>
38. dan tidak seekor pun binatang Yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung Yang terbang Dengan kedua
sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di Dalam Kitab Al-Quran
ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).

Maksud ayat tersebut mengikut setengah-setengah mafassiruun : Al Quran itu adalah kitab Allah yang
sempurna didalamnya ada panduan dan petunjuk dalam semua hal yang diperlukan oleh manusia. Sama
ada secara langsung atau tidak. Jelas nyata atau samar. Manusialah yang mesti menerokainya bagi
mendapat panduan itu. Merujuk perihal penyakit dan rawatannya, Al Quran menyentuh secara jelas
nyata dalam ayat 82 surah Al Isra yang bermaksud
` )9 ! "!: - =9 =L9 | !.>
82. dan Kami turunkan Dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat suci Yang menjadi ubat penawar dan
rahmat bagi orang-orang Yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang
Yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
44
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

Ahmad Mustaffa Al Maraaghi dalam tafsirnya (15:86) ketika mentafsirkan ayat diatas antara lain
menyebut :

Sesunggohnya Allah menurunkan Al Quran dan menjadikannya penawar kesembuhan dari berbagai
penyakit. Itulah rahmat Allah kepada hambanya

Perihal Al Quran menjadi penawar dan penyembuh penyakit disebut Allah beberapa kali dalam ayat-ayat
yang berlainan. Antaranya surah Fussilat atat 44 bermaksud :
9 =-> !% !> 9!)9 9 =. . > s % %#9 `
"!: %! `` "% `=. s 9` !`
_l3 -,
44. dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) Dalam bahasa asing, tentulah mereka akan berkata: "Mengapa
tidak dijelaskan ayat-ayatNya (dalam bahasa Yang Kami fahami)? Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul
Yang membawanya berbangsa Arab?" Katakanlah (Wahai Muhammad): "Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk
serta penawar bagi orang-orang Yang beriman; dan sebaliknya orang-orang Yang tidak beriman, (Al-Quran itu)
menjadi sebagai satu penyakit Yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar); dan ia juga merupakan gelap-
gelita Yang menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya Yang menerangi). mereka itu - (dengan perbuatan
melarikan diri dari ajaran Al-Quran, tidak ubahnya seperti) orang-orang Yang diseru dari tempat Yang jauh
(Masakan mereka dapat mendengar Dengan betul atau melihat Dengan nyata)".

Dalam Surah Yunus ayat 57 bermaksud :
!! '_!9 % 3.!> Ls 6, "!: !9 .9 - =9

57. Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran Yang menjadi nasihat pengajaran
dari Tuhan kamu, dan Yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin Yang ada di Dalam dada kamu, dan juga
menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang Yang beriman.

Didalam Al Quranul Karim terdapat 6 ayat yang menyebut secara jelas dan nyata perkataan Syifaa yang
bermakna kesembuhan penyakit. Sehingga dikenali ayat-ayat itu dengan ayat-ayat As syifa (Aayaatus
Syifa), ayat-ayat penyembuh.

Al Imam Al Qurtubi ketika menyebut tafsiran ayat syifa itu antara lain menyebut (10 : 316) yang
bermaksud :

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
45
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

ADA DUA KESEMBUHAN YANG BOLEH DIPEROLEHI DARI AL QURAN

1 Kesembuhan penyakit-penyakit hati nurani seperti kekufuran, kefasikan,kedegilan menerima hidayah.
Bongkak, takbur, ujub dan lain-lain.

2 Kesembuhan dari penyakit-penyakit fizikal yang nyata.

Abi Said Al Khudri meriwayatkan hadith yang mafhumnya :

Kami diutuskan oleh Rasullullah s.w.s. untuk suatu misi dakwah seramai 30 orang. Kami memasuki
sebuah perkampungan Arab. Malangnya kami tidak dilayan malah dihambat keluar dari kampong itu.
Kami berkhemah diluar kampong. Pada malamnya ketua kampong tersebut disengat kala jengking.
Kerana berbagai usaha merawat telah dilakukan, akan tetapi tidak berhasil, maka mereka mendatangai
kami meminta di ikhtiar kesembuhan. Abu Said segera menjawab : Saya boleh ikhtiar dengan syarat
dibanyar upahnya. Mereka setuju sekiranya sembuh maka 30 ekor kambing sebagai upahnya.

Abu Said Al Khudri segera pergi dan menjampi ketua kampong yang disengat kala jengking itu denga Al
Fatihah 7 kali. Sembuh serta merta. Apabila diserahkan 30 ekor kambing sebagai upahnya, ada
dikalangan mereka yang mempersoalkan sesame sendiri, wajarkah diambil kambing-kambing tersebut.
Mereka merujuk kepada Rasulullah s.a.w.

Mendengar kisah itu Rasulullah s.a.w. bertanya Abu Said . Dimana kamu mendapat maklumat Al
Fatihah itu adalah jampi (ruqyah)? Jawabnya : Ya Rasulullah, hati kecilku berbisik berbuat demikian.
Jawab Rasulullah Ada dikalangan manusia memakan upah menjampi penyakit dengan jampi yang tidak
benar (batil) sedang kamu mengambil upah dari jampi yang benar (Sidq). Ambillah upah itu dan berilah
kepadaku satu habuan daripadanya

Daripada Abi Umamah diriwayatkan hadith Rasulullah s.a.w. menyebut yang bermaksud :

Al Fatihah bermenfaat dengan izin Allah untuk mengikhtiarkan kesembuhan dari penyakit kulit, kusta,
gila, batuk kering, demam, sakit perut dan sebagainya

Aishah binti Abi Bakar r.a. meriwayatkan hadith seperti yang terdapat dalam Sahih al Bukhari bahawa
Rasulullah s.a.w. merawat dirinya ketika sakit dengan ayat-ayat al Quran. Apabila baginda sakit agak
tenat sebelum kewafatannya. Baginda meminta daku (Aishah) membacakan ayat-ayat al Muawwizaat
(Tiga Qul) lalu aku berbuat demikian dan menyapukan nya ke Rasulullullah.

Urwah bin Azzubair, pernah meriwayatkan hadith diatas daripada Azzuhri lalu bertanya kepadanya
bagaimana caranya rawatan tersebut. Jawab Azzuhri dibaca ayat-ayat al Quran tersebut lalu ditiup
ditangan yang dibaca dan disapu kemuka pesakit.

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
46
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

Aishah r.a. dalam satu riwayat lain telah menyatakan bahawa beliau pernah membaca ayat-ayat al
Quran ditangan Rasululullah s.a.w. lalu menyapunya kemuka Rasulullah dengan mengharapkan
keberkatan yang lebih daripada tangan tersebut.


KONSEP PENGUBATAN ISLAM

Pengubatan Islam berkonsepkan wahyu Ilahi yang diambil daripada petunjuk Al Quran dan Al Sunnah
dikenali sebagai ATTIBBUN NABAWI (Pengubatan Nabi Muhammad s.a.w.)

Bertitik tolak dari sistem perubatan yang berkonsepkan wahyu, maka ianya adalah suatu ibadah yang
dilakukan untuk mencari keredaan Allah, kerana yang menyuruh kita mencari kesembuhan apabila
mendapat penyakit ialah Allah. Firman Allah yang bermaksud : (As-Syuaara : 80)
| . :
80. "Dan apabila Aku sakit, maka Dia lah Yang menyembuhkan penyakitku;

Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :

Berubatlah wahai hamba Allah sesungguhnya Allah tidak menurunkan penyakit melainkan
(bersamanya) diturunkan ubat. Diketahui oleh orang yang berusaha mencarinya dan tidak diketahui oleh
orang yang jahil (tidak berbuat apa-apa): (Hadith riwayat Abu Daud dan Al Tarmizi)

Apabila usaha yang bersungguh-sungguh dilakukan sehingga melibatkan penyelidikan-penyelidikan dan
pengembangannya kerana mentaati perintah Allah maka dengan sendirinya usaha itu menjadi suatu
ibadah. Kerana hakikat ibadah itu adalah kepatuhan kepada segala perintah Allah dengan penuh
kerelaan.

Mencari ubat yang sesuai dengan penyakit dan mengusahakan bersungguh-sungguh untuk
dianugerahkan oleh Allah kesembuhan yang menjadi milikNya sahaja merupakan suatu kerja murni yang
diusahakan oleh hamba bagi merialisasikan makna ibadah kerana akur kepada qada dan qadar Allah.

Dalam usaha membantu dan menolong pesakit, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :

Sesiapa yang berkemampuan menolong saudaranya (yang sakit) bagi menyembuhkannya maka
hendaklah dia lakukan : (Hadith riwayat Jabir bin Abdullah)

Daripada konsep sebegini maka bolehlah dikatakan bahawa sesiapa sahaja yang beriman dengan Allah
dan melibatkan dirinya dalam sistem pengubatan kerana mentaati perintah dan mengharapkan redha
Allah, maka prinsip itu adalah islamik dan boleh dikatakan pengubatan Islam.

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
47
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

Ulamak Hadith (Muhaddithun) telah mengumpul semua petunjuk Rasulullah s.a.w. dalam kitab-kitab
mereka. Pengumpul-pengumpul hadith seperti Al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, An- Nasaai, Ibnu Majjah,
At Tirmidhzi dan lain-lain telah mengkhususkan satu bab dalam kitab-kitab hadith mereka dengan
menamakan Bab At-Tadaawi (bab pengubatan penyakit.)

Pengarang-pengarang kitab termasyhur telah mengkhususkan Kitab yang diberi judul AT-THIBBUN
NABAWI oleh ratusan penulis antaranya:

Abu Bakar As-Sunni (364 Hijrah)
Abu Nuaim Al-Asbahaani (430 Hijrah)
Al-Hafidz Shamsuddin Az-Zahabi (748 Hijrah)
Ali Abdul Karim Al-Hamawi (720 Hijrah)
Abul Abbas Jaafar bin Muhammad (430 Hijrah)
Jallaluddin As-Sayuti (911 Hjrah)
Hibatuddin Said BinIbrahim (560 Hijrah)
Khairuddin Hadhzor bin Mahmud (948 Hijrah)
As-Sayyid Salleh bin Abdul Aziz Al-Mardini (1123 Hijrah)
As-Shihab Al-Qastalanaani
Al-Habib An-Nisaaburi
Muhammad Assafti Uzzainabi
Ibnu Abi Asim
Abul Hassan Ali bin Musa
Dhiyauddin Al-Maqdisi dan lain-lain lagi banyaknya.

Dalam Al-Quraanul Karim terdapat banyak ayat-ayat yang menyebut penyakit rohani dan jasmani.
Begitu juga dalam As-Sunnah banyak didapati Hadith-hadith nabi yang menyentuh tentang penyakit dan
pengubatannnya. Inilah petunjuk yang dijadikan konsep pengubatan Islam .

PERIHAL PENYAKIT

Berasaskan kepada petunjuk Al-Quran as-Sunnah, Ulamak-ulamak Islam yang membicarakan perihal
penyakit dan pengubatannya, telah menjelaskan bahawa umumnya penyakit terbahagi kepada dua
bahagian

Pertama: Penyakit Kerohanian (Amraadzul Qulub)
Kedua: Penyakit Kejasmanian (Amraadzul Abdaan)

Pernah juga disebut sebagai Tibbur Ruhaani atau Tibbul Arwah dan Tibbul Abdaan atau Thibbul Ajsam.

Amraadzul Qulub terdapat dalam Al-Quran begitu banyak seawal Ayat 10 dalam Surah Al-Baqarah , Allah
Subhanahu Wataala berfirman yang bermaksud ,
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
48
Terbitan Klinik Muallij Islamiah


Dalam hati-hati mereka (Qulubihim) ada penyakit

Ayat ini tidak merujuk kepada penyakit hati secara fizikal , tetapi hati yang bersifat rohani atau disebut
hati nurani, kerana sambungan ayat itu seterusnya membawa erti ,

(Seandainya tidak segera dirawat) maka Allah menambahkan lagi penyakit tersebut dan bagi mereka
seksa yang amat pedih disebabkan mereka berdusta (dengan Allah)

Ayat ini menjelaskan bahawa orang yang berdusta adalah berpenyakit hati nurani yang perlu dirawat
segera . Kalau terlambat atau langsung tidak dirawat maka penyakit tersebut akan bertambah kronik.
Akhirnya (sekiranya dia meninggal) neraka Allah menunggu sebagai pembalasan,

Penyakit-penyakit kerohanian (Amraadzul Qulub) amat banyak yang disebut oleh Al-Quran dengan
menyebut jenis-jenis penyakit yang berlainan, antaranya :

Sihir (disebut sebanyak 54 kali didalam AL-Quran)
Gila (Majnun) 11 Kali
Al-Ain (Al-Ain) 1 kali
Penyakit-penyakit kerohanian (Amraadzul Qulub) 40 Kali

Sedangkan Al-Quran menyebut penyakit-penyakit jasmani sepintas lalu dan tidak banyak berulang
seperti perkataan berikut :-

1. Al-Akma (Buta mata) (Surah An-Nur 61)
2. Al-Araj 2 kali (Tempang/Cacat Anggota) (Surah An-nur 61)
3. Pekak/Bisu (Al-Baqarah -18)
4. Mandul (Al-Imran 40)
5. Mardza Pesakit Fizikal (Al-Baqarah 196)

Hal sedemikian menggambarkan bahawa penyakit-penyakit kerohanian adalah lebih serius berbanding
dengan penyakit fizikal, jika dilihat dari aspek gambaran istilah penyakit itu dalam Al-Quranul Karim.

Mungkin sebab utamanya kerana penyakit fizikal mudah dikesan oleh pesakit berkenaan atau oleh
perawat (doktor) yang merawatnya. Adapun penyakit-penyakit spritiual (kerohanian) seperti penyakit
yang disebabkan oleh sihir Al-ain , hati batu, kemurungan, hasad, bongkak takabbur, degil, riyak dan
seumpamanya tidak mudah dikesan lebih-lebih lagi yang terkena penyakit itu enggan mengubati dirinya.

Penyakit-penyakit kerohanian perlu diubat secara kerohanian; antaranya adalah dengan penggunaan
pendekatan keagamaaan. Bermunajat kepada ALLAH, bertaubat, bertahajjud, Qiyamulllail, membaca AL-
QURAN, menggunakan ayat ayat kesembuhan untuk merawat dan sebagainya.
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
49
Terbitan Klinik Muallij Islamiah


AL-QURAN DAN PENGUBATAN PENYAKIT

ALQuranul Karim bukanlah Kitab pengubatan. Ianya Kitab Hidayah dari Allah untuk manusia agar
beriman dan bertakwa kepada-Nya. Seawal ayat Kedua dalam Surah Kedua Al-Quran (Al-Baqarah) Allah
berfirman yang bermaksud:

Kitab (Al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya. Ia memberi petunjuk kepada orang-orang bertakwa

Kitab-kitab Allah adalah Kitab yang paling sempurna, tidak ada kebatilan padanya. Ianya lengkap
sempurna. Segala-galanya disentuh oleh Al-Quran tanpa meninggalkan apa-apa pun untuk panduan
manusia.

Mengenai pengubatan penyakit, Al-Quran menyebut yang bermaksud :

dan kami menurunkan dari Al-Quran sesuatu yang menjadi penyembuh (syifa) dan rahmat bagi orang
yang beriman dam Al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang yang zalim selain kerugian jua

Ayat itu terlalu luas maknanya. Salah satu aspek yang boleh difahami, bahawa ada dua jenis
kesembuhan dari ayat Al-Quran :

1. Kesembuhan dari penyakit-penyakit fizikal yang diistilahkan Syifakerana sifat syifa itu yang mudah
dilihat iaitu penyakit fizikal dan kesembuhan pun boleh dilihat.

2. Kesembuhan dari penyakit-penyakit kerohanian yang diistilahkan Rahmah. Rahmah agak sukar
dilihat seperti penyakit-penyakit kerohanian tidak mudah dilihat kerana ia tersembunyi di dalam diri
manusia. Kesembuhannya pun tidak dapat dilihat dengan mudah.


Oleh yang demikian ada dalam Al-Quranul Karim ayat-ayat penyembuh yang boleh digunakan sebagai
ikhtiar kesembuhan samada untuk penyakit jasmani mahupun rohani.

Khusus mengenai istilah Syifa yang bererti kesembuhan penyakit, Al-Quranul Karim menyebut sebanyak
enam kali yang dikenali sebagai Ayat Syifa (Ayaatus Syifa) iaitu ayat-ayat yang bermaksud seperti
berikut:

1. (Al-Isra 82)
` )9 ! "!: - =9
82. dan Kami turunkan Dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat suci Yang menjadi ubat penawar dan
rahmat bagi orang-orang Yang beriman kepadanya;
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
50
Terbitan Klinik Muallij Islamiah


2. (Fussilat 44)
% %#9 ` "!:
44. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang
Yang beriman;

3. (An-Nahli 69)
. ?. . ,.9 5=`! , 7, 9 _` !L, ',. #=. 9
"!: _!=9
69. kemudian makanlah dari Segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang Engkau sukai), serta Turutlah
jalan-jalan peraturan Tuhanmu Yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (dengan itu) akan keluarlah dari
Dalam badannya minuman (madu) Yang berlainan warnanya, Yang mengandungi penawar bagi manusia (dari
berbagai-bagai penyakit).

4. (As-Syuaara 80)
| . :
80. "Dan apabila Aku sakit, maka Dia lah Yang menyembuhkan penyakitku;

5. (At-Taubat 14)
#: . %
14. dan ia akan memuaskan hati orang-orang Yang beriman.

6. (Yunus 37)
! l. `)9 .` < 39 ,`.. %! , ..
.39 , >-9
37. dan bukanlah Al-Quran ini sesuatu Yang boleh diada-adakan oleh Yang lain dari Allah; tetapi Al-Quran itu
diturunkan oleh Allah untuk membenarkan Kitab-kitab Yang diturunkan sebelumnya, dan untuk menjelaskan satu
persatu hukum-hukum Syarak Yang Diwajibkan (atas kamu); tidak ada sebarang syak dan ragu-ragu pada Al-Quran
itu tentang datangnya dari Allah, Tuhan Yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam.

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
51
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

Perkataan syifa dalam kamus Al-Munjid berakar kata dari syafiya, syifa bermakna kesembuhan dari
sesuatu penyakit atau Allah Ta Ala menyembuhkan si pulan daripada penyakitnya.

Ketika membuat tafsiran ayat-ayat Syifa khasnya ayat 82 Surah Al-Isra ,Al-Maraaghi menyebut bahawa
Qataadah berkata ;

Sesungguhnya Allah menjadikan Al-Quran itu penyembuh penyakit dan rahmat bagi orang yang
beriman(tafsir Al-Maroghi 15:86)

Membaca ayat-ayat Al-Quran tertentu sebagai ikhtiar penyembuhan kepada penyakit dengan
penumpuan kepada kesakitannya adalah disepakati Ulamak tentang keharusannya kerana jelas daripada
ayat tadi yang menyebut ayat sebagai perantaraan untuk penyembuhan.

PRA-SYARAT MENJADI PERAWAT

Menuntut Ilmu

Nabi Muhammad SAW bersabda bermaksud: "Kelebihan orang yang berilmu berbanding abid samalah
seperti kelebihan bulan purnama berbanding segala bintang."(Sunan Abu Daud dan at-Tirmizi)

Kelebihan dinyatakan Rasulullah itu ternyata disebabkan manfaat ilmu disampaikan oleh orang berilmu.
Dalam konteks perbincangan kita, golongan guru khususnya.

Imam Syafie r.a dalam syairnya telah menggariskan syarat-syarat untuk menuntut ilmu sebagai berikut:


Saudaraku, kamu sekali-kali tidak berupaya mencapai ilmu kecuali dengan enam perkara; cerdik, aktif
mencari ilmu, tekun berusaha, kehidupan yang memadai, mengakrabi ustaz (ilmuan) dan masa yang
panjang.

Imam Al-Syafie pernah mengungkap: "Bersabarlah kamu dalam perjalanan jauh demi menemui gurumu,
sesungguhnya lautan ilmu itu diperoleh menerusi perjalanan kamu menemuinya. Sesiapa yang tidak
berasa kepahitan menuntut ilmu sedetik, ia pasti menelan kehinaan dek kejahilan sepanjang hayatnya."

BETULKAN NIATMU MENUNTUT ILMU

Berkatalah orang-orang yang dianugerahi ilmu: Kecelakaan yang besarlah bagimu, pahala Allah adalah
lebih baik bagi orang-orang yang beriman dan
beramal saleh, dan tidak diperoleh pahala itu, kecuali oleh orang- orang yang sabar. Al Qashas 28:80

TIGA SYARAT UNTUK BERJAYA MENUNTUT ILMU
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
52
Terbitan Klinik Muallij Islamiah


1) Jaga hubungan dengan Allah SWT
Peliharalah hubungan kamu dengan Allah nescaya Allah akan memelihara kamu(Hadis Sohih)

2) Jaga Adab & hubungan kamu sesama manusia ( terutama pensyarah-pensyarah anda ) untuk
mendapatkan keberkatan dalam menuntut ilmu.

3) Pelihara waktu yang diberikan Allah dan gunakan sebaik-baiknya
`.-9 | .} 9 .> | %! ` =s >=.9 .. ,>9!,
.. .9!,
1. Demi Masa!
2. Sesungguhnya manusia itu Dalam kerugian -
3. kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan Dengan
kebenaran serta berpesan-pesan Dengan sabar.

Masa sekiranya kamu tidak gunakan pada jalan kebaikan nescaya kamu akan gunakan pada jalan
kejahatan (Hadis)

PRA SYARAT SEBAGAI PERAWAT

1. Hendaklah memiliki 6 sifat seperti yang disebut dalam Syair Imam Shafie iaitu;

i. Kecerdikan Boleh memahami ilmu yang dipelajari, boleh menghafal doa-doa dan bukanlah seorang
yang benak.

ii. Sensitiviti kepada Ilmu Suka dan berminat mempelajari ilmu dan boleh memelihara (menyimpan)
ilmu dan menjaga amanah ilmu dengan baik.

iii. Mempunyai Pendapatan Mempunyai wang, harta dan bukan orang yang miskin.

iv. Mempunyai kesungguhan bersungguh-sunguh dan berterusan dalam belajar ilmu pengubatan
bukan sambil lewa sahaja.

v. Rakan seperguruan adalah saudara kita Jangan ada cemburu-mencemburui, benci membenci
sebaliknya tanamkanlah sifat hormat-menghormati dan kasih sayang.

vi. Memerlukan masa iaitu hendaklah sentiasa bersabar dalam menuntut ilmu dan berubat kerana
masa penantian yang panjang.
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
53
Terbitan Klinik Muallij Islamiah


2. Hendaklah memberhentikan segala bentuk amalan pengubatan yang bercanggah dengan syariat Islam
seperti penggunaaan tangkal (walaupun tangkal itu menggunakan ayat-ayat al-Quran), ilmu pengasih,
ilmu penunduk dan seumpamanya.

3. Jangan melibatkan diri dengan Ilmu Tariqat atau kebatinan yang ada keraguan terhadapnya seperti
Ahmadiah, Martabat-7, Qadiani dan seumpamanya, kalau dah sertai hendaklah ditinggalkan dengan
segera.

4. Hendaklan meletakkan diri kita mampu dan boleh untuk berhadapan dengan segala bentuk ujian dan
cabaran.

SYARAT-SYARAT UTAMA MENJADI PERAWAT YANG BAIK

1. Iltizam dengan Ilmu Pengubatan yang dipelajari iaitu dengan sentiasa beramal dan berdamping
dengannya setiap hari.

2. Mempraktikkan ilmu pengubatan yang telah dipelajari, selalu memberikan khidmat sukarela di klinik-
klinik darussyifa dengan memberi rawatan kepada pesakit yang memerlukan bantuan.

3. Jangan campur adukkan ilmu yang diharuskan dengan ilmu yang dilarang iaitu jangan berbohong atau
menyebutkan perkara-perkara yang tidak betul ketika merawat umpamanya mengatakan penyakit itu
adalah disebabkan sihir atau perbuatan khianat oleh orang tertentu.

4. Ada keyakinan pada diri sendiri dan ikhlas bahawa ilmu yang disampaikan oleh guru adalah benar dan
tidak meyalahi syarak.

5. Tidak boleh melangkah larangan atau etika yang telah ditetapkan oleh Darussyifa contohnya tidak
boleh menetapkan bayaran kepada pesakit.

6. Hendaklah setiasa berdisiplin dalam semua hal seperti dalam pengubatan, kehidupan, beribadat,
berzikir dan seumpamanya.

7. Bersungguh-sungguh dalam mengubat, berubat dan mencari kesembuhan.

10 PERINSIP ASAS RAWATAN ISLAM
(Pesanan ini disampaikan oleh Tuan Guru Dato Dr. Haron Din)

1. Ada penyakit , ada ubat.

2. Allah yang menjadikan penyakit , Dialah yang menjadikan ubatnya.
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
54
Terbitan Klinik Muallij Islamiah


3. Kesembuhan bukan milik sesiapa, hanya milik Allah Taala.

4. Manusia boleh berusaha, insya Allah kalau kena dengan ubatnya, Allah Taala akan sembuhkan.

5. Al-Quran adalah panduan dan penghubung kepada kesembuhan penyakit.

6. Doa-doa dan bacaan-bacaan adalah ikhtiar yang menjadi sebab untuk sembuh penyakit.

7. Rawatan dengan bacaan ataupun doa, telah diijmakkan harus oleh para ulama, malah digalakkan
dengan tiga syarat;

i. Dengan membaca Al-Quran (dengan bacaan yang betul).
ii. Dengan bacaan-bacaan (selain daripada Al-Quran) yang diketahui maknanya.
iii. Dengan mengiktikadkan bahawa Allah taala sahaja yang akan menyembuhkan.

8. Bahan ubat hendaklah daripada bahan yang halal dan harus (jangan menggunakan bahan-bahan yang
haram seperti benda yang najis, tangkal dan seumpamanya)

9. Tidak boleh berputus asa dalam berikhtiar untuk mencari ubat dan kesembuhan.

10. Keyakinan kepada diri sendiri, ubat yang dibuat, doa yang dibaca dan ikhtiar yang betul, pasti Allah
Taala akan menyembuhkan.

PENGIJAZAHAN

1. Kita semua manusia biasa yang serba kekurangan, kesempurnaan hanya milik Allah SWT, Tuan Guru
mempunyai kekurangan begitu juga anak murid mempunyai kekurangan masing-masing. Justeru itu
sebagai rakan seperguruan hendaklah saling tampung menampung kelemahan dan kekurangan rakan
seperguruan yang lain. Kelemahan rakan jangan sekali-kali dibongkar atau dibesar-besarkan. Kalau rakan
tersilap memberi ubat atau rawatan hendaklah kita cuba menutup kesilapan itu dihadapan pesakit
dengan cara yang hikmah, jangan sampai mengaibkan rakan.

2. Berlajar ilmu pengubatan perlu mendapatkan ijazah dari guru kerana itu adalah warisan yang diterima
oleh guru daripada semua gurunya termasuk daripada bondanya sendiri. Sebagai mengambil contoh
Imam As-Shafie juga ketika berguru dengan Imam Waqi mendapatkan ijazah daripada gurunya setelah
tamat belajar. Ketika Imam As-Shafie belajar dengan Imam Malik, dia tidak dibenarkan memberi fatwa
oleh Imam Malik sehingga ia diijazahkan. Justeru itu kesimpulannya tidak cukuplah belajar ilmu
pengubatan hanya dengan membaca buku sahaja.


Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
55
Terbitan Klinik Muallij Islamiah


Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda



BAB EMPAT

KISAH
TELADAN








Klinik Muallij Islamiah
http://klinik-muallij.blogspot.com/
oleh: Muallij Mustakim bin Mohd Najib Al-Kelantani



Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
56
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

PERTEMUAN IBLIS DENGAN NABI MUHAMMAD

Dari : Muadz bin Jabal dari Ibn Abbas

Ketika kami sedang bersama Rasulullah SAW di kediaman seorang sahabat Ansar,
tiba-tiba terdengar panggilan seseorang dari luar rumah: "Wahai penghuni rumah,
bolehkah aku masuk? Sebab kamu semua memerlukanku "

Rasulullah bersabda :"Tahukah kalian siapa yang memanggil?"
Kami menjawab : "Allah dan rasulNya yang lebih tahu."
Beliau melanjutkan, "Itu Iblis, laknat Allah bersamanya."
Umar bin Khattab berkata : "izinkan aku membunuhnya wahai Rasulullah"

Nabi menahannya : "Sabar wahai Umar, bukankah kamu tahu bahwa Allah memberinya
kesempatan hingga hari kiamat? Lebih baik bukakan pintu untuknya, sebab dia telah
diperintahkan oleh Allah untuk ini, pahamilah apa yang hendak ia katakan dan
dengarkan dengan baik."

Ibnu Abbas RA: pintu lalu dibuka, ternyata dia seperti seorang kakek yang cacat satu
matanya. di janggutnya terdapat 7 helai rambut seperti rambut kuda, taringnya terlihat
seperti taring babi, bibirnya seperti bibir sapi.

Iblis berkata : "salam untukmu Muhammad, salam untukmu para hadirin."

Rasulullah SAW lalu menjawab : "Salam hanya milik Allah SWT, sebagai makhluk
terlaknat, apa keperluanmu?"

Iblis menjawab : "Wahai Muhammad, aku datang ke sini bukan atas kemahuanku,
namun kerana terpaksa."

"Siapa yang memaksamu?"

Seorang malaikat dari utusan Allah telah mendatangiku dan berkata :

"Allah SWT memerintahkanmu untuk mendatangi Muhammad sambil menundukkan
diri. Beritahu Muhammad tentang caramu dalam menggoda manusia. Jawabalah
dengan jujur semua pertanyaannya. Demi kebesaran Allah, andai kau berdusta satu
kali saja, maka Allah akan jadikan dirimu debu yang ditiup angin."

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
57
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

"Oleh karena itu aku sekarang mendatangimu. Tanyalah apa yang hendak kau
tanyakan. Jika aku berdusta, aku akan dicaci oleh setiap musuhku. tidak ada sesuatu
pun yang paling besar menimpaku daripada cacian musuh."

ORANG YANG DIBENCI IBLIS

Rasulullah SAW lalu bertanya kepada Iblis : "Kalau kau benar jujur, siapakah manusia
yang paling kau benci?"

Iblis segera menjawab: "Kamu, kamu dan orang sepertimu adalah mahkluk Allah yang
paling aku benci."

"Siapa selanjutnya?"
"Pemuda yang bertakwa yang memberikan dirinya mengabdi kepada Allah SWT."

"lalu siapa lagi?"
"Orang Aliim dan wara' (Loyal) "

"Lalu siapa lagi?"
"Orang yang selalu bersuci."

"Siapa lagi?"
"Seorang fakir yang sabar dan tak pernah mengeluhkan kesulitannnya kepada orang
lain."

"Apa tanda kesabarannya?"
"Wahai Muhammad, jika ia tidak mengeluhkan kesulitannya kepada orang lain selama 3
hari, Allah akan memberi pahala orang-orang yang sabar."

"Selanjutnya apa?"
"Orang kaya yang bersyukur.."

"Apa tanda kesyukurannya?"
"Ia mengambil kekayaannya dari tempatnya, dan mengeluarkannya juga dari
tempatnya."

"Orang seperti apa Abu Bakar menurutmu?"
"Ia tidak pernah menurutiku di masa jahiliyah, apalagi dalam Islam."

"Umar bin Khattab?"
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
58
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

"Demi Allah setiap berjumpa dengannya aku pasti kabur."

"Usman bin Affan?"
"Aku malu kepada orang yang malaikat pun malu kepadanya."

"Ali bin Abi Thalib?"
"Aku berharap darinya agar kepalaku selamat, dan berharap ia melepaskanku dan aku
melepaskannya. tetapi ia tak akan mau melakukan itu. " (Ali bin Abi Thalib selau
berdzikir kepada Allah SWT.)

AMALAN YANG DAPAT MENYAKITI IBLIS

"Apa yang kau rasakan jika melihat seseorang dari umatku yang hendak shalat?"
"aku merasa panas dingin dan gemetar."

"Kenapa?"
"Sebab, setiap seorang hamba bersujud 1x kepada Allah, Allah mengangkatnya 1
darjat."

"Jika seorang umatku berpuasa?"
"Tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka.."

"Jika ia berhaji?"
"Aku seperti orang gila."

"Jika ia membaca al-Quran?"
"Aku merasa meleleh laksana timah diatas api."

"Jika ia bersedekah?"
"Itu sama saja orang tersebut membelah tubuhku dengan gergaji."

"Mengapa bisa begitu?"
"Sebab dalam sedekah ada 4 keuntungan baginya. yaitu keberkahan dalam hartanya,
hidupnya disukai, sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api
neraka dan segala macam musibah akan terhalau dari dirinya."

"Apa yang dapat mematahkan pinggangmu?"
"Suara kuda perang di jalan Allah."

"Apa yang dapat melelehkan tubuhmu?"
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
59
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

"Taubat orang yang bertaubat."

"Apa yang dapat membakar hatimu?"
"Istighfar di waktu siang dan malam."

"Apa yang dapat mencoreng wajahmu?"
"Sedekah secara diam-diam."

"Apa yang dapat menusuk matamu?"
"Shalat fajar."

"Apa yang dapat memukul kepalamu?"
"Shalat berjamaah."

"Apa yang paling mengganggumu?"
"Majelis para ulama."

"Bagaimana cara makanmu?"
"Dengan tangan kiri dan jariku."

"Dimanakah kau menaungi anak-anakmu di musim panas?"
"Di bawah kuku manusia."

MANUSIA YANG MENJADI TEMAN IBLIS

Rasulullah SAW. lalu bertanya : "Siapa temanmu wahai Iblis?"
"Pemakan riba."

"Siapa sahabatmu?"
"Pezina.."

"Siapa teman tidurmu?"
"Pemabuk."

"Siapa tamumu?"
"Pencuri."

"Siapa utusanmu?"
"Tukang sihir."

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
60
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

"Apa yang membuatmu gembira?"
"Bersumpah dengan cerai."

"Siapa kekasihmu?"
"Orang yang meninggalkan shalat jumaat"

"Siapa manusia yang paling membahagiakanmu?"
"Orang yang meninggalkan shalatnya dengan sengaja."

IBLIS TIDAK BERDAYA DI HADAPAN ORANG YANG IKHLAS

Rasulullah SAW lalu bersabda : "Segala puji bagi Allah yang telah membahagiakan
umatku dan menyengsarakanmu."

Iblis segera berkata:
"Tidak, tidak... tak akan ada kebahagiaan selama aku hidup hingga hari akhir.
Bagaimana kau bisa berbahagia dengan umatmu, sementara aku bisa masuk ke dalam
aliran darah mereka dan mereka tak bisa melihatku. Demi yang menciptakan diriku dan
memberikan ku kesempatan hingga hari akhir, aku akan menyesatkan mereka semua.
Baik yang bodoh, atau yang pintar, yang bisa membaca dan tidak bisa membaca, yang
durjana dan yang shaleh, kecuali hamba Allah yang ikhlas."

"Siapa orang yang ikhlas menurutmu ?"

"Tidakkah kau tahu wahai Muhammad, bahawa barang siapa yang menyukai emas dan
perak, ia bukan orang yang ikhlas. Jika kau lihat seseorang yang tidak menyukai dinar
dan dirham, tidak suka pujian dan sanjungan, aku bisa pastikan bahawa ia orang yang
ikhlas, maka aku meninggalkannya. Selama seorang hamba masih menyukai harta dan
sanjungan dan hatinya selalu terikat dengan kesenangan dunia, ia sangat patuh
padaku."

IBLIS DIBANTU OLEH 70000 ANAK-ANAKNYA

Tahukah kamu Muhammad, bahwa aku mempunyai 70000 anak. Dan setiap anak
memiliki 70000 syaithan.

Sebahagian ada yang aku tugaskan untuk mengganggu ulama. Sebagian untuk
menggangu anak-anak muda, sebagian untuk menganggu orang -orang tua, sebagian
untuk menggangu wanita-wanita tua, sebagian anak -anakku juga aku tugaskan kepada
para Zahid.
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
61
Terbitan Klinik Muallij Islamiah


a) Yuka mengencingi telinga manusia sehingga ia tidur pada solat berjamaah.
tanpanya, manusia tidak akan mengantuk pada waktu solat berjamaah.

b) Yang suka menaburkan sesuatu di mata orang yang sedang mendengarkan
ceramah ulama hingga mereka tertidur dan pahalanya terhapus.

c) Yang senang berada di lidah manusia, jika seseorang melakukan kebajikan lalu ia
memberitahu kepada orang lain, maka 99% pahalanya akan terhapus.

Pada setiap seorang wanita yang berjalan, anakku dan syaitan duduk di pinggul dan
pahanya, lalu menghiasinya agar setiap orang memandanginya. Syaitan juga berkata,
"keluarkan tanganmu", lalu ia mengeluarkan tangannya lalu syaitan pun menghiasi
kukunya.

Anak-anakku selalu meyusup dan berubah dari satu tempat ke tempat yang lainnya,
dari satu pintu ke pintu yang lainnya untuk menggoda manusia hingga mereka
terhempas dari keikhlasan mereka. Akhirnya mereka menyembah Allah tanpa ikhlas,
namun mereka tidak merasa.

Tahukah kamu, Muhammad? bahawa ada ulama yang telah beribadat kepada Allah
selama 70 tahun. Setiap orang sakit yang didoakan olehnya, sembuh seketika. Aku
terus menggodanya hingga ia berzina, membunuh dan kufur.

CARA IBLIS MENGGODA

Tahukah kau Muhammad, dusta berasal dari diriku? Akulah makhluk pertama yang
berdusta. Pendusta adalah sahabatku. barangsiapa bersumpah dengan berdusta, ia
kekasihku.

Tahukah kau Muhammad? Aku bersumpah kepada Adam dan Hawa dengan nama
Allah bahwa aku benar-benar menasihatinya. Sumpah dusta adalah kegemaranku.
Ghibah (gossip) dan Namimah (Adu domba) kesenanganku.

Kesaksian palsu kegembiraanku.

Orang yang bersumpah untuk menceraikan isterinya ia berada di pinggir dosa walau
hanya sekali dan walaupun ia benar. Sebab barang siapa membiasakan dengan kata-
kata cerai, isterinya menjadi haram baginya. Kemudian ia akan beranak cucu hingga
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
62
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

hari kiamat. jadi semua anak-anak zina dan ia masuk neraka hanya karena satu
kalimat, CERAI.

Wahai Muhammad, umatmu ada yang suka melengah-lengahkan solat. Setiap ia
hendak berdiri untuk solat, aku bisikan padanya waktu masih lama, kamu masih sibuk,
lalu ia manundanya hingga ia melaksanakan solat di luar waktu, maka solat itu
dipukulkannya kemukanya.

Jika ia berhasil mengalahkanku, aku biarkan ia solat. Namun aku bisikkan ke telinganya
'lihat kiri dan kananmu', iapun menoleh. Pada saat itu aku usap dengan tanganku dan
mencium keningnya serta aku katakan 'solatmu tidak sah'. Bukankah kamu tahu
Muhammad, orang yang banyak menoleh dalam solatnya akan dipukul.

