Anda di halaman 1dari 11

Jenis-Jenis terapi dan Peranan Guru Biasa sebagai Guru Pembimbing

PENGENALAN

Bimbingan dan kaunseling merupakan satu kaedah atau pendekatan yang
digunakan untuk membimbing murid-murid dalam mendapatkan panduan atau jalan
penyelesaian yang baik seandainya menghadapi masalah. Namun demikian, tidak
semua sekolah rendah di negara ini disediakan dengan khidmat guru kaunseling.
Apa pun bimbingan dalam pendidikan adalah sangat perlu diberi perhatian oleh
semua pihak disesebuah sekolah sama ada pihak pentadbir,guru kaunseling serta
guru biasa juga turut memainkan peranannya jua.

Bimbingan membawa erti memberi panduan atau nasihat kepada seseorang. Dalam
konteks pendidikan bimbingan ini merujuk kepada bantuan atau pertolongan yang
diberikan dengan betul kepada murid-murid. Kaunseling pula, merupakan satu
proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri dan situasinya.
Kaunseling sebenarnya bukan sahaja bertujuan menolong klien menyrsuaikan diri
dengan keadaan alam social di sekolah, tetapi turut menolong memahami kelebihan
dan kelemahannya, potensi serta keupayaannya.

Kesimpulannya, di peringkat sekolah bimbingan dan kaunseling ini merupakan
proses pertemuan secara bersemuka di antara guru bimbingan yang memainkan
peranan sebagai guru kaunselor. Murid pula, dipanggil atai di istilahkna sebagai klien
atau orang yang menghadapi masalah peribadi contohnya masalah dalam bidang
akademik dengan tujuan membawa perubahan tingkah laku yang baik kepada murid
tersebut. Perubahan ini juga seterusnya membawa kepada penyelesaian masalah
yang dihadapinya.


JENIS-JENIS TERAPI DALAM BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Menurut Patterson dan Eisenberg (1983) menyatakan bahawa kaunseling sebagai
satu proses pertemuan secara bersemuka di antara seorang kaunselor dengan
kliennya yang akhirnya membawa perubahan kepada klien tersebut. Setiap individu
mempunyai kebolehan dan keupayaan untuk memperkembangkan diri mereka.
Berdasarkan kepercayaan ini maka terapi dalam bimbingan dan kaunseling
diwujudkan untuk meneroka perkembangan tersebut. Terapi dalam bimbingan dan
kaunseling bagi sistem sekolah berdasarkan ciri-ciri seperti ia merupakan satu
proses yang berterusan, bersifat pendidikan, berdasarkan tingkah laku dan konsep
kendiri serta peranan klien yang mempunyai hak untuk memilih. Fokus utamanya
berdasarkan prinsip-prinsip berikut iaitu :

Harga diri individu adalah paling mutlak ;
Setiap individu adalah unik;
Sikap dan persepsi kendiri individu ialah asas dimana seorang individu bertindak;
Individu-individu bekerja untuk meningkatkan konsep kendiri mereka;
Individu-individu mempunyai kebolehan dalaman untuk belajar dan boleh dibantu
untuk membuat keputusan ke arah proses arah kendiri agar serasi dengan
persekitaran mereka.
Individu-individu memerlukan proses bantuan bimbingan daripada peringkat
perkembangan kanak-kanak kepada peringkat dewasa.

Harga diri individu adalah paling mutlak. Ini kerana, harga diri seseorang adalah
sesuatu yang perlu dijaga dan dihormati. Murid perlu dilatih untuk menghargai diri
mereka. Hal ini kerana, setiap individu adalah yang unik. Individu itu dikatakan unik
dari segi baka, bakat, minat serta kebolehan yang ada. Sikap dan persepsi kendiri
individu ialah asas dimana seorang individu itu bertindak. Ini disebabakan oleh sikap
seseorang mampu mendorong mereka melahirkan pandangan yang mungkin tidak
sama dengan orang lain. Pandangan itu lahir mungkin disebabkan oleh persepsinya
dalam berhadapan dengan masalah. Contohnya seorang murid menghadapi
masalah ponteng kelas. Murid ini berpandangan masuk kelas merupakan satu
keaadaan yang membosankan. Maka sikap serta persepsi yang tertanam di dalam
pemikirannya itu telah membawa murid tersebut ke arah satu tindakan demikian.
Dengan itu, sikap serta persepsi secara tidak langsung adalah asas kepada tindakan
yang dibuatnya.

