Anda di halaman 1dari 10

1

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT
Penghargaan 2
1.0 Definisi Persatuan 3
2.0 Konsep Persatuan 3
3.0 Tujuan Penubuhan Persatuan 4
4.0 Objektif Penubuhan Persatuan
4.1 Objektif Am 4
4.2 Objektif Khusus 5
5.0 Rasional 5
6.0 Matlamat 6
7.0 Definisi Etika 6
7.1 Pembentukan Etika Individu 7
7.2 Etika dalam Pembelajaran dan Latihan 8











2

PENGHARGAAN

Salam sejahtera. Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah kursus Persatuan, Puan
Yeoh Siok Tee atas kesudian meluangkan masa memberikan bimbingan, tunjuk ajar
dan nasihat. Setiap cadangan yang diberikan sesungguhnya amat bermakna dan
membantu dalam proses menyiapkan tugasan ini.
Setinggi-tinggi terima kasih juga kami rakamkan buat ibu bapa tersayang, suami
dan anak-anak yang telah memberikan dorongan dan semangat dalam menjayakan
tugasan ini. Jasa kalian amat kami hargai.
Buat rakan kumpulan dan teman seperjuangan Pendidikan Seni Visual DPLI-SR
ambilan Disember 2011, kerjasama, semangat setia kawan serta susah payah yang
kita tempuhi bersama sepanjang menyiapkan tugasan ini akan dijadikan kenangan
yang tidak akan dilupakan. Semoga kita berjaya dalam usaha menjadi pendidik yang
unggul.
Sekian , terima kasih










3

1.0 DEFINISI PERSATUAN
Persatuan didefinisikan sebagai sesuatu entiti kumpulan yang berstruktur,
berpelembagaan, berperaturan dan berkepimpinan. Di peringkat sekolah persatuan
biasanya dianggotai oleh murid-murid sekolah yang mempunyai minat, kegemaran,
hasrat dan kecenderungan yang sama serta bertujuan untuk saling bekerjasama,
bantu-membantu dan berkongsi sumber dalam melaksanakan aktiviti dan mencapai
cita-cita serta matlamat yaqng telah ditetapkan dan dipersetujui bersama bagi
memperkembangkan minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan masing-masing.
Persatuan juga didefinisikan sebagai satu gabungan, ikatan dan kumpulan. Mengikut
kamus Oxford Edisi Kedua, persatuan ialah:

an association of people with mutual aims or interest, an organization of
people formed for a particular and shared purpose: an association,

...... bermaksud sejenis perkumpulan, gabungan atau perikatan yang dianggotai
oleh individu-individu yang mempunyai tujuan dan matlamat yang sama.

2.0 KONSEP PERSATUAN
Menurut Peraturan 4 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan
Sekolah) tahun 1998, Warta Kerajaan P.U(A) 196 bertarikh 21 Mei 1998 menegaskan
bahawa Guru Besar atau Pengetua, setelah menerima permohonan secara bertulis
MESTILAH menubuhkan persatuan sekolah dari kategori yang berikut iaitu:
Mata pelajaran yang diajar di sekolah sebagaimana yang dinyatakan dalam
Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997
Hobi dan rekreasi
Sukan dan permainan
Badan beruniform Atau
Apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh pendaftar.






4

3.0 TUJUAN PENUBUHAN PERSATUAN
Usaha menubuhkan persatuan di sekolah adalah usaha kependidikan yang
penting, khususnya untuk menyemai dan memupuk prinsip, kaedah dan kemahiran
kepimpinan dikalangan murid di samping membangunkan diri mereka menjadi insan
yang mewarisi dan menghayati keseluruhan ciri-ciri kecemerlangan murid yang
tersurat dan tersirat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Sehingga kini
insiatif dan usaha sekolah menubuhkan persatuan yang dipimpin, dianggotai dan
digerakkan oleh murid-murid amatlaj menggalakkan. Insiatif dan usaha ini akan
memberi impak yang lebih besar dalam mengangkat kegiatan kokurikulum sebagai
sebahagian daripada program pendidikan di sekolah apabila pengetahuan,
kesungguhan dan kemahiran murid-murid memimpin, mengurus dan mengoperasikan
persatuan yang ditubuhkan itu dipertingkatkan secara bersepadu dan berterusan.
Sebagai contoh murid-murid yang mempunyai minat, kegemaran, hasrat dan
kecenderungan yang sama akan berpeluang
Merancang dan melaksanakan aktiviti dan kegiatan berkumpulan.
Berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam bidang yang diminati dan
digemari.
Menetapkan matlamat yang dipersetujui dan dilaksanakan bersama.
Berkongsi sumber dan peralatan.
Mewujudkan peluang untuk murid-murid mengembangkan bakat dan potensi
kepimpinan.
Mewujudkan wahana kepada murid-murid agar bakat dan potensi dapat
diperkembangkan ke peringkat yang lebih tinggi.

