Anda di halaman 1dari 6

ADITIF MAKANAN - Apa yang perlu anda tahu?

Apakah itu aditif makanan (bahan tambah dalam makanan)?



Aditif makanan adalah bahan yang selamat dimakan yang ditambah
secara sengaja ke dalam makanan dalam kuantiti yang sedikit. Bahan
Aditif makanan tidak termasuk vitamin dan mineral. Namun demikian,
bahan aditif makanan adalah bersifat kimia dan dalam kuantiti yang
banyak boleh memudaratkan. Jika anda terus-terusan memakannya
atau jadi amalan secara berpanjangan, kimia ini akan lama kelamaan
akan berkumpul dalam badan anda dan boleh memudaratkan kesihatan
anda serta kesihatan keluarga anda.

Tujuan aditif makanan ditambah dalam makanan adalah untuk:

Memanjangkan jangka hayat penyimpanan makanan (sebagai
pengawet makanan contoh asid borik).

Meningkatkan kualiti makanan dan persembahan (tekstur, warna, rupa,
rasa dan konsistensi).

Menambah keenakan serta meningkat perisa makanan.

Memberi pilihan kepada pengguna.

Aditif makanan seharusnya tidak dikelirukan dengan bahan pencemaran
(kontaminan). Bahan pencemaran adalah bahan yang tidak ditambah
secara sengaja dalam makanan seperti logam berat, tinggalan racun
perosak dan drug veterinar.

Salah faham terhadap aditif makanan

Dalam konteks sains makanan, perkataan bahan kimia tidak
mempunyai maksud kerana udara, air, gula dan garam juga adalah
bahan kimia seperti aditif makanan. Perkara penting yang perlu diambil
perhatian adalah kebanyakan aditif makanan yang digunakan boleh
didapati secara semula jadi. Contohnya:

Pektin yang digunakan untuk memekatkan jem diperolehi daripada
tumbuhan.

Lesitin yang digunakan untuk menghalang pengasingan makanan
diperolehi daripada kuning telur.

Aditif semula jadi yang lain termasuk karamel sebagai pewarna, vitamin
C sebagai antipengoksida, agar daripada rumpair laut sebagai penstabil.

Salah faham mengenai aditif makanan telah membuat pengguna lebih
tertumpu kepada mengelakkan aditif makanan lebih daripada
mengamalkan diet yang seimbang.

Sejak bila aditif makanan digunakan dan kenapa?

Penggunaan aditif makanan telah menjadi amalan biasa sejak ratusan
tahun dahulu di mana aditif makanan ditambah ke dalam makanan
melalui pelbagai cara untuk membantu mengawet, menyedapkan,
mencampur, memekatkan atau mewarna makanan. Nenek moyang kita
telah menggunakan garam untuk mengawet daging dan ikan serta
rempah ratus untuk menyedapkan makanan. Sementara kuning telur
selalu digunakan bagi tujuan mengadunkan air dan minyak. Cuka serta
gula juga digunakan sebagai aditif makanan bagi mengawet buah-
buahan dan membuat jeruk.
Jenis-jenis aditif makanan

Mengikut Peraturan-peraturan Makanan 1985, jenis-jenis aditif makanan
yang dibenarkan adalah:

Bahan pengawet

Bahan pewarna

Bahan perisa

Penambah perisa

Antipengoksida

Kondisioner makanan

Aditif
Makanan
Takrifan Contoh aditif yang
dibenarkan
Contoh
makanan
yang
dibenarkan
ditambahka
n aditif
makanan
Bahan
Pengawet
Bahan pengawet
digunakan untuk
mengawal
pertumbuhan
kulat, bakteria
dan yis bagi
memanjangkan
jangka hayat
penyimpanan
makanan
Asid benzoik, asid
sorbik, sulphur
dioksida
Jem, jus
buah, cuka
Bahan
pewarna
Bahan pewarna
digunakan untuk
menjadikan
makanan lebih
menarik dan
merangsang
selera makan
Allura Red, Sunset
Yellow, anthocyanin
Kek, ais
krim,
minuman
berperisa
Bahan perisa Bahan perisa
digunakan untuk
memberi dan
mengekalkan
rasa yang unik
bagi sesuatu
makanan
Bahan perisa ais
krim (contohnya
vanila, strawberi,
durian dan lain-lain)
Bahan perisa untuk
minuman (contohnya
jagung, oren, anggur
dan lain-lain)
Ais krim,
minuman
berperisa
Penambah
perisa
Penambah
perisa digunakan
untuk
menambah dan
memperkuatkan
rasa sesuatu
makanan
Monosodium
glutamate (MSG)
Sos, susu
berperisa
Antipengoksid
a
Antipengoksidaa
n berfungsi untuk
melambatkan
proses
pengoksidaan
yang
menyebabkan
ketengikan
dalam makanan
Tokoferol Asid
askorbik,Butylated
hydroxytoulene (BHT
)
Marjerin,
mentega
kacang, krim
kelapa, gum
kunyah
Kondisioner
makanan
Kondisioner
makanan
ditambah dalam
makanan untuk
memberi fungsi
teknologi untuk
mendapatkan
makanan yang
dihasratkan
Jenis-jenis
kondisioner
makanan yang
dibenarkan
adalah :
1. Pengemulsi dan
agen antibuih
2. Penstabil,
pemekat, kanji
ubahsuai dan
agen pengelan
3. Pengawal asid
4. Enzim
5. Pelarut
6. Agen
antipengerakan
Asid fosforik,
magnesium
karbonat, gum
xanthan, lecithin
Buah
berkaling,
coklat, kek,
biskut





