Anda di halaman 1dari 2

________________________________________________________________________

HBML3303
PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK
SEMESTER MEI 2014
________________________________________________________________________

Makna dalam bahasa banyak dipengaruhi oleh faktor-faktor tertentu. Bagi memahami sesuatu
makna dengan tepat, seseorang penutur dan pendengar haruslah peka terhadap apa yang
dituturkan dan juga apa yang didengar. Perubahan makna akan berlaku disebabkan oleh
beberapa keadaan yang tidak dapat dielakkan. Buat analisis tentang konsep makna dalam bahasa
Melayu. Penganalisisan anda perlulah berfokuskan kepada perkara-perkara berikut:

(a) Huraian tentang konsep makna dan perubahan makna dalam bahasa Melayu.
(b) Perbincangan tentang faktor-faktor perubahan makna dalam bahasa Melayu.
(c) Aplikasi pengajaran makna dalam mata pelajaran Bahasa Melayu peringkat sekolah
rendah.
Laporan hendaklah ditulis dalam bentuk penulisan ilmiah yang betul.
1.0 Pengenalan
(a) Pengenalan amat jelas, amat baik, dan relevan. Pengenalan menampakkan dengan jelas
keseluruhan penulisan.
(b) Objektif dinyatakan dengan baik dan menerangkan secara jelas tujuan penulisan.
(c) Sekurang-kurangnya dua sumber rujukan yang berkaitan dinyatakan sebagai bahan sokongan.

2.0 Huraian tentang konsep makna dan perubahan makna dalam bahasa Melayu
(a) Huraian tentang konsep makna dan perubahan makna dalam bahasa Melayu dinyatakan
dengan amat baik, bernas dan meyakinkan. Fakta dan perbincangan tentang konsep makna dan
perubahan makna disampaikan dengan amat baik, tersusun dan bersistematik.
(b) Terdapat illustrasi/visual menambahkan penerangan bahan penulisan.
(c) Sekurang-kurangnya tiga sumber rujukan digunakan untuk menyokong bahan penulisan yang
berkaitan.
(d) Sekurang-kurangnya tiga contoh yang relevan dikemukakan sebagai sokongan bahan
penulisan.

3.0 Perbincangan tentang faktor-faktor perubahan makna dalam bahasa Melayu
(a) Perbincangan tentang faktor-faktor yang menyebabkan perubahan makna dalam bahasa
Melayu dinyatakan dengan amat baik, bernas dan meyakinkan. Fakta dan perbincangan juga
amat baik dan susunan secara keseluruhannya kemas dan rapi.
(b) Sekurang-kurangnya tiga sumber rujukan digunakan untuk menyokong penulisan.
(c) Sekurang-kurangnya tiga faktor berserta contoh diberikan sebagai sokongan penulisan.
4.0 Aplikasi pengajaran makna dalam mata pelajaran bahasa Melayu peringkat sekolah
rendah.
(a) Huraian tentang aplikasi pengajaran makna dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
disampaikan dengan amat baik, bernas dan meyakinkan. Fakta yang diberikan juga amat baik
dan disusun dengan rapi serta bersistematik.
(b) Sekurang-kurangnya tiga sumber rujukan digunakan untuk menyokong bahan penulisan.
(c) Sekurang-kurangnya tiga aplikasi pengajaran dicadangkan dengan contoh yang relevan

5.0 Kesimpulan
Rumusan dan kesimpulan yang amat baik dan sempurna. Menjelaskan keseluruhan kandungan
penulisan dengan teliti (koheren dan kohesi) dan memberikan penambahan isu semasa sebagai
nilai tambah

Anda mungkin juga menyukai