Anda di halaman 1dari 2

Kamu telah berkelah di sesuatu tempat.

Ceritakan
pengalaman kamu berkelah di pantai.
Semalaman aku tidak dapat tidur.Aku sangat
teruja kerana ayah telah berjanji untuk membawa kami
sekeluarga ke pantai Teluk Cempedak.Aku bangun awal dan
membangunkan adikku.Emak menyediakan bekalan untuk
dibawa.Aku menolong ayah untuk meletakkan barang-barang
ke dalam kereta.
Perjalanan dari rumah kami ke pantai Teluk
cempedak mengambil masa selama satu jam .Ayah
memandu dengan berhati-hati.Aku melihat panorama yang
indah dalam perjalanan manakala adikku pula tertidur.

Setibanya di sanakami mengeluarkan barang-
barang makanan dan berkelah di bawah sepohon pokok
rendang.Pemandangan di tepi pantai sungguh indah.Pasir
yang memutih dan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa
sungguh mendamaikan.
Emak membentang tikar lalu meletakkan
bekalan dan barang-barang atas tikar.Aku dan adik menukar
pakaian kepada pakaian mandi.Kami meminta i!in daripada
ibu untuk pergi bermandi-manda.Adik menggunakan
pelampung kerana tidak tahu berenang.Kami juga tidak
melepaskan peluang untuk membina istana pasir .Emak pula
mendengar radio manakala ayah membaca surat khabar.
Selepas puas bermain dan mandi-manda kami
menikmati pelbagai juadah yang ibu sediakan seperti nasi
lemakkuih-muihair sirap dan sebagainya .Kami makan
dengan gelojoh kerana kelaparan.Kenikmatan makan di tepi
pantai sukar digambarkan.
"eberapa jam kemudian kami berkemas untuk
pulang.Aku membeli beberapa cenderamata untuk kawan-
kawanku.Kami juga mengambil gambar sebagai kenang-
kenangan.Kami pulang meninggalkan pantai dengan
perasaan gembira.Aku berharap agar dapat datang sekali
lagi ke pantai Teluk Cempedak.