Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SIONG TENGAH

96000 SIBU, SARAWAK


Minit Mesyuarat Kali Pertama Tahun 2014
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)
SK Sg Siong Tengah
Tarikh
Jam mula
Tempat
Pengerusi
: 10 Januari 2014
: 1.50 petang
: Bilik Guru
: Encik Saga Anak Endet
Guru Besar
Kehadiran
1. En. Saga Ak Endet (Pengerusi)
(Guru Besar)
2. Cik Hasnul Khatimah Bt Abdul Manaf
(Penolong Kanan Pentadbiran)
3. Cik Mastinie Abdullah
(Penolong Kanan HEM)
4. En. Mohd Faizul Bin Yahya
(Penolong Kanan Kokurikulum)
5. Pn. Nursufyana Ulfa Bt Che Mustaffa
(Guru Data)
6. Cik Lilyantie Bt Adris
(Guru Pemulihan)
9. En. Ngu Teck Yii
(Setiausaha LDP)
10. Pn. Sereni Ak Bunau
(Guru B&K)
11. En. Mackla Ak Peter Langan
(Penyelaras Program Pasca UPSR)
12. Cik Mariam Bt Suhaili
(Guru Prasekolah)
13. Pn. Rima Bt Ideris
(Pembantu pengurusan Murid)
14. Pn. Pauline ak Unchat
(Pembantu Tadbir N17)
15. En. Abdul Kadir bin Rosli
(Pembantu Tadbir N1)

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Ucapan Aluan
Pengerusi mengucapkan salam dan terima kasih kepada semua guru yang hadir.
Pengerusi menjelaskan SKPM ada dua versi, 2003 & 2010. SKPM 2010 terdapat 5 standard yang dinilai
dengan skor 6 adalah skor tertinggi dan perlu diberi justifikasi yang jelas.
Makluman: SEMUA GURU DAN STAF
1.2
2.0 UCAPAN / TAKLIMAT OLEH CIK HASNUL KHATIMAH BT ABDUL MANAF
2.1
Pengumuman
2.1.1 Buku Rancangan Pengajaran Harian (RPH) perlu dituis dan dilengkapkan dengan refleksi di setiap hari
persekolahan.
2.1.2 Guru MP perlu menyemak dan menghantar buku latihan pelajar kepada Pentadbir Sekolah untuk
urusan pemantauan.
2.1.3 Pemantauan P & P guru akan dijalankan 2 kali sekurang-kurangnya untuk setiap tahun dan jadual
pemantauan akan diberikan kemudian.
2.1.4 Ketua panitia harus melengkapkan semua butiran dokumen mengikut perincian fail panitia yang telah
diberikan.

