Anda di halaman 1dari 25

MODUL MOTIVASI

PROGRAM SISTEM LATIHAN DUAL NASIONAL


(SLDN) KHAS DI BAWAH RANCANGAN
MALAYSIA KESEPULUH (RMKe-10)









JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
MALAYSIA
2011


2

MODUL MOTIVASI SLDN KHAS RMKe-10

Nama Aktiviti : 1. Ice Breaking
No. Aktiviti : 1.1 Salam Takruf
Kumpulan Sasar : Program SLDN Khas (Belia tercicir, 16-35 tahun)
Bil. Perkara Huraian
1. Tujuan

Membuka minda peserta untuk memecahkan
halangan diri sebagai satu titik permulaan yang
positif.
2. Objektif 1) Dapat berinteraksi dan mewujudkan suasana
kemesraan dengan lebih terbuka di antara
peserta dengan fasilitator.
2) Mengenali lebih rapat di antara peserta dan
fasilitator untuk memecahkan halangan bagi
mewujudkan silaturrahim.
3. Ringkasan Aktiviti Pengenalan diri oleh peserta.
4. Jangka masa/Tempoh 1 jam
5. Peralatan/Kelengkapan -
6. Hasil Pengajaran/
Pembelajaran
1) Menguatkan keakraban antara peserta.
2) Menghormati antara satu sama lain.
7. Langkah/Kaedah
Pelaksanaan
1) Peserta perlu mencari pasangan. (1 minit)

2) Seterusnya, peserta perlu mendapatkan
maklumat rakan seperti nama, asal, umur,
hobi, status, panggilan mesra, nama glamour
dan elemen yang boleh mengingatkan rakan.
(2 minit)

3) Peserta akan memperkenalkan rakan
pasangan di hadapan semua peserta.

4) Pasangan seterusnya perlu menyebut nama-
nama peserta sebelumnya melalui panggilan
mesra.



3

MODUL MOTIVASI SLDN KHAS RMKe-10

Nama Aktiviti : Ice Breaking
No. Aktiviti :1.2 Mencari Kesamaan
Kumpulan Sasar : Program SLDN Khas (Belia tercicir, 16-35 tahun)
Bil. Perkara Huraian
1. Tujuan

Mudah bergaul dan berbincang tanpa halangan
emosi dan tingkah laku.
2. Objektif 1) Mudah bergaul dan berbincang.
2) Menghilangkan rasa malu dan janggal.
3) Mengeratkan hubungan di antara peserta.
4) Mengenali watak peserta lain secara umum
melalui kesamaan.
3. Ringkasan Aktiviti Setiap peserta dikehendaki mencari kesamaan
antara satu sama lain dengan belon terikat di kaki.
4. Jangka masa/Tempoh 30 minit
5. Peralatan/Kelengkapan Belon dan benang
6. Hasil Pengajaran/
Pembelajaran
1) Menghormati hak orang lain dan diri sendiri.
2) Menghargai pemberian orang lain.
7. Langkah/Kaedah
Pelaksanaan
1) Setiap peserta diberikan belon dan benang.

2) Peserta perlu meniup belon tersebut
semaksimum yang mungkin dan mengikatnya
di buku lali.

3) Fasilitator akan memberi arahan untuk mencari
rakan-rakan melalui kesamaan seperti:

a. Pusingan pertama:
Mencari kesamaan dalam hierarki dalam
keluarga ( cth: anak sulung, anak bongsu,
anak tunggal, dsb)

b. Pusingan kedua:


4

Bil. Perkara Huraian
Mencari kesamaan melalui rakan peserta
yang berasal dari negeri yang sama.

c. Pusingan ketiga:
Mencari kesamaan melalui rakan peserta
yang lahir dalam bulan yang sama.

4) Setelah selesai pusingan pertama, fasilitator
akan melaksanakan pusingan kedua dan
ketiga.

5) Pada masa yang sama, peserta perlu menjaga
belon supaya tidak pecah semasa bertukar
kumpulan.

6) Peserta yang belonnya pecah, akan didenda
mengikut kreativiti fasilitator.





