4 Mazhab
AL-IMAM ABU HANIFAH
Al-Imam al-Mujtahid Abu Hanifah al-Nu`man Ibn
Thabitradiyallahu`anhu (W. 150 H)berkata di
dalam kitabnya al-Fiqh al-Absat[1]:
"
."
Maksudnya:
"Allah ta`ala itu wujud pada azali [tidak ada
permulaan bagi kewujudan-Nya dengan]tanpa
bertempat sebelum Dia menciptakan
makhluk. Dan Allah ta`ala itu wujud pada azali
[tidak ada permulaan bagi kewujudan-Nya
dengan] tanpa di mana tanpa makhluk dan tanpa
sesuatupun dan Dia pencipta segala sesuatu".
Al-Imam al-Mujtahid Abu Hanifah al-Nu`man ibn
Thabitradhiyallahu`anhu (W. 150H) berkata dalam
kitabnya al-Wasiyyah:
"
."
Maksudnya:
"Seandainya Allah berhajat kepada duduk dan
bertempat, lalu di manakah Allah sebelum
diciptakan `Arasy? Maha Suci Allah daripada
DUDUK dan BERTEMPAT akan sebagai
penyucian yang pasti."
AL-IMAM MALIK
Al-Imam al-Mujtahid Malik pernah ditanya tentang
maknaIstawa sepertimana yang diriwayatkan
oleh al-Imam al-Baihaqidi dalam kitabnya al-
Asma Wa al--Sifat[2]:
"
."
Maksudnya:
"Wahai Abu Abdillah: Ar-Rahman beristawa ke
atas `Arasy, bagaimana Dia istawa? Makaal-
Imam Malik menundukkan kepalanya dan peluh
membasahinya, kemudian beliau mengangkat
mukanya lalu berkata: Ar-Rahman beristawa ke
atas `Arasy sepertimana Dia sifatkan diri-Nya
dan tidak boleh dikatakan bagaimana (istawa-
Nya) dan bagaimana istawa-Nya (kaif iaitu sifat
makhluk) diangkat daripada-Nya (tiada bagi-
Nya kaif iaitu tidak menyerupai sifat
makhluk).Sesungguhnya engkau ahli bid`ah,
usirlah dia. Maka lelaki itupun diusir pergi".
Al-Imam al-Qarafi mensyarahkan maksud
perkataan al-Imam Malik yang menyebut : "al-Kaif
tidak masuk akal" berkata[3]:
"
"
...
."
Maksudnya:
"Al-Kaif [sifat makhluk] tidak masuk
akal" maknanya, zat Allah tidak disifati dengan
apa yang diletakkan oleh kaedah bahasa Arab
dengan lafaz Kaif iaitu (sifat makhluk yang terdiri
daripada) suatu keadaan yang berpindah-pindah
(terpisah-pisah) dan suatu keadaan (sifat)
kejisiman...Maka tidak masuk akal (mustahil)
ianya (Kaif iaitu sifat makhluk) dinisbahkan
kepada Allah kerana ianya (kejisiman dan sifat
makhluk) mustahil bagi sifat ketuhanan (Allah
ta`ala)" .
AL-IMAM ASY-SYAFI`E
Al-Imam al-Mujtahid Muhammad ibn Idris al-
Syafi`eradiyallhu`anhu (W. 203 H)telah berkata[4]:
"
."
Maksudnya:
"Sesungguhnya Dia ta`ala wujud pada azali
[iaitu tidak ada permulaan bagi kewujudan-Nya
dengan] tanpa bertempat, maka Dia mencipta
tempat sedangkan Dia tetap diatas sifat
keazalian-Nya sebagaimana Dia wujud pada azali
sebelum Dia mencipta tempat [iaitu wujud-Nya
dengan tanpa bertempat]. Perubahan tidak harus
(pada akal) berlaku perubahan ke atas-Nya pada
zat-Nya dan tidak juga berlaku penukaran pada
sifat-Nya".
Al-Imamal-Mujtahid Muhammad Ibn Idris al-
Syafi`eradiyallhu`anhu (W. 203 H)berkata[5]:
"
."
