Anda di halaman 1dari 9

LAPORAN PROGRAM

RIADAH DAN MOBILITI

‘TERKENANG SEMASA DULU’


2009

ANJURAN

KELAB PERMAINAN TRADISIONAL & DALAMAN


PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
SK. MATANG

PROGRAM RIADAH DAN MOBILITI 2009


PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

Pendahuluan

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), SK Matang bermula pada Januari 2005. Pada
awal kelas dibuka, murid adalah seramai tujuh orang dan guru hanya dua orang. Pada masa itu,
tidak banyak aktiviti yang dapat dijalankan kerana murid-murid terdiri daripada murid tahap satu
berumur tujuh tahun dan bermasalah Down Sindrom, Autisme dan Cerebral Palsy. Pada masa
itu, kedudukan kewangan masih belum kukuh dan menghadapi masalah kekurangan guru.
Bilangan murid telah bertambah dari semasa ke semasa. Begitu juga dengan bilangan guru yang
turut bertambah. Jawatan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) N17 untuk Program Integrasi
Pendidikan Khas juga telah diwujudkan dan banyak membantu guru-guru untuk menjalankan
aktiviti.

Program Integrasi pendidikan Khas SK Matang, telah merancang pelbagai aktiviti dan
program pada tahun 2009. Antaranya ialah program lawatan, pengajaran dan pembelajaran serta
riadah dan mobiliti. Matlamat yang cuba dicapai oleh program ini ialah untuk mewujudkan proses
sosialisasi di antara semua murid dan guru. Program ini juga merupakan pelengkap kepada
sukatan kurikulum di sekolah bagi komponen aktiviti luar dan eksplorasi sekaligus menjadikan
program ini penuh dengan aktiviti berfaedah. Murid-murid akan mendapat pengalaman yang
menarik dan sesuai untuk proses pembelajaran mereka.

Program ini juga diharapkan dapat memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan
yang mensasarkan perkembangan individu secara menyeluruh baik dari segi rohani dan jasmani.

Objektif

Tujuan program ini dijalankan ialah untuk :-

 memberi peluang kepada murid untuk mengenali dan bermain permainan tradisional
seperti seremban, tarik upih dan lain-lain.
 Menggalakkan interaksi dan sosialisasi antara murid dengan guru-guru.
 Memberi keseronokan dan kegembiraan kepada murid kerana dapat melakukan aktiviti
permainan bersama-sama.

Jawatan Kuasa Pengelola

Penasihat : Guru Besar SK Matang


En. Fezarudin b Mahamudin

Pengerusi Program : Penyelaras Program Pendidikan Khas Integrasi


Pn. Shamsiah bt Hj. Mohd Jais

Pengurus Program : Pn. Norhayati bt Hussain

Bendahari : En. Zainuddin b Hj. Abdul Rahim

AJK Permainan : En. Mohamad Zamri b Hj Mohamad Napis


En. Mohd Zulfadhly b Ahmad Tarmizi
Pn. Wan Haziatul Izlawati bt Wan Zahari
Pn. Umi Kalsom bt Musa
Cik Yeap Seok Lei
Cik Mona Yaniza Bt Mohammad
Cik Shazrina Bt Mohd Ghazali

Hadiah : Cik Juriati bt Jamaludin


Pn. Irwazita bt Shamsee

Dokumentasi : Pn. Nashally bt Shik Jan

Makanan : Pn. Hjh. Noraminah bt Mokhtar


Pn. Faridah bt Ishak

Keselamatan : Pn. Norul Ashikin bt Mohammad

Laporan program

Pada tarikh 4hb November 2009, Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) S.K.Matang
telah mengadakan program Riadah dan Mobiliti Terkenang Semasa Dulu. Program ini
mengariskan 3 objektif utama iaitu memberi peluang kepada murid untuk mengenali dan bermain
permainan tradisional seperti seremban, tarik upih dan lain-lain. Kedua,untuk menggalakkan
interaksi dan sosialisasi antara murid dengan guru-guru dan yang ketiga untuk memberi
keseronokan dan kegembiraan kepada murid kerana dapat melakukan aktiviti permainan
bersama-sama.
Antara aktiviti permainan yang dijalankan pada hari tersebut ialah terompah gergasi, isi air
dalam botol, lari dalam guni, bowling padang, tarik upih, galah panjang dan tarik bola
mengunakan gelung. Aktiviti ini dimulakan dari pukul 7.30 pagi dengan murid-murid yang
dikumpulkan ditapak perhimpunan dibahagikan kepada 4 kumpulan. Kumpulan-kumpulan
tersebut ialah Rama-rama (biru), ketam (jingga), sotong (kuning) dan yang terakhir ialah dinosaur
(merah jambu). Setelah murid dibahagikan ke dalam kumpulan, ketua kumpulan dilantik bagi
memantau pergerakan anak-anak buah di dalam kumpulan masing-masing. Setelah itu, En. Mohd
Zulfadhly b Ahmad Tarmizi telah mengetuai pelajar untuk melakukan reganggan badan sebelum
pelajar diarahkan untuk berlari 2 pusingan tapak perhimpunan.
Aktiviti dimulakan di padang S.K.Matang dengan dimulai dengan permainan bowling
padang, diikuti dengan tarik upih, lari dalam guni dan mengisi air ke dalam botol. Aktiviti riadah ini
berehat pada pukul 9.30 pagi sebelum disambung semula pada pukul 10.30 pagi dengan dimulai
permainan terompah gergasi, tarik bola menggunakan gelung dan yang terakhir bermain galah
panjang.Semua aktiviti ini berakhir pada pukul 11.30 pagi. Aktiviti penyampaian hadiah telah
dijalankan. Kumpulan Jingga telah menjadi juara keseluruhan. Naib juara dimenangi oleh
kumpulan biru, ketiga dimenangi oleh kumpulan merah jambu dan tempat keempat dimenangi
oleh kumpulan kuning.
Para pelajar telah memberikan kerjasama sejak dari pagi lagi. Ini dapat dibuktikan dengan
penyertaan setiap pelajar didalam kumpulan dengan setiap pelajar berusaha bersungguh-
sungguh dalam setiap permainan bagi memastikan kumpulan mereka menjadi juara. Pelajar juga
sentiasa membantu rakan-rakan didalam kumpulan serta memberikan sokongan. Program ini
juga merupakan pelengkap kepada sukatan kurikulum di sekolah bagi komponen aktiviti luar dan
eksplorasi sekaligus menjadikan program ini penuh dengan aktiviti berfaedah. Murid-murid akan
mendapat pengalaman yang menarik dan sesuai untuk proses pembelajaran mereka.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

_____________________________ ____________________________
(MONA YANIZA BT MOHAMMAD) ( PN.SHAMSIAH BT MOHD JAIS)
GSTT Penyelaras PPKI
Program Pendidikan Khas Integrasi SK Matang.
SK Matang.
LAMPIRAN

Acara menarik upih bermula….

Cepat….Cepat…kiri….kanan…kiri…kanan….
Lompat….lompat….ketua-ketua kumpulan memperlihatkan kehebatan masing-masing…

Kepit dik elok-elok bola tu….


Acara galah panjang….

Acara bowling padang…..


Cikgu Din memberi ucapan dengan penuh semangat….

Upacara memberi hadiah dilakukan oleh Pn.Shamsiah selaku Penyelaras PPKI S.K.Matang
Upacara selingan…

Upacara poco-poco….