Jika ia solat sendirian, aku suruh dia untuk bergegas. ia pun solat seperti ayam yang
mematuk beras.

Jika ia berhasil mengalahkanku dan ia solat berjamaah, aku ikat lehernya dengan tali,
hingga ia mengangkat kepalanya sebelum imam, atau meletakkannya sebelum imam.
Kamu tahu bahawa melakukan itu batal solatnya dan wajahnya akan berubah menjadi
wajah keledai.

Jika ia berhasil mengalahkanku, aku tiup hidungnya hingga ia menguap dalam solat.
Jika ia tidak menutup mulutnya ketika mnguap, syaitan akan masuk ke dalam dirinya,
dan membuatnya menjadi bertambah serakah dan gila dunia. Dan iapun semakin taat
padaku.

Kebahagiaan apa untukmu, sedang aku memerintahkan orang miskin agar
meninggalkan solat. aku katakan padaknya, 'kamu tidak wajib solat, solat hanya wajib
untuk orang yang berkecukupan dan sihat. Orang sakit dan miskin tidak, jika
kehidupanmu telah berubah baru kau solat.'

Ia pun mati dalam kekafiran. Jika ia mati sambil meninggalkan shalat maka Allah akan
menemuinya dalam kemurkaan.

Wahai Muhammad, jika aku berdusta Allah akan menjadikanku debu.

Wahai Muhammad, apakah kau akan bergembira dengan umatmu padahal aku
mengeluarkan seperenam mereka dari islam?"

10 HAL PERMINTAAN IBLIS KEPADA ALLAH SWT
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
63
Terbitan Klinik Muallij Islamiah


"Berapa hal yang kau pinta dari Allah?"

"10 jenis"

"Apakah dia?"

a. "Aku minta agar Allah membiarkanku berbagi dalam harta dan anak manusia, Allah
mengizinkan. Allah berfirman,
"berbagilah dengan manusia dalam harta dan anak.. dan janjikanlah mereka, tidaklah
janji setan kecuali tipuan." (QS Al-Isra :64)
Harta yang tidak dizakatkan, aku makan darinya. Aku juga makan dari makanan haram
dan yang bercampur dengan riba, aku juga makan dari makanan yang tidak dibacakan
nama Allah.

b) Aku minta agar Allah membiarkanku ikut bersama dengan orang yang berhubungan
dengan istrinya tanpa berlindung dengan Allah, maka setan ikut bersamanya dan anak
yang dilahirkan akan sangat patuh kepada syaithan.

c) Aku minta agar bisa ikut bersama dengan orang yang menaiki kendaraan bukan
untuk tujuan yang halal.

d) Aku minta agar Allah menjadikan kamar mandi sebagai rumahku.

e) Aku minta agar Allah menjadikan pasar sebagai masjidku.

f) Aku minta agar Allah menjadikan syair sebagai kitabku.

g) Aku minta agar Allah menjadikan pemabuk sebagai teman tidurku.

h) Aku minta agar Allah memberikanku saudara, maka Ia jadikan orang yang
membelanjakan hartanya untuk maksiat sebagai saudaraku.
Allah berfirman, "Orang -orang boros adalah saudara-saudara syaithan. " (QS Al-Isra :
27).

i) Wahai Muhammad, aku minta agar Allah membuatku bisa melihat manusia
sementara mereka tidak bisa melihatku.

j) Dan aku minta agar Allah memberiku kemampuan untuk mengalir dalam aliran darah
manusia.
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
64
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

Allah menjawab, "silakan", dan aku bangga dengan hal itu hingga hari kiamat.

Sebagian besar manusia bersamaku di hari kiamat. Iblis berkata:

"wahai muhammad, aku tak bisa menyesatkan orang sedikitpun, aku hanya bisa
membisikan dan menggoda. Jika aku bisa menyesatkan, tak akan tersisa
seorangpun!!!
Sebagaimana dirimu, kamu tidak bisa memberi hidayah sedikitpun, engkau hanya rasul
yang menyampaikan amanah.
Jika kau bisa memberi hidayah, tak akan ada seorangpun yang kafir di muka bumi ini.

Kau hanya bisa menjadi penyebab untuk orang yang telah ditentukan sengsara.

Orang yang bahagia adalah orang yang telah ditulis bahagia sejak di perut ibunya.. Dan
orang yang sengsara adalah orang yang telah ditulis sengsara semenjak dalam
kandungan ibunya.

Rasulullah SAW lalu membaca ayat :
"Mereka akan terus berselisih kecuali orang yang dirahmati oleh Allah SWT" (QS Hud
:118 - 119) juga membaca,
"Sesungguhnya ketentuan Allah pasti berlaku" (QS Al-Ahzab : 38)

PENGALAMAN ROHANI MUHAMMAD ISA DAWUD

Pengalaman saya tentang dunia misteri yang penuh dengan keganjilan dan keanehan
bermula sejak saya bekerja di akhbar Al-Akhbar, Mesir, sebagai wartawan. Sebelum itu
saya adalah pengurus Masjid Al-Malik di Hadaiq Al-Qubbah, Kaherah. Adapun yang
menjadi imam di masjid itu adalah Syeikh Abdul Hamid Kisyik, iaitu salah seorang di
antara guru-guru saya yang sangat dalam ilmunya.

Perkenalan pertama saya dengan alam jin adalah ketika pada suatu hari saya didatangi
oleh beberapa jin yang menyamar sebagai perempuan. Saya mengetahui bahawa
mereka adalah jin kerana mereka memperlihatkan rupa-nya yang asli walaupun dalam
bentuk bayangan, sehingga tidak begitu menakutkan.

Sejak peristiwa itu, pengalaman saya mengenai dunia jin semakin bertambah. Malahan
saya semakin berminat untuk mengadakan kajian mengenai jin dan segala misteri yang
ada di dunia mereka. Beberapa kali di antara saya dan jin terlibat dalam dialog yang
begitu serius.

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
65
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

Tulisan ini adalah pengalaman sebenar saya ketika berjumpa dengan seorang jin
Muslim dari suku Konjur yang bernama Musthafa. Saya mohon maaf kepada pembaca
bila di sini saya tidak mendedahkan rahsia dan cara pertemuan kami, sebab ini
merupakan rahsia dan amanah yang perlu saya jaga. Bukankah ajaran Islam
memerintahkan supaya menjaga dan melindungi rahsia orang lain, apalagi bila pihak
yang berkenaan meminta supaya rahsia dan aibnya ditutupi.

Jin muslim yang saya maksudkan ini berumur 180 tahun, berasal dari Bombay, India.
Sebelumnya dia adalah jin kafir. Kemudian Allah membuka hatinya sehingga dia masuk
Islam. Dia menukar namanya menjadi Musthafa. Sungguh ke-islamannya merupakan
satu kemenangan, sebab bersama-sama dia telah masuk Islam pula sepuluh ribu jin,
yang merupakan pengawal-pengawal dan pengikut-pengikut setianya.

Musthafa adalah jin yang cukup berpenga-ruh di kalangan kaumnya. Dia merupakan
pe-mimpin yang ber-wibawa dan dise-gani oleh lawan dan kawan. Saya memulakan
per-cakapan dengan-nya sebagai berikut.

BENTUK JIN
Mata kami memanjang dan tidak bulat. Di antara kami ada yang mempunyai mata
memanjang ke atas, ada pula yang miring ke arah dahi. Mata kami juga besar seperti
mata rusa

Dawud: Bagaimana sebenarnya bentuk hakikimu seperti yang diciptakan Allah?
Jin: Bentuk kami seba-gaimana yang diciptakan Allah, tidaklah banyak perbe-zaannya
dengan bentuk manusia. Memang ada juga perbezaan, tetapi sebahagian kecil saja.
Kepala kami, misalnya, lebih besar sedikit berbanding tubuh kami. Mata kami
memanjang dan tidak bulat seperti mata kamu. Di antara kami ada yang mempunyai
mata memanjang ke atas, ada pula yang miring ke arah dahi. Mata kami juga besar
seperti mata rusa.

Dawud: Selama ini ada yang menganggap bahawa mata jin berwarna merah seperti
api. Apakah benar begitu?

Jin: Tidak selamanya de-mikian. Mata kami, sebagai-mana mata manusia, berbagai-
bagai bentuk-nya. Ada mata yang berwarna hitam, kuning, coklat tua, sama seperti
mata manusia, wa-laupun hitamnya berbeza dengan hitamnya mata manusia.
Walaupun mata kami hitam tetapi berwarna keputih-putihan. Munculnya anggapan
sesetengah orang bahawa mata kami merah, mungkin saja disebab-kan pantulan sinar-
sinar halus yang memancar dari sinar mata kami, yakni sinar yang berwarna kemerah-
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
66
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

merahan. Mata kami sebenarnya tidak menakutkan bagi sesiapa pun yang
memandangnya, mala-han mata kami mengandungi keindahan.
Adapun mengenai telinga kami, agak menyerupai telinga kuda, terutama dari segi
bentuknya yang runcing. Ada pula di antara kami yang telinganya seperti telinga kucing.
Oleh itu apabila kami ingin menyamar dalam bentuk haiwan, kami lebih menyukai
menyamar menjadi kucing, kuda atau harimau.
Hidung kami pula terletak di tengah-tengah wajah kami, sama seperti hidung manusia.
Hanya saja hidung kami tidak mancung seperti hidung manusia. Hidung kami pesek
dan bulat.
Jin muslim biasanya memanjangkan janggutnya kerana mengikuti sunnah Nabi
Muhammad s.a.w.
. Rambut kepala kami sangat tebal, terutama di kalangan wanita kami. Rambut kami
juga agak kasar, ada juga di kalangan kami yang botak kepalanya. Rambut kaum
wanita kami sangat panjang, dan merupakan lambang kecantikan di kalangan mereka.
Sehingga rambut-rambut mereka mencecah tanah kerana panjangnya.

Dawud: Bagaimana tentang tangan dan kaki jin?
Jin: Tangan kami seperti tangan manusia. Cuma lengan dan kuku kami panjang sedikit.
Lengan kami bila dibandingkan dengan tubuh kami, memang sangat panjang. Demikian
pula kuku kami. Jari-jari kaki kami juga panjang-panjang, dan berbeza dengan kaki
manusia dari segi letak tumit dan keruncingan jari-jarinya.

Dawud: Apa jin juga mempunyai tulang, jantung, organ pernafasan dan pencernaan?
Jin: Ya, sama seperti manusia, sekalipun tulang kami agak besar. Tetapi tulang kami
lembut, yang tak dapat kamu bayangkan. Organ-organ tubuh kami yang lain kecil-kecil.
Semuanya berfungsi sebagaimana tubuh manusia, tetapi kami tidak memerlukan
oksigen untuk bernafas sebanyak yang di-perlukan manusia. Pencernaan kami juga
berfungsi sebagaimana pencernaan manusia. Sisa pencernaan kami juga keluar dari
lubang-lubang pencernaan seperti lubang pencernaan manusia, walaupun kotoran kami
tidak berbentuk kasar, melainkan lebih menyerupai wap yang sangat-pekat.

Kaum lelaki kami sama dengan kaum lelaki di kalangan manusia. Kami juga
mempunyai nafsu syahwat untuk berjimak dan mengeluarkan mani. Wanita kami juga
seperti wanita di kalangan manusia. Mereka yang gadis mempunyai selaput dara yang
pecah bila melakukan jimak pada hari pertama hubungan badan. Suatu bentuk
kehidupan yang hampir sama dengan kehidupan manusia.

AIR KENCING, KOTORAN DAN ALAT KELAMIN JIN

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
67
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

Air kencing kami juga berbentuk gas yang sangat kuat tekanannya seperti air pancuran.
Itulah sebabnya, ada syaitan yang boleh mengencingi telinga seorang Muslim yang
ketika tidur tidak menyebut nama Allah, dan yang di malam harinya tak pernah berniat
untuk melaksanakan kewajiban kepada Allah.

Dawud: Apakah jin mempunyai alat kelamin?
Jin: Sama seperti manusia. Hanya saja-kecil sedikit bila dibandingkan dengan yang ada
pada manusia.
Alat kelamin kami Sama seperti manusia. Hanya saja sedikit kecil bila dibandingkan
dengan yang ada pada manusia. Kaum lelaki kami sama dengan kaum lelaki di
kalangan manusia. Kami juga mempunyai nafsu syahwat untuk berjimak dan
mengeluarkan mani.

JIN BERTANDUK
Dawud: Nabi pernah bersabda, Sesungguhnya matahari terbit di antara dua tanduk
syaitan, dan tenggelam di antara dua tanduk syaitan pula. Seterusnya baginda
mengatakan, Janganlah kamu melakukan solat berdekatan dengan waktu, terbit dan
tenggelam matahari. Sebab, ia terbit di antara dua tanduk syaitan, dan tenggelam di
antara dua tanduk syaitan pula. Kalau demikian, apakah syaitan atau jin mempunyai
tanduk dalam bentuk fizikal, ataukah ianya hanya merupakan kiasan saja?
Jin: Itu adalah ucapan Nabi Muhammad s.a.w. yang benar. Setiap jin mempunyai dua
tanduk. Tetapi kedua tanduk tersebut sangat kecil bila dibandingkan dengan tubuh
kami.

Dawud: Apakah itu bererti bahawa engkau juga mempunyai tanduk?

Jin: Ya, ya, akan tetapi sangat kecil, seperti huruf nun, kecil sekali, dan tidak banyak
sebagaimana yang disangka manusia.

Dawud: Apakah tanduk iblis kecil atau besar?
Jin: Besar, sesuai dengan tubuh-nya. Iblis sangat tua usianya, jauh lebih tua daripada
manusia yang pertama. Kami adalah makhluk-makhluk yang bertubuh lemah, seperti
tubuh manusia yang mengalami proses kelemahan sesuai dengan semakin meningkat-
nya usia.

WARNA KULIT JIN
Dawud: Bagaimana pula dengan warna kulit jin?
Jin: Berbeza-beza seperti manusia. Akan tetapi kami lebih hitam daripada manusia
yang herkulit hitam. Sebab, kulit kami hitam pekat dan melekat dengan daging kami.
Warna-nya serupa dengan warna kerbau. Hanya saja sangat tebal bulu-nya. Di antara
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
68
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

kami ada pula bulu-bulunya yang lebih tebal. Juga ada yang berwarna putih dan merah.
Subhanallah, banyak sekali warnanya.

PAKAIAN JIN
Dawud: Apakah jin juga berpakaian?
Jin: Ya, ya...kami memakai pakaian yang berbeza-beza dan indah-indah. Kaum wanita
di kalangan kami memakai pakaian yang sesuai dengan kewanitaannya, yakni yang
Muslimah memakai kerudung atau penutup kepala seperti wanita di kalangan umat
Islam. Manakala kaum lelaki di kalangan kami memakai pakaian sebagai-mana lelaki di
kalangan manusia. Sebahagian besar jin menyukai pakaian yang berwarna merah,
kemudian kuning dan hitam.

Akan tetapi kami lebih hitam daripada manusia yang berkulit hitam. Sebab, kulit kami
hitam pekat dan melekat dengan daging kami. Warnanya serupa dengan warna kerbau.
Hanya saja sangat tebal bulunya. Di antara kami ada pula bulu-bulunya yang lebih
tebal.

LIDAH JIN
Dawud: Bagaimana dengan lidahmu yang sekarang berkata-kata ini, apakah ia betul-
betul lidah, ataukah kamu berbicara dengan cara yang tidak kami ketahui?

Jin: Tidak, tidak. Ini betul-betul lidah dan tidak sekadar kiasan. Akan tetapi lidah kami
sangat kecil. Dan kami juga mempunyai organ-organ seperti yang dimiliki manusia.

GIGI JIN
Dawud: Apakah kamu juga mempunyai gigi?
Jin: Tentu saja. Hanya saja bila dibandingkan dengan tubuh kami, ianya terlalu panjang
dan besar.

Dawud: Mengapa kami tidak dapat melihat jin?
Jin: Ya, wajar saja. Sebab, asal kami adalah api yang bersifat gas yang ringan; dalam
keadaan yang bagai-manapun kami tetap dapat melihat.

Dawud: Maksudnya?
Jin: Ya, ketika kami menampakkan di dalam bentuk fizikal, atau dalam keadaan sihir,
atau dalam keadaan apa saja, atau kerana kemahuan jin itu sendiri. Tetapi dalam
keadaan-keadaan tertentu, kami pasti dapat dilihat.

KASUT DAN SELIPAR JIN
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
69
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

Dawud: Apakah yang kamu pakai di kaki. Adakah kamu berjalan dengan kaki telanjang,
atau memakai kasut atau selipar?

Jin: Ya,ya, ada sesuatu yang kami pakai. Tetapi berbeza antara jin Muslim dengan jin
syaitan.
Dawud: Apa bezanya?
Jin: Kalau jin syaitan, dia memakai selipar di kaki kirinya, sedang kaki kanan-nya tidak
pakai selipar.

Dawud: Kalau Muslim?
Jin: Tidak seperti itu. Alhamdulillah, aku memakai dua selipar di kedua belah kakiku.
Dawud: Terbuat dari apakah selipar kamu?
Jin: Terbuat daripada sejenis daun yang bernama Papirus.

Dawud: Daun Papirus biasa, ataukah daun yang biasa digunakan oleh Firaun untuk
menulis, ataukah daun Papirus yang karnu tanam sendiri?
Jin: Tidak, ya daun Papirus yang itu juga. Akan tetapi biasanya sangat kecil, sehingga
tidak dapat dilihat oleh sesiapa pun.

JIN MASUK KE TUBUH MANUSIA
Biasanya kami masuk dari dubur. Kadangkala juga dari mulut, khususnya bila orang
berkenaan tidak mengambil berat masalah kesihatan giginya atau jarang
membersihkan giginya. Kemungkinan juga dari mata. Akan tetapi syaitan biasanya
menyukai tempat-tempat yang berbau busuk. Kerana itu, kebanyakan mereka masuk
melalui dubur.

Daud: (Saya bertanya kepada sahabat saya dari bangsa jin itu). Apakah kami dapat
melihat jin? Dan bagaimanakah caranya supaya kami dapat melihat jin?
Jin: Memang sebagai-mana yang difirmankan Allah, tidaklah dinafikan ke-mungkinan
melihatnya. Pada prinsipnya memang manusia boleh melihat kami. Yang demikian itu
adalah sesuatu yang wajar, yang sesuai dengan sifat tubuh kami yang diciptakan oleh
Allah s.w.t. Bagaimanapun kami di-ciptakan Allah untuk tidak boleh dilihat oleh
manusia, tidak dapat didengar dan disentuh, kecuali dalam keadaan-keadaan tertentu
yang sesuai dengan ilmu Allah. Misalnya Allah ingin memperlihatkan kepada hamba-
hamba-Nya yang dikehendakiNya untuk menyaksikan dunia kami, sama ada yang ingin
mempergunakan kami ataupun yang ingin kami peralat untuk kepentingan kami. Jadi
boleh dilihat dalam keadaan-keadaan tertentu.

Dawud: Apa yang kamu maksudkan dalam keadaan tertentu?
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
70
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

Jin: Yakni ketika kami menampakkan diri dalam bentuk yang boleh dilihat, atau dalam
keadaan sihir, atau minum air sihir, atau kerana kemahuan jin itu sendiri yang ingin
memperlihatkan dirinya kepada manusia. Di samping itu, dengan syarat-syarat tertentu,
manusia boleh melihat kami. Sesungguhnya Allah s.w.t. telah menganugerahkan
kepada kami suatu kemampuan untuk mengubah diri dalam berbagai bentuk. Air
tersebut sangat aneh. la boleh mengundang syaitan-syaitan, seakan-akan jemputan
untuk kenduri
Dawud: Mengapa dalam kea-daan-keadaan tertentu jin boleh dilihat manusia?
--------------------------------------------------------------
*** Di dalam tafsir Al- Qurthubi dijelaskan: Diriwayatkan bahawa syaitan pada hari itu
menampakkan dirinya dalam bentuk Suraqah bin Malik bin Jusyam. Dia berasal dari
Bani Bakr bin Kinanah. Orang-orang Quraisy sangat takut bila Bani Bakr mengejar
mereka. Sebab mereka telah membunuh salah seorang Bani Bakr. Ketika dia telah
menampakkan diri kepada mereka, dia lalu menyampaikan khabar yang didakwanya
dari Tuhan. Add-Dhahhak mengatakan. Pada perang Badr. datang iblis dan pengikut-
pengikutnya kepada mereka (kaum musyrikin) lalu membisikkan ke telinga mereka
bahawa mereka tidak akan terkalahkan. sebab mereka berperang membela agama
nenek moyang mereka. Ibn Abbas mengatakan, Allah s.w.t. membantu Nabi
Muhammad dan kaum muslimin dengan seribu malaikat. Jibril membawa serta lima
ratus malaikat yang mendampingi pasukan beliau di kiri dan kanan sebutkan pula
bahawa Jibril dan pasukannya itu merupakan satu angkatan yang menghadang di salah
satu hujung jalan. sedang Mikail dengan lima ratus malaikat yang dipimpinnya
mendampingi pasukan tersebut. Kemudian muncul iblis di tengah-tengah pasukan
syaitan, dengan membawa sebuah bendera. Dia menampakkan diri dalam bentuk
seorang laki-laki dari Bani Mudlij dan syaitan dalam bentuk Suraqah bin Malik. Syaitan
itu berkata kepada kaum musyrikin. Hari ini tidak akan ada yang mengalahkan kamu,
sebab aku mendampingi kamu Ketika pasukan tersebut berbaris, Abu Jahal berkata,
Tuhan, tolonglah kami dalam membela kebenaran, dan bantulah dia. Di pihak lain.
Rasulullah s.a.w. mengangkat tangannya dan berdoa, Tuhanku, sesungguh-nya jika
engkau hancurkan pasukan ini, maka Engkau tidak akan lagi disembah di muka bumi
ini untuk selama-lamanya. Mendengar itu Jibril berkata, Ambillah segenggam debu.
Maka Rasulullah segera mengambil segenggam tanah lalu dihamburkannya ke arah
kaum musyrikin sehingga tidak ada seorang pun di antara mereka yang mala,
tenggorokan dan mulutnya yang tidak terkena debu. Akhirnya mereka pun lari
tunggang-langgang Kemudian Jibril mendatangi iblis. yang ketika itu sedang
memegang tangan salah seorang tentera musyrik. Bila dilihatnya Jibril datang, iblis
segera lari bersama oengikutnya meninggal-kan kaum musyrikin. Orang-orang musyrik
berteriak, Wahai Suraqah bukankah engkau telah menyatakan untuk membantu kami?
Iblis menjawab, Aku berlepas tangan dari kamu. Sesungguhnya aku melihat apa yang
tidak kamu lihat.
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
71
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

---------------------------------------------------------------
Jin: Akan saya jelaskan. Tetapi hendaknya engkau selalu ingat akan sabda Nabi s.a.w.
yang mengatakan, Barangsiapa yang mela-kukan sihir, maka dia telah kafir.
Sedangkan biasanya jin dapat dilihat dalam keadaan sihir atau minum air sihir.

Dawud: Boleh engkau jelaskan dengan lebih terperinci lagi?
Jin: Ada orang yang menjual dirinya kepada syaitan, dengan berusaha menguasai
orang lain untuk menghancurkan kehidupan-nya. Misalnya dengan mem-buat rugi
perniagaannya, memikat isterinya atau membuat gelisah fikirannya sehingga tidak
boleh tenang dan sukar tidur. Di antara mereka ada yang berbuat jahat dengan
meminumkan air yang sudah diberi mantera dengan mantera-mantera syaitan kepada
mangsanya. Ketika air itu sudah masuk ke tubuh orang itu, maka ia membentuk suatu
kekuatan yang menarik syaitan-syaitan masuk ke dalam tubuhnya. Kalau sudah
demikian keadaannya, maka orang itu seakan-akan merupakan lubang yang boleh
dimasuki syaitan bila-bila masa.

AIR SIHIR
Dawud: Mengapa boleh masuk, dan bagaimana caranya?
Jin: Air tersebut sangat aneh. la boleh mengundang syaitan-syaitan, seakan-akan
jemputan untuk kenduri.

Dawud: Dari organ tubuh yang mana satu itu dia masuk?
Jin: Biasanya dari dubur. Kadangkala juga dari mulut, khususnya bila orang berkenaan
tidak mengambil berat masalah kesihatan giginya atau jarang membersihkan giginya.
Kemungkinan juga dari mata. Akan tetapi syaitan biasanya menyukai tempat-tempat
yang berbau busuk. Kerana itu, kebanyakan mereka masuk melalui dubur.

Dawud: Lalu, dalam keadaan yang bagaimanakah manusia itu boleh melihat jin?\par
Jin: Boleh dilakukan melalui pengaruh air sihir, yang memberikan kemampuan kepada
mata manusia untuk melihat kami. Pengaruh air sihir terhadap mata demikian hebat
dan sukar untuk kamu bayangkan. Kegoncangan yang demikian hebat pada susunan
fizikal orang yang tersihir inilah yang memberikan kekuatan kepada dirinya untuk
melihat, mendengar dan memudahkan kami untuk mempengaruhinya.

Dawud: Bolehkah kamu jelaskan dengan lebih terperinci?
Jin: Saya beri-kan satu contoh. Kalau engkau memegang seketul batu, lalu
melemparkannya sekuat-kuatnya, maka batu itu ketika melayang, akan lenyap dari
panda-nganmu. Kemudian kecepatannya akan sedikit melemah kerana adanya suatu
daya tarik. Akhirnya perjalanan batu tersebut semakin lambat sehingga engkau dapat
melihatnya kembali. Kamu tahu bahawa Allah s.w.t. telah menjadikan seluruh makhluk-
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
72
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

Nya sama ada manusia, jin, tumbuh-tumbuhan, binatang dan benda-benda mati, terdiri
daripada atom yang selalu bergerak. Akari tetapi kekuatan gerakannya berbeza satu
sama lain. Maksudnya, Allah menciptakan jasad kami dari atom-atom yang bergerak
dengan cepat, sedangkan manusia diciptakan dengan atom-atom yang sedikit lebih
lambat. Kemudian sihir itu memberikan kekuatan beberapa kali ganda dari kekuatan
yang biasa kepada atom-atom yang ada pada tubuh manusia. Dengan itu maka indera
orang yang kena sihir itu dapat melihat kami sebagaimana wujud kami yang
sebenarnya. Ayahku bernama Hud. Dia mati dalam usia 950 tahun. Sedangkan datukku
mati dalam usia mendekati seribu tahun

UMUR JIN
Dawud: Jin khabarnya dianugerahi umur panjang. Berapa usia jin yang
sebenarnya?\par
Jin: Di antara kami ada yang berusia tiga ribu tahun, ada yang empat ribu, lima ribu dan
enam ribu tahun. Bahkan ada pula yang umurnya mencapai tujuh ribu tahun, walaupun
bila-ngannya sedikit.

Dawud: Kalau engkau sendiri, berapa umurmu?
Jin: Aku ma-sih muda. Usiaku seratus lapan puluh tahun, yang bila dinisbahkan kepada
dunia jin, adalah usia remaja.
Dawud: Apa-kah ayahmu masih hidup?
Jin: Tidak, dia telah mati dalam suatu rampasan kuasa yang mem-babitkan dia dan
tangan kanannya. Ayahku bernama Hud. Dia mati dalam usia 950 tahun. Sedangkan
datukku mati ketika mencuba mencuri pendengaran yang ada di langit. Dia dikejar bola
api yang dipanahkan dari atas langit, dan mati dalam usia mendekati seribu tahun.










Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
73
Terbitan Klinik Muallij Islamiah



Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

BAB LIMA

MEDIUM
RAWATAN



Klinik Muallij Islamiah
http://klinik-muallij.blogspot.com/
oleh: Muallij Mustakim bin Mohd Najib Al-Kelantani


Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
74
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

BUKTI-BUKTI AL-QURAN SEBAGAI PENYEMBUH

Terlalu banyak bukti daripada ayat-ayat al Quran juga hadis yang menyatakan Quran
sebagai rahmat, penyembuh penyakit-penyakit dan mengatasi masalah. Antara ayat-
ayatnya:
Surah al Isra : 82: Dan Kami turunkan daripada Quran suatu yang menjadi penawar
dan rahmat bagi orang yang beriman dan Quran itu tidaklah menambah kepada orang
zalim selain kerugian.
Surah as Syuara : 80; Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan daku.
Surah Fussilat : 44; Katakanlah, Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang
yang beriman. Dan orang yang tidak beriman, pada telinga mereka ada sumbatan,
sedangkan Quran itu sesuatu kegelapan bagi mereka. Mereka adalah seperti orang
yang dipanggil dari tempat yang jauh.
Allah s.w.t menyuruh setiap hambaNya agar mentaati Rasulullah s.a.w seperti yang
tersebut dalam Quran ( al Hasyr : 7 ). Mengenai hal-hal yang berkaitan dengan
rawatan, Rasulullah s.a.w ada berpesan agar seseorang itu berubat dengan madu dan
Quran. Baginda bersabda :

Hendaklah kamu semua sentiasa menjadikan dua kesembuhan ini, iaitu dengan
menggunakan madu dan Quran.

Quran adalah setinggi-tinggi martabat penawar dan kesembuhan. Setiap huruf
yang terkandung di dalamnya adalah penawar penyakit fizikal dan rohani. Padanya ada
rahsia ketenangan jiwa dan petunjuk, dengan syarat bahawa seseorang itu beriman
dan yakin kepada Pencipta yang maha agung yang menurunkan Quran sebagai
rahmat, petunjuk dan penawar penyakit.

Sebahagian ulama menafsirkan bahwa Quran itu adalah penawar dan petunjuk
secara menyeluruh , berdasarkan kepada zahir ayat-ayat Quran di atas. Penyembuh
bagi penyakit dan derita, kesembuhan bagi sebahagian sakit fizikal kerana keyakinan
dan beriman kepada Allah itu akan melahirkan natijah-natijah yang tidak dapat difikiri
oleh akal bagaiaman ia boleh berlaku. Akal manusia begitu cetek untuk memahami
rahsia-rahsia di sebalik qada dan qadar ketentuan ilahi.

Dalam penghidupan ini, setiap mausia itu memerlukan yang lainnya, sama ada
pertolongan bebentuk material ataupun moral. Manusia perlukan teman untuk berbual,
mengadu dan meluahkan persaan agar segala yang terbuku dan tersirat itu terkeluar
tidak memendam dalam perasaan seumpama sekam dalam api. Setiap orang perlu
memberikan pertolongan kepada saudaranya. Orang yang berilmu menuturkan kata-
kata melalui lidah. Dari rangkaian kata ini manusia akan faham dan memikirkan sama
ada yang dituturkan itu betul atau sebaliknya. Orang yang berharta perlu
mengorbankan sebahagian daripada harta yang dimilikinya, demi meringankan beban
yang sedang menindih saudaranya. Begitulah seterusnya dilakukan, termasuk yang
jahil, yang miskin dan yang daif menurut keupayaan masing-masing.Orang yang miskin
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
75
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

tidak semestinya jahil. Begitulah sebaliknya. Justeru itu di mana kita tinggal kita
hendaklah menyuburkan sifat-sifat permuafakatan, kerjasama, bertolak ansur, jujur,
ikhlas dan sentiasa penuh kesetiakawanan. Aktiviti membaca Yasin rawatan secara
beramai-ramai yang dilakukan ini disamping ianya untuk memohon kesejahteraan dan
kesembuhan penyakit daripada Allah, ianya juga dapat menyumbang ke arah
pembentukan sifat-sifat tersebut di dalam diri anggota masyarakat kita.

Apabila seseorang itu ingin menggunakan surah Yasin untuk tujuan rawatan atau
sesuatu hajat tertentu , orang yang berkenaan hendaklah mengetahui kaedahnya,
supaya sesuatu yang dihajatinya insyaallah diberkati dan kemakbulkan Allah s.w.t.
Kaedah yang kita lakukan ini adalah untuk semua tujuan. Sama ada tujuan rawatan
gangguan makhluk-makhluk halus, sakit biasa, untuk kemakbulan hajat-hajat yang lain
yang berkaitan denagn rumahtangga, seperti anak atau pasangan yang keras hati,
anak-anak sering bergaduh sesama sendiri, penerang hati, keresaan jiwa, tekanan
perasaan dan lain-lain hajat.

MEDIUM UTAMA KLINIK MUALLIJ - AIR

Dalam bacaan Yasin dan rukyah, air merupakan bahan utama yang diperlukan .

Firman Allah s.w.t.

Dan kami ciptakan dari air sesuatu yang hidup ( al Anbia : 30 )

Sebaik-baik air ialah air zamzam, dituruti air hujan malam Jumaat, air kolah
masjid, mineral water dan air masak. Air yang sudah dibaca surah Yasin dan doa
jangan dibiarkan terdedah atau dilangkah. Hendaklah disimpan di tempat yang elok.
Apabila berkurangan anya boleh ditambah dengan air lain. Selain air, garam dan lada
hitam boleh digunakan untuk memagar rumah, kampung halaman, premis perniagaan,
memelihara harta benda dan sebagainya jika perlu. Kita juga menggunakan madu
lebah asli bagi tujuan penyembuhan penyakit kerana ianya telah terbukti melalui
Quran, hadis dan kajian saintifik.

PENGGUNAAN MINYAK KASTURI DALAM RAWATAN

Di dalam kitab perubatan Islam berbahasa arab; al Minhajul Qurani liilaji as Sihri wal
massi as Syaithani karya Sheikh Usamah Muhammad al Audi, Mesir menyatakan satu
teknik perubatan menggunakan teknik penggunaan minyak wangi:

Kebanyakan jin benci kepada bau yang wangi kerana jin sangat menyukai bau yang
busuk. Bau yang busuk sangat menyegarkan jiwa dan secocok dengan naluri kejiinnan
mereka.
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
76
Terbitan Klinik Muallij Islamiah


Oleh itu teknik yang amat praktikal ini sangat mujarab untuk semua jenis gangguan
terutamanya gangguan jin asyiq. Jin asyiq adalah jin yang berdamping dengan
seseorang kerana jatuh cinta dengan manusia tersebut bahkan ada yang mendakwa
telah berkahwin dengan pesakit.

Tekniknya:
a) Pesakit hendaklah sentiasa memakai minyak kasturi di kemaluan depan dan
belakang sama ada lelaki atau perempuan.
b) Memakai minyak kasturi pada semua pakaiannya terutamanya pada waktu tidur.
Jangan sekali-kali tidur tanpa memakainya. Apabila hendak membasuh pakain tersebut
pakaian yang baru hendaklah dipakaikan minyak kasturi dan pakailah pada waktu tidur.
c) Pesakit hendaklah memakai minyak kasturi di 32 rongga di tubuh badannya setiap
malam. Titik rongga tersebut adalah:

20 titik: Di semua hujung jari tangan dan kakinya. Antara kuku dan kulit.
2 titik: Dua lubang hidung.
2 titik: Dua lubang telinga.
2 titik: Dua kening berdekatan mata.
1 titik: Sekeliling mulut.
2 titik: Dua puting payu dara.
2 titik: Dua kemaluan depan dan belakang. (kubul dan dubur)
1 titik: Lubang pusat.

Jika diperhatikan semua point tersebut adalah rongga-rongga yang terdapat di tubuh
badan kita. Inilah tempat masuk dan keluar makhluk jin ke dalam tubuh manusia.
Sekiranya jin ingin mendekati maka ia akan menjauhkan diri kerana bau wangi.
Sekiranya ia telah ada di dalam tubuh badan, insya Allah ia akan keluar kerana tidak
tahan dengan aura aroma bau wangi tersebut.

Adapun minyak wangi terbaik untuk tujuan ini adalah semua jenis minyak kasturi sama
ada kasturi hitam, kasturi putih, kasturi asli, kasturi susu, kasturi merah, kasturi kuning
dan juga atar Rose Dimasyq, lebih-lebih lagi kalau diruqyah / dijampi

Syarat Meruqyah Syariah

1. Para ulama sepakat membolehkan Ruqyah dengan tiga syarat ;
a) Dengan mempergunakan firman Allah ( ayat-ayat Al-Quran ) atau nama-nama dan
sifat-sifat-Nya.
b) Mempergunakan Bahasa Arab atau bahasa yang dapat difahami maknanya.
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
77
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

c) Berkeyakinan bahwa zat Ruqyah tidak berpengaruh apa-apa kecuali atas izin Allah
SWT.

2. Antara bahan-bahan yang boleh dan biasanya dibuat penawar dengan cara dijampi
(diruqyah) adalah:
a) Air mutlak atau air zam zam
b) Minyak zaitun
c) Kurma dan kismis
d) Madu
e) Minyak wangi
f) Makanan dan minuman sunnah: Spt: Za'faran, habbatus sauda', badam dsb
g) Bahan utk rawatan sihir: Limau, garam, air kelapa dsb
h) Air susu kambing

ZIKIR PENDINDING DIRI AMPUH KAEDAH SYEIKH WAHID ABD SALAM BALI


Amalkan membaca zikir diatas 100x pagi dan 100 petang,insyaAllah badan anda tidak
akan dimasuki oleh sebarang jin/syaitan.


PANDUAN MERAWAT

1. Orang pempuan kena tutup aurat penuh dan mahram mesti hadir sama, perawat
guna alas kalau untuk sentuh.

a) Cadangan saya untuk sentuhan kepada pesakit perempuan, boleh sediakan sarung
tangan. Sentuhan boleh dilakukan terus namun sebelum disentuh, hendaklah
memberitahu kepada mahramnya terlebih dahulu

b) Jika mahram tidak setuju, maka alternatif yang ada ialah menyuruh mahram
menyentuh di kawasan tertentu dan kita hanya memegang bahagian kepala atau
belakang badan mahramnya.

c) Alternatif lain ialah Teknik Akrine iaitu Abdul Majid Hasan Kuang yang menggunakan
kaedah besi.

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
78
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

2. Perawat baca ayat2 quran (ruqyah) untuk tentukan ada jin dalam badan. Bacaan
kuat dan jelas semua orang boleh dengar. Kalau dia ada mesti jin tu keluar suara guna
lidah persakit dengan suara berlainan sebab dia tak tertahan sakit. Jika dikaitkan
dengan Ujian Monarbamatan oleh Ustaz Abu Humaira:

a) Al-Fatihah = Cahaya biru = Mencucuk dan Panas
b) Al-Baqarah: 163-164 = Titisan warna merah = Panas(seperti kena air panas)
c) Ayat Qursi = Api biru menyala di tangan = Panas
d) Al-Baqarah: 256-257 = Air terpancut keluar = Sejuk(air masuk kedlm tangan)
e) Al-Baqarah: 285-286 = Ayat keluar dari jari = Ayat masuk ke dlm tangan
f) Al-Araf: 54-56 = Asap hitam keluar = Asap hitam masuk ke dlm tangan
g) Al-Mukminun: 115-118 = Tiada apa berlaku = Angin sejuk masuk ke dlm badan
h) Surah al-Falaq = Keluar jarum = Sejuk (masuk mencucuk badan)
i) Surah an-Nas = Jari jadi halimunan = Panas
j) Yasin = Keluar semua cahaya berwarna kecuali hitam = Rasa mencucuk
k) Ha Mim = Cahaya biru = Rasa sejuk
l) Ha Mim Ain..Sin..Qaf.. = Air terpancut = Rasa panas dan bergerak2
m) Ta Ha = Keluar api merah = Rasa panas,mencucuk,bergerak2 dan kadang rasa
sejuk.
Wallahu alam. Semuanya dengan kehendak Allah.

