Anda di halaman 1dari 32

1.

0 PENGENALAN

Kajian berkaitan perkembangan manusia sering dilakukan daripada sudut


fizikal, kognitif, sosial, emosi dan moral. Woolfolk dan Margetts(2007)
mentafsirkan perkembangan fizikal sebagai perubahan di dalam badan,
perkembangan kognitif sebagai perubahan di dalam badan, perkembangan
sosial sebagai perubahan dalam hubungan dengan individu lain dan
perkembangan emosi sebagai perubahan dalam kefahaman,ekspresi serta
pengurusan emosi.

Perkembangan jasmani, mental, emosi dan sosial menjadi asas di mana


tingkah laku individu dibina melalui proses pembelajaran. Ramai ahli psikologi
mempercayai baka dan alam sekitar merupakan faktor yang berasingan iaitu
mempengaruhi personaliti seseorang individu serta kebolehannya untuk
mencapai sesuatu dengan caranaya tersendiri. Dalam hidup ini, apa yang
difikirkan, dibuat atau dirasakan oleh seseorang itu sebagai seorang kanak-
kanak, seorang remaja, atau seorang dewasa adalah hasil dari saling hubungan
yang wujud di antara faktor warisan biologi dengan pengaruh alam sekitar

2.0 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Proses perkembangan ialah perubahan yang tidak boleh diukur secara


kuantiti tetapi ternyata telah berlaku dan boleh dilihat dalam satu tempoh yang
panjang. Perkembangan menekan kepada aspek-aspek keupayaan dan
kebolehan seseorang untuk berfungsi dan berinteraksi dengan keadaan
sekeliling untuk keselesaan hidup sepanjang hayatnya. Contohnya : kebolehan
mengkoordinasi pergerakan anggota badan, bertutur, memahami dari benda-
benda konkrit ke abstrak, berinteraksi dan meluahkan perasaan dengan orang
dan keadaan sekeliling. Perubahan ini disebut perubahan secara "kualiti".
Perkembangan kanak-kanak merupakan hasil dari pengaruh keadaan
alam sekitar ke atas kanak-kanak semasa ia membesar. Perkembangan fizikal
pula merujuk kepada perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan bahagian-
bahagian badan, fungsi anggota-anggota badan dan perawakan manusia
(Woolfolk & Margetts, 2007).

Semasa pembesaran, kanak-kanak akan mengalami perubahan dalam


ketinggian, berat badan, menjadi lebih kuat dan dapat melibatkan diri dalam
kegiatan fizikal yang lebih kompleks. Perubahan-perubahan ini mempengaruhi
tingkah laku kanak-kanak secara langsung dan tidak langsung (Hurlock,1978).

Secara langsung, perkembangan fizikal menentukan kebolehan kanak-


kanak melakukan sesuatu, misalnya keupayaan mereka bersaing dengan rakan
sebaya dalam sukan atau permainan. Jika kanak-kanak tidak bersaing, ia
mungkin akan menyebabkan mereka disisih daripada kumpulan rakan sebaya.
Perkembangan fizikal mempengaruhi keyakinan terhadap diri sendiri dan orang
lain. Kanak-kanak yang disisih daripada kumpulan mungkin mempengaruhi
perkembangan personalitinya.

2.1 KONSEP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak merupakan dua faktor


asas kepada penemuan objektif pendidikan, kepada perancangan kurikulum dan
kepada penciptaan teknik mengajar untuk semua murid dalam berbagai
peringkat perkembangan. Perkembangan jasmani, mental, emosi, dan sosial
menjadi asas di mana ciri-ciri tingkah laku individu dibina.

D.S Wright dan Ann Taylor mengatakan perkembangan sebagai


perubahan yang berlaku dalam warisan hayat dan organisasi kepada struktur
organisma dalam keadaan yang saling berkait serta berhubung dengan
pertambahn umur. Menurut Atan Long, perkembangan merupakan perubahan
kualitatif kerana ia tidak dapat diujur secara kuantitatif tetapi jelas dilihat
perubahan telah berlaku kerana sifat baru berlainan daripada peringkat yang
lebih awal. Tambahan pula, perkembangan sentiasa berlaku secara berterusan
dari permulaan percambahan hingga ke akhir hayat organisma. Perkembangan
bukan sahaja membawa sesuatu organisma ke peringkat matang, tatapi
perkembangan berterusan walaupun peringkat kematangan dilampaui batas.

Proses perkembangan bagi sesuatu organisma sudah sedia terancang


dalam gen-gen yang diwarisi daripada keturunan yang terdahulu. Bagi sesuatu
jenis organisma, sifat umum jenis itu ialah phylogenetic adalah serupa. Gesell
(1949) menyatakan, walaupun tidak ada dua individu yang benar-benar serupa,
secara global semua kanak-kanak yang normal cenderung mengikut susunan
pertumbuhan yang bias dilalui oleh kanak-kanak.

Menurut Crow dan Crow (1983), pertumbuhan merupakan perubahan


secara “kualitatif” serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran,
rohani, moral dan sosial. Karl E. Garrison berkata perkembangan terhasil
daripada tindakan yang saling berkait antara perkembangan jasmani dan
pembelajaran. Semua perkembangan samaada dalam bentuk struktur,
kemahiran satu siri tingkah laku ataupun keseluruhan sahsiah, adalah mengikut
beberapa aturan semula jadi dan sifat-sifat sejagat. Secara ringkasnya,
perkembangan boleh disifatkan sebagai pengaliran yang saling berkait antara
perubahan kuantitatif dan perubahan kualitatif yang menuju ke arah tertentu.

2.2 PRINSIP ASAS PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Dalam prinsip asas perkembangan kanak-kanak, proses perkembangan


berlaku mengikut aturan. Misalnya seorang bayi pada peringkat awal boleh
duduk dengan bantuan, kemudian merangkak diikuti dengan kebolehan berdiri
dan seterusnya berjalan. Perkembangan juga bermula daripada konkrit kepada
abstrak. Ini dapat dilihat khususnya dalam perkembangan kognitif dan bahasa.
Terdapat perubahan dalam pertumbuhan dan perkembangan beransur
daripada keadaan umum kepada yang lebih spesifik. Seorang bayi boleh
menggengang objek dengan tangan sebelum belajar menggunakan jari tangan.
Pertumbuhan berlaku dengan otot-otot kasar terlebih dahulu sebelum beransur
ke otot-otot halus.

Pertumbuhan dan perkembangan adalah satu proses yang berlaku secara


berterusan. Dalam proses perkembangan seseorang, kanak-kanak akan
menambah kemahiran sedia ada. Kemahiran yang ada padanya sekarang juga
merupakan asas untuk pencapaian kemahiran-kemahiran baru kelak.

Corak dan aturan perkembangan adalah hamper sama tetapi kadar


perkembangan manusia berbeza untuk setiap individu. Sesetengah kanak-kanak
boleh berjalan pada umur 10 bulan manakala ada yang hanya boleh berjalan
pada 18 bulan. Ini adalah salah satu faktor yang membawa kepada perbezaan di
antara manusia.

