Anda di halaman 1dari 10

LAPORAN JAWATANKUASA PENGACARA MAJLIS

LAWATAN ILMIAH KE SMK ZABA


ANJURAN 5 PISMP MATEMATIK 2 DAN RBT 2 AMBILAN JAN 2012

SEBELUM:
Setelah diagihkan tugas dan tanggungjawab sebagai pengacara majlis, saya dan
pasangan mula mencari contoh teks pengacara majlis yang boleh dijadikan panduan.
Kami menggunakan kemudahan internet yang ada untuk mengakses laman web yang
ada memaparkan teks pengacara majlis yang mematuhi susunan serta protokol yang
betul.
Selain itu, kami segera mendapatkan aturcara majlis daripada Jawatankuasa
Buku Program. Aturcara yang diperolehi belum disahkan oleh pensyarah pembimbing.
Maka, kami perlu menunggu aturcara tersebut dipersetujui oleh pensyarah pembimbing
terlebih dahulu. Setelah disahkan barulah kami mula menghasilkan teks pengacara
majlis mengikut aturcara yang telah ditetapkan.
Banyak perkara yang perlu dilakukan untuk melancarkan perjalanan majlis.
Untuk melengkapkan teks tersebut, kami perlu mendapatkan nama vip yang terlibat.
Kami berhubung dengan Jawatankuasa Perhubungan untuk mendapatkan nama-nama
vip seperti nama pengetua, PKHEM, PK1 dan PK Kokurikulum. Selain itu, kami perlu
menentukan siapa pembaca doa dan Muhammad Amar Safwan Bin Hashim telah dipilih
untuk memimpin bacaan doa.
Sebelum tiba pada hari kejadian, kami telah mencetak satu set teks pengacara
majlis dan meminta rakan senior yang berpengalaman dalam bidang pengucapan awam
untuk menyemak teks tersebut. Terdapat banyak kesalahan yang perlu dibetulkan dan
kami mengambil inisiatif untuk membetulkan semula teks tersebut sebelum digunakan
semasa majlis yang sebenar.


Disediakan oleh: Disahkan oleh:
..
(MOHD SYAKIRIN BIN ABDUL LATIP) (NUR IMANA AGNES BARNABAS)
SETIAUSAHA KETUA
JAWATANKUASA PENGACARA MAJLIS JAWATANKUASA PENGACARA MAJLIS
LAWATAN ILMIAH KE SMK ZABA LAWATAN ILMIAH KE SMK ZABA

Tarikh:
















LAPORAN JAWATANKUASA PENGACARA MAJLIS
LAWATAN ILMIAH KE SMK ZABA
ANJURAN 5 PISMP MATEMATIK 2 DAN RBT 2 AMBILAN JAN 2012

SEMASA:
Alhamdulillah, majlis dapat berjalan dengan lancar walaupun terdapat sedikit perubahan
pada aturcara yang telah ditetapkan. Majlis tidak dapat dijalankan seperti yang telah
ditetapkan dalam aturcara kerana beberapa faktor masalah. Saya dan pasangan cuba
mengawal keadaan supaya tidak kelihatan huru hara walaupun kami akui kami agak
panik.
Kami memaklumkan kepada jawatankuasa cenderahati agar bersedia kerana
slot penyampaian cenderahati telah diubah menjadi lebih awal tidak seperti yang
terdapat di dalam buku program. Saudari Vinothini memaklumkan bahawa terdapat tiga
cenderahati untuk guru-guru yang terlibat dan satu cenderahati khas untuk pihak
sekolah. Begitu juga dengan pengerusi lawatan ilmiah, beliau perlu berucap lebih awal
daripada pihak sekolah kerana itu merupakan susunan protokol yang betul.
Selesai sahaja pengerusi memberikan ucapan, majlis kemudian diteruskan
dengan ucapan daripada pihak sekolah yang disampaikan oleh Encik Naim bin Othman
selaku Penolong Kanan 1 Pentadbiran dan disambung terus dengan taklimat lawatan
ilmiah ini. Beliau begitu bersemangat menyampaikan taklimat dan maklumat mengenai
sekolah sukan tersebut. Beliau turut dibantu oleh Encik Muhammad Yunus Bin
Muhammad Ali ketika menyampaikan taklimat.
Majlis kemudiannya diteruskan lagi ke sesi soal jawab. Pelbagai soalan yang
dikemukakan oleh guru pelatih 5PISMP Matematik 2 dan RBT2. Namun, setiap
persoalan cuba dijawab dengan baik oleh beliau. Selesai sahaja sesi soal jawab, kami
menjemput pensyarah pembimbing iaitu Cik Ooi Cheng Lee untuk memberikan ucapan
penghargaan beliau kepada pihak sekolah dan menyampaikan cenderahati daripada
pihak IPG kepada pihak sekolah.
Majlis diakhiri dengan ucapan terima kasih dan salam kemaafan daripada kami
sekiranya tersilap tuturkata sepanjang mengendalikan majlis. Kami kemudian
menjemput pensyarah, guru-guru dan guru pelatih untuk menjamu selera selepas
selesai sahaja majlis tersebut.