3. Perawat akan berdialog dengan pesakit yang dirasuk dan semua orang boleh dengar
(kalau tak dengar itu bohong atau perawat itu ada pendamping/khadam).

4. Perawat akan tanya banyak perkara dengan jin ni, jin selalu akan jawab walaupun
banyak tipu.

5. Perawat akan pujuk jin masuk Islam dan mintak dia keluar (dalam banyak kes jin
mudah masuk Islam) hantar dia pegi masjid di Mekah/Madinah.

6. Kalau dia engkar degil enggan keluar baru perawat belasah dengan rotan. Perawat
yang mahir dan terlatih sahaja boleh pukul, pukul bahagian tertentu tak boleh kena
pada tulang, jin yang meraung kesakitan bukan pesakit, kita boleh kenal suara dia
macam mana. Perawat yang benar2 mahir tak mudaratkan pesakit, ada kesan bekas
tapi tak rasa sakit. Berikut adalah antara cara muallij Malaysia memukul jin dengan alat.

a) Teknik Manarah Pukul dengan kayu nona
b) Teknik Akrine Pukul dengan rotan di atas tikar sejadah
c) Teknik Darussyifa Tepuk-tepuk badan pesakit
d) Teknik Rasullullah Pukul dengan serban

7. Perawat akan bagi panduan amalan mendinding diri, semua dari quran.

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
79
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

a) Ayat pendinding yang telah dijamin oleh Rasulullah S.A.W pengamalnya tidak akan
dimasuki jin (ada hadisnya) iaitu:

PERSIAPAN PERALATAN

Mengikut kaedah Klinik Muallij, antara peralatan asas yang perlu disediakan ialah:

JIKA DIRUMAH PERAWAT:
1. Batang tembaga/batang besi/Ranting bunga raya/Kayu Nona
2. Sejadah
3. Bantal dan selimut.
4. Penyembur botol air
5. Minyak atar/kasturi
6. Serban arab/Kain pelikat
7. Tudung/Telekung labuh dan selimut (untuk pesakit perempuan)
8. Botol Kaca (contohnya botol nescafe).
9. Rotan/Kayu Tas (panjang 2-3 kaki)
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
80
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

10. Lada hitam, Limau, Garam.
11. Pesakit hendaklah berseluar panjang khususnya wanita.
12. Pesakit hendaklah menyediakan air sebotol.
13. Tasbih 2 set
14. Kain pengikat 4 helai
15. Al-Quran atau nota rukyah (kerana serangan akan berlaku hingga kita terlupa ayat
rukyah)
16. Air rukyah/yasin dalam botol.
17. Gelas/cawan/mug
18. Borang survey/TINJAUAN PESAKIT
19. Pen/pensil dan buku
20. Sarung tangan
21. Minyak angin
22. Pisau
23. Garam rukyah
24. Lighter dan lilin

JIKA DIRUMAH PESAKIT:
Jika perawat pergi ke rumah pesakit, bahan penyediaan sama seperti di atas,
walaubagaimanapun ada di antaranya perawat tidak perlu bawa. Jadi jika pergi ke
rumah pesakit, kebiasaannya perlu dibawa:

1. Batang tembaga/batang besi/Ranting bunga raya/Kayu Nona
2. Penyembur botol air
3. Minyak atar/kasturi
4. Serban arab/Kain pelikat
5. Tudung/telekung
6. Botol Kaca (contohnya botol nescafe).
7. Rotan/Kayu Tas (panjang 2-3 kaki)
8. Tasbih 2 set
9. Kain pengikat 4 helai
10. Al-Quran atau nota rukyah.
11. Air rukyah/yasin dalam botol.
12. Garam rukyah
13. Gelas/cawan/mug
14. Borang survey/TINJAUAN PESAKIT
15. Pen/pensil dan buku
16. Beg galas/bimbit untuk isi semua peralatan di atas.
17. Sarung tangan
18. Minyak angin
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
81
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

19. Pisau
20. Lighter dan lilin



Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
82
Terbitan Klinik Muallij Islamiah



Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
83
Terbitan Klinik Muallij Islamiah


Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

BAB ENAM
RAWATAN
MUALLIJ




Klinik Muallij Islamiah
http://klinik-muallij.blogspot.com/
oleh: Muallij Mustakim bin Mohd Najib Al-Kelantani

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
84
Terbitan Klinik Muallij Islamiah



MEMULAKAN PROSES RAWATAN

1. Persiapan penting ketika menemui pesakit ialah kita sudah bersiap-sedia dengan
ayat benteng diri terlebih dahulu. Suruh pesakit duduk berlunjur dan suruh pesakit isi
borang. Tujuan isi borang ialah selain mengenalpasti punca dan kesan penyakit, kita
juga melengahkan masa kerana jin akan hilang sabar dengan proses berlengah ini.

2. Semasa pesakit isi borang, kita boleh memulakan ayat benteng diri, sambil memakai
minyak atar/kasturi di badan sendiri. Benteng diri dengan istighfar, al-fatihah, ayat kursi,
empat Qul dan boleh ditambah dengan kalimah tammah. Niatkan untuk mendapat
perlindungan dari Allah.

3. Dalam tempoh ini, tanyalah sama ada pernahkah sejarah pesakit bertindak ganas
apabila dirasuk. Jika ganas, maka kita perlu ikatkan terlebih dahulu di bahagian buku
lali, lutut, tangan dan lengan dengan kain. Ikatan tidaklah menyakitkan. Selesai pesakit
isi borang, kita semburkan air ruqyah di badan pesakit. Berdoa:

"Wahai Allah, Tuhan bagi manusia, hilangkanlah kesengsaraan (penyakitnya), sembuhkanlah, Engkau
Maha Penyembuh, tiada kesembuhan kecuali kesembuhan dari-Mu, kesembuhan yang tidak
meninggalkan penyakit."
(Hadis riwayat Muttafaqa 'Alaih)

AYAT-AYAT AL-QUR'AN MELAWAN JIN

Diriwayatkan sebuah peristiwa yang dialami oleh Abu Khalid Al-Walidy bersumberkan
Ishak bin Ismail dan Malik bin Al-Haris, kata-nya: "Aku pernah di-utus oleh kaumku
untuk mengadap Sayidina Umar di Madinah. Pada waktu itu isteri dan anak-anakku
turut bersamaku.'Di tengah jalan kami berehat manakala isteri dan anak-anakku berada
di sebuah rumah di belakangku. Tiba-tiba aku mendengar jeritan kanak-kanak yang
disertai dengan suara gemuruh yang aneh. Aku segera membaca beberapa ayat Al-
Qur'an dengan suara keras. Setelah itu aku mendengar ada beberapa benda yang
jatuh.

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
85
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

Maka kutanyakan kepada isteriku apa yang telah berlaku. Jawabnya, "kami ditangkap
oleh jin dan dijadikan seolah-olah barang mainan. Tetapi setelah engkau membaca ayat
Al-Qur'an dengan keras tadi, mereka segera melepaskan kami dan lari."

Dalam kitab Al-Funun diceritakan, ada sebuah rumah di Iraq yang sangat misteri di
mana orang yang tinggal di rumah itu akan mati pada pagi harinya. Pada suatu hari
ada. seorang lelaki alim yang setiap hari membaca Al-Qur'an, menyewa rumah itu. Para
jiran mulai meramalkan kematian lelaki itu. Tetapi apa yang terjadi? Keesokan harinya
lelaki itu tenyata masih hidup. Maka bertanyalah para jiran kepada lelaki berkenaan
gerangan ilmu apa yang dimilikinya. Lelaki itu menjawab:
"Pada waktu malam aku sentiasa solat dan membaca Al-Qur'an. Tiba-tiba ada seorang
pemuda yang muncul dari dalam perigi sambil mengucapkan salam kepadaku. Aku pun
segera menjawab salamnya dengan agak ketakutan. Pemuda itu berkata, "Hai laki-laki,
engkau jangan takut kepadaku. Tolonglah aku, dan ajarilah aku sesuatu dari Al-Qur'an."
Lalu dengan segera aku mengajarkannya dan bertanya kepada pemuda itu mengenai
kejadian-kejadian pelik di rumah itu. Dia menjawab, "Kami adalah golongan jin Muslim.
Kami sering membaca Al-Qur'an dan solat. Tetapi rumah ini justeru didiami oleh orang-
orang fasik yang gemar minum arak dan mabuk-mabukan. Maka kami cekik para
penghuninya yang fasik itu, dan pada pagi harinya didapati oleh para jiran telah mati."
Kisah-kisah di atas menunjukkan kehandalan ayat-ayat Al-Qur'an dalam menundukkan
dan melawan jin. Ayat-ayat Al-Qur'an yang biasanya digunakan untuk menundukkan jin
adalah sebagai berikut:

"Jangan kamu jadikan rumahmu seperti kuburan, dan sesungguhnya rumah yang di
dalamnya dibacakan Surah Al-Baqarah, maka syaitan pasti tidak berani mendekat."

1. Ayat Kursi

Abul Qasim meriwa-yatkan yang bersumberkan Ubai bin Ka'ab, bahawa ayahnya ada
bercerita mengenai stor tempat menyimpan buah-buah yang terletak tidak jauh dari
rumahnya. Setiap hari stor itu dijaga namun setiap hari pula ada saja barang-barang
yang hilang. Pada suatu malam ia mengelilingi stor itu dan menjumpai seekor haiwan
yang kecil dan aneh bentuk-nya. la bertanya kepada haiwan itu, "Apakah engkau
manusia atau jin?" Haiwan itu mengakui bahawa dirinya adalah jin. Ditanyanya lagi,
"Mengapa engkau mencuri harta milikku?" Jawabnya, "Telah sampai berita kepa-daku
bahawa engkau adalah orang yang suka bersedekah.
Aku ingin sekali mendapat bahagian dari sedekahmu itu." Maka ditanyanya lagi,
"Apakah yang dapat menyela-matkan kami dari gangguanmu?" Jawab jin itu, "Ayat
Kursi yang terdapat di dalam Surah Al-Baqarah ayat 255." Pada pagi harinya Ka'ab
datang ke rumah Nabi s.a.w. dan menceritakan kejadian tersebut. Rasulullah
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
86
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

membenarkan ucapan jin itu. Hadis ini juga diriwayatkan oleh Al-Hakim dalam kitabnya
"Al-Mustadrak."

2. Bismillah
Imam At-Tirmizi meri-wayatkan hadis yang ber-sumberkan Malik bin Hamzah bin Abi
Usaid, katanya: "Pada suatu hari Abi Usaid memungut hasil kebun-nya dan
disimpannya di suatu tempat. Tiba-tiba ada jin yang berbuat jahat dan mencuri-nya, lalu
Abu Usaid melapor-kan kejadian itu kepada Rasulullah. Jawab Nabi, "Itu adalah jin
jahat yang selalu keluar malam untuk meng-ganggu manusia. Oleh itu dengarkanlah
gerakan jin itu, kemudian bila engkau telah mengetahui akan kedata-ngannya, maka
bacalah "Bismillahir Rahmaanir Rahim."
Ternyata apa yang di-ajarkan Rasulullah kepada Abi Usaid adalah berkesan sehingga
jin itu lari tonggang-langgang.

3. Ta'awuz
Allah s.w.t. berfirman: "Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan, maka
berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha
Mengetahui." (Al-A'raf: 200). Dalam hadis-hadis disebutkan. memohon perlindu-ngan
Allah dan pengaruh dan godaan jin atau syaitan adalah dengan cara membaca "A'uzu
billahi minas syaithaanirrajim."

4. Surah Al-Falaq dan An-Nas
Imam At-Tirmizi meri-wayatkan hadis dari Al-Jarir dari Abu Nadharah yang diterimanya
dari Abu Said al-Khudn. katar. "Rasulullah selalu memohon perlindungan kepada Allah
dan godaan dan pengaruh jin dengan membaca Surah Al-Falaq dan An-Nds."

5. Surah Al-Baqarah
Dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Suhail dari ayahnya dari Abu Hurairah
bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Jangan kamu jadikan rumahmu seperti kuburan,
dan sesungguhnya rumah yang di dalamnya dibacakan Surah Al-Baqarah, maka
tan pasti tidak berani mendekat."

6. Akhir Surah Al-Baqarah

Membaca akhir Surah Al-Baqarah adalah meringan-kan kaum Muslimin yang tidak
mampu membaca Surah Al-Baqarah secara keselu-ruhan. Maka baginya cukup dengan
membaca sebahagian dari Surah tersebut, iaitu dua ayat yang paling akhir sesuai
dengan hadis berikut.

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
87
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

Daripada Ibnu Mas'ud Al-Ansari yang diriwayatkan oleh Abu Dawud bahawa Rasulullah
s.a.w. bersabda: "Barangsiapa membaca dua ayat dari akhir Surah Al-Baqarah pada
suatu malam, maka dua ayat itu sudah mencukupinya." Dalam hadis lain yang
diriwayatkan Al-Hakam dari Abu Zar bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya Allah telah menutup Surah Al-Baqarah dengan dua ayat yang diberikan
kepadaku dari gedung rahmat-Nya yang berada di bawah 'Arasy, maka pelajarilah dua
ayat itu dan ajarkanlah kepada isteri dan anak-anakmu, kerana dua ayat itu merupakan
rahmat."

7. Ayat "Hamim" Al-Mukmin
At-Tirmizi meriwayatkan daripada Abdurrahman bin Abi Bakar yang diterimanya
daripada Abu Hurairah bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa membaca
Surah Hamim Al-Mukmin sehingga kalimat "Ilaihi Mashir" dan ayat Kursi pada waktu
pagi, maka akan selamat hingga ke petang. Dan barangsiapa membaca keduanya
pada waktu petang, maka akan selamat hingga pagi."

8. Zikir
Hadis daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa
membaca "Laa Illaaha Illallaahu Wahdahu Laa syarikalah Lahul Mulku Walahul Hamdu
Wa Huwa 'Alaa Kulli Syai'in Qadir" sebanyak seratus kali, 'maka orang itu setaraf
dengan orang yang membebaskan sepuluh hamba dan ditulis baginya seratus
kebajikan dan dihapuskan baginya seratus keburukan serta bacaan itu sebagai perisai
bagi syaitan pada hari itu hingga ke petang.

9. Mengambil Air Sembahyang dan Solat
Air sembahyang dan solat adalah dua senjata yang sanggup menghalangi penga-ruh
dan gangguan jin. Orang yang sentiasa tidak pernah tinggal air sembahyangnya maka
orang tersebut akan terhindar dari sebarang perbuatan buruk sama ada yang berasal
daripada jin mahupun manusia. Kekuatan air sembahyang juga mampu meredakan
kemarahan sebagaimana hadis Nabi s.a.w.:
"Jika kamu sedang marah, pergilah ambil air sembahyang."
Sebab marah itu adalah sifat syaitan. Syaitan dicip-akan daripada api, sedang api )ila
disiram air akan mati, terutama air sembahyang. *

Air sembahyang dan solat adalah dua senjata yang sanggup menghalangi pengaruh
dan gangguan jin. Orang yang sentiasa tidak pernah tinggal air sembahyangnya maka
orang tersebut akan terhindar dari sebarang perbuatan buruk sama ada yang berasal
daripada jin mahupun manusia

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
88
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

CARA MERAWATI RASA SAKIT DENGAN RUQYAH

Dalam sebuah Hadith yang telah diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Sohihnya
daripada Uthman bin Abu al-Ash bahawa ia sakit tubuhnya semenjak ia masuk Islam,
kemudian Baginda SAW telah bersabda:

:
Letakkan tanganmu di atas bahagian tubuhnu yang sakit, kemudian ucapkan
Bismillah tiga kali dan bacakan doa ini sebanyak tujuh kali:


Aku berlindung dengan kekuatan Allah dan kekuasaanNya daripada kejahatan yang
aku dapati dan aku takuti akan terjadi (kejahatan).

Kemudian ditambah kan doa ini:

.
Sambil diusapkan pada tempat sakit tersebut. Insya Allah sembuh.
KUNCIAN BATIN UNTUK PESAKIT RASUKAN YANG KRITIKAL

KUNCIAN 1

Buat seperti mengikat sesuatu di tangan, lutut, siku, buku lali dan tengkuk pesakit.


Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
89
Terbitan Klinik Muallij Islamiah



KUNCIAN 2
Surah Al-Israa: 50
% . !>> >
50. Katakanlah (Wahai Muhammad):" Jadilah kamu batu atau besi -


KUNCIAN 3
Surah Al-Hadid: 4
%! ,=> ,.9 _{ . ! . .` ?s _`-9 `=- ! _=
_{ ! _` !] ! ` !.9 ! _`- ! `3- ! ..
< !, =-. .,
4. Dia lah Yang telah menciptakan langit dan bumi Dalam enam masa, kemudian ia bersemayam di atas
Arasy; ia mengetahui apa Yang masuk ke bumi serta apa Yang keluar daripadanya; dan apa Yang
diturunkan dari langit serta apa Yang naik padanya. dan ia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja
kamu berada, dan Allah Maha melihat akan apa Yang kamu kerjakan.

Ini adalah tiga jenis ayat kuncian batin. Ianya langkah terakhir jika tiba-tiba pesakit yang
tidak diikat tiba-tiba mengamuk. Jangan sesekali memegang lebih-lebih lagi lawan jenis
iaitu perawat lelaki dengan pesakit perempuan. Terdapat video di Youtube
menunjukkan keadaan seperti empat orang perawat islam seperti merogol pesakit.

SIASAT LATAR BELAKANG KERASUKAN DAHULU sebelum merawat. Jika sejarah
rasuknya ganas seperti melompat, berlari, bersilat dan lain-lain lagi, ambil kain dan ikat
di buku lali, lutut, tangan dan siku. Itu lebih afdal!

Kalau sejarahnya tidak ganas, tak perlu diikat atau dipegang. Namun jika dalam
keadaan bertemu perawat biasanya keadaan tidak diduga jadi jikalau reaksinya
bertukar kasar dan ganas, suruh mahramnya pegang dan kita ikat dengan ayat kuncian
tiga jenis di atas terlebih dahulu. Caranya buatkan seperti ikatan melilit di betis, tangan,
bahu, kepala, tapak kaki dan buku lali dengan bacaan ayat kursiy 9 wakaf dengan niat
kepada Allah, ingin mengikat. Boleh juga buat gaya memasung/ memaku.

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
90
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

Jika ia tenang, barulah mulakan proses mengikat dengan kain. Tapi jika tidak tenang,
maka azankan ditelinga pesakit dengan laungan yang deras manakala mahramnya
mengikat sewaktu kita mengazankan pesakit tadi.

Jangan sesekali menghimpit, menekan dan memegang pesakit! Syaitan ketawa melihat
anda wahai perawat islam yang budiman kerana secara batin ia tidak dapat tewaskan
anda tetapi secara diam-diam ia akan jadikan keadaan begitu untuk tewaskan
keimanan anda!

TEKNIK GERTAK

Teknik ini adalah teknik mukaddimah di mana dalam suasana tenang dan permulaan
merawat. Duduk berhampiran pesakit dan siasat serta berbual bagaimanakah, apakah
dan kenapakah dan ceritakan tentang pengalaman anda terhadap jin asyik, saka dan
sihir. Ini adalah teknik gertak. Perbualan jangan ambil tempoh masa yang lama kerana
dikhuatiri perbincangan tidak pada matlamat asal yakni merawat. Jaga kelakuan.
Ceritakan serba sedikit kisah pemyembelihan jin sebagai ikhtiar terakhir. Jika bernasib
baik, jin itu akan meraung, merasuk, meronta-ronta atau menangis di peringkat ini.

TEKNIK SCAN

Apa itu scan menurut rawatan islam? Scan muallij tidak sama dengan scan penyihir.
Scan penyihir mendapat bantuan jin dan pendampingnya manakala scan muallij scan
berdasarkan ayat memanaskan jin. Scan digunakan sekiranya teknik gertak tidak ada
tindakbalas.

a) Mula-mula kita scan dengan tangan dahulu, uji dengan membaca surah Al-
Mukminun: 115-118 sambil tapak tangan kita dilambai perlahan-lahan ke tubuh pesakit.
Jika tidak berhadil, tanya pesakit, bahagian anggota mana yang sakit kemudian
tadahkan tapak tangan sambil membaca ayat rukyah.
`.,.> ! 3)=> !.,s 3 !9| `->. ?-. < 7=9
,>9 9| | , _-9 69 _ _ < !9| >
, 9 , !| ,!.> s , | _=` `39 % ,
s `> > -9
115. "Maka Adakah patut kamu menyangka Bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada
ada) sahaja Dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? dan kamu (menyangka pula) tidak akan
dikembalikan kepada kami?"
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
91
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

116. maka (dengan Yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang tetap
benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan Yang mempunyai Arasy Yang mulia.
117. dan sesiapa Yang menyembah Tuhan Yang lain bersama-sama Allah, Dengan tidak berdasarkan
sebarang keterangan mengenainya, maka Sesungguhnya hitungannya (dan balasan amalnya Yang jahat
itu) disediakan di sisi Tuhannya. Sesungguhnya orang-orang Yang kafir tidak akan berjaya.
118. dan berdoalah (Wahai Muhammad Dengan berkata): "Wahai Tuhanku, berikanlah ampun dan
kurniakan rahmat, dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaik-baik pemberi rahmat!"

b) Jika tidak berhasil, pegang kepala pesakit atau boleh gunakan pen besi. Suruh
pesakit pegang pen tersebut. Scan dengan ayat:

Selesai baca setiap satu, hembus ke arah pen/kepala dengan kuat.

c) Kalau terdapat reaksi, mulakan baca al-fatihah, selawat, zikir dan apa sahaja.

RUQYAH

Bacaan rukyah dibuat sekiranya teknik di atas tidak berkesan. Baca rukyah hingga
habis. Di sini mungkin Allah ingin menguji ketekunan kita kerana ayat ruqyah biasanya
mengambil masa selama hampir atau lebih sejam untuk dihabiskan.

1. Surah Al-Fatihah ( ayat 1-7 )
2. Surah Al-Baqarah ( ayat 1-5 )
3. Surah Al-Baqarah ( ayat 102 ) di ulangi sebanyak 7 kali.
4. Surah Al-Baqarah ( ayat 163-164 )
5. Surah Al-Baqarah ( ayat 255 )
6. Surah Al-Baqarah ( ayat 285-286 )
7. Surah Al-'Imran ( ayat 18-19 )
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
92
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

8. Surah Al-A'raf ( ayat 54-56 )
9. Surah Al-A'raf ( ayat 117-122 ) di ulangi sebanyak 7 kali.
10. Surah Al-A'raf ( ayat 120 ) di ulangi sebanyak 30 kali
11. Surah Yunus ( ayat 81-82 ) di ulangi sebanyak 7 kali
12. Surah Al-Mukminin ( ayat 115-118 )
13. Surah Thaha ( ayat 69 ) di ulangi sebanyak 7 kali
14. Surah As-Shaffat ( ayat 1-10 )
15. Surah Al-Ahqaf ( ayat 29-32 )
16. Surah Ar-Rahman ( ayat 33-36 )
17. Surah Al-Hasyr ( ayat 21-24 )
18. Surah Al-Jin ( ayat 1-9 )
19. Surah Al-Ikhlas ( ayat 1-4)
20. Surah Al-Falaq ( ayat 1-5 ) di ulangi sebanyak 9 kali
21. Surah An-Nas ( ayat 1-6 )

Dapatkan naskah ruqyah percuma di http://klinik-muallij.blogspot.com/2010/04/muat-turun-
kitab-percuma.html

Doa Penyembuhan

Dengan Nama Allah, yang sebaik-baik nama
Dengan Nama Allah, Tuhan empunya langit dan bumi
Dengan Nama Allah, yang dengan namaNya memberi berkat dan mengubati penyakit
Dengan Nama Allah, yang dengan kekuasaanNya menyembuhkan penyakit
Dengan Nama Allah, yang dengan namaNya tidak memberi mudarat dan penyakit
Dengan Nama Allah, yang dengan namaNya tiada sesuatu yang boleh memudaratkan dibumi dan langit,
dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
93
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

TANDA-TANDA JIN ITU HADIR DAN CARA BERDIALOG DAN BERHADAPAN
DENGAN JIN

1. Setelah kita meruqyah, ada beberapa tanda jin itu telah hadir dalam badan pesakit.
Di antaranya adalah
- Menggeletar dan urat di leher menegang.
- Mata pesakit berubah dengan pandangan yang sangat tajam.
- Menjerit
- Jari tangan dan kakinya menggeletar
- Keluar air mata
- Menangis
- Menguap yang berterusan
- Meminta supaya bacaan dihentikan
- Terasa ada pergerakan di perut, kepala, tengkuk dan sekitar anggota badan
- Tekanan darah bergerak laju
- Menutup mata dan telinga dengan tangan
- Merasa sakit apabila dibacakan Al Quran
- Muntah
- Merasa berat di badan terutamanya di kawasan tengkuk
- Tertidur
- Ketawa
- Dan timbul apa-apa sahaja reaksi pelik apabila pesakit mendengarkan ruqyah

2. Mengikut pendapat Ustaz Ismail Kamus dan bukunya Jin, Rasukan dan
Pengubatannya menyatakan bahawa apabila ada tanda-tanda seperti di atas, maka
bacalah

3. Tiupkan pada tangan dengan ayat-ayat tadi dan juga pada badan pesakit. Sekiranya
jin tersebut bercakap maka tanyalah soalan yang ligik dan terus pada tajuk asal.
Jangan meleret berbual hingga mengambil masa yang lama. Antara pertanyaannya
ialah:
- Siapa nama kamu?
- Dari mana asal kamu?
- Apa tujuan kamu ganggu pesakit?
-Kamu mahu keluar atau dibakar?
- Di bahagian mana kamu tinggal di badan pesakit?
- Apa agama kamu?
- Siapa yang menghantar?

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
94
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

4. Bacakan ayat ruqyah secara berulang dengan memotong kawasan-kawasan tertentu
dengan tangan seperti mengelar dengan pisau iaitu ayat ini:


Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
95
Terbitan Klinik Muallij Islamiah



9. Pesakit yang telah diruqyah menyebabkan jin yang berada di dalam badan pesakit
menjadi lemah. Akhirnya ia kalah dan keluar dari badan pesakit. Kadang-kadang jin itu
sangat kuat dan tidak mahu keluar dari badan pesakit. Dalam keadaan seperti ini
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
96
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

bacakan ayat ruqyah untuk membakarnya. Jika ia tetap bertahan maka pukullah ia
pada tempat yang tertentu dan arahkan pesakit supaya mengamalkan beberapa
amalan seperti yang telah dijelaskan pada bahagian lain di atas selama sebulan penuh.
Kadang-kadang pesakit akan menangis apabila diruqyah dan tangisannya semakin kuat
walaupun fikirannya normal. Sekiranya kita tanya kepada pesakit mengapa dia
menangis maka dia akan mengatakan bahawa dia tidak dapat menguasai diri dan itu
bukan kehendaknya. Ketahuilah ini merupakan tanda dari sihir. Untuk memastikannya
bacakan ayat di bawah;
Al Araf: 117-122, Yunus: 81-82 dan Thaha: 69
!> <| ` ,9 !.s | #)=. ! 3! _%
,>: L, ! l. =- ,=- 79! ,=) -. +9
>.9 > 9!% ! ,, >-9 , ` `
117. dan Kami wahyukan kepada Nabi Musa: "Campakkanlah tongkatmu!" maka tiba-tiba
tongkat itu menelan apa Yang mereka pura-pura adakan (dengan sihir mereka).
118. maka sabitlah kebenaran (mukjizat Nabi Musa), dan batalah (sihir) Yang mereka telah
lakukan.
119. oleh itu, kalahlah Firaun dan ketua-ketua kaumnya di situ dan kembalilah mereka Dengan
keadaan Yang hina.
120. dan (Kemenangan Nabi Musa menjadikan) Ahli-ahli sihir itu Dengan sendirinya
merebahkan diri mereka sujud,
121. sambil berkata: "Kami beriman kepada Tuhan sekalian alam.
122. "(Iaitu) Tuhan bagi Nabi Musa dan Nabi Harun".

!= )9 !% ` ! .> , ``>.9 | < `&#L,` | < _=`.` -
.9 ,> < ,>9 .=3, 9 2 `>`9
81. setelah mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata:" apa Yang kamu
datangkan itu, itulah sihir; Sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan
mukjizat Yang dikurniakanNya kepadaku); Sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan
perbuatan orang-orang Yang melakukan kerosakan.
82. "Dan Allah juga sentiasa menetapkan perkara Yang benar Dengan Kalimah-kalimah
perintahNya, Walaupun Yang demikian dibenci oleh orang-orang Yang melakukan dosa".
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
97
Terbitan Klinik Muallij Islamiah


,9 ! 7 #)=. ! `-. !| `-. . > _=` `>!.9
> .
69. "Dan campakkanlah apa Yang ada di tangan kananmu, nescaya ia menelan Segala (benda-
benda sihir) Yang mereka lakukan, kerana Sesungguhnya apa Yang mereka lakukan itu
hanyalah tipu daya ahli sihir; sedang ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja
ia berada".

10. Bacakan kesemua ayat ini sebanyak tujuh kali di telinga pesakit. Sekiranya pesakit
semakin kuat tangisannya maka memang pesakit telah disihir. Kadang-kadang jin
berteriak, mengancam dan mengugut. Janganlah kita takut tetapi pukullah jin tersebut
dan berilah nasihat. InsyaAllah dengan izin Allah ia akan diam dan bacakan firman
Allah di bawah;















Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
98
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

Ruqyah Jibril:

='

, ` _

'

.
`
\'

.'
`
='
`
.\'

='

.'

>

='

, '

=
`

'

'

= '

=
`

=
_

'

. '

=
`

'

, '

=
`

.'

=` =\'

'

,
`
\\'

'

, '

=
`

'

, '

'

=
`
.

'

=
`
'
`

'

,
`
.\'

_'


Maksud doa:
Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna, yang tidak akan
diterobos oleh orang baik dan orang durhaka, dari kejahatan apa yang diciptakan dan
dijadikanNya, dari kejahatan apa yang turun dari langit dan yang naik ke dalamnya, dari
kejahatan yang tumbuh di bumi dan yang keluar daripadanya, dari kejahatan fitnah-
fitnah malam dan siang, serta dari kejahatan-kejahatan yang datang (di waktu malam)
kecuali dengan tujuan baik, wahai Tuhan Yang Maha Pengasih. (HR. Ahmad 3/419
dengan sanad yang shahih, Ibnus Sunni no. 637)

Dan kemudian Rabbi audzubika min hamazatisysyaithin wa audzubika ayahdharun.
Barulah kita tahu bahawa adanya jin di dalam badan pesakit dan apabila jin itu mula
menyerang, kita bacakan doa,
Allahumma inna naj aluka fi nukurihim wa a udzubika min syururihim
yang bersifat penyerangan kepada jin.

11. Sekiranya jin itu memaki kita jangan sekali-kali kita marah kerana jin biasanya cuba
mempengaruhi diri kita dari jalan kemarahan kita itu sendiri. Sekiranya jin itu mahu
keluar dan mengatakan Engkau seorang yang saleh. Aku akan keluar demi taat
kepada engkau. Tetapi katakan kepadanya supaya jin itu berkata, Aku adalah hamba
yang lemah. Aku akan keluar demi taat kepada Allah dan Rasul.

12. Dalam meruqyah ini kita akan selalu berhadapan dengan jin yang sangat keras
kepala dan membangkang. Dalam keadaan seperti ini, ambillah segelas air dan
dekatkan mulut kita kepada gelas tersebut dan bacakan dengan Surah Yasin, Ash
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
99
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

Shafaat, Ad Dukhan dan Al Jin. Kemudian siramkan air tersebut kepadanya, maka dia
akan merasa sakit dan akan mentaati kita dan keluar dengan izin Allah.

13 Untuk mengetahui apakah agama jin yang sedang kita hadapi tanpa bertanya
kepada mereka adalah dengan membacakan beberapa iaitu Al Quran Al Maidah: 72
76:
)9 2 %! 9!% | < _.9 ` !% _.9 _,
`.| ,s < 6, | 8: <!, ) > < =s >9
1! '!9 ! =L=9 !. )9 2 %! 9!% | <
9!. .=. ! 9| | 9| > | `9 . !s 9) .9
%! `. ` Us '9 ,. <| < `-.`.
< "s '> ! _.9 , | % => &#,%
`9 ). !l2 2! !-L9 L #2 , `9
. L 3` % ,-. < !
7= 69 . !- < _.9 `=-9
72. Demi sesungguhnya! telah kafirlah orang-orang Yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah
Al-Masih Ibni Maryam". padahal Al-Masih sendiri berkata:" Wahai Bani Israil! Sembahlah Allah,
Tuhanku dan Tuhan kamu, bahawasanya sesiapa Yang mempersekutukan Allah Dengan
sesuatu Yang lain, maka Sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga, dan tempat
kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang Penolong pun bagi orang-orang Yang berlaku
zalim".
73. Demi Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang Yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah
salah satu dari tiga tuhan". padahal tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
100
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

Yang Maha Esa. dan jika mereka tidak berhenti dari apa Yang mereka katakan itu, sudah tentu
orang-orang Yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa Yang tidak terperi
sakitnya.
74. oleh itu tidakkah mereka mahu bertaubat kepada Allah dan memohon keampunannya
(Sesudah mereka mendengar keterangan-keterangan tentang kepercayaan mereka Yang salah
dan balasan seksanya)? padahal Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
75. tiadalah Al-Masih Ibni Maryam itu melainkan seorang Rasul Yang telah terdahulu
sebelumnya beberapa orang Rasul, dan ibunya seorang perempuan Yang amat benar, mereka
berdua adalah memakan makanan (seperti kamu juga). lihatlah Bagaimana Kami jelaskan
kepada mereka (Ahli Kitab itu) keterangan-keterangan (yang tegas Yang menunjukkan
kesesatan mereka), kemudian lihatlah Bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsu
mereka dari menerima kebenaran Yang jelas nyata itu).
76. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Patutkah kamu menyembah sesuatu Yang lain dari Allah,
Yang tidak berkuasa memberi mudarat kepada kamu dan tidak juga berkuasa memberi
manfaat? padahal Allah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui".

13. Jika jin itu berteriak, maka ketahuilah bahawa ia adalah Nasrani atau Kristian. Atau
bacakan Surah At Taubah: 30

9!% 9 '`s < 9!% .9 _.9 , < 9 9%
`!, .` % %! `2 `,% `=.% <
6`
30. dan orang-orang Yahudi berkata: "Uzair ialah anak Allah" dan orang-orang Nasrani berkata:
"Al-Masih ialah anak Allah". Demikianlah perkataan mereka Dengan mulut mereka sendiri,
(Iaitu) mereka menyamai perkataan orang-orang kafir dahulu; semoga Allah binasakan mereka.
Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran?

14. Jika jin itu lari atau keluar ketika kita sedang buat perjanjian, maka baca ayat ini
berulang-ulang kali iaitu surah Ar-Rahman: 33-36:
:- >: _} | .-L.` . !L% ,.9 _{
! . | L=., !, !3, !,3.
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
101
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

`` !3=s 1: ! _!> ... !, !3,
!,3.
33. Wahai sekalian jin dan manusia! kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-
kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan kami), maka
cubalah kamu menembus keluar. kamu tidak akan menembus keluar melainkan Dengan satu
kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan kami; Masakan dapat)!
34. maka Yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, Yang kamu hendak dustakan?
35. kamu (Wahai golongan Yang kufur ingkar dari kalangan jin dan manusia) akan ditimpakan
Dengan api Yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair (yang membakar); Dengan Yang
demikian, kamu tidak akan dapat mempertahankan diri (dari azab seksa itu);
36. maka Yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, Yang kamu hendak dustakan?

15. Ketika meruqyah juga, jin di dalam badan pesakit selalu membohongi kita seolah-
olah ia telah keluar dari badan pesakit sedangkan ia masih lagi berada di dalam badan
pesakit. Untuk mengesan samada mereka masih lagi dalam badan pesakit ataupun
telah keluar, letakkan tangan kita di atas kepala pesakit, kita akan merasakan getaran
ringan dan begitu juga sekiranya kita sekiranya kita meletakkan tangan kita di lutut
mereka. Letakkan tangan kita di atas kedua urat nadinya. Kita akan merasakan
pergerakan nadi yang tidak normal.

16. Kadang-kadang jin itu setuju untuk keluar dari badan pesakit tetapi ia tidak mampu
untuk keluar dengan sendiri. Ini mungkin disebabkan usia jin terlalu muda atau kurang
pengalaman. Jin itu tahu akan kelemahannya tidak dapat keluar dari badan pesakit dan
kadang-kadang meminta kepada kita untuk membantu mengeluarkannya. Cara yang
biasa digunakan adalah dengan azan di telinga kanan dan qamat di telinga kirinya dan
bacakan Surah Yasin. InsyaAllah jin tersebut akan dapat keluar dari badan pesakit.

17. Jin juga kadang-kadang menetapkan beberapa syarat tertentu. Jika syarat tersebut
mengandungi unsur ketaatan kepada Allah dan RasulNya dengan mengatakan, Saya
akan keluar dari tubuh pesakit asalkan orang ini (pesakit) mahu menjaga solatnya atau
Saya akan keluar sekiranya orang itu mahu menutup aurat, tidak menjadi masalah
tetapi hendaklah kita jelaskan kepada jin tersebut bahawa pelaksanaan perkara ini
adalah bukan kerana taat kapadanya tetapi semata-mata kerana Allah dan RasulNya.
Jika ia meminta syarat yang bercanggah dengan syariat seperti meminta ancak,
memberi makan dan sajian kepadanya atau apa-apa saja yang dilarang oleh syariat
maka jangan sekali-kali kita mengikuti apa yang mereka minta bahkan mereka berhak
untuk dihukum atas tindakan mereka itu.
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
102
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

18. Sekiranya dengan izin Allah jin itu telah dikeluarkan, arahkan pesakit dan orang
yang bersamanya untuk sujud syukur kepada Allah atas pertolonganNya membantu kita
bebas dari cengkaman jin dan syaitan. Kita sebagai mualij juga hendaklah sujud syukur
kepada Allah kerana Allah telah memperkenankan usaha yang telah kita lakukan. Jika
Allah telah mengeluarkan jin tersebut melalui usaha kita, maka janganlah kita
mengatakan, Saya telah mengeluarkan atau mengusir jin tersebut tetapi katakanlah,
Allah telah mengeluarkan atau mengusir jin tersebut. Jangan sekali-kali kita terpedaya
dengan tipu daya syaitan kerana sesungguhnya terpedaya itu termasuk dalam pintu
masuk syaitan yang terbesar.

