Anda di halaman 1dari 9

1.

Helen begitu bersemangat hendak menyertai


lawatan ke Petrosains kerana dia tidak
_________ ke sana.
A. pernah
B. akan
C. masih
D. belum
4. Pak Samad tidak menjawab panggilan cucunya
kerana menghadapi masalah __________.
A. mendengar
B. pendengaran
C. kedengaran
D. terdengar

5. Melisa tidak dapat melayari internet _____
komputernya rosak.
A. dan
B. kecuali
C. kerana
D. lalu

Soalan 6: berdasarkan gambar di bawah







6. Emak menyimpan pisau itu di ___________ laci
agar tidak diambil oleh adik.
A. celah
B. hujung
C. dalam
D. sudut

2. Ricksone tetap ________ mencapai kejayaan
dalam pelajaran walaupun kehidupan
keluarganya susah.
A. berbakat
B. bekerja
C. bergaya
D. berusaha
3. Jurulatih wushu sekolah Beng Cheong berasal
___________ Sabah.
A. di
B. ke
C. dari
D. daripada



UJIAN PERTENGAHAN TAHUN 2014
SJK (C) YUK NAM TENOM
2014
B. MALAYSIA TAHUN 4 (KERTAS 1)
/ ___ .__. 2014
MARDHIYYAH BINTI MD SAHMILIN
:
DISEMAK OLEH:

DISAHKAN OLEH:

7. Jencharstey dan Raullindo tinggal berjiran.
________ selalu ke sekolah bersama-sama.
A. anda
B. mereka
C. dia
D. kita

11.Nurul adalah murid yang pintar. _________
selalu mendapat pujian dari guru-gurunya.
A. anda
B. mereka
C. dia
D. kita

8. Tiga orang budak _______ itu berjalan menuju
ke bilik pameran komputer.
A. kekuda
B. sesiku
C. jejaka
D. lelaki


9. Bunga melati di halaman rumah saya berbau
________
A. harum
B. lazat
C. sedap
D. busuk


10. Salmah ____________ tinggal serumah
dengan Alimah suatu ketika dahulu.
A. sedang
B. pernah
C. belum
D. telah

Soalan 12: berdasarkan gambar di bawah





12. Rumah baharu yang Encik Chong diami telah
mulai ____________.
A. calar
B. retak
C. pecah
D. carik
Soalan 13: berdasarkan gambar di bawah








13. Burung itu dipelihara di dalam __________ yang
sempit.
A. kandang
B. sangkar
C. reban
D. rumah








14. Abang saya bekerja sebagai _____ di pejabat
pos itu.
A. jurutera
B. mekanik
C. doktor
D. posmen

17. Gotong-royong membersihkan sungai yang
tercemar itu dihadiri oleh _____ penduduk
Kampung Tanjung.
A. semua
B. sesetengah
C. masing-masing
D. segala

Soalan 15: berdasarkan gambar di bawah







15. Ibu membuang nasi itu ke dalam tong sampah
kerana nasi itu sudah ___________.
A. busuk
B. buruk
C. hamis
D. basi

18. Datuk duduk di taman ____________ berbual-
bual bersama nenek.
A. kerana
B. sambil
C. tetapi
D. manakala


19. Cikgu Azizi berpuas hati dengan ____________
murid-muridnya dalam ujian yang lepas.
A. tercapai
B. mencapai
C. pencapaian
D. mencapaikan

16. Pasukan sekolah SJKC Yuk Nam
___________ menjadi johan dalam
pertandingan itu pada minggu yang lepas.
A. sedang
B. telah
C. akan
D. mesti



20. Wong Tzi Phin ___________ ke Pulau Tioman
pada hujung minggu hadapan.
A. belum
B. pernah
C. telah
D. akan







21. Tok suka bercerita kisah-kisah dongeng seperti
kisah Batu Belah Batu Bertangkup.
Pilih perkataan seerti bagi dongeng
A. rekaan
B. tahyul
C. khayalan
D. tiruan

24. Siapakah yang menjuarai pertandingan syarahan
bahasa Melayu itu ?
A. Ya, memang dialah yang menjuarai pertandingan
itu.
B. Suzedin, pelajar dari dari SJK (C) Yuk Nam.
C. Saya tidak mendengar pengumuman keputusan
itu.
D. Sudah, mungkin keputusannya telah diumumkan.