4.0 OBJEKTIF PENUBUHAN PERSATUAN
4.1 Objektif Am
Guru-Guru dan murid-murid akan:
Mengetahui dan memahami ciri-ciri dan nilai-nilai kepimpinan yang
diperlukan untuk memimpin, mengurus dan mengoperasikan kelab atau
persatuan di sekolah.
Mengetahui dan memahami kaedah, stategi dan prinsip pengurusan kelab
atau persatuan secara berkesan.
Mengetahui dan memahami kaedah dan stategi memimpin dan
memotivasikan ahli-ahli kelab atau persatuan yang dipimpin
5

Mempunyai pengetahuan dan kemahiran merancang, mengelola, menyelia
dan menilai aktiviti dan kegiatan kelab atau persatuan yang dipimpin.
Mempunyai keyakinan diri sebagai pemimpin yang berwibawa,
berketrampilan dan berwawasan.

4.2 Objektif Khusus
Menjelaskan matlamat dan tujuan penubuhan kelab atau persatuan di
sekolah dalam konteks kependidikan dan kepimpinan.
Menjelaskan kaedah dan tatacara penubuhan kelab atau persatuan.
Menjelaskan kaedah dan tatacara pentadbiran dan pengurusan kelab atau
persatuan.
Menjelaskan kaedah dan tatacara pengurusan dan pengelolaan aktiviti dan
kegiatan kelab atau persatuan di sekolah berdasarkan perancangan dan
undang-undang.
Membentang dan menjelaskan ciri-ciri dan nilai-nilai asas kepimpinan.
Menjelaskan tanggungjawab dan peranan murid-murid sebagai warganegara
berdasarkan Rujunegara, perlembagaan negara dan Wawasan 2020.


5.0 RASIONAL
Berdasarkan hakikat kejadian insan, setiap murid mempunyai bakat dan potensi
untuk memimpin, sekurang-kurangnya untuk memimpin diri sendiri menjadi apa yang
diinginkan. Walau bagaimanapun pengetahuan, kesungguhan dan kemahiran
memimpin, mengurus dan mengoperasikan sesuatu kelab atau persatuan bukanlah
warisan semula jadi. Pengetahuan, kesungguhan dan kemahiran ini sebaliknya boleh
diperolehi melalui proses-proses pengajaran dan pembelajaran formal dan tidak
formal, pengalaman secara langsung, perkongsian pemikiran, pengalaman dan latihan.







6

6.0 MATLAMAT
Agar dapat membantu guru dan murid-murid merancang dan melaksanakan
dengan bermatlamat untuk melahirkan insan yang berwibawa, berketrampilan dan
berkeyakinan tinggi sebagai pemimpin di sekolah dan berpotensi mengembangkan
bakat dan upaya kepimpinan masing-masing ke peringkat yang lebih tinggi dalam
bidang-bidang yang diceburi pada masa akan datang.

7.0 DEFINISI ETIKA
Tunjang kepada keharmonian sesebuah organisasi mahu pun komuniti adalah
amalan etika yang baik. Etika adalah satu set prinsip yang digunakan untuk
menentukan betul salah sesuatu tindakan. Etika juga menjadi cermin kepada
kelakuan-kelakuan pelaku yang boleh diterima atau tidak dari segi akhlak. Dewasa kini
terlalu banyak isu-isu berkaitan etika menjadi berita utama malah juga telah menjadi
perbahasan di dewan rakyat. Etika sentiasa mengikut individu-individu yang dari
sekecil-kecil jawatan sehinggalah ke jawatan tertinggi baik di sektor swasta mahu pun
kerajaan. Tanpa etika, maka terjadilah amalan-amalan tidak sihat seperti rasuah,
penyelewengan, dan sebagainya yang akhirnya membawa kepada keruntuhan
sesebuah organisasi.

Etika profesional dalam sesebuah organisasi pula adalah satu sistem yang
digunakan untuk menilai prinsip moral sesuatu kumpulan yang dibentuk. Ini adalah
untuk mengawal prestasi setiap daripada mereka semasa menjalankan tugas dan
penggunaan sumber yang dimiliki. Dari sudut profesionalisme, kod etika memainkan
peranan yang penting untuk membentuk nilai tanggungjawab dan hubungan yang
harmoni dikalangan ahli-ahlinya, institusi, dan juga komuniti yang sedia ada.









7

7.1 PEMBENTUKAN ETIKA INDIVIDU
Terdapat lima faktor yang membentuk etika individu. Antaranya adalah
pengaruh keluarga, pengaruh rakan, pengalaman hidup, nilai peribadi dan prinsip
moral, dan akhir sekali faktor keadaan.

