Anda di halaman 1dari 18

BAB 4

TEKNIK PEMASANGAN PERKAKASAN KOMPUTER

4.1 Pengenalan

Teknik pemasangan perkakasan komputer merupakan satu kemahiran yang


sangat mudah dipelajari. Sebelum memulakan pemasangan, semua peralatan dan
perkakasan yang lengkap perlu dibekalkan. Peralatan dan perkakasan tersebut
dipastikan berada dalam keadaan yang baik. Semasa kerja pemasangan dilakukan
pula, langkah-langkah keselamatan mengikut ”standard ISO” perlu diikuti. Teknik
yang dilakukan juga hendaklah tertib agar kerja pemasangan berjalan dengan lancar
dan sebarang masalah dapat dielakkan daripada berlaku.

51
4.2 Langkah-langkah keselamatan yang dilakukan

Semua orang perlu mematuhi dan mengamalkan langkah-langkah keselamatan


dalam setiap kerja teknikal yang dilakukan. Langkah-langkah keselamatan perlu
diambil memandangkan kerja-kerja yang akan dilakukan bersangkutan dengan
elektrik. Tindakan yang betul harus diambil dan jangan beri ruang pada kesilapan.
Tindakan-tindakan itu seperti berikut:

1. Memakai gelang pembumi sebagai alat anti-statik untuk


menyahcaskan elektrostatik yang ada pada tangan yang berfungsi
bagi mengelakkan sebarang kerosakan pada komponen elektronik
yang digunakan.

Rajah 4.2.1.i Gelang Pembumi

Rajah 4.2.1.ii Pemakaian gelang pembumi

52
2. Lapik getah (rubber mat) digunakan di tempat kerja atau pakai
kasut getah (rubber boot) yang dapat menghindar dari kejutan
elekrik.

Rajah 4.2.2

3. Pena ujian (test pen) digunakan sekiranya perlu untuk menguji


alat-alat elektrik setelah dipasang.

Rajah 4.2.3

4. Kad-kad litar diawasi dari kerosakan elektrostatik (static


electricity).

Rajah 4.2.4.i Rajah 4.2.4.ii

53
4.3 Spesifikasi / jenis peralatan yang digunakan

Sebelum pemasangan dilakukan, peralatan yang mencukupi dan lengkap


perlu disediakan. Spesifikasi perkakasan komputer telah diterangkan didalam bab
sebelum ini (BAB 5). Peralatan yang digunakan dalam pemasangan perkakasan
komputer antaranya, ialah :

i.) Screw dan screw driver

 Alat ini digunakan memasang papan litar utama, pemacu cakera CD-
ROM, pemacu cakera cakera liut, dan cakera keras ( hard disk ) pada
kotak komputer ( casing ).

Rajah 4.3.1 screw dan screw driver

54
ii.) Sponge

 Alat ini digunakan untuk meletakkan papan litar utama semasa


pemasangan komponen (Heat sink, Processor, dan Ram) padanya.

Rajah 4.3.2 sponge

Rajah 4.3.3 sponge dan papan litar utama ( motherboard )

55
iii.) Gelung Wayar

 Alat ini digunakan untuk mengemaskan wayar-wayar yang terdapat di


dalam kotak komputer ( casing ).
 Digunakan dengan memasukkan wayar di dalamnya dengan cara
meliltkannya sahaja pada wayar-wayar yang perlu dikemaskan.

Rajah 4.3.4 Gelung Wayar

Rajah 4.3.5 Melilitkan gelung wayar pada wayar

56
4.4 Proses kerja yang dilakukan

Pemasangan perkakasan komputer dilakukan dengan tertib agar proses kerja


berjalan dengan baik dan sempurna. Berikut merupakan proses kerja yang dilakukan
dalam pemasangan perkakasan komputer :

1. Semua peralatan dan perkakasan disediakan.


2. Gelang pembumi dipakai sebagai alat anti-statik.

Rajah 4.4.2.1 Rajah 4.4.2.2

3. Penutup kotak komputer ( casing ) dibuka dan semua skru yang terdapat
di dalamnya dikeluarkan.

Rajah 4.4.3.1 Rajah 4.4.3.2

57
4. Wayar yang terdapat di dalam kotak komputer ( casing ) tersebut
dikemaskan dengan melilitkan gelung wayar padanya.

Rajah 4.4.4.1 Rajah 4.4.4.2

5. Penutup soket 7 dibuka dan prosesser dimasukkan.

4.4.5.1 Rajah Prosesser Rajah 4.4.5.2

58
6. Papan litar utama ( motherboard ) diletakkan di atas sponge dan heat sink
serta cooler dipasangkan di atas prosesser tersebut.

Rajah 4.4.6.1 heat sink dan cooler Rajah 4.4.6.2 Motherboard

7. RAM dipasangkan pada slot DDR-DRAM dengan cara menekan sahaja


RAM tersebut pada slot sehingga holder RAM benar-benar menyokong
RAM tersebut. Wayar heat sink diikat dengan kemas mengikut standard
ISO agar kipas pada cooler tidak terkena pada wayar tesebut semasa ia
berfungsi.