MENGHADAPI JIN YANG MEMUNGKIRI JANJI DAN KEMBALI LAGI

Di dalam rawatan, kita seringkali berjumpa dengan keadaan pesakit kerasukan.
Perawat kebiasaannya akan terus membaca ayat suci Al-Qur'an dan ruqyah (jampi)
yang dibenarkan didalam Islam, dengan doa dan harapan kepada Allah, mudah-
mudahan Allah menghalau jin yang menganggu dari tubuh pesakit.

Sebelum jin tersebut keluar, standard prosedur, perawat meminta jin yang mengganggu
supaya melakukan salah satu atau kedua-kedua daripada dibawah:

masuk Islam (dan tidak ada paksaan didalam memeluk Islam) dan
bersumpah untuk tidak mengganggu pesakit dan mana-mana kaum muslimin.
Maka apabila pesakit sedar dari kerasukan, perawat akan meminta pesakit supaya
Mengucap kalimah syahadah
Membaca Ayat Qursi

dimana kebiasaannya, jika pesakit mampu mengucap dan membaca ayat Qursi,
kebiasaannya (mengikut pengalaman) benarlah jin itu telah pun keluar, walaupun
kadang-kadang tidak semestinya begitu. Maka bergantung pada kebijaksaan dan
pengalaman perawat, untuk memastikan jin tersebut telah keluar. Ada beberapa tanda-
tanda untuk menguji samada jin tersebut sudah keluar atau tidak, yang akan diceritakan
jika ada yang berminat.

Sesudah itu, pesakit akan dibekalkan dengan air yang telah dijampi bersama bahan
rawatan (limau & sebagainya) dan amalan harian, dan diminta datang kembali pada
temujanji berikutnya.

Maka bila pesakit hadir untuk temujanji berikutnya, setelah diruqyah berlakulah kembali
rasukan. Maka perawat akan membuat andaian

1 ) Jin baru dihantar oleh tukang sihir (Allah sahaja yang mengetahui benarnya
dakwaan ini)

2 ) Jin tersebut mungkir sumpahannya, dengan memberikan pelbagai alasan (yang
Allah sahaja yang mengetahui kebenarannya) seperti
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
103
Terbitan Klinik Muallij Islamiah


Tuannya paksa datang kembali
Barang sihir tidak dibuang
Pesakit masih mengamalkan amalan kebatinannya
Jin tersebut cintakan pesakit
Dan 1001 macam alasan

Sekali lagi, ianya bergantung kepada kebijaksanaan dan pengalaman perawat. Maka
jika ianya disebabkan memungkiri janji, maka Dr Abdul Mundhir Khaleel didalam
bukunya At-Turqul Hisaan Fi Ilaji Amradil Jan (Jalan Terbaik Dalam Pengubatan
Penyakit Disebabkan Jin) mencadangkan membaca ayat dibawah

Surah Al-Baqarah 2 : 99-101
)9 !9 79| _ , ! `3 !, | ).9
!=2 s s , , , .. ``
!9 !> s < .` !9 - , , %!
. .39 .2 < L l. =-

Surah Al-Anfaal 8 : 55-58
| . ,9 s < %! `. `` %!
,s ] . .) s 2 ).
!| ]).. ,>9 : , => `=-9 `2
!| ! % !> ,! `9| ?s | <
> !:
Surah At-Taubah 9 : 12- 14
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
104
Terbitan Klinik Muallij Islamiah


| .3 -, s `-L 6 =.)
69 | `9 =-9 . =.). !%
.3 ` _>|, 9 2', ^
`: <! ,> : | .. =.%
`,-` < 6!, .. `=. #: . %


Surah An-Nahl 16 : 90-91

| < ``! -9!, .>} !.| )9 S s
!:`>9 69 -,9 3L- 6=-9 `..
-, < | `.s .). { -, !2. %
`.=-> < 6=. . | < `=- ! =-.


Cadangan Cara Mengamalkan

1. Amalan ini diteruskan sekurang-kurangnya selama seminggu hingga 40 hari.

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
105
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

2. Ayat tersebut dibacakan ke atas diri sendiri atau pesakit dengan niat meminta
kepada ALLAH agar dibatalkan sihir dan diusir jin yang mengganggu diri sendiri atau
pesakit selama-lamanya.

3. Ayat tersebut dibacakan keatas minyak zaitun atau minyak habbatussauda (jintan
hitam) dan disapu ke seluruh anggota sujud , atau ke seluruhbadan kecuali qubul dan
dubur (kemaluan depan dan belakang)

4. Dibacakan keatas air yang mencukupi untuk tujuan minuman dan mandi

Cara minum yang dicadangkan ialah

-dimulakan dengan bismillah dan doa kepada Allah terlebih dahulu, dan
-minum dengan 3 teguk, boleh juga
-diulang sehingga terasa kenyang

Cara mandi yang dicadangkan,

a) Sebagai bilasan terakhir, dan mandi ketika waktu selepas asar hingga waktu
sebelum maghrib,

b) atau mandi ketika waktu tengah malam iaitu jam 11.30 malam - 12.00 t/malam,

c) atau sebelum solat subuh, dan mandi sebagai bilasan terakhir dengan mencurahkan
air ke kaki hingga ke kepala,

d) atau dengan menyimbah 3x kebahagian kanan, 3x kebahagian kiri dan akhirnya ke
kepala

AMALAN TAMBAHAN

Manakala Al-Fadhil Ust Ismail Kamus didalam bukunya Jin : Hakikat &
Pengubatan mencadangkan supaya membaca Tasbih Yunus sebanyak 100x setiap
hari untuk mengelakkan jin daripada keluar masuk.



Tiada tuhan melainkan Engkau, Maha Suci Engkau,
sesungguhnya aku termasuk didalam golongan yang menzalimi diri sendiri

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
106
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

Mudah-mudahan mendapat manfaat.Kepada mereka yang telah mencuba, respon anda
sangatlah dihargai dan diucapkan dengan ribuan terima kasih.

SIHIR BERULANG

Sihir berulang ialah di mana kes pesakit disihir semula dengan bomoh yang sama tetapi
dengan jin yang lain atau disihir oleh bomoh yang lain dalam kroni bomoh tersebut itu
juga. Misi dan matlamat penyihir tetap sama tetapi kaedah berbeza, jadi untuk kali
kedua setelah selesai membuat perkara yang telah diterangkan di tajuk Tanda-Tanda
Jin Itu Hadir Dan Cara Berdialog Dan Berhadapan Dengan Jin, ditambahi dengan
langkah ini:

Rawatan
a. Ambil 7 helai daun bidara (sidr), dan ditumbuk menggunakan 2 ketul batu.
b. Dimasukkan daun tersebut didalam bijana air.
c. Bacakan ayat-ayat dibawah ini keatas air dan dituipkan keaatasnya.
d. Jika pesakit berada dihadapan anda, hembuskan kepadanya juga.
e. Air tadi dibuat mandi, dan selebih dibuat minum.

1. Surah al-Baqarah : 255 / Ayat Kursi
2. Surah al-'Araf : 117 hingga 122
3. Surah Yunus : 79 hingga 82
4. Surah Tha Ha : 65 hingga 70
5. Surah al-Kafirun
6. Surah al-Ikhlas
7. Surah al-Falaq
8. Surah al-Nas

TIPS SUPAYA PERAWAT TIDAK KENA SERANGAN JIN

1) Ikhlaskan diri merawat kerana Allah.Maksudnya disini kita perlu tanamkan setiap
masa niat kita merawat pesakit untuk 3 perkara,pertama kerana fardu kifayah,kedua
kerana menyelamatkan akidah umat islam dari berjumpa tukang tenung/bomoh dan
ketiga ialah untuk mengembangkan kaedah perubatan islam warisan nabi.
2) Perlu mengamalkan ayat-ayat pelindung diri tiap-tiap kali lepas solat.
3) Membaca dengan kuat ayat-ayat ruqyah semasa rawatan.
4) Pagar rumah guna ayat qursy seminggu sekali.
5) Pasang cd ruqyah dirumah SEKALI sehari (lebih afdal kalau membaca sendiri).
6) Kaedah rawatan perlu seiring sunnah 100% supaya dapat barakah sanad.
7) Jangan menelek atau memberi info-info yang tak bermanfaat bagi menyedapkan hati
pesakit.

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
107
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

8) Merawat ketika benar-benar bersedia,jangan ketika terlampau penat,sibuk dsbgnya
9) Lakukan mandian seperti kita rawat pesakit sekali-sekala untuk buang tempias.
10)Berbekam sebulan sekali

TIPS IMAM SYAFIE 4 PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan.
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan.
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata.
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata.
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran.
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama




Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
108
Terbitan Klinik Muallij Islamiah



Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

BAB TUJUH

TEKNIK
SAMPINGAN



Klinik Muallij Islamiah
http://klinik-muallij.blogspot.com/
oleh: Muallij Mustakim bin Mohd Najib Al-Kelantani

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
109
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

TEKNIK SAMPINGAN 1 TEKNIK AKRINE

Teknik Sampingan ialah teknik yang menggunakan ayat ruqyah dan tindakan tertentu
yang tidak menyalahi syarak. Di sini, di dedahkan teknik dari Tuan Guru Abdul Majid
Hassan dai Akademi Rawatan Nur Ehsan yang telah dicuba dan kerberhasilannya
dalam 80%. Teknik ini melalui kaedah khas yang tidak merumitkan. Ianya terbahagi
kepada beberapa bahagian namun di sini saya ingin jelaskan hanya teknik tertentu iaitu
teknik 1881, Teknik Rotan Objek, Teknik Bakar Kertas, Teknik Tidurkan Jin, Teknik
Memecah Perisai Jin, Teknik Kembara dan Rawat dan lain-lain lagi.

MEMECAH PERISAI JIN

Kadang- kadang apabila berdepan dengan pesakit sihir, jin sihir yang di ruqyah tidak
memberikan reaksi apa-apa, malahan ketika di ruqyah jin tersebut ketawa atau
mengejek perawat. kebiasaannya jin sihir sperti ini mempunyai pendinding sihir, atau
mereka memakai perisai sihir. cara- cara menghancurkan dinding atau perisai mereka
ialah:

1) batalkan sihir mereka dengan apa-apa ayat pembatal sihir.

2) baca surah Al- Hasyr ayat 21 iaitu "Lau anzalna" hingga "min khosyatillah" sahaja
dan apabila selesai saja "min khosyatillah" terus membuat aksi membaling ke arah jin
itu (pesakit) tanpa perlu meniup tapak tangan. balingan mesti dengan perasaan keras
dan tegas dengan niat untuk menghancurkan pendinding atau perisai tersebut. ulang
hingga yakin perisai atau dinding tersebut hancur.


3) kemudian teruskan meruqyah seperti biasa. Ayat ini boleh juga digunakan untuk jin
yang tiada perisai / dinding, mereka akan cedera dan meraung kesakitan.


TEKNIK BAKAR KERTAS

Teknik ini sama sahaja dengan teknik bakar batu-bata dan juga teknik goreng pasir.
Kaedah bakar batu-bata dan menggoreng pasir yang agar sukar untuk dilakukan dan
boleh menimbulkan fitnah kepada mereka yang tidak memahaminya. Sebagai alternatif
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
110
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

saya mencadangkan teknik bakar kertas yang lebih mudah dan tidak menimbulkan
fitnah:

Bahan:
Kertas putih saiz A4
Pencil atau pen
Surah Yasin

Kaedah:
Solat hajat mohon perlindungan dan beri pengajaran kepada rangkaian sihir (jin sihir,
tukang sihir dan pengupah). Baca yasin sambil menggaris pada kertas A4, setiap ayat
satu garisan sehinggalah habis surat yasin berkenaan. Bakar kertas berkenaan

Kekerapan:

Lakukan setiapkali anda merasai anda diserang. Ini sebagai isyarat kepada rangkaian
bahawa anda juga boleh menyerang-balas kegiatan mereka. Jika mereka ada jin
sebagai suruhan mereka kita ada ALLAH sebagai Tuhan yang mencipta dan melindungi
kita.

Tambahan:

Jika anda pasti pengupah atau tukang sihir berkenaan anda boleh tulis nama mereka
pada kertas yang hendak dibacakan surah Yasin berkenaan. Jika ada gambar, fotostat
gambar berkenaan dan gunakan kertas ini untuk digariskan.

Bagaimana anda nak tahu pengupah atau penyihir?

Salah satu kaedah ialah dengan membaca surat yasin ayat ke 65 secara berulangkali
sehingga anda tertidur dan semasa membaca berdoalah kepada ALLAH untuk
mendapat petunjuk. Jika anda telah telah diberi petunjuk, atau tidak mendapat petunjuk,
ulangi pada malam-malam berikutnya sehingga anda yakin-pasti petunjuk berkenaan
bukan permainan syaitan yang mahu melagakan sesama manusia. Jangan lupa ambil
wudhuk sebelum tidur.
TEKNIK ROTAN OBJEK (TRO)

Tujuan:

(1) Merawat pesakit tanpa melakukan pukulan fizikal tubuh pesakit
(2) Memukul jin-jin yang mengganggu supaya keluar dari tubuh dan
(3) Membelasah tukang sihir dan OKS secara jarak jauh supaya insaf dan berhenti dari
pekerjaan terkutuk

Peralatan :
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
111
Terbitan Klinik Muallij Islamiah


(1) Objek iaitu kain pelikat atau serban yang digulung kemas sepanjang 1 kaki,
(2) Rotan sepanjang 2 kaki

Bacaan :

(1) AlFatihah.

(2) Al-Mukminun ayat 115-118

`.,.> ! 3)=> !.,s 3 !9| `->. ?-. <
7=9 ,>9 9| | , _-9 69 _ _ <
!9| > , 9 , !| ,!.> s , | _=`
`39 % , s `> > -9

(3) As-Syura ayat 130 (3x).
| .:L, `.:L, !,>

(4) Tiup pada Rotan

Kaedah:

(1)Tetapkan niat dengan membayangkan objek sebagai tubuh pesakit, yang mana
kepala, badan, kaki dsb

(2) Rotan/sebat/pukul sambil menyebut ALLAH Akbar pada bahagian-bahagian yang
pesakit mengadu sakit.

(3) Arahkan jin-jin berkenaan bergerak ke hujung jari kaki untuk ditarik keluar


(4) Buka ikatan jika mereka diikat dengan Surah Al-Fath (1-3)
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
112
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

!| !`>. 79 !>. !, -9 79 < ! ). , !
>!. .` .- 7=s 7 !L. !).`. 8. <
`. s
(5) Tarik dengan serban jin-jin yang berada di jari kaki

Cerapan :

Teknik ini masih baru diuji di mana pesakit menutup mata utk tujuan TKR. Apabila
dipukul bahagian-bahagian pesakit, pesakit akan menggerakan badannya. Saya
arahkan bergerak ke jari kaki dan jin-jin ini dikeluarkan.

Oleh kerana pesakit juga sedang dalam TKR, pesakit melihat bagaimana jin-jin
ditubuhnya kena sebat.

Saya niatkan untuk memukul penyihir dan Orang Kena Syak, pesakit melihat
bagaimana puak-puak laknatullah ini kesakitan kesan pukulan-pukulan jarak jauh.

Kebaikan dan kelebihan teknik ini adalah pesakit tidak ada kesan-kesan sakit fizikal
seperti lebam, bengkak dan sebagainya berbanding teknik memukul pesakit dengan
ranting nona atau seangkatan dengannya. Ia juga boleh bagi pesakit yang jauh dari
perawat seperti terlantar di hospital malah di luar negara.

Teknik ini juga bermakna anda tidak menyentuh pesakit anda.
Keyakinan bahawa ia adalah teknik dan semua yang berlaku adalah dengan bantuan
ALLAH semata menjadikan teknik TRO rawatan terbaru Akrine.

TEKNIK 1881 DENGAN QUNUT NAZILAH

Teknik ini digunakan apabila tiada apa-apa tindak balas dari pesakit. Selubung kaki
pesakit dengan serban arab/kain pelikat. Duduk berhadapan dengan kaki pesakit dan
selak serban hingga ternampak jari atau bagi perempuan tidak perlu angkat.
Bacakan surah berikut:

a) al-fatihah,

b) Al-Mukminun: 115-118
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
113
Terbitan Klinik Muallij Islamiah



Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
114
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

d) Bertanyalah apa sahaja melalui teknik gerakan jari kaki pesakit. Contohnya soalan:
- adakah anda berada di dalam tubuh pesakit? Kalau ada, gerakkan jari.
- adakah anda di hantar? Kalau di hantar, gerakkan jari.
- adakah anda sukakan dia? Kalau suka, gerakkan kaki.
- yang saka berkumpul di kaki kanan, yang bukan saka berkumpul di kaki kiri.

e) Untuk teknik mengarahkan jin berkumpul, bacalah:




Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
115
Terbitan Klinik Muallij Islamiah


TEKNIK KEMBARA DAN RAWAT (TKR)

Teknik TKR ini adalah teknik kembara roh yang dilarang oleh Tuan Guru Haron Din.
Namun teknik ini banyak keberkesanannya lebih-lebih lagi untuk mendapatkan barang
yang sihir ditanam atau diletakkan di tempat yang tidak diketahui.

Berikut saya perjelaskan modus operandi teknik TKR :

1. Pesakit memejamkan mata

2. Perawat membaca beberapa ayat al-Quran, selawat dan doa

3. Perawat menyuruh pesakit berada di kawasan yang disyaki samaada lokasi
berkenaan adalah rumah, pejabat dsb

4. Pesakit melihat dengan matanya (walaupun dia menutup mata) lokasi yang
dimaksudkan.

5. Perawat meminta pesakit menadahkan tangan kepada perawat, perawat
membacakan ayat scanning dan menghembus tangan pesakit.

6. Pesakit berjalan sambil scanning dilokasi

7. Pesakit akan merasakan ada kawasan sejuk dan ada kawasan panas.

8. Di kawasan panas, pesakit mencari bahan sihir dan jika menjumpai akan
menawarkan kawasan berkenaan atau membuang barang berkenaan.

Pada peringkat kedua, pesakit masuk ke dalam tubuhnya sendiri:

9. Pesakit diarah berada di bahagian organ tertentu pada tubuhnya

10. Pesakit akan berjumpa pelbagai perkara pada organ berkenaan seperti monyet,
ular, anjing, tukang sihir, OKS, dan sebagainya.

11. Pembersihan organ dilakukan samada secara pembakaran, pembunuhan atau
pembuangan bergantung kepada kesesuaian oleh pesakit sendiri dengan dibantu oleh
perawat secara membekalkan senjata/peralatan yang diperlukan.

12. Pesakit pergi ke organ-organ lain sehinggalah semua organ dibersihkan.

Sebab itulah ia dinamakan sebagai teknik kembara dan rawat, TKR. Persoalan yang
timbul adalah siapakah sipengembara berkenaan, adakah dia adalah roh pesakit.
Jawapannya tentulah tidak, kerana pesakit berinteraksi dengan perawat secara sedar,
menerima arahan dan melakukan rawatan. Untuk teknik kembara roh, pesakit atau
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
116
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

perawat akan meninggalkan jasadnya dan melakukan pengembaraan. Jasad akan kaku
dan tiada komunikasi boleh dilakukan.

Apa yang Akrine perhaluskan bahawa teknik TKR adalah teknik kita menundukan jin
pada pesakit dan mengarahkan jin ini seolah-olah bersifat CCTV kepada pesakit.

Jin yang ditundukkan ini akan bersifat sebagai mata kepada perawat dan perawat akan
melihat sepertimana seorang yang bersaka melihat. Olek kerana jin bersifat elastic
dengan jangkauan yang jauh, maka mata boleh diajak kembara kemana sahaja
mengikut arahan pesakit dan perawat (ada pesakit yang saya suruh pergilah ke mana
anda suka, telah pergi ke Kaabah Mekah dan juga sempat duduk di Raudhah di Mesjid
Nabi Madinah)

TEKNIK TIDURKAN JIN

Teknik ini amat baik digunakan bagi kes gangguan sihir dan saka dengan kuantiti jin
yang ramai. Bacakan selawat tafrijiah sambil berniat berdoa menidurkan jin. Tiup sepoi2
3 kali dan berilah arahan seperti berikut berulang-ulangkali.




"tidur, tidur, semua tidur dengan amat mengantuknya, tidur dengan penuh santai, tidur
untuk satu masa yang panjang sehingga anda keluar dari tubuhnya dengan keadaan
tudur, anda keluar semasa dia mandi atau buang air, anda tidur sehingga satu masa
yang panjang sehingga suatu masa ketentuan ALLAH"

Kesan TMJ menyebabkan semua jin dari semua lapisan tidur dan tidak menjalankan
missionnya mengganggu pesakit. Pesakit akhirnya perlu dibenteng dari segenap
penjuru dari serangan yang baru. Tempoh tidur tidak dapat dipastikan bergantung
dengan izin Allah jua dan berdoalah agar ianya tidur melebihi 100 tahun.
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
117
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

TEKNIK 18-81

Pada tangan kanan anda ada no. 18 dan pada tangan kiri anda ada no. 81,
subhanALLAH. Jika dicampurkan jumlahnya adalah 99 sesuai dengan bilangan Asma
ul husna

Jika diperhati dari susunan nama berkenaan yang ke 18 ialah Ar-Razzak (Maha
pemberi Rezki) dan yang ke 81 adalah Al-Muntaqeem (Maha Penyiksa). Jika tangan
kanan yang bakal menerima kitab amalan maka cerahlah mendapat keredhaan ALLAH
dan sebaliknya jika tangan kiri yang menerima catatan amalan gelaplah bakal kena
siksa, mungkin itulah yang dimaksudkan 18 dan 81.

Tangan kanan digunakan untuk mengambil makanan (rezki) tangan kiri pula untuk
kerja-kerja pembersihan... tangan kiri tak pernah komplen kerana ini adalah
sunnatuLLAH. Bukan perkara di atas yang saya nak perawat2 bincangkan.... mari
fikirkan berikut:

Para ulamak bersependapat bahawa ada tiga bacaan rukyah yang dibenarkan;
Yang pertama - ayat Quran, yang kedua asma ul husna dan yang ketiga adalah doa-
doa muktabar berdasarkan hadis Nabi SAW. Dua asmak uLLAH yang biasa kita dengar
ialah yal-Bari dan Ya-Syafi. Akrine telah membuat amalan/kajian dengan Ya Razzak
dan Ya Muntaqeem.

Caranya: jika anda memegang kaki pesakit (kiri) dengan tangan kanan bacalah Ya
Razzak sekurang-kurangnya 10 kali, dan jika anda menyentuh (secara berlapik) kaki
kanan dengan tangan kiri bacalah ya Muntaqeem dalam bilangan berkenaan. Tiup dan
lepaskan pegangan anda. (Ini adalah nama Allah, bukan nama jin! Baca dengan
memohon pertolongan Allah)

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
118
Terbitan Klinik Muallij Islamiah


3. Letakan botol pada posisi yang perlu dan sedut sambil menyebut ALLAHu Akbar

4. Lakukan sehingga anda yakin tiada lagi jin disitu

Setelah jin penuh disedut...


TEKNIK DRAGON BALL

Saya telah tunjukan kepada para perawat kaedah tarik secara borong. Saya dapati kita
juga boleh mengarahkan jin-jin ini berkumpul pada bahagian tertentu spt hujung jari,
kemudian sedut hujung jari berkenaan. Kaedah lebih mudah berbanding dengan
menyedut pada semua posisi yang diterangkan semasa kursus. Kaedahnya:

1. Niat nak kumpul pada posisi tertentu
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
119
Terbitan Klinik Muallij Islamiah



3. Baca pada tangan An-Namlu 30-31
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
120
Terbitan Klinik Muallij Islamiah


MEMBAKAR JIN

Sentuh pada kedua ibu jari kaki pesakit dengan tangan kanan dan baca surah Al-Hajj:
19-22 tiup kaki pesakit. Ulangi bacaan dengan selang masa 30 saat.
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
121
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

!`.> ..> , %!! `2 -L%
; ',!. ! .` `.'' `>: ``.` ,
! L, =>: ; _) > !=2
`>` !] s s ! % ,s ,>:

MENGIKAT PESAKIT DENGAN IKATAN GHAIB

Baca ayat Qursi 9 wakaf dan gayakan seperti mengikat pesakit. Point ikat dikedua-dua
buku lali, lutut, tangan dan siku.


Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
122
Terbitan Klinik Muallij Islamiah


TARIK JIN DENGAN MENGGUNAKAN SERBAN
Baringkan pesakit dan tutup kepala pesakit dengan serban. Baca al-Fatihah dan seret
serban sambil membaca selawat tafrijiah hingga ke kaki.

TEKNIK DAKWAH
Tawaran perlu dibuat jika jin berdegil keluar. Tawaran bukanlah ayam goreng atau apa-
apa jua tetapi tawaran di sini bermaksud menceritakan tentang syurga dan neraka dan
kehidupan murni islam. Jika jin itu jin kafir, maka cuba dakwah supaya masuk islam.
Jika jin itu jin islam, ceritakan kisah syurga sambil membaca surah At-Tin dan ceritakan
azab neraka dan bacakan surah Al-Lahab. Minta jin itu membuka mindanya sekejap
untuk menerima dakwah kita.
Insya Allah mereka akan keluar (jika islam) atau mereka akan memeluk islam dan
keluar dari tubuh pesakit

SEMBELIH JIN
Ikhtiar terakhir sekiranya jin berdegil tidak mahu keluar setelah pelbagai usaha
dilakukan. Beri masa untuk jin keluar kerana ada di antaranya akan keluar setelah
dipujuk.
Kaedahnya, letakkan besi ditengkuk pesakit beralaskan serban, baca ayat kursi, 3 Qul
dan surah Al-Maidah:33-34 dan lakukan penyembelihan dengan menyebut Allahu
Akbar 3 kali.
!| > %! ,!> < `&! -`. _{ !.
=.)` ,=.` _L). ` =`> #=>
` _{ 9 `9 > !9 `9
> ,s 'Ls | %! ,!. ,% ').
=s =.! < "s '>
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
123
Terbitan Klinik Muallij Islamiah


TEKNIK SAMPINGAN 2 TEKNIK PERAWAT-PERAWAT ISLAM MALAYSIA

Pendedahan teknik ini juga sama keberkesanannya dengan Teknik Akrine tadi dan
ianya banyak diamal oleh perawat islam di Malaysia.

TEKNIK PUKUL DENGAN TASBIH

Ambil dua tasbih, letakkan di depan baca surah As-Sajadah. Kemudian tiup tasbih2
berkenaan. Satu diserahkan kepada pembantu dan 1 lagi untuk diri sendiri. Tasbih ini
dari kayu biasa, bukan koka jauh sekali nona. Selimutkan dengan selimut tebal dan
pukulan sekadar ayun-ayun tangan saja

TEKNIK PUKUL DENGAN SERBAN

Daripada Matar bin Abdul Rahman Al A'naq katanya telah bercerita kepadaku Ummu
Abban binti Al Wazi bin Az Zari ' Amir Al'Abdi daripada bapanya , bahawa datuknya Az
Zari telah pergi kepada Rasulullah dengan anak lelakinya atau anak saudara
perempuannya yang telah gila.

Kata datuknya, ketika kami datang kepada baginda di Madinah, aku bertanya "Wahai
Rasulullah! sesungguhnya bersamaku ini ialah anak lelakiku atau anak lelaki saudara
perempuanku yang telah gila. Aku datang membawanya kepada tuan, agar tuan berdoa
kepada Allah Azza Wa Jallah untuknya."

Sabda Rasulullah, "Bawa dia kepadaku!"

Aku pun pergi mengambilnya yang ketika itu sedang bersama-sama dengan para
penunggang yang lain. Aku bebaskannya dan aku menanggalkan baju
permusafirannya. Kemudian aku menyarung padanya dua helai pakaian yang cantik.
aku pegang tangannya dan membawanya kepada Rasulullah.

Rasulullah bersabda, " Dekatkan dia kepadaku dan jadikan belakangnya setentang
denganku". Baginda memegang hujung sebelah atas dan bawah baju baginda
lalu memukul belakangnya sehingga terlihat olehku akan keputihan kedua-dua belah
ketiak baginda.

Baginda bersabda "keluarlah Wahai Musuh Allah! Keluarlah wahai Musuh Allah !" lalu
anaknya memandang sepertimana orang sihat memandang dan bukannya seperti
pandangannya yang terdahulu.
Rasulullah mendudukannya di hadapan baginda lalu baginda mendoakan untuknya dan
baginda menyapu wajah si anak itu. Semenjak dari doa Rasulullah itu, tiada seorang
pun dari kalangan ahli rombongan tersebut yang datang menandingi kelebihannya.

Kaedah: Bacakan surah Al-Anfal: 16. Pukulan hanya hayunan bukanlah pukulan yang
menyakitkan.
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
124
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

9` , | !>.` !.)9 >.` <|
) !, .-, < 1! `> [, .RQ

TEKNIK GORENG PASIR

Bahan:
Pasir 3 gengam,
kuali,
senduk kayu dan
dapur gas/dapur kayu api.

Kaedah:
a) Letakkan pasir dikuali dan biarkan dengan api kecil.
b) Solat maghrib dan buat solat hajat mohon perlindungan dan beri pengajaran kepada
rangkaian sihir (jin sihir, tukang sihir dan pengupah).
c) Selesai solat hajat, baca yasin sebanyak 7 kali atau 3 kali sambil menggaul pasir
dengan niat memberi pengajaran kepada tukang sihir.
d) Lakukan hingga malam ketiga.

TEKNIK BAKAR BATU-BATA

Kegunaannya untuk memberi kesakitan jin yang sedang merasuk dan membalas
perbuatan jahat tukang sihir terhadap pesakit.

Bahan-bahannya:

a) Tungku
b) Dapur gas atau lilin
c) Sebiji batu bata

Kaedahnya:

Oleh pesakit sendiri.
a) Dibakar selama 3 hari berturut-turut di rumah pesakit dengan membacakan surah
Yasin tiga kali. Proses memanggang batu bata tamat apabila selsesai membaca Yasin.

b)Dibuat pada waktu maghrib selepsa solat maghrib dan solat hajat dan berdoa kepada
Allah semoga perbuatan jahat tukang sihir dibalas.

Ketika muallij merawat.
a) Baca surah al-Qashash:88, Al-Baqarah:148, Ar-Ruum:54 dan Surah Az-Zumar:39.
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
125
Terbitan Klinik Muallij Islamiah


_. _ < !9| > 9| | . `: 79! | >
`&! '/3>: 9| `->.
39 > !9` ),.`! ,9 ! 3. ,! `3, <
!-> | < ?s . `: "%
< %! 3)=> #-. . -> -, #-. % . ->
-, % !-. ,: ,= ! '!: `=-9 `)9
% ) =s ?s 6.l3 | s . =-.

b) Dipanggang ketika jin merasuk pesakit
c) Muallij membayangkan batu-bata itu adalah jin atau tukang sihir. Sesekali, pukul
batu-bata dengan rotan.

MENGEJAR JIN DENGAN API

Kaedahnya dengan kalimah tammah jibril. Buat isyarat seperti memegang obor atau api
dan beritahu saya kejar awak, saya baling awk dengan obor ini, awak nak mati? Awak
nak jadi debu? Sesekali lemparkan kepadanya

='

, ` _

'

.
`
\'

.'
`
='
`
.\'

='

.'

>

='

, '

=
`

'

'

= '

=
`

=
_

'

. '

=
`

'

, '

=
`

.'

=` =\'
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
126
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

'

,
`
\\'

'

, '

=
`

=
'

, '

'

=
`
.

'

=
`
'
`

'

,
`
.\'

_'


Maksud doa:
Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna, yang tidak akan
diterobos oleh orang baik dan orang durhaka, dari kejahatan apa yang diciptakan dan
dijadikanNya, dari kejahatan apa yang turun dari langit dan yang naik ke dalamnya, dari
kejahatan yang tumbuh di bumi dan yang keluar daripadanya, dari kejahatan fitnah-
fitnah malam dan siang, serta dari kejahatan-kejahatan yang datang (di waktu malam)
kecuali dengan tujuan baik, wahai Tuhan Yang Maha Pengasih. (HR. Ahmad 3/419
dengan sanad yang shahih, Ibnus Sunni no. 637)

KAEDAH MEROTAN JIN DI TAPAK KAKI

Melalui pengalaman-pengalaman saya sebelum dalam menangani gangguan jin yang
liat,kaedah merotan jin pada tapak kaki pesakit amat efektif dan akan membuatkan jin-
jin pengganggu mudah surrender.Yang penting anda hanya sediakan sebilah rotan dan
pukul secara SEDERHANA sahaja pada tapak kaki pesakit dengan membaca ulang-
ulang ayat al-mukminun 115. Kaedah merotan tapak kaki pesakit hanya dilakukan bila
pesakit dalam KERASUKAN sahaja.Dilarang merotan kaki pesakit yang belum
kerasukan.
Merotan adalah kaedah alternatif bukan kaedah utama.

RAWATAN GILA

1. Dibacakan ruqyah kepada si pesakit.

2. Kalau peakit tidak bertempik: Hendaklah diulang ruqyah sebanyak tiga kali.
Sekiranya masih tidak berkesan bekalkan pesakit dengan CD mp3 ayat-ayat ruqyah
berikut:

a) al-fatihah
b) al Baqarah
c) Hud
d) al Hijr
e) as Soffat
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
127
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

f) Qaff
g) ar Rahman
h) al Mulk
i) al Jin
j) al A'laa
k) al Zalzalah
l) al Humazah
m) al Kafirun
n) al Falaq
o) an Naas

3. Ulang sehingga 40 hari berturut-turut dan bertemula semula dengan perawat selepas
40 hari.

RAWATAN SAKIT BIASA/PENYAKIT

Dr. Wahbah Al-Zuhaili menyebut dalam kitab tafsirnya Tafsir Al-Munir (Jilid 30, ms 478):

"Kebanyakan para ulama mengharuskan minta pertolongan dengan membaca ayat-
ayat ruqyah (pendinding/penawar) kerana baginda nabi S.A.W telah mengadu kepada
malaikat Jibril tentang peristiwa baginda di sihir oleh orang yahudi lalu malaikat Jibril
membacakan ayat-ayat ruqyah kepada nabi..."

Antara doa-doa penawar :

Doa Malaikat Jibril ke atas Rasulullah S.A.W setelah baginda mengadu kerana
disihirkan oleh Labid bin Al-Ashom (yahudi) :



Maksudnya : Dengan nama Allah aku mendinding kamu daripada setiap sesuatu yang
menyakiti kamu yang datang daripada setiap kejahatan jiwa atau mata orang yang
hasad (dengki), semoga Allah menyembuhkan kamu dengan nama Allah aku
mendinding kamu.
(Hadis riwayat Imam Muslim dalam Sahihnya)

2. Doa ketika menghadapi sakit atau demam :
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
128
Terbitan Klinik Muallij Islamiah




Maksudnya : Dengan nama Allah Yang Maha Besar, Aku berrlindung daripada
kejahatan setiap peluh yang meruap-ruap dan daripada kejahatan setiap kepanasan
api.
(Hadis riwayat Imam Al-Tirmizi dalam Sunannya)

3. Doa ketika menziarahi orang yang sakit :



Maksudnya : Aku bermohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan Yang Memiliki
Arasy yang Agung, agar menyembuhkan kamu (dibaca sebanyak 7 kali).
(Hadis riwayat Imam Abu Daud dalam Sunannya)




Maksudnya : Ya Allah, tuhan sekalian manusia, penghilang segala kesusahan,
sembuhkanlah kerana sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penyembuh, tiada
sesiapa yang dapat menyembuhkan (penyakit) melainkan Engkau sahaja yang dapat
mengubati dan menghilangkan sakit.
(Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dalam Sahihnya)

4. Doa mohon berlindung daripada gangguan syaitan dan sekutunya :



Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
129
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

Maksudnya : Aku mohon berlindung dengan kalimah-kalimah Allah (Al-Quran atau
asma Allah dan sifatNya) yang sempurna daripada setiap syaitan dan binatang berbisa
yang boleh membunuh serta berlindung daripada setiap pandangan mata yang boleh
mendatangkan kejahatan.
(Hadis riwayat Imam Al-Bukhari)

PENYEMBUHAN TERAPI AL-QURAN UNTUK PENYAKIT KULIT

Seorang wanita mengalami penyakit kulit yang cukup parah hingga seluruh tubuhnya
penuh dengan bintik-bintik.Berbagai kaedah perubatan telah dicuba namun hasilnya
tidak memuaskan.Akhirnya dia pergi keluar negeri untuk mencuba perubatan yang lebih
moden/hebat ternyata dia tetap gagal. Akhirnya saudaranya yang tinggal dinegara yang
sedang dilawatinya berkata "Saudariku,kamu telah mencuba berbagai perubatan dan
tidak ada perubahan.Apa pendapatmu jika kita mencuba terapi ruqyah syar'iyah ?"

Wanita itu agak ragu-ragu sebab dia harian bagaimana mungkin lafaz-lafaz jampi boleh
menyembuhkan sakit yang dideritainya.Akhirnya dia bersetuju untuk menjalani terapi
ruqyah syar'iyah tersebut.Hasilnya belum genap sebulan menjalani terapi itu dia telah
merasakan perubahan positif dalam penyembuhan.

Ayat-ayat terapi ruqyah syar'iyah untuk penyembuhan penyakit kulit:

1. al-fatihah 7x
2. al isra 82 7x
3. fushilat 44 7x
4. selawat syifa 7x

ditiup pada ubun-ubun dan 2 botol besar air mineral untuk dibuat minum selama
seminggu. Pesakit perlu menjalani terapi setiap minggu sehingga pulih sepenuhnya.

PENYEMBUHAN TERAPI AL QURAN UNTUK SERING KEGUGURAN

Seorang gadis remaja bernikah pada usia yang masih muda.Pada tahun pertama dia
telah hamil dan melahirkan seorang anak perempuan.Namun pada kehamilan
berikutnya dia selalu keguguran sebelum genap bulan ketiga dari
kehamilannya.Perkara ini tersu berlangsung hingga tahun-tahun berikutnya.Dia telah
melakukan pemeriksaan doktor dan melakukan diet secara teratur namun hasilnya
belum memuaskan.

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
130
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

Rupanya takdir Allah menghendaki kesembuhannya.Dia mendapat petunjuk untuk
menemui seorang ahli terapi ruqyah yang bersedia datang untuk merawatnya pada
masa-masa kehamilan.Ketika dia kembali hamil,ahli terapi ruqyah itu datang lalu
membacakan lafaz-lafaz ruqyah sepanjang masa kehamilannya.Selain itu dia juga
menasihati wanita itu untuk merawat dirinya sendiri dengan membaca ayat-ayat syifa
tiap-tiap lepas solat.Hasilnya wanita itu berjaya melahirkan secara semulajadi, demikian
juga pada kehamilan berikutnya dan semua anaknya dalam keadaan sihat wal afiat.

Ayat-ayat ruqyah untuk kesembuhan ini ialah

1. al-fatehah 7x
2. al isra 82 7x
3. anbiya 89 7x
4. selawat syifa 7x.

