Anda di halaman 1dari 11

KETAKSAMAAN PELUANG

PENDIDIKAN

Orang Asli
Kadar keciciran yang tinggi dalam kalangan murid
orang Asli merupakan isu yang perlu ditangani secara
bersama dan bersemuka sejajar dengan Dasar
Pendemokrasian Pendidikan.
Orang asli merupakan komuniti yang terbukti kaya
dengan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan tentang
pengurusan alam semulajadi.
Keserasian cara hidup yang berharmoni dengan alam
sekitar membolehkan mereka mengetahui di mana
tanah untuk bertani, hasil hutan yang sesuai serta cara
pemeliharaannya (Rusli Zaenal, 2002).
Orang Asli dibahagikan kepada 3 rumpun
bangsa iaitu Senoi, Negrito dan Melayu Asli.
Pada tahun 2005, jumlah Orang Asli adalah
sebanyak 141, 230 orang.
Orang Asli banyak lagi berasaskan pertanian
dan bersifat sara diri.
Orang Asli masih terpinggir dalam arus
pendidikan kerana infrastruktur dan prasarana
yang kurang legkap di tempat tinggal.
Kemunduran Orang Asli turut dikaitkan
dengan latar belakang akademik yang rendah
(Mustaffa Omar, 2004).
Menurut JHEOA (1998), minat belajar dalam
kalangan masyarakat Orang Asli masih berada
dalam tahap yang rendah di mana kecicicran
yang dicatatkan pada 1998 adalah 45.8% dan
kadar buta huruf adalah 49.2% (Kadar
Nasional 6.4%).
Minat belajar dalam kalangan anak Orang Asli
juga adalah rendah.
Ini turut didorong oleh faktor persekitaran seperti
ibu bapa yang kurang mengambil berat mengenai
pelajaran anak-anak mereka.
Cara hidup mereka masih tertumpu kepada hutan
telah mendorong ramai anak Orang Asli berhenti
sekolah lebih awal untuk mengikut bapa mereka
mencari rotan, membantu ladang ubi dan padi
bukit.
Indigenous
Indigenous merujuk Penduduk Pribumi di
pedalaman Sabah dan Sarawak.
Mereka dibezakan dari segi kawasan tempat
tinggal, ekonomi, sosial dan Budaya.
Di Sabah terdapat kira-kira 23 suku kaum Etnik
manakala di Sarawak terdapat kira-kira 24 suku
kaum Etnik.
Di Malaysia, masih terdapat sebilangan kecil
mereka tinggal jauh di pedalaman Sabah dan
Sarawak.
Masyarakat Indigenous masih belum bersedia
menerima perubahan dalam dunia pendidikan
kerana masih berpegang kepada Budaya hidup
tradisional mereka (Indigenous Learning).
Sistem belajar Asli memiliki banyak aspek positif,
antaranya ialah mempertahankan nilai-nilai
Budaya tanpa kehilangan mempelajari sesuatu.
Sistem belajar Asli secara turun-temurun diwarisi
masyarakat indigenous tradisional merupakan
potensi sangat berharga.
Masyarakat Pedalaman
Faktor-faktor kurangnya ketaksamaan peluang
pendidikan bagi masyarakat pedalaman kerana
kurangnya guru pakar pengalaman dalam satu-
satu bidang.
Suasana persekitaran Fizikal dan Sosio-Budaya
bagi kawasan pedalaman juga kurang meransang.
Tidak ada akses untuk ICT.
Selain lokasi, jurang pendidikan juga wujud antara
jenis sekolah, kaum, jantina, taraf sosio-ekonomi
dan tahap keupayaan murid.
Usaha untuk menangani jurang ni terus
mendapat perhatian kerajaan sejak Rancangan
Malaysia Ke-3.
merapatkan jurang perbezaan dalam
peluang-peluang pendidikan antara yang kaya
dengan yang miskin serta antara wilayah dan
antara kaum melalui pembahagian sumber-
sumber dan kemudahan negara dengan lebih
saksama (RMKe-3, 1976-1980).
Ibu bapa di kawasan pedalaman tidak
mementingkan pelajaran.
Segala kesulitan yang dihadapi oleh murid-murid,
secara tidak langsung menjadi satu halangan
kepada mereka untuk memajukan diri.
Ibu bapa itu sendiri turut tidak berpendidikan
ataupun tidak berpelajaran.
Pendekatan ataupun kaedah yang digunakan oleh
guru-guru juga tidak menarik.
Kesulitan menguasai 3M, kegagalan mencapai standard
minimum dan pelajar berisiko tinggi untuk cicir dalam
Sistem Pendidikan.
Sudah menjadi tanggungjawab semua untuk
merapatkan jurang perbezaan tersebut. Sebagai guru,
kita bertanggungjawab untuk merealisasikan hasrat
kerajaan tersebut melalui dasar-dasar yang terdapat
dalam Kementerian Pelajaran.
Jurang antara bandar dan luar bandar merujuk kepada
penyediaan infrastruktur, penempatan guru
terutamanya di Sekolah Kurang Murid (SKM),
Sekolah Orang Asli dan Sekolah di Pedalaman.

Anda mungkin juga menyukai