Anda di halaman 1dari 3

BAB 4: PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH

4.0 PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH


Kemahiran mengurus bilik darjah dan tingkah laku
memerlukan penggunaan common sense, adil,
kesungguhan dan ketekalan sewaktu melaksanakannya.
4.1 KONSEP DISIPLIN BILIK DARJAH
Disiplin bilik darjah merupakan satu idea
bagaimana guru mengawal murid-muridnya untuk
bertingkah laku agar pembelajaran dapat berjalan
dgn lancar dan tdk terhalang.
Tugas menguatkuasakan peraturan bilik darjah
bertujuan memudahkan P&P dan meminimumkan
gangguan.
Sebahagian daripda pengajaran yang juga meliputi
arahan, komunikasi, struktur dan pengurusan bilik
darjah juga termasuk hubungan dengan ibu bapa
murid. (Charles, 2008)
4.2 MODEL PENGURUSAN DISIPLIN

MODEL MODEL MODIFIKASI TINGKAH LAKU
PENGASAS B.F.SKINNER
HURAIAN Tingkahlaku manusia di pengaruhi oleh
Kesan Persekitaran
Menggunakan Prinsip Rangsangan
Rangsangan merupakan stimulus yang boleh
berbentuk Positif / Negatif
Peneguhan dan Hukuman
Peranan Guru
KONSEP Menekankan peneguhan dalam membina
motivasi murid.
Ia menekankan kepentingan peneguhan
positif atau peneguhan negatif yang
digunakan untuk meningkatkan
kebarangkalian berlakunya sesuatu tingkah
laku positif
Peneguhan positif ( pujian, hadiah ),manakala
peneguhah negatif ( hukuman )
Mengemukakan 3 andaian asas :
a) Tingkah laku diikuti oleh ganjaran yang
kerap.
b) Tingkah laku diikuti hukuman yang tidak
kerap atau tidak berlaku langsung.
c) Tingkah laku akan dihapuskan atau lenyap.
MATLAMAT Cara peneguhan yang diberikan akan
membentuk tingkah laku yang akan datang.
KELEBIHAN Mendesak guru menjadi lebih sedar serta
peka tentang apa yang berlaku dalam bilik
darjah.
Guru menjadi lebih tekal dari segi
penyelesaian masalah disiplin dalam bilik
darjah.
KELEMAHAN Menggalakkan murid untuk melakukan
sesuatu kerana ganjaran dan bukan kesedaran
diri (motivasi ekstrinsik )
Ganjaran bagi seorang murid mungkin
merupakan hukuman bagi murid yang lain
yang tidak dapat menikmati ganjaran
tersebut.
CADANGAN
TINDAKAN
GURU
Guru perlu menganalisa tingkah laku murid-
murid di dalam bilik darjah terlebih dahulu .
Fikirkan beberapa tingkah laku yang diingini
pada masa sekarang dan pada masa akan
datang.
Kaji tingkah laku yang telah ditunjukkan dan
akibat-akibat yang telah digunakan terhadap
beberapa tingkah laku yang telah ditunjukkan.
Kemudian guru boleh buat pelan modifikasi
tingkah laku dengan menyenaraikan tingkah
laku yang memerlukan perhatian khusus.
Kenal pasti peneguhan, dan akibat yang akan
digunakan.
Guru juga digalakkan menggunakan
peneguhan positif sekerap yang mungkin
apabila murid menunjukkkan tingkah laku
yang diingini.

MODEL MODEL DISIPLIN ASERTIF
PENGASAS LEE CANTER
HURAIAN Rangsangan diberi terhadap tingkahlaku
yang sesuai dan penerimaan segala akibat
kelakuan.
Melibatkan peraturan dan prosedur dalam
modifikasi tingkahlaku.
Positive Recognition dan Consequences
Response guru adalah samad ;
nonassertive, aggressive or assertive
Gaya Assertive dapat mewujudkan suasana
yang positif antara Guru dan Murid
6 LANGKAH
PENGAPLIKAS
IAN
1. Hubungan guru dan murid yang positif
2. Peraturan dan Prosedur yang jelas
3. Mengawasi dan merekod kelakuan murid
4. Melaksanakan kesan akibat positif untuk
merangsang kelakuan yang baik.
5. Guna kesan akibat yang sesuai untuk
menguatkuasakan peraturan
6. Mendapat sokongan ibubapa yang kuat
terhadap rancangan disiplin.
KONSEP Peneguhan terhadap tingkah laku yang
diingini dan penerimaan murid terhadap
akibat daripada tingkah laku yang
ditunjukkan.
Guru mempunyai hak untuk menentukan
peraturan di dalam bilik darjah dan
memastikan murid mematuhi peraturan
yang ditetapkan
Juga melibatkan ganjaran dan dendaan
akbat daripada peraturan yang ditetapkan.
Model ini mengariskan 3 jenis guru , iaitu
o Guru yang agresif
o Guru yang tidak asertif
o Guru yang asertif
MATLAMAT Murid berhak belajar dengan selamat dan
tenang dan mendapat sokongan dari rakan
dan guru. Guru pula berhak untuk
mengajar dengan professional dan tanpa
gangguan.
KELEBIHAN Memanfaatkan guru khususnya guru baru
kerana mempunyai rujukan pelan disiplin
untuk menangani tingkah laku bermasalah
KELEMAHAN Mewujudkan persekitaran bersifat
authoritarian.
CADANGAN
TINDAKAN
GURU
Guru boleh menyediakan persekitaran
pembelajaran yang kondusif ( membantu
murid memilih tingkah laku yang sesuai
melalui pengurusan bilik darjah yang asertif
iaitu dengan mengadakan peraturan
tingkah laku yang jelas di dalam bilik darjah
agar murid mematuhi peraturan yang
ditetapkan.
Guru kemudian boleh membimbing murid
supaya menunjukkan tingkah laku yang
diingini.
Guru juga perlu sentiasa beri perhatian
yang positif kepada murid-murid,
berinteraksi dengan murid-murid yang
menunjukkan salah laku serta wujud
hubungan saling percayai dan hormati
antara satu sama lain.

