Di klinik itu, dia duduk di atas sebuah kerusi untuk melihat robot setinggi
setengah meter yang terletak di atas meja di hadapannya.
Tetapi pada tahun lalu, android kecil berwarna biru dan kuning bernama Cosmo
itu menawarkan sedikit harapan.
Para pengkaji menjalankan ujian perubatan fasa kedua untuk melihat sama ada
robot itu mampu membantu kanak-kanak yang mengalami masalah pergerakan
atau serebral palsi. Ini termasuklah memusingkan pergelangan tangan dengan
lebih cepat berbanding kaedah tradisional.
"Ia berjalan dengan baik," kata ahli terapi fizikal dari makmal biokimia dan
analisis pergerakan di Mayo Clinic, Krista Coleman-Wood.
Pereka Cosmo berharap, kejayaan kajian itu akan membawa perubahan besar
ke arah terapi yang dibantu oleh robot.
KEVIN menekan butang yang disambungkan dengan Cosmo dan komputer.
"Dengan robot, anda boleh bergerak dari sebab dan akibat kepada kemahiran
pembangunan yang lain. Anda juga boleh menggerakkannya mengelilingi
sesuatu dengan lebih pantas."
"Sekarang, jika saya menyebut Cosmo akan berada di sana dengan komputer,
dia akan berlari ke arah sana."