Anda di halaman 1dari 2

Bilangan Jurnal : Ke 11

Minggu Praktikum : Kesebelas


Tarikh Peristiwa / Kejadian : 14 18 Mac 2014
Tajuk Jurnal : Minggu Sains di SK Seri Tasik


1. Masalah / Peristiwa
Pada minggu ini, satu program iaitu Minggu Sains telah dianjurkan oleh Panitia
Sains Sk Seri Tasik. Program Tersebut melibatkan kesemua murid-murid sekolah Sk
Seri Tasik. Tema bagi minggu ini adalah Kemanakah Hilangnya Pluto.

2. Analisis
Dalam perlaksanaan program ini, terdapat banyak aktiviti yang dianjurkan untuk
murid-murid dan antaranya adalah kuiz pagi dimana guru akan meletakkan maklumat
berkenaan soalan yang akan disoal oleh guru pada aktiviti kuiz pagi tesebut. Walaupun
guru tersebut telahpun menampal banyak maklumat tetapi banyak murid tidak dapat
menjawab soalan tersebut kerana tidak membaca maklumat yang dipamerkan. Hal ini
adalah kerana mereka tidak mempunyai semangat untuk mencari maklumat yang
dipamerkan ataupun mereka tidak mengetahui mengenai bahawa guru telahpun
menampalkan maklumat.


3. Cadangan tindakan susulan
Penambahbaikan yang dapat dilaksanakan bagi menganjurkan program yang lebih
baik adalah:
1. Memaklumkan kepada guru yang terlibat dengan aktiviti tersebut untuk
menambah publisiti berkenaan program tersebut supaya murid lebih peka dan
bersemangat.
2. Turut serta membantu guru-guru Sains untuk memeriahkan lagi minggu Sains
dengan menerapkan elemen Sains dalam kelas yang diajar.

Disemak oleh Guru Pembimbing



Tandatangan :
Nama :
Tarikh :
Disemak oleh Pensyarah Pembimbing



Tandatangan :
Nama :
Tarikh :