5

MODUL MOTIVASI SLDN KHAS RMKe-10

Nama Aktiviti : Ice Breaking
No. Aktiviti : 1.3 Bola Hikmat
Kumpulan Sasar : Program SLDN Khas (Belia tercicir, 16-35 tahun)
Bil. Perkara Huraian
1. Tujuan Mencetuskan kreativiti mengikut suasana semasa.
2. Objektif 1) Merebut peluang
2) Pantas bertindak
3) Peka kepada suasana persekitaran
4) Keupayaan menggunakan sumber yang ada
3. Ringkasan Aktiviti Peserta akan duduk di atas kerusi di dalam
bulatan. Peserta yang memegang bola akan
menyebut elemen yang ada pada peserta lain.
Peserta yang mempunyai elemen tersebut perlu
bangun dan bertukar tempat. Elemen yang telah
disebut tidak boleh diulang semula.
4. Jangka masa/Tempoh 30 minit
5. Peralatan/Kelengkapan 1) Bola -1 biji
2) Kerusi mengikut jumlah peserta
6. Hasil Pengajaran/
Pembelajaran
1) Peka terhadap suasana persekitaran
2) Mendengar dengan teliti
3) Bertindak secepat yang mungkin
7. Langkah/Kaedah
Pelaksanaan
1) Peserta akan duduk di atas kerusi di dalam
bulatan.

2) Fasilitator akan memegang bola dan menyebut
satu elemen kepada peserta (cth: peserta yang
memakai cermin mata) dan fasilitator akan
menarik satu kerusi keluar.

3) Semua peserta yang mempunyai elemen
tersebut perlu bangun dan bertukar tempat


6

Bil. Perkara Huraian
duduk.

4) Peserta yang tidak mendapat tempat duduk
perlu mengambil bola dan menyebut elemen
yang seterusnya. (cth: peserta yang memakai
tudung)

5) Permainan diteruskan sehingga masa tamat.





7

MODUL MOTIVASI SLDN KHAS RMKe-10

Nama Aktiviti : 2. Pembentukan Kumpulan
No. Aktiviti : 2.1 Kumpulan Dinamika
Kumpulan Sasar : Program SLDN Khas (Belia tercicir, 16-35 tahun)
Bil. Perkara Huraian
1. Tujuan Mewujudkan kerjasama antara peserta
2. Objektif
1) Mewujudkan kerjasama kumpulan
2) Mewujudkan persefahaman dan persahabatan
3) Memupuk sifat kepimpinan
3. Ringkasan Aktiviti Kumpulan akan dibentuk melalui kad berwarna
yang diberikan semasa sesi pendaftaran. Semasa
sesi ini, setiap kumpulan perlu melantik ketua
kumpulan, nama kumpulan, motto, visi, misi dan
logo kumpulan.
4. Jangka masa/Tempoh 1 jam
5. Peralatan/Kelengkapan Sekotak pensil warna, kertas mahjong, marker pen
(merah,hitam,biru,hijau), masking tape
6. Hasil Pengajaran/
Pembelaran
1) Memupuk semangat kerjasama antara ahli
kumpulan.

2) Memupuk sifat kepercayaan kepada ketua
yang dilantik melalui majoriti.

3) Mewujudkan kreativiti dan sifat keterbukaan
setiap ahli.
7. Langkah/Kaedah
Pelaksanaan
1) Fasilitator akan memberi penerangan berkaitan
dengan pembentukan kumpulan.

2) Peserta akan bergerak masuk ke kumpulan
mengikut warna kad yang dipilih semasa sesi
pendaftaran.



8

Bil. Perkara Huraian
3) Setiap kumpulan mestilah membentuk perkara
berikut:

a. Ketua kumpulan
b. Nama kumpulan
c. Motto
d. Visi dan Misi
e. Logo
f. Trademark berkaitan nama kumpulan

4) Pembentangan kumpulan berasaskan perkara
yang telah dibangunkan.



