Anda di halaman 1dari 7

PENDAHULUAN

Sistem pendidikan Malaysia pada hari ini merupakan suatu sistem yang sedang
berkembang sesuai dengan matlamatnya untuk melahirkan insan yang berkembang secara
menyeluruh. Sejak merdeka, banyak pembaharuan telah dilakukan dan memberikan manfaat
kepada seluruh rakyatnya, di mana perkembangan kreativiti murid-murid telah dititik beratkan di
dalam kesemua mata pelajaran yang diperkenalkan di sekolah. Perkara ini jelas dibuktikan
terutamanya dalam matapelajaran pendidikan seni visual.
Matapelajaran pendidikan seni visual di sekolah membuka peluang kepada murid-murid
untuk memupuk minat, perkembangan keperibadian, memberikan kesedaran dan kepekaan
terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar melalui bidang menggambar. Menggambar boleh
didefinisikan sebagai satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas
permukaan rata. Selain itu, menggambar juga dapat diertikan sebagai satu komposisi artistik
yang dihasilkan melalui aplikasi warna di atas permukaan rata. Merujuk kamus dewan edisi ke-
empat pula, menggambar boleh digambarkan sebagai melukis atau membuat gambar yang
disukai. Matlamat utama menggambar adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis,
kreatif dan produktif menerusi asas seni visual.
Dalam erti kata lain, bidang menggambar adalah aktiviti asas kepada seni visual.
Kesemua teknik-teknik seperti lukisan, catan, kolaj, resis, montaj, mozek, gosokan, cetakan dan
percikan termasuk di dalam bidang menggambar yang telah di ajar kepada murid-murid di
sekolah. Dalam kajian ini, penenkanan akan diberikan kepada teknik gosokan.






MENGGAMBAR DAN KEPENTINGAN UNTUK KANAK-KANAK
Aktiviti menggambar amat sesuai dengan kemampuan kognitif murid-murid. Aktiviti
yang melibatkan proses menggambar memerlukan murid untuk menggunakan seluruh
pancaindera dan mengaplikasikannya secara aktif di dalam atau di luar kelas. Oleh itu, guru
haruslah bijak memilih aktiviti yang sesuai dengan keadaan dan kemampuan murid mengikut
tahap-tahap yang ditetapkan. Murid-murid perlu diajar supaya mahir dalam mengaplikasikan
teknik-teknik menggambar dan penggunaan peralatan yang betul bagi melakukan aktiviti ini.
Secara khususnya, gosokan adalah satu teknik menggambar yang paling mudah untuk
dilakukan oleh murid-murid. Mereka dapat mengenal unsur-unsur estetika yang terdapat pada
sesuatu objek dengan mengaplikasikan teknik gosokan dengan mudah melalui unsur-unsur
jalinan yang terdapat pada objek tersebut. Teknik ini juga merupakan kaedah terbaik untuk
merakamkan berbagai jalinan pada permukaan objek tersebut. Murid-murid akan dapat mengenal
sesuatu unsur jalinan yang jelas pada rakaman yang dapat dilihat pada hasil gosokan yang
dilakukan ke atas kertas atau sebarang media lain seumpamanya.
Teknik gosokan pada asasnya melibatkan proses menggosok dan merekod corak daripada
permukaan yang berjalinan. Murid diberikan peluang untuk meneroka unsur alam pada peringkat
permulaan menggambar melalui deria sentuh, terhadap objek-objek yang terdapat di sekeliling
mereka. Proses ini dilakukan apabila salah satu atau kedua-dua objek digerakkan di antara satu
sama lain, maka gosokan akan terhasil. Media yang sering digunakan untuk melakukan teknik
gosokan ini ialah dakwat, pensel dan kapur. Gosokan akan dilakukan ke atas sehelai kertas di
atas sebarang objek yang mempunyai unsur jalinan yang ingin dirakamkan.
Antara contoh objek yang boleh digunakan untuk teknik ini ialah duit syiling, tikar
mengkuang, kulit kayu, kulit kerang,dinding dan batu-batuan. Guru juga boleh meningkatkan
kreativiti murid dengan menggunakan objek-objek lain seperti kulit pokok, tapak kasut, barang
kemas dan anggota badan.




