Anda di halaman 1dari 1

Rumah kami terletak di Kampung Sijangkang, Banting, Selangor.

Konsep
laman yang saya pilih adalah bertemakan Taman Kampung Moden. Konsep ini
sangat bersesuaian dengan kawasan persekitaran rumah saya kerana saya tinggal
di kawasan kampung dan rumah banglo tetapi telah dimodenkan dengan adanya
kolam renang sebagai tempat memanjakan diri bersama keluarga.
Selain itu, kami ada pondok atau gazebo sebagai tempat beristirehat atau
tempat minum petang dikala berkumpul di hujung minggu. Suasana yang santai
sambil mendengar bunyi-bunyian dari kolam ikan buatan sendiri yang ada air
terjun mengalir serta penanaman aneka bunga dan daun pandan yang dapat
mewujudkan kesegaran haruman kehijauan di sekeliling rumah saya.
Laman kami ada juga tersedia dengan taman permainan yang terdiri dari
gelongsor, buaian dan jongkang-jongket.Laman rumah kami turut ada gelanggang
badminton serta peralatan senaman untuk aktiviti riadah di petang hari atau
dihujung minggu bersama keluarga.
Idea ini timbul kerana keinginan saya untuk mencantikkan dan
mengindahkan laman saya seperti berada di taman bunga atau di Laman Syurga
Bunga. Antara bunga yang ada di laman rumah saya ialah aneka orkid, aneka
kaktus, aneka bunga kertas dan lain-lain. Pokok-pokok bunga ini lah menjadi
penyeri di halaman rumah serta memberikan ketenangan jiwa dan minda.
Laman yang mempunyai pemandangan yang cantik serta pemandangan
kehijauan akan memberi tarikan perhatian orang setiap kali mengunjungi rumah
saya. Selain itu, ia juga menyerapkan semangat kepada laman yang direka supaya
sesiapa yang mengunjungi berasa indah dan nyaman dengan keharuaman bunga-
bungaan. Malahan kawasan laman kami sering kali menjadi tempat penggambaran
pengantin sebagai kenangan abadi mereka.




*Daripada: Hajjah Yamah Bt Hj Simu