Maksudnya:
"Barangsiapa yang berusaha untuk mengetahui
pentadbirnya (Allah) hingga menyakini bahawa
yang ia bayangkan dalam benak fikirannya adalah
Allah, maka dia adalah Musyabbihah (orang yang
menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya, maka
ia telah kafir]. Danjika ia berhenti pada keyakinan
bahawa Tuhan (yang mentadbirnya) maka
diaadalah mu`aththil (orang yang meniadakan
Tuhan/atheis, maka ia telah kafir). Dan jika ia
berhenti pada keyakinan bahawa pasti ada
pencipta yang menciptakannya dan tidak
menyerupainya serta mengakui bahawa dia
tidak akan dapat membayangkan-Nya [Allah],
maka dia adalah muwahhid (orang yang
mentauhidkan Allah)".
AL-IMAMAHMAD BIN HANBAL
Al-Imam al-Mujtahid al-Jalil Abu Abdullah Ahmad
IbnHanbalradiyallahu`anhu (W. 231 H)berkata[6]:
"
."
Maksudnya:
"Dan adapun al-Imam Ahmad al-Jalil Abu
`Abdullah Ahmad bin Muhammad bin Hanbal
Syaibani,maka sungguh telah disebutkan oleh
asy-Syeikh ibnu Hajar al-Haithami
sesungguhnya beliau (Imam Ahmad) dalam
kalangan mereka yang mensucikan Allah
ta`ala daripada sebarang tempat dan
jisim. Kemudian, Ibnu Hajar berkata: Adapun
yang masyhur dalam kalangan orang-orang jahil
yang menisbahkan kepada Imam yang agung ini,
bahawa beliau bercakap tentang (Allah ta`ala)
bertempatdan sebagainya, maka ia merupakan
sesuatu yang dusta, tipu daya dan rekaan keatas
beliau".
Al-Imam al-Mujtahid al-Jalil Abu Abdullah Ahmad
Ibn Hanbalradiyallahu`anhu (W. 231
H)berkata[7]:
" -
...
."
Maksudnya:
"Telah berkata iaitu al-Imam Ahmad- pada
menjelaskan tentang makna istawa iaitu
ketinggian darjat dan keagungan-Nya. Allah ta`ala
sentiasa Maha Tinggi dan MahaTinggi (darjat-
Nya) sebelum Dia menciptakan `Arasy. Dia di
atas setiap sesuatu dan Maha Tinggi (kedudukan-
Nya) daripada setiap sesuatu Tidak boleh
seseorang berkata bahawasanya, istawa itu zat
Allah ta`ala menyentuh `Arasy atau
menempatinya [Arasy]. Maha Suci Allah ta`ala
daripadanya (bertempat) akan sebagai
penyucian yang pasti. Dia tidak akan berubah-
ubah, tidak dibatasi dengan sebarang batasan
sebelum penciptaan `Arasy dan setelah kejadian
(terciptanya) `Arasy tersebut".
Maka sesungguhnya Abu Fadhl al-Tamimi,
penghulu ulama` Hanabilah
Berdasarkan perkataan Imam Abu al-Fadhl al-
Tamimi ini, al-Imam
Ahmad radiyallahu`anhu menafikan bagi Allah
ta`ala sebarang makna-makna yang membawa
kepada kelaziman-kelaziman jisim seperti
beranggota, berukuran, mempunyai bentuk dan
sebagainya.
Imam Ahmad bukan sekadar menolak
fahaman Tajsim, tetapi diriwayatkan juga
bahawasanya beliau mengkafirkan mereka yang
berfahaman tajsim.
[1] Abu Hanifah al-Nu`man Ibn Thabit, al-Fiqh al-
Absat h. 25 dan dikumpulkan juga di
dalam Majmu` Rasail Abi Hanifahdengan tahqiq
oleh al-Kawthari- , (t.p.), h. 6.
[2] Al-Imamal-Bayhaqi, al-Asma was-Sifat; Bab
ma ja fi al-`Arsy wa al-Kursi, DarAl-Jail Beirut,
hlm. 568 .
[3]Al-Imam al-Qarafi di dalam kitabnya Az-
Zakhirah,13/242.
[4] Muhammad Murtada al-Zabidi(t.t), Ittihaf al-
Sadat al-Muttaqin, Dar al-Fikr,Beirut, j. 2, h. 23.
[5] Diriwayatkan oleh al-Imam al-Baihaqi dan lain-
lain.
[6] Syaikh al-Islam Ahmad bin Muhammad bin `Ali
bin Hajar al-Haithamiy al-Makki al-Misri (t.t),al-
Fatawa al-Hadithiyyah, (t.t.p): Dar Ihya al-Turath
al-`Arabiy, h.144.
[7] bual-Fadhl al-Tamimi(t.t), Risalah al-
Tamimi, (t.tp): (t.p), j. 2, h.265/290.