Rajah: Contoh media dan lukisan menggunakan teknik gosokan.
Bidang menggambar sememangnya amat penting di dalam perkembangan diri kanak-
kanak. Pertumbuhan pemikiran kanak-kanak telah bermula sejak kecil lagi yang mana ia dimulai
dengan sesuatu imej berupa gambaran atau imaginasi. Kemudian ia diluahkan dengan cara
menggambar secara lakaran di atas permukaan yang rata seperti kertas, dinding dan lantai.
Dengan luahan seperti itu, maka daya kreativiti kanak-kanak dapat pertingkatkan selain dapat
mewujudkan rasa sensitiviti kanak-kanak terhadap persekitarannya. Perlakuan ini menerangkan
bahawa tingkah laku manusia berlaku melalui pengalaman mereka.
Hal ini merupakan proses pemerolehan ilmu dan pengetahuan, penguasaan kemahiran
dan tabiat serta pembentukkan sikap dan kepercayaan seorang murid terhadap alam sekitar. Teori
pembelajaran Behavioris menghuraikan pembelajaran sebagai satu penguasaan ilmu yang baru.
Pada asasnya teori ini menekankan penguasaan ilmu dan kemahiran seseorang melalui tindak
balasnya dengan persekitaran. Hal ini berdasarkan prinsip-prinsip bahawa rangsangan dari
persekitaran membawa tindak balas pada tingkah laku seseorang individu. Di samping itu, teori
ini juga menyatakan bahawa pembelajaran berlaku apabila tindakan secara berulang-ulang
dilakukan ke atas sesuatu benda ataupun benda hidup sehingga ia menjadi satu kebiasaan dan
tingkah laku yang berulang ini dapat mengekalkan peneguhan.
Melalui teknik gosokan, murid-murid belajar untuk mengenali bentuk-bentuk jalinan
yang terdapat pada sesuatu objek yang berada di persekitarannya. Objek-objek yang mempunyai
unsur jalinan sentuh ini membantu untuk memberikan gambaran sebenar unsur jalinan yang
terdapat pada objek berkenaan. Murid akan dapat melihat dengan jelas unsur jalinan tersebut
melalui teknik gosokan yang dilakukan di atas sehelai kertas dan objek-objek yang dipilih. Guru
semestinya boleh menerangkan secara lisan mengenai definisi, ciri-ciri, dan kewujudan unsur
jalinan yang terdapat pada persekitaran murid itu, namun guru tidak dapat untuk memberikan
pengalaman sebenar melainkan memberikan peluang kepada murid untuk meneroka dan
bertindak balas dengan persekitaran mereka. Ini bukan sahaja membantu murid untuk meneroka
persekitaran mereka dengan lebih baik, malah murid juga dapat meningkatkan kemahiran-
kemahiran dalam matapelajaran Pendidikan Seni Visual.
Aktiviti seni visual disusun secara terancang supaya dapat melahirkan kanak-kanak yang
mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak
membuat keputusan. Ia dapat melatih kanak-kanak untuk berfikir secara sistematik di dalam
berhadapan dengan pelbagai situasi. Perkembangan kognitif merupakan corak pemikiran yang
berlaku daripada zaman kanak-kanak melalui bidang menggambar di sekolah. Sebagai contoh
aktiviti apresiasi seni yang dilakukan dalam kelas memberikan peluang kepada murid-murid
mengembangkan aspek kognitif dalam diri. Setelah aktiviti menggambar selesai, guru
memberikan ruang kepada murid-murid untuk menghargai hasil seni sendiri dan rakan-rakan
dengan memberikan kritikan seni kepada setiap hasil yang ditunjukkan.
Di dalam mata pelajaran pendidikan seni visual, kanak-kanak atau murid-murid banyak
melakukan luahan perasaan melalui hasil karya di dalam aktiviti menggambar. Emosi yang
terdapat dalam diri pelajar selalu diluahkan melalui media-media seperti lakaran pensel, catan
dan susunan gambar. Sebagai contoh,murid dapat meluahkan perasaan dan emosinya melalui
aktiviti menggambar terutamanya semasa menggunakan teknik gosokan. Hal ini disebabkan
murid lebih banyak berinteraksi dengan cara berhubung dengan alam sekitarnya. Contoh yang
paling mudah ialah murid melukis duit syiling dengan menggunakan teknik gosokan. Malah,
terdapat juga murid yang mampu melukis sesuatu gambar dengan menggunakan pelbagai media
gosokan di dalam sebuah hasil lukisan. Aktiviti ini jelas kepada kita bahawa aspek emosi dapat
ditonjolkan dengan mudah melalui aktiviti menggambar di sekolah.
Kebanyakan matapelajaran di sekolah berjalan di dalam kelas dan keadaan ini sering
memberikan gambaran kepada murid bahawa pencarian sesuatu ilmu dan kemahiran itu adalah
sebuah perkara yang membosankan. Seperti yang diketahui, seni merupakan satu cara untuk
meluahkan perasaan, namun bagaimanakah seorang murid ingin meluahkan perasaan secara
bebas sekiranya dia berasa bosan di dalam kelas? Guru di sekolah boleh membawa murid-murid
keluar dari kelas untuk melakukan penerokaan bahan seperti jalinan pada sebarang permukaan
yang dilihat. Dengan cara ini murid juga dilatih untuk keluar dan belajar dalam suasana yang
berbeza menggunakan media dan sumber yang berbeza.
Hal ini juga berkait rapat dengan penggunaan anggota fizikal murid dalam Pendidikan
Seni Visual. Pergerakan fizikal secara amnya merujuk kepada pergerakan seluruh anggota badan
seseorang. Aktiviti menggambar yang melibatkan pergerakan murid untuk meneroka
persekitaran mereka sudah tentu melibatkan keseluruhan anggota fizikal. Malah, penggunaan alat
dan bahan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual memberikan satu bentuk
latihan yang berkesan kepada otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata.
Dengan aktiviti menggambar ini, kanak-kanak dapat melatih motor halus dengan mudah
disamping dapat meningkatkan kecekapan fizikal mereka. Melalui aktiviti seperti ini, fizikal
murid-murid akan digunakan dengan cara yang maksimum tanpa batasan dan dapat mengelakkan
daripada kebosanan di dalam pembelajaran.
Pada aspek ini, ia lebih merujuk kepada cara pergaulan sesama kanak-kanak. Dengan
melibatkan kanak-kanak di dalam bidang menggambar ini akan memberi peluang kepada kanak-
kanak untuk berinteraksi dan meningkatkan keyakinan diri. Melalui aktiviti menggambar juga
kanak-kanak dapat memupuk sikap saling tolong-menolong dan hormat-menghormati serta
menjadi landasan kepada perasaan bertoleransi. Aspek ini lebih membincangkan tentang
kemahiran menjalinkan hubungan sosial dan perlakuan yang baik bersesuaian mengikut norma-
norma masyarakat. Di dalam hal ini, murid-murid dapat membentuk satu hubungan sosial yang
baik melalui pelbagai aktiviti terutama sekali di dalam aktiviti menggambar. Aspek sosial
melalui aktiviti menggambar amat mudah untuk diaplikasikan.