Individu mempunyai kebolehan dalaman untuk belajar dan bolh dibantu untuk
membuat keputusan kea rah kendiri yang baik. Hal ini kerana setiap individu pada
dasarnya mempunyai satu tingkahlaku yang baik dan unik yang boleh dibimbing,
dibentuk atau digilap dengan pendekatan dan cara yang betul. Keupayaan
membimbing murid-murid ini dengan gaya yang betul akan membuatkan mereka
lebih serasi dengan persekitaran disekolah pada amnya.

Dalam pada itu juga, setiap individu memerlukan proses bantuan bimbingan
daripada peringkat perkembangan kanak-kanak kepada peringkat dewasa. Ini
kerana, dalam membentuk satu tingkahlaku yang baik dikalangan kanak-kanak iaitu
murid sekolah mereka ini perlu diberi pendedahan berkaitan dengan tingkahlaku
yang baik. Ini bertujuan supaya mereka dapat membanding beza di antara sikap
yang positif dan negatif dalam kehidupan seharian. Pendedahan kepada masalah
tingkahlaku juga secara tidak langsung membimbing mereka apabila dewasa kelak
telah mampu mendisiplinkan diri dengan sikap yang baik ynag disenangi oleh semua
orang.

Setiap individu mungkin memerlukan maklumat dan bantuan kendiri daripada
seorang kaunselor yang cekap dan professional maka menjadi tugas seorang ahli
kaunselor untuk menolong individu terbabit untuk menjadi manusia yang seimbang
dan mencapai potensi mereka. Kesimpulannya, bimbingan dan kaunseling
membolehkan seseorang individu mencapai potensinya dengan sepenuhnya. Jika
dibimbing dengan baik maka setiap individu dapat mencapai potensi dirinya secara
optimum. Untuk mencapai tujuan tersebut maka terapi dalam bimbingan kaunseling
diwujudkan melalui jenis- jenis terapi berikut iaitu :


1. Terapi Perkembangan
2. Terapi Pencegahan
3. Terapi Pencegahan
4. Terapi Intervensi Krisis

1) Terapi Perkembangan

Tujuan utama terapi ini diadakan ialah untuk membantu dan membimbing murid-
murid untuk mencapai kejayaan dalam sistem sekolah. Oleh itu satu program telah
dirangka untuk mencapai tahap perkembangan potensi individu secara menyeluruh.
Antara kemahiran-kemahiran yang boleh dicapai melalui program terapi ini ialah
melalui mod pengajaran bilik darjah,kaedah bimbingan secara kumpulan dan
program atau projek sekolah seperti hari kerjaya,kursus motivasi serta seminar-
seminar untuk mencapai kecemerlangan akademik. Hasil daripada kemahiran yang
telah dicapai boleh dilihat melalui tiga bidang iaitu perkembangan kendiri/sosial,
perkembangan pendidikan dan perkembangan kerjaya murid-murid.

Bimbingan terapi perkembangan ini merujuk kepada aktiviti-aktiviti yang berusaha
untuk memotivasikan individu supaya dapat membentuk personality dan konsep
kendiri yang positif. Tujuannya adalah untuk membawa klien ke arah mencapai
prestasi diri yang lebih baik. Contohnya, guru kaunseling melakukan satu aktiviti
mengedarkan satu borang personaliti bagi untuk kenalpasti potensi diri serta bakat
yang tersembunyi. Borang ini boleh diberi semasa sesi seminar mengenal
personality diri. Secara tidak langsung klien atau murid tertarik untuk mengetahui ciri-
ciri personality yang mereka ada, yang sebelum ini tidak pernah diketahuinya.

Guru bimbingan dan kaunseling boleh menggunakan pelbagai alat penilaian untuk
mengukur pencapaian murid-murid yang terlibat dalam terapi perkembangan.
Antaranya ialah seperti berikut :

Hasil pembelajaran perkembangan yang berintegrasi dan berperingkat;
Penilaian yang berdasarkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah;
Resos-resos profesional;dan
Pendidikan pos sekolah menengah dan bahan-bahan dan program-program yang
berkaitan dengan kerjaya.

Hasil pembelajaran perkembangan yang berperingkat. Melalui terapi perkembangan
yang dibuat secara berperingkat ini guru kaunseling dapat melihat perubahan
tingkahlaku yang dialami oleh kliennya itu. Seterusnya penilaian boleh dibuat
berdasarkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Melalui
pemerhatian di dalam bilik darjah guru kaunseling boleh bertanyakan guru kelas
berkaitan dengan perkembangan perubahan tingkahlaku murid berkenaan sama ada
baik atau pun sebaliknya. Selain daripada itu, guru kaunseling juga boleh merujuk
kepada resos-resos profesional dengan bantuan teori yang bersesuaian.