Perkembangan juga bergantung kepada hasil interaksi di antara


kematangan da pembelajaran. Kematangan adalah kemunculan potensi yang
sedia ada di dalam seseorang individu, misalnya merangkak, duduk, berjalan
dan berlari. Ia dipengaruhi oleh faktor-faktor genetik. Pembelajaran adalah hasil
daripada latihan, proses peniruan atau identifikasi dan memerlukan usaha.
Proses pembelajaran membantu seseorang individu memperkembangkan
potensi yang sedia ada di dalam diri misalnya perkembangan otot dan saraf
anggota badan yang sempurna memungkinkan seseorang itu berenang tetapi
dia hanya boleh berenang jika berlatih atau meniru cara-cara berenang.
2.3 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Proses perkembangan kanak-kanak meliputi perubahan dari segi bentuk


tubuh badan dan tingkah laku. Perkembangan kanak-kanak banyak dipengaruhi
oleh faktor-faktor baka dan juga persekitaran. Pengaruh genetic atau faktor baka
dikenali sebagai gen yang terdiri daripada nekleoprotien yang menentukan baka
atau ciri keturunan. Ia fokus pada kromosom iaitu sejenis benda seni berbentuk
panjang yang didapati dalam nucleus sel sperma dan juga sel ovum. Mengikut
kajian, kromosom mengandungi bahan DNA dan RNA dan masing-masing
membawa gen-gen yang mengandungi sifat-sifat baka. Individu yang normal
biasanya mempunyai 23 pasangan kromoson. Semasa proses persenyawaan,
iaitu percantuman sel seperma dengan sel ovum dengan membentuk zigot yang
mula mendapat 23 kromosom daripada ibu bapa masing-masing. Seterusnya,
proses pertukaran diantara kromosom daripada ibu dan bapanya berlaku dan
menjadi ciri-ciri baka tersendiri, kemudian diwarisi oleh bayi yang dilahirkan.

Gen merupakan penentu utama dalam perwarisan ciri-ciri perkembangan


individu serta sesetengah penyakit ibu bapa. pengaruh genetic terhadap
perkembangan manusia dapat diperhatikan ke atas ciri-ciri perbezaan individu
dari segi fizikal, mental dan emosi.

Faktor yang kedua mempengaruhi perkembangan kanak-kanak ialah


faktor persekitaran. Setiap individu, kecuali sesetengah kanak-kanak berkembah,
mempunyai ciri fizikal seperti saiz badan, tinggi-rendah, berat-ringan, bentuk dan
warna organ deria serta kemahiran fizikal yang unik. Kajian telah menunjukkan
ciri-ciri fizikal luaran khasnya warna rambut dan organ deria diwarisi oleh gen-
gen ibu bapa..
Ahli psikologi Galton (1865), Goddard (1890), Nerman (1937) dan Shieldo
(1962) membuktikan bahawa setiap individu mepunyai kecerdasan dan
kebolehan intelek yang berbeza dengan rakan sebaya. Perbezaan kecerdasan di
antara individu boleh diperhatikan daripada prestasi pelajar dalam sesuatu kelas.
Ahli psikologi mengaitkan perbezaan kecerdasan individu dengan kecerdasan
ibu bapa mereka. Biasanya, ibu bapa yang cerdas pintar akan melahirkan anak
yang juga cerdas pintar. Mereka juga mengatakan bahawa emosi seseorang
iniduvidu juga diwarisi daripada baka ibu bapa. misalnya, ibu bapa yang
mempunyai emosi yang kurang stabil dan bersifat pemarah akan melahirkan
anak yang agresif dan autokratik.

Dalam faktor persekitaran, institusi keluarga merupakan pengaruh utama


terhadap perkembangan manusia seperti iklim rumah, makanan, asuhan dan
status sosio-ekonomi keluarga. Status sosial-ekonomi keluarga yang baik atau
tinggi akan membantu perkembangan intelek dan fizikal kanak-kanak ke tahap
optimum kerana keluarga berupaya memberi makanan yang cukup berzat dan
seimbang serta kemudahan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak
mereka. Makanan yang berzat dan seimbang akan membantu kanak-kanak
memperkembangkan jasmaninya dengan sempurna. Selian itu, kanak-kanak
yang dilahirkan dalam sebuah rumah yang mesra dan penuh dengan kasih
sayang akan mengalami perkembangan emosi yang sihat. Kanak-kanak diasuh
dan dididik dengan caa yang baik akan mengalami perkembangan poensi,
tingkah laku dan emosi yang sempurna.

Selain itu, perkembangan kognitif kanak-kanak diperngarui oleh faktor


persekiratan iaitu rumah dan sekolah.masyarakat merupakan alam kehidupan
manusia. Kebudayaan dan kepercayaan masyarakat berbeza mempengaruhi
perkembangan kanak-kanak dalam aspek sosio emosi, personaliti dan mental.
Masyarakat yang sihat akan mempengaruhi anggotanya dengan membentuk
sikap yang sihat seperti bertanggungjawab, rajin berusaha, bermoral, beretika
serta kuat beragama dengan nilai kerohanian yang sempurna. Selain itu,
masyarakat yang menitikberatkan kebendaan akan mempengaruhi sikap
manusia yang mementingkan diri sendiri dan bersikap materialistik, serta
mengabaikan nilai keharmonia dan nilai kejiwaan.
Perkembangan individu pula dipengaruhi oleh pendedahannya kepada
sumber teknologi yang terdapat di alam kehidupannya. Sumber teknologi
merujuk kepada maklumat-maklumat yang diperolehi daripada bahan-bahan
bacaan seperti suratkhabar, majalah, iklan, dan sebagainya. Pendedahan kanak-
kanak kepada sumber teknologi yang sihat akn meningkatkan kadar
perkembangan kognitif, emosi dan sosialnya. Sebaliknya, kanak-kanak yang
didedahkan kepada sumber teknologi yang beransur keganasa, kuning atau
kezaliman, akan membentuk sikap yang negative dan personaliti yang tidak
diingini.

Guru dan sekolah merupakan pengaruh yang paling penting dalam


perkembangan pelajar dari segi fizikal, intelek, emosi dan sosialnya. Guru yang
bersifat penyayang dan cekap menguruskan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah akan melahirkan pelajar yang berilmu,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadapt keharminian
dan kemakmuran Negara. Iklin sekolah yagn kondusif serta dilengkapi dengan
kemudahan-kemudahan pengajaran dan pembelajaran akan membantu
perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor pelajar. Guru dan sekolah
merupakan agen perubahan dan bersama-sama diberi tugas untuk
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu, demi
mewujudkan insan yang hamonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Pengaruh baka dan persekitaran telah lama diperdebatkan dan


kebanyakan mengatakan pengaruh baka dapat mempengaruhi perkembangan
kanak-kanak. Teori Ekologi Bronfenbrenner (1979,1987) menjelaskan
perkembangan kanak-kanak sebagai hasil interaksi antara alam persekitaran
dengan kanak-kanak tersebut. Menurut beliau, perkembangan kanak-kanak
adalah kesan persekitaran terhadap kanak-kanak dan juga ciri-ciri kanak-kanak
tersebut ke atas persekitaran.
Menurut beliau, persekitaran perkembangan individu terdiri daripada lima
sistem iaitu mikrosistem, mesosistem, eksosistem, makrosistem dan
kronosistem. Mikrosistem ialah persekitaran yang terdekat dimana kanak-kanak
mempunyai interaksi secara langsung dan menghabiskan paling banyak masa
seperti ibu bapa, guru, adik beradik, rakan dan jiran.

Mesosistem pula bermaksud perhubungan antara mikrosistem. Apa yang


berlaku dalam satu mikrosistem boleh mempengaruhi interaksi dengan
mikrosistem yang lain misalnya keadaan di rumah boleh mempengaruhi tingkah
laku individu di sekolah. Contohnya rumah-sekolah, rumah-jiran, dan sekolah-
jiran.

Eksosistem dalam persekitaran bermaksud pengalaman dengan


persekitaran yang tidak melibatkan murid secara langsung tetapi keputusan yang
diambil dalam persekitaran memberi kesan kepada kanak-kanak atau orang
dewasa yang terlibat dengan kanak-kanak.