Pengaruh keluarga
Kanak-kanak amat suka sekali mengikut atau mencontohi etika dari kelakuan ibu bapa
mereka. Sekiranya ibu bapa mereka mempunyai etika yang baik, maka akan baiklah
etika yang dimiliki oleh kanak-kanak itu. Sebaliknya terjadi apabila ibu bapa mereka
mempamerkan etika yang tidak baik, maka tingkah laku tersebut akan ditiru oleh
mereka.

Pengaruh rakan
Dalam kehidupan seseorang, pengaruh rakan sangat kuat untuk mendorongnya
melakukan sesuatu perkara samada baik atau tidak. Sesetengah pendapat
mengatakan bahawa untuk melihat perwatakan dan peribadi seseorang, lihat saja
pada perwatakan rakan-rakan mereka. Sebagai contoh, sekiranya seseorang itu
berkawan dengan seorang ulama, maka dengan izin tuhan baiklah etika dan
moralnya. Namun sekiranya seseorang itu berkawan dengan perompak, maka menjadi
perompaklah juga ia suatu hari nanti.

Pengalaman hidup
Banyak peristiwa penting berlaku dalam hidup seseorang, tidak kira peristiwa itu positif
atau pun negatif bergantung kepada apa yang telah dialaminya. Jika perbuatan
mencuri yang pernah dilakukan tidak pernah mendapat tentangan atau hukuman,
maka seseorang itu akan beranggapan perbuatan itu tidak salah. Sebaliknya,
sekiranya ia dihukum atas kesalahan tersebut maka ia sedar itu satu kesalahan dan
berazam tidak mahu mengulanginya lagi pada masa akan datang.
Nilai peribadi dan prinsip moral
Kedudukan seseorang di mata masyarakat kadang-kala boleh mencemarkan nilai
peribadi dan prinsip moral yang ada pada dirinya. Seseorang yang mementingkan
pangkat dan kekayaan sering kali bertindak berdasarkan keuntungan tanpa mengira
kesan perbuatannya terhadap orang lain. Berlainan pula sekiranya seseorang itu
8

mementingkan ikatan kekeluargaan, maka amalan etika yang ada dalam dirinya
adalah sangat baik.

Faktor keadaan
Keadaan persekitaran kadang-kala boleh merubah etika seseorang daripada baik
menjadi tidak baik. Sebagai contoh, seorang ahli perniagaan boleh bertindak
mengubah keuntungan perniagaan untuk mengurangkan cukai yang akan dikenakan.
Begitu juga seorang pekerja bank boleh memalsukan akaun pelanggan untuk mengaut
keuntungan secara sembunyi.

7.2 ETIKA DALAM PENGAJARAN DAN LATIHAN
Amalan etika yang tidak baik sering berlaku apabila sesorang individu itu mula
meneroka dunia pekerjaan. Keadaan ini sepintas lalu membuat kita berfikir kembali
pada peringkat manakah sepatutnya elemen etika ini dibaja dan disemai agar
keperibadian seseorang individu itu kekal unggul dalam masyarakat. Pepatah orang-
orang dahulu yang mengatakan melentur buluh biarlah dari rebungnya menyedarkan
kita bahawa betapa sistem pendidikan sebenarnya sangat menyumbang kepada
pembentukan sahsiah individu. Lima faktor yang membentuk etika individu yang
dibincang di atas tadi belum memadai kerana terdapat satu lagi faktor penting yang
mungkin telah dipandang remeh oleh masyarakat. Faktor tersebut adalah pendidikan
yang diterima oleh pelajar dari peringkat rendah sehinggalah ke peringkat pengajian
tinggi.

Dalam sistem pendidikan, selain daripada peranan pendidik yang mengajar,
subjek dan silibus yang disampaikan kepada pelajar juga sangat mempengaruhi
penghayatan pelajar terhadap amalan etika yang baik. Sejauh mana keberkesanan
kurikulum dan ko-kurikulum membentuk etika pelajar masih lagi dalam pemantauan
pihak yang bertanggungjawab. Ini kerana dalam dunia persekolahan dan kampus
sendiri, amalan etika yang tidak baik masih belum dapat dibendung. Di sekolah,
perbuatan membuli, memeras ugut, mencederakan, mahu pun vandaliseme masih lagi
berlaku di kalangan pelajar. Begitu juga di universiti, amalan plagiarisme masih subur
di kalangan mahasiswa/i walaupun tidak semuanya begitu. Amalan-amalan etika yang
tidak baik ini sebenarnya sama sekali tidak dibenarkan berlaku di tempat menimba
9

ilmu. Namun itulah yang terjadi apabila penghayatan mengenainya tidak sampai
kepada pelajar.