2) Terapi Pencegahan

Tujuan utama bimbingan terapi pencegahan ialah untuk mencegah murid-murid
daripada menghadapi masalah penyesuaian. Bimbingan atau terapi pencegahan ini
juga merujuk kepada penggunaan pendekatan untuk mencegah atau menyekat
kemungkinan berlakunya aktiviti yang tidak diingini. Contohnya seperti aktiviti
penyalahgunaan dadah, AIDS, kelakuan tidak bermoran dan sebagainya. Oleh itu
kaunselor bimbingan akan melibatkan diri dalam satu program bimbingan dan
kerjaya pencegahan komprehensif dengan menggunakan strategi strategi berikut :

1. Intervensi awal; dan
2. Memberikan respon dengan serta-merta kepada murid-murid yang sedang
menghadapi masalah atau krisis yang mengganggu pembelajaran mereka.

Intervensi awal atau lebih dikenali sebagai pemulihan awal. Bak kata pepatah cegah
sebelum merebak. Guru kaunseling boleh mengadakan sesi kaunseling untuk
mencegah masalah yang dihadapi oleh murid. Sebagai contoh segalanya bermula
dengan proses pembelajaran dan pengajaran yang berlaku di dalam bilik darjah.
Melalui cara ini guru kelas dapat mengenalpasti sebarang masalah yang dihadapi
oleh murid di dalam kelas. Hanya guru kelas merupakan orang yang paling hamper
dengan muridnya ketika berada di dalam kelas. Seandainya masalah sudah dapt
dikenalpasti dengan cepat maka dengan itu intervensi awal boleh dilaksanakan.
Secara tidak langsung juga dapat meberi satu respon dengan serta- merta kepada
murid yang menghadapi masalah atau krisis diri.

Bagi mencapai matlamat tersebut, kaunselor juga menggunakan strategi-strategi
seperti menyediakan maklumat lengkap mengenai masalah-masalah yang dihadapi
klien, bimbingan dan kaunseling individu dan kumpulan, konsultasi dengan guru-guru
lain dan ibu bapa serta merekodmendasikan masalah klien kepada pakar-pakar lain
dan ibu bapa. Alat penilaian yang digunakan oleh kaunselor dalam terapi
pencegahan ialah penilaian individu, aktiviti sokongan pembelajaran yang
dikordinasikan oleh murid-murid dan perancangan sistematik dari sekolah rendah ke
sekolah menengah. Bagi murid-murid yang menghadapi masalah akademik dan
penyesuaian yang serius maka kaunselor perlu menggunakan terapi pemulihan
untuk membantu mereka.


3) Terapi Pemulihan

Terapi bimbingan pemulihan ialah satu integrasi strategi bimbingan dan kaunseling
dengan aktiviti bilik darjah. Tujuan utama adalah menggunakan teknik-teknik
bimbingan dan kaunseling untuk membantu murid-murid yang mempunyai masalah
dalam proses pendidikan. Selain itu, untuk mengurangkan masalah pendidikan
antara murid-murid dan sekolah. Bimbingan penyediaan kemudahan juga boleh
diketengahkan dengan merujuk kepada kes-kes penempatan dalam bidang kerjaya,
penyelesaian masalah kemudahan yang berkaitan dengan bidang kurikulum dan
kokurikulum.

Di antara beberapa aktiviti sokongan pendidikan oleh ahli-ahli kaunselor dalam
proses terapi pemulihan ialah merancang aktiviti-aktiviti kelab, menstrukturkan
rancangan pengajaran untuk meningkatkan pencapaian murid dan pengajaran
pemulihan yang biasanya dijalankan sama ada masa sistem persekolahan ataupun
di luar masa persekolahan.

Pengajaran pemulihan biasa digunakan dalam terapi bimbingan ini kerana ia
berbeza dari pengajaran biasa. Antara aspek-aspek penting dalam proses terapi
pemulihan ialah :
Membekalkan kemahiran belajar;
Menyiasat dan menyemak kehadiran murid-murid ke sekolah;
Meningkatkan ilmu kendiri;
Membincang kemungkinan untuk pendidikan masa depan;dan
Membincang profesion, kerjaya dan kehidupan bekerja.

