Anda di halaman 1dari 3

SISTEM SOSIAL DAN NILAI ETIKA

PENGENALAN

 Tamadun China dibuat atas landasan membentuk masyarakat yang sempurna menurut
ajaran Konfusius.
 Mencius dan Taoisme juga menyumbang ke arah masyarakat Cina yang lebih baik.

SIFAT MANUSIA

 Dibincangkan di zaman lewat Chou ketika di era peperangan.


 Golongan falsafah muncul memberi pendapat tentang pembentukan sebuah negara
China yang stabil dan lebih gemilang.
 Golongan Legalisme mengatakan:
o Manusia itu memang jahat.
o Undang2 dan pemerintahahan keras sahaja dapat mengawal manusia.
o Perasaan tamak manusia akan melawan pemerintah.
 Konfusius berpendapat:
o Pendidikan penting dalam pembinaan seseorang manusia.
o Pendidikan dapat meningkatkan kualiti manusia itu.
 Mencius mengatakan:
o Manusia mempunyai sifat semulajadi membina dan membaiki personaliti yang
bermoral.
o Manusia dilahhirkan mempunyai sifat yang baik.
o Perubahan sikap kerana keadaan keliling.
o Manusia boleh dibaiki dengan pendidikan.
 Xun Zin (298-238 S.M) mengatakan:
o Sifat manusia memang buruk.
o Usaha berkelakuan baik hanya melalui pendidikan.
o Pendekatan ini sama dengan Konfusius.
o Pendidikan akan menyingkir keburukan semula jadi mnusia.
o Manusia juga perlukan kawalan undang2 dari pemerintah.
 Keseluruhannya, Pendidikan diperlukan bagi menjurus kepada pembinaan insan yang
bermoral.
 Nilai2 moral juga pening dalam menjalin hubungan antara kumpulan.

LIMA HUBUNGAN DAN KELUARGA

 Lima hubungan asas manusia antara:


o suami dan isteri
o bapa dan anak
o adik-beradik
o pemerintah dan rakyat
o kawan-kawan.
 Hubungan ini adalah dua hala kecuali antara kawan.
 Golongan tetinggi mempunyai tanggungjawab menjaga orang bawahnya.
 Golongan bawah harus menurut perintah.
 Hubungan antara pemerintah dan hubungan antara kawan boleh memberi maksud
kepada pembentukan sebuah masyarakat atau keluarga yang lebih besar.
 Konfusius:
o Mementingkan konsep ketaatan anak atau filial piety (hsiao).
o Memberi perumpamaan: '
 when parents are alive, serve them according to the rules of propriety.
when they die, bury them according to the rules of propriety and sacrifice
to them according to the rules o propriety.
o Filial piety juga merujuk kepad tanggungjawab anak kepada kedua ibu bapa.
o Juga mementingkan institusi perkahwinan:
 Perkahwinan bertujuan melahirkan generasi akan datang untuk
menggantikan generasi lama.
 Kesalahan terbesar seseorang anak ialah tidak melahirkan generasi
akan datang.
 Beliau akan memalukan generasi yang terdahulu darinya.
o Anak2 juga mesti menjaga diri dari  kecelakaan.
 Kalau tidak, menjadi kesalahan tidak menghormati ibubapa.
 Semua bahagian tubuh manusia merupakan pemberian  ibubapa.
o Hak individu:
 Kehendak individu dihormati.
 Tetapi kehendak individu diketepikan jika kehendak itu bertentangan
dengan kehendak masyarakat.

NILAI ETIKA MASYARAKAT

 Konfusius menganjur beberapa konsep:

Ren/jen

 Ren merujuk kepada makna kasih sayang.


 Menurut Mencius ialah ekspresi jantung manusia.
 Ren juga dirujuk kepada sifat perikemanusiaan.
 Konfusius mengatakan:
o jangan melakukan sesuatu yang kamu tidak suka ke atas orang lain (jen)
o tetapi lakukan perkara yang anda suka ke atas orang lain (shu).
 Seseorang yang tidak hormat pada sseorang pasti tidak akan dihormati oleh
masyarakatnya.
 Ren merupakan konsep yang luas dan kompleks.
 Ia meliputi makna kasih sayang diri sendiri, terhadap ibu bapa, suami isteri, anak2 dsb.
 Mencurah kasih-sayang mesti berjalan atas dasar chung dan shu.
 Kemudian seseorang itu mampu melahirkan masyarakat yang stabil dan harmoni.

Konsep Junzi/Chung Tzu

 Menurut Konfusius, konsep ini ialah sifat2 kebaikan termasuk kesederhanaan dan
kebiasaan.
 Juga menyarankan sifat berpengetahuan, berkebolehan dan kebijaksanaan.

Sistem Bermasyarakat

 Tertumpu kepada keadilan, keberanian, bijaksanan, jujur dsb.


 Masyarakat Cina tradisi dibahagikan kepada 4 kelas.
o Golongan cerdik pandai
o Golongan petani
o Golongan tukang
o Golongan peniaga.
 Golongan cerdik pandai dimasukkan ke dalam golongan pemerintah.
 Pada abad ke-19 dan 20, berlaku pada masyarakat Cina tradisi:
o perubahan dengan kemunculan golongan pekerja.
o kemerosotan fahaman Konfusius.
o kejatuhan kumpulan aristokrat intelektual.

NILAI-NILAI PENDIDIKAN, POLITIK DAN EKONOMI

 Pendidikan dititikberatkan untuk membaiki diri da meningkatkan nilai2 moral manusia.


 Pemimpin harus:
o mempunyai personaliti yang bermoral.
o menjalankan tugas secara adil.
o menjalankan kebajikan ke atas rakyat .
o mentadbir negara dengan baik.
 Peniaga harus:
o bersikap adil.
o tidak memeras.