Disediakan oleh: Disahkan oleh:
..
(MOHD SYAKIRIN BIN ABDUL LATIP) (NUR IMANA AGNES BARNABAS)
SETIAUSAHA KETUA
JAWATANKUASA PENGACARA MAJLIS JAWATANKUASA PENGACARA MAJLIS
LAWATAN ILMIAH KE SMK ZABA LAWATAN ILMIAH KE SMK ZABA

Tarikh:
LAPORAN JAWATANKUASA PENGACARA MAJLIS
LAWATAN ILMIAH KE SMK ZABA
ANJURAN 5 PISMP MATEMATIK 2 DAN RBT 2 AMBILAN JAN 2012

SELEPAS:
Setelah majlis selesai, kami berasa sangat gembira dan bersyukur kerana ini
merupakan pertama kali kami menjadi pengacara majlis dan dapat melakukan yang
terbaik. Teks pengacara majlis disimpan untuk dimasukkan di dalam laporan yang perlu
dijilidkan oleh Jawatankuasa Dokumentasi.
Kami membuat refleksi dan post mortem terhadap apa yang telah kami lakukan.
Kami sedar, terdapat beberapa kelemahan yang perlu dibaiki agar tidak diulangi pada
masa yang akan datang.
Walaupun begitu, kami sangat berpuas hati dan gembira kerana berjaya
mengendalikan majlis dengan baik walaupun banyak perubahan pada saat akhir. Kami
berharap agar dapat melakukan yang lebih baik pada masa akan datang.



Disediakan oleh: Disahkan oleh:
..
(MOHD SYAKIRIN BIN ABDUL LATIP) (NUR IMANA AGNES BARNABAS)
SETIAUSAHA KETUA
JAWATANKUASA PENGACARA MAJLIS JAWATANKUASA PENGACARA MAJLIS
LAWATAN ILMIAH KE SMK ZABA LAWATAN ILMIAH KE SMK ZABA

Tarikh:
REFLEKSI JAWATANKUASA PENGACARA MAJLIS
KEKUATAN:
Pertama, kami bersyukur kerana berjaya mengendalikan majlis dengan lancar dari awal
sehingga ke akhir majlis. Tahniah diucapkan kepada diri kami. Kami berasa sangat
seronok kerana diberi kepercayaan oleh rakan-rakan yang lain untuk menjadi pengacara
majlis pada lawatan ilmiah kali ini.
Melalui tanggungjawab serta tugas sebagai pengacara majlis, kami telah
memperolehi satu pengalaman baharu yang sangat berharga. Kami berupaya untuk
melihat sejauh mana kami boleh mengawal sesuatu majlis rasmi terutama di luar institut.
Alhamdulillah, kami berjaya.
Selain itu, menjadi pengacara majlis adalah satu peluang bagi kami untuk
melatih keyakinan diri berada di khalayak ramai. Sebelum ini, kami agak panik dan
gementar berada di khalayak ramai. Namun, peluang menjadi pengacara majlis telah
melatih kami untuk menjadi lebih berani dan tenang berada di depan orang ramai.
Seterusnya, tugas yang diberikan ini memberi peluang kepada kami untuk
mengaplikasikan kemahiran-kemahiran yang telah dipelajari di institut. Kami boleh
menggunakan kemahiran interpersonal dan kemahiran komunikasi dengan baik dan
berkesan terutama dengan pihak luar. Kami boleh berkomunikasi dengan guru-guru di
sekolah sukan tersebut untuk mendapatkan maklumat yang perlu diisikan di dalam teks
pengacara majlis.







KELEMAHAN:
Walaupun begitu, terdapat beberapa kelemahan yang telah dikenalpasti dan dilalui.
Kami telah mendapat maklumat yang salah iaitu nama vip yang terlibat. Sebelum ini,
kami mendapatkan nama-nama vip daripada Setiausaha lawatan ilmiah dan kami
percaya sumber serta maklumat itu adalah betul. Namun malangnya, semua nama vip
yang diberikan adalah salah dan tidak mengikut perubahan semasa. Kami berasa
sangat sedih dan terpaksa bertanya semula kepada guru sekolah setibanya di dewan
majlis diadakan.
Selain itu, kami terpaksa mengubah tentatif majlis kerana susunan serta aturcara
yang kurang sesuai. Kebiasaanya, dalam satu program hanya ada satu majlis sahaja
sama ada majlis pembukaan atau majlis penutupan. Namun, apa yang ditulis dalam
buku program, majlis penyampaian cenderahati dipisahkan dengan majlis ucapan pihak
sekolah. Sebenarnya, perkara ini akan menimbulkan masalah dan menyusahkan pihak
sekolah.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:
Sebagai langkah mengatasi masalah ini, kami sepatutnya benar-benar memastikan
bahawa nama-nama vip diambil daripada sumber yang sahih. Kami tidak harus
mempercayai sumber yang tidak sahih. Sebaiknya, kami terus meminta Jawatankuasa
Perhubungan untuk menghubungi pihak sekolah untuk mendapatkan nama-nama vip
yang terlibat.
Seterusnya, kami harus menegur Jawatankuasa Buku Program lebih awal
sebelum mereka mencetak buku program tersebut. Kemungkinan mereka tidak
berpengalaman dalam susunan majlis, namun ini boleh dijadikan pengajaran dan harus
ditingkatkan pada masa akan datang.




