“ Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembang lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara.”
Misi KPM
Membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi
negara Malaysia.
Matlamat
a. Amanah
b. Benar
c. Bijaksana
d. Bersyukur
e. Dedikasi
f. Ikhlas
g. Penyayang
1
Perancangan Tahunan IPGM Kampus PM 2009
Piagam Pelanggan
Kami warga Kementerian Pelajaran dengan penuh tekad dan iltizam, berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami
untuk:
menyediakan sistem pendidikan yang terbaik berasaskan budaya ilmu bagi memenuhi kehendak individu, masyarakat dan negara serta
memenuhi matlamat perpaduan negara;
menentukan keluaran sistem pendidikan mempunyai nilai-nilai teras yang ditetapkan dan ciri-ciri yang selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan;
memberi peluang yang sama kepada setiap kanak-kanak tanpa mengira latar belakang, agama dan keturunan untuk mendapat pendidikan
yang sebaik-baiknya;
mewujudkan jentera dan sistem pengurusan pendidikan yang cekap, berkesan, canggih, dinamik dan berteraskan pembaharuan yang
berterusan;
menyediakan staf yang mencukupi serta berdedikasi, komited, terlatih, berdisiplin, bertanggungjawab dan produktif;
menyediakan kemudahan-kemudahan pendidikan yang selesa, lengkap dan mencukupi berteraskan piawaian-piawaian tertentu selaras
dengan amalan perkhidmatan penyayang;
memastikan kementerian sentiasa peka dan responsif kepada kehendak-kehendak dan keperluan-keperluan pelanggan – murid, guru,
masyarakat dan negara/kerajaan; dan
meningkatkan kegemilangan dan martabat profesion keguruan untuk menarik individu yang terbaik menyertai perkhidmatan pendidikan.
2
Perancangan Tahunan IPGM Kampus PM 2009
Kami pegawai awam Malaysia, dengan sepenuh dan rela hati berikrar mempertahankan dan memperkukuh integriti perkhidmatan awam dengan
mencegah dan membanteras segala bentuk rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan melalui tindakan-tindakan yang berikut:
3
Perancangan Tahunan IPGM Kampus PM 2009
1. Pengaruh teladan
2. Kewajipan menjalankan tugas
3. Keutamaan kesabaran
4. Peningkatan bakat
5. Ketekunan membawa kejayaan
6. Kebijaksanaan berhemat
7. Menghargai masa
8. Kemuliaan kesederhanaan
9. Keseronokan bekerja
10. Ketinggian peribadi
11. Nikmat mencipta
12. Kekuatan sifat baik hati