Tindakan : SEMUA GURU

3.0 UCAPAN / TAKLIMAT OLEH CIK MASTINIE ABDULLAH
Pengumuman
3.1.1 Guru kelas hendaklah melengkapkan data murid di APDM.
3.1.2 Guru Kelas perlu merekod kehadiran murid di Buku Rekod Kehadiran Murid dengan tepat. Guru kelas
juga diingatkan untuk mengisi kehadiran murid secara atas talian di laman sesawang APDM sebelum
pukul 9.00 pagi pada setiap hari persekolahan.
Tindakan : SEMUA GURU
3.1
4.0 UCAPAN / TAKLIMAT OLEH ENCIK MOHD FAIZUL BIN YAHYA
Pengumuman
4.1.1 Penyelaras Unit beruniform, Kelab & Persatuan serta Sukan & Permainan perlu menyediakan Carta
Organisai, Rancangan Tahunan, Perlembagaan serta dokumen-dokumen berkaitan untuk diisi ke dalam
fail-fail berkaitan.
4.1.2 Aktiviti Ko-Kurikulum akan dijalankan setiap hari Selasa dan Rabu bermula pada pukul 1.30 petang
hingga ke pukul 2.30 atau 3.30 petang untuk setiap sesi.
4.1.3 Kehadiran semua guru adalah wajib kerana penglibatan guru akan diberikan markah untuk penilaian
SKT pada hujung tahun.
4.1.4 Semua guru haruslah menjalankan amanah yang telah dipertanggungjawabkan.
Tindakan : SEMUA GURU
4.1
5.0 TAKLIMAT SKPM OLEH PENYELARAS SKPM
5.1 Terdapat 5 Standard yang dinilai. Skor 6 adalah skor tertinggi bagi setiap aspek dinyata dengan
diskripsi yang jelas.
5.2 Setiap aspek dalam SKPM 2010 lebih memfokuskan kepada keberhasilan murid berbanding SKPM
Versi 2003 yang lebih menumpukan kepada aspek pengurusan guru.
Makluman: SEMUA GURU DAN STAF
5.3 STANDARD 1 : KEPIMPINAN DAN HALA TUJU, terdapat 8 aspek, antara aspek kritikal yang perlu
dinilai adalah seperti berikut:
1.1 Kepimpinan sekolah mengamalkan gaya kepimpinan berkesan untuk menggembleng tenaga
warga sekolah ke arah pencapaian matlamat sekolah.
1.2 Kepimpinan sekolah memastikan visi dan misi menjadi hala tuju seluruh warga sekolah ke arah
pencapaian matlamat dan objektif yang ditetapkan.
1.3 Kepimpinan sekolah mengamalkan komunikasi berkesan untuk perkongsian idea dan maklumat.
1.4 Kepimpinan sekolah menerajui penyediaan perancangan strategik untuk mencapai matlamat
dan objektif sekolah.
1.5 Kepimpinan sekolah memotivasikan warga sekolah untuk meningkatkan kualiti kerja.
1.6 Kepimpinan sekolah membuat keputusan dan menyelesaikan masalah untuk meningkatkan
kualiti pengurusan sekolah
1.7 Kepimpinan sekolah menerajui perlaksanaan kurikulum dan mewujudkan persekitaran
pembelajaran yang menggalakkan pemupukan budaya belajar
1.8 Kepimpinan sekolah mewujudkan perkongsian tanggungjawab bagi memupuk kesedaran
tanggungjawab bersama dalam mengurus sekolah.
Tindakan: GURU BESAR DAN SEMUA PENOLONG KANAN
5.4 STANDARD 2: PENGURUSAN ORGANISASI terdapat 8 aspek, antara aspek kritikal yang perlu dinilai
adalah seperti berikut:
2.1 Sumber manusia diurus untuk meningkatkan kualiti kerja warga sekolah.
2.2 Kemudahan prasarana diurus untuk memastikan keselesaan dan keselamatan warga sekolah.
2.3 Kewangan, aset alih dan aset tidak alih kerajaan diurus untuk memastikan setiap perbelanjaan
memberi pulangan yang optimum.
2.4 Data dan maklumat diurus supaya mudah diakses dan dimanfaatkan.
2.5 Sumber pendidikan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi diurus bagi menyokong
peningkatan kualiti pembelajaran.
2.6 Persekitaran dan suasana yang kondusif diwujudkan bagi memastikan kesejahteraan warga
sekolah dalam melaksanakan tanggungjawab.
2.7 Permuafakatan strategik diwujudkan untuk memperoleh sumbangan dan sokongan pelbagai
pihak bagi manfaat sekolah.
Tindakan: GURU BESAR DAN SEMUA PENOLONG KANAN






5.5 STANDARD 3: PENGURUSAN KURIKULUM, KOKURIKULUM, SUKAN DAN HAL EHWAL MURID :
3.1 PENGURUSAN KURIKULUM terdapat 5 aspek kritikal yang perlu dinilai adalah seperti berikut:
3.1.1 Ketetapan dibuat bagi memastikan kepatuhan dan keselarasan pelaksanaan kurikulum
kebangsaan.
3.1.2 Mata pelajaran diurus untuk meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran.
3.1.3 Program peningkatan pencapaian murid diurus untuk menyokong peningkatan prestasi murid.
3.1.4 Jadual waktu disediakan bagi membolehkan pembelajaran dan pengajaran dilaksanakan dengan
teratur.
3.1.5 Peperiksaan awam, pentaksiran dan penilaian diurus untuk mengesan pencapaian dan masalah
pembelajaran murid.
Tindakan: PENOLONG KANAN KURIKULUM


