TUGASAN
UNTUK KANAK-KANAK
2. KEPENTINGAN IMUNISASI
TARIKH HANTAR : 05 DISEMBER 2009
Pengenalan
Objektif Kajian
2
Definasi Ekzema Atopik (Penyakit Kulit)
1. Kulit merupakan organ terbesar yang meliputi bahagian luar tubuh manusia,
tidak hairanlah sebarang masalah yang timbul pada kulit boleh
menyebabkan penghidapnya terpaksa menanggung kesengsaraan dan
tekanan perasaan.
4. Biasanya, bayi yang menghidap penyakit ini berumur antara enam bulan
hingga dua tahun. Bayi yang menghidap ekzema akan menanggung
kesengsaraan seperti rasa gatal yang berlebihan, pedih dan berasa resah.
3
Punca-punca
1. Penghidap ekzema atau juga dikenali sebagai ekzema atopik ini dipengaruhi
penyakit genetik seperti asma dan resdung (rhinitis) yang diwarisi
daripada ibu bapa mereka.
1. Mengelupas
2. Bersisik
3. Kemerah-merahan
4. Kulit yang kering
5. Penebalan kulit
6. Ada kalanya lepuhan juga terbentuk
2. Ekzema pada bayi lebih kerap berlaku pada kepala, muka dan tangan,
manakala pada orang dewasa dan kanak-kanak di belakang lutut dan
pelipat siku.
4
Rawatan
2. Pada masa yang sama, pesakit juga dinasihatkan supaya tidak menggunakan
sabun biasa, sebaliknya menggunakan sabun yang mengandungi bahan
pelembap (emollients). Ini kerana, sabun biasa akan mengakibatkan kulit
menjadi lebih kering, bertambah gatal dan rosak
3. Ubat histamine (ubat menghilang rasa gatal) akan diberi kepada pesakit
untuk mengelakkan pesakit menggaru. Sebaik-baiknya ubat ini diambil pada
waktu malam kerana ia menyebabkan pesakit mengantuk.
5. Penggunaan ubat sapu (topikal steroid). Kekuatan ubat yang digunakan ini
bergantung kepada tahap keseriusan dan umur kanak-kanak yang terlibat. Ini
kerana, penggunaan ubat topikal steroid yang kuat iaitu yang tidak sesuai
dengan kanak-kanak boleh menyebabkan kerosakan pada kulit. Sehubungan
itu, pastikan ia diambil sesuai dengan peringkat umur pesakit.
5
7. Dalam merawat masalah ekzema, mengurangkan jangkitan merupakan
perkara yang paling utama. Ini kerana, bakteria lebih mudah membiak pada
kulit mereka yang menghidap masalah ini. Jangkitan bakteria seperti
staphylococcus dan streptoccocus adalah jenis yang sering berlaku dan
menyebabkan ekzema seseorang penghidap menjadi lebih serius.
8. Virus herpes simplex yang biasanya menyebabkan kayap bunga juga boleh
menyebabkan ekzema seseorang bertambah teruk. Sehubungan itu, ubat-
ubatan antibiotik dan ubat-ubat antiviral ada kalanya perlu diberi semasa
rawatan.
Kesan
4. Sehubungan itu, elakkan mengguna sabun mandi biasa dan kulit tidak digaru
bagi mengelakkan kulit kering. Penyakit ini boleh menjejaskan keseluruhan
hidup penghidapnya seperti hubungan persahabatan, kerjaya dan waktu
tidur.
5. Hanya sebahagian kecil pesakit saja yang alah pada telur dan bahan
pengawet yang mengakibatkan keadaan mereka menjadi lebih serius.
Sehubungan itu, jangan mudah menghalang anak-anak daripada memakan
makanan tertentu sebelum benar-benar pasti yang mereka alah pada
makanan tersebut.
6
Panduan langkah-langkah pencegahan
1. Pastikan anda tidak terdedah dengan bahan yang boleh memedihkan kulit.
Sesetengah bahan seperti pembersih rumah, sabun, losen selepas
bercukur, sabun mandi, gaslin, turpentin dan lain-lain solvent boleh
menimbulkan rasa pedih pada kulit.
2. Pakai sarung tangan untuk melindungi kulit apabila anda melakukan sesuatu.
Gunakan pakaian yang diperbuat daripada kapas atau campuran
daripadanya.
Penutup
Hasil dari kajian di atas kita dapat melihat dan mengenalpasti punca-
punca utama berlakunya penyakit kulit dan cara-cara untuk mengatasinya.
Selain itu, kita juga mengetahui dengan lebih terperinci tentang rawatan dan
panduan langkah-langkah pencegahan. Justeru itu, ibu bapa memainkan
peranan yang penting dalam memberi rawatan awal dan peka terhadap tahap
kebersihan serta pemakanan anak-anak mereka.