Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 20,

JALAN RAMA RAMA 20/2, SEKSYEN 20,


40300 SHAH ALAM SELANGOR.
Nama Pengkaji
NAZIAH BT MUHAMMAD
Tajuk Kajian
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID 3 GIGIH MENJAWAB SOALAN TOLAK
DENGAN MENGUMPUL SEMULA DARI RATUS KE PULUH DAN PULUH KE SA
1.0

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Sewaktu saya menyemak buku latihan Matematik Tahun 3 Gigih, saya sangat terkejut
kerana saya dapati masih lagi terdapat murid yang tidak dapat menguasai kemahiran tolak
dengan mengumpul semula (konsep pinjam sebelah) walaupun saya merasakan konsep
ini sunggu mudah. Ditambah lagi apabila merujuk keputusan Ujian Bulanan 1 saya
berasa kecewa dan sedih atas kegagalan ini. Berdasarkan pemerhatian saya, didapati
murid tidak memahami konsep pinjam sebelah dan kemudian kumpul semula. Muridmurid tidak faham nilai yang dipinjam dan kemudian bagaimana hendak kumpul semula
nilai yang dipinjam dengan nilai yang sedia ada. Murid-murid juga tidak mahu mengira ,
tiada keyakinan dan kesungguhan. Mereka mudah putus asa dan tiada motivasi dalaman
2.0

Fokus Kajian

Fokus utama kajian ini ialah masalah murid Tahun 3 dalam menjawab soalan penolakan
iaitu dengan mengumpul semula dari ratus ke puluh dan puluh ke sa. Permasalahan ini
diberi keutamaan kerana dari pemerhatian saya sebagai guru matematik tahun 3 Gigih.
Murid-murid sukar untuk memahami konsep pinjam sebelah dan kemudian kumpul
semula. Kebanyakan murid tidak mengumpul semula. Mereka hanya tahu pinjam dan
pinjam hanya bilangan 10 sahaja, walaupun pada rumah tersebut ada nombor. Kesilapan
yang sering dilakukan oleh murid:

Tidak memaham konsep pinjam sebelah

Pinjam sebelah dengan 10 tanpa mencampur atau mengumpul semula nombor


yang ada

Dengan membantu murid-murid ini dengan kemahiran mencampur dan mengumpul


semula dari ratus ke puluh dan puluh ke sa, diharapkan dapat membantu mereka lulus
dengan baik dalam peperiksaan nanti.

3.0

Objektif kajian

Objektif umum :
Meningkatkan penguasaan kemahiran asas Matematik menjawab soalan tolak dengan
mengumpul semula dari ratus ke puluh dan puluh ke sa.
Objektif khusus

Menguasai kemahiran tolak dengan mengumpul semula dari ratus ke puluh dan
puluh ke sa melibatkan tiga digit dengan tepat menggunakan teknik pembilang

Meningkatkan penguasaan dan kepantasan pelajat dalam pengiraan yang


melibatkan konsep pinjam sebelah

Menambahkan keyakinan pelajar untuk menjawab soalan berkaitan penolakan

Menambahbaikan dan mempelbagaikan teknik pengajaran dan pembelajaran


matematik.

4.0

Kumpulan Sasaran

Sasaran terdiri daripada 11 orang murid Tahun 3 Gigih 8 orang lelaki dan 3 orang
perempuan.

5.0

Tindakan Yang Dicadangkan

5.1

Tinjauan masalah

Beberapa kaedah telah dijalankan untuk mengumpul maklumat. Dalam pelaksanaan


kajian kaedah yang digunakan ialah:
5.1.1. Pemerhatian
Permerhatian

telah

dijalankan

sewaktu

proses

pengajaran

dan

pembelajaran.

Permerhatian juga dilakukan seiring dengan latihan yang diberikan kepada murid, cara
murid menjawab dan reaksi murid ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Hasil dari
pemerhatian yang dijalankan murid-murid yang lemah tidak berminat terhadapa
matapelajaran Matematik. Mereka malas untuk mengira. Sikap malas ini yang
menyebabkan mereka tidak dapat menguasai asas Matematik.
5.1.2

Ujian Pra dan Pos

Ujian Pra dijalankan kepada semua murid Tahun 3 Gigih, namun fokus utama kepada 11
orang murid untuk mengesan sejauhmana kefahaman dan penguasaan murid terhadap
kemahiran yang dikaji. Ujian ini mengandungi 10 soalan yang perlu dijawab selama 30
minit. Selepas dijalankan ujian Pra, hasil seperti yang dijangkakan 11 orang murid masih
tidak menguasai operasi tolak dengan baik.

5.3

Tindakan Yang Dijalankan

5.3.1

Pelaksanan Aktiviti Suluh

Murid diberikan penerangan tentang konsep tolak dengan pinjam sebelah


dan kumpul semula melalui tayangan slaid powepoint yang interaktif untuk
menarik minat murid. Kemudian, murid diberikan soalan tolak dengan
mengumpul semula melibatkan 3 digit. Pada tahap ini murid hanya membuat
operasi pinjam sebelah dan kumpul semula tanpa mendapatkan hasil tolak.

Impak murid dapat membuat operasi pinjam sebelah dan kumpul semula

5.3.2

Aktiviti Teknik Pembilang

Murid diberikan 5 soalan tolak dengan mengumpul semula melibatkan 3 digit

Murid mengaplikasikan operasi pinjam sebelah dan kumpul semula tanpa


mendapatkan hasil tolak

Murid menggunakan teknik pembilang untuk mencari hasil tolak. Setiap


murid diberikan salinan rajah pembilang. Murid mencari hasil tolak dengan
menolak atau mengundur pada rajah pembilang.

Impak permulaan untuk menggunakan pembilang sedikit sukar namun


setelah beberapa soalan yang dibuat menggunakan rajah pembilang, murid
semakin mahir menggunakannya

5.3.3 Jadual Pelaksanaan Aktiviti


Bil
Aktiviti
1 Mengenalpasti masalah dan pengumpulan data

Tarikh Pelaksanaan
1 Februari 2012

2
3
4
6
8

awal.
Menulis proposal kajian
Merancang tindakan individu / panitia
Melaksanakan tindakan Ujian Pra
Melaksanakan tindakan Aktiviti Suluh
Melaksanakan tindakan Aktiviti Teknik

3 Februari 2012
8 Februari 2012
13 Februari 2012
16 Februari 2012
20 Februari 2012

10
11
12
13

Pembilang
Ujian untuk mengesan pencapaian murid
Refleksi kajian
Menulis laporan kajian
Pembentangan dapatan kajian

9 Mac 2012
12 Mac 2012
16 Mac 2012
29 Mac 2012

5.4

Catatan

Refleksi Kajian

Pencapaian pelajar dalam Ujian Pra dan Pos telah menunjukkan peningkatan yang baik.
Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa teknik ini telah membantu murid murid

meningkatkan keyakinan diri, kefahaman dan daya ingatan terhadap sesuatu yang telah
dipelajari serta menjadikan suasana pembelajaran menjadi lebih bersemangat dan ceria.
Murid murid juga telah menunjukkan minat terhadap matapelajaran Matematik
terutamanya di dalam operasi tolak.

6.0

Cadangan Kajian Yang Seterusnya

Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut:


a) Kaedah ini akan dikembangkan kepada kelas yang lain.
b) Teknik atau kaedah ini haruslah digunakan apabila mengajar murid-murid lain
pada masa akan datang.
c) Guru sentiasa melatih murid menggunakan kaedah ini agar tahap kecekapan
murid dalam kaedah ini dapat dipertingkatkan.

Anda mungkin juga menyukai