5.6 STANDARD 3: PENGURUSAN KURIKULUM, KOKURIKULUM, SUKAN DAN HAL EHWAL MURID :
3.2 PENGURUSAN KOKURIKULUM DAN SUKAN terdapat 6 aspek kritikal yang perlu dinilai adalah seperti
berikut:
3.2.1 Ketetapan dibuat bagi memastikan kepatuhan dan keselarasan pelaksanaan kokurikulum dan
sukan.
3.2.2 Kelab dan Persatuan diurus untuk memastikan penglibatan murid secara menyeluruh dan sebagai
pengukuhan terhadap pembelajaran di bilik darjah.
3.2.3 Badan Beruniform diurus untuk memastikan penglibatan murid secara menyeluruh dan sebagai
pengukuhan terhadap pembangunan perwatakan murid dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani
dan sosial.
3.2.4 Program Sukan untuk semua diurus untuk memastikan penglibatan murid secara menyeluruh dan
sebagai pengukuhan terhadap pengetahuan, kemahiran dan pembangunan sahsiah murid.
3.2.5 Program sukan untuk kecemerlangan diurus untuk mengesan dan memperkembangkan bakat
serta potensi murid ke arah peningkatan pencapaian sukan sekolah.
3.2.6 Penilaian kegiatan kokurikulum dan sukan diurus untuk mengesan pencapaian murid.

Tindakan: PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM

5.7 STANDARD 3: PENGURUSAN KURIKULUM, KOKURIKULUM, SUKAN DAN HAL EHWAL MURID:
3.3 PENGURUSAN HAL EHWAL MURID terdapat 4 aspek kritikal yang perlu dinilai adalah seperti berikut:
3.3.1 Ketetapan dibuat bagi memastikan kepatuhan dan keselarasan pelaksanaan Hal Ehwal Murid
(HEM)
3.3.2 Disiplin murid diurus untuk membentuk sikap dan perlakuan positif murid.
3.3.3 Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling disediakan untuk membantu dan membimbing murid
dari segi akademik, kokurikulum, sahsiah dan kerjaya murid.
3.3.4 Perkhidmatan kebajikan, kesihatan dan keselamatan disediakan untuk memastikan kesejahteraan
murid.
Tindakan: PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

5.8 STANDARD 4: PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN:
4.1 Penglibatan murid - Penglibatan aktif murid membolehkan berlakunya pembelajaran berkesan.
4.2 Penguasaan pembelajaran murid - Penguasaan pembelajaran murid selaras dengan objektif yang
ditetapkan.
4.3 Hasil kerja murid - Hasil kerja murid yang berkualiti dapat mengukuhkan pembelajaran.
4.4 Perancangan dan persediaan guru - Perancangan dan persediaan yang rapi meningkatkan
keberkesanan pengajaran.
4.5 Kaedah Penyampaian - Kaedah penyampaian yang sesuai meningkatkan pencapaian objektif
pelajaran.
4.6 Kemahiran Komunikasi - Komunikasi berkesan memudahkan pemahaman dan menggalakkan
pembelajaran murid.
4.7 Penggunaan Sumber Pendidikan - Penggunaan sumber pendidikan yang berkesan membantu
mengukuhkan pembelajaran murid.
4.8 Penilaian - Penilaian yang berterusan meningkatkan keberkesanan P&P.
4.9 Teknik Penyoalan - Teknik penyoalan yang berkesan meningkatkanpemahaman murid.
4.10 Penguasaan Isi Kandungan - Penguasaan isi kandungan yang mendalam membolehkan pelajaran
disampaikan dengan yakin, jelas dan tepat.
4.11 Pengurusan Kelas (Bilik Darjah/ Makmal/ Bengkel/Padang) - Pengurusan kelas yang cekap
mewujudkan suasana yang kondusif untuk meningkatkan keberkesanan P&P.
4.12 Amalan Profesionalisme Keguruan - Pematuhan etika kerja dan amalan nilai yang positif
mewujudkan keyakinan dan kepercayaan murid terhadap guru.
Tindakan: SEMUA GURU