9

MODUL MOTIVASI SLDN KHAS RMKe-10

Nama Aktiviti : Pembentukan Kumpulan
No. Aktiviti : 2.2 Radio Karat
Kumpulan Sasar : Program SLDN Khas (Belia tercicir, 16-35 tahun)
Bil. Perkara Huraian
1. Tujuan

Penyerapan dan penyampaian maklumat yang
berkesan
2. Objektif 1) Memupuk kepekaan terhadap maklumat yang
diterima.
2) Memupuk kefahaman maklumat yang diterima.
3) Memastikan penyampaian maklumat yang
betul.
3. Ringkasan Aktiviti Setiap kumpulan berada dalam satu barisan dan
fasilitator akan memberi serangkap ayat kepada
ahli pertama. Selepas itu, ahli pertama
dikehendaki menyampaikan secara berbisik
kepada rakan di belakangnya dan seterusnya
sehingga ahli yang terakhir. Peserta terakhir akan
menulis dan membaca ayat yang diterima.
4. Jangka masa/Tempoh 30 minit
5. Peralatan/Kelengkapan 1) Pen
2) Kertas A4
6. Hasil Pengajaran/
Pembelajaran
1) Pelbagai halangan dalam komunikasi terhadap
persekitaran yang diterima perlu ditangani
dengan berhemah.

2) Ketelitian dalam penerimaan dan penyampaian
maklumat.
7. Langkah/Kaedah
Pelaksanaan
1) Peserta hendaklah berbaris dalam satu
barisan.

2) Fasilitator akan memberi serangkap ayat yang
perlu diingati dan difahami oleh peserta


10

Bil. Perkara Huraian
pertama dalam barisan.

3) Peserta pertama tersebut perlu menyampaikan
ayat tersebut kepada peserta di belakangnya
secara berbisik.

4) Peserta kedua pula akan menyampaikan
maklumat yang diterima kepada peserta ketiga
dan seterusnya sehingga peserta yang
terakhir.

5) Peserta yang terakhir hendaklah menulis
maklumat yang diterima di atas kertas yang
diberikan dan membacanya.





11

MODUL MOTIVASI SLDN KHAS RMKe-10

Nama Aktiviti : Pembentukan Kumpulan
No. Aktiviti : 2.3 Menara Kejayaan
Kumpulan Sasar : Program SLDN Khas (Belia tercicir, 16-35 tahun)
Bil. Perkara Huraian
1. Tujuan

Meningkatkan semangat kesepakatan dalam
kumpulan.
2. Objektif 1) Memupuk semangat bekerjasama dalam
kumpulan.
2) Mencungkil kreativiti setiap ahli kumpulan.
3) Menanamkan sifat bertolak ansur dan bantu
membantu di antara ahli kumpulan.
3. Ringkasan Aktiviti Setiap kumpulan dikehendaki membina menara
paling tinggi berdasarkan kreativiti mereka dengan
menggunakan straw yang diberikan.
4. Jangka masa/Tempoh 30 minit
5. Peralatan/Kelengkapan Straw (50 batang)
6. Hasil Pengajaran/
Pembelajaran
1) Memupuk sikap kreatif dan semangat
berkumpulan.

2) Mewujudkan perkongsian idea.
7. Langkah/Kaedah
Pelaksanaan
1) Setiap kumpulan diberikan 50 batang straw
untuk membina menara mengikut kreativiti
masing-masing.

2) Menara yang dihasilkan mestilah teguh.

3) Kumpulan yang dapat menghasilkan menara
yang tertinggi dan teguh dikira pemenang.