AMALAN YASIN AYAT 10 UNTUK MEMBUKA MINDA MANGSA SIHIR GUNA-
GUNA/PENGASEH

Dan (dengan sebab itu) sama sahaja kepada mereka, engkau beri amaran atau engkau
tidak beri amaran kepadanya mereka tidak akan beriman. (10)

1) Jazamkan dahulu ayat diatas sekali seumur hidup,lakukan solat hajat dan baca ayat
diatas 313 kali lalu berdoa minta Allah sebatikan ayat ini dalam badan.

2) Wiridkan yasin 10 ini 33 kali tiap-tiap lepas solat dengan istiqomah lalu berdoa minta
dibukakan minda "polan bin/bte si polan" supaya kembali kepada keadaan seperti
sediakala.

ILMU ROTAN API BAGI MEMUKUL JIN

"dan bukanlah engkau (wahai Muhammad) yang melempar ketika engkau melempar,
akan tetapi Allah jualah yang melempar (untuk membinasakan orang kafir) " Al Anfal 17

Bacalah ayat ini diatas dengan kuat setiap kali anda merotan/memukul pesakit yang
sedang kerasukan dek kerana degilnya jin untuk keluar dari jasad.Jika tiada
rotan,memadai memukul dengan kuat menggunakan tapak tangan/serban/sejadah
dibelakang pesakit.
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
131
Terbitan Klinik Muallij Islamiah


IKHTIAR SUPAYA SESEORANG PULANG KE PANGKUAN

Antara amalan-amalan untuk membawa pulang individu yang hilang:

1. Membaca surah al-Fatihah 11x dengan setiap surah dalam satu nafas tiap-tiap lepas
solat.

Pada ayat keempat yang bermaksud: Hanya Engkau Tuhan aku sembah dan hanya
Engkaulah Tuhan yang aku minta pertolongan, terus berdoa dalam hati agar pulangkan
anak.

2. Amalkan membaca 40x surah al-Ikhlas sehari dengan setiap surah senafas. Pada
ayat kedua: Hanya Allah tempat meminta terus lintaskan dalam hati nama anak yang
hilang tu.

3. Amalkan solat hajat setiap tengah malam dengan istiqomah.

4. Baca surah Toha dari ayat satu hingga enam 11x tiap-tiap lepas solat niatkan supaya
anak pulang kepangkuan dengan istiqomah.













Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
132
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

BAB LAPAN

SANTAU




Klinik muallij
http://klinik-muallij.blogspot.com/
oleh: Muallij Mustakim bin Mohd Najib Al-Kelantani


Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
133
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

SANTAU

Santau adalah istilah penyakit yang terkenal dalam masyarakat Melayu, khususnya
di Nusantara. Penyakit yang tergolong dalam nama santau itu wujud. Penyakit itu
biasanya dikenali berdasarkan tanda-tanda zahir yang dialami oleh pesakit. Contohnya
batuk berpanjangan, berbulan-bulan, kadang-kadang mengambil masa bertahun,
dengan menggunakan pelbagai ubat, tetapi batuk tidak hilang. Ada juga yang batuk
mengeluarkan darah, hilang selera makan, badan kurus kering, kulit berkedut-kedut,
kuku kebiru-biruan, disekeliling mata juga kebiru-biruan, tidak bermaya, sejuk kaki
tangan khususnya pada petang hari, murung, tidak ceria dan sebagainya.

Penyakit sedemikian tidak semestinya santau. Ia boleh berlaku sedemikian dengan
sebab fizikal yang lain, mungkin kerana dia bermasalah penyakit paru-paru rosak atau
tonsil kronik atau sakit TB, keracunan dan sebagainya. Pesakit jenis ini biasanya akan
terubat dengan doktor pakar. Mungkin kerana sudah diubati tetapi tidak sembuh, maka
mereka beralih kepada rawatan alternatif. Salah satu yang sering dirujuk ialah bomoh
santau atau perawat-perawat lain. Kebanyakan pengubat akan memberitahu pesakit itu
bahawa dia terkena penyakit santau. Ertinya ada orang bagi dia makan sesuatu, atau
dia memakan ramuan yang di dalamnya ada santau.

Apa dia santau? Saya sendiri tidak tahu apa dia sebenarnya. Cuma hasil daripada
percakapan banyak orang, kononnya santau diperbuat dari bahan yang amat-amat
bisa. Dikatakan ia diperbuat daripada bulu ulat bulu yang mati merana (meragan),
dicampur dengan bisa ular, lipan atau kala jengking dan dicampur dengan kaca halus
daripada bal lampu kalimatang yang ditumbuk halus. Selepas itu ia dikatakan melalui
proses adunan tersendiri dan dikeringkan, dijadikan serbuk untuk diletakkan dalam
makanan atau minuman. Ini adalah cerita lisan, tiada orang yang boleh mengesahkan
ia adalah santau yang sebenarnya.

Kalaupun ada yang membuat santau, tentulah dia merahsiakannya dan tidak
mungkin dia mendedahkan rahsianya kepada orang. Adakah orang yang sanggup
membuatnya untuk menganiayai orang lain? Semata-mata dengan sedikit bayaran
dunia, tidak kah mereka takut kepada dosa dan sebagainya?

Zaman ini manusia menjadi makhluk yang serba boleh, serba jadi. Misalnya
mereka sanggup mendera isteri, mendera orang gaji, membunuh diri, keluarga dan
rakan, serta melakukan pelbagai kemusnahan. Manusia menjadi haiwan, malah lebih
teruk daripada haiwan. Apakah itu (menggunakan santau) tidak dikatakan sebagai
manusia kerana wang atau kerana hendak memuaskan hati?

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
134
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

Oleh santau adalah salah satu daripada kekejaman manusia. Yang penting tanda-tanda
penyakit tadi jelas, orang itu sakit, setiap sakit ada ubatnya. Berubatlah dengan cara
yang betul, apabila Allah bukakan ruang kesembuhan, insya-Allah kena ubatnya,
penyakit akan sembuh. Sering kita dengar ada orang yang boleh membeli santau
daripada orang tertentu dan sebagainya, itu adalah kata orang, anda jangan mudah
mempercayainya. Oleh yang demikian, berdoalah kepada Allah agar kita selamat dari
kedengkian manusia.
Wallahu a'lam.

MERAWAT SANTAU TERAPI RUKYAH DAN BISMILLAH

1) Bahan yang perlu ada semasa proses merawat:
a) Air Mineral 1 botol
b) Air Kolah Tiga Masjid 1 botol (semua sekali 3 botol, kalau botol 10 liter lebih baik)
c) Daun Pandan 3 Helai
d) Garam rukyah

2. Bacakan pada air yang dicampur dengan garam rukyah:-

a. Al-Fatihah - 1 kali
b. Ayatul Qursi 1 kali
c. Al-Hasyr: 21 hingga 24 1 kali
9 !9 )9 ?s ,> .9 !-:> l... :> <
=. `:{ !',. _!=9 `=-9 `3. < %!
9| | `=s -9 :9 -9 `>9 <
%! 9| | 7=9 '_)9 `=.9 9 9
'-9 '!,>9 6.9 >, < !s 2: <
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
135
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

,=9 !,9 '.9 `&! '!`{ _`.>9 _,. 9 !
,.9 _{ '-9 `3>:







d. Yasin:
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
136
Terbitan Klinik Muallij Islamiah


Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
137
Terbitan Klinik Muallij Islamiah


3. Beri minum pesakit air yang dibacakan pada ayat di atas.

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
138
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

4. Perhatikan tanda selama 10 minit.Kebiasaannya pesakit akan muntah.Jika muntah,
perhatikan kandungan muntahnya.Insyaallah, santau telah pun keluar.

5. Jika pesakit hanya sendawa atau tiada kesan, bacakan rukyah yang sama pada
pesakit dan tepuk beberapa kali sambil membaca kalimah syahadah.

6.Jika pada waktu ini pesakit tiada simptom apa-apa, pesakit diharuskan minum air
yang dirukyah selama 3 hari. Kemudian rawatan yang sama diulang.

RAWATAN SANTAU TERAPI TRADISIONAL DARUSSYIFA

Kaedah ini didapati Tuan Haji Mokhtar Kasan Darussyifa. Dengan menggunakan
ramuan herba dan madu untuk dibuat minum dan makan.

Minum

Bahan:
a) Gula batu sebesar ibu jari tangan
b) Daun dukung anak secekak (warna hijau) bersama akar
c) daun pegaga kampung (yang jenis kecil) secekak dengan akarnya sekali. (Bukan
pegaga jepun)
d) Batang tebu (tebu merah atau hitam) 3 ruas diambil isinya dipotong kecil

Cara penyediaan

a) Semua bahan a-d direbus dengan empat gelas air. Bila air rebusan tinggal dalam
kurang 2 gelas barulah boleh dibuat minum. Minum segelas sahaja dan biarkan bakinya
(Tunggu sehingga suam baru minum).
b) Kemudian tambah lagi gula batu dan air empat gelas ke dalam baki air rebusan tadi
dan rebus sehingga air sejat menjadi kurang dua gelas. Minum apabila air telah suam.
c) Khasiatnya, mengecutkan organ dalaman yang luka. Sesuai juga untuk ibu yang baru
lepas bersalin.
d) Air ini tidak sesuai untuk pengidap kencing manis.

Makan

Bahan
a) Madu lebah 3 sudu (jenis madu lebah tualang)
b) Beras pulut 3 suku cawan dibasuh dan dikeringkan dan ditumbuk
c) Halia muda 3 sudu yang diracik halus dan dipotong dadu
d) Gula pasir 2 setengah sudu

Cara penyediaan

a) Semua bahan dicampur dan kacau hingga sebati
b) Dimakan sesudu setiap sejam sekali
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
139
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

c) Buat sehingga 7 kali
d) Tidak sesuai untuk pengidap asma, lelah dan resdung sebab ramuan beras pulut
tadi.

Untuk Penahan Darah (Keluar dari mulat atau rongga)

Bahan:
a) Kelapa muda jenis hijau (bukan kelapa gading/kuning)
b) Air
c) Sireh
d) Gambir, kapur makan dan buah pinang muda (ambil isi putihnya)
e) Akar pinang
f) Akar pisang kelat secekak

Penyediaan

a)Semua bahan tersebut direbus dan dibacakan doa untuk air rebusan ini. Doa-doanya:

b) Surah Al-Lahab: 1 (Kaedahnya apabila sampai lahabiu watab, berhenti dan berdoa
Ya Allah berhentikan darah yang keluar dari mulut sipolan bin sipolan)

c) Surah Yasin:38. (Kaedahnya apabila sampai zaalika taq, berhenti dan berdoa Ya
Allah berhentikan darah yang keluar dari mulut sipolan bin sipolan dan bace ayat
hingga habis)

d) Surah Hud: 44

e) diminum 3 kali sehari.

Sakit Dada

Bahan:
a) Jintan Putih dan jintan manis setengah camca
b) Kayu manis 2 jari
c) Bual pala setengah biji

Cara penyediaan
a) Semua bahan direbus dengan 3 cawan air hingga tinggal 1 setengah cawan dan
minum pada pagi dan petang. Ingatan, jika pesakit masih sakit pada hari berikutnya,
jarakkan sehari (minum hanya dua hari sekali)
b) Jika pesakit tidak boleh meminum herba, memadai dengan meminum madu dengan
bacaan selawat dan bismillah 5.

Benteng Diri Buat Pesakit Santau

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
140
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

a) Jaga hukum agama. Solat dan amalkan zikir dan rajin-rajinlah dirikan solat sunat
malam, berzikir, membaca al-quran dan lain-lain lagi.

b) Sentiasa berdoa kesejahteraan diri dan keluarga ketika selesai solat
c) Amalkan membaca Al-Fatihah, 3 Qul, Ayat Qursi

d) doa penggerak
(Baca setiap kali menjamah makanan, keluar rumah dan lain-lain lagi)

Cara hendak mengetahui terkena santau

a) Teknik perahkan pati limau nipis ke dalam mulur ketika hendak masuk tidur. Jika
terdapat tanda-tanda batuk, gelisah masa tidur dan lain-lain lagi berkemungkinanan
memang benarlah disantau.
b) santau berkaitan rapat dengan penyakit fizikal seperti gatal-gatal pada badan, barah,
sakit jantung, paru-paru, buah pinggang dan lain-lain lagi kecuali gout dan kencing
manis. Wallahu alam


PERKARA YANG DILARANG KETIKA DALAM RAWATAN

Pelbagai nasihat dari perawat islam di antaranya dilarang memakan ikan yang
bersengat. Untuk kaedah perubatan Ustaz Mokhtar Kasan ini, pesakit dtegah memakan
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
141
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

semua jenis limau dan perasa limau(limau sunkist dan kordial orange pun tak boleh),
cuka, buah yang masam, jeruk, nenas dan rebung. Kurangkan makanan pedas,
berminyak dan air batu. Aktiviti harian pula, kurangkan bersukan dan aktiviti lasak serta
kurangkan beban barang apabila mengangkat barang.

Kesannya ialah berlaku pendarahan dan luka yang teruk jika tidak dikawal lebih-lebih
lagi luka dalaman.

Di samping itu, pesakit juga wajib mendekati Allah dan memenuhi kehidupan harian
dengan zikir. Perbanyakkan doa dan solat hajat serta tahujjud.

CARA MERAWAT PESAKIT SANTAU MELALUI KAEDAH TEPUK

1. Ustaz Mokhtar menerangkan, kaedah dengan menggunakan daun nangka. Fizikal
daun nagka yang keras dan tidak mudah koyak itu sesuai untuk menggosok badan
pesakit

2. Terdapat dua cara tepuk iaitu:

a) Guna tangan perawat untuk menepuk
b) Gunakan daun nangka untuk menepuk

3. Untuk sehelau daun nagka boleh guna untuk lebih seorang pesakit.

4. Peralatan yang digunakan
a) Sehelai daun nagka
b) Satu pelepah daun pisang yang baru nak terbuka (warna hijau muda)
c) Sehelai surat khabar besar sebagai alas
d) 4 klip rambut panjang (seperti yang di salun rambut)
e) 1 keping kertas lebar (kertas pelan) untuk disepit di tengah surat khabar tadi
f) Lampu suluh
g) Air mineral berukyah serta bekalan ubat seperti yang telah diterangkan tadi (pesakit
boleh buat sendiri atau perawat menjual kepada pesakit)

5. Antara doa-doa yang dibaca:
a) Al-fatihah
b) Selawat Syfa
c) Surah Mariam ayat 17
d) Bimillah 5
e) Ayat Kursiy
f) Surah Al-Hasyar ayat 21-24 (Ayat pengebom/ tak sesuai untuk perempuan
mengandung, pesakit jenis muntah darah dan kanser)

6. Merawat mengikut keadaan pesakit. Ada sesetengah pesakit menjadi histeria jadi
sebagai langkah terbaik sebagai muallij ialah merawat pesakit mengikut jantina.
Perawat lelaki sama pesakit lelaki, itulah yang lebih afdal.
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
142
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

7. Semasa merawat, pesakit hanya membuka baju sahaja. (bukan keadaan yang
mengaibkan.

8. Tepuk hanya dari bahagian tengkuk hingga pinggang sahaja

9. Posisi pesakit mestilah dalam keadaan merangkak di atas surat khabar/pelepah
pisang yang disediakan.

10. Cara menepuk:

a) Sebelum menepuk: Baca ayat Kursiy dan berdoa minta perlindungan dari Allah dan
mendoakan pesakit sembuh, insya Allah.

b) Daun nangka dipegang dibahagian depan daun yang licin dengan ibujari, di
bahagian belakang daun yang lain dipegang dengan 3 jari yang lain.

c) Sentuh tulang belakang untuk memeriksa tempat santau berada. Ianya lebih panas
berbanding kawasan yang lain.

d) Gunakan tangan Cara menepuk mengibas-kibas selari, perlahan-lahan di tempat
yang panas tadi.

11. Jika tidak berkesan:

a) Perawat menepuk bermula dari tengkuk hingga pinggang selari dengan tulang
belakang.

b) Kemudian Dari bahu kiri hingga ke pinggang, selari dengan bahu kiri.

c) Diulang sehingga tiga kali sahaja. Jangan lebih

d) Jangan menepuk di bahagian kepala pesakit kerana ianya boleh mendatangkan
kecederaan otak!

12. Serangan berkemungkinan besar berlaku. Kalau ada tindakbalas dari jin/santau
maka:

a) Perawat tahan nafas sambil membaca ayat Kursi dan tangan yang sihat menolak
bisa tangan yang terasa bisa/kebas bermula dari pangkal bahu. Niatkan menolak bisa
itu dan tolak melurut hingga ke hujung jari. Insya allah, buat dengan keyakinan maka
bantuan allah sentiasa disisi.

13. Rawatan adalah 2-3 kali sehari. Kalau pesakit tidak mampu, suruhlah buat rawatan
sehari sekali.

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
143
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

14. Untuk melihat serbuk yang digunakan, perawat perlu menyuluh dalam keadaan
gelap yakni lampu bilik tertutup. Jika serbuk itu jatuh ke daun pisang, kelihatan daun
pisang itu layu di bahagian tempat serbuk itu jatuh. Perhatikan jenis serbuk apa yang
digunakan sama ada kaca, miang buluh dan lain-lain lagi. Hati-hati semasa melihat
kerana dikhuatiri bernafas dan menyedut serbuk tersebut.

15. Apabila selesai proses menepuk, perawat perlu berhati-hati mengemas tempat
tepukan. Di sini perawat perlu menggulung surat khabar dan daun pisang. Hati-hati
jangan sampai terkena santau tersebut. Penyepit divabut terlebih dahulu dan daun
pisang digulung bersama-sama surat khabar tadi dan diikat seperti mengikat tempe di
mana hujungnya bertemu ditengah-tengah dan dibuang ke tong sampah atau ditanam
atau dibakar di tempat pembakaran.

16. Selepas itu cuci tangan dan buat solat sunat dua rakaat.

TIPS

1. Sebelum mengambil daun nangka dan daun pisang, hendaklah:
- Jangan menindih bayang pada pokok
- Beri salam Nabi Ilyas
- Niatkan untuk buat ubat
- Baca surah al-fatihah 1 kali dan al ikhlas 1 kali.

2. Untuk menepuk pula baca al-fatihah 1 kali dan al ikhlas 11 kali. Dinasihatkan supaya
mengambil tumbuhan pada waktu siang kerana pada waktu malam, tumbuhan biasanya
berzikir dan beristirehat.

PEMUTUS

1. Jika pesakit sudah sembuh betul dibolehkan membawa garam halus, pisau dan tiga
biji limau nipis setangkai yang dipetik dari pokok menghadap qiblat mengikut kaedah:
-Jangan menindih bayang pada pokok
- Beri salam Nabi Ilyas
- Niatkan untuk buat ubat
- Baca surah al-fatihah 1 kali dan al ikhlas 1 kali

2. Barang ini menandakan tamatnya rawatan. Perawat memotong limau sebiji dan
sebelah dimakan oleh pesakit dan sebelah lagi dimakan oleh perawat setelah di sapu
garam.

3. Perawat membuat air penawar dengan bacaan al-fatihah, bismillah 5 dan selawat
syifa.
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
144
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

BAB SEMBILAN
SAKA
DAN
KHADAM



Klinik muallij
http://klinik-muallij.blogspot.com/
oleh: Muallij Mustakim bin Mohd Najib Al-Kelantani


Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
145
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

SAKA

Ada yang beranggapan dalam semua kes gangguan rohani yang paling susah
untuk rawat adalah saka. Betul atau tidak, bukan persoalan, kerana bagi saya yang
paling susah untuk rawat adalah hati. Kerana hati adalah raja dalam diri, akal menteri
dalam tubuh. Saka adalah jin yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah
sekian lama sehingga sebati dengan diri manusia tersebut. Ianya berlaku samada
seseorang itu sedar atau tidak kerana ianya diwarisi dari keturunannya. Saka ini wujud
apabila nenek moyang terdahulu mempelajari ilmu tertentu yang membabitkan jin dan
diperturunkan kepada pembawa saka tanpa diketahui atau boleh jadi juga jin tersebut
sendiri memilih untuk mendampingi keturunan yang dikehendaki.
Jin tersebut oleh nenek moyang pembawa saka apabila mereka telah meninggal
dunia. Semasa mereka hidup, mereka telah bersahabat dan membela jin-jin tersebut
yang dikenali dengan pelbagai nama. Nama-nama seperti hantu raya, pelesit,
pontianak, polong dan lain-lain memang terkenal di kalangan masyarakat melayu.
Namun hakikatnya semuanya adalah sama iaitu makhluk Allah s.w.t. yang dikenali
dengan nama jin dan syaitan. Persahabatan antara jin dan manusia dalam bentuk
'khadam' dinyatakan di dalam al-Quran. Firman Allah s.w.t.dalam Surah al-Jin: 6

Jin yang dijadikan khadam inilah akhirnya menjadi saka yang perturunkan dari
ayah ke anak dan keturunan yang seterusnya (mereka yang mempunyai pertalian
darah). Ini disebabkan perjanjian yang telah dibuat oleh nenek moyang denan jin
tersebut dan mengundang masalah dan penderitaan kepada keturunannya.
Secara umumnya orang yang memiliki saka akan mempunyai kebolehan untuk
mengubat orang yang sakit disebabkan jin dan syaitan tetapi dengan cara yang
meragukan dari sudut syariat, antaranya:

a) Kebanyakkan mereka mempunyai kebolehan mengubat melalui kaedah menurun.
Caranya ialah jin tersebut memasuki tubuh orang yang mempunyai saka tersebut dan
kemudiannya menyamar sebagai para wali Allah dan orang-orang soleh seperti Syeikh
Abdul Qodir al-jilani, Syeikh Bahauddin an-Naqsyabandi, Syeikh Abu Hassan as-Syazili
dan sebagainya. Namun hakikatnya ia cumalah jin yang datang daripada saka.

b) Pembawa saka mampu berubat tetapi menggunakan jampi yang mempunyai unsur-
unsur syirik yang boleh menggugurkan syahadah dan iman.

c) Pembawa saka mampu berubat tetapi menggunakan jampi yng langsung tidak dapat
difahami.
d) Pengamal perubatan yang kebolehannya datang dari saka selalunya sering
melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat.
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
146
Terbitan Klinik Muallij Islamiah


e) Ada di kalangan mereka mendapat ilmu kebolehan mengubat melalui mimpi tanpa
belajar.

Saka berpindah sebaik sahaja pembawa saka yang terdiri daripada nenek
moyang yang membuat perjanjian dengan jin tersebut meninggal dunia. Apabila
pembawa saka meninggal dunia, jin saka tersebut tidak mempunyai perumah/pembela
maka ia mencari perumah/pembela baru dari kalangan anak cucu tuannya yang telah
mati itu tadi. Berikut adalah kronologi bagaiman jin saka berpindah selepas kematian
tuan punya saka tersebut:

a) Apabila nenek moyang yang membela jin tersebut mati; jasadnya mati setelah
rohnya keluar dari jasadnya. Namun begitu, jin yang berdamping dengan nenek
moyang itu tidak mati kerana umur jin bukannya seperti manusia.

b) Apabila jasad perumah saka itu dikebumikan, jin tersebut bebas dan berada dalam
keadaan seperti layang-layang yang terputus talinya. Lalu ia berkeliaran di atas bumi
mencari rumah tumpangannya yang baru. Perihal nyawa jin dan syaitan yang ternyata
lebih panjang dari unsur manusia.

c) Kemudiannya saka tersebut akan bepindah kepada anak cucu sebagai perumah
yang baru. Kebiasaannya jin tersebut akan berpindah kepada anak cucu yang ada
mengamalkan jampi-jampi tertentu yang diambil dari si mati.

d) Saka juga boleh berpindah dari si mati kepada warisnya apabila anak cucu tersebut
ada menyimpan mana-mana barang tinggalan si mati.

e) Saka juga berpindah kepada anaka cucu yang secara pengamatannya merupakan
waris yang menjadi orang harapan kepada keluarga pada masa hadapan khususnya
orang harapan kepada si mati yang menyimpan saka tadi.

f) Orang yang berpotensi mewarisi saka adalah orang yang tinggal bersama si mati
semasa hidupnya iaitu serumah dengannya.

Mereka yang menjadi sasaran Saka ialah anak cucu yang sangat cetek
pengetahuan agamanya, anak cucu yang melazimi maksiat dan sering melanggar
peraturan agama, anak cucu yang sentiasa meninggalkan ibadat wajib seperti solat dan
puasa.
Adakalanya anak cucu yang kuat pegangan agamanya kerana jin dan syaitan
sangat mengidamkan supaya orang yang taat berjaya disesatkan. Anak cucu yang
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
147
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

lemah, fizikal dan antibodinya. ini akan memudahkan jin untuk bertapak di dalam badan
mangsanya. Selain itu, anak cucu yang memang menginginkan sangat apa yang
dipunyai oleh nenek moyang mereka. Apabila saka ini diwarisi seolah-olah orang
mengantuk disorongkan bantal. Anak cucu yang memang mengidamkan kehebatan
dengan pelbagai kelebihan di hadapan manusia walaupun dengan cara yang mencabar
syariat Allah s.w.t.

Gejala pada waktu tidur:
Susah tidur malam, tidak boleh tidur kecuali setelah besusah payah.
Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut.
Mimpi buruk yang dikenali kabus seperti mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya
lantas menjerit meminta pertolongan, malangnya tiada siapa mendengar. Biasanya
erjadi dalam keadaan 'kena tindih'.
Mimpi perkara yang menakutkan dan menyeramkan.
Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, tikus dan sbagainya.
Kalau bermimpi dipatuk ular, kemungkinan petanda bahawa sihir telah pun masuk ke
dalam jasadnya.
Bunyi gigi berlaga ketika tidur.
Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika sedang tidur.
Berdiri dan berjalan ketika tidur.
Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
Mimpi berada di kawasan kotoran atau kawasan perkuburan.
Mimpi berada di tempat sunyi.
Mimpi terserempak atau melihat makhluk dengan rupa yang menakutkan atau
diistilahkan sebagai hantu.

Kaedah Buang Saka
Secara sepintas lalu, kaedahnya:

1) BismILLAH 10x





Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
148
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

2) Pembuka Aurad






Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
149
Terbitan Klinik Muallij Islamiah


3) Kalimah Syahadah 3x


4) Tahlil Khusus 3x









Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
150
Terbitan Klinik Muallij Islamiah



5) Selawat Fateh / Selawat Azimiah 3x


Ya ALLAH, limpahkanlah Selawat dan Salam serta Keberkahan ke atas Penghulu kami
Muhammad (ShalALLAHu`alaihiwasalam),Pembuka bagi yang telah tertutup, Penutup
risalah yang telah berlalu,Penolong kebenaran dengan kebenaran, dan Penunjuk ke
jalanMU yang lurus. Semoga ALLAH melimpahkan Selawat keatas nya
(ShalALLAHu`alaihiwasalam)dan keatas Keluarga nya dan para Sahabat nya dengan
hak kadar nya dan kedudukan nya (ShalALLAHu`alaihiwasalam) yang Agung.

6) Al Qashash : 88 3x

88. dan janganlah Engkau menyembah Tuhan Yang lain bersama-sama Allah. tiada
Tuhan melainkan dia. tiap-tiap sesuatu akan binasa melainkan zat Allah. bagiNyalah
Kuasa memutuskan Segala hukum, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan
(untuk dihitung amal masing-masing dan menerima balasan).

Kaedahnya, secara ringkasnya dibacakan pada pesakit, dihembuskan pada leher dan
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
151
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

tapak tangan. Sesudah dihembuskan pada tapak tangan, minta pesakit raut ke muka
sendiri sambil selawat di dalam hati dan berdoa.






































Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
152
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

BAB TUJUH

HISTERIA




Klinik muallij
http://klinik-muallij.blogspot.com/
oleh: Muallij Mustakim bin Mohd Najib Al-Kelantani


Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
153
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

HISTERIA - Gangguan makhluk halus atau masalah psikologi ?

Pada tahun Julai 2008, negara digemparkan dengan kes histeria yang
membabitkan 35 orang pelajar Sekolah Menengah Tanjung Lumpur, Kuantan. Lebih
menghairankan lagi, serangan histeria tersebut dikatakan berlaku hampir setiap hari
sehingga sesi pembelajaran terganggu. Ramai mempercayai ia akibat gangguan
makhluk halus. Bagaimana pula dari segi perubatan ?

Professor yang juga Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti
Putra Malaysia, Prof Dr. Azhar Md Zain menjelaskan histeria berlaku di seluruh dunia,
termasuk di barat. Namun, bilangan kes semakin berkurangan apabila sesebuah
negara semakin maju. Beliau ada mencadangkan satu kajian perlu dibuat untuk melihat
mengapa masih wujud kes histeria di sekolah walaupun masyarakat Malaysia kini
semakin moden dan maju.

Histeria dari sudut perubatan

Histeria adalah penyakit psikiatri yang dikenali sebagai 'somatoform disorder'
dan dibagaikan kepada dua jenis iaitu 'conversion disorder' dan 'dissociative hysteria'.
Conversion disorder adalah keadaan yang mana mereka diserang histeria biasanya
akan merasai gangguan fizikal seperti merasai badan lumpuh, buta, pekak dan bisu
walaupun pada hakikatnya mereka tidak mengalami masalah berkenaan.
Kebiasaannya, histeria jenis ini berlaku kerana konflik dan trauma seperti melihat
saudara dirogol, kemalangan dan kematian.

Dissociative hysteria pula menyebabkan mereka yang terkena histeria akan
meronta-ronta, meracau dan menjerit-jerit. Malah, ia kerap berlaku pada kanak-kanak
dan remaja akibat konflik yang tidak dapat dikawal. Prof Azhar berkata, Dissociative
Hysteria kerap berlaku dalam masyarakat Malaysia dan biasanya membabitkan pelajar
sekolah, penuntut IPT dan pekerja wanita di kilang manakala di Barat lebih popular
dengan histeria jenis conversion disorder.

Histeria dari perspektif Islam

Menurut pengamal perubatan Islam, Fauzi Mustapa, histeria mengikut perspektif
Islam adalah merujuk kepada keaadaan di mana manusia tidak sedar, dirasuk dan
hilang ingatan akibat gangguan emosi yang tidak terkawal dan tekanan perasaan akibat
masalah peribadi, rumah tangga dan kepincangan masyarakat. Ia boleh berlaku apabila
seseorang itu tidak sedarkan diri dan syaitan mula menguasai akal fikiran mereka
sehingga menyebabkan ada yang meracau, menjerit dan melakukan perkara di luar
batasan manusia normal serta hilang ingatan.

Trend popular semasa musim orientasi dan musim peperiksaan ?

Pada 20 tahun lalu kes histeria dilaporkan banyak berlaku di negara ini dengan
kes tertinggi di sekolah berasrama, kilang dan kem motivasi serta minggu orientasi.
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
154
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

Namun ia mulai berkurangan dan menjadi kes terpencil pada 1990-an. Berdasarkan
kajian kes terdahulu, kebanyakkan kes histeria didapati berlaku dalam minggu
peperikaan di sekolah berasrama dan minggu orientasi di IPT. Dipercayai penglibatan
terlalu banyak aktiviti yang meletihkan hingga mengganggu masa tidur dan rehat pelajar
dikatakan punca kepada kes histeria semasa minggu orientasi.

Selain itu, pelajar asrama juga mudah terkena histeria kerena tidak dapat mengawal
konflik seperti mengikut disiplin yang ketat selain kerinduan pada keluarga. Dalam kes
1980-an, kebanyakkan kes histeria berlaku di sekolah agama yang mana disiplinnya
lebih tinggi berbanding sekolah biasa.

Kes membabitkan perkerja kilang, biasanya berlaku pada waktu malam. Ia dipercayai
berlaku kerana pekerja keletihan tidak cukup tidur selain faktor ketakutan kerana sering
mendengar cerita mengenai hantu.

Wanita lebih cenderung dengan fenomena histeria ?

Menurut Prof Dr Azhar, kebanyakkan kes membabitkan wanita kerana tahap
ketakutan mereka lebih tinggi berbanding lelaki. Tambah Prof Dr Azhar lagi, histeria
sebenarnya berlaku kerana konflik yang tidak dapat dibendung dan dikawal oleh
individu itu dan cara mengawalnya adalah dengan memberikan bantuan bukan tekanan
kepada mereka yang ada masalah atau lemah.

Rawatan

Cara rawatan terbaik untuk histeria adalah dengan memberikannya sesi kaunselling.
Bagi mengelakkan ia 'berjangkit' dan menjadi epidemik, mereka yang diserang histeria
wajar diasingkan dengan orang lain. Bagi orang Islam, biasanya pengamal perubatan
Islam akan memberikan rawatan untuk menenangkan pesakit dengan bacaan ayat Al-
Quran. Begitu juga dengan agama lain, yang mana mungkin orang yang arif dalam
agama mereka akan memberikan rawatan mengikut kepercayaan masing-masing.

Namun, seeloknya selepas rawatan berkenaan, pesakit diberikan keyakinan untuk
megawal diri dan selepas pulih pesakit diberikan sokongan seperti bertanyakan
masalah dihadapi mereka.

KAEDAH MUALLIJ

1. Asingkan mangsa histeria ke ruang yang lain
2. Bercakap dengan bahasa yang baik pada mangsa histeria agar bertenang
3. Jangan diikat, digari atau pukul mangsa histeria
4. Muallij membaca ayat pendinding. Jika tidak sempat, minimumkan bacaan
bismillahirrahmanirrahim sudah memadai.
5. Jika bekesempatan, pagarlah di muka pintu atau kawasan dengan membaca:-
Yaasin:9 (buat isyarat dengan jari telunjuk)
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
155
Terbitan Klinik Muallij Islamiah


b) kiri dan kanan bahu


c) kiri dan kanan tulang belikat belakang

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
156
Terbitan Klinik Muallij Islamiah



d) kiri dan kanan pelipat siku
e) kiri dan kanan pergelangan tangan
f) kiri dan kanan picit hujung jari tangan
g) kiri dan kanan tulang sendi pinggul
h) kiri dan kanan belakang lutut
i) kiri dan kanan sendi buku lali
j) kiri dan kanan jari-jari kaki

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
157
Terbitan Klinik Muallij Islamiah



3. Perhatian, kalau pesakit histeria adalah perempuan dan perawat seorang lelaki,
suruh orang perempuan yang menekan dan perawat hendaklah menunjukkan titik-titik
seperti di atas.

KES BIASA

Baca ayat di bawah sambil menepuk dahi pesakit dan buatkan isyarat seperti
membuang dari dahinya.
1. Surah az-Zumar:42
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
158
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

< . _{ > !. .9 `9 . !!
. .9 .% !=. ,9 `` >{ <| >
. | 9 )9 `3.

2. Wahai makhluk Allah. Dari Allah kamu datang dan kepada Allah
kamu kembali. Keluar kamu dari tubuh anak Adam ini!

KES BERAT

Untuk kes histeria yang begitu agresif bacakan rukyah ini dan hembus. Jika berpeluang,
peganglah ubunnya.
1.Surah Al-Baqarah:163
/39| 9| > 9| | >9 `>9
2.Surah An-Naml:30-31
| = | `., < >9 >9 =-.
?s . =`.`











Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
159
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda


WIRID
UNTUK
PESAKIT
(BEKALAN SELEPAS RAWATAN)






Klinik muallij
http://klinik-muallij.blogspot.com/
oleh: Muallij Mustakim bin Mohd Najib Al-Kelantani



Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
160
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

1) Baca doa ini setiap selesai Solat Subuh dan Asar.

AYAT DI BAWAH IN DIULANG BACAANNYA SEBANYAK TIGA KALI

Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari semua kejahatan yang
dicipta-Nya.

Dari Abu Dawud dan Tirmidhi, Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa yang membaca doa ini tiga
kali, tiada apa-apa malapetaka akan terjatuh ke atasnya."

2) Dan Baca doa ini.

AYAT DI BAWAH IN DIULANG BACAANNYA SEBANYAK TIGA KALI

Dengan nama Allah, yang dengan nama-Nya akan terhalanglah segala di bumi dan di langit,
untuk menimpakan bencana, dan ia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.

Dari Ibn Hibban; Rasulullah SAW bersabda : "Hamba-hamba Allah yang membaca membaca
doa ini pada waktu pagi dan petang tiga
kali, tiada apa jua kesakitan akan dialaminya."

3) Kemudian Baca doa ini.

AYAT DI BAWAH IN DIULANG BACAANNYA SEBANYAK 100 KALI

Tiada Tuhan Melainkan Allah, Yang satu dan tiada sekutu bagi- Nya. Bagi-Nya segala
kekuasaan, dan bagi-Nya segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan yang mematikan, dan
Dia sangat berkuasa atas segala sesuatu.

Dari Bukhari, Muslim dan Malik, diriwayatkan oleh Abu Hurairah; Rasulullah SAW berkata,
Sesiapa membaca
ayat ini seratus kali sehari, pahalanya seperti memerdekakan sepuluh orang hamba, Seratus
kebajikan dituliskan untuknya dan seratus keburukan dibuang darinya, dan menjadi benteng
dari gangguan syaitan sepanjang hari.


PELBAGAI ZIKIR DARI RASULLULLAH

(1) Zikir dikala menghadapi keadaan genting dan susah.
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
161
Terbitan Klinik Muallij Islamiah


Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah yang Maha Besar lagi Maha Penyabar. Tiada
Tuhan melainkan Allah yang memelihara ( mempunyai ) Arsy yang besar. Tiada Tuhan yang
disembah melainkan Allah yang memelihara segala langit dan bumi yang mempunyai Arsy
yang maha mulia.

Menurut riwayat Al Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW senantiasa membaca dzikir ini apabila
beliau menghadapi suatu kegentingan.

(2) Zikir dikala merasa takut atau terkejut.

Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari kemarahanNya dan siksaan-
Nya dan dari kejahatan hamba-hambaNya, dan dari gurisan syaithan dan dari kehadiran
mereka itu.

Menurut riwayat Abu Daud dan At Turmudzy, Nabi SAW mengajar sahabat-sahabatnya
membaca taawwudz ini dikala mereka terkejut atau merasa takut dari sesuatu.

Di sini saya catatkan beberapa ayat pilihan untuk anda lakukan sendiri di rumah selepas solat.
Yang penting, amalan yang berterusan. Pilihlah yang mana satu kerana ada di antara kita tidak
mempunyai masa yang cukup untuk melaksanakannya. Ayat ruqyah biasanya mengambil masa
16 minit ke 30 minit bergantung kepada pembaca. Jadi di sini terdapat beberapa pilihan yang
juga berkesan untuk mengatasi atau membatalkan sihir. Sesuai untuk pesakit rawatan berulang
atau pesakit yang belum lagi mendapatkan rawatan. Insya Allah berusaha itu lebih baik dari
berubat.