5.9 STANDARD 5: KEMENJADIAN MURID : 5.1 KEMENJADIAN MURID PRASEKOLAH terdapat 6 aspek kritikal
yang perlu dinilai adalah seperti berikut:
5.1.1 Peratus murid yang menguasai Tunjang Komunikasi dalam tahun terkini.
5.1.2 Peratus murid yang menguasai Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai dalam tahun terkini.
5.1.3 Peratus murid Menguasai kemahiran Tunjang Sains dan Teknologi dalam tahun terkini.
5.1.4 Peratus murid Menguasai kemahiran Tunjang Kemanusiaan dalam tahun terkini.
5.1.5 Peratus murid Menguasai kemahiran Tunjang Fizikal dan Estetika dalam tahun terkini.
5.1.6 Peratus murid Menguasai kemahiran Tunjang Ketrampilan Diri dalam tahun terkini.
Tindakan: GURU PRASEKOLAH DAN PPM

5.10 STANDARD 5: KEMENJADIAN MURID:
5.3.1 KEMENJADIAN MURID SEKOLAH RENDAH PKS terdapat 3 aspek kritikal yang perlu dinilai adalah
seperti berikut:
5.3.1.1 Peratus murid menguasai sekurang-kurangnya Gred C dalam semua matapelajaran Penilaian
Kendalian Sekolah (PKS) (Peperiksaan Akhir Tahun) terkini.
5.3.1.2 Peratus murid mendapat Gred A dalam semua mata pelajaran PKS (Peperiksaan Akhir Tahun)
terkini.
5.3.1.3 GPS dinyatakan dalam bentuk peratus bagi PKS (Peperiksaan Akhir Tahun) terkini.
Tindakan: SEMUA GURU

5.11 STANDARD 5: KEMENJADIAN MURID:
5.3.2 KEMENJADIAN MURID SEKOLAH RENDAH UPSR terdapat 3 aspek kritikal yang perlu dinilai adalah
seperti berikut:
5.3.2.1 Peratus murid menguasai sekurang-kurangnya Gred C dalam semua matapelajaran UPSR terkini.
5.3.2.2 Peratus murid mendapat Gred A dalam semua mata pelajaran UPSR terkini.
5.3.2.3 GPS dinyatakan dalam bentuk peratus dalam UPSR terkini.
Tindakan: SEMUA GURU

5.12 Setiap jawatankuasa telah menepati aspek-aspek SKPM, walaubagaimanapun usaha untuk
memperlengkapkan eviden harus dipertingkatkan.
5.13 Setiap program yang dilaksanakan mesti mempunyai kertas kerja, instrument penilaian keberkesanan
program dan laporan.
5.14 Perlu lihat instrumen dan buat tindakan untuk membentuk budaya pelajar.
5.15 Strategi untuk meningkatkan pencapaian SKPM antaranya memperbanyakkan aktiviti berbentuk
pertandingan sama ada aktiviti badan beruniform, kelab dan persatuan dan sukan permaianan agar
lebih ramai murid terlibat dan mencapai kejayaan sekurang-kurangnya di peringkat sekolah.
5.16 Rekod penglibatan murid dan sijil pencapaian murid perlu difailkan.
5.17 Peruntukan Bantuan Kokurikulum (BKK) dan Bantuan Tambahan Persekolahan (BTP) boleh digunakan
oleh persatuan ko-akademik untuk menjalankan aktiviti.
5.18 Sahsiah murid termasuk sikap murid, mengamalkan ketepatan masa, pergerakan kumpulan dan
menjaga harta benda sekolah.
5.19 Semua data perlu dilengkapkan seminggu selpas keputusan UPSr diumumkan bagi memudahkan
Penyelaras SKPM untuk memasukkan data secara atas talian.
Tindakan : SEMUA GURU
HAL-HAL LAIN
6.1
6.3
Anugerah sekolah adalah anugerah untuk semua.
Pegerusi berharap semua guru akan berusaha untuk menjalankan amanah yang telah
dipertanggungjawabkan bagi menaikkan taraf sekolah dalam SKPM.
MAKLUMAN: SEMUA GURU
6.0
7.0 UCAPAN PENANGGUHAN
Mesyuarat / taklimat ditangguhkan pada pukul 3.45 petang dengan ucapan terima kasih.

7.1
Disediakan oleh: Disahkan oleh:

NURSUFYANA ULFA BT CHE MUSTAFFA
Penyelaras SKPM
SK Sg Siong Tengah, Sibu

SAGA AK ENDET
Guru Besar
SK Sg Siong Tengah, Sibu

Anda mungkin juga menyukai