12

MODUL MOTIVASI SLDN KHAS RMKe-10

Nama Aktiviti : Tag Team (Projek Kumpulan)
No. Aktiviti : 3
Kumpulan Sasar : Program SLDN Khas (Belia 16-35 tahun)
Bil. Perkara Huraian
1. Tujuan Mencungkil kreativiti setiap perantis sebagai satu
kumpulan
2. Objektif 1) Perbincangan dan strategi menyiapkan tugasan
kumpulan.
2) Memupuk semangat kerjasama kumpulan.
3) Memupuk sifat tanggungjawab terhadap
tugasan yang diberikan.
4) Pembelajaran pengurusan masa dan sumber
3. Ringkasan Aktiviti Setiap kumpulan dikehendaki merancang dan
menyediakan satu projek inovasi dan rekacipta
berdasarkan senarai projek berikut:

a. Telefon bimbit generasi 2020;
b. Kenderaan generasi 2020;
c. Robot pembantu rumah;
d. Peralatan keselamatan jarak jauh
generasi baru; atau
e. Projek lain selain daripada senarai di
atas serta bersesuaian dengan bidang
berkaitan.
4. Jangka masa/Tempoh 1 jam (Perbincangan dan persiapan kumpulan)
30 minit (Persembahan kumpulan)
5. Peralatan/Kelengkapan Kertas mahjong, marker pen, tape, gunting, tack-it
dan alat tulis serta sumber sedia ada yang


13

Bil. Perkara Huraian
bersesuaian dengan projek yang dipilih.
6. Hasil Pengajaran/
Pembelajaran
Selepas pelaksanaan aktiviti ini, perantis akan
dapat mempamerkan sifat/kemahiran; kepimpinan,
komunikasi, kerjasama, ketelitian dan pengurusan
7. Langkah / Kaedah
Pelaksanaan
1) Setiap kumpulan di kehendaki memilih satu
projek inovasi/kreatif seperti tersenarai di atas
(perkara 3).
2) Setiap kumpulan akan dibekalkan dengan
peralatan asas.
3) Setiap kumpulan dibenarkan untuk
menggunakan bahan/peralatan tambahan yang
bersesuaian.
4) Setiap projek perlu disiapkan dalam masa 1
jam.
5) Setiap kumpulan diberi masa 10 minit bagi
membentangkan hasil projek.
6) Kumpulan lain digalakkan untuk memberikan
pandangan atau soalan berkaitan dengan
projek yang dibentangkan.










14

MODUL MOTIVASI SLDN KHAS RMKe-10

Nama Aktiviti : Gemilang 1 Malaysia
No. Aktiviti : 4
Kumpulan Sasar : Program SLDN Khas (Belia tercicir, 16-35 tahun)
Bil Perkara Huraian
1. Tujuan Memperkasakan pendidikan kemahiran dalam
membangunkan Negara.
2. Objektif 1) Mengenalpasti kekuatan diri perantis
2) Mengembangkan potensi diri perantis
3) Membina keupayaan untuk menyumbang dalam
pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan
negara
3. Ringkasan Aktiviti
1) Success story (penceritaan, gambar, video dll).
2) Diskusi/perbincangan: Nilai-nilai di sebalik
kejayaan tokoh terpilih.
3) Sesi muhasabah diri
4) Pembentangan kumpulan.
5) Rumusan aktiviti oleh fasilitator

4. Jangka masa/
Tempoh
1) 30 minit - Success story
2) 1 jam Diskusi/perbincangan
3) 30 minit Muhasabah diri dalam kumpulan
4) 2 jam Pembentangan kumpulan dan soal-
jawab
5) 30 minit Rumusan oleh fasilitator
5. Peralatan/
Kelengkapan
Peralatan audio/video success story
Kertas mahjong, marker pen, tape, gunting, tack-it
dan alat tulis.


15

Bil Perkara Huraian
6. Hasil Pengajaran/
Pembelajaran
Menyedari dan memahami akan kepentingan
pendidikan kemahiran dalam membangunkan
kerjaya individu.
7. Langkah / Kaedah
Pelaksanaan
1) Fasilitator dikehandaki menayangkan video
success story kepada perantis.
2) Semua perantis dikehendaki menghayati
penceritaan dan menyenaraikan nilai-nilai di
sebalik kejayaan tokoh terpilih.
3) Perantis diminta duduk dalam satu bulatan
besar. Fasilitator akan meminta perantis yang
dipilih secara rawak untuk berkongsi nilai-nilai
atau faktor-faktor di sebalik kejayaan melalui
tayangan video.
4) Menyenaraikan kekuatan dan kelemahan yang
ada dalam diri perantis dalam sesi muhasabah
diri. Perantis dikehendaki berkongsi kekuatan
dan kelemahan diri perantis dalam bulatan yang
sama.
5) Fasilitator akan merumuskan hasil
langkah/kaedah 3 dan 4.
6) Setiap kumpulan dikehendaki menyediakan
perancangan dan tindakan yang harus diambil
untuk mengubah diri dan mencapai kejayaan.
7) Setiap kumpulan dikehendaki membentang
perancangan dan tindakan yang akan diambil.
8) Fasilitator akan merumuskan hasil
langkah/kaedah 6 dan 7.