Membekalkan kemahiran belajar kepada murid. Contohnya menyatakan kebaikan
serta kelebihan kaedah belajar secara individu ataupun secara berkumpulan. Ini
membantu murid mengetahui kecenderungan mereka untuk mempersiapkan diri
apabila mengahadapi ujian mahupun peperiksaan. Seterusnya menyiasat dan
menyemak kehadiran murid-murid ke sekolah. Dengan berbuat demikian, guru
kaunseling dapat mengenalpasti mana-mana murid yang bermasalah untuk datang
atau hadir ke sekolah.

Meningkatkan ilmu kendiri. Bantuan daripada guru kaunseling untuk membimbing
murid meningkatkan ilmu kendiri yang beraitan dengan diri murid itu sendiri.
Peningkatan ilmu kendiri di kalangan murid membantu mereka menerima baik buruk
tingkahlaku yang telah sedia ada di samping berusaha untuk memupuk satu sikap
yang baik dari semasa ke semasa dengan terapi yang ada.

Dalam membimbing murid-murid yang lemah dalam bidang akademik kaunselor
mesti mengambil inisiatif untuk bekerjasama dengan doktor, ibubapa atau pakar-
pakar pendidikan yang dapat menyumbang kepada penelesaian spesifik yang
dihadapi oleh murid-murid. Sesunggunya kelemahan dan kekurangan ini dapat di
atasi dengan cara yang baik seandainya semua orang di sekeliling bergabung
bersatu hati dan peka dengan perkembangan perubahan tingkalaku anak masing-
masing.


4) Terapi Intervensi Krisis

Terapi ini diadakan untuk membantu kaunselor menghadapi serta mengendalikan
situasi-situasi kritikal atau kejadian-kejadian yang berlaku dalam kehidupan klien-
kliennya. Sebuah krisis didefinisikan sebagai datu situasi atau kejadian di mana
seorang individu rasa tertekan atau mempunyai masalah menyesuaikan diri dalam
sesuatu situasi. Sebuah krisis mungkin disebabkan oleh kejadian seperti kamatian
ahli keluarga,kehilangan pekerjaan atau terputusnya hubungan persahabatan. Pada
masa inilah pelbagai perasaan akan dialami dan respon yang berbeza terhadap
sesuatu krisis.

Bimbingan krisis adalah satu pendekatan bimbingan yang merujuk kepada kes-kes
kritikal. Contohnya adalah seperti bertumbuk dengan tujuan untuk mencederakan
seseorang, percubaan membunuh orang atau diri sendiri, mengalami masalah
mental atau terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Tujuan utama terapi kaunseling krisis ini ialah :

Untuk mengurangkan stres/ketegangan dan kekecewaan di sekolah
Untuk meningkatkan keyakinan mengenai kemahiran dan kebolehan di tempat kerja
Menstabilkan emosi
Meningkatkan produktiviti
Mengurangkan kebimbangan dan tingkah laku yang tidak di ingini.
Mengurangkan dan mengikis sikap dan perasaan negatif
Mengurangkan penderitaan emosi disebabkan krisis

Kebanyakan guru bimbingan dan kaunseling mendapati bahawa murid-murid yang
mengalami krisis mental menunjukkan ciri-ciri seperti tidak boleh menyebut
perkataan dengan tepat, tidak boleh menyusun perkataan untuk membina
ayat,membaca dengan kadar lambat,tidak boleh membaca langsung dan
penumpuan terhadap pengajaran guru yang singkat.

Justeru itu para kaunselor telah menyediakan sembilan langkah untuk yang boleh
digunakan dalam terapi intervensi krisis iaitu :

1. Pendidikan
Kaunselor akan memberikan maklumat,aktiviti dan struktur yang akan membantu
individu memulih dan bergerak daripada krisis.

2. Pemerhatian dan Kesedaran
Kaunselor akan meningkatkan pemerhatian dan kesedaran terhadap individu dan
menggalakkan pemulihan melalui pilihan yang diberi kepada individu tersebut.

3. Menggunakan Potensi Individu
Kaunselor akan membimbing murid-murid untuk memahami potensi individu bagi
menghadapi krisis bagi pertumbuhan kendiri serta member peluang kepada mereka
untuk menemui potensi kendiri tertinggi.

4. Memahami Masalah
Kaunselor akan membantu klien-klien untuk memahami cara-cara yang paling
penting dalam menyelesaikan masalah peribadi dengan resos-resos dan kebolehan
yang ada semasa sesuatu krisis berlaku.

5. Mewujudkan Struktur yang Berkaitan
Kaunselor akan membantu individu menjadi aktif dalam cara-cara untuk menamatkan
sesuatu krisis.