MODEL MODEL AKIBAT LOGIKAL
PENGASAS RUDOLF DREIKURS
HURAIAN Kelakuan tidak baik berpunca drpd:
Mendapat perhatian
Mencabar kuasa
Membalas dendam
Mempamerkan kekurangan
Adalah penting untuk memberi kuasa dan
tanggungjawab kepada murid atas
kelakuan atau tingkahlaku mereka dan
bukan dipaksa mengikut kelakuan yang
ditetapkan.
Apabila murid sedar dan faham akan akibat
(Consequences) kelakuan / tingkahlaku
mereka, masalah disiplin dapat
dikurangkan
Lima strategi menghadapi murid yang
kelakuan misguided goal-seeking,
Setuju dengan motif murid
Bimbing murid untuk memahami
motif mereka
Bantu murid untuk menggantikan
matlamat yang salah dengan yang
berkesan.
Menggalakkan murid untuk komit
dgn matlamat baru
Mambantu murid untuk belajar
akibat tingkahlakunya.
KONSEP Berasaskan perkongsian kepercayaan
antara guru dengan murid untuk sama
sama menjaga disiplin di dalam bilik darjah.
Model menekankan bahawa guru perlu
kenal pasti punca salahlaku dan murid
perlu dibimbing untuk faham peraturan di
dalam bilik darjah.
Menekankan galakan terhadap
perkembangan murid.
MATLAMAT Perhatian terhadap murid yang mempunyai
tingkah laku bermasalah berpunca dpd
motif-motif seperti mendapatkan
perhatian, mencabar kuasa, membalas
dendam dan mempamerkan kekurangan.
Murid-murid dilatih untuk mendapat
kawalan kendiri terhadap pengurusan bilik
darjah.
Murid dan guru dapat bertanggungjawab
dalam pengurusan bilik darjah agar amalan
demokrasi dapat diaplikasikan.
KELEBIHAN Mewujudkan persekitaran yang kondusif
melalui komunikasi yang terbuka dan saling
menghormati antara murid.
KELEMAHAN Agak sukar untuk mengenalpasti akibat
logikal yang setimpal dengan salah laku
tertentu.
Sukar untuk guru faham motif murid dalam
menentukan haknya sebagai murid di
dalam kelas
CADANGAN
TINDAKAN
GURU
Langkah untuk menangani murid2 yg
bermotif salah:
Kenal pasti motif murid
Bantu murid memahami motif yang
ditunjukkan
Tunjuk dan beri kesedaran bhw mereka
telah pilih motif yang salah untuk dpt
pengiktirafan diri
Bantu murid tukar matlamat salah
kepada matlamat sebenar
Galak murid tanggungjawab terhadap
matlamat baru

Cara untuk komunikasi dengan murid dalam
usaha menangani salah laku murid.
Berkomunikasi perkara-perkara positif
Galakkan murid untuk tunjuk
peningkatan tingkah laku.
Kenal pasti kelemahan murid dan
bincang cara atasi.
Bantu murid belajar dlm kesilapan.
Harus percaya terhadap kebolehan
murid.
Galakkan murid kerjasama antara satu
lain.
Rasa bangga pencapaian murid.
Optimis
Guna frasa motivasi, cth awak telah
berubah, syabas!!

MODEL MODEL PENGURUSAN KELOMPOK
PENGASAS JACOB S. KOUNIN
HURAIAN Pengurusan Bilik Darjah bergantung kepada
guru dalam pengawasan & penyeliaan yang
teliti terhadap aktiviti-aktiviti dalam bilik
darjah.
Pengawalan bilik darjah bergantung kepada
kecekapan guru dalam P&P
kelancaran/momentum
Elakkan memberi kenyataan yang tidak
penting, menukar tugasan semasa P&P,
menghentikan aktiviti semasa murid belum
siapkan kerja mereka.
Kebosanan murid boleh membawa kepada
masalah murid hilang fokus dan melakukan
kelakuan yang mengganggu P&P.
P&P yang berpusatkan murid digalakkan.
KONSEP Konsep riak : apabila seorang murid akur
kepada arahan, murid lain juga akan ikut
bersama.
Bukan cara guru bertindak sebagai reaksi
terhadap tingkah laku murid tetapi cara
bagaimana mereka menangani salah laku
yang timbul dlm blk drjh berkenaan.
5 teknik :
i.with-itness
ii.Bertindan-tindih
iii.Kelicinan
iv.Momentum
Asas utama ialah kebolehan guru
mengawasi semua perkara yang
berlaku di dalam bilik darjahnya pada
setiap masa dan berupaya mengatasi
masalah yang timbul.

