Anda di halaman 1dari 12

BIOTEKNOLOGI DALAM PERTANIAN

BIOTEKNOLOGI:
Aplikasi prinsip sains dan kejuruteraan dalam pemprosesan
bahan oleh agen biologi untuk menghasilkan barangan dan
perkhidmatan bagi keperluan manusia.
DISIPLIN / BIDANG DALAM BIOTEKNOLOGI
GENETIK
BIOKIMIA
MIKROBIOLOGI
SAINS PEMAKANAN
KEJURUTERAAN MAKAN
KEJURUTERAAN BIOKIMIA
KEJURUTERAAN KIMIA
ELEKTRONIK KEJURUTERAAN TEKNOLOGI MAKANAN
KEPENTINGAN BIOTEKNOLOGI
DALAM PERTANIAN
1. PENINGKATAN HASIL
- Peningkatan pengeluaran tanaman dan ternakan dari segi
kualiti dan kuantiti
- Haiwan transgenik (mempunyai hormon tumbesaran dengan
merangsang kadar tumbesaran, kecekapan penukaran makan-
an dan pertambahan berat badan
- Mengubahsuai kandungan dalam susu (protein)
2. PENAMBAHAN NILAI PEMAKANAN
- Kandungan protein, vitamin, mineral dan karbohidrat dalam
produk pertanian.
-Hormon yang mengawal asid amino dipindahkan kepada
tanaman atau ternakan.
- Meningkatkan vitamin A dalam padi dikenali padi Golden Rice
3. MEMPERBAIKI CIRI FIZIKAL HASIL PERTANIAN
- Memperbaiki ciri fizikal tanaman (saiz, tekstur, warna dan rasa
-Kaedah kejuruteraan genetik telah menghasilkan varieti orkid
yang mempunyai warna yang menarik dan tangkai yang pendek.
4. MENINGKATKAN RESISTAN TERHADAP SERANGAN
PEROSAK DAN PENYAKIT
- Penghasilan varieti tanaman dan ternakan yang resistan
terhadap patogen.
- Penghasilan varieti tanaman yang resistan terhadap serangga
melalui pemindahan gen bakteria Bacillus thuringiensis (Bt).
- Tanaman yang menerima gen Bt dikenali tanaman Bt seperti
Jagung Bt (resistan serangga pengorek batang) , kapas Bt.
- Betik (RES virus bintik berpusar)
- Ubi kentang (RES virus daun kerinting)
5. MENINGKATKAN TOLERAN TERHADAP PERSEKITARAN
-Meliputi faktor kemasinan tanah, perubahan suhu dan cuaca
-Bioteknologi telah menjalankan penyelidikan untuk menghasilkan
tanaman transgenik yang dapat mengatasi faktor di atas.
6. MENGAWAL PENYAKIT
- Penyakit disebabkan oleh kulat, virus atau bakteria
- Penemuan bioteknologi dalam mengawal penyakit tanaman dan
ternakan dengan penghasilan vaksin dan antibiotik
7. MENGURANGKAN PENGGUNAAN BAHAN KIMIA
PERTANIAN
-Mengurangkan penggunaan pestisid dan baja
-Mengurangkan pencemaran alam sekitar
-Menghasilkan tanaman yang resistan penyakit
-Tanaman kekacang yang dapat mengikat nitrogen dari atmosfera
-Penghasilan vaksin untuk mencegah penyakit ternakan
PENGGUNAAN BIOTEKNOLOGI DALAM PERTANIAN
1. INOKULASI RHIZOBIUM
2. KAWALAN PEROSAK SECARA BIOLOGI
3. PENGURAIAN SISA TANAMAN
4. INDUSTRI MAKANAN BERASASKAN PERTANIAN
5. PENGHASILAN VARIETI BARU MELALUI
KEJURUTERAAN GENETIK
INOKULASI
RHIZOBIUM
N
N
-Rhizobium adalah bakteria pengikat Nitrogen
-Bakteria ini berada dalam nodul akar kekacang
-N diikat menjadi tersedia dalam bentuk Nitrat
-Mewujudkan hubungan simbiotik antara kekacang
dan rhizobium
-N diikat akan digunakan tanaman kekacang dan
tanaman kekacang membekalkan makanan pada
rhizobium.
KAWALAN PEROSAK SECARA BIOLOGI
1. Penggunaan Tanaman Pencegahan
-Tanaman herba yang mengeluarkan struktur seperti duri,
bulu, lendair dan aroma/bau yang dapat mencegah kehadiran
perosak
-Tanaman bawang dan serai ditanam bersama sayuran jenis
buah untuk mengelak serangan Fusarium sp.
- Pandan dan serai wangi mempunyai aroma mengelak lipas
dan nyamuk.
2. PENANAMAN TANAMAN RESISTAN PENYAKIT YANG
DIHASILKAN MELALUI APLIKASI TEKNOLOGI
KEJURUTERAAN GENETIK
- Menghasilkan varieti yang resistan terhadap penyakit dengan
pengubahsuaian atau pemindahan gen.
- Pemindahan gen bakteria Bt.
3. PENGGUNAAN SERANGGA PEMANGSA
-Haiwan vetebrata, serangga, molukosa dan nematod adalah
perosak utama tanaman.
-Ancaman tikus pada tanaman padi dan kelapa sawit boleh
gunakan burung jelapang @ burung hantu.
-Burung akan memakan telur, larva dan serangga dewasa
-Semut akan memakan telur dan larva serangga.
PENGURAIAN SISA PERTANIAN
-Kaedah Biomediasi iaitu teknologi dan amalan yang
menggunakan sistem dan proses semula jadi untuk
membersihkan pencemaran sisa. Ia menggunakan
mikroorganisma E. Coli dan Pseudomonas sp.
PENGKOMPOSAN LANDFARMING BIOSTIMULASI
BIOAUGMENTASI FITOREMEDIASI
Rujuk muka surat 176
PENGHASILAN VARIETI BARU MELALUI KEJURUTERAAN
GENETIK
-Melibatkan pemindahan gen daripada satu organisma ke
organisma lain dan dinamakan organisma transgenik.
-Contoh: Kapas Bt. Menerima gen protein Bt.
-Tomato lambat rosak : penghasilan RNA untuk menghasilkan
enzim yang melembutkan buah.
-Biri-biri transgenik yang disambatkan gen enzim sistin untuk
meningkatkan kualiti bulu.
INDUSTRI MAKANAN BERASASKAN PERTANIAN
- Penghasilan berasaskan tanaman seperti penapaian,
kultur tisu dan transgenik.
- Penghasilan berasasakan ternakan seperti
pembiakan in vitro dan transgenik
1. Sediakan tapak kompos
1.0 x 0.5m
2. Taburkan reja pelepah
sawit setebal 10-15 cm
3. Tabur lapisan kapur di
atas pelepah
4. Taburkan reja pelepah
sawit setebal 10-15 cm
5. Tabur tinja ternakan
setebal 2.5 cm
6. Ulang langkah 2,3,4 dan 5
hingga timbunan setinggi
0.4 1.0m
7. Siram timbunan hingga
cukup basah
8. Tutup timbunan dengan
pelepah kelapa/guni
9. Siram setiap pagi
10. Ambil suhu ditengah
timbunan pada hari ke 4
11. Balikkan timbunan setiap
4-5 minggu
PENYEDIAAN KOMPOS

Anda mungkin juga menyukai