16

MODUL MOTIVASI SLDN KHAS RMKe-10


Nama Aktiviti : Stesen Maklumat

No. Aktiviti : 5

Kumpulan Sasar : Program SLDN Khas (Belia tercicir, 16-35 tahun)

Bil. Perkara Huraian
1. Tujuan Pendedahan awal terhadap Nilai Murni 1Malaysia
2. Objektif Peserta menghayati 4 nilai murni iaitu :

1) Saling hormat-menghormati antara satu sama lain
tanpa mengira kaum.
2) Mempunyai sikap rendah hati (tawadhuk) dalam
pergaulan seharian.
3) Kesederhanaan dalam semua aspek kehidupan;
dan
4) Sifat berbudi bahasa dalam pertuturan dan tingkah
laku seharian.
3. Ringkasan Aktiviti 1) Dijalankan secara Station by station berdasarkan
konsep Nilai-nilai Murni 1 Malaysia.

2) Setiap kumpulan akan memulakan aktiviti di stesen-
stesen yang berbeza dan dilaksanakan secara
bergilir.

3) Di akhir sesi, setiap kumpulan perlu
membentangkan pengajaran/faedah yang diperoleh
dari aktiviti yang dijalankan.

4) Fasilitator di setiap stesen akan memberi markah
berdasarkan keupayaan kumpulan melaksanakan
aktiviti.

5) Kumpulan yang mengumpul markah yang tertinggi
dipilih sebagai pemenang.



17

Bil. Perkara Huraian
4. Jangka masa/Tempoh Aktiviti : 2 jam

Pembentangan : 15 minit setiap kumpulan
5. Peralatan/Kelengkapan Seperti yang dicadangkan bagi setiap aktiviti di bawah.
6. Hasil Pengajaran/
Pembelajaran
1) Menerapkan nilai-nilai murni 1 Malaysia iaitu
hormat-menghormati, rendah hati, kesederhanaan
dan budi bahasa.

2) Merujuk dan menghayati nilai-nilai murni yang
terdapat di dalam Booklet 1 Malaysia.

7. Langkah/Kaedah
Pelaksanaan
1) Dijalankan menggunakan konsep Station by
station berdasarkan 4 Nilai Murni 1 Malaysia.
Setiap kumpulan perlu menyelesaikan tugas di
setiap stesen sebelum meneruskan aktiviti di
stesen berikutnya.

2) Peta (layout) disediakan oleh fasilitator.

3) Fasilitator menentukan kedudukan setiap stesen.

4) Setiap kumpulan diberikan peta (layout) kedudukan
stesen.

5) Fasilitator perlu menentukan giliran setiap
kumpulan mengikut stesen. Setiap stesen dikawal
oleh seorang fasilitator.

* Sekurang-kurangnya 5 orang fasilitator diperlukan.


Stesen 1 (Hormat menghormati)

Objektif:

Sikap menghormati idea dan cadangan setiap ahli
kumpulan.

Matlamat aktiviti:

Memenuhkan air di dalam gelas.


18

Bil. Perkara Huraian

Bahan:

i) Sehelai surat khabar bersaiz kecil
ii) 1 biji gelas
iii) 1 baldi air

Arahan:

1) Anda diminta untuk memenuhkan gelas dengan air
dan sekiranya fasilitator berpuas hati, anda boleh
meneruskan ke stesen berikutnya.

2) Sebarang soalan adalah tidak dibenarkan.