22. Kisah itu dusta belaka.
Pilih perkataan berlawanan bagi dusta.
A. Tipu
B. Bohong
C. Benar
D. Palsu

SOALAN 23-24
Pilih soalan yang sesuai bagi jawapan yang
diberikan.

23. Tidak, Sharon tidak pergi ke pekan kerana
tidak diizinkan oleh ibunya.
A. Adakah Sharon akan ke pekan?
B. Siapa yang menyuruh Sharon ke pekan?
C. Bilakah Sharon akan ke pekan?
D. Kenapakah Sharon tidak ke pekan?







SOALAN 25-26
Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

25. Sufiah dan anak-anaknya ______________
kerana sebaik sahaja mereka sampai, jamuan
sudah terhidang.
A. Langkah kiri
B. langkah bendul
C. langkah kanan
D. langkah seribu


26. Onel mengambil sekeping roti sebagai
___________ sebelum pergi ke sekolah.
A. Perut busuk
B. ikat perut
C. perut kosong
D. alas perut










SOALAN 27-28
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan
bergaris dengan betul.
27. i. Cuaca hari ini panas tarik.
ii. Abang tarik guni beras yang berat itu.
iii. Pelanggan itu memesan secawan teh tarik.
iv. Kami memenangi acara tarik tali yang
diadakan di sekolah.

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan III
D. III dan IV

SOALAN 29-30
Isi tempat kosong dengan imbuhan yang sesuai.
29. Farah ialah anak ___________ dalam
keluarganya.
A. kedua
B. berdua
C. pendua
D. berdua-duaan


30. Semua murid dikehendaki ________________ di
dewan sekolah.
A. mengumpul
B. berkumpul
C. kumpulan
D. dikumpul

28. i. Datuk saya ialah seorang bekas guru.
ii.Almari ini adalah hasil bekas tangan Pak Mail
Tukang.
iii. Simpan buku awak di dalam bekas masing-
masing.
iv. Lebam bekas kena pukul masih kelihatan lagi
pada lengannya.
A. I dan II
B. I,II dan III
C. I, II dan IV
D. I, II, III dan IV


















Soalan 31 hingga Soalan 35
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Aku sungguh cantik dan mempesonakan. Aku dilahirkan di sebuah negeri di
pantai timur. Badanku diperbuat daripada kain sutera. Corakku dilukis oleh pelukis-
pelukis batik yang mahir di negeri itu. Oleh sebab itu, hargaku agak mahal. Setelah siap
dihasilkan sebagai batik sutera, aku dibungkus dengan kemas lalu dihantar ke Kuala
Lumpur.
Setibanya aku di Kuala Lumpur, aku digantung pada sebuah patung perempuan.
Hargaku amat mahal berbanding dengan kain batik yang lain. Pada suatu hari, seorang
wanita berbangsa Cina berkunjung ke kedai aku dipamerkan. Wanita itu ingin membeli
sepasang kain batik untuk dipakai pada hari penyampaian Anugerah Perkhidmatan
Cemerlang.
Setelah puas memilih, beliau telah terpandang aku. Tanpa membuang masa,
wanita itu telah membeliku dengan menggunakan kad kreadit sebanyak RM350.
Memendangkan hargaku yang agak mahal, beliau telah menggunakan cara yang
selamat untuk membayarku.
Wanita itu telah mengupah seorang tukang jahit yang mahir untuk menjadikan
aku sepasang baju kurung. Setelah beberapa hari, aku lengkap menjadi sepasang baju
kurung. Wanita tersebut kelihatan sungguh anggun apabila mengenakan aku. Semua
rakannya memujiku. Dari air mukanya, kelihatan bangga apabila mendapat pujian
daripada kawan-kawannya.
Sebaik sahaj pulang, aku dihantar ke dobi. Aku dibasuh dengan cara cucian
kering. Pada suatu hari, kerana kecuaian tuanku, aku terkena beberapa titik dakwat.
Namun begitu, setelah dicuci dakwat tersebut hilang. Aku gembira kerana dapat terus
berkhidmat untuk tuanku.