Makrosistem bermaksud perkembangan individu dipengaruhi oleh norma-


norma, nilai dan amalan masyarakat. Misalnya sesetengah masyarakat, peranan
jantina ditititkberatkan (Santrock,2008). Di sesetengah Negara, kaum lelaki diberi
peranan yang lebih dominan seperti mereka diberi peluang pelajaran dan
pekerjaan-pekerjaan yang penting.

Menurut Teori Ekologi Bronfenbrenner (1979, 1987), kronosistem


bermaksud perubahan keadaan dalam suatu tempoh masa misalnya kanak-
kanak pada hari ini lebih fokus kepada permainan-permainan computer jika
dibandingkan dengan kanak-kanak dua atau tiga puluh tahun yang lalu.
3.0 PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK

Perkembangan fizikal kanak-kanak dan remaja biasanya dibahagikan


kepada beberapa peringkat iaitu peringkat prenatal (9 bulan dalam kandungan),
peringkat bayi (masa lahir sehingga umur 2 tahun), peringkat kanak-kanak (umur
3 tahun sehingga 11 tahun), dan yang terakhir ialah peringkat remaja iaitu (umur
11 tahun sehingga 18 tahun)

3.1 PRINSIP PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK

Perkembangan bermula dari kepala dan beransur ke kaki. Selepas


kelahiran, saiz kepala seorang bayi berkembang terlebih dahulu diikuti dengan
perkembangan badan, kaki dan tangan. Seorang kanak-kanak dapat mengawal
pergerakan kepalanya terlebih dahulu, kemudian diikuti lengan dan seterusnya
kaki. Seseorang bayi dapat mengawal pergerakan kepala dan ekspresi muka
dalam masa dua bulan selepas lahir. Dalam masa beberapa bulan, bayi tersebut
boleh mengawal kakinya, dapat megangkat badannya seterusnya lengan. Pada
usia 6 hingga 12 bulan, bayi tersebut boleh mengawal kakinya, dapat
merangkak, berdiri dan seterusnya berjalan.

Pada kebiasaannya, arah perkembangan berlaku daripada tengah badan


dan berterusan ke luar. Perkembangan bermula pada tulang belakang dan
menuju ke arah luar badan. Pada peringkat prenatal, jantung dan organ-organ
terbentuk dahulu sebelum kaki dan tangan. Otot halus pada jari tangan dan kaki
merupakan merupakan bahagian terakhir dalam perkembangan fizikal badan.
Seorang bayi selepas kelahiran cuba mencapai objek yang dilihatnya tetapi
gagal kerana masih tidak dapat mengawal otot-otot tangannya. Selepas
beberapa bulan, bayi boleh menggunakan kedua-dua tangan untuk
menggengam objek dan seterusnya bayi dapat memegang objek dengan
sebelah tangan menggunakan jari tangan kerana otot tangan sudah
berkembang.

Kebolehan bayi bertambah jelas dan spesifik seperti kepala bayi terhantuk
sesuatu, bayi akan menangis dengan kuat. Selepas beberapa bulan, jika insiden
sama berlaku, bayi masih akan menangis tetapi boleh menunjukkan kepada
kepalanya yang sakit. Seterusnya, apabila bayi menguasai kebolehan bahasa,
bayi dapat memberitahu kepalanya yang sakit.

Aspek perkembangan kanak-kanak berkembang pada tahap yang berbeza


kerana kaki dan tangan mencapai tahap perkembangan maksimum semasa
peringkat remaja tetapi bahagian bahu mengambil masa lebih lama. Kreativiti
misalnya akan berkembang dengan cepat dan mencapai tahap maksimum pada
peringkat remaja tetapi kebolehan menaakul berkembang dengan lebih perlahan

3.2 PERINGKAT PERKEMBANGAN KANAK-KANAK


3.2.1 AWAL KANAK-KANAK (2 HINGGA 6 TAHUN)

Awal kanak-kanak biasanya bermula daripada dua hingga enam tahun.


Pada peringkat ini, pertumbuhan fizikal perlahan jika dibanding dengan
pertumbuhan pada tahun pertama kanak-kanak tersebut. Ketinggian kanak-
kanak pada peringkat ini dua kali ketinggian semasa lahir dan berat badannya
mungkin empat kali ganda. Otot-otot kasar sudah berkembang tetapi otot-otot
halus belum berkembang dengan sempurna.

Kajian menunjukkan kadar perkembangan kanak-kanak perempuan pada


peringkat ini lebih cepat daripada kadar perkembangan kanak-kanak lelaki.
Perubahan kebolehan psikomotor ini mengikut aturan, contohnya seorang
kanak-kanak berlari terlebih dahulu sebelum dia boleh belajar bermain
menggunakan kasut roda. Kadar perubahan dan kebolehan psikomotor
dipengaruhi oleh genetic seperti berjalan berlaku awal untuk kedua-dua ibu bapa
maka anaknya juga akan berjalan pada peringkat awal.

3.2.2 KANAK-KANAK (7 TAHUN HINGGA 12 TAHUN)

Kadar pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat ini stabil dan tidak
begitu pesat jika dibandingkan dengan peringkat-peringkat sebelum ini.
Pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat ini lebih bercorak
penambahbaikan kemahiran-kemahiran psikomotor yang sedia ada.

Pada peringkat ini, pertumbuhan gigi kekal bermula dan gigi susu akan
diganti. Ketinggian kanak-kanak perempuan bertambah pada umur 8 hingga 10
tahun dan mencapai tahap kemuncak pada 12 tahun. Ketinggian kanak-kanak
lelaki mula bertambah apabila mereka berumur antara 10 sehingga 12 tahun dan
mencapai tahap kemuncak semasa mereka berumur 15 tahun dan kebiasaannya
kanak-kanak menjadi lebih kurus.

Pada umur sebelas tahun apabila kanak-kanak menghampiri akil baligh,


kanak-kanak kelihatan lebih kuat, cepat dan mempunyai keupayaan untuk fokus
kepada aktiviti atau tugas yang diberi kepada mereka. Perkembangan otot-otot
halus, koordinasi mata dan tangan sudah mencukupi untuk kanak-kanak menulis
dengan lebih kemas, belajar bermain alat muzik seperti piano dan biola,
menjahit, mengait, membina model, belajar gimnastik, berenang, tenis dan
olahraga. Kanak-kanak lelaki lebih cenderung kepada permainan lasak misalnya
permainan bola sepak di padang.
3.2.3 IMPLIKASI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Dalam tahap awal kanak-kanak bermula 2 hingga 6 tahun, guru


dinasihatkan membantu kanak-kanak tetapi hanya setakat mana yang perlu.
Bantuan yang berlebihan akan menggalakkan pergantungan kanak-kanak
kepada ibubapa dan guru serta menimbulkan perasaan kurang yakin untuk
melakukan sesuatu dengan sendiri.

Selain itu, kanak-kanak berkembang pada tahap yang berbeza dan


elakkan daripada membanding antara kanak-kanak. Kanak-kanak agak aktif
pada peringkat ini dan guru boleh menyediakan aktiviti-aktiviti seperti bermain
bola dan berlari tetepi aktiviti tersebut mesti mengambil kira perkembangan otot,
khususnya otot-otot kecil yang belum sempurna.

Untuk tahap kanak-kanak dari 7 hingga 12 tahun, kanak-kanak boleh


diajar bermain alat-alat muzik dan aktiviti-aktiviti seperti melukis. Guru harus
melibatkan kanak-kanak dalam aktiviti permainan dan latihan-latihan seperti
berenag, gimnastik untuk menguatkan otot, daya tahan serta membina
pergerakan yang lebih cekap. Selain itu, guru harus menyediakan aktiviti-aktiviti
lasak untuk kanak-kanak lelaki misalnya bermain bola sepak dan permainan
sukan yang sesuai untuk kanak-kanak perempuan misalnya bermain bola jaring.