1. Susunan Ayat 20
Al-Baqarah Ayat 255
Al-A'raf 54-56
As-Soffat 1-11
Ar-Rahman 33-35
Al-Hasyr 21-24

2. Susunan Ayat 33
Al-Baqarah 1-5
Al-Baqarah 255-257
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
162
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

Al-Baqarah 284-286
Al-A'raf 54-56
Al-Isra' 110-111
As-Soffat 1-11
Ar-Rahman 33-35
Al-Hasyr 21-24

3. Susunan Ayat Manzil
Fatihah
Al-Baqarah - ayat 1-5, 163, 255-257, 284-286
Ali-Imran - ayat 18, 26-27
Al-A'raf - ayat 54-46
Al-Isra' - ayat 110-111
Al-Mukminun - ayat 115-118
As-Soffat - ayat 1-11
Ar-Rahman - ayat 33-40
Al-Hasyar - ayat 21-24
Al-Jin - ayat 1-4
Al-Kafirun
Al-Ikhlas
Al-Falaq
An-Nas

4. Susunan Ayat Ruqyah Syariah
Al- Fatihah (Ayat 1 -7)
Al- Baqarah (1-5)
Al-Baqarah ( 102)
Al-Baqarah ( 163-164)
Al-Baqarah ( 255)
Al-Baqarah ( 285-286)
Al Imran ( 18-19)
Al Araf ( 54-56)
Al Araf (117-122)
Yunus (81-82)
Toha (69)
Al Muminun (115-118)
As Soffat (1-10)
Al-Ahqof (29-32)
Ar-Rahman (33-36)
Al-Hasyr (21-24)
Al-Jin (1-9)
Al-Ikhlas
Al-Falaq
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
163
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

An-Nas

5. Susunan Ayat2 Al-Munjiyat
As-Sajadah
Yassin
al-Mulk
al-Insan
ad-Dhukhan
al-Waqiah
al-Buruj

6. Al-Mathurat

7. Kaedah Ustaz As-syeikh Wahid Abdul Salam Bali
1. Surah Al-Baqarah Ayat 102 ( Diulang Sebanyak 7x)






Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
164
Terbitan Klinik Muallij Islamiah




2. Surah Al-A'raf Ayat 117-122 (Diulang Sebanyak 7x)


* Kemudian ayat yang digariskan diulang sebanyak 30x

3.Surah Yunus Ayat 79-82 ( Diulang sebanyak 7x)


* Kemudian ayat yang digariskan diulang sebanyak 70x

4. Surah Toha Ayat 69 (Diulang sebanyak 7x)





Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
165
Terbitan Klinik Muallij Islamiah


Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

BAB DUA BELAS
PAGAR
DAN
BENTENG



Klinik muallij
http://klinik-muallij.blogspot.com/
oleh: Muallij Mustakim bin Mohd Najib Al-Kelantani
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
166
Terbitan Klinik Muallij Islamiah


PAGAR DAN BENTENG DIRI, KEDIAMAN DAN KENDERAAN
Pagar dan benteng adalah satu amalan penting buat perawat dan juga pesakit.
Membenteng diri, kediaman dan kenderaan adalah salah satu usaha kita untuk
mengelakkan gangguan makhluk halus dan bukan untuk mengelakkan sial mahupun
mendapatkan tuah.

1. Antara gangguan pada diri
- Mimpi yang aneh, menyeramkan, menakutkan, berjumpa datuk, nenek dan moyang
dan lain-lain lagi
- Sering melihat kelibat, bayang hitam, hantu, jelmaan makhluk halus dan binatang
berbisa
- Selalu meracau, histeria, merasuk dan lain-lain lagi

2. Gangguan pada kediaman
- Ganggguan makhluk halus terutama sekali pelesit yang menghisap darah
- Kelibat aneh, bunyi aneh dan menyeramkan dan ternampak orang asing di dalam
rumah.
- Sering melihat bebola api, dimasuki binatang berbisa, bunyi aneh dari luar rumah dan
bunyi bising-bising dan juga ketukan dari luar rumah

3. Pada kenderaan
- Kenderaan terasa berat walaupun baru sahaja baiki atau baru sahaja beli.
- Ternampak kelibat dalam kenderaan
- Kenderaan sering rosak apabila melalui kawasan tertentu

Dalam satu kes, seorang pesakit merasakan mendapat terlalu banyak mimpi
akibat gangguan/sihir. Saya syor beliau menggunakan ayat-ayat pagar seperti yang
terkandung dalam topik ini. Satu malam, sebelum maghrib, pesakit baca ayat 10
tersebut. Dalam waktu tengah malam beliau dan pasangannya di rumah tiba2
mendengar dentuman kuat 2 kali.

- Bunyi dentum kuat di sudut bilik solat
- Bunyi dentuk kuat di siling di bilik ruang tamu
- Bunyi bising2 di atas siling / atap

Pagar Diri Daripada Makhluk Halus, Sihir Dan Ilmu Hitam

1. Pagar Pertama - Makan Tamar Ajwah dan Tamar Madinah
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
167
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

Amalkan memakan tamar (kurma) Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan
Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamar
tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda
Rasulullah
S.A.W. yang berbunyi: Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar Ajwah, dia tidak
akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari
itu.(Riwayat al Bukhari.)

2. Pagar Kedua - Berwuduk sebelum tidur
Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai
wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat
sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada mereka.

Sabda Rasulullah S.A.W: Ertinya: Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah
akan menyucikan kamu. Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang
bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya seorang Malaikat.
Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walaupun sedetik untuk mengucapkan doa:
Ya Allah!Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam
keadaan bersuci.(Riwayat at Tabraaniy dengan sanad yang baik)

3. Pagar Ketiga - Mengambil berat tentang solat berjemaah
Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas
serta aman dari gangguan syaitan. Bersikap sambil lewa terhadap solat berjemaah
menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi mereka. Apabila
selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau
melakukan kejahatan lain.

Mengikut riwayat Abu Hurairah lah.a., Rasulullah S.A.W.telah bersabda ertinya Mana-
mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidak mendirikan solat
berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh
syaitan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah.Sesungguhnya serigala akan
memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya.(Riwayat Abu Daud dengan
sanad yang baik).

4. Pagar Keempat - Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri dari sihir
Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah-mudahkannya.Sifat
mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada
syaitan untuk menguasai diri seseorang itu.Apabila syaitan telah mampu menguasai diri
seseorang, maka dirinya adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan
tindakbalas hasil perlakuan syaitan tersebut.
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
168
Terbitan Klinik Muallij Islamiah


Ibnu Masud lah.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. pernah diberitahu tentang perihal
seorang lelaki yang tidur hingga ke Subuh dengan tidak mengerjakan solat malam,
maka Rasulullah S.A.W. pun bersabda:Ertinya: Sesungguhnya syaitan telah kencing di
dalam telinganya(Riwayat al Bukhari dan Muslim).

5. Pagar Kelima - Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas
Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia akan
mencuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai
seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ketandas. Di dalam sebuah buku seorang
mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernah memasuki tandas dengan tidak
membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah dirasuk oleh syaitan.

Apabila Rasulullah
S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa perlindungan dengan
berkata: Ertinya: Dengan nama Allah. Ya Allah!Sesungguhnya saya berlindung
denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan.

Riwayat al Bukhari dan Muslim. Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-
syaitan jantan atau betina.

6. Pagar Keenam - Memagar isteri selepas selesai akad nikah
Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab
berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya di atas ubun-
ubun kepala isterinya sambil berdoa:
Ya Allah. Saya memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau
selubungi ke atasnya,dan saya berlindung dari keburukannya dan keburukan yang telah
Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini ke atasku dan lindungilah
dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki, dan perbuatan
tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang yang
suka melakukan tipu daya.(Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya
baik).

7. Pagar Ketujuh - Berwuduk sebelum tidur, membaca ayat-ayat al Kursi dan berzikir
kepada Allah sehingga terlelap.
Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata kepada
Abu Hurairah: Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur,dirinya
sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu
mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi.

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
169
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut sambil berkata:
Ia telah bercakap benar kepada engkau, walhal ia sendiri sememangnya penipu.
(Riwayat al Bukhari).

PERTAHANAN DIRI

Pendinding atau benteng pertahanan perlu diamalkan sebelum menjadi perawat.
Bentengi diri sendiri, ahli keluarga, kediaman dan lain-lain lagi.

1. Al-Muawwizat (An-Nas, Al-Falaq dan Al-Ikhlas). Diajar oleh jibril apabila Rasullulah
disihir dengan sikat oleh perempuan yahudi. Benteng pertahanan manusia. Sebelum
tidur dan selepas solat fardu.

CARA
1. Lunjurkan kaki ke arah Qiblat
2. Mengangkat dua tangan seperti berdoa
3. Baca ayat-ayat Muawwizat sehingga selesai (tidak termasuk membaca Surah Al-
Fatihah)
4. Tarik nafas kemudian tiup pada tapak tangan sehingga habis nafas
5. Tarik sikit nafas kemudian tahan nafas sambil menyapu tapak tangan keseluruh
anggota badan yang boleh dicapai kecuali anggota sulit.
6. Lakukan sekali sebelum tidur & selepas solat subuh setiap hari

2. Ayat Kursi Kisah Abu Hurairah dengan jin yang mencuri harta zakat dan telah
disahkan oleh Rasullullah. Benteng diri, rumah dan harta.

CARA
1. Baca Ayatul Kursi dengan 9 wakaf
2. Untuk melindungi diri sendiri: selepas baca ayatul kursi tiup disekeliling mengikut
pergerakan tawaf kaabah, dengan niat melindung diri.
3. Untuk melindungi rumah: baca ayatul kursi sambil berjalan mengelilingi rumah
(mengikut pergerakan seperti tawaf kaabah). Berjalan sama ada didalam atau diluar
rumah.

3. Ayat Yasin 1-9 berdasarkan kisah Nabi dikepung oleh orang Quraish.

CARA
1. Untuk memegar diri, keluarga dan harta benda
2. Berdiri disatu penjuru rumah (katakan dihadapan rumah sebelah kanan) sambil
menghadap penjuru rumah satu lagi iaitu dikiri rumah. Baca surah Al-fatihah diikuti
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
170
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

Surah Yaasin ayat 1~9. Sambil baca, sambil berjalan menuju kepenjuru rumah satu
lagi. (Ikut arah Tawaf Kaabah). Baca kombinasi ini di setiap penjuru iaitu sampai
bertemu penjuru yang mula-mula. Jumlahnya 4 kali. Akhir sekali baca kombinasi ini
sambil mengisyarat mendinding keseluruhan bumbung rumah.

4. Ayat Berkubu

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam. Aku berkubu dengan kubu
Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan nabi Muhamad RasululLah.

CARA
1. Berdiri menghadap kiblat (ke arah barat). Baca ayat ini kemudian tiup sehingga
habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.
2. Pusing ke arah kiri (sekarang berdiri ke arah selatan), Baca ayat ini kemudian tiup
sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.
3. Lakukan perkara yang sama untuk arah timur dan utara
4. Berpaling semula ke arah kiblat, baca lagi kemudian tiup kebawah sehingga habis
nafas. Baca lagi kemudian tiup kearah atas sehingga habis nafas
5. Akhir sekali (bacaan yang ke-7), baca ayat ini kemudian tarik nafas dan tahan nafas
seberapa lama yang boleh kemudian hembus.

5. Ayat Pengerak

Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu dibumi juga dilangit dan
Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.

CARA
1. Bila hendak pergi kesesuatu tempat yang berisiko atau merbahaya, atau
bermusafir atau balik kampung atau hendak membuat sesuatu perkerjaan yang berisiko
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
171
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

atau pulang kerumah daripada melakukan sesuatu perkerjaan yang berisiko, maka
baca ayat ini tujuh kali.
2. Jika bacaan tersekat-sekat atau ada gangguan ketika membaca ayat ini, berehat
dahulu. Setelah berehat baca lagi sehingga tujuh kali bacaan lancar baru teruskan
perjalanan atau perkerjaan tersebut.

PAGAR RUMAH

Memagar rumah apabila rumah anda kerap mendapat gangguan sama ada gangguan
ringan seperti kelihatan bayang-bayang, terdengar orang berjalan, bumbung berbunyi
dan lain-lain lagi dan juga ganggguan berat seperti kehadiran bebola api, rumah anda
marak dengan api tapi sebenarnya tak terbakar dan kerap menerima kehadiran ular-
ular dan binatang berbisa.
Jika anda tidak menerima gangguan ini juga, anda boleh melakukan kaedah ini untuk
kesejahteraan keluarga. Namun perlu diingatkan lagi, kita merancang dan hanya Allah
yang tentukan semuanya. Lakukan dengan ikhlas hati dan penuh keyakinan. Teknik ini
tidak melibatkan syirik, malah jika saya sendiri diminta oleh anda untuk memagar, saya
akan buat kaedah yang sama.

Seorang muallij yang membuat rawatan ke rumah pesakit hendaklah memagar rumah
pesakit setelah selesai rawatan bagi mengelakkan kes berulang. Seeloknya muallij
menyediakan air rukyah apabila pergi ke rumah pesakit.

Sediakan bahan-bahan seperti berikut:
a) Limau purut 3 biji atau garam
b) Minyak atar atau minyak kasturi
c) Air setengah baldi/penyembur air

Doa dan wirid yang diperlukan:
a) Al-fatihah
b) Al-Falaq
c) An-Nas
d) Al-Ikhlas
e) Ayat Kursiy

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
172
Terbitan Klinik Muallij Islamiah


g) Selawat Nabi 3x

Kaedahnya dilakukan selepas azan maghrib:

a) Potong limau/taburkan segenggam garam ke dalam air dengan membaca selawat
selawat ke atas nabi sebanyak 3 kali.

b) Tuangkan sedikit minyak atar/kasturi sambil membaca bismillahirrahmanirrahim
sebanyak 7 kali.

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
173
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

c) Baca semua doa dan wirid dan hembus setiap kali habis bacaan. Jumlah hembusan
ada 15 kali hembusan.

d) Pastikan tingkap dan pintu dibuka ketika azan maghrib berkumandang. Berdoa "Ya
Allah, aku berlindung kepadamu dari syaitan dan jin, ameen" Kemudian, berteriak sama
ada nada kuat atau sekadar didengari oleh keluarga:

"Wahai makhluk Allah yang ghaib, aku akan memagar rumah aku. Aku harap semua
sekali keluar melalui pintu dan tingkap yang telah ku bukakan. Aku tidak akan
bertanggungjawab sekiranya ada di antara kamu tercedera atau terbunuh semasa
proses pemagaran ini"

e) Suruh salah seorang ahli keluarga lelaki azan. Semasa ahli keluarga anda azan,
anda boleh memulakan proses merenjis di dinding dan pintu rumah anda kecuali dalam
tandas.

f) Selepas selesai dalam rumah, pergi ke luar rumah dan siram air di keliling pintu dan
anggap ianya sebagai pagar. Jangan jirus dalam longkang.

g) Berdiri di hadapan rumah sambil memandang bumbung, bacakan ayat kursiy 7 dan
hembuskan ke bumbung rumah sambil membayangkan bumbung anda ditutupi oleh
kapsul ayat kursiy.

h) Masuk ke dalam rumah semula dan berdiri di penjuru. Ada 4 penjuru semuanya.
Setiap penjuru dibacakan ayat kursiy dan hembus sambil membayangkan anda
membina pagar ghaib di setiap penjuru.

Insya allah, Allah akan membantu kita. Serahkan pada Allah setelah bertawakal.

KAEDAH PAGAR RUMAH MUDAH

Sebelum Amalan:
Doa (mohon ALLAH lindungi diri, keluarga & rumah)
Baca Yassin ayat 1-9 7x (untuk dinding diri)
Amalan untuk Setiap 6 Arah (Atas Bawah, Kiri Kanan Rumah, Depan Belakang
Rumah):
Hadapkan muka pada arah yang hendak dipagar
Baca Ta'awudz 7x, tiup bahu kiri (bagi mengelakkan mendapat bisikan2 jahat)
Baca Bismillah 7x, tiup bahu kanan (untuk mengelak bisikan jin2 Islam yang fasik)
Qursi 25x (tetapi untuk yang was2 baca 45x)
Amalan ini boleh dibuat berkumpulan supaya lagi cepat.
insyALLAH.

Kalau boleh dibacakan dihadapan sebaldi air. Amalan ini juga boleh dibuat untuk
memagar harta benda yang baru dibeli, contohnya kereta dsb, lalu disiram pada harta
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
174
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

benda tersebut bermula dari kanan siram pusing mengelilinginya sehingga bertemu
semula tempat permula tadi. InsyaALLAH harta benda terpelihara dari mara bahaya.

PERGI KE MAJLIS KENDURI ATAU KEDAI MAKAN

1. Amalan sebelum ke kedai makan atau satu majlis keramaian untuk kita mengelakkan
termakan bahan yang dicampurkan pelaris & racun(NauzubILLAH). Sebelum keluar
rumah:

a) Fatihah
b) Ayatul Qursi kali
c) Quraish 1 kali
d) Al-Ikhlas 3 kali
e) Ayat penggerak 3 kali

2. Keluar rumah melangkah kaki kanan sambil membaca doa keluar rumah (Bismillahi
Tawakkal....Azim)

3. Semasa sampai di kedai atau majlis:

a) Quraish 1 kali
b) Innallaha Qawiyun Aziz 3 kali
c) Ayat pengerak 3

4. Masuk dengan kaki kanan ke dalam majlis. Jika ada petanda seperti loya, pening
dsb, itu adalah petanda yang tempat tersebut mempunyai pelaris.

5. Mengikut pengalaman saya, jika ada sihir di dalam makanan, pinggan atau cawan
akan pecah. Cuba amalkan untuk kesejahteraan bersama. Allah sentiasa bersama kita,
Insya Allah.

PAGAR KENDERAAN

Apa-apapun kaedah tetap kaedah, yang pasti pergantungan sepenuhnya hanya
kepada ALLAH setelah segala ikhtiar dijalankan. Jadikan urusan kita sebagai urusan
ALLAH, jangan jadikan urusan ALLAH sebagai urusan kita. Baiklah, kita teruskan pada
kaedah. Bagi mengelakkan kenderaan daripada mangalami malapetaka seperti
kemalangan dan kecurian, sila ikuti kaedah-kaedah seperti berikut:

1. Sediakan air kira-kira satu baldi.

2. Setelah itu air tersebut dibacakan dengan

a) Al- Fatihah 3x, setiap kali sampai pada ayat ke-5 ulang 3x & setiap ulangan diniatkan
dalam hati supaya ALLAH lindungi harta benda kita.

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
175
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

b)Ayatul Qursi 3x (dibaca dengan kaedah 9 waqaf)

c) Yasin 1-9 sebanyak 1 kali (Niat supaya ditutup pandangan pada orang yang berniat
jahat)

d) Yasin 66 - 67 sebanyak 3 kali( Niat supaya dielakkan dari segala malapetaka &
marabahaya)

e) Surah Muawwizat iaitu Al-Ikhlas 3 kali, Al-Falaq 3 kali dan An-Nas 3 kali.
3. Setiap habis bacaan ditiupkan pada air.

4. Selepas selesai proses bacaan maka boleh disiramkan air tersebut pada kenderaan
dengan arah lawan jam (anti clock wise) berikut:

a) Dimulakan dari sebelah kanan pemandu/penunggang hingga ke depan.
b) Dari depan ke kiri.
c) Dari kiri ke belakang.
d) Dari belakang bergerak sehingga ke tempat duduk pemandu atau penunggang.

5. Apabila selesai seperti yang di atas, InsyaALLAH kenderaan anda tidak akan
mengalami malapetaka. BiiznILLAH.

6. Kaedah di atas hanya dilakukan sekali sahaja pada awal anda membeli kenderaan.
Bagi yang sudah memiliki tetapi belum membuatnya lagi, ada baiknya dilakukan
sekarang. Cukup hanya sekali sahaja. Yakin Allah berserta kita.

7. Tambahan. Satu kaedah atau petua untuk kita elakkan kenderaan dari dicuri,
contohnya di parking lot dan sebagainya. Caranya:

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
176
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

a) Setelah meletak kenderaan, pastikan semua pintu telah dikunci, barang berharga
diambil kemudian sila cari anak batu yang kecil disekitar parking.

b) Bacakan Ayat 4 dari surah Fatihah & niatkan supaya ALLAH menjaga harta benda
kita.

c) Letakkan anak batu tersebut diatas bumbung kereta (kereta) atau atas tempat duduk
penunggang (motorsikal) dan terus berjalan ke destinasi anda tanpa berpaling, Insya
allah, kenderaan anda akan dijaga allah.

TANDA-TANDA AYAT PAGAR BOCOR

1. Adakala perawat lain mendakwa pagar yang menggunakan ayat2 Quran bocor
kerana:
-pesakit "melihat" berapa ekor jin masuk ke rumahnya
-pesakit terasa ada benda2 bergerak dan berbunyi dalam rumah
-pesakit dan suami tidak dapat rasa tenang tidur dalam rumah walaupun ngantuk

2. Apabila ditanya, pesakit baru faham bahawa pagarnya yang bocor tidak cuba
mengukuhkan pagar dengan ayat kursi, ayat penggerak dan selawat tafrijiah selepas
solat.

3. Selain itu, pengalaman saya sendiri apabila bercuti balik kampung. Saya dapati
banyak kelibat lalu di hadapan rumah danyang dapat masuk ke rumah kerana pagar
(ayat Quran) terbuka. Dari pengalaman saya yang ini, saya jangka pagar yang di baca
di rumah yang kita huni, akan terbuka pada sekitar maghrib dan subuh.

PETUA SELEPAS PEMAGARAN

1. Selepas proses pemagaran, jangan lupa dibacakan ayat kursi setiap hari kerana
anasir jahat sentiasa berusaha merobohkan pagar rumah kita. Ayat kursiy yang
dibacakan dapat mengukuhkan dan membaiki pagar ghaib rumah kita Insya Allah.
Boleh juga mengamalkan ayat benteng seperti di sini.
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
177
Terbitan Klinik Muallij Islamiah



2. Selain itu terdapat juga hadis dari Ibn Masud dari Rasulullah SAW bersabda sesiapa
membaca sepuluh ayat yakni
- empat ayat dari awal surah Al Baqarah (1-4)
- Ayatul Kursi dan dua ayat selepasnya (255-257)
- penutup surah Al Baqarah (284-286)

nescaya Syaitan tidak akan masuk dalam rumahnya hingga pagi.






Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
178
Terbitan Klinik Muallij Islamiah


Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

BAB TIGA BELAS
AMALAN
HARIAN
PERAWAT



Klinik muallij
http://klinik-muallij.blogspot.com/
oleh: Muallij Mustakim bin Mohd Najib Al-Kelantani
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
179
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

AL-FATIHAH

Sabda Rasulullah s.a.w:
Barangsiapa membaca Surah Al-Fatihah, nescaya dikurniakan baginya pahala seperti
pahala orang yang membaca tujuh kali Kitab Taurat, Injil, Quran , Suhuf Nabi Idris dan
Nabi Ibrahim. Tiap-tiap satu huruf yang dibacakan itu di kurniakan kepadanya satu
darjat di dalam syurga. Luas setiap darjat tersebut adalah jarak antara langit dan bumi.

Berdasarkan sabda berikut boleh kita simpulkan bahawa Rasulullah s.a.w menggalakan
kita sebagai umatnya agar selalu membaca Surah Al-Fatihah kerana terdapat byk
kurniaan dan fadhilatnya. Ada beberapa khasiat dan fadhilat di dalam surah Al-fatihah
yg dpt sy kongsikan dengan semua. Semua khasiat yg terdapat di dalam surah ini
amat berguna utk kehidupan seharian kita.

1. Al-fatihah sebagai penawar segala penyakit
Bacakanlah surah ini sebanyak 40 kali pada sebekas air. Kemudian disapukanlah pada
muka, telapak tangan dan kaki serta seluruh tubuh pesakit. Khususnya orang yang
mengalami demam panas. Insya allah afiat.

2. Al-fatihah untuk menghilangkan kesakitan
Bacalah surah ini sebanyak tiga kali ke atas tempat yang sakit berserta dengan doa.

3. Fadilat Al-fatihah
a) Jika dibaca sewaktu hendak tidur disertakan dengan surah al-
ikhlas dan muawwidzatain, amanlah dari segala hal melainkan ajal.

b) Jika ingin bermohon sesuatu dari Allah SWT, bacalah sebanyak 41 kali antara sunat
subuh dan fardhu subuh sehingga 40 (tidak lebih). Insya allah dipenuhi hajatnya.

c) Jika dibacanya beserta bismillah diantara sunat subuh dan fardhu subuh dengan
istiqomah. Jika ingin pangkat, terkabullah. Jika miskin dan berhutang, insya allah kaya
dan mampu membayar segala hutang piutang. Kalau sakit, maka sembuhlah. Jika
punya anak, maka jadilah anak tersebut anak yang soleh.

d) Jika dibacanya sebanyak 20 kali setiap kali selesai sembahyang fardhu 5 waktu,
maka Allah SWT akan meluaskan pintu rezekinya, baiki akhlaknya, permudahkan
urusannya, hilangkan keperihatinannya dan kesusahannya, anugerah apa yang mereka
angan-angankan, dapat berbagai berkat dan kemuliaan, berwibawa, berpangkat luhur,
kehidupan yang baik dan anak-anaknya terlindung dari kemudharatan dan kerosakan
serta dianugerahkan kebahagiaan dan sebagainya.

e) Jika ia mengamalkan bacannya sebanyak 125 kali selesai fardhu subuh, maka ia
perolehi kehendaknya dan diketemukan apa yang dicari-cari.

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
180
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

f) Jika ia diamalkan membacanya di waktu sahur (tengah malam) sebanyak 41 kali,
maka Allah SWT bukakan pintu rezekinya dan dipermudahkan urusannya tanpa
kepayahan dan kesulitan.

4. Antara khasiatnya seperti

Bacanya sebanyak 40 kali untuk mengubati penyakit mata, sakit gigi, sakit bisa
(ditekap dengan tangan), sakit perut dan lain-lain.
Bacanya sebanyak 40 kali pada tempat berisi air. Diusapkan pada kedua belah
tangan, kedua kaki, muka, kepala, seluruh badan dan minum bakinya, insya
allah sembuh.
Tulisnya dengan huruf terpisah-pisah dan dileburkan dengan air bersih dan
diminum oleh pesakit, insya allah akan sembuh.
Tulisnya dalam tulisan arab di tempat putih dan suci lalu dihapuskan dengan air
dan diberi minum kepada pelupa, insya allah akan hilang sidat pelupa tersebut
dengan izin Allah.
Untuk sakit sengatan, isi ari suci didalam bekas yang bersih dan dicampur sedikit
garam. Lalu dibaca surah ini sebanyak 7 kali dan diberi minum kepada pesakit.
Sakit gigi. Letakkan jari ditempat yang sakit lalu bacalah surah ini sebanyak 7
kali.
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang bermaksud, Membaca Fatihah Al Quran
pahalanya seperti sepertiga Al Quran. Nabi juga bersabda, Surah Al Fatihah adalah
untuk apa ia dimaksudkan dalam bacaannya dan Fatihah itu pembukan maksud bagi
orang-orang mukmin.

ZIKIR ASAS MUALLIJ/PERUQYAH

Amalan ini mestilah diamalkan oleh para pengamal perubatan Islam dan amalan ini
dibekalkan kepada pesakit-pesakit yang sedang dalam rawatan atau yang telah dirawat
sebagai pembenteng daripada segala bentuk penyakit zahir atau gangguan jin dan
syaitan serta manusia.
.

,
,

-
`

-|

,_|

.|

.| _

_v _

,
,

-| ,_|
|

. _

, .

v .

= ,

- .


Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
181
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

.

_
`
,

=
`

, .

| _

,

`
=

, .

=v

, .

.|

_v
.

-
,

v .

= _

, ,_|
,

= ,_|

-|

.|

-|

-|

-|

v .

- .

-|
`
=

_v

-|

-|

-|

.
`

.
`

| .

=| _

| ,

_
`
,

, .

=|
`

- ,

.\

- =

-
.

_
.

-|

-|

-|

, v ,_|
AMALAN SELEPAS SOLAT

Untuk amalan selepas solat, disarankan membaca

a) al-fatihah sebanyak 20 kali tiap-tiap selesai solat bermakna ada 100 kali bacaan dan jika
hendak buat lebih dari itu lebih bagus.

b) Ya Bari 213 kali

c) La ilaha illallah wahdahu la syarikalah,lahul mulk wa lahul hamd,wa huwa 'ala kulli syai-in
qadiir,subhanallah,walhamdulillah,wa la ilaha illallahu wallahu akbar wa la haula wa la quwwata
illa billahil 'aliyyil 'azim rabbigh firli 100 kali

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
182
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

(Daripada hadis riwayat Bukhori dan lain-lain)

Maksudnya:Tiada Tuhan melainkan Allah,Maha Esa,Tiada sekutu bagi-Nya,Bagi-Nya
kekuasaan dan puji-pujian,dan Dia Maha Berkuasa Atas Segala Sesuatu,Maha Suci Allah,Dan
Segala Puji Bagi Allah,dan tidak ada Tuhan melainkan Allah,dan Allah Maha Besar,tidak ada
daya dan kekuatan kecuali dengan Allah Yang Maha Tinggi,ampunkanlah aku.

d) Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas 3 kali

e) Ayat Kursi 3 kali

f) Selawat Nabi 100 kali

Tambahan amalan selepas solat dipecahkan seperti berikut:

Solat Maghrib

1) Al-Baqarah ( 285-286)
2) Baca Asas 10 Zikir
3) Surah Yaasin
4) Bismillah 5 dan 6, Selawat Syifa dan Selawat Tafrijiah (3 kali)

Solat Isyak

1) Baca Asas 10 Zikir
2) Bismillah 5 dan 6, Selawat Syifa dan Selawat Tafrijiah (3 kali)
3) Baca surah Ar-Rahman/As-Shoffat/ Al-Jin/Al-Waqiah/Ad-Dukhan
4) Bismillah 5 dan 6, Selawat Syifa dan Selawat Tafrijiah (3 kali)

Solat Subuh.

1) Baca Asas 10 Zikir
2) Al-Mathurat
3) At-taubah ayat 128-129
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
183
Terbitan Klinik Muallij Islamiah


4) Bismillah 5 dan 6, Selawat Syifa dan Selawat Tafrijiah (3 kali)

Solat Zohor

1) Baca Asas 10 Zikir
2) Baca surah Al-Jin
3) Bismillah 5 dan 6, Selawat Syifa dan Selawat Tafrijiah (3 kali)

Solat Asar

1) Baca Asas 10 Zikir
2) Baca Al-Mathurat
3) Bismillah 5 dan 6, Selawat Syifa dan Selawat Tafrijiah (3 kali)
* Baca Asas 10 Zikir adalah asas 10 zikir darussyifa dan asas 10 zikir mustaqim. Muat turun
percuma di http://klinik-muallij.blogspot.com/2010/04/muat-turun-kitab-percuma.html

AMALAN SEBELUM TIDUR

Seeloknya dalam keadaan berwuduk.
1) Amalkan bacaan bismillahirrahmnirrahim 3 kali dan al-fatihah
2) Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas 3 kali.
- ditiup di tapak tangan dan disapukan keseluruh anggota badan
3) Ayat Kursi 3 kali
4) Al-Baqarah ( 285-286)
5) Doa Tidur

Solat Tahajjud
Solat Tahajjud ialah solat malam, atau biasa disebut Solatul Lail. Waktunya lewat tengah
malam, dan sebaiknya dikerjakan setelah tidur terlebih dahulu. Bilangan rakaatnya sebelas
rakaat; yakni 8 rakaat + 3 rakaat sunnat witir.
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
184
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

Tahajjud boleh dikerjakan 2x4 rakaat, iaitu setiap 4 rakaat 1 salam, lalu ditambah dengan witir 3
rakaat 1 salam atau dengan cara 4x2 rakaat, iaitu setiap 2 rakaat 1 salam, lalu ditambah
dengan 3 rakaat witir 1 kali salam.
Ayat-ayat yang dibaca sesudah Al Fatihah boleh dipilih sendiri. Biasanya ayat-ayat yang
difahami maknanya akan lebih berkesan dan mudah dihafal. Bagi yang belum hafal, dapat
membaca pada rakaat pertama surat Al Ashar serta Al Kautsar; atau ayat-ayat pendek lainnya.

Melalui solat malam, seseorang dapat meningkatkan ketaqwaannya kepada Allah s.w.t. Firman
Allah s.w.t.:

"Dan pada sebagian malam tahajudlah kamu sebagai ibadah tambahan bagimu, mudah-
mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji". (Al Isra : 79).

Solat Witir

Witir artinya ganjil. Dinamakan Solat Witir, kerana bilangan rakaatnya yang selalu ganjil; yaitu
boleh 1 rakaat, 3, 5, 7, 9 atau 11 rakaat. Boleh dikerjakan dua-dua, terakhir 3 rakaat 1 tahiyyat 1
salam.

Solat witir dilakukan setelah solat Isyak hingga menjelang fajar (subuh). Ia dapat dikerjakan
sebagai pelengkap solat Tahajjud atau solat Tarawih; ia layaknya sebagai penutup segala solat
yang dilakukan hingga menjelang Subuh. Misalnya seseorang yang memperkirakan peribadinya
tak akan terbangun mengerjakan solat Tahajjud lagi, maka ia dapat mengerjakan solat witir
langsung sesudah mengerjakan solat Isya. Pada setiap rakaat solat witir, selain membaca Al
Fatihah kita dapat pula memilih beberapa ayat atau salah satu dari Al Quran.

Doa Tahajjud

Ertinya:

Aku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, yang tiada tuhan selain DIA sendiri. Yang
Maha Hidup dan Yang Berdiri sendiri-Nya, serta aku bertaubat kepada-Nya.

Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan selain-Mu. Engkaulah yang menciptakan aku dan
aku adalah hamba-Mu, dan aku pun dalam ketentuan-Mu dan dalam janji-Mu, sesuai dengan
kemampuanku. Aku berlindung kepada-Mu dari sejahat-jahat kelakuan. Aku mengakui
kenikmatan yang kau limpahkan kepadaku dan aku mengakui pula akan dosa-dosa-ku. Maka
ampunilah aku, karena tak ada yang dapat menerima taubat atas dosa-dosa-ku selain Engkau
sendiri.

Ya Tuhan kami, karuniakanlah kami kebaikan di dunia dan akhirat dan selamatkanlah kami dari
siksa neraka. Ya Allah, bagi-Mu puja dan puji. Engkau-lah penguasa langit dan bumi dan apa-
apa yang ada di dalam keduanya. Dan bagi-Mu pula puja dan puji, pancaran cahaya langit dan
bumi. Bagi-Mu-lah puja dan puji itu, karena hanya Engkau-lah Yang Maha Besar, janji-Mu benar
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
185
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

dan pertemuan dengan-Mu-pun benar pula. Firman-Mu benar dan surga-Mu-pun benar. Neraka
benar dan para Nabi juga benar serta Nabi Muhammad saw juga benar dan hari kiamat itu
benar. Ya Allah, kepada-Mu aku berserah diri dan dengan-Mu aku percaya. Kepada-Mu aku
bertawakkal dan kepada-Mu aku akan kembali serta dengan-Mu aku rindu dan kepada-Mu aku
berhukum. Ampunillah dosa-dosaku apa yang telah aku lakukan sebelumnya maupun yang
terdahulu atau yang kemudian, yang kusembunyikan dan yang kunyatakan dengan terang-
terangan. Engkau-lah tuhan yang terdahulu dan yang kemudian. Tiada Tuhan selain Engkau,
tak ada daya dan upaya melainkan dengan-Mu ya Allah. (HR. Bukhari-Muslim)








Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
186
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

PETUA
PENYEMBUHAN
PENYAKIT





Klinik muallij
http://klinik-muallij.blogspot.com/
oleh: Muallij Mustakim bin Mohd Najib Al-Kelantani

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
187
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

PETUA RAWATAN PENYAKIT JASMANI

Menghindari Penyakit - Makan sedikit garam dan sesudu madu kemudian minum segelas air suam pada
waktu pagi. Selain dapat menghindari penyakit, ia juga dapat membersihkan jantung dan paru-paru.
Menahan nafas ketika minum air dapat mengekalkan kesihatan badan.

Kaedah merawat dengan petua, mestilah disertai dengan Bacaan Bismillah 3 kali, A-Fatihah, Al-
Muawwizat, Selawat Syifa, Selawat Tafrijiah dan Doa Kesembuhan. Terdapat pelbagai jenis doa
kesembuhan hadis nabi tetapi di sini eloklah kita tumpukan pada dua jenis doa kesembuhan untuk
digunakan iaitu doa kesembuhan biasa dan doa kesembuhan melibatkan penyakit panas.

1. Doa kesembuhan 1

2. Doa Kesembuhan Penyakit Panas (demam dan lain-lain)


.

Ya Allah! Kasihanilah kulitnya yang lembut, tulangnya yang halus dan uratnya yang sempit daripada
terlalu panas. Wahai Ummi Mildam (nama asal sakit demam), jikalau engkau sesungguhnya
beriman dengan Allah yang Maha Agung, maka janganlah kau sakit kepala, janganlah kau pahitkan
mulut dan janganlah kau minum darah. Berpindahlah darinya kepada orang yang menyekutukan
Allah dengan tuhan yang lain.




Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
188
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

3. Bismillah 5

4. Doa Ilaj Ilahi Muallij


Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
189
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

5. Doa Bismillah



6. Selawat Syifa

Terjemahan:
Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, Muhammad s.a.w. yang menyembuhkan hati-hati,
penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan dan berilah rahmat
keberkatan dan kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya



Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
190
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

7. Selawat Tafrijiah

Maksudnya: Ya Allah, berikanlah selawat dan keselamatan yang sempurna kepada penghulu kami,
Muhammad, yang dengannya akan terlerai pertikaian hidup, hilang segala kesedihan, dipenuhi segala
apa yang diperlukan, tercapai segala keinginan dan hasil yang baik (husnul Khatimah), tersiramilah hati
yang gersang dengan perantaraan wajahnya yang mulia. Dan semoga dilimpahkan pula kepada
keluarganya, para sahabatnya sebanyak ilmu-Mu.

PETUA TRADISIONAL DAN KAEDAH RAWATAN

1. NAFAS
Penyakit asma
a) Tiga ekor anak burung pipit/ciak rumah, disembelih dan dibuat sup.
b) Amalkan minum madu lebah sewaktu baru bangun tidur.
c) Bela belut. Lurutkan lendir belut dengan beras dan keringkan beras itu, dan buat bubur untuk
makanan setiap hari.
d) Kelapa tumbuh/kelapa benih. Dibaca al-Fatihah, selawat syifa dan doa kesembuhan 1. Minum airnya.

Kanak -kanak Sesak Nafas
Siang belut seperti ikan dan digoreng tanpa dibuang kulitnya. Berikan pada kanak-kanak yang
mengalami sesak nafas.

Sesak Nafas
Campurkan satu biji telur ayam kampung dengan satu sudu kecil serbuk kopi. Parut dua biji bawang
merah. Campurkan semua bahan tadi dengan satu liter air, kemudian minum setiap pagi sebelum
sarapan.

Lelah
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
191
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

1. Rebus beberapa biji bawang merah yang kecil sehingga lembut. Kisar dan tapis airnya. Minum
seminggu sekali.
2. Rebus sehingga lembut beberapa biji bawang merah kecil. Kisar sehingga hancur. Tapis airnya.
Amalkan meminumnya seminggu sekali.