6.0. KESIMPULAN
Pendidikan Seni Visual pada hari ini tidak lagi menjadi matapelajaran yang dipinggirkan.
Matapelajaran ini seharusnya menjadi satu matapelajaran yang diberikan perhatian khusus oleh
pihak yang sepatutnya. Hal ini supaya segala unsur yang disebutkan di dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dapat direalisasikan dan bukan menjadi hiasan di atas sehelai kertas
sahaja. Hal ini disebabkan kepentingan matapelajaran seni visual ini kepada perkembangan
kognitif dan psikologi kanak-kanak.
Secara kesimpulanya, bidang menggambar merupakan satu bidang yang dapat menarik
minat kanak-kanak untuk mengekspresikan diri pada persekitarannya. Melalui pelbagai aktiviti
di dalam menggambar, murid-murid di bawah sedar akan membina empat aspek utama iaitu
kognitif, fizikal, emosi dan sosial. Ia dilihat sebagai satu langkah yang positif di dalam bidang
pendidikan. Jika dahulu mata pelajaran pendidikan seni visual hanya dianggap sebagai pelengkap
kepada kurikulum sekolah. Tetapi pada zaman kini, intipati pendidikan seni visual telah
dianggap sebagai nadi di dalam pendidikan moden yang sememangnya menitikberatkan
pemikiran yang kreatif, inovatif dan kritis di dalam

Anda mungkin juga menyukai