Anda di halaman 1dari 4

8.

1 Systematic desensitization (Pelupusan)



Salah satu teknik yang diperkenalkan oleh Wolpe (1958). Teknik ini digunakan kepada klien
yang mempunyai kebimbangan melampau terhadap satu keadaan, individu atau objek yang
disifatkan oleh klien sebagai perkara yang ditakuti.
Pendekatan asas yang diberikan kepada klien ialah relaksasi, iaitu langkah pertama.
Relaksasi perlu diajar kepada klien untuk bertindak balas terhadap kebimbangan tadi.
Langkah kedua iaitu anxiety hierachies iaitu menilai dan meneroka peristiwa yang
menyebabkan kebimbangan tersebut dan disusun mengikut tahap kebimbangan.
Langkah ketiga iaitu desensitization berlaku dimana klien dikehendaki berimaginasi
dan membangkitkan situasi yang menjadi kebimbangan dalam keadaan tenang. Perkara ini
diulang dan dipraktikkan dengan beransur-ansur supaya relaksasi dapat diseiringkan dengan
ketaakutan atau kebimbangan tersebut sehingga klien merasakan semakin selesa.

8.2 I maginal flooding

Tidak seperti systematic desensitization, teknik imaginal flooding bukan dilakukan secara
beransur-ansur. Klien didedahkan dengan imej mental berkaitan dengan ketakutan atau
kebimbangan tersebut sehingga ketakutan atau kebimbangan akan berkurangan sedikit demi
sedikit. Keadaan atau peristiwa yang didedahkan kepada klien bukanlah keadaan yang
sebenar, ia adalah berbentuk imaginasi sahaja yang mana klien hanya perlu bayangkan
didalam minda.

8.3 I n Vivo

Teknik ini merujuk kepada situasi sebenar. Dua jenis pendekatan yang digunakan untuk
meransang ketakutan secara berperingkat ialah dengan menggunakan dua teknik diawal tadi
iaitu systematic desensitization dan imaginal flooding. Dalam pendekatan ini klien juga
mempraktikkan teknik relaksasi yang mana klien akan berusaha mengubah ketakutan dalam
bentuk imej kepada situasi yang sebenar dalam mengatasi rasa bimbang dan takut yng
dialami.

8.4 Modeling

Modeling adalah satu teknik terapeutik yang berlaku apabila klien memerhatikan tingkah laku
orrang lain dh meniru tingkah laku tersebut. Dalam teknik ini terdapat lima fungsi asas
modeling iaitu mengajar, mentangkas, motivasi, mengurangkan kebimbangan dan akhir
sekali menawarka. Jadi proses modeling boleh berlaku berdasarkan lima fungsi asas tadi dan
dikombinasikan unuk membentuk lima jenis modeling iaitu live, symbolic,
participant dan covert modeling.

8.5 Cognitive Behavioral (Tingkah Laku Kognitif)

Teknik ini dapat dibahagikan kepada dua iaitu kaedah self-instructional dan inokulasi
tekanan. Self-instructional merupakan satu pendekatan untuk pengurusan kendiri yang
diperkenalkan Donald Meichenbaum. Pendekatan ini merupakan satu cara untuk individu
mengajar diri mereka bagaimana berhadapan dengan tekanan secara berkesan. Manakala
dalam inklusi tekanan pula, klien disuntik atau dicampakkan dengan ransangan dan diberi
sedikit tekanan sistem biological individu. Dengan itu individuatau klien akan berjaya
mengatasi ketakutanmereka yang mana tekanan tersebut dapat kepercayaan atau cara
pemikiran.

8.6 Perancangan persekitaran

Prosedur melibatkan mengubah keadaan sekeliling klien untuk menghadkan beberapa
tingkahlaku. Contohnya, jika seseorang klien mempunyai pengalaman pahit dengan sesuatu
tempat, dia akan cuba merancang mengelak kejadian tersebut. Begitu juga dengan mengawal
situasi seterusnya menggalakkan keinginan berinteraksi. Klien mungkin dibiarkan mengubah
tempat dan kedudukan ia selesa.

8.7 Relaxation Training

Latihan yang digunakan untuk menenangkan otot dan mental. Selepas klien belajar asas
relaksasi mereka akan membuat latihan ini setiap hari, latihan ini memerlukan masa dari 4
jam sehingga 8 jam, klien akan diberikan arahan untuk menenangkan diri mereka. Mengurus
pernafasan boleh membantu relaksasi. Klien akan diajar untuk melepaskan tekanan dengan
memfokus kepada perasaan dan imej. Biasanya teknik ini digunakan untuk mengurus stress
dan kerisauan.
Some other ailments for which relaxation training is helpful include asthma, headache,
hypertension, insomnia, irritable bowel syndrome and panic disorder

8.8 Latihan Assertif

Latihan asertif atau tegas diri pada umumnya digunakan bagi perasaan kebimbangan yang
dibangkitkan di dalam perhubungan antara perseorangan, iaitu melibatkan percubaan klien
melahirkan perasaan-perasaan semasa berinteraksi, Klien cuba melatih tegas diri dalam
temubual kaunseling dengan menyatakan perasaan-perasaannya kepada kaunselor, kaunselor
menggunakan prinsip-prinsip peneguhan, penghapusan dan membentuk operan untuk
mengembangkan gerakbalas tegas diri. Setelah segalanya disempurnakan klien dikehendaki
cuba melakukan gerakbalas yang sama di luar daripada sesi kaunseling. Latihan ini sesuai
untuk klien yang : Sukar melepaskan perasaan marah, Sukar mengatakan TIDAK,
merendah diri dan membiarkan diri dimanipulasi orang lain, bias kepada sosial. Latihan
untuk meningkatkan kendiri untuk membuat pilihan bertingkahlaku assertif dalam situasi
tertentu. Juga mengajar individu melahirkan perasaan mereka terhadap perasaan dan hak
sendiri.




8.9 I mplosion dan Flooding

Membuat klien peka dengan mengambarkan keadaan yang menimbulkan kebimbangan serta
mempunyai kesan yang dahsyat, klien tidak diajar untuk releks lebih dahulu, teknik ini tidak
sesuai digunakan untuk klien baru.

8.10 Token Ekonomi

Satu prosedur teratur dimana token atau hadiah diberi sebagai peneguhan untuk tingkahlaku
yang sesuai. Kaunselor boleh melaksana strategi ini sebagai peneguhan kepada pelajar yang
telah melakukan tingkahlaku positif.
Persoalan: Adakah tingkahlaku ini akan berterusan?
Diyakini memang berkesan tetapi perlukan kepada beberapa penstukturan. Minta bantuan
rakan-rakan dan ibubapa membuat komitmen membantu memahami konsep dan matlamat
ekonomi token. Memilih tingkahlaku yang mudah mendapat peneguhan, Mematuhi prinsip
modifikasi tingkahlaku : pengagihan, adil, konsisten

Anda mungkin juga menyukai