2. KEPALA
Sakit Kepala
a) Buat air dan baca. Al-Fatihah, Selawat Syifa, Al-Waqiah: 11
`s.` !]s `
19. mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk Dengan sebab menikmatinya.

b) Baca doa kesembuhan penyakit panas pada air. Basahkan kepala dan basahkan kain, Ikatkan kain
putih di kepala pada waktu zohor dan baring ke arah kiblat sambil zikir hingga air tadi kering. Jangan
kejutkan jika dia tertidur dan kejutkan jika hampir pukul 6 petang untuk solat asar.

c) Dengan inai. Air daun inai dibalut dikain dan tidur sama kaedah b.

d) Ramas beberapa helai daun sirih di dalam mangkuk yang berisi air. Kemudian basahkan kepala
dengan air dan daun sirih tersebut sambil memicit-micit kepala selama 15 minit.

e) Tumbuk enam helai daun sawi hingga lumat. Campurkan dengan sedikit garam, lumurkan serta
gosokkan perlahan-lahan pada dahi dan pelipis.

f) Ramas asam jawa sebesar telur ayam dengan secawan santan lalu tapis. Kemudian basahkan kepala
dengan air suam lalu bungkus. Biarkan seketika dan kering di kepala, barulah basuh bersih. Rasa sakit
akan berkurangan dan rambut jadi lembut.
g) Tumbuk dua atau tiga helai daun setawar hingga lumat. Kemudian tempekkan di kepala dan balutkan.
Biarkan semalaman.

h) Rebus beberapa biji kulit manggis dengan tiga gelas air. Biarkan sehingga airnya tinggal satu gelas
sahaja. Tapis dan buangkan hampasnya. Berkumur setiap hari tapi jangan sampai terminum pula airnya.

Bunuh Kutu
Tumbuk tiga atau empat ulas bawang putih hingga lumat. Gaul dengan tiga sudu minyak kelapa.
Lumurkan pada rambut rata-rata dan biarkan selama 15 minit. Kemudian sikat dengan penyikat kutu.

Maigrain
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
192
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

Berusahalah berjumpa dengan doctor kesihatan, usaha dengan memakan ubat ubatan yang
dinasihatkan oleh doktor mengikut rawatan secara klinik. Namun dalam kaedah pengubatan Islam ialah
dengan berikhtiar dengan berbagai cara iaitu :-
1. Al-Fatihah
2. Selawat Syifa
3. Al-Hasyr : 21-24
9 !9 )9 ?s ,> .9 !-:> l... :> < =. `:{
!',. _!=9 `=-9 `3. < %! 9| | `=s -9 :9
-9 `>9 < %! 9| | 7=9 '_)9 `=.9 9
9 '-9 '!,>9 6.9 >, < !s 2: < ,=9
!,9 '.9 `&! '!`{ _`.>9 _,. 9 ! ,.9 _{ '-9 `3>:

21. sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya Engkau melihat Gunung itu khusyuk
serta pecah belah kerana takut kepada Allah. dan (ingatlah), misal-misal Perbandingan ini Kami kemukakan kepada
umat manusia, supaya mereka memikirkannya.
22. Dia lah Allah, Yang tidak ada Tuhan melainkan dia; Yang mengetahui perkara Yang ghaib dan Yang nyata; Dia
lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
23. Dia lah Allah, Yang tidak ada Tuhan melainkan dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang
Maha Selamat sejahtera (dari Segala kekurangan); Yang Maha melimpahkan Keamanan; Yang Maha pengawal
serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi Segala
KebesaranNya. Maha suci Allah dari Segala Yang mereka sekutukan dengannya.
24. Dia lah Allah, Yang menciptakan sekalian makhluk; Yang mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang
membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut Yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama Yang sebaik-
baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadanya Segala Yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada
bandingNya, lagi Maha Bijaksana.

4. Al-Mukminuun : 115-118
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
193
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

`.,.> ! 3)=> !.,s 3 !9| `->. ?-. < 7=9 ,>9 9| |
, _-9 69 _ _ < !9| > , 9 , !| ,!.>
s , | _=` `39 % , s `> > -9
115. "Maka Adakah patut kamu menyangka Bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja
Dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada
kami?"
116. maka (dengan Yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang tetap benar;
tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan Yang mempunyai Arasy Yang mulia.
117. dan sesiapa Yang menyembah Tuhan Yang lain bersama-sama Allah, Dengan tidak berdasarkan sebarang
keterangan mengenainya, maka Sesungguhnya hitungannya (dan balasan amalnya Yang jahat itu) disediakan di sisi
Tuhannya. Sesungguhnya orang-orang Yang kafir tidak akan berjaya.
118. dan berdoalah (Wahai Muhammad Dengan berkata): "Wahai Tuhanku, berikanlah ampun dan kurniakan
rahmat, dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaik-baik pemberi rahmat!"

5. Muawwizat
6. Al-Waqiah : 19
`s.` !]s `
mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk Dengan sebab menikmatinya.

7. Doa pilihan

Bahan-bahan rawatan
1. Air zam-zam atau air mineral
2. 3 helai kain putih lebar dua inci sepanjang 3 kaki (boleh ikat kepala)

Kaedah rawatan
Amalan ini elok dijalankan selepas solat Zuhur. Adalah lebih mujarab sekiranya air yang digunakan ialah
air zam zam tetapi sekiranya tiada bolehlah digunakan air biasa.

Pegang kepala dengan dua belah tangan dan setiap kali (daripada tujuh kali ) selesai membacanya,
picitlah kepala dan apabila tiba kali ketujuh picitlah secara isyarat seolah olah membuang penyakit itu
daripada kepala.
Air yang di doakan tadi hendaklah diminum dan disapukan di kepala hingga basah kuyup. Ambil
selembar kain putih dan dibasahkan dengan air doa tadi kemudian diikat pada kepala dan berbaringlah
dengan selesa hingga kering air di kepala dan sepanjang berbaring itu banyaklah berzikir kepada Allah
sebaik baik zikir ialah tasbih Nabi Yunus semasa berada di dalam perut ikan
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
194
Terbitan Klinik Muallij Islamiah


Hendaklah dibuat tiga hari berturut-turut menggunakan kesemua kain. Jika perlu ulangan maka bawalah
bahan yang sama di atas untuk didoakan semula.

3. PERUT
Sakit Perut

a) Letak tgn dan baca bismillah 3 kali. Alfatihah, selawat syifa dan doa kesembuhan 7 kali. Letak tgn dan
baca bismillah 3 kali. Kombinasi ini juga ditiup pada air dan sapu diperut hingga kering.

Senggugut

Senggugut memang perkara biasa yang dialami oleh wanita. Namun terdapat cara yang senang untuk
mengatasi senggugut. Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam. Kuantiti sama
banyak antara kedua-dua bahan. Makan dalam 1 atau 2 minggu sebelum haid . Cara nak telan tu tak
kisahlah macam mana pun. Boleh gunakan kapsul kosong lebih kurang 2 biji sekali makan. Tapi kenalah
cepat menelannya sebelum ia lembik . Sekali makan anda tidak akan dapat senggugut selama 3 bulan
berturut-turut.

a) Minum air rebusan rumpun jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang
semasa kedatangan haid atau sebelumnya.

b) Tumbuk secekak daun cili padi, tujuh biji jintan manis hingga lumat. Campurkan dengan dua sudu
besar air masak. Perah dan tapis. Amalkan meminumnya tiga kali sehari selama tiga hari.

c) Lenyek nasi sehingga lumat. Selepas itu campurkan dengan garam jantan atau garam biasa sehingga
sekata. Gentelkan sebesar ibu jari dan embunkan semalaman. Makan pada pagi esoknya. Tidak perlu
dikunyah. Lakukan selama tiga malam.

d) Campurkan sedikit gula melaka dengan air kelapa. Sewaktu didatangi haid, minum dua kali sehari
dalam masa tiga hari.

e) 9 biji pinang tua dibakar hingga jadi arang dan ditumbuk halus dan dicampur air untuk diminum
selama 9 hari dari mula datang haid.

f) Kunyit ditumbuk lumat, buat bulat-bulat dan tanamkan di dalamnya dengan garam jantan (garam
besar) dan telan.

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
195
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

g) Segenggam halia ditumbuk dan dimasukkan ke dalam segelas air dan dibiarkan mendap baru minum 3
jam sekali.

Perut Masuk Angin
Jika anda terkena senak perut dan selalu sendawa angin minumlah air rebusan ini :-
1. Rebus empat atau lima tangkai cili kering (tangkainya sahaja), dua ulas bawang putih bersama tiga
cawan air. Campurkan sedikit halia bersama rebusan tersebut. Minumlah beberapa kali.
2. Amalkan meminum air rebusan daun mengkudu dan halia.
3. rebus buah mata kucing bersama halia dan gula melaka (ikut cita rasa anda). Apabila suam, minumlah
airnya setiap hari. Lebih elok diminum selepas makan nasi.

Melegakan Cirit Birit
1. Jika anda mengalami cirit-birit untuk melegakan dengan cepat, ambil satu cawan teh o pekat
kemudian diminum.
2. Hancurkan beberapa helai daun ketumbit hingga lumat. Tempelkan pada perut dan balutkan dengan
kain
3. Kunyah daun jambu batu dan buah jambu batu yang masih muda dan kecil. Amalkan selagi anda
mengalami cirit-birit.

Gastrik
1. Parut satu inci kunyit hidup dan perahkan airnya. Kemudian campur dengan tiga sudu madu lebah dan
satu biji telur ayam. Amalkan meminumnya dua kali seminggu. Anda akan rasa perbezaannya.
2. Parut dan perah kunyit tua sebesar ibu jari. Air perahan kunyit itu dicampur dengan kuning telur ayam
kampung. Kacau sebati kemudian minum. Ulangi meminumnya beberapa hari dan anda akan terhindar
dari sakit pedih ulu hati.
3. Campurkan buah tamar dengan sedikit susu kambing atau susu lembu asli yang segar. Kemudian
minumnya dua kali sehari.

Sakit Perut Berak Darah
Akar Mempelas licin, Akar Senduduk, Kaskas. Rebus minum airnya

Sukar Buang Air Besar
Kupas kentang lalu dihiris. Tempelkan hirisan tersebut pada bahagian pinggang dan dubur anda. Biarkan
hingga warna kentang menjadi kelabu atau kering, berbeza dari warna asalnya.

Bayi Sukar Buang Air Besar
Ramas beberapa helai daun keledek. Ambil lendir tersebut dan sapukan pada perut bayi. Biarkan ia
kering. Lakukan dua atau tiga kali sehari

Daun Sirih Ubat Kembung Perut
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
196
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

Kebiasaannya bayi berusia enam bulan ke atas mengalami kembung perut, cara yang paling mudah
mengubatinya ialah : Layurkan dua helai daun sirih. Setelah itu barutkan pada perut bayi.

Elak Keracunan Udang atau Ketam
Sebelum memasak, rebus dahulu udang/ketam dengan sedikit arang kayu. Biarkan selama lima minit.
Kemudian masaklah mengikut kesukaan anda.

Mengubati Kecacingan
Tumbuk beberapa potong pinang kering. Kemudian rendam dalam air panas. Campurkan dengan air
panas. Minum setiap hari sehingga sembuh.

Cacing Kerawit
Kisar lobak merah dengan air masak. Kemudian tapis dan minum setiap hari

Kejang Perut
Tumbuk beberapa helai daun betik. Perah airnya dan minum sekali sehari. Amalkan seminggu dua kali.

4. HIDUNG
Selesema
1. Ambil secawan air didihan beras (sewaktu mendidih). Biarkan suam barulah diminum. Amalkan selalu
sehingga rasa gatal atau kering pada tekak itu sembuh.
2. Letakkan sedikit kapur sirih, dua titik minyak kayu putih di atas sehiris limau. Panggang dan perah
airnya. Kemudian minum sekali sehari.
3. Selesema pada musin hujan atau panas terik boleh diubati dengan cara membasahkan ubun-ubun
kepala. Ulangi beberapa kali.
4. Mandilah dengan air suam pada waktu petang dan elakkan mandi malam. Amalkan minum air halia
seminggu sekali

Bayi Selesema
Sapukan sedikit minyak kelapa pada hidung bayi. Biarkan kering. Jika tidak sembuh, dapatkan rawatan
selanjutnya dari pakar/doktor.

Resdung
Hiris tiga biji bawang merah. Ambil dua helai daun sirih dan secubit biji sawi. Masukkan ke dalam bekas
bersama air mendidih. Kemudian wapkan ke muka anda. Amalkan selalu.

Merawat Hidung Berdarah
Layurkan sehelai daun sirih. Gulungkan menjadi kecil dan sumbatkan pada hidung yang berdarah. Pada
waktu yang sama, ambillah ketulan ais lalu dibungkus ke dalam kain atau tuala. Kemudian letakkan di
atas dahi.

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
197
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

Sesak Nafas
Petua 1:
Minyak Lenga 1 camca besar, Manisan Lebah camca besar, Lada Hitam 20 biji, Garam Jantan 1 camca
besar dan Bawang Merah 1 ulas
Dicampur dan diminum sesudu.

Petua 2:
Kulit Serapat 1 genggam, Pucuk Sintuk 7 pucuk, Pucuk Putat Akar 7 pucuk, Pucuk Samak 7 pucuk
Buah Manjakani 5 biji, Kapur Barus 1 ketul, Kunyit Hidup 1 ketul dan Pokok (pucuk) Mengkula. Direbus
untuk diminum atau tumbuk semuanya untuk dibuat serbuk atau maajun.

5. LUKA
Luka Bersalin
Bagi ibu-ibu yang baru bersalin, petua untuk menyembuhkan luka dengan cepat seperti berikut :-
1. Rebus segenggam daun jambu batu muda sehingga mendidih. Apabila suam, gunakan air ini untuk
mencuci di bahagian sulit. Lakukan dua atau tiga kali sehari hingga luka sembuh.
2. Ikan haruan dipotong dan dicuci bersih. Rebus bersama halia, beberapa biji lada hitam dan sedikit
garam. Makan bersama nasi atau dibuat sup.
3. Rebus gamat dengan air yang banyak hingga mendidih. Sejukkan dan minum airnya atau sapukan di
tempat yang luka.

Tersusuk Duri
1. Sapukan getah betik ke tempat yang tertusuk duri tersebut. Insya-Allah pada pagi esoknya sakit akan
sembuh dan duri akan keluar dengan sendirinya.
2. Celupkan sebiji bawang merah ke dalam sedikit minyak masak. Kemudian bakar hingga hangus.
Tampalkan di tempat yang kena duri tersebut.

Merawat Luka
1. Kunyah daun rumput atau daun senduduk sehingga lumat. Kemudian tempekkan pada luka tersebut.
Darah akan cepat berhenti dan tidak akan keluar lagi.
2. Parut anggaran 6 sm halia bersama sebiji bawang besar, dan campurkan dengan sedikit garam halus.
Letakkan pada luka dan balutkan dengan kain bersih. Memang agak pedih sedikit tetapi hasilnya akan
memuaskan.
3. Lap dahulu bahagian yang terluka dengan kain basah. Ambil sebatang kulit kayu manis dan tumbuk
sehingga lumat. Campurkan setitik madu lebah. Sapukan pada bahagian yang luka.
4. Ramas segenggam daun turi. Setelah itu gosokkan pada bahagian yang luka. Lakukan beberapa kali
sehingga kesan luka hilang.
5. Apabila luka akibat terkena pisau dan mengalami pendarahan yang lama, siramkan sedikit minyak
tanah pada luka. Darah akan terhenti dan tidak akan terasa pedih lagi.

Sakit Disengat Lebah
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
198
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

Tumbuk asam jawa dengan sedikit air. Tampalkan pada tempat yang disengat lebah. Jika tidak sembuh,
dapatkan rawatan lanjut dari doktor.

Jadam Legakan Bengkak
Campurkan sedikit jadam sebesar ibu jari kaki ke dalam air perahan sebiji limau nipis. Panaskan sehingga
jadam itu cair. Kemudian sapukan pada bahagian bengkak dan balut dengan daun pisang atau kertas
plastik. Biarkan semalaman.

Bengkak-bengkak di Badan
Parut sepotong kunyit hidup, bubuh sedikit kapur sirih dan air. Panaskan di atas api dan biarkan sejuk.
Setelah itu sapulah tempat yang bengkak dan gatal itu. Insya-Allah dalam masa 5 minit, ia akan sembuh.
6. KULIT
Memulihkan Rasa Gatal di Kemaluan

Rebus beberapa helai daun sirih dan daun inai. Biarkan sehingga mendidih dan warna air berubah
menjadi kekuningan. Tunggu hingga suam kemudian gunakan untuk membasuh kemaluan setiap kali
anda kencing atau rasa kurang selesa.

Hilangkan Rasa Pijar
1. Jangan basuh bahagian yang pijar. Sapukan dengan minyak kelapa. Biarkan seketika. Pijar pasti hilang.
2. Ambil seuncang daun teh yang belum digunakan dan rendamkan di dalam air batu buat seketika.
Kemudian tekapkan pada bahagian yang terasa pijar. Rendamkan berulangkali agar uncang teh itu
terasa sejuk.

Ruam
Bayi yang baru lahir biasanya mudah diserang ruam panas. Untuk menyembuhkan ruam panas ini,
gunakan kanji nasi . Caranya ialah :-
1. Masak nasi hingga menjadi bubur. Kemudian ambil sedikit dan letakkan ke dalam kain jarang. Ikat dan
picit hingga keluar kanjinya. Air kanji ini akan disapukan pada ruam panas.
2. Tumbuk ragi yang sederhana besar. Selepas itu diayak. Kemudian campurkan dengan bedak. Sapukan
pada kulit bayi.
3. Satukan sedikit tepung ubi atau sagu ubi hingga sebati.Sapukan pada kulit yang dipenuhi ruam. Ulangi
beberapa kali sehingga ruam itu sembuh.

Penawar Bisul
1. Ambil sedikit kapur makan dan sapukan di tempat yang ditumbuhi bisul. Lakukan selalu, Insya-Allah ia
akan hilang dan sembuh
2. Tumbuk bawang putih hingga hancur.Sapukan bawang putih ditempat yang kena bisul dan balutkan
supaya bawang putih tidak jatuh. Lakukan beberapa kali hingga bisul itu hilang.
3. Tumbuk beberapa tangkai pucuk daun semalu hingga lumat.Tampalkan pada keliling bisul. Biarkan
sehingga ia kering. Amalkan selalu sehingga bisul itu sembuh.
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
199
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

4. Rendam segenggam beras dan beberapa ketul kunyit hidup dengan air sejuk. Kemudian tumbuk
hingga hancur. Letakkan pada bisul sehingga ia kering.
5. Asah kulit buah delima yang basah. Campurkan dengan daun lidah buaya. Sapukan pada permukaan
bisul.

Berkudis
Cara untuk menyembuhkan anda yang berkudis ialah dengan menumbuk daun inai dan kemudian
tempekkan pada luka atau kudis tersebut.

Ketuat
1. Ambil abu ubat nyamuk. Bancuhkan dengan air. sapukan pada ketuat setiap hari. Dalam beberapa
hari ketuat akan hilang. Insya-Allah.
2. Sapukan sedikit kapur masak pada bahagian yang ditumbuhi ketuat. Biarkan ia kering beberapa minit
sehingga ketuat itu tanggal dengan sendirinya tanpa rasa sakit, pedih, juga tidak meninggalkan parut
yang hodoh.

Menghilangkan Kesan Gigitan Nyamuk
Bagi menghilangkan kesan daripada gigitan nyamuk dan menghilangkan gatal-gatal pada kulit,
campurkan garam dan air, jangan biarkan garam itu terlarut. Kemudian sental garam tadi di bahagian
yang kena gigitan. Selepas itu, anda tidak akan terasa gatal-gatal lagi dan kesan gigitan juga hilang.

Mengubati Kulit Terpercik Minyak Panas
1. Cara pertama : sapukan tempat tadi dengan minyak zaitun. Insya-allah kulit tidak akan melecur dan
tidak akan meninggalkan kesan.
2. Parut beberapa biji bawang merah. Tampalkan pada bahagian yang terkena minyak panas. Kemudian
dibalut dengan kain bersih. Biarkan beberapa hari barulah pembalut itu dibuka.
3. Masak lemak ayam dengan api yang sederhana. Sejukkan dan simpan dalam botol. Apabila terkena
minyak panas, sapukan lemak tersebut.

Hindari Bayi Dari Penyakit Kuning
Kadangkala bayi yang bbaru dilahirkan kelihatan kekuningan. Rebus daun bunga raya dan daun sirih
dengan air kelapa. Kemudian mandikan pada bayi.

Mengubati Gelgata
1. Layurkan beberapa helai daun sirih. Sapukan pada bahagian yang ditumbuhi gelgata.
2. Hancurkan beberapa helai daun kunyit. Kemudian sapukan pada bahagian yang terkena gelgata.

Apabila Terkena Air Panas
Gosok perlahan-lahan bahagian yang melecur dengan air sabun mandi. Lakukan sehingga bahagian yang
melecur tidak sakit lagi.

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
200
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

Bengkak Akibat Terjatuh
Campurkan asam jawa, garam dengan sedikit air. Sapukan ke tempat yang benjol atau bengkak. Dalam
masa beberapa minit bengkak akan menjadi susut.

Merawat Lebam Akibat Tercedera
Tumbuk hingga halus bawang merah, bawang putih dan daun jambu batu mengikut sukatan yang
tertentu. Setelah itu tempekkan pada bahagian yang lebam dan balutkan dengan kain yang bersih.
Biarkan lebih kurang 2 jam.

Melegakan Sakit Akibat Terkepit
Parut kelapa muda campur dengan cuka makan. Balut pada tempat yang sakit. Ulangi beberapa kali.
Sakit lebam tersebut akan berkurangan.

Menghilangkan Jerawat
Petua 1 : Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup . Tumbuk kunyit itu dan campurkan
dengan asam jawa dan sedikit air . Setelah campuran itu sebati, sapu ratakan ke seluruh muka anda .
Biarkan kira-kira 20 minit . Kemudian
ketika anda mandi , basuhlah dengan bersih . Jika selalu diamalkan , muka anda akan sukar ditumbuhi
jerawat dan kulit menjadi lebih halus .

Petua 2 : Campurkan air limau nipis dengan satu sudu minyak masak . Sebelum tidur , sapukan
campuran tadi ke seluruh muka anda. Sekiranya anda merasa pedih , itu hanya sementara . Esoknya ,
ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas . Setelah sejuk atau
suam , basuhlah muka anda dengan air itu . Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda . Kuatkan
gosokan anda pada tempat -tempat yang berparut. Bairkan beberapa minit ,
kemudian basuh dengan air biasa. InsyaAllah , muka anda akan menjadi licin dan bersih.

Petua 3 : Campur bedak sejuk dengan garam dan air asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di
muka dan di tempat jerawat. InsyaAllah, jerawat akan beransur hilang.

Petua 4 : Hilangkan jerawat dengan sebungkus daun teh (masih hijau). Didihkan kemudian lekatkan ke
jerawat.

Petua 5 : Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Bilas dengan
air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.

Petua 6 : Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Cuci dengan
air suam. Amalkan setiap hari sehingga jerawat berkurangan.

Petua 7 : Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
201
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

Petua 8 : Campurkan putih telur (ayam lampung) bersama satu sudu tepung jagung dan minyak zaitun.
Gaul rata dan kemudian sapukan ke seluruh muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian bilas dengan
air suam. Ia elok untuk kulit bermasalah dan boleh membantu mengatasi jerawat. Amalkan 2 kali
seminggu.

Petua 9 : Sapukan sedikit larutan tepung kanji bercampur air di sekeliling jerawat yang timbul. InsyaAllah
ia akan membantutkan pertumbuhan jerawat tanpa sebarang parut.

Menghilangkan Jeragat
Ambil sedikit kunyit hidup, sedikit tepung ubi, sebiji telur (ambil putih saja) dan 1/2 biji limau purut atau
limau nipis. Tumbuk lumat kunyit hidup , kemudian campurkan dgn tepung ubi dan putih telur. Kacau
sehingga sebati bersama perahan air limau. Sapukan pad kulit muka selama 20 minit sebelum mandi.
Petua ini bukan saja dapat menghilangkan jeragat malah dapat melicin dan menegangkan kulit muka.

Kayap
Akar Kemunting 1 genggam, Akar Temin 1 genggam, akar Mentajam 1 genggam, Akar Melur Akar 1
genggam dan Akar Bunga Raya Putih 1 genggam. Rebus dan minum airnya atau asah pada batu dan
sapu.

7. DEMAM
Rawatan Anak Demam Panas
Ramaskan hingga keluar lendir, lima helai daun bunga raya, dua helai daun rambutan dan sedikit daun
jambu batu dengan sedikit air. Sapukan pada dahi dan rambut anak.

Anak-anak Demam Berlarutan
Ramaskan beberapa helai daun pucuk bunga raya dan bawang. Lumurkan keseluruh kepala terutama
ubun-ubun kepala. Ulangi beberapa kali.

Demam Panas
Ramas semangkuk asam jawa dengan beberapa kuntum bunga raya. Selawat sebanyak tiga kali
kemudian sapukan ke kepala dan seluruh badan. Biarkan seharian.

Kurangkan Panas Badan Anak
Campurkan dua ulas bawang jantan dengan satu sudu cuka. Jaramkan di kepala anak anda.

Meredakan Demam Campak yang Menyerang Anak
1. Ramas segenggam daun Melur sehingga hancur bersama semangkuk air. Sapukan dari kepala
sehingga ke hujung kaki anak anda. Ulangi dua hingga tiga kali dalam sehari.
2. Segera beri minum air kelapa yang muda.

8. MULUT
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
202
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

Bibir atau Lidah Pecah Akibat Tergigit
1. Sapukan getah pokok sena yang berwarna merah ke tempat yang pecah. Dalam masa dua hari, luka
akan sembuh.
2. Sapukan garam atau marjerin cair pada tempat yang sakit. Rasanya agak pedih sedikit.
Cairkan Lendir di Tekak
Makan anggur tiga kali seminggu untuk mencairkan lendir di tekak.

Gusi Berdarah
Terdapat dua cara di sini untuk merawati gusi berdarah :
1. Ambil segelas air suam. Campur dengan setengah sudu teh garam. Kemudian berkumur. Lakukan
setiap kali bangun tidur selama tiga hari berturut-turut. Insya-Allah gusi tidak berdarah lagi.
2. Rebus dua helai daun bacang dan daun inai dalam periuk. Apabila mengelegak, campurkan sedikit
asam gelugur dan garam. Biarkan seketika. Apabila suam berkumurlah. Amalkan setiap pagi dan malam

Bibir Pecah Akibat Kepanasan
Campurkan segelas air kelapa muda dan sebiji telur ayam kampung. Kacau sehingga rata. Selepas itu,
minumlah ketika cuaca panas.

Hentikan Muntah
Muntah biasanya terjadi akibat salah makan. Ini akan menyebabkan badan penat dan terasa sakit.
Langkah yang sebaik-baiknya ialah mengambil buah pelaga yang ditumbuk halus dan dicampurkan
dengan air panas. Berikan kepada yang sedang muntah untuk diminum.

Melegakan Tekak Perit
Rendamkan sebiji buah kembang semangkuk dan rendamkan ke dalam sebuah mangkuk. Biarkan
seketika. Kemudian minum airnya.

Bengkak Pipi Akibat Sakit Gigi
Tumbuk lumat segenggam daun bunga raya. Letakkan pada pipi yang bengkak. Biarkan sehingga sakit
gigi lega.

Jika Terminum Racun
Minum air kelapa sebanyak yang boleh, kemudian segeralah dapatkan rawatan selanjutnya dari doktor.

Menghilangkan Rasa Gatal di Tekak
Perah tiga atau empat biji limau kasturi. Campurkan dengan sebiji garam jantan, minum tiga kali sehari.

Menyedapkan Suara
Jika suara anda mengalami gangguan, rawatilah dengan menyediakan secawan air pada waktu malam.
Biarkan semalaman dan kemudian apabila bangun pagi, minum air tersebut tanpa perlu membasuh
muka dahulu.
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
203
Terbitan Klinik Muallij Islamiah


Tercekik Tulang
Kepal-kepalkan nasi, kemudian terus telan. Jika tidak berkesan, dapatkan rawatan seterusnya di
hospital.

Batuk
Batuk akan menyebabkan rasa sakit di perut dan gatal-gatal di kerongkong. Cubalah mengikut petua ini:
1. Ambil sedikit kerak nasi dan rendamkan dalam air suam. Apabila kerak nasi kembang, minum airnya.
Amalkan setiap pagi.
2. Rebus beberapa biji buah pisang masak. Setelah lembik campurkan santan secukupnya serta sedikit
garam dan perasa vanila. Setelah 20 minit, makanlah makanan tadi dengan mencampurkan sedikit gula.
Selain anda mendapat kenikmatan suara anda semakin pulih.
3. Tumbuk segenggam daun pegaga, hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat.
Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Minum dua kali seminggu.
4. Campurkan dua sudu teh madu lebah (pastikan ianya asli) dengan air suam. Kacau sehingga sebati.
Kemudian minum tiga kali sehari.
5. Kacang Hitam 100 gram, Susu Lembu 1 botol, Minyak Sapi 1 camca besar, Gula Batu 1 bungkus.
Dijadikan makjun

Mengubati Sakit Mulut
Anak anda mengalami sakit mulut. Rawatilah dengan cara berikut.
Masak santan dari sebiji kelapa dengan satu cawan air.
Bila hampir menjadi minyak, masukkan dua atau tiga tangkai daun pucuk manis sehingga warnanya
putih.
Angkat dan sejukkan. Sapukan dalam mulut anak anda.

9. MATA
Menajamkan Penglihatan
1. Jika anda ingin menajamkan penglihatan, satu tindakan yang baik ialah dengan kerap memandang
sesuatu yang hijau.
2. Salah satu petua ialah memandang wajah orang yang kita sayangi seperti wajah ibu, suami, anak-anak
dan saudara sejenis dan elakkan memakan benda yang manis.
3. Bercelak ketika hendak tidur.
4. Kerap duduk mengadap kiblat.
5. Makan lobak putih selalu.

Menghilangkan Lebam Mata
Petua 1 : Teh uncang yg telah digunakan jangan buang. Lekap pada mata dan biarkan semalaman.
Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur.
Petua 2 : Sapukan bahagian lebam itu dengan air perahan limau nipis. Lakukan beberapa kali.

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
204
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

Mengelakkan Kepedihan Ketika Mengupas Bawang
Mengupas bawang kadangkala memedihkan mata. Untuk mengelakkannya, rendamkan bawang
tersebut terlebih dahulu. Kemudian barulah dikupas kulitnya.

10. DADA
Memulihkan Sakit Jantung
Rebus beberapa tangkai bunga betik jantan bersama air dan sedikit gula. Minumlah air rebusan tersebut
sehari dua kali pada waktu pagi dan malam.

Menghindarkan Sakit Jantung
Elakkan tidur pada waktu siang. Lakukan senaman sekurang-kurangnya 15 minit sehari.

Mengurangkan Tekanan
Ubat untuk anda mengurangkan tekanan ialah dengan mengambil air kelapa muda. Campurkan dengan
air perahan limau nipis. Minum dengan satu nafas sahaja.

Mententeramkan Jiwa
Cara untuk mententeramkan jiwa ialah dengan membaca al-Quran sekurang-kurangnya sekali sehari
pada waktu malam atau pagi.

11. BADAN
Gout
Kaedah Merawat Penyakit Gout. Bahan-bahan
1. Buah limau nipis yang sudah masak
2. Kapur sireh yang di buat daripada kulit kerang
3. Madu lebah asli
4. Kain pembalut

Kaedah rawatan
1. Bacakan ayat-ayat dibawah pada bahan-bahan diatas
2. Bacaannya
Al-Fatihah
Selawat Syifa'
Al-Hasyr : 21-24
9 !9 )9 ?s ,> .9 !-:> l... :> < =. `:{
!',. _!=9 `=-9 `3. < %! 9| | `=s -9 :9
-9 `>9 < %! 9| | 7=9 '_)9 `=.9 9
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
205
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

9 '-9 '!,>9 6.9 >, < !s 2: < ,=9
!,9 '.9 `&! '!`{ _`.>9 _,. 9 ! ,.9 _{ '-9 `3>:

21. sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya Engkau melihat Gunung itu khusyuk
serta pecah belah kerana takut kepada Allah. dan (ingatlah), misal-misal Perbandingan ini Kami kemukakan kepada
umat manusia, supaya mereka memikirkannya.
22. Dia lah Allah, Yang tidak ada Tuhan melainkan dia; Yang mengetahui perkara Yang ghaib dan Yang nyata; Dia
lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
23. Dia lah Allah, Yang tidak ada Tuhan melainkan dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang
Maha Selamat sejahtera (dari Segala kekurangan); Yang Maha melimpahkan Keamanan; Yang Maha pengawal
serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi Segala
KebesaranNya. Maha suci Allah dari Segala Yang mereka sekutukan dengannya.
24. Dia lah Allah, Yang menciptakan sekalian makhluk; Yang mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang
membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut Yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama Yang sebaik-
baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadanya Segala Yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada
bandingNya, lagi Maha Bijaksana.

Doa Mengecilkan Bengkak

3. Bancuhkan kapur dan air limau yang diperah dan telah didoakan dan disapukan pada kawasan
bengkak.
4. Sapukan madu lebah asli diatas sapuan kapur
5. Balut balutan itu seharian atau semalaman. Jika di balut pada waktu pagi, dibuka pada waktu malam .
Jika di balut pada waktu malam, dibuka pada pagi keesokan harinya
6. Berdoa dan bermunajatlah kepada Allah

Peringatan1. Kapur dan air limau tadi akan memanaskan kawasan yang bengkak.

Membanyakkan Air Susu Badan Selepas Bersalin
Jika anda mengalami masalah kekurangan air susu badan terutama selepas bersalin, amalkan petua ini:-
1. Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah
suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setaip hari.
2. Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua
hingga tiga kali sehari.
3. Parut lobak putih dan kisar hingga halus. Campurkan dengan satu gelas air suam. Minum dua kali
sehari.
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
206
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

4. Rebus jantung pisang dan makan sebagai ulam dengan nasi.

Mandul
Cubalah untuk mengatasi kemandulan dengan berusaha makan taugeh mentah dan rojak nanas
seminggu sekali. Lakukan sehingga sekitar lima bulan.

Keputihan
1. Makan sekuntum bunga siantan (menjarum) bersama dengan daun sirih. Sebagai ulam pula,
makanlah kuntum bunga inai putih. Amalkan setiap hari.
2. Rendamkan lima tangkai bunga cempaka dalam air panas. Tutup dan biarkan semalaman. Minum
airnya setiap hari di waktu pagi dan petang. Bunga itu boleh direndamkan berulang-ulang hingga rasa
pahitnya hilang.
3. Rebus secekak daun pegaga dengan akarnya sekali.Campurkan sedikit garam. Minum dua kali sehari
sehingga sembuh.
Mengatasi Mual Ketika Mengandung
Jangan minum air lain setiap hari kecuali air suam.

Mengemukkan Anak-anak Yang Kurus
Jika anak anda kurus, cubalah rawatinya dengan memberi air beras yang mendidih. Amalkan memberi
minuman ini selama seminggu.

Menyegarkan Badan
Mandi haid, selain dari mandi dengan air biasa, elok juga mandi dengan air yang telah diramas daun
bidara untuk kesegaran badan. Caranya :
Sebelum mandi, mestilah berwudhuk dengan sebaiknya.
Sesudah mandi, sediakan perca kain atau kapas yang sudah diwangikan dengan minyak wangi atau
kasturi.
Lalu digosokkan di dinding kemaluan.

Memulihkan Tenaga Lelaki
1. Kisar satu batang lobak merah, ibu kunyit sebesar jari dan setengah gelas air. Tapis dan campurkan
dengan kuning telur ayam kampung. Setelah itu campurkan pula gula batu dan satu sudu makan madu.
Minum tiga kali seminggu.
2. Makan sebiji telur ayam kampung dengan madu setiap hari. Kemudian diikuti dengan meminum akar
kayu.
3. Makan sebiji limau selama 3 hari setiap malam. Disamping itu sapukan campuran minyak zaitun,
seulas bawang putih dan 7 biji lada hitam ke zakar. Puasa seks tiga hari.

Ubat Pitam
Ambil Daun Pucuk manis. Ramas sedikit pucuk manis dengan air. Embunkan semalaman. Pada
keesokkan paginya, lumurkan di kepala. Lakukan beberapa kali.
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
207
Terbitan Klinik Muallij Islamiah


Menghilangkan Rasa Lenguh dan Letih
1. Buah anggur basah jika dimakan selalu dapat menghilangkan rasa lenguh dan letih.
2. Gosokkan dua daun sirih yang agak muda pada tapak tangan hingga mengeluarkan air. Sapukan pada
bahagian yang lenguh. Lakukan sekerap yang mungkin sehingga hilang lenguh-lenguh tersebut.

Melawas Kencing
1. Kisar dua potong nanas yang kurang masak dengan dua gelas air. Tapis dan minum dua kali sehari.
2. Rebus secekak daun pegaga. Tinggalkan sehingga menjadi dua gelas air. Minumlah sekali sehari.

Batu Karang
1. Al-Fatihah
2. Selawat Syifa
3. Selawat Tafrijiyyah
4. Al-Hasyr : 21-24
9 !9 )9 ?s ,> .9 !-:> l... :> < =. `:{
!',. _!=9 `=-9 `3. < %! 9| | `=s -9 :9
-9 `>9 < %! 9| | 7=9 '_)9 `=.9 9
9 '-9 '!,>9 6.9 >, < !s 2: < ,=9
!,9 '.9 `&! '!`{ _`.>9 _,. 9 ! ,.9 _{ '-9 `3>:

21. sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya Engkau melihat Gunung itu khusyuk
serta pecah belah kerana takut kepada Allah. dan (ingatlah), misal-misal Perbandingan ini Kami kemukakan kepada
umat manusia, supaya mereka memikirkannya.
22. Dia lah Allah, Yang tidak ada Tuhan melainkan dia; Yang mengetahui perkara Yang ghaib dan Yang nyata; Dia
lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
23. Dia lah Allah, Yang tidak ada Tuhan melainkan dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang
Maha Selamat sejahtera (dari Segala kekurangan); Yang Maha melimpahkan Keamanan; Yang Maha pengawal
serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi Segala
KebesaranNya. Maha suci Allah dari Segala Yang mereka sekutukan dengannya.
24. Dia lah Allah, Yang menciptakan sekalian makhluk; Yang mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang
membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut Yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama Yang sebaik-
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
208
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadanya Segala Yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada
bandingNya, lagi Maha Bijaksana.

5. Al-Baqarah : Ayat 60
| +`..` ` )9 !=) ,. !.-, >9 ,>! !.. :s !s
% =s 2 _! `,: =2 ,. < .-. _{ .`

60. dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukulah
batu itu Dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), folalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air;
Sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (dan
Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana
kerosakan di muka bumi".