Peringkat-peringkat perkembangan berlaku pada kadar yang berbeza


untuk setiap individu. Jika perubahan yang berlaku pada setiap peringkat tidak
mengikut jadual atau norma masyarakat, maka ia boleh menimbulkan masalah
kepada individu tersebut. Guru perlu sensitive dan memberi perhatian kepada
perubahan-perubahan ini kerana ia mempergaruhi kesediaan, keupayaan dan
minat kanak-kanak dalam pembelajaran di sekolah.
3.3 PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK: TEORI ARNOLD
GESELL (RUJUK LAMPIRAN A)

Arnold Gesell merupakan seorang ahli psikologi yang amat mementingkan


baka sebagai penggerak yang utama terhadap perkembangan seseorang
individu. Teori perkembangan dipelopori olehnya merupakan teori kematangan
biologi. Beliau mempercayai bahawa kematangan merupakan faktor yang paling
utama dalam menentukan proses pembelajaran.

Menurut Gesell, tingkah laku individu akan berkembang menjadi pola dan
urutan yang terawal. Oleh yang demikian, perlakuan anak-anak boleh diramal
untuk masa kini atau masa akan datang. Pertumbuhan tisu, organ serta
perkembangan fungsi juga adalah berlaku mengikut urutan yang tertentu serta
dikawal oleh kematangan.

Faktor persekitaran dan kebudayaan bertindak sebagai pengaruh


sekunder yang mungkin boleh mengubahsuai kemajuan perkembangan tetapi
tidak menjadi penggerak utama terhadap perkembangan seseorang individu dan
tidak penting dalam mempengaruhi perkembangan seseorang. Kita tidak boleh
memaksa kanak-kanak melakukan sesuatu kemahiran sekiranya mereka belum
mencapai peringkat kematangan betul. Kita perlu menggalakkan mereka supaya
berkembang mengikut minat dan kebolehan yang ada pada mereka.

Gesell menekankan bahawa setiap individu adalah unik dan keunikan


seharusnya dihormati. Kanak-kanak haruslah dibenarkan berkembang mengikut
kadar perkembangan sendiri. Ini bermakna mereka tidak boleh dipaksa
membuat sesuatu tanpa mengira peringkat kematangan serta peringkat
perkembangan. Gesell telah membahagikan perkembangan kanak-kanak
kepada lima peringkat yang utama iaitu peringkat pertama (o hingga 1 tahun),
peringkat kedua (1 hingga 2 tahun), peringkat ketiga(2 hingga 3 tahun), perinkat
keempat (3 hingga 4 tahun) dan peringkat kelima (4 hingga 6 tahun).

Pada peringkat pertama, bayi boleh menghasilkan tangisan yang


berlainan untuk menyuarakan kehendaknya yang berlainan. Apabila berumur
empat bulan pula, bayi sedang melalui peringkat awal perkembangan emosi.
Sebagai contoh, bayi akan ketawa apabila berasa gembira. Semakin umur
meningkat enam bulan, perkembangan psikomotornya semakin meningkat. Bayi
itu dapat duduk,merangkak, dan menggenggam sesuatu objek yang diberikan
kepadanya. Ketika berumur 1 tahun pula, bayi tersebut boleh berdiri dengan
memegang kerusi.

Pada peringkat kedua iaitu dari 1 tahun hingga 2 tahun, kanak-kanak


mulai belajar berjalan selangkah demi selangkah dan mula bercakap tetapi
kurang betul mengucapkan kata-kata tetapi kanak-kanak tersebut sudah boleh
berjalan dan berlari. Pada peringkat ketiga iaitu dari umur 2 tahun sehingga 3
tahun, kanak-kanak mula boleh makan tanpa dibantu oleh ibu bapa dan pada
peringkat ini, kanak-kanak tersebut boleh bercakap dengan menggunakan ayat-
ayat yang mudah.

Mengikut pendapat Arnold Gesell, kanak-kanak yang berada lingkungan


umur 3 tahun hingga 4 tahun merupakan kanak-kanak yang mudah menerima
arahan dan memahami arahan daripada ibu bapa. Selain itu, mereka juga
berupaya menunggang basikal beroda tiga.

Pada peringkat kelima pada umur 4 hingga 6, iaitu peringkat terakhir


dalam teori perkembangan Arnold Gesell, beliau mengatakan bahawa kanak-
kanak telah mula bercampur gaul dengan dengan individu-individu lain. Mereka
berupaya mengemukakan soalan berperingkat-peringkat kepada ibu bapa serta
sedia mendengar pendapat orang lain. Kanak-kanak di peringkat ini boleh
membezakan di antara yang betul dan yang salah.
3.4 TEORI PERKEMBANGAN ROBERT HAVIGHURST

Robert Havighurst ialah ahli psikologi Amerika Syarikat yang terkenal


dengan mengemukankan teori-teori tugas-tugas perkembangan manusia
berlandaskan sosialbudaya berkaitan dengan perkembangan jasmaninya. Beliau
menghuraikan perkembangan utama manusia sebagai satu-satu tugas, seperti
jalan, berlari atau melompat, yang dilahirkan di dalam kehidupan individu pada
sesuatu peringkat tertentu. Kejayaan individu dalam perlaksanaan tugas tertentu
akan membawa kepuasan serta mendorongkannya mengulangi tugas tersebut.
Kegagalan melaksanakan tugas kali pertama akan membawa perasaan kecewa
serta menghindarkannya meneruskan tugas itu. Beliau pula menegaskan
bahawa perkembangan personaliti seseorang dipengaruhi oleh nilai-nilai, norma-
norma dan budaya masyarakat.

R. Havighurst dalam bukunya Human Development and Education (1953)


menyenaraikan tugas-tugas perkembangan kanak-kanak. Beliau telah
membahagikan peringkat-peringkat perkembangan kanak-kanak kepada tiga
iaitu peringkat lahir hingga awal kanak-kanak (0 hingga 6 tahun), kanak-kanak (6
hingga 12 tahun),awal remaja dan remaja (12 hingga 18 tahun).

Pada peringkat kedua iaitu peringkat kanak-kanak (6 hingga 8 tahun),


Havighurst mengatakan kanak-kanak dapat membezakan lelaki dan perempuan.
Mereka dapat membentuk konsep diri yang sihat kerana kanak-kanak tahu
membuat perbandingan. Selain itu, kanak-kanak juga dapat menguasai konsep-
konsep moral, nilai dan kemahiran hidup. Meraka biasanya dilatih untuk belajar
berdikari kerana kanak-kanak pada peringkat, ibu bapa digalakkan memberi
mereka membuat sesuatu kerja dengan usaha sendiri. Mereka tidak boleh selalu
bergantung kepada orang sekeliling mereka kerana daripada usaha mereka
sendiri, kanak-kanak dapat membentuk sifat kebebasan peribadi. Guru-guru
disekolah boleh mengajar kanak-kanak kemahiran membaca, menulis dan
mengira kerana perkembangan otak pada peringkat ini sangat cepat.

4.0 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

Kemahiran kognitif merupakan kebolehan individu untuk berfikir, memberi


pendapat, memahami,mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran
masing-masing, mengkategori, merancang, menaakul, menyelesaikan masalah,
mencipta, berimaginasi dan lain-lain. Maka perkembangan kognitif kanak-kanak
adalah berkaitan rapat dengan perkembangan otaknya serta interaksi sosial,
khasnya dengan rakan sebaya yang lebih berpengalaman. Dengan perkataan
lain, perkembangan kognitif kanak-kanak adalah bergantung kepada
perkembangan otak dan sensorimotor (fizikal) serta interaksi dengan orang yang
lebih berpengalaman, iaitu perkembangan sosial. Tambahan pula,
perkembangan kognitif tidak dapat dipisahkan daripada kemahiran berfikir,
sesuatu proses pemikiran berlandaskan pengendalian metakognisi.

