Anda di halaman 1dari 4

PENDAHULUAN

Dalam kepelbagaian etnik, agama dan budaya di Malaysia masyarakat mampu


hidup sebelah menyebelah dengan harmoni. Masih banyak cabaran yang sedang
dan akan dihadapi bagi menangani dan menguruskan persoalan perpaduan kaum.
Sebagai rakyat Malaysia, kita harus member kerjasama dalam usaha kerajaan
supaya semua etnik dapat dibawa ke dalam proses politik dan pentadbiran Negara
untuk mempercepatkan pembentukan 1 Malaysia.
Kenyataan di atas merupakan soalan yang dikemukakan pada tugasan
Hubungan Etnik. Dalam penulisan Kerja Kursus Pendek ini, kumpual kami telah
mengutara pelbagai cabaran-cabaran bagi rakyat Malaysia dalam pembentukan 1
Malaysia. Seperti yang telah kita ketahui, Negara kita terdapat banyak masyarakat
yang berbeza dari segi etnik, agama dan budaya.
Keadaan ini telah berlaku sejak Zaman Pemerintahan Melayu Melaka lagi
iaitu sekitar tahun 1344 hingga 1414 lagi. Pada zaman tersebut, Melaka merupakan
pusat pelabuhan yang terkemuka. Terdapat banyak pedagang-pedagang daripada
India, ina dan sebagainya berlabuh di pelabuhan Melaka. Dengan ini, terdapat juga
pedagang yang terus menetap di Melaka untuk memajukan perdagan mereka. Di
samping itu, faktor perkahwinan juga antara faktor utama para pedagang menetap
bersama orang tempatan.
Seterusnya, kekayaan hasil bumi negara kita telah menarik perhatian
daripada pengaruh barat. Pada masa tersebut, British telah dating ke Tanah Melayu
dan menguras segala hasil bumi yang terdapat di Tanah Melayu. Untuk melakukan
hal ini, mereka memerlukan tenaga pekerja yang banyak. Oleh itu, pihak British
mengambil tenaga kerja daripada Cina untuk menjalankan kegiatan perlombongan
manakala India untuk kegiatan perladangan.
Kesimpulannya, negara kita telah diduduki oleh rayat yang berbilang kaum
sebelum kita mendapatkan kemerdekaan lagi. Namun pada waktu tersebut
perpaduan antara kaum masih belum wujud kerana kerajaan British mengamalkan
pemerintahan secara pecah perintah.

RUMUSAN
Secara kasarnya, kita melihat bahawa etnik, agama dan budaya merupakan berkara
yang berkaitan. Misalnya, jika seseorang individu berbangsa India tidak semestinya
individu tersebut beragama Hindu, kemungkinan individu tersebut beragama Kristian
ataupun Islam. Oleh itu, Di Malaysia kita tidak mampu menjangka agama seseorang
individu dengan hanya mengecam bangsa ataupun etniknya sahaja. Itulah keunikan
yang dapat kita lihat di Negara kita.
Secara ringkasnya, etnik bermaksud sekelompok manusia yang mempunyai
budaya, adat, bahasa serta norma hidup mereka yang diwarisi sejak turun temurun.
Misalnya, Melayu, Cina dan India. Ketiga-tiga etnik tersebut mempunyai budaya,
bahasa dan adat tersendiri. Seterusnya, budaya pula bermaksud suatu kelompok
masyarakat yang mempunyai ciri-ciri yang sama dari segi pemikiran, pendapat dan
perlakuan. Contohnya, Masyarakat Melayu. Masyarakat melayu telah mengamalkan
cara makan menggunakan tangan. Bagi orang Barat perkara ini tidak sopan kerana
mereka tidak dapat menerima budaya makan seperti itu. Namun bagi orang Melayu
mereka dapat menerima keadaan tersebut. Oleh itu Budaya bermaksut suatu
pemikiran, pendapat dan perlakuan yang boleh diterima oleh etnik tersebut. Akhir
sekali adalah agama, agama merupakan suatu kepercayaan masyarakat mengenai
aspek ketuhanan. Setiap agama mempunyai kepercayaan tersendiri. Misalnya
agama Islam, mereka percaya akan Tuhan adalah pencipta umat manusia.
Bagi membentuk perpaduan kaum di Malaysia bukanlah suatu perkara yang
mudah. Suatu ketika dahulu pernah berlaku satu titik hitam pada tahun 1969 yang
telah menjadi sejarah kerusuhan kaum yang amat dasyat iaitu Peristiwa 13 Mei.
Pada ketika itu, rakyat hidup dalam keadaan ketakutan.




Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211
kenderaan musnah.
Statistik tidak rasmi jumlah kematian:
Melayu : 86 orang
Cina : 342 orang
Lain-lain : 3 orang
Statistik tersebut tidak begitu tepat kerana daripada kacamata orang ramai yang
menjadi saksi, mereka melihat berderet-deret lori membawa mayat yang tidak
sempurna ke balai polis Jalan Travers waktu itu.
(http://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei)
Petikan diatas dipetik daripada laman sesawangan
http://ms.wikipedia.org/wiki/peristiwa_13_Mei. Keadaan tersebut menunjukan betapa
renggangnya suasana ketika itu. Oleh itu, Kerajaan perlu mengambil tindakan yang
bijak agar peristiwa tersebut tidak berlaku lagi suatu hari nanti.
Pada 2 April 2009 Perdana Menteri Malaysia keenam, Datuk Seri Najib Tun
Razak telah menperkenalkan gagasan 1 Malaysia pada rakyat Malaysia. Intipati
gagasan 1 Malaysia ialah semua rakyat Malaysia merupakan satu bangsa tanpa
mengira perbezaan kaum dan agama. Aspek utama ialah sikap saling hormat
menghormati dan bersikap menerima di antara satu sama lain.Masyarakat majmuk
di Malaysia perlu disatukan melalui gagasan 1 Malaysia. Oleh itu, kita sebagai rakyat
Malaysia kita perlu bersama-sama menjayakan gagasan ini supaya perpaduan kaum
dapat diperkukuhkan dari masa ke semasa.
Kesimpulannya, bagi mewujudkan negara yang aman dan harmoni kita
haruslah mampu menerima serta menghormati kebudayaan dan adat etnik-etnik lain
agar kita tidak mengulangi sejarah hitam yang pernah perlaku di negara kita suatu
ketika dahulu.

Anda mungkin juga menyukai