Walaupun demikian, kementerian terbabit sebenarnya telah banyak merangka
pelbagai program untuk menerapkan prinsip etika dalam pengajaran dan
pembelajaran. Di sekolah, subjek pendidikan moral, pendidikan Islam, sivik dan
kewarganegaraan adalah antara beberapa subjek yang diajar untuk membentuk
peribadi pelajar agar dapat menjadi pelapis yang beretika pada masa akan datang.
Walaupun subjek-subjek tersebut tidak popular, namun ia mempunyai implikasi yang
sangat besar untuk jangka masa panjang. Pendidikan moral misalnya mendidik pelajar
untuk mengetahui nilai-nilai murni yang perlu ada dalam diri individu serta menilai
buruk baik sesuatu tindakan. Pendidikan Islam pula mengajak pelajar untuk
menghayati nilai akhlak dari sudut agama. Manakala sivik dan kewarganegaraan pula
mendidik pelajar untuk menjadi individu yang bertanggungjawab ke atas diri, keluarga,
masyarakat, dan juga negara.

Dari aspek kokurikulum, pelbagai aktiviti telah diadakan agar semua pelajar
mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang diadakan sebagai suatu bentuk
pengisian masa yang berfaedah. Dalam masa yang sama, pelajar juga dapat
mengasah bakat yang sedia ada mahupun mencungkil bakat yang terpendam. Antara
modul-modul kokurikulum yang terdapat di sekolah-sekolah ialah pasukan pakaian
seragam (kadet remaja sekolah, pengakap, bomba, dan sebagainya), persatuan
akademik (persatuan sains, persatuan matematik, dan sebagainya), sukan dan
olahraga, dan lain-lain lagi. Pasukan pakaian seragam misalnya banyak membentuk
disiplin dan etika yang murni dikalangan pelajar. Pelajar diajar untuk menepati masa,
menjaga kekemasan diri dan penampilan, patuh kepada ketua, ketahanan fizikal dan
emosi, dan juga kerjasama ahli kumpulan. Begitu juga dengan persatuan akademik,
pelajar dapat membentuk personaliti sebagai seorang pemimpin sekiranya dilantik
mengetuai persatuan. Sukan dan olahraga pula melentur pelajar untuk menjadi
seorang yang beriltizam, fokus pada sasaran, dan juga daya saing yang sihat. Ini
semua adalah asas kepada jati diri individu apabila menjadi ahli masyarakat kelak.

Di samping itu, kerajaan juga telah mewajibkan program latihan khidmat negara
(PLKN) ke atas pelajar-pelajar yang telah selesai menduduki peperiksaan SPM. Tentu
10

saja tujuannya hanyalah untuk terus memperkasakan lagi nilai etika dalam diri pelajar.
Pelbagai modul telah diperkenalkan dan ditambahbaik setiap masa untuk menjadikan
program tersebut menarik dan memberikan input yang positif dalam diri setiap peserta.
Program ini bukan saja membawa faedah kepada peserta, malah juga kepada negara
kerana dari sinilah lahirnya modal insan yang berwibawa untuk memacu kepimpinan
negara. Masakan tidak, melalui program ini pelajar dari pelbagai kaum dibawa untuk
mendekati masyarakat setempat dengan melakukan aktiviti berbentuk khidmat sosial.
Nilai kemasyarakatan yang diperolehi peserta akan mematangkan mereka dari segala
sudut. Begitu juga dengan modul kenegaraan, peserta diajar untuk menghayati sejarah
pembentukan negara, rukun-rukun negara, dan sebagainya agar kelak kekal menjadi
warganegara yang tidak lupa asal usul walau di mana pun berada.

Di peringkat pengajian tinggi seperti di universiti atau kolej, pelbagai modul telah
dirangka oleh ahli akademik untuk terus membentuk akhlak yang tulus dikalangan
pelajarnya. Setiap jurusan yang diambil oleh pelajar pasti terkandung beberapa kursus
yang berkaitan dengan amalan dan etika profesionalisme dalam prospek kerjaya kelak.
Sama seperti di peringkat sekolah, pelajar universiti juga diwajibkan untuk menyertai
persatuan-persatuan yang sedia ada. Teori etika yang diperolehi dalam kuliah saja
belum cukup berkesan jika tidak diamalkan dalam kehidupan seharian. Jadi, melalui
persatuanlah pelajar dilatih untuk mengendalikan projek persatuan dan universiti,
jalinan kerjasama dengan pihak atasan, protokol, pengurusan kewangan dan sumber
sedia ada, dan sebagainya. Penyertaan pelajar dalam kem tatabina negara juga
menjadi satu agenda penting untuk membentuk sahsiah yang murni dikalangan
mahasiswa/i agar kelak keluar menjadi tenaga kerja yang berdisiplin dan cemerlang.