Stesen 2 (Rendah hati)

Objektif:

Setiap peserta perlu bersatu untuk mencapai
kehidupan harmoni.
Nilai positif dan nilai negatif perlu ada dalam setiap
kumpulan kerana perlunya keseimbangan dalam
hidup.



Cadangan aktiviti 1:

Matlamat aktiviti 1:

Mengeluarkan bola dari kawasan bulatan dengan
mengangkat bola menggunakan tali yang dibekalkan.

Bahan 1:

i) 10 biji bola ping pong di atas lantai
ii) 2 utas tali jut/kasar sepanjang 2 meter setiap satu





19

Bil. Perkara Huraian






Arahan:

1) Anda diberi 1 minit untuk melengkapkan tugasan
ini.

2) Keluarkan bola dari kawasan bulatan dengan
mengangkat bola hanya menggunakan 2 tali yang
dibekalkan.

3) Ahli kumpulan perlu berada di luar bulatan.



Cadangan aktiviti 2:

Matlamat aktiviti:

Kesemua ahli kumpulan perlu kekal berdiri di atas
hamparan surat khabar atau bata tanpa memijak lantai.

Bahan:

Surat khabar bersaiz kecil (cth : Metro, The Star) atau
batu bata

Arahan:

1) Semua ahli kumpulan perlu berdiri di atas
hamparan surat khabar atau batu bata.

2) Fasilitator akan mengeluarkan sehelai demi sehelai
surat khabar/ batu bata untuk mengecilkan
ruangan untuk dipijak.

3) Kesemua ahli kumpulan perlu kekal berdiri
sekurang-kurangnya 5 saat di atas surat
khabar/batu bata sebelum helaian surat khabar/
Tali 2 meter
Tali 2 meter


20

Bil. Perkara Huraian
sebiji bata berikutnya dikeluarkan.



Stesen 3 (Kesederhanaan)


Objektif:

Menerapkan konsep toleransi antara kaum dan ahli
kumpulan.


Cadangan aktiviti 1:

Matlamat aktiviti:

Memastikan belon yang ditiup oleh setiap ahli
mempunyai saiz yang seragam.

Bahan :

Belon


Arahan:

1) Semua ahli diberikan sebiji belon.

2) Anda dikehendaki meniup belon.

3) Kemudian, setelah belon ditiup anda perlu pastikan
saiz setiap belon adalah seragam antara ahli
kumpulan.


Cadangan aktiviti 2:

Matlamat aktiviti:

Memastikan setiap ahli dapat meminum air daripada
gelas yang dibekalkan.



21

Bil. Perkara Huraian
Bahan:

1 gelas berisi air

Arahan:

Setiap ahli perlu memegang gelas dan membawa
gelas melalui kawasan berhalangan ke checkpoint
yang ditetapkan tanpa menyebabkan air tertumpah.
Contoh halangan: perlu melompat untuk merentasi tali
yang direntangkan/ menuruni tangga sambil membawa
air.


Cadangan aktiviti 3:

Matlamat aktiviti:

Memastikan setiap ahli dapat meminum air daripada
gelas yang dibekalkan.

Bahan:

Gelas berisi air

Arahan:

1) Ahli perlu berdiri dalam satu barisan panjang.

2) Ahli pertama perlu minum dan menyerahkan gelas
kepada ahli bersebelahan dengan menggunakan
tangan yang diletakkan di bahagian belakang
badan.

3) Peserta bersebelahan perlu menerima gelas
tersebut menggunakan tangan yang diletakkan di
bahagian belakang badan, minum air tersebut
sebelum diserahkan kepada ahli seterusnya.







22

Bil. Perkara Huraian
Stesen 4 (Budi bahasa)

Objektif:

Memastikan peserta menggunakan tutur kata yang
sopan tanpa mengeluarkan perkataan yang tidak
sepatutnya.

Matlamat aktiviti:

Bata diletakkan di atas menara yang dibina daripada
surat khabar tanpa meruntuhkan menara.

Bahan:

i) Senaskah surat khabar setiap kumpulan
ii) 1 ketul bata
iii) Pita pelekat

Arahan :

1) Anda dikehendaki membina sebuah menara
menggunakan surat khabar dan pita pelekat yang
dibekalkan.