PELAKSANAAN
Guru perlu menegur murid yg melakukan
kesalahan tanpa bertangguh.
Teguran juga haruslah tegas, serius dan
jelas.
Aktiviti pdp haruslah lancr, menarik,
mempunyai arahan yg jelas supaya murid
dpt menumpukan perhatian dan tdk
melakukan kesalahan.
KELEBIHAN Fokus terhadap pengurusan kelompok
mewujudkan suasana bilik darjah dan
persekitaran pembelajaran yang kondusif.
KELEMAHAN Sukar bagi guru yang perlu mengambil
tindakan terhadap dua atau lebih kelompok
pada waktu yang sama.
CONTOH
APLIKASI
Apabila murid bercakap dan bermain, guru
memanggil nama murid tersebut dan
mengarahkan murid itu untuk
menumpukan perhatian kepada proses
pdp.
Guru memberikan arahan dan amaran dgn
tegas n serius.

MODEL MODEL TERAPI REALITI
PENGASAS WILLIAM GLASSER
HURAIAN Setiap individu bertanggungjawab atas
tingkah laku masing-masing. Tingkah laku
tidak boleh dianggap sebagai hasil
masyarakat, warisan atau masa lampau
seseorang.
Setiap individu berupaya untuk berubah
dan hidup secara berkesan sekiranya
diberikan bimbingan dan sokongan
Setiap individu bertingkah laku mengikut
cara tertentu agar dapat membentuk
persekitaran mengikut kehendak masing-
masing
Setiap individu bertanggungjawab atas
tingkah laku masing-masing. Tingkah laku
tidak boleh dianggap sebagai hasil
masyarakat, warisan atau masa lampau
seseorang.
Setiap individu berupaya untuk berubah
dan hidup secara berkesan sekiranya
diberikan bimbingan dan sokongan
Setiap individu bertingkah laku mengikut
cara tertentu agar dapat membentuk
persekitaran mengikut kehendak masing-
masing
KONSEP Setiap ind bertanggungjawab atas tingkah
laku masing-masing.
Setiap ind berupaya utk berubah dan hidup
secara berkesan sekiranya diberi bimbingan
dan sokongan.
Setiap ind bertingkah laku mengikut cara
tertentu agar dpt membentuk persekitaran
ikut kehendak masing-masing.
Menekankan tingkah laku manusia
didorong oleh keperluan utk memenuhi 4
keperluan psikologi asas iaitu, kasih sayang,
mempunyai kws dan kawalan, kebebasan
dan keseronokan.
PELAKSANAAN
Guru perlu membantu murid memahami
tindakan dan pilihan-pilihan yg telah dibuat
oleh murid.
4 keperluan psikologi asas perlu dipenuhi
agar murid dapat menumpukan perhatian
dan tidak melakukan tingkah laku yg tidak
diingini.
KELEBIHAN Menitikberatkan suasana positif serta
saling percaya ant guru dan murid.
KELEMAHAN Bukan semua murid dpt selesaikan masalh
tingkah laku masing-masing kerana tidak
matang.
CONTOH
APLIKASI
Mengikut Glasser, Guru perlu
Mengamalkan tabiat yang baik
Menyampaikan Mesej dengan jelas
Membina hubungan dengan murid
Menetapkan peraturan BD
Sesi P&P yang selesa dan kondusif
Memahami Kepentingan mendapat ilmu
Mempunyai kompetensi yang tinggi
Memberi galakan dan dorongan untuk
meningkatkan kualiti kerja
Penilaian secara berterusan
Kefahaman dan pengaplikasian ilmu yang
dipelajari


Model
Pengurusan
Disiplin BD
Penekanan
Teori
Pengaplikasian dalam P&P
Skinner Peneguhan
Rangsangan / Pujian /
galakan / dendaan /
hukuman.
Canter Asertif
Pembetulan tingkah laku
dengan peneguhan melalui
respon guru secara asertif.
Dreikurs
Kawalan kendiri
murid
Hubungan guru dan murid
yang baik untuk wujudkan
suasana rasa kepunyaan di
kalangan murid dalam BD.
Kounin
Pengawasan
dan penyeliaan
yang teliti
P&P yang berpusatkan
murid dan menarik dapat
mengurangkan masalah
disiplin BD.
Glasser
Keperluan
psikologi asas
manusia
Persekitaran BD yang
demokratik dengan guru
yang prihatin dan
mementingkan kebajikan
murid.

Anda mungkin juga menyukai