6. Doa Menghidar Syaitan
7. Ayatul-Kursi
8. Doa pilihan untuk sembuhkan batu karang
9. Al-Mukminuun : 115-118
`.,.> ! 3)=> !.,s 3 !9| `->. ?-. < 7=9 ,>9 9| |
, _-9 69 _ _ < !9| > , 9 , !| ,!.>
s , | _=` `39 % , s `> > -9
115. "Maka Adakah patut kamu menyangka Bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja
Dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada
kami?"
116. maka (dengan Yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang tetap benar;
tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan Yang mempunyai Arasy Yang mulia.
117. dan sesiapa Yang menyembah Tuhan Yang lain bersama-sama Allah, Dengan tidak berdasarkan sebarang
keterangan mengenainya, maka Sesungguhnya hitungannya (dan balasan amalnya Yang jahat itu) disediakan di sisi
Tuhannya. Sesungguhnya orang-orang Yang kafir tidak akan berjaya.
118. dan berdoalah (Wahai Muhammad Dengan berkata): "Wahai Tuhanku, berikanlah ampun dan kurniakan
rahmat, dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaik-baik pemberi rahmat!"

Bahan-bahan rawatan
1. Air
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
209
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

2. Lobak putih : 3 biji
3. Gula batu

Kaedah rawatan
Dibacakan Asas 10 dan surah serta doa yang tertentu pada semua bahan di atas. Lobak putih akan
dibuat jus serta dicampurkan gula batu. Cara menyediakan dengan membersih lobak dan memotong
halus dan dimasukkan dalam blender bersama gula batu dikisar sehingga lumat. Campuran perlu ditapis
dan dimasukkan dalam 3 botol untuk tiga biji lobak yang dikisar itu dan diletakkan dalam peti ais. Perlu
diminum oleh pesakit selama 3 hari berturut-turut setiap pagi. Maknanya sebiji setiap hari sehingga
habis.

Segarkan Saraf
Rebus daun serai wangi, daun pandan dan daun nangka. Biarkan airnya kering sehingga menjadi satu
cawan. Amalkan meminumnya seminggu sekali.

Berkhatan Cepat Sembuh
Rebus beberapa helai daun jambu batu dalam periuk kecil. Biarkan sehingga mendidih. Campurkan
dengan air sejuk dan basuh kemaluan dengan air itu.

Penawar Kencing Manis
Kaedah 1: Daun Tin dan Daun betik kering yang gugur di tanah (bukan atas pokok). Masuk dlm botol.
Masuk air panas dan doa
- Al-fatihah
- Doa hadis
- Doa Ilaj ilahi
Dan diminum.

Kaedah 2: Kulit buah teja direbus dan dibuat minum

Kaedah 3: Pisang berangan dan batang bakawali. Masukkan batang bakawali kedalam pisang dan telan
(bagi mengelakkan rasa pahit bakawali)

1. Cabut sebatang bunga matahari. Bersihkan dan potong kira-kira satu inci dari bahagian akarnya.
Rebus sehingga airnya tinggal satu gelas sahaja. Tapis dan minum sekali seminggu.
2. Kisar beberapa helai daun mengkudu sehingga lumat. Rebus sehingga airnya tinggal kira-kira secawan.
Minum tiga hari berturut-turut.
3. Diambil Jerangau dan dimakan dengan sirih pisang.

Sakit Kuning
Hiris nipis-nipis sedikit rebung. Kemudian rebus sehingga mendidih. Amalkan meminum air rebusan
tersebut. Ulangi sehingga sembuh.
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
210
Terbitan Klinik Muallij Islamiah


Senang Bersalin
Supaya mudah bersalin, telanlah sebiji telur ayam kampung mentah setiap pagi seminggu sebelum
waktu untuk melahirkan anak.

Batu Karang
Buang kulit sebiji kelapa muda (hijau). Kemudian bakar kulit ini selama 15 minit. Ambil air dan isinya dan
bancuhkan dengan tiga biji telur ayam kampung kemudian di minum.

12. KAKI
Bengkak Kaki Waktu Hamil
Bersihkan taugeh besar, buang semua batangnya.Rebus di dalam kuali. Masukkan satu gelas air ke
dalamnya. Apabila telah suam, minum airnya. Ulangi sehingga bengkak tersebut surut.

Mengubat Kaki Terseliuh
Tumbuk kunyit dan panaskan bersama minyak. Sapukan pada tempat yang sakit. Kemudian balutkan
dengan daun tembaga suasa.

Cengkam Kuku Yang Bernanah
Gunting cili di bahagian hujung cili kering. Kemudian salaikan pada api dalam tempoh lebih kurang lima
saat, jangan sampai hangus. Selepas itu titiskan minyak perlahan-lahan ke bahagian kuku yang bengkak.
Anda akan terasa panas dan sakit sedikit, tetapi hanya sebentar dan akan kembali seperti sediakala.

Ubat sakit lutut dan Bengkak Sendi
Bahan-bahan yang diperlukan:
1- Satu sudu kapor sirih
2- Satu biji limau nipis (perah ambil airnya)
3- Satu sudu madu lebah
4- Air
Gaul semua bahan-bahan tadi dan sapu di tempat yang sakit kemdian dibalut sebelum tidur
Doa yang perlu dibaca:
1- Al Fatihah
2- Selawat Syifa
3- Surah al Hasyr ayat 21-23
4. Doa bengkak

Ertinya :
Ya Allah yang mengecilkan segala yang besar dan membesarkan segala yang
kecil, kecilkanlah apa yang ada padaku ini(H.R. Al Hakim)
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
211
Terbitan Klinik Muallij Islamiah


13. DARAH
Mengelakkan Kelesuan Ketika Haid
Cara untuk mengatasinya ialah :-
Rebus sedikit ketumbar, kunyit hidup, asam jawa dan sedikit gula merah. Biarkan mendidih.
Setelah sejuk, minumlah dua kali sehari.

Menambahkan Darah
Cara-cara untuk menambahkan darah (yang hilang) dalam badan anda ialah :
1. Bersihkan dan tumbuk akar bayam duri. Campurkan air dan perah serta tapis. Kemudian
campurkan lagi dengan kuning telur, madu dan segelas santan. Masukkan sedikit garam kemudian
kacau. Amalkan meminumnya setiap pagi sebelum makan selama 10 hari berturut-turut. Sekiranya anda
sering buang air atau sakit perut, hentikan dahulu dan ulangi meminumnya sehingga sakit perut hilang.
2. Amalkan memakan sayur bayam merah yang direbus.
Penawar Batu Karang
Didihkan sebatang pokok matahari bersama akarnya. Biarkan sehingga airnya tinggal kira-kira satu gelas.
Setelah sejuk, tapis dan minum seperti air teh dan ulangi sehingga beberapa hari.

Kurang Darah Akibat Kemalangan
Tumbuk dua kerat lempoyang sebesar ibu jari, sedikit kunyit hidup dan sedikit gula merah. Rebus
dengan tiga gelas air.

Tekanan darah tinggi atau hipertensi
Doa yang dibaca
1. ASAS 10
2. Doa demam panas.

.

Ya Allah! Kasihanilah kulitnya yang lembut, tulangnya yang halus dan uratnya yang sempit daripada
terlalu panas. Wahai Ummi Mildam (nama asal sakit demam), jikalau engkau sesungguhnya
beriman dengan Allah yang Maha Agung, maka janganlah kau sakit kepala, janganlah kau pahitkan
mulut dan janganlah kau minum darah. Berpindahlah darinya kepada orang yang menyekutukan
Allah dengan tuhan yang lain.

3. Tambahan Doa

Bahan rawatan
1. Kelapa muda 3 biji
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
212
Terbitan Klinik Muallij Islamiah


Kaedah rawatan
Dibacakan rangkaian Asas 10 dan doa pilihan untuk penyakit darah tinggi ke atas 3 biji kelapa muda.
Kelapa tersebut hendaklah diratakan di bahagian atas serta bawah supaya mudah didirikan. Buatkan
lubang kecil di atas kelapa sehingga nampak air kelapa untuk dibacakan doa.

Kesemua kelapa tersebut hendaklah dipanaskan sehingga mendidih. Caranya, letakkan tudung periuk
atas dapur gas anda dan letakkan kelapa muda tadi di atas tudung periuk, panaskanlah dengan api yang
sederhana sehingga air kelapa tersebut mendidih. Kemudian sejukkan dahulu dan hendaklah pula
diembunkan daripada malam sehingga subuh di kawasan luar rumah yang terbuka. Setelah siap
diembunkan, maka bolehlah dibuat minum pagi tersebut. Mestilah dilakukan pada tiga hari berturut-
turut maknanya setiap biji bagi setiap malam. Mengikut pengalaman pesakit, darah tinggi akan menurun
selepas melakukan amalan ini. Digalakkan supaya amalan ini dibuat secara berkala setiap bulan dan
sebagainya.

Kurangkan Penyakit Darah Tinggi
1. Ramas asam jawa dengan segelas air panas. Kemudian campurkan satu sudu gula merah ke dalam air
asam jawa. Minum dan bawa berehat.
2. Tumbuk secekak daun bunga raya hingga lumat. Bancuh dengan segelas air. tapis dan minum setiap
hari.
3. Campurkan isi kelapa muda dengan air limau nipis. Minum dua kali sehari. Amalkan selalu.
4. Amalkan memakan belimbing besi setiap hari.
5. Ambil Cekur 1 jemput, Rumput Halia 1 jemput, Kunyit Terus 1 jemput, Kulit Maimuk 1 jemput, Bunga
Tanjung Putih dan Merah 1 jemput, Pokok Terung Pipit 1 jemput, Halba 1 jemput dan Cabai Pintai 7 biji.
Direbus dan diminum airnya.

Mabuk Kenderaan
1. Minum tiga sudu besar madu lebah asli yang dicampurkan dengan sedikit garam sebelum memulakan
perjalanan.
2. Kupas ubi keledek yang berwarna kuning. Makan mentah-mentah apabila terasa loya semasa dalam
perjalanan.

14. TELINGA
Telinga Dimasuki Serangga
1. Tutup hidung dan telinga yang tidak dimasuki semut. Hembuskan nafas sekuat-kuatnya sehingga
serangga keluar.
2. Masukkan minyak kelapa pada telinga yang dimasuki semut.

15. BARAH
Mengubati Barah
Petua 1: DOA YANG DIBACA
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
213
Terbitan Klinik Muallij Islamiah


1. Wirid Asas 10
2. Al-Muawwizat
3. Al-Baqarah : 60
| +`..` ` )9 !=) ,. !.-, >9 ,>! !.. :s !s
% =s 2 _! `,: =2 ,. < .-. _{ .`

60. dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukulah
batu itu Dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), folalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air;
Sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (dan
Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana
kerosakan di muka bumi".

4. Al-Qalam : 1-2
=)9 ! `L`. ! -, 7, `>,
1. Nuun. Demi Pena dan apa Yang mereka tulis, -
2. Engkau (Wahai Muhammad) - Dengan sebab nikmat pemberian Tuhanmu - bukanlah seorang gila (sebagaimana
Yang dituduh oleh kaum musyrik, bahkan Engkau adalah seorang Yang bijaksana).

5. Al-Imran : 26-27
% =9 7= 7=9 .. =9 '!: _. =9 '!: -. '!: .
'!: 8, 9 7| ?s . `: "% _9. 9 !9 _9. !9 9
_. 9 9 _. 9 9 `. '!: -, ,!.>
26. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai Tuhan Yang mempunyai Kuasa pemerintahan! Engkaulah Yang
memberi Kuasa pemerintahan kepada sesiapa Yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah Yang mencabut Kuasa
pemerintahan dari sesiapa Yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga Yang memuliakan sesiapa Yang Engkau
kehendaki, dan Engkaulah Yang menghina sesiapa Yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja
adanya Segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
27. "Engkaulah (Wahai Tuhan) Yang memasukkan waktu malam ke Dalam waktu siang, dan Engkaulah Yang
memasukkan waktu siang ke Dalam waktu malam. Engkaulah juga Yang mengeluarkan sesuatu Yang hidup dari
benda Yang mati, dan Engkaulah Yang mengeluarkan benda Yang mati dari sesuatu Yang hidup. Engkau jualah Yang
memberi rezeki kepada sesiapa Yang Engkau kehendaki, Dengan tiada hitungan hisabnya".
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
214
Terbitan Klinik Muallij Islamiah


6. As-Shaffaat : 1-10
.9 !. ,>9! > =.9! . | /39| >9 ,
,.9 _{ ! !], U :9 !| ! !.9 !9 , .39
!L> . L: ! `-. <| 9 ?s{ )` . l>
`> ; ',s . | #L> L: -,.! ',! '%!.
1. Demi (hamba-hambaKu) Yang berbaris Dengan berderet-deret -
2. (hamba-hambaKu) Yang melarang (dari kejahatan) Dengan sesungguh-sungguhnya -
3. (hamba-hambaKu) Yang membaca kandungan Kitab Suci;
4. (Sumpah Demi sumpah) Sesungguhnya Tuhan kamu hanyalah satu -
5. Tuhan (yang mencipta serta mentadbirkan) langit dan bumi dan Segala Yang ada di antara keduanya, dan Tuhan
(yang mengatur) tempat-tempat terbit matahari.
6. Sesungguhnya Kami telah menghiasi langit Yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) Dengan hiasan
bintang-bintang.
7. dan (Kami pelihara urusan langit itu) Dengan serapi-rapi kawalan dari (masuk campur) tiap-tiap Syaitan Yang
derhaka;
8. (dengan itu) mereka tidak dapat memasang telinga mendengar (percakapan malaikat) penduduk langit, dan
mereka pula direjam (dengan api) dari Segala arah dan penjuru,
9. untuk mengusir mereka; dan mereka pula beroleh azab seksa Yang tidak putus-putus.
10. kecuali sesiapa di antara syaitan-syaitan itu Yang curi mendengar mana-mana percakapan (malaikat), maka ia
diburu dan diikuti (dengan rejaman) api Yang menjulang lagi menembusi.

7. Doa Mengecilkan Bengkak

8. Doa pilihan untuk sembuhkan barah

Bahan-bahan rawatan
1. Air
2. Kangkung liar (dalam secekak)
3. Kunyit putih
4. Tambahan (minyak zaiton jika diperlukan)

Kaedah rawatan
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
215
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

Dibacakan Asas 10 dan surah serta doa yang tertentu pada semua bahan di atas. Kangkung liar
hendaklah ditumbuk halus dengan dicampur air doa, kemudian hendaklah ditampal dibahagian luar
sakit barah. Manakala kunyit putih pula hendaklah direbus sehingga kering separuh air dari bekas,
dibuat minum pagi dan malam.

Petua 2: Akar Kemunting 1 genggam, Akar Temin 1 genggam, akar Mentajam 1 genggam, Akar Melur
Akar 1 genggam dan Akar Bunga Raya Putih 1 genggam. Rebus dan minum airnya atau asah pada batu
dan sapu.

Bengkak Kerana Barah
Ambil kapur dan buat tanda X sambil berdoa dengan Doa bengkak:

Ertinya :
Ya Allah yang mengecilkan segala yang besar dan membesarkan segala yang
kecil, kecilkanlah apa yang ada padaku ini(H.R. Al Hakim)

Menghidap Barah Rahim
Untuk mengubati barah rahim, rebus dan minum air benalu teh yang tumbuh di dataran tinggi (750
meter dari aras laut). Amalkan selama tiga bulan.

Petua Mengelakkan Barah
1. Minumlah air rendaman daun teh (hijau atau hitam, tetapi bukan herba) kerana ia mengandungi
antioksidan. Ia boleh mencegah sel kanser daripada berkembang.
2. Makanlah tomato kerana ia penuh dengan vitamin C, yang boleh membantu mencegah kerosakan sel.
3. Makan kacang soya, kerana phytoestrogen di dalam kacang soya mungkin menolong melindungi
daripada kanser payu dara dan prostat.
4. Makan sayur brokoli, kobis, dan bunga kobis kerana sayur-sayuran ini mengandungi bahan melawan
kanser. Juga mengandungi pelbagai zat yang lain.
5. Campurkan halia dan bawang di dalam makanan kerana ia juga mengandungi bahan-bahan melawan
kanser.
6. Jangan ketinggalan memakan oren, lemon dan lain-lain bauh sitrus yang mengandungi bahan-bahan
meransang sel-sel kebal membunuh kanser. Mengandungi vitamin C yang banyak.
7. Jangan ketinggalan juga memakan anggur merah kerana ia mengandungi bahan yang menghalang
pengeluaran enzim oleh badan yang digunakan oleh sel kanser.
8. Makan makanan tinggi serat seperti beras yang boleh menolong mengurangkan risiko beberapa jenis
kanser.
9. Dapatkan omega - 3 asid lemak yang terdapat di dalam minyak ikan kerana ia membantu melawan
kanser payu dara, prostat dan pankreas.
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
216
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

10. Juga dapatkan hasil tenusu rendah lemak yang boelh mengurangkan risiko kanser payu dara, bawah
usus, prostat, rahim dan pankreas.

16. TULANG
1. Ubat Patah Tulang
Petua 1: Ambil kacang adas giling halus-halus kemudian masukkan kapur batu bersamaan banyak dan
jadam dipukul dengan telur putih apabila berpudi sapukan ke tempat yang patah itu diikat baik-baik.

Petua 2: Diambil telur ayam dan buang kuningnya ambil putihnya sahaja. Diramas dengan tanah
liat hingga sebati dan ditampal pada bahagian patah. Jika berasa sejuk menandakan ianya mujarab.

Menghilangkan Bisa-bisa Tulang
1. Masukan sedikit garam ke dalam air suam. Rendamkan kaki ke dalamnya selama 15 minit. Lakukan 3
kali seminggu.
2. Rebus ayam muda dengan kacang merah sehingga mendidih. Setelah sejuk, minum air tersebut.
Amalkan meminumnya selama dua minggu.
3. Ambil satu sudu cuka makan, taungkan sedikit pada tapak tangan. Gosokkan pada bahagian yang
sakit. Biarkan selama setengah jam. Kemudian bersihkan dan mandi seperti biasa.
ATAU
1. Campurkan biji kani, halia, akar kayu dengan air. Rebus kesemua bahan tadi sehingga mendidih.
Dalam keadaan masih panas(suam), minum air rebusan tersebut. Amalkan setiap hari.
2. Minumlah air rebusan daun pegaga setiap hari. Selain daripada direbus, daun pegaga juga boleh
dibuat ulam. Makanlah bersama garam dan lada hitam yang ditumbuk halus.

17. LUMPUH DAN STROKE (ANGIN AHMAR)

1. Disiplin Asas 10
2. Surah Al-Anam : Ayat 36
3. Surah Al-Anbiyaa : 30
4. Doa pilihan
5. Tambahan doa rihul ahmar

BAHAN RAWATAN 1
1. Lada hitam (1/2 kilo)
2. Akar betik (9 potong setiap 1 inci)
3. Pasir pantai (1/2 kilo)
4. 3 beg uncang kain

KAEDAH RAWATAN 1
Dibacakan doa pada bahan rawatan, kemudian lada hitam,akar betik dan pasir yang ada dibahagikan
sama rata kepada 3 bahagian. Masukkan setiap bahagian ke dalam 3 uncang kain yang disediakan tadi.
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
217
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

Sediakan dapur api/gas yang dialas dengan penutup periuk dengan api yang perlahan. Hendaklah
meletakkan ketiga-tiga uncang tersebut di atas tudung periuk yang agak panas tadi. Kemudian ambillah
secara bergilir-gilir setiap uncang yang dipenuhi tiga bahan campuran rawatan tadi untuk
dituamkan/disapukan pada bahagian tubuh yang mengalami sakit lumpuh satu persatu, lakukanlah
dalam tempoh masa setengah jam pagi dan malam setiap hari.

BAHAN RAWATAN 2
1. Halia (besar penumbuk)
2. Lengkuas (besar penumbuk)
3. Minyak tanah (botol kecil anggaran 15ml)

KAEDAH RAWATAN 2
Halia dan lengkuas hendaklah dikisar halus menggunakan blend untuk mendapatkan pati minyak yang
boleh ditapiskan terlebih dahulu. Pati minyak daripada tapisan kedua-dua bahan tadi perlu dicampurkan
dengan sedikit minyak tanah untuk dijadikan minyak sapuan kepada bahagian tubuh yang lumpuh.
Hendaklah disapukan setiap pagi,petang dan malam pada kadar yang berpatutan supaya tidak terlalu
panas atau memudaratkan fizikal pesakit pula.

18. LAMBAT DAPAT ZURIAT

Dalam kaedah pengubatan Islam pula terdapat himpunan ayat serta doa pilihan untuk diamalkan setiap
pasangan agar dipermudahkan usaha memperolehi zuriat. Pada masa yang sama dapat juga di"scan"
sama ada pasangan atau salah seorang ada gangguan ataupun tidak. Berikut diturunkan kaedah
pengubatan Islam oleh As-Syifa Melaka, mudah-mudahan dengan sedikit pengalaman serta usaha kita
semua akan dimakbulkan doa bagi mereka yang berhajat.

Doa Yang Dibaca :
1. Al-Fatihah
2. Disiplin Asas 10
3. Al-Anbiya : Ayat 30
4. Al-Anbiya : Ayat 89
5. Ali-Imran : Ayat 38
6. Doa

Bahan-bahan rawatan
1. Susu Kuda atau
2. Air Hujan Malam Jumaat atau
3. Kelapa Muda 3 biji,kismis 1/2/ kilo dan susu lembu segar (1 liter)
4. Lain-lain(jika perlu)

Kaedah rawatan
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
218
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

Dibacakan ayat serta doa kepada bahan yang dibawa. Susu kuda dan air hujan malam jumaat dibuat
minum dan mandi bagi pasangan. Jika guna bahan ke-3, isteri perlu meminum air kelapa muda selama 3
hari berturut-turut manakala suami pula memakan campuran kismis dan susu segar yang telah dimasak
menjadi umpama makjun untuk dimakan sedikit sebelum tidur. Perlulah berjumpa ustaz untuk
mengetahui kaedah pengubatan yang tertib.

19. SELUSUH
Selusuh memang dikenali dikalangan masyarakat wanita melayu apabila tiba saat-saat hampir untuk
melahirkan anak. Air yang didoakan itu boleh dibacakan sendiri oleh suami ataupun pengamal
pengubatan Islam yang dikenali. Dengan berkat bacaan doa serta ikhtiar maka hanya kepada Allah jua
agar para isteri yang akan melahirkan zuriat agar dipermudahkan urusan kelahiran si anak kecil yang
bakal menjadi mujahid serta mujahidah pada masa akan datang.
Amalan Air Selusuh atau Minyak Selusuh ini memang tiada riwayatnya didalam al-Quran mahupun
hadith. Setiap amalan yang bukan merupakan 'ibadat' atau diluar skop ibadat hukumnya adalah MUBAH
(Harus). Jika dilihat dari segi content amalan tersebut seperti do'a agar kelahirannya mudah dengan
bacaan2 yang tidak menyanggahi syara'; seperti TIDAK melakukan tawassul kepada Fatimah, 'Aisyah,
Maryam dsb, HANYA memohon kepada Allah swt semata-mata dengan Asma' wa Sifatnya, dan tidak
mempunyai kepercayaan2 tertentu, tidaklah ia menjadi satu kesalahan.
DOA YANG DIBACA

1. Al-Fatihah
2. Selawat Syifa

3. Al-Hasyr : 21-24
4. Doa Selusuh
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
219
Terbitan Klinik Muallij Islamiah



Terjemahan : "Ya Allah, dengan hak Maryam, juga hak hamba yang diturunkan kepadanya surah
Maryam, ringankanlah daripadanya (sebut nama pesakit dan nama ibunya) penderitaan bersalin,
dengan rahmatMu, wahai Tuhan yang amat mengasihani dari segala-galanya".

5. Doa Pemudah

"Tuhanku, permudahkanlah dan jangan Kau sukarkan kerana Engkaulah yang maha memudahkan,
segala yang susah adalah mudah bagiMu, Ya Allah, sempurnakanlah dengan kebaikan, dengan
rahmatMu, ya Arhamar Rahimin".

BAHAN-BAHAN
1. Air (jika air zam-zam lagi baik)

KAEDAH PENGUBATAN
Dibacakan semua rangkaian doa di atas ke atas air. Hendaklah diberi minum air kepada isteri seeloknya
seminggu sebelum dijangkakan bersalin. Boleh disapu ke atas perut selepas waktu asar sambil berdoa
agar Allah SWT mempermudahkan urusan kelahiran si anak.

20. ANAK DEGIL
Anak degil atau keras hati atau tidak mendengar kata pastilah meruntun jiwa ibu yang mengandung
serta melahirkannya. Tidak pasti di mana punca masalah ini berlaku tetapi kata pepatah kalau nak
melentur buluh biarlah dari rebung jika dan besar patah jadinya. Namun begitu berdasarkan
pengalaman masalah anak menjadi degil dan sebagainya kemungkinan disebabkan prosedur didikan
yang diterima, pengaruh kawan dan sekitarnya, pertembungan alam remaja ke dewasa, kurang ilmu dan
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
220
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

didikan agama, tidak melakukan amalan wajib seorang muslim, mengikut hawa nafsu muda dan ada juga
disebabkan oleh gangguan jin dan syaitan.

Bahan rawatan
1. Air mineral
2. Sedikit garam
3. Sedikit beras
4. Sedikit gula
5. Makanan kering kesukaan anak

Doa rawatan
1. Asas 10
2. Thoha : 1-5
L ! !9 7=s )9 +:.9 | 2. 9 : . ,=>
_{ ,.9 ?`-9 -9 ?s _-9 .`
1. Taa' Haa.
2. Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (Wahai Muhammad) supaya Engkau menanggung kesusahan.
3. hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang Yang takut melanggar perintah. Allah
4. (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) Yang menciptakan bumi dan langit Yang tinggi.
5. Iaitu (Allah) Ar-Rahman, Yang bersemayam di atas Arasy.

3. Ali-Imran : 103-104
..s ,> < !-> %. `. - < 3=. | . s #9! ,
3,=% `>,.! .-, !>| . ?s !: `> !9 .)! !] 79. ,` <
39 . /3=-9 .: 3.9 3 `s <| : ``! `-RQ!,
s 39 79` ` >=9
103. dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai;
dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah
menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu Dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu
Dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam Yang bersaudara. dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka
(disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat
Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat
petunjuk hidayahNya.
104. dan hendaklah ada di antara kamu satu puak Yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan
Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik, serta melarang daripada Segala Yang salah (buruk dan
keji). dan mereka Yang bersifat demikian ialah orang-orang Yang berjaya.
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
221
Terbitan Klinik Muallij Islamiah


4. As-Syura : 19

< #L9 !,-, ` '!: )9 '-9
19. Allah Maha lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-
hambaNya; ia memberi rezeki kepada sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut peraturan Yang telah ditetapkan),
dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.

5. At-Taubah : 128-129
)9 2l> ^ 6. s =s ! `.s _> 6=. 9!,
' '> | 9. ) _,`.> < 9| | =s =2. , _-9
L-9
128. Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad
s.a.w), Yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan Yang ditanggung oleh kamu, Yang sangat tamak
(inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-
orang Yang beriman.
129. kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka Katakanlah (Wahai Muhammad): "Cukuplah bagiku Allah (yang
menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia; kepadanya Aku berserah diri,
dan Dia lah Yang mempunyai Arasy Yang besar."

6. Al-Araf : 43
!s ! . s > `.> `{ 9!% >: < %! !1 9 !
!. .]9 9 !1 < )9 ,l> `' !, ,>:!, `3=. >9 !..
!, `.. =-.
43. dan Kami cabutkan Segala dendam dan hasad dengki dari hati mereka, (di Dalam syurga) Yang mengalir
beberapa sungai di bawah (tempat) masing-masing, dan mereka pula bersyukur Dengan berkata: "Segala puji
tertentu bagi Allah Yang telah memberi hidayah petunjuk untuk (mendapat nikmat-nikmat) ini, padahal Kami tidak
sekali-kali akan memperoleh petunjuk kalau Allah tidak memimpin Kami (dengan taufiqNya); Sesungguhnya telah
datang Rasul-rasul Tuhan Kami Dengan membawa kebenaran". dan mereka diseru: "Itulah syurga Yang diberikan
kamu mewarisinya Dengan sebab apa Yang kamu telah kerjakan".

7. Ya-Latiff : 100 kali
8. Ya-Wadud : 100 kali

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
222
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

Kaedah rawatan
Dibacakan Asas 10 dan doa dengan ayat-ayat pelembut ke atas bahan-bahan di atas. Bahan-bahan tadi
boleh dicampurkan ke dalam air minuman untuk seisi keluarga atau anak-anak, dicampurkan dalam
periuk nasi ketika mula mamasak nasi. Garam, gula, beras pula dicampur didalam bekas di rumah untuk
kegunaan seisi keluarga. Moga akan lembutlah hati anak-anak semua berkat usaha dan ikhtiar yang
dilakukan. InsyaAllah.

KONSEP PASANGAN DALAM PERUBATAN

Beberapa atau 18 contoh yang boleh dilihat melalui petua orang-orang tua dihuraikan cara rawatannya
berdasarkan kaedah di atas. Kaedah ini disebut dalam masyarakat kita sebagai petua.

1. Bisa kala jengking atau lebah atau tebuan

Sesiapa yang terkena sengatannya hendaklah mengambil minyak dari badannya. Binatang tersebut
hendaklah dibunuh terlebih dahulu. Minyak itu dikeluarkan dari badannya melalui proses dipanaskan
api. Minyak tersebut disapu pada tempat sakit tersebut untuk membuang bisanya. Ertinya penyakit dan
ubat sama-sama berada di dalam badan binantang tersebut.

2. Bisa ikan keli

Bisa sengatan ikan-ikan seperti keli dan lain-lainnya boleh ditawarkan dengan cara melumurkan lendir
ikan tersebut pada tempat terkena sengatan itu. Ini bererti sebagaimana yang telah diterangkan di atas,
penyakit dan ubat sama-sama berada di dalam badan haiwan tersebut.

3. Bisa duri pokok tujuh bilah

Duri pokok tujuh bilah menyimpan racun yang bahaya kepada sesiapa yang tersusuk durinya. Bisa duri
pokok tujuh bilah boleh dimatikan dengan cara menggosok-gosokkan tempat sakit tersebut pada daun
pokok tersebut. Air yang keluar dari daun tersebut akan menghisap bisa tersebut dan menawarkannya
sehingga ia tidak mampu lagi memudharatkan orang tersebut. Maka, kesimpulannya juga sama seperti
di atas iaitu penyakit dan penawar berkumpul pada pokok yang sama.

4. Bisa duri kelapa sawit

Boleh di atasi dengan menggosokkan tempat yang sakit pada buahnya yang berminyak itu. Ertinya
minyak yang terdapat pada buah tersebut dapat menawarkan bisa durinya.

5. Bisa getah ipoh.

Bisanya boleh ditawarkan dengan meminum air rebusan akar pokok tersebut yang tertanam di bawah
tanah dan mengadap matahari naik.
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
223
Terbitan Klinik Muallij Islamiah


6. Bisa daun bebaru

Seperti juga bisa getah pokok ipoh, bisa daun bebaru boleh ditawarkan dengan meminum air rebusan
akar pokok tersebut yang tertanam di bawah tanah dan mengadap matahari naik.

7. Bisa ampai-ampai

Bisa atau rasa gatal ampai-ampai boleh dihilangkan dengan mengambil pasir yang terdapat di dasar laut,
tempat bermainnya ampai-ampai tadi, disapukan pada tempat yang gatal itu.

8. Panas buah durian.

Rasa panas dalam badan akibat terlampau banyak makan durian dapat dihilangkan dengan cara
meminum air dalam kulitnya. Kulitnya yang berduri itu dijadikan gelas meminum air tersebut.

Dikiaskan dari teori durian inilah juga, kita mendapati sesetengah orang-orang soleh dikalangan orang-
orang tua mengamalkan meminum air sisa makanan yang terdapat didalam pinggan mereka seseudah
mereka makan. Ini kerana mereka mempercayai banyak penyakit yang boleh datang memudaratkan
dirinya berpunca dari makanan itu. Berdasarkan kaedah ini mereka menyimpulkan bahawa mudharat itu
boleh ditawarkan atau di atasi melalui cara tersebut.

9. Terkena minyak menggoreng yang panas.

Parut yang terjadi akibat terkena minyak panas boleh dihilangkan melalui cara menyapukan sisa minyak
goring yang telah terpakai pada tempat tersebut pada waktu malam atau pagi sesudah mandi. Ertinya
minyak yang panas itu membawa mudharat pada badan tetapi apabila disapukan minyak berbisa yang
sejuk akan menawarkan mudharat tersebut.

Dari sini lahirlah pula satu petua untuk orang yang perjalanan angina di mukanya tersekat atau
tersumbat iaitu menggunakan minyak sisa bergoreng tadi sebagai alat pencuci muka. Minyak tadi akan
membuka lompang-lompang dikulit dan daging yang tersumbat itu dan membetulkan semula perjalanan
anginnya kepada system asal.

Demikianlah halnya orang yang mengalami masalah keguguran rambut akibat banyak menggunakan
minyak berkolestrol tinggi bolehlah menjadikan sisa minyak tadi sebagai minyak rambut untuk
mengatasi masalah keguguran rambut. Orang yang mengalami masalah resdung di mana mukanya akan
menjadi gatal setiap kali makan keropok atau ikan goreng juga boleh menggunakan bahan yang sama
untuk tujuan rawatan. Minyak tersebut disapukan di sekeliling tempat yang gatal di bahagian luar dan
dalamnya bertujuan untuk menarik gatal akibat bisa makanan tersebut.

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
224
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

10. Rasa panas akibat makan daging kambing

Bagi masyarakatArab, mereka telah biasa makan daging kambing dengan kauntiti yang banyak. Kadang-
kadang seseorang atau dua orang mereka memadai memakan seekor kambing. Bagi mereka, mereka
tidak mempunyai sebarang masalah panas dalam badan sesudah memakannya sebagaimana
kebanyakan orang dalam masyarakat kita yang akan mengalami panas bahagian dalam badan.

Rahsianya ialah kerana sesudah mereka memakan daging kambing, mereka mengamalkan meminum
susu kambing pula. Daging dan susu adalah pasangan yang sama-sama berada dalam badan kambing.

11. Sesetengah penyakit kulit.

Berdasarkan pengalaman banyak binatang yang mempunyai masalah sakit kulit, umpamnya kucing
berkurap yang tidak tahu pergi ke hospital itupun, mereka akan menjilat badan mereka dengan lidah
mereka untuk mengurangkan kesakitan akibat masalah kulit yang dihadapinya. Maka sebab itulah
dipetuakan banyak penyakit kudis boleh dirawati dengan disapukan air liur basi sesudah bangun dari
tidur waktu pagi.

12. Sakit tangan dan kaki.

Dalam kaedah rawatan urut refleksologi, diajarkan bilaman seseorang tersalah urut sama ada di
sebabkan jatuh, rebah atau sebagainya lagi di bahagian kaki, maka bahagian yang pertama perlu diurut
ialah tempat yang sepertinya pada bahagian tangan. Demikianlah juga sebaliknya sekiranya yang
tersalah urat itu ialah bahagian tangan, maka yang sepatutnya diurut ialah bahagian yang sepertinya
pada anggota kaki.

Ini kerana Maha Kaya Allah S.W.T. telah menjadikan suis kaki terletak pada tangan manakala suis tangan
pula pada kaki.

13. Sakit kaki

Setengah sakit yang terasa di bahagian kaki seperti lenguh lutut, sakit tumit, lenguh-lenguh kaki sebelah
sama ada bahagian kanan atau kiri atau sebagainya lagi, ubatnya ialah dengan membiasakan berjalan
kaki di atas rumput yang dipenuhi embun waktu pagi. Mungkin ada orang bertanya mengapa sakit
demikin dipetuakan ubatnya begitu? Jawabnya kerana tapak kaki dan bumi yang dipijak oleh tapak kaki
itu adalah dua kembar. Dalam erti kata lain, pasangan tapak kai secara semulajadinya adalah bumi.

Kebenaran adalah penawar manakala kesesatan merupakan penyakit. Manusia yang mencari petunjuk
adalah manusia yang mencari penawar dalam hidupnya manakala manusia yang menuruti kesesatan
adalah mereka yang meracunkan diri mereka sendiri supaya musnah dan binasa.

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
225
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

14. Kanak-kanak yang degil dan sawan.

Bagi kanak-kanak yang degil dan sawan, satu petua yang seringkali kita dapati amat mustajab ialah
memandikan anak tersebut dengan air wudhuk atau mandian ibubapanya. Bagi anak lelaki, hendaklah
ibunya memandikan dia bersamanya.

Ia bermaksud air mandiannya jatuh terkena badan anaknya ketika mereka mandi bersama-sama.
Demikianlah sebaliknya, jika anak itu perempuan, hendaklah bapanya memandikannya dengan air
mandianya bersama-sama. Asasnya teori ini menghuraikan bahawa sesetengah penyakit anak, ubatnya
boleh didapati pada ibu bapanya.

15. Gout.

Kepada mereka yang menghadapi sakit jenis ini, disarankan kepada keluarganya agar mendemahkannya
dengan garam kasar. Garam ini hendaklah digoreng terlebih dahulu di dalam kuali tanpa minyak
sehingga panas. Setelah panas, ia hendaklah dibalut dengan kain dan didemah ke tempat yang sakit
tersebut. Ini kerana dipercayai bahawa penyebab penyakit tersebut adalah berpunca dari makanan laut
seperti udang, sotong dan sebagainya lagi.

Maka garam yang asalnya juga datang dari laut didapati boleh mengurangkan dan meredakan sakit
tersebut. Sebab itulah disarankan kepada penderita penyakit ini supaya mendemahkan badan mereka
dengan garam kasar yang digoreng tanpa minyak. Kesimpulannya, penyakit ini datang dari laut, maka
penawarnya juga mestilah datang dari laut juga.

16. Kanser payudara

Kanser payudara berpunca dari lebihan susu yang tidak dikeluarkan. Sisa-sia susu yang berlebihan ini
menutupi perjalanan darah dan angina lender dalam badan. Bilamana perjalanan di highway tersebut
telah disekat, sisa-sisa tadi mengepung darah lendir yang melalui kawasan tersebut. Maka sel-sel sel-sel
tersebut akan mati dalam keadaan yang tidak sempurna.

Maka berlakulah satu pertarungan dalam badan yang dinamakan kanser. Satu kaedah yang diakui
mustajab oleh beberapa pesakit yang telah menjalani kaedah ini secara tekun ialah dengan cara
menyapukan susu ke tempat sakit tersebut. Susu tersebut hendaklah dilumurkan ke seluruh tempat
sakit tersebut. Disamping itu penderita hendaklah selalu mengamalkan meminum susu kambing atau
lembu secara berterusan.

BERDOA
Kesemua kerja penyembuhan dengan petua mestilah disertai dengan wirid dan doa penyembuhan
seperti di muka surat 21-24 dan yang telah disertakan sekali dalam tajuk-tajuk tertentu. Ini kerana
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
226
Terbitan Klinik Muallij Islamiah

konsep Al-Quran sebagai penyembuh dan penawar mestilah seiring dengan petua perubatan yang
dilaksanakan agar mendapat berkat dan rahmat dariNya.