6. Mencabar Kepercayaan yang Tidak Rasional
Kaunselor akan meyakinkan murid-murid untuk menerima kenyataan bahawa krisis
ialah masa kesedihan dan caramereka respon adalah penting. Murid-murid akan
merasa yakin jika mereka dapat mengatasi masalah.

7. Menghapuskan Tingkah Laku Adiktif
Kaunselor boleh menasihati klien tidak terjebak gejala negatif kerana setengah dari
sesuatu krisis adalah hasil daripada (adiksi)

8. Mencipta Penggantungan Sementara
Kaunselor boleh membimbing individu-individu untuk membina hubungan ringkas
yang sementara kerana penggantungan sihat ini boleh menolong mereka berkongsi
kesedihan dan kesakitan mereka.

9. Menghadapi Ketakutan dan Kesakitan Emosi
Kaunselor akan mengingatkan klien bahawa menghadapi kesakitan emosi adalah
respon yang paling sihat semasa krisis berlaku.


PERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU PEMBIMBING.

Tidak semua sekolah mempunyai guru bimbingan dan kaunseling,maka guru biasa
juga boleh memainkan peranan sebagai seorang guru bimbingan dan kaunseling
bagi menghindari masalah-masalah dalam sistem persekolahan. Ini kerana guru
biasa lebih mengenali murid-murid mereka dalam bilik darjah dengan baik dan dapat
membekalkan maklumat yang berkaitan dengan tingkahlaku murid-murid mereka.

Antara peranan guru biasa sebagai guru bimbingan dan kaunseling ialah meneliti
kedua-dua keperluan intelektual dan psikososial murid-murid, memahami
pencapaian akademik murid-murid yang rendah berkait dengan konsep kendiri yang
rendah, bekerja dengan kumpulan klien spesifik dan mengendalikan sesi-sesi
konsultasi dengan ibu bapa serta mengendalikan penyelidikan dalam sekolah untuk
menyediakan keperluan dan profil murid-murid. Guru biasa juga perlu dibekalkan
dengan ilmu dan kemhiran-kemahiran dalam bimbingan dan kaunseling seupaya
mereka dapat membantu murid-murid yang menghadapi masalah vandalism atau
mereka yang tidak dapat menumpukan perhatian dalam bilik darjah.

Dalam proses bimbingan dan kaunseling, guru-guru biasa perlu menjalankan
prosedur tertentu untuk membimbing murid iaitu :

1. Mengenalpasti murid-murid yang bermasalah atau menunjukkan kendiri yang
rendah
2. Mengumpul data-data mengenai murid-murid yang bermasalah yang berkait
dengan kebolehan dan pengalaman lampau
3. Memberikan sesi kaunseling kepada murid-murid tersebut sama ada secara
individu atau berkumpulan.

Selain itu, guru biasa juga perlu menggunakan strategi bimbingan dan kaunseling
untuk memberi bimbingan dan kaunseling kepada murid iaitu membantu murid-
murid mengenali kekuatan mereka dan menjadi lebih terbuka serta berkeyakinan,
membantu murid-murid lebih jelas mengenai diri mereka sebagai seorang individu,
membantu murid-murid lebih kuat dan yakin, membantu murid-murid mengatasi isu-
isu seperti stres,buli,kebimbangan menghadapi peperiksaan, persahabatan, masalah
keluarga dan sebagainya serta membantu murid-murid memilih mata pelajaran yang
ingin mereka belajar.

Kesimpulannya, peranan guru biasa sebagai guru pembimbing ini ialah berusaha
untuk menolong murid membuat penyesuaian dalam peribadi, sosial, emosi,
akademik, perkembangan mental dan akhlak. Selain itu, menolong murid
menyediakan perancangan persekolahan bersesuaian dengan kebolehan, minat,
dan perkembangan masing-masing. Guru ini juga turut memberi kesedaran kepada
murid di peringkat awal lagi tentang kepentingan pelajaran di dalam kehidupan untuk
menjadi seorang insan yang berjaya dalam kehidupan. Bahkan bukan itu sahaja,
menolong murid dalam proses menyelesaikan masalah pembelajaran di samping
membimbing membuat keputusan yang rasional. Akhirnya guru biasa juga menolong
murid dalam membentuk tabiat yang baik, menghargai diri di samping berusaha
untuk bekerjasama dengan ibu bapa dalam mengawasi perkembangan murid dari
semasa ke semasa.

Anda mungkin juga menyukai