Anda di halaman 1dari 1

Peristiwa penting pada bulan Rejab wajar

jadi pedoman
Pada bulan Rejab berlaku peristiwa penting dalam sejarah Islam. Peristiwa ini memberi seribu
kemuliaan dan hikmah yang besar kepada umat Islam. Antara peristiwa penting yang berlaku dalam
bulan Rejab ialah Israk dan Mikraj yang mengandungi hikmah dan pengajaran bermakna.

Peristiwa hijrah ke Habsyah (Ethiopia) juga berlaku pada bulan Rejab. Ketika itu pihak Musyrikin
Makkah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW serta mereka yang beriman
kepada Allah SWT.
Terdapat sebilangan sahabat mengadu kepada Rasulullah SAW derita yang mereka hadapi lantas
Baginda memerintahkan supaya berhijrah ke Habsyah. Tujuan utama hijrah adalah untuk
menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping mencari tapak bagi Islam.


Antara sahabat yang berhijrah ialah Saidina Uthman dan isterinya Roqiah, anak Rasulullah SAW.
Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk empat wanita. Habsyah dipilih adalah kerana rajanya
dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.

Peristiwa ketiga berlaku pada bulan Rejab ialah perang Tabuk yang mengambil nama satu tempat di
utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30,000 tentera Islam berkumpul. Tidak
berlaku pertempuran apabila tentera Rom melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan
tentera Islam yang sanggup menghadapi pelbagai kesukaran.

Peristiwa keempat ialah pembebasan Baitulmaqdis pada zaman Saidina Umar Al-Khattab di zaman
pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan umat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah,
Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitulmaqdis.

Akhirnya Kristian dapat menawan kota suci Baitulmaqdis setelah 500 tahun dikuasai oleh
pemerintahan Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitulmaqdis hampir 60 tahun sebelum
dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi.
Beliau berjaya menawan kembali Baitulmaqdis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab
583 hijrah. Pada 1967 bersamaan 1387 hijrah, umat Yahudi pula menawan Baitulmaqdis (Palestin)
dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

Anda mungkin juga menyukai