4.1 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK : TEORI JEAN PIAGET


(1896-1980) (RUJUK LAMPIRAN B)
4.1.1 LATAR BELAKANG JEAN PIAGET

Jean Piaget dilahirkan di Nauchatel, Switzerland pada 9 Ogos 1896.


Bapanya bernama Arthur Piaget merupakan seorang Profesor Sastera dalam
bidang Sejarah dan ibunya bernama Rebecca Jackson. Jean merupakan anak
pertama yang suka berdikari dan berminat tentang ilmu alam. Beliau
menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 84 tahun, 1981.

Beliau memulakan kariernya sebagai penulis pada usia yang teramat


muda iaitu pada umur 10 tahun. Selepas tamat sekolah menengah, Jean
melanjutkan pelajaran ke Universiti Nauchatel dan mendapat PhD semasa
berumur 22 tahun. Jean mula berminat pada Psikologi apabila beliau terpilih
menjadi pengarah makmal Psikologi di Universiti Jeneva dan beliau dilantik
sebagai ketua "Swiss Society for Psychologist."

Dalam bidang Psikologi, Jean merupakan salah satu tokoh yang amat
penting pada abad ke dua puluh. Latar belakang beliau memberikan banyak
sumbangan kepada bidang psikologi setelah beliau bekerja dengan Binet bagi
membentuk ujian keceredasan mental. Semasa bekerja dengan Binet, Jean tidak
berminat untuk melihat hasil jawapan betul yang diberikan oleh kanak-kanak,
tetapi lebih berminat untuk melihat pola-pola perlakuan yang ditunjukkan oleh
kanak-kanak apabila mereka memberikan jawapan yang salah. Pada pandangan
Jean, pola-pola perlakuan ini boleh memberikan petunjuk bagi pengetahuan
bagaimana proses pembentukan pemikiran berkembang di kalangan kanak-
kanak. . Penemuan-penemuan Piaget berdasarkan pemerhatian, deskripsi dan
analisis bilangan kecil kanak-kanak. Dia menumpukan perhatian kepada 3
anaknya sendiri yang dilahirakan antara 1925 dan 1931. Bagaimana pun
pendekatan ini tidak diterima oleh ahli-ahli psikologi lain terutama ahli psikologi
behavioris apabila dia cuba menerangkan peristiwa-peristiwa mental ('mental
events').

Dia sungguh tertarik dengan cara siput atau 'mollusks' menyesuaikan diri
dengan keadaan persekitaran. Menggunakan idea daripada biologi dia
mencadangkan bahawa pembelajaran adalah hasil daripada 2 proses utamal
iatu organisasi dan adaptasi. Organisasi ialah sifat dalaman organisma untuk
bertindak untuk menyusun persekitaran manakala adaptasi ialah penyesuaian
dengan persekitaran fizikal. Maksud lain ialah organisasi ialah proses dalaman
dan adaptasi ialah proses luaran. Namun, teori yang beliau kemukakan adalah
memfokuskan kepada perkembangan kognitif kanak-kanak.
4.1.2 KONSEP PERKEMBANGAN KOGNITIF

Piaget telah menggunakan idea daripada biologi yang dicadangkan


bahawa pembelajaran adalah hasil daripada 2 proses utama iaitu organisasi dan
adaptasi. Organisasi ialah sifat dalaman organisma untuk bertindak untuk
menyusun persekitaran manakala adaptasi ialah penyesuaian dengan
persekitaran fizikal. Dengan perkataan lain organisasi ialah proses dalaman dan
adaptasi ialah proses luaran. Oleh itu, Piaget telah memperkenalkan 4 konsep
dalam kognitif iaitu skema (schema), asimilasi (assimilation), akomodasi
(accomodation), dan keseimbangan (equilibrium).

"From the biological point of view organisation is inseparable from


adaptation: They are two complementary processes of a single
mechanism, the first being the internal aspect of the cycle of which
adaptation constitutes the external aspect"
[Piaget, The origins of intelligence in intelligence, 1955).

Menurut Piaget, setiap individu cenderung untuk memahami persekitaran


mereka, memahami situasi dan menyelesaikan sesuatu kekusutan. Kita akan
berasa kurang selesa jika berdepan dengan sesuatu keadaan yang tidak
menentu atau keadaan yang tidak dapat dijangka. Ketidakselesaan ini
mendorong individu mencari penyelesaian atau keseimbangan. Setiap kali
individu memperolehi sesuatu pengalaman, mereka akan menyusun
pengalaman-pengalaman di dalam minda masing-masing dan membentuk satu
sistem di panggil skema (schema).

Skema ialah struktur-struktur kognitif atau mental yang diperolehi oleh


individu untuk mengadaptasi dengan persekitaran dan mengorganisasi
persekitaran berkenaan. Skema tidak statik tetapi sentiasa berubah dan
diandaiakan seperti konsep atau kategori berkaitan sekumpulan objek, peristiwa
atau ciri. Orang dewasa memiliki banyak skema manakala bilangan skema bayi
terhad dan bertambah apabila membesar.

Pembentukan skema bermula sebaik sahaja seseorang individu


dilahirkan. Ia bermula dengan pembentukan skema yang mudah kemudian
beransur kepada skema yang lebih kompleks. Contohnya, sewaktu dilahirkan,
bayi telah dilengkapkan dengan beberapa gerakan pantulan yang dikenali
sebagai skema seperti gerakan menghisap, memandang, mencapai, merasa,
memegang, serta menggerakkan tangan dan kaki. Bagi gerakan memegang,
kandungan skemanya adalah memegang benda yang tidak menyakitkan.Oleh
itu, bayi juga akan cenderung memegang benda-benda yang tidak menyakitkan
seperti contoh, jari ibu. Skema yang ada pada bayi akan menentukan bagaimana
bayi bertindak balas dengan
persekitarannya.

Proses perubahan dan penukaran skema lama kepada skema baru di


panggil adaptasi. Adaptasi melibatkan dua proses yang saling berkait iaitu
asimilsi (assimilation) dan akomodasi (accommodation). Asimilasi merupakan
satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi dengan skema yang
sedia ada. Proses asimilasi yang berlaku membolehkan manusia mengikuti
sesuatu modifikasi skema hasil daripada pengalaman yang baru diperolehi.
Contohnya, seorang kanak-kanak yang baru pertama kali melihat sebiji epal.
Oleh itu, kanak-kanak tersebut akan menggunakan skema memegang (skema
yang sedia ada) dan merasanya. Melaluinya, kanak-kanak tersebut akan
mendapat pengetahuan yang baru baginya berkenaan "sebiji epal".

Akomodasi akan berlaku apabila individu dapat menukar skema lama


untuk disesuaikan dengan pengalaman baru. Akomodasi berfungsi apabila
skema tidak dapat mengasimilasi (menyesuaikan) persekitaran baru yang belum
lagi berada dalam perolehan kognitif kanak-kanak. Menurut Piaget, proses
mengorganisai, mengasimilasi dan mengakomodasi adalah proses yang
digunakan oleh individu untuk mencapai keseimbangan. Contohnya, dalam
mengenal huruf, kanak-kanak mungkin akan menyatakan “d” sebagai “b” apabila
diperkenalkan. Melalui pengalaman dan bimbingan, kanak-kanak akan cuba
memadankan pengetahuan baru ini dengan skema lama yang telah ada.

