Bahan
3 biji kentang di potong dadu
500gm daging cincang
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar serbuk kari
3 sudu makan minyak untuk menumis
12-14 keping roti
500ml susu segar
3 biji telor
secubit garam
Parutan cheese (banyak ikut suka) gune cheese mozarella
Sedikit margerin untuk melenser
Cara
Blend bawang + bawang putih kemudian panaskan minyak dan tumis bawang serta
masukkan serbuk kari dan juga daging cincang + kentang + garam
Satukan Susu + telor+secubit garam
Pukul susu + telor + garam hingga sebati
Celupkan kesemua roti dalam adunan tadi
Ramas-ramaskan kesemua roti tadi
lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit margerin dan letakkan 1/3 bahagian
roti yang telah di ramas
Kemudian letakkan separuh daripada daging+kentang yang telah di masak tadi atas
lapisan roti
Ulangi proses di dgn meletakkan satu lagi bahagian roti dan selebih bahan
daging+kentang dan dilapisan akhir dengan 1/3 lebihan roti
Taburkan parutan cheese (banyak ikut suka)
Bakar dengan api sederhana selama 30-45 mins atau sampai lidi tak lekat
Boleh dihidangkan semasa panas dan potong ikut suka
Jika inginkan lebih pedas boleh hidangkan bersama sos
SELAMAT MENCUBA