Bagaimana penggunaan aditif makanan dikawal?
Kementerian Kesihatan bertanggungjawab mengawal dan meluluskan penggunaan aditif dalam makanan. Oleh
kerana penggunaan aditif digunakan secara meluas dalam makanan kawalan ketat terhadap penggunaan aditif
amatlah penting. Hanya aditif yang sesuai dan selamat saja yang boleh ditambah pada makanan.
Penggunaan aditif makanan hanya dibenarkan dalam makanan tertentu sahaja dan kadar maksimum adalah
ditetapkan seperti yang disenaraikan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Kementerian Kesihatan
hanya meluluskan aditif makanan untuk kegunaan dalam makanan apabila terdapat bukti kukuh bahawa aditif
makanan tersebut tidak mendatangkan kesan bahaya kepada kesihatan manusia hasil dari penggunaannya.
Pada masa yang sama ,Kementerian Kesihatan menjalankan program pemantauan yang berterusan bagi
memastikan penggunaan aditif makanan mematuhi kadar yang dibenarkan di bawah Peraturan-Peraturan
Makanan 1985.

Bagaimana untuk mengetahui aditif makanan telah ditambah ke dalam makanan?
Pengguna perlu membaca label. Di bawah undang-undang sedia ada, apa-apa makanan yang telah ditambah
dengan aditif makanan mesti mempunyai penyataan"mengandungi (jenis aditif makanan yang berkenaan) yang
dibenarkan di senarai ramuan. Contohnya "mengandungi pewarna yang dibenarkan".
Kadang kala label juga memberikan maklumat tambahan berkaitan jenis aditif makanan secara spesifik yang
telah ditambah ke dalam makanan. Contohnya "mengandungi pewarna yang dibenarkan (Ponceau 4R)".
Ada juga label yang mengandungi maklumat tambahan di mana nombor rujukan aditif yang digunakan di
peringkat antarabangsa dinyatakan pada label .Contohnya"mengandungi pengemulsi (sodium pyrofosfat(E450)
sebagai kondisioner makanan yang dibenarkan".

Bolehkah aditif memberi kesan sampingan yang menjejaskan kesihatan kepada
pengguna?
Terdapat segelintir pengguna yang alah terhadap sesetengah aditif makanan. Namun demikian dengan
penyataan aditif yang ditambah pada label, pengguna yang alah terhadapnya dapat mengelakkan dari memakan
makanan yang mengandungi aditif tersebut.
Antara aditif yang biasa dikaitkan dengan kesan sampingan dan alahan kepada pengguna adalah sulfur
dioksida atau sulfit. Sulfit atau sulfur dioksida merupakan bahan pengawet yang biasa ditambah pada jeruk dan
buah-buahan kering.
Sulfur dioksida atau sulfit boleh menyebabkan serangan lelah yang teruk bagi sesetengah pengguna yang alah
dengannya. Oleh itu penyataan "mengandungi sulfur dioksida" diwajibkan sekiranya sulfit atau sulfur dioksida
ditambah melebihi 10mg/kg dalam makanan.
Aditif lain yang sering dikaitkan dengan kesan alahan adalah penambah perisa Monosodium glutamate (MSG).
Kesan sampingan yang dikaitkan dengan penggunaan MSG digolongkan ke dalam Sindrom Restoran Cina. Ini
kerana MSG sering digunakan dalam masakan dan hidangan di kalangan masyarakat Cina. Tanda-tanda
sindrom ini termasuk panas badan dan rasa menggelenyar di tengkuk dan belakang badan serta perasaan
tertekan di bahagian dada dan muka.
Walau bagaimanapun, kajian saintifik gagal membuktikan kesemua kesan sindrom tersebut disebabkan secara
langsung oleh MSG. Sebaliknya kesan sampingan buruk hanya dialami oleh pengguna yang alah terhadap MSG.
Pernyataan "mengandungi Monosodium glutamate (MSG) sebagai penambah perisa yang dibenarkan" wajib
dinyatakan pada label makanan.

Nasihat kepada pengguna
Pengguna dinasihatkan untuk selalu membaca label makanan sebelum membeli makanan. Bagi pengguna yang
alah terhadap makanan atau aditif tertentu amatlah penting untuk membaca senarai ramuan pada label makanan
dan mengenal pasti makanan atau aditif yang perlu dihindari yang boleh memberikan alahan.

Anda mungkin juga menyukai