Akomodasi akan berlaku apabila individu dapat menukar skema lama


untuk disesuaikan dengan pengalaman baru. Individu akan mengubah cara
pemikiran untuk disesuaikan dengan pengalaman baru dan seterusnya
membentuk skema baru. Kesimpulannya, jika kita menggunakan skema baru
untuk sesuatu situasi atau pengalaman yang baru ia berjaya maka
keseimbangan akan berlaku tetapi sekirannya skema baru tidak memberi
penyesuaian yang baik maka keseimbangan akan berlaku dan kita akan terus
membina skema-skema baru untuk disesuaikan dengan situasi baru.

4.1.3 PERINGKAT PRA-OPERASI (KANAK-KANAK 2 HINGGA 7 TAHUN)

Pada peringkat akhir sensorimotor, kanak-kanak sudah boleh


menggunakan skema-skema fizikal yang mudah. Seterusnya pada peringkat ini,
kanak-kanak akan beralih ke peringkat menggunakan minda untuk membentuk
skema-skema baru. Menurut Piaget, perkembangan yang paling penting tahap
ini ialah penggunaan bahasa. Kanak-kanak yang berada di tahap ini mula
menggunakan simbol dalam permainan, contohnya mengandaikan buku sebagai
kereta apabila ditolak di atas lantai. Tetapi, dari segi kualiti, pemikiran kanak-
kanak masih lagi berada di tahap yang rendah berbanding dengan orang
dewasa. Contohnya, pemikiran kanak-kanak adalah egosentrik.

Piaget juga mengatakan bahawa proses perkembangan kognitif kanak-


kanak menjadi lebih sempurna menerusi tiga kebolehan asas yang berlaku iaitu
perkembangan kebolehan mental kanak-kanak untuk melakukan tingkah laku
yang ketara seperti kebolehan mengira. Melalui latihan yang berulang-ulang,
rangkaian tingkah laku menjadi kukuh dan digeneralisasikan sehingga menjadi
skema tingkah laku yang stabil supaya difahami oleh individu bagi mewujudkan
sesuatu pengukuhan tingkah laku.

Selain itu, Piaget juga mengatakan bahawa operasi yang berlaku mesti
berasaskan pada tiga fenomena mental yang penting iaitu pengamatan, ingatan
dan bayangan.. Pengamatan merupakan suatu proses kanak-kanak memberikan
sepenuh perhatian terhadap sesuatu yang dilihat manakala ingatan ialah satu
proses pembinaan, pengumpulan dan pengambilan kembali memori mengenai
peristiwa lalu. Bayangan pula merupakan satu proses yang menyebabkan
sensasi yang statik supaya pandangan dan pendengaran dikumpulkan di
bahagian mental.

Pada tahap ini, Piaget telah bahagikan kepada dua sub tahap iaitu Tahap
Pro-konseptual ( 2-4 tahun ) dan Tahap Pra-operasi ( 4-7 tahun ). Pada tahap
pra-konseptual, kanak-kanak belum dapat membeza dan memahami dua atau
lebih dimensi pada masa yang sama kerana mereka belum dapat menyusun
penerangan yang ada dalam pemikiran.

Kecerdasan selalunya dihuraikan sebagai kaku, tegang,


ketidaksanggupan membuat kesimpulan dan tidak menumpukan perhatian
terhadap hubungan peristiwa yang berbeza. Terdapat empat kandungan utama
proses kognitif dalam tahap ini iaitu egocentrism, konsep sebab-akibat,
peningkatan perolehan bahasa dan pembentukan identiti diri.

Prinsip ketekalan merupakan pengetahuan bahawa kuantiti adalah tidak


berhubung kait dengan susunan atau keadaan fizikal sesuatu objek. Kanak-
kanak yang tidak memahami prinsip, mereka tidak akan tahu bahawa jumlah,
isipadu atau panjang sesuatu objek tidak akan berubah apabila bentuk dan
susunannya berubah.
4.1.4 PERINGKAT OPERASI KONKRIT (7 HINGGA 11 TAHUN)

Tahap ketiga Piaget dikenali sebagai tahap operasi konkrit iaitu berlaku
semasa kanak-kanak berusia 7 hingga 11 tahun. Pada tahap ini, kanak-kanak
belum berfikir secara egosentrik seperti pada tahap praoperasi. Perasaan ingin
tahu menjadikan kanak-kanak gemar bertanyakan sesuatu yang menarik minat
mereka kepada orang yang lebih dewasa. Perkembangan semangat inkuiri
menyebabkan mereka mula menerima pendapat orang lain dan pada tahap ini,
kanak-kanak akan mula belajar bermain dan bergaul dengan rakan-rakan yang
sebaya kerana mereka mula memasuki zaman persekolahan.

Perubahan yang dapat dilihat ialah mereka sudah mula memahami unsur-
unsur pemikiran logik. Mereka memahami konsep-konsep nombor, berat,
susunan, padatan konsep pengekalan sesuatu benda atau objek. Walau
bagaimanapun, kanak-kanak pada tahap ini masih belum memahami atau
menaakul tentang perkara-perkara yang abstrak seperti konsep kenegaraan,
ketuhanan, makna hidup dan sebagainya. Mereka hanya memahami konsep-
konsep yang konkrit atau objektif seperti mengenali haiwan, tumbuhan dan
sebagainya.

Tuntasnya, Inhelder dan Piaget (1958) menegaskan bahawa kanak-kanak


pada tahap ini boleh melaksanakan sesetengah operasi ke atas objek lain tetapi
tidak boleh beroperasi ke atas operasi atau proses pemikirannya sendiri.
4.1.5 PERINGKAT OPERASI FORMAL (11 TAHUN KE ATAS)

Pada peringkat ini,Piaget menyatakan bahawa perkembangan


kecerdasan kognitif manusia telah sampai ke tahap maksima. Tahap ini
melibatkan umur sebelas hingga lima belas tahun. Pemikiran dan penghuraian
pendapat individu pada tahap ini dikatakan lebih baik dan nyata kerana mereka
mampu membuat keputusan dan dapat membuat hipotesis melalui pemerhatian.
Individu ini dapat menyelesaikan masalah secara rasional dan lebih sistematik.

Piaget menyatakan remaja pada tahap, patuh dan berhati-hati dengan


pendapat dan pegangan seperti mereka mula memikir tentang diri mereka dan
peranan mereka dalam masyarakat. Di samping itu, mereka telah membuat
perancangan berdasarkan pegangan dan pendapat yang terdapat dalam
masyarakat.

Kesimpulannya, pemikiran baru dihasilkan oleh individu berbentuk


abstrak, formal dan logik. Walaupun pemikiran pada operasi tahap formal
bermula semasa zaman remaja, pemikiran sebegini kadangkala jarang
digunakan (Burbulus & Linn 1988)

4.1.6 IMPLIKASI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Mengikut Teori Pembelajaran Kognitif Piaget, isi pelajaran hendaklah


disusun mengikut peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak, iaitu daripada
konkrit kepada abstrak, daripada dekat kepada jauh, daripada pengalaman yang
sedia ada kepada pengalaman baru, daripada kasar kepada halus, mengikut
perkembangan fizikal individu.
Menurut Piaget, pembelajaran merupakan perubahan bentuk tingkah laku.
Pembelajaran yang baru dan kompleks hendaklah menggunakan proses
akomodasi untuk mengubah struktur kognitifnya agar mengadaptasikan
keperluan situasai pembelajaran yang dihadapinya. Oleh kerana proses
akomodasi bergantung kepada motivasi intrinsik individu, guru hendaklah
menggalakkan mereka melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran.