2) Bata perlu diletakkan di atas menara tanpa
meruntuhkan menara tersebut.


Pembentangan kumpulan:

Wakil kumpulan perlu membentangkan
hasil/pengajaran yang diperoleh daripada aktiviti yang
dijalankan.










23

MODUL MOTIVASI SLDN KHAS RMKe-10


Nama Aktiviti : 6. Persembahan Patriotik
No. Aktiviti : 6.1 Persiapan Persembahan Patriotik
Kumpulan Sasar : Program SLDN Khas (Belia tercicir, 16-35 tahun)
Bil. Perkara Huraian
1. Tujuan Mencungkil bakat setiap perantis sebagai satu
kumpulan
2. Objektif
1) Mencungkil kreativiti dalam kalangan perantis
2) Menerapkan nilai-nilai patriotik di dalam diri
setiap peserta
3) Meningkatkan semangat kerjasama antara
kumpulan
3. Ringkasan Aktiviti Perantis dikehendaki membuat persiapan bagi:
1) mempersembahkan lagu wajib Lagu 1
Malaysia; dan
2) satu persembahan berunsurkan patriotik
berpandukan satu lagu yang dipilih daripada
senarai berikut di bawah:
a. Malaysia Berjaya
b. Barisan Kita
c. Wawasan 2020
d. Malaysiaku Tercinta
e. Keranamu Malaysia
f. Jalur Gemilang
4. Jangka masa/ Tempoh 15 minit bagi penerangan aktiviti
5. Peralatan/ Kelengkapan Peralatan audio/video, lirik lagu dan lain-lain
peralatan yang bersesuaian


24

Bil. Perkara Huraian
6. Hasil Pengajaran
/Pembelajaran
Selepas pelaksanaan aktiviti ini, perantis akan
dapat memahami dan melaksanakan arahan.
7. Langkah / Kaedah
Pelaksanaan
1) Semua perantis di kehendaki melibatkan diri
dalam menyampaikan Lagu 1 Malaysia.
2) Setiap kumpulan juga dikehendaki memilih dan
membuat persembahan berunsurkan politik
berpandukan lagu patriotik yang dipilih seperti
dalam senarai (perkara 3).
3) Lagu yang dipersembahkan boleh disampaikan
mengikut cara dan gaya tersendiri.
4) Kumpulan dibenarkan untuk menggunakan
peralatan muzik, atau lain-lain peralatan dan
kostum yang bersesuaian.
5) Masa atau sesi latihan bergantung kepada
kebijaksanaan kumpulan.






25

MODUL MOTIVASI SLDN KHAS RMKe-10



Nama Aktiviti : Persembahan Patriotik

No. Aktiviti : 6.2 Persembahan Patriotik

Kumpulan Sasar : Program SLDN Khas (Belia tercicir, 16-35 tahun)

Bil. Perkara Huraian
1. Tujuan

Memupuk kerjasama ahli kumpulan dalam
menyiapkan tugasan yang diberi.
2. Objektif Menerapkan nilai-nilai patriotik di dalam diri setiap
peserta.
3. Ringkasan Aktiviti Mempersembahkan lagu wajib 1 Malaysia dan
satu persembahan berunsurkan patriotik
berpandukan lagu yang dipilih sama ada dalam
bentuk nyanyian, sketsa, dikir barat, pantomin dan
sebagainya.
4. Jangka masa/Tempoh 20 minit setiap kumpulan.
5. Peralatan/Kelengkapan Bebas.
6. Hasil Pengajaran/
Pembelajaran
Mewujudkan daya kreativiti di kalangan perserta,
berani serta memupuk kerjasama sesama ahli
kumpulan.
7. Langkah/Kaedah
Pelaksanaan
1) Nyanyian Lagu 1 Malaysia.

2) Persembahan berunsurkan patriotik seperti
nyanyian/ sketsa/ dikir barat/ pantomin dan
sebagainya

Anda mungkin juga menyukai