SOALAN 31-35
31. Siapakah aku dalam petikan di atas?
A. Kain batik
B. Kasut
C. Baju sekolah
D. Buku




34. Baju apakah yang telah dihasilkan oleh
tukang jahit?
A. kemeja
B. t-shirt
C. baju kebaya
D. baju kurung

32. Mengapakah hargaku mahal
berbanding dengan batik-batik yang
lain?
A. Dipenuhi corak yang cantik dan
menarik
B. Dilukis oleh pelukis-pelukis batik
yang mahir
C. Dibuat dengan menggunakan
mesin pencetak batik
D. Dilukis dengan berbagai-bagai jenis
warna yang mahal

35. Frasa air mukanya dalam petikan
bermaksud
A. perasaannya
B. rupa parasnya
C. tingkah lakunya
D. pandangannya

33. Wanita itu akan memakai aku pada
A. Hari Anugerah Kecemerlangan
Sekolah
B. Hari Anugerah Penyampaian
Hadiah Sekolah
C. Hari Anugerah Sekolah Harapan
Negara
D. Hari Anugerah Perkhidmatan
Cemerlang








Soalan 36 hingga Soalan 40
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

23 Taman Perkasa,
44000 Kuala Kubu Baharu,
Selangor Darul Ehsan,

4 Mac 2013
Ke hadapan ayahanda dan bonda yang berada di Australia. Semoga berada dalam
keadaan sihat sejahtera. Anakanda dan nenda di sini sihat-sihat sahaja.
Ayahanda,
Terlebih dahulu anakanda mengucapkan terima kasih kerana telah mengirimkan
hadiah kepada anakanda. Hadiah itu akan anakanda simpan dengan baik kerana
hadiah itu amat bermakna bauat diri anakanda.
Namaun begitu, anakanda berasa sedik kerana ayahanda dan bonda tidak dapat
bersama meraikan majlis hari lahir anakanda. Namun demikian, anakanda sentiasa
memahami masalah yang ayahanda hadapi. Tentu sekali ayahanda sibuk pada masa
kini. Lagipun, jarak ayahanda bertugas sekarang beribu-ribu batu jauhnya dari sini.
Tidak lama lagi anakanda akan meneruskan pelajaran dalam Tahap Dua. Dua
tahun lagi anakanda akan menghadapi UPSR. Anakanda berjanji akan berusaha
bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan yang cemerlang.
Beserta surat ini, anakanda kirimkan gambar-gambar yang diambil oleh kawan-
kawan semasa hari lahir buat tatapan ayahanda dan bonda.
Akhir kata, anakanda mengucapkan terima kasih atas hadiah ayahanda.
Sampaikan salam anakanda buat bonda yang dicintai. Sekian.

Yang ikhlas,



(Kok Xuan Ying)












SOALAN 36-40
36. Kepada siapakah surat tersebut
ditujukan?
A. Kok Xuan Ying
B. Ayah dan ibu Kok Kok Xuan Ying
C. Datuk Kok Xuan Ying
D. Abang Kok Xuan Ying


39. Penulis tingal di Malaysia dengan .
A. ibunya
B. ayahnya
C. abangnya
D. neneknya


40. Penyataan yang berikut adalah benar,
kecuali
A. Penulis berjauhan dengan ayah dan
ibunya
B. Ayah penulis bertugas di Negara
barat
C. Penulis berusia dua belas tahun
D. Penulis seorang yang tabah

37. Mengapakah penulis bersedih?
A. Kok Xuan Ying
B. Ayah Kok Kok Xuan Ying
C. Datuk Kok Xuan Ying
D. Abang Kok Xuan Ying


38. Bagaimanakah perasaan penulis
apabila menerima hadiah daripada
ayah?
A. gembira
B. terkilan
C. kecewa
D. sedih