Piaget telah mengemukan beberapa cadangan mengajar kanak-kanak


mengikut peringkat-peringkat. Untuk kanak-kanak yang berumur 2 hingga 7
tahun iaitu peringkat praoperasi, guru di sekolah haruslah mengajar
menggunakan bahan bantu mengajar yang konkrit. Contohnya, kanak-kanak
menggunakan bahan-bahan maujud seperti batu, guli, batang aiskrim untuk
belajar kemahiran menambah dan menolak. Pada peringkat ini, guru perlu
memberi arahan yang pendek dan memberi contoh kepada murid seperti arahan
untuk beratur di luar kelas atau bagaimana untuk menjalankan sesuatu aktiviti
diberi dengan menggunakan ayat yang mudah dan jelas. Guru juga boleh
melakukan demonstrasi sebelum menyuruh kanak-kanak memcuba sesuatu.

Kebiasaannya kanak-kanak pada peringkat praoperasi susuh memahami


sesuatu perkara dari sudut pandangan orang lain seperti guru memberi
penjelasan tentang nilai atau nasihat diberikan dalam ayat yang mudah difahami.
Sewaktu di sekolah, guru harus berhati-hati dengan menggunakan perkataan
kanak-kanak pada peringkat ini kerana kadang-kala sesuatu perkataan tersebut
membawa makna yang lain atau sesuatu perkataan boleh membawa pelbagai
makna contohnya Lila memberitahu cikgunya “nak baring” yang bermaksud dia
sebenarnya hendak tidur. Di dalam kelas, guru digalakkan memberi peluang
kepada kanak-kanak melakukan “hand on” terhadap sesuatu kemahiran seperti
membentuk perkataan dengan potongan-potongan huruf. Pihak sekolah harus
menyediakan pengalaman pembelajaran yang pelbagai pada kanak-kanak tahap
ini seperti membuat lawatan ke Zoo Negara, taman, Balai Bomba dan sebaginya.
Menurut Piaget, pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak akan berubah
dan meningkat dari satu peringkat ke peringkat lain. Pada peringkat operasi
konkrit untuk kanak-kanak berumur 7 hingga 11 tahun, guru harus meneruskan
penggunaan bahan yang konkrit terutama untuk mempelajari kemahiran yang
baru seperti model-model tiga demensi (3D) untuk mewakili objek-objek yang
baru pelajari. Di dalam kelas, guru perlu memberi peluang kepada pelajar untuk
memanipulasi dan menguji objek-objek yang diajar contohnya membuat
eksperimen dalam subjek sains seperti mengkaji keperluan cahaya matahari
untuk proses fotosintesis tumbuhan. Guru-guru haruslah memastikan
pembentangan dan pembacaan adalah ringkas dan tersusun seperti mulakan
pembacaan dengan buku yang mudah beransur kepada yang lebih kompleks.
Bahagikan pembentangan kepada langkah-langkah yang mudah. Dalam
pembelajaran, seelok-eloknya gunakan contoh-contoh yang sesuai dan berkaitan
dengan pengalaman pelajar untuk mengajar perkara-perkara yang lebih
kompleks dan perkenalkan soalan-soalan berbentuk penyelesaian masalah yang
memerlukan pemikiran logik dan analitik.

Pada peringkat operasi formal iaitu berumur 11 tahun dan keatas,


pembelajaran mereka telah meningkat dari senang ke tahap yang susah. Kanak-
kanak pada tahap ini akan memahami pelajarannya apabila guru menggunakan
bahan yang konkrit untuk mengilustrasikan konsep yang lebih kompleks seperti
menggunakan bahan 3D, model, carta, rajah, pengalaman pelajar sendiri
sebagai permulaan kepada pengajaran yang lebih kompleks. Dalam kelas, guru-
guru harus memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka alternative
penyelesaian dan membuat hipotesis dan menyelesaikan masalah serta
memberi sebab kepada penyelesaian yang dikemukakan. Dalam pengajaran,
guru digalakkan mengemukakan konsep yang luas dan tidak hanya terikat
dengan fakta-fakta dan biarkan pelajar meneroka dan mengkaji sendiri konsep
tersebut.
Joyce dan Weil, dan Slavin (ahli kelab mazhab neokognitif :
konstruktivisme) menyarankan dan mengaturkan langkah-langkah pengajaran
dan pembelajaran yang berasaskan implikasi Teori Pembelajaran Kognitif
Piaget. Mengikut kajian mereka, langkah yang pertama perlu dilakukan oleh guru
ialah merancang sesuatu situasi pembelajaran yang mencabar untuk pelajar,
menimbulkan dan menggerakkan tindak balas pelajar dan sengaja memberi idea
yang bertentangan untuk memerhati tindak balasnya. Langkah yang seterunya
ialah dalam pengajaran, guru harus memberi tugas yang berkaitan untuk
pemindahan pembelajaran dan dalam kelas, guru digalakkan membentuk
kumpulan yang mengadungi pelajar yang hampir sama peringkat perkembangan
kognitif mereka, agar membolehkan pelajar yang berada di peringkat
perkembangan kognitif lebih tinggi mengajar pelajar di bawah perkembangan
kognitif yang lebih rendah.

4.2 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK: TEORI LEV


VYGOTSKY (RUJUK LAMPIRAN C)

Piaget(1952) melihat perkembangan kanak-kanak sebagai perkembangan


kendiri iaitu meneroka, membentuk idea dan mengujinya secara individu. Lev
Vygotsky (1896-1934) memberi altenatif kepada idea Piaget tentang
perkembangan kognitif kanak-kanak iaitu menekankan peranan sosial dan
budaya dalam perkembangan minda kanak-kanak. Menurut Lev Vygotsky, dua
faktor utama dalam perkembangan kognitif kanak-kanak ialah interaksi sosial
dan kemahiran berbahasa. Contohnya

Tok Wan sentisa bercerita pada cucunya, Syasya yang berumur 5


tahun tentang kegigihan semut-semut membina sarangnya. Setiap
kali menceritakan kegigihan semut-semut membawa tanah dan
berhadapan dengan pelbagai cabaran, Tok Wan akan membawa
watak semut-semut yang gigih berusaha dengan penuh emosi, “saya
boleh,saya boleh,saya akan terus cuba”. Selepas itu dia akan
bertanya cucunya, “ Sayang, kenapa semut-semut itu selalu berkata,
saya boleh,saya boleh?” selalunya Syasya akan menjawab, “Kita
kena cuba, kena cuba….Tok Wan”.
Di sekolah tadikanya, pada suatu hari Syasya dan kawan-kawannya
Ain dan Hani bersama-sama menyiapkan satu aktiviti. Ain hampir
putus asa. “ Saya tak boleh lah, ini susah sangat” “Tak, kita
boleh..kita kena cuba…kena cuba, sampai boleh!” balas Syasya.

Menurut Lev Vygotsky, pemikiran kanak-kanak berkembang akibat


dari pergaulan dengan orang lain. Pergaulan dan interaksi yang bermakna
ini selalunya berlaku antara kanak-kanak dengan individu yang lebih
berpengetahuan darinya. (Contohnya antara Syasya dengan Tok Wan). Di
dalam situasi Syasya dengan neneknya, Syasya merupakan pendengar
yang aktif.dia membina pemahaman melalui interaksi dan mempratikkan
hasil interaksi tersebut ke dalam situasi yang hampir menyamai situasi di
dalam cerita neneknya. Kanak-kanak mengikut Lev Vygotsky belajar dari
apa yang dipratikkan.