Rajah 4.4.7 RAM dipasangkan pada slot DDR-DRAM

59
8. Petak alas pada bahagian belakang dibuka dan digantikan dengan penutup
panel belakang yang dikhaskan

Rajah 4.4.8.1 Petak alas dibuka Rajah 4.4.8.2 Penutup panel


belakang khas dipasangkan

9. Papan litar utama ( motherboard ) dimasukkan ke dalam kotak komputer (


casing ) dan kedudukan port COM 1 dipastikan berada pada tempat yang
betul. Motherboard diskrukan pada casing.

Rajah 4.4.9.1 Motherboard Rajah 4.4.9.2 Port COM1


dimasukkan ke dalam casing

60
10. Kabel-kabel reben, CPU, RAM, sambungan COM 1 dan sambungan
LPT 1 disambungkan pada bekalan kuasa dan motherboard.
Penyambungan COM 1 dan LPT 1 adalah berdasarkan buku manual.

Rajah 4.4.10.1

11. Kabel-kabel kecil yang dilabelkan sebagai komponen HDD, LED,


RESET dan POWER disambungkan ke motherboard berpandukan buku
manual.
.

Rajah 4.4.11.1 Buku Manual. Rajah 4.4.11.2 Kabel disambungkan

61
12. Modem dipasangkan pada slot ISA dan diskrukan pada casing.

Rajah 4.4.12.1 Modem Rajah 4.4.12.2 Modem diskrukan


dipasangkan pasa slot ISA. pada casing.

13. Pemasangan pemacu CD-ROM / DVD-ROM :

i. Penutup panel depan dibuka untuk menempatkan pemacu CD-ROM


dan pemacu dipasangkan ke dalam slot.

Rajah 4.4.13.i.a Rajah 4.4.13.i.b

62
ii. Pemacu CD-ROM diskrukan dengan kemas.

Rajah 4.4.13.ii.

iii. Kabel riben 40 pin di disambungkan pada pemacu dan kedudukan


pin 1 dipastikan. Bekalan kuasa disambungkan.

Rajah 4.4.13.iii.a Rajah 4.4.13.iii.b

63
14. Pemasangan pemacu cakera liut ( floppy disk ) :
i. Pemacu cakera liut dipasangkan pada slot depan komputer dan skru
dengan kemas.

Rajah 4.4.14.i.a Rajah 4.4.14.i.b

ii. Kabel riben 34 pin disambungkan pada pemacu cakera liut tersebut
serta kedudukan pin 1 dipastikan. Hujung kabel riben sebelah lagi
sudah sedia terpasang di slot FDC sebelum ini.

Rajah 4.4.14.ii

iii. Bekalan kuasa disambungkan.

64
Rajah 4.4.14.iii
15. Pemasangan pemacu cakera keras ( hard disk ) :
i. Hard disk dimasukkan ke dalam casing dan diskrukan dengan kemas.

Rajah 4.4.15.i Rajah 4.4.15.ii

ii. Kabel riben 40 pin disambungkan dan kedudukan pada pin 1 diberikan
perhatian. Hujung kabel riben sebelah lagi sudah tersedia dipasang
pada slot IDE 0. Bekalan kuasa disambungkan.

Rajah 4.4.15.ii

16. Cooler disambungkan ke bekalan kuasa.

65
Rajah 4.4.16

17. Casing ditutup dengan penutupnya dan diskru dengan kemas.

Rajah 4.4.17.1 Rajah 4.4.17.2

18. Monitor / LCD, papan kekunci ( keyboard ), dan tetikus ( mouse)


disambungkan.

Rajah 4.4.18.1 Rajah 4.4.18.2

66
6.4 Kesimpulan

Melalui teknik pemasangan perkakasan komputer ini, pelatih dapat


mempelajari dengan lebih mendalam bagaimana setiap perkakasan komputer itu
dipasang pada sebuah kotak komputer.

Sehubungan dengan itu, pelatih dapat mengetahui bagaimana


penyambungan setiap kabel yang terdapat di dalam komputer itu dilakukan.
Peyambungan yang dilakukan hendaklah teliti dan tepat agar komputer dapat
berfungsi. Sekiranya terdapat kesalahan semasa kabel disambungkan, ini akan
menyebabkan komputer tidak berfungsi dengan baik ataupun komputer tidak dapat
berfungsi langsung.

Selain itu, pelatih juga dapat mempelajari langkah-langkah keselamatan


dalam kemahiran pemasangan komputer. Dengan ini, pelatih dapat
mempraktikkannya semasa melakukan kerja-kerja amali kelak.

Kemahiran ini menambahkan lagi pengalaman pelatih dalam bidang


komputer bersesuaian dengan kursus yang diambil di Politeknik iaitu elektronik
komputer.

67
68