Disediakan oleh: Disahkan oleh:
..
(MOHD SYAKIRIN BIN ABDUL LATIP) (NUR IMANA AGNES BARNABAS)
SETIAUSAHA KETUA
JAWATANKUASA PENGACARA MAJLIS JAWATANKUASA PENGACARA MAJLIS
LAWATAN ILMIAH KE SMK ZABA LAWATAN ILMIAH KE SMK ZABA

Tarikh:















REFLEKSI KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL
Alhamdulillah, Karnival Permainan Tradisional dapat dijalankan dengan jayanya
seperti yang telah dirancang. Kami berasa sangat gembira kerana kerjasama
yang baik telah diberikan oleh semua pihak dalam menjayakan karnival ini
walaupun hanya diadakan dalam masa satu hari sahaja.
Pertama, saya berasa sangat gembira kerana permainan tradisional yang
dirancang oleh kumpulan kami telah terpilih untuk dijadikan salah satu
permainan yang akan dipertandingkan dalam Karnival Permainan Tradisional.
Semasa dimaklumkan oleh saudari Vinothini mengenai perkara ini, kami mula
bertindak dengan menyiapkan segala peralatan, bahan dan kertas kerja untuk
permainan tersebut.
Melalui Karnival Pemainan Tradisional ini. Dalam membuat persiapan permaian
tradisional iaitu Lastik Berpeluru, banyak pengetahuan dan pengalaman baru
yang kami perolehi. Kami membuat eksperimen terlebih dahulu sebelum
permainan ini dipertandingkan. Kami mencuba setiap jarak yang sesuai untuk
melastik dan isipadu air di dalam botol yang bersesuaian. Jarak yang terlalu jauh
mungkin akan menyukarkan pemain untuk menjatuhkan botol. Melalui kajian ini,
kami mengetahui tahap serta kejauhan jarak yang sesuai untuk menjatuhkan
botol dan teknik melastik yang betul untuk mendapatkan markah.
Selain itu, Karnival Permainan Tradisional ini memberik peluang kepada kami
untuk bermain pelbagai jenis permainan traidisional yang dikendalikan oleh kelas
yang lain. Semua permainan tersebut sangat menyeronokkan dan sesuai
dimainkan oleh semua golongan. Kami berpeluang untuk menghilangkan
tekanan semasa di dalam kuliah.
Seterusnya, karnival ini boleh mengeratkan silaturahim di antara semua pelajar
5PISMP yang mengambil kursus PJM3112. Kami bekerjasama dalam menjayakn
karnival ini dan setiap kelas memainkan peranan masing-masing. Perkara ini
memberi peluang kepada kami untuk menggunakan kemahiran interpersonal
yang telah dipelajari di dalam kuliah.
Walaupun begitu, terdapat beberapa kelemahan yang saya kenal pasti. Saya
dapati sukar untuk mengira markah pemain sekiranya botol didirikan semula
selepas sahaja dilastik. Saya risau pengira markah akan terlepas pandang dan
berlaku kekeliruan dalam pengiraan markah.
Oleh itu, untuk mengatasi masalah ini, saya segera mengarahkan pengira
markah untuk tidak mendirikan semula botol yang telah dilastik. Hal ini
memudahkan pengiran markah mengira skor yang diperolehi berdasarkan
bilangan botol yang berjaya dijatuhkan oleh pemain. Dengan ini juga, pemain
tidak dapat mempertikaikan jumlah skor yang telah diperolehi.
Kesimpulannya, saya sangat seronok melibatkan diri dalam Karnival Permainan
Tradisional ini. Saya telah mengetahui pelbagai jenis permainan tradisional yang
ada dan berpeluang bermain permainan tersebut. Saya berharap agar karnival
seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa yang akan datang.



Disediakan oleh:

(NUR IMANA AGNES BARNABAS)
921207-13-5604
5PISMP RBT 2

Anda mungkin juga menyukai