Bagi Lev Vygotsky, kanak-kanak tidak dapat membina pengetahuan


sendiri tentang persekitaran. Ia harus dibina melalui interaksi sosial dengan
individu-individu yang berada di persekitarannya seperti ibu bapa, guru, adik
beradik, keluarga, atau rakan sebaya. Individu-individu ini akan bertindak
memberi arahan, maklum balas dan membimbing komunikasi kanak-kanak.
Kanak-kanak kemudiannya akan menggunakan maklumat-maklumat ini di
dalam interaksi-interaksi yang lain iaitu mungkin semasa bermain atau
apabila berdepan dengan situasi yang hampir sama di masa akan datang.
4.2.1 ZON PERKEMBANGAN PROKSIMAL

Kepentingan interaksi di dalam perkembangan kognitif kanak-kanak


digambarkan oleh Lev Vygotsky dalam konsep Zon Perkembangan
Proksimal. Ia merupakan istilah yang digunakan oleh Lev Vygotsky untuk
menerangkan bagaimana kemahiran-kemahiran yang sukar dilakukan oleh
kanak-kanak boleh dijayakan dengan bantuan dan bimbingan orang-orang
dewasa atau rakan-rakan sebaya yang lebih mahir.

HAD ATAS Berdasarkan rajah disebelah, Lev Vygotsky


Peringkat kemahiran kanak- membahagikan perkembangan kanak-kanak
kanak yang boleh dicapai kepada had bawah dan had atas. Had bawah
dengan bantuan individu yang merupakan kemahiran yang boleh dicapai
lebih mahir. sendiri oleh kanak-kanak. Manakala had atas
pula adalah kemahiran-kemahiran yang sukar
dicapai sendiri oleh kanak-kanak dan
ZON PERKEMBANGAN memerlukan bantuan daripada individu yang
PROKSIMAL lebih berkemahiran. Ruangan Zon
Perkembangan Proksimal mewakili kemahiran-
kemahiran kognitif kanak-kanak yang di dalam
HAD BAWAH proses kematangan dan akan mencapai
Kemahiran yang boleh dicapai kematangan dengan bantuan individu yang
sendiri oleh kanak-kanak lebih mahir. (Goos,2004: Gray &
Feldman,2004)

4.2.2 “Scaffolding”

Konsep scaffolding berkait rapat dengan idea Zon Perkembangan


Proksimal. Scaffolding bermaksud mengubahsuai tahap sokongan yang
diberikan. Semasa proses pengajaran berlaku, individu yang lebih berkemahiran
(guru atau rakan sebaya) akan mengubahsuai tahap bantuan/ bimbingan yang
diberikan mengikut keupayaan pelajar. Apabila seseorang pelajar mempelajari
kemahiran baru atau kemahiran yang sukar, guru mungkin akan memberi
bimbingan penuh tetapi apabila pelajar sudah mula memahami, bimbingan yang
diberi dikurangkan sehingga pelajar boleh menguasai kemahiran tersebut.
(Santrock,2007).

Perbualan dan interaksi adalah alat yang penting semasa proses


scaffolding. Perbualan akan membantu pelajar menyusun konsep-konsep baru
secara lebih sistematik dan bermakna dengan bantuan individu yang leibh mahir
seperti guru. Menurut Lev Vygotsky, selain berkomunikasi dengan orang lain
untuk mempelajari kemahiran baru atau kemahiran yang lebih sukar, kanak-
kanak juga berkomunikasi dengan diri mereka sendiri. Bercakap sendiri ini
menolong kanak-kanak tersebut merancang dan mengawal tingkah laku mereka
sendiri. Bercakap sendiri ini cenderung berlaku pada kanak-kanak berusia 3
hingga 7 tahun yang seterusnya akan berkembang di mana bercakap sendiri
akan bertukar menjadi komunikasi sendiri tanpa verbal. Akhirnya ia akan
berubah menjadi suara hati atau dorongan pemikiran apabila dewasa kelak.

Lev Vygotsky percaya kanak-kanak yang banyak bercakap sendiri


mempunyai lebih kemahiran sosial berbanding kanak-kanak yang kurang
bercakap sendiri. Apabila kanak-kanak bercakap sendiri, mereka menggunakan
bahasa untuk mengawal tingkah laku dan membimbing pemikiran mereka.
Contohnya :

Semasa bermain masak-masak Rani didengari bercakap sendrir,


“Adik nak masak kat umi lah…apa nak masak ya? Adik nak masak
telur. Umi kata kalau pegang telur kena hati-hati sebab ia mudah
pecah. Lepas itu adik nak bagi umi minum susu sebab susu boleh
buat kita jadi sihat”.

Dengan bercakap sendiri, Rani seolah-olah mengingatkan diri sendiri cara


memegang telur dan khasiat susu. Kajian mendapati kanak-kanak yang suka
bercakap sendiri memberi impak positif kepada perkembangan mereka. Mereka
yang bercakap sendiri didapati lebih tekun dan lebih cenderung memperbaiki
kelemahan mereka berbanding dengan kanak-kanak yang kurang bercakap
sendiri (Berk & Spuhl,1995).

4.2.3 IMPLIKASI TEORI VYGOTSKY KE ATAS PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN

Berdasarkan Teori Lev Vygotsky, penilaian perlu difokuskan untuk


menentukan Zon Perkembangan Proksimal setiap kanak-kanak. Guru perlu
memberi latihan yang berbeza kesukaran untuk menentukan tahap bimbingan
yang sepatutnya diberi dan menggunakan Zon Perkembangan Proksimal dalam
pengajaran. Pada had atas tetapkan objektif untuk kanak-kanak capai. Objektif
perlu pada tahap kesukaran yang lebih tinggi daripada pencapaian pelajar ketika
itu. Guru perlu membantu murid bila diperlukan. Guru harus memberi galakan
dan semangat untuk kanak-kanak mencuba dan mengaplikasi kemahiran supaya
mencapai objektif.

Dalam pembelajaran di dalam kelas, guru harus mengalakkan bantuan


daripada rakan sebaya yang sudah mahir supaya mengajar rakan-rakan lain
yang masih tidak dapat menguasai pembelajaran. Selain itu,kanak-kanak boleh
mendapatkan sokongan dari rakan-rakan yang sudah memahami konsep yang
diajar. Dalam kelas, guru harus mengawal dan mengalakkan kanak-kanak
bercakap sendiri semasa menyelesaikan masalah dan guru sebagai
pembimbing kepada kanak-kanak untuk merealisasi idea semasa bercakap
sendiri ke dalam situasi yang memerlukan penyelesaian. Dalam pengajaran,
guru perlu memberi arahan yang bemakna dan seboleh-bolehnya kaitkan
pengajaran dan pembelajaran dengan kehidupan seharian. Akhirnya, murid
digalakkan kurangkan penghafalan dan guru harus membimbing pelajar
mengaplikasi pengetahuan kepada pengalaman sebenar.
5.0 RUMUSAN

Faktor-fakto genetik dan persekitaran yang mempengaruhi perkembangan


manusia melahirkan pelajar yang berbeza dari segi jasmani, intelek,emosi dan
sosial di antara satu sama lain. Oleh itu perkembangan adalah aspek perubahan
yang dialami individu dan bersifar kualitatif tetapi jelas berubah melalui
peredaran masa. perubahan tingkah laku berlaku dalam keadaan yang
berterusan dan menerusi peringkat-peringkat kematangan tertentu. Peringkat-
peringkat perkembangan membawa perubahan yang menuju ke arah tertentu
serta dijangkakan.

Perkembangan diperngaruhi oleh baka dan persekitaran. Baka


menentukan had perkembangan manakala persekitaran akan membantu individu
mencapai tahap perkembangan yang maksimum. Perkembangan merupakan
satu bahagian yang saling berhubung dengan bahagian yang lain iaitu wujud
pertalian nyata antara kematangan jasmani dan kematangan mental. Corak
perkembangan berbeza-berbeza di mana semua kanak-kanak mencapai titik
perkembangan yang sama pada umur yang sama. Perkembangan berlaku
mengikut peringkat iaitu peringkat belum lahir, bayi, kanak-